As simple as it is…apa pilihan anda? Bro ingin sangat tahu dari you all yang mungkin mudah untuk dijawab tetapi mungkin juga agak sukar atau berbelah bagi. Apakah pilihan anda? “Love or Money?”

Yang sedapnya bila dapat pilih dua-dua lah kan. Kalau pilih money, tak ada love…boring arr. Kalau pilih love pulak…no money, nak buat apa-apa dengan lover kita tak leh lak. Haaa….fikir sekejap…boleh ke? Love pun dapat, money pun ON! “Bolehkah kita memilih kedua-duanya sekali?” 🙄

Well, mungkin anda ada jawapan nya dan mungkin bro juga ada jawapan bro sendiri BUT, before bro jawab soalan itu. Bro nak ceritakan sedikit kisah bro 2 tahun lebih dahulu…

Kisahnya bermula apabila, bro begitu buntu dan hilang arah untuk menjalani hidup. Mungkin dalam soal kekeluargaan, cinta dan kasih sayang…bro cukup bersyukur…Kerja yang ada juga memang agak memuaskan tetapi, cita-cita bro masih belum tercapai. Iaitu, menerbitkan buku sendiri setelah 3 tahun serius menulis. Sememangnya bro meminati bidang penulisan & nyanyian sejak dari kecil lagi.

Dalam kebuntuan kehilangan arah itu, bro telah mendapat hadiah sebuah buku dari kakak. “Rahsia Jutawan-jutawan internet terbongkar” tulisan Irfan Khairi yang telah menjadi jutawan sewaktu umurnya baru 25tahun.

 Buku ini telah mengubah segala-galanya…keperibadian Irfan Khairi membuatkan bro ingin mengenali beliau dengan lebih lagi…lalu, bro telah meminjam duit dari kakak, Rm1000 untuk ke Kuala Lumpur, dan join workshop Jutawan Internet Irfan Khairi. You all tahu…segala-galanya berbaloi…amat berbaloi!

Irfan telah mengubah hidup bro, dari yang kehilangan arah, saudara Irfan yang kini bro panggil Sifu telah memberi sinar harapan baru dalam hidup bro. Beliau telah menunjukkan jalan dan membimbing bro menjadi insan yang lebih berpengetahuan dan teratur. 

Razzi RahmanKini, bro sudah mempunyai 2 business online hasil dari bimbingan Irfan. Publishing company, yang bro telah dapat menerbitkan 1 buku dan 4 ebuku serta sudah menjual ke serata dunia dengan Halalgelatine.com yang telah mendapat pesanan bukan saja dari seluruh US & UK, tetapi jauh hingga ke negara German! …Japan, New Zealand…hampir ke seluruh dunia! Alhamdulillah…

Namun, yang bro paling terharu sekali bukanlah kejayaan bro menjual ke serata dunia hasil dari bimbingan Irfan Khairi tetapi…Irfan juga telah menjadi Mentor kepada bro Razzi di dalam kehidupan seharian juga! In fact, hampir setiap hari bro meminta pendapat dan nasihat beliau. Kadang-kadang naik segan pulak 😳

Tidak seperti sesetengah mereka yang sudah bergelar Jutawan, Irfan amat sayang kepada isteri dan anak-anak beliau. Setiap kali apabila bro berada di rumah Irfan, bro dapat rasakan Irfan mempunyai satu keluarga yang sangat bahagia….tengoklah sendiri, betapa lovingnya Irfan dan Shaz, isterinya…menitis air mata gembira, melihat kemesraan mereka…bukankah ini yang kita semua inginkan?….itulah yang amat bro admire dan kagumi Sifu bro ni.

Malah caranya yang bersederhana, santai, trendy, tenang, kelakar dan fun telah memberi contoh yang sangat baik to me and bro rasa to all of us. Bro amat berbangga mempunyai Mentor seperti Irfan Khairi!

Segala kehidupan beliau, telah menggambarkan bahawa, mempunyai duit…bukanlah segala-galanya, tetapi amat menolong di dalam semua segi untuk mencapai kebahagiaan! Itulah yang diajar oleh Mentor bro ni. Contohnya,

  1. Kalau isteri sakit, atau hendak melahirkan anak…kalau ada duit, boleh bawa isteri ke Private Hospital yang lebih selesa dan diberi rawatan khas. Kata sayang isteri 😉
  2. Anak-anak sakit…kalau berduit, bolehlah kita memberi rawatan yang terbaik, tidak perlu meminta derma atau tidaklah terpaksa menanggung kesakitan berbulan-bulan kerana tidak mendapat rawatan yang bagus.
  3. Kalau kita kehilangan harta atau tempat tinggal…kerana apa-apa bencana, kalau ada duit, tidaklah keluarga kita merempat.
  4. Well, kalau tak ada duit…macamana nak dapat cinta? Kerana cinta memerlukan duit…sebab nak kahwin kan? Nak menyara anak orang, nak belanja kenduri,  nak buat hantaran, nak belanja semualah.

Macam-macam lagi contoh yang anda sendiri pun tahu… and all of this, memberi kebahagiaan kepada perhubungan cinta kita kan?…So…jawapan kepada soalan di atas, “Bolehkah kita memilih kedua-duanya sekali, love & money?”

YES! Kita boleh memilih kedua-duanya. In fact, kita MESTI memilih kedua-duanya. Kita mesti ada cinta, dan kita mesti ada duit….dan untuk dapatkan kedua-dua…kita mesti ada guidance, mentor!

As for me, bro merasakan bro amat bertuah kerana mempunyai mentor seperti Irfan khairi yang banyak membantu bro baik dalam perniagaan maupun dalam kehidupan… Supaya hidup kita mempunyai tujuan. Bukan tiada arah…

Mungkin orang jutawan ni pemikiran mereka berbeza dari kita yang bukan jutawan. Sebabnya, apabila bro membaca ebuku terbaru dari Irfan iaitu, Mentor Jutawan jelas sekali temubual ke lapan-lapan Ikon Jutawan di dalam ebuku ini mempunyai set of mind yang sama seperti Irfan juga.

Cuma rahsia kejayaan mereka berbeza, cara kegagalan mereka juga berbeza…haaa, nak jadi kaya ni…selalunyalah, gagal dulu hehehe 😆

Contohnya seperti yang ada dalam ebuku Mentor Jutawan ni :-

  • Irfan Khairi sendiri bercerita tentang bagaimana susahnya dia bermula… 
  • Dato Fadzilah Kamsah …beliau juga telah menceritakan bagaimana kesusahan beliau dulu sebelum berjaya.
  • Begitu juga, saudara Azizi Ali, Jutawan Hartanah…juga pernah gagal
  • Dato Hisamudin pengasas karangkraf juga teramat susah sebelum menjadi Jutawan….
  • Sama lah juga dengan Jutawan senyap Chef Li, Datuk Azman Ching, Billie Lim, Abang Abu. Serta, mereka juga berkongsi rahsia kejayaan dan tips-tips untuk menjadi kaya dengan cara mereka tersendiri…

Fuuu….bila bro baca ebuku Mentor Jutawan ni…sememangnya bro amat teruja untuk menjadi seperti mereka. Sebab, bro sendiri pun pernah melalui kegagalan…pastinya bro juga akan menemui kejayaan. I mean..Im sure some of you pun pernah melalui sangat kegagalan kan? So I guess, kita boleh relate to them beb 💡

Dahlah mentor bro sendiri bercerita tentang kisah beliau, fuhh, I really hope someday I also can become one of the Millionaires, Insyaallah! dan bro yakin you all juga mempunya niat yang sama dengan bro, betul tak? 😉

Wanita atau lelaki…sama!! Sebab, alangkah mudahnya perhubungan cinta itu sekiranya kita punyai wang…let’s be real! Kalau tak ada duit, macamana nak dating? Nak keluar minum-minum…nak pakai lawa-lawa untuk kekasih…nak shopping…nak beli hadiah…nak kahwin…nak beli handphone…kekasih nak sms, mms…etc

so it may sound bad…but Love needs Money, that’s it! Bila cinta perlukan duit…anda perlu petunjuk untuk mudah mendapat jalan rezeki, anda perlukan bimbingan…anda perlu mentor…atau pemberi semangat. Macam bro, kenal satu Mentor Jutawan pun dah berubah cara kehidupan…Cuba bayangkan jika kita dapat mengenali kesemua mentor jutawan ini? Perrghh!…

Apa kata anda kenali 8 IKON JUTAWAN ini dengan lebih lanjut lagi dan motivate diri anda agar lebih berjaya. Jom klik di sini sekarang!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com