Mengapa anda masih single?

blogimage_red01

Benar, ianya adalah takdir dari yang Maha Esa, samada kita sudah berpunya, atau pun masih single. Tetapi, cubalah renung-renung juga seketika, walaupun kenyataannya menyucuk di jiwa, pedih hempedu, telan dan buat tak tahu 😉 …cuba tanya, “mengapakah aku masih single?”

Anda cantik/lawa dan berbudi bahasa. Anda juga baik terhadap semua lapisan masyarakat. Ada ramai pula yang meminati anda, tetapi anda tetap juga belum kahwin-kahwin. Setiap kali anda memulakan perhubungan pula, ada sahaja perkara yang membuatkan perhubungan itu terputus di tengah jalan, lalu anda kembali single lagi. MENGAPA? 🙄

Umur anda juga sudah late 20’s dan menghampiri ‘3 series’…tak tua, tapi taklah anak muda lagi. Yang nyata, anda masih tiada kekasih hati atau baru sahaja putus. Keluarga pun sibuk bertanya bila nak mendirikan rumahtangga?. Dan itulah soalan yang paling malas anda nak jawab, kan? But persoalannya, again…MENGAPA? Mengapa anda masih single?

Mari kita sama-sama bincang soal yang quite important ini… 😉

Reality Checks! …cara hidup, pemikiran dan pendirian anda, MUNGKIN tidak sesuai dengan anda? atau mungkin juga selama ini ada beberapa perkara yang salah dan tidak sepatutnya anda amalkan? Kalau tidak, mungkin sekarang ni anda sudah berpunya? Malah, kemungkinan besar… ramai yang mahu berkahwin dengan anda?

Mungkin ada yang terpikat…tetapi, kemudian mengundur diri sebab :-

  • Mungkin cara anda berfikir tidak matang?
  • Mungkin cara anda bercakap tidak ikhlas?
  • Mungkin tanpa anda sedari, anda sentiasa berubah-ubah pendirian?
  • Mungkin anda hanya fikir anda saja yang betul?
  • Mungkin anda tidak sedari yang anda terlalu sombong?
  • Mungkin anda fikir anda lebih bagus?
  • Mungkin anda punya lebih banyak bakat?
  • Mungkin anda rasa pengetahuan anda lebih meluas?
  • Mungkin anda rasa andalah yang terbaik?

NO?…anda fikir anda sebaliknya dan rasa sebaliknya?…dan anda tidak fikir anda begitu?

Aaaa…semua tak ngaku ek? Dont lie to yourself beb, Abang Razzi tahu 😛 – Well..ada berbagai-bagai kemungkinan lagi. BUT…yang penting cara yang anda lakukan, cara yang anda lalui, pemikiran anda sekarang, malah pendirian hidup anda selama ini jelas…tidak membuatkan anda mempunyai kekasih! Kerana anda masih single kan…must be something wrong within yourselves kan?…kalau tidak, pasti anda sudah memiliki kekasih hati yang bersedia untuk mengahwini anda, betul tak. 😉

Dari pengalaman Brother Love sendiri….

Dulu-dulu, saya pernah mengalami situasi seperti ini. Saya fikir eh pasal apa semua member dah kahwin? Aku handsome (perasan), I got the look, I got the money, I famous…tapi masih single!

Some of my friends dah ada anak pun. Tapi saya…masih bujang, masih duk enjoy ke sana-sini, masih bangun lewat, masih keluar malam, masih main computer games, …memang best lah enjoy, happy! BUT at the end of the day…I end up kat GSC Cinema alone! Pergi library…alone. Pergi shopping…alone. Buat apa, pergi mana…ALONE! It’s so, so sad. Masa tu Bro Razzi begitu DEGIL, duk berpegang jugak dengan pendirian dan cara pemikiran seperti biasa, BUT….

The loneliness really killing me…Fuuuu…lonely giler, eventhough I berada ditengah-tengah khalayak ramai. Umur semakin meningkat…then akhirnya I rasa, “I have to changed!”

Obviously, cara  saya selama ini mungkin teramat salah, kan?! Pendirian, tanggapan, pemikiran saya mungkin semuanya tak bersesuaian…if not, dah tentu saya tidak kesunyian dan pasti punya kekasih!

Ternyata benar…apabila saya buang kedegilan di dalam diri dan berubah berlawanan terus dari diri biasa saya selama ini. I’ve found a special person, Alhamdulillah!

So, ada 3 perkara utama yang kita dapat ambil ikhtibar daripada pengalaman Bro Razzi di sini :-

  1. “Sedarlah cara kita selama ini adalah salah!”
  2. “Berubahlah dari kedegilan diri kepada memperbaiki diri!”
  3. “Beranikan diri untuk mencuba dan membuka dunia baru!”

~ TAK RUGI pun jika kita mencuba sesuatu yang berlainan dari biasa. Cubalah jadi lain sedikit dan lihat, ada tak perubahan yang menggembirakan? Cuba-cuba benda baru, tabiat baru, hobi baru, pendirian baru, pegangan baru… dan lihat, mana tahu perubahan ini boleh memberi anda sebuah kebahagiaan yang amat menguntungkan anda. Well… tak cuba tak tahu kan? 😉

My final say, Bro Razzi habiskan dengan satu quote of mine :~

“Memang susah membuat perubahan, tetapi lebih susah hidup dalam kesunyian!”

Good luck dan selamat mencuba. I doakan semoga anda berjaya dan bahagia hendaknya, ok… ALL THE BEST, Chiaow 😉

ebookcover_mencaricinta_small

p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share this article

Comments

  • Ceqna
    August 8, 2008

    Aduhhh sakitnyer dadaku, rase tercucuk pedih bro! 🙂

  • August 8, 2008

    Naper kita tak rasa apa-apa eh?? hehehe.. 😛

  • rafeah
    August 8, 2008

    Hi Bro – Just to share with you,i ada pernah kenal someone tu,dia still single at that time,tapi jahat sungguh..ada hati nak rampas hak orang.i sampai hari ni geram tak habis kat dia.all his attempts memang buat i rasa sakit hati kalau diingat balik.eee…patutla dia still single sampai sekarang..

  • Ceqna
    August 8, 2008

    Huhu Azwa tak asa ape-ape kew..misti awak masih muda lg ek.

    atau awak dah brpunyer kut? dh khwin la tuh… klu single misti pedih cam Ceqna ni, Huhu Ceqna dh 27 ni lum ada yg nk…klu ader pon, nk lain lew…

    rafeah, Ceqna tak wat jht kat owang pon, huhu tp solo gaks!!

  • August 9, 2008

    entahla bro… fiza pon single jgk, tp sekrg tgh belajar melepaskan sesuatu… dan rasanya dh bersedia membuka hati… cumanya…. takut dh terlambat… satu lagi, rasa rendah diri dan takut… lagipon linkungan sosial sekarang susah sangat… skrg berusaha menyibukkan diri dengan mcm2 perkara…

  • August 10, 2008

    salam bro…..
    dulu pun seblum manja mengakhirkan zaman remaja..bukan zaman dewasa aek..masih remaja lagi masa tu…manja pikir banyak kali…kadang2 dalam dunia ni kita tak boleh dapat 2 benda dalam satu masa…salah satu kena korbankan…..lagipun banyak manja tgk kakak2 saudara yang meningkat dewasa yang masih solo lagi masa tu…tu yang kawin awal tu…tapi kena tgk juga bakal pasangan kita..kalau yg jenis haprak tu…jangan nak menempah musibahkan…..satu lagi bro…right if i wrong…mentaliti kaum melayu…bukan just melayu le…semua kot…pmpuan tak boleh buat move dulu…karang di anggap perigi cari timba…releven ke pepatah tu untuk zaman yang serba canggih ni….bagi manja le bro…manja tak kisah buat move dulu…masa ngan husbnd dulu…manja yang hulurkan salam pekenalan dulu…tapi biar kena cara le kan….so..kalau dah jumpe lelaki yang kita anggp boleh menjadi teman kita…why not kita kaum pmpuan mulakan….tapi kena selidik gak le…lelaki tu dah ada yang punya ke blum…hehehe..takut terkena luv-hate nanti…kite jugak yang merana….

  • Dekno
    August 10, 2008

    adesss…tamparan hebat nmpk!!!wawa, ko xrase pape ke?pesal aku rs ni ekk?hehehe

  • Dekno
    August 10, 2008

    adess..tamparan hebat ni..wawa, u xrase pape ke?pesal dekno terasa ni muahahha… 😛

  • August 10, 2008

    Manja ~ Very-very interesting facts yang you cakap tu. ‘Perigi cari timba ni dah tak main’ laaaa kan…nowadays, you want you have to go for it…kalau tidak melepas lah! 😉

    Alaa…orang2 dulu2 pun sama gak. Cuma dia main-main mata kut celah pintu. Still wanita yang memberi jalan kepada lelaki, kan. So to me Manja, you have done a right moved!

  • nirina
    August 10, 2008

    biler bacer sumer sbb yg bro kasi tu.. mmg btol la kot.. selalu jd prob aku ngan teman aku ialah aku x matang & kuat merajuk.. dia pn selalu cakap aku cam budak kecik.. tp prob nyer aku da try nk ubah tp x blh la.. mmg balik ke sikap x matang tu gak..tlg bg tips cemana nk ubah blh x?? aku sayang giler kt teman aku tu.. aku x nk dia tinggalkan aku ..

  • August 11, 2008

    Nirina ~ Kalau sayang berubahlah, ikut caranya…lupakan segala keinginan you sebaliknya ikut segala keinginan dia. Tanya dia apa yang dia mahu. follow je… 😉

    Kecuali kalau you tak kisah kehilangan dia. Then continue je lah dengan amalan you tu.

    Cara lagi satu, cari boyfriend baru yang suka dengan perangai you sekarang, so dia tidak akan komplen dah kan. all is up to you 😛

  • Dekno
    August 11, 2008

    BRO – mmg pedih..mcm tersiat2 je kulit hahaha

  • August 11, 2008

    salam bro…..
    hm…gd point…kalau peruabahan itu untuk benda yang positif..oklah tu bro….tapikan bro smtime kalau kita asyik nak ikut kehendak org lain n lupakan kehendak sendiri takut jadi benda lain lak.Sampai2 hilang identiti sendiri…sebb manja ada seorg kawan…dia berubah secara total le untuk bakal husbd dia…dulu dia minat bowling n baca novel like manja le…tapi bila tunang dia sound tak suke benda tu dia dah tak main bowling ngn kite org lagi..even minat membaca novel dia tu terpaksa dia buang just nk puaskn hati bakal husbd dia….evenkan bro…nak keluar ngan kite org pun tak leh..ade ke patut…kalau kite org ni pmpuan jalanan yang maha jahat tu tak pe lah…pernah juga manja sound kat dia…tapi katanya dia cinta teramat sangat kat tunang dia ni…mostly takut jadi anak dara tua…for me la bro..kalau mcm tu abe manja dulu..manja tak kawin lagi baik…bukan ape bro…kite bercouple ni nk gembirakan hati…bukan nak matikan hati…so bro..ape pula pendapat bro pasal ni…

  • August 11, 2008

    smtime kn bro…manja rasa sian kat kawan manja ni.Makan hati berulam jantung…di luah mati mak di telan mati bapak…hidup dia yang cheerful dah jadi macam gloomy.Semuanya tersekat just nk puaskan hati satu pihak je…manusia ni mana ada yang sempurnakan bro….hanya Allah je yang sempurna…smtime kite mesti hormat pasangan…..jangan nak minta psangan ikut telunjuk kite je…hehehe…..manja ni lebih2 lak…geram sebenarnya bro…macam tak caya je masih wujud rupanya manusia befikiran sempit n kuku besi mcm ni..

  • August 12, 2008

    Manja ~ Kalau macam tu teruk sangat dah tu, yang lelaki ni pun kadang-kadang over gak. Orang dah berubah dan ikut kehendak dia tu, tolerate lah sikit.

    Takkan nak berkawan pun tak boleh, takkan nak pergi main bowling pun tak boleh itu dah melampau!

    Changes means as in keegoaan kita tu, biar kurangkan sikit. or keborosan kita tu kurangkan shoping sikit…or suka bergayut, kurangkan, or suka keluar malam…ETC

    Anything yang boleh musnahkan relationship lah. Kalau berkawan dengan orang yang mendorong kepada kejahatan tak apalah nak larang.

    The best is discussions. Do a lot of it. Write a list what you like and dont like and compare and agree or disagree 😉 It works!

  • seri
    August 12, 2008

    terasalah saya..hehe

    ada pasangan tapi mcm takde 🙁

    like wat u said;
    “the lonliness really killing me”

  • nirina
    August 13, 2008

    emmm.. biler bacer komen bro tu.. btol la.. aku mmg patut ubah sikap budak2 aku tu.. lgpn aku x la sokong ckp “dia” 100% soh aku ubah.. tp aku rs sumtime ppl nd to change..lgpn aku sayang kt “dia”, klu x ikut ckp dia.. aku gak yg rugi.. betol x bro.. anyway.. thanks 4 ur good comment..

  • May 14, 2010

    sALAM ,benar kesunyian membunuh kita….sblm ni memang sy kesunyian. tapi sejak kehadiran y banyak mengubah sy. kami saling menyayanggi antara satu sama lain. kami bleh dikatakan selalu bertekak. byk yg datang dari salah sy. dia mahu sy jd seorag yg berfikiran positif dlm semua hal.bg y tak ada alat yg bleh timbang rasa sayang,cinta dan kasih dia pd sy. yang penting sy tunjuk minat utk berubah. apa dan bagaimana sy nak tunjuk ni sume. sedangkan kami berjauhan sy kat langkawi dan dia kat selangor.kami hanya berhubung dgn call, sms dan internet shj.bantulah sy, sy tak mahu kami derita akibat sikap sy .

  • September 25, 2015

    Askum,

    betui ckp bro razzi… kita yg takut utk move on… sbb dah teruk sgt dikecewakan… dah mcm disepak2 dan ditinggalkan di tepi jalan mcm tuh je…

    tpi x de ruginya juga utk buka hati kita nih…. cuma leceh nak mula blik dan level confident sgt2 low… byk sgt pikir negative psal diri sndiri dan tkut direject..

    sy jdi single lebih dri seabad lamanya… dlm msa tersebut, ada juga hati terbuka, cuba, tpi msih gagal…. tuh sbb rasa hidup single snang… tpi peritnya bila jalan mall sorg2 tgok laki bini bwk anak2, couple jalan2 bsama… mmg terasa diri x bguna dah…

    kitaran sy mencuba biasenya 3-4 tahun skali utk cri psangan…. tpi aku masih disini.. cuma mampu tgok kebahagiaan org laen… jika takdir ku begini… insyaallah aku terima dgn hati yg terbuka… mgkin ada bidadari utk ku di akhirat nanti… wallahualam…

    gagal didunia x semestinya gagal diakhirat kan? jgn rasa kesunyian… go enjoy your live… enjoy cara betui… bukan merosak diri… itu pegangan utk org single sperti ku…

    kpd pembaca lelaki yg berpenrangai mcm sy (1 woman man) yg teruk di kecewakan… bukak hati anda utk smua, jgn fok focus pda 1 wanita lgi… and u will feel better….

    pda yg laen, jgn putus asa… truskan usaha anda utk mncari psangan… msih belum terlambat….

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *