Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

5 Cara Saya Atasi Kecewa Cinta Tanpa Meratap Pilu Berbulan-Bulan

atasi kecewa cinta

Kecewa kerana cinta… siapa saja yang tak pernah rasa, kan? Persoalannya, bagaimana nak atasi kecewa cinta ni agar tak ada lah nak kecewa sangat kan?…

Kalau nak cerita, kisah-kisah cinta saya zaman single dulu-dulu memang banyak. Dan kalau anda rajin skodeng blog ni, memang anda akan jumpa macam-macam kisah lama saya 😆

Yang lucunya… kebanyakan kisah itu bukanlah kisah saya menang besar dalam cinta.

Sebaliknya? Kisah saya yang banyak kali dikecewakan cinta. 😌

 

Sering Dikecewakan Cinta

Ya… bukan mudah-mudah saya terus berjaya dan bahagia dalam perhubungan. Banyak halangan, banyak luka, banyak episod yang kalau dikenang balik… memang boleh buat dada sesak juga.

Antara yang pernah saya lalui:

  • Tengah happy-happy nak jumpa girlfriend, tiba-tiba dapat tahu dari kawan, yang dia keluar dengan lelaki lain. Apa lagi siap nangis-nangis minta dia berterus terang… aduhhh, bila dia mengaku, rasa nak masuk bawah meja 😭

 

  • Ada juga yang terus terang minta putus sebab katanya saya tak kaya, tak ada kerjaya tetap. Fuhh… pedih beb. Awal-awal dulu tak pula kecoh… dah ada yang lain la tu, macam-macam lak alasan. Tapi Alhamdulillah, luka itulah yang buat saya ubah hidup. Kalau dia tahu tahap saya sekarang… mungkin dia pula yang termenung kat tingkap 😌

 

  • Pernah juga bercinta dengan wanita dari keluarga “kayangan” — ada anak VVIP, ada keluarga Datuk-Datin, macam-macam. Anaknya terima saya seadanya, keluarga la pula, nak pandang saya? Memang jauh sekali. Dicemuh pun pernah. Dan biasalah… anak kan, takkan nak lawan parent pulak. Putus lagi…

 

Kalau nak ikutkan, kisah saya dikecewakan cinta ni memang banyak.

Bukan sebab saya tak serik… tapi sebab saya ni jenis tak suka putus asa. Atau bahasa mudahnya…

Saya tak suka kecewa terlalu lama. 😎

 

Hari ni you break dengan I, dua tiga hari kemudian I dah mula cari kawan wanita baru. Bukan terus nak bercinta la beb, relax… kawan dulu hahaha. Saya bukan player guys… I’m a lover! 😆

 

So macamana saya atasi kecewa cinta?

Jadi hari ni, saya nak kongsi 5 cara atasi kecewa cinta yang memang selalu saya buat bila hati kena hempap putus cinta.

  • Bukan untuk menafikan rasa sedih.
  • Bukan untuk pura-pura kuat.
  • Dan bukan sekadar main-main (I know I selalu bergurau huhu)

This is serious time lah, supaya anda tak meratap pilu terlalu lama sampai hidup jadi terhenti.

Sebab percayalah… ramai orang kecewa cinta sampai:

  • berbulan-bulan tak keluar rumah,
  • bertahun-tahun takut bercinta lagi,
  • terus give up nak cari pasangan,
  • dan ada yang mula rasa dirinya tak layak dicintai.

 

Tak baik macam tu… kita kan ada Tuhan. Dan saya selalu percaya:

Allah telah sediakan setiap insan dengan takdir masing-masing. Jadi kita kena redha… dan teruskan melangkah.

Sambil redha dan menerima takdir Ilahi, cuba lakukan beberapa perkara ini.
Simple je… tapi sangat membantu.

 

Cara 1: SENYUM! Yes, serious… senyum dulu 😄

Yup! Ini benda pertama yang saya paksa diri buat.

SENYUM.

Walaupun hati tengah rabak.
Walaupun dalam kepala masih terngiang-ngiang nama dia.
Walaupun lagu yang keluar kat radio semua rasa macam nak menikam jiwa.

Tetap senyum. Kenapa? Sebab senyum itu:

  • sedekah,
  • beri tenaga positif,
  • dan kadang-kadang boleh ubah mood kita lebih cepat daripada yang kita sangka.

 

Cubalah…

Pergi mana-mana, senyum pada orang.
Kenal ke tak kenal ke… senyum je 😆

(Okay jangan over sangat, nanti orang ingat kita baru lepas lari dari wad gila lak kan hahaha)

Tapi serius… Razzi memang jenis buat macam ni.
Kadang-kadang ada juga yang pelik.

Siap ada yang muka tegang semacam, bila kita senyum dia pandang macam:

“Heh… apa hal kau senyum-senyum kat aku?” 😒

HAHAHA maluuu…

Tapi benda-benda kelakar macam ni sebenarnya boleh bantu kita lupa sekejap luka dalam hati, dan buat kita rasa lebih “hidup”.

Trylah.

 

Cara 2: LEBIHKAN MASA BERSAMA KAWAN

Saat kecewa cinta adalah BUKAN masa untuk berkurung seorang diri. Ini masa untuk:

  • call kawan,
  • keluar minum-minum, borak-borak
  • sembang sampai lupa nama ex,
  • Yo, travel pun memang best timing
  • join seminar, masuk kelas baru, learn skill baru

 

Sebab bila anda terlalu banyak bersendirian… Fikiran akan jadi lebih liar. Tiba-tiba:

  • stalk IG dia,
  • tengok last seen,
  • buka chat lama,
  • baca semula “I sayang you selamanya” sambil menangis kat bantal… Adoi. Janganlah 😭

Lagi anda bersendirian, lagi mudah hati jadi berat.  Go MEET friends, MAKE New Friends!

Percayalah, suasana baru boleh bantu emosi anda pulih dengan lebih cepat.

 

Cara 3: KETAWA SAMPAI OTAK LUPA NAK SEDIH

Dah ada kawan? Bagus. Sekarang… KETAWA.

Bila kecewa, anda perlukan:

  • suasana ceria,
  • orang yang buat anda rasa ringan,
  • momen yang buat anda lupa beban di dada.

Pergilah tengok movie kelakar.
Lepak dengan kawan-kawan yang gila-gila sikit.
Buat benda random yang buat anda gelak. Sebab bila kita ketawa…

  • emosi jadi lebih stabil,
  • badan lebih relaks,
  • hati rasa kurang berat,
  • dan jiwa yang koyak tu… perlahan-lahan mula bercantum semula 😌

Macam saya selalu cakap:

“So bila kecewa, you must surround yourself dengan good friends! Baru best, hilang habis semua kecewa… Because, no matter what happens, you still have people to laugh with!”

Kalau tak ketawa… pecah otak beb. Terkoyak jiwa. 😆

 

Cara 4: MULA MENCARI (Tapi jangan gelojoh 😌)

Senyum dah.
Kawan dah ramai.
Ketawa pun dah.
Emosi dah makin okay.

So what next?

MULA MENCARI… bukan terus cari pasangan baru macam esok nak nikah.

Cari kawan baru dulu. Ini yang ramai orang salah faham.

Bila putus cinta, ada yang terus sumpah seranah:

  • “Aku takkan bercinta lagi!”
  • “Aku dah serik!”
  • “Semua lelaki sama!”
  • “Semua perempuan sama!”

 

Eh eh… relax 😆

Sorang rosakkan hati kita, tak bermaksud seluruh dunia patut kena blacklist.

Saya ni kalau baru dikecewakan, saya tak tunggu lama-lama untuk mula berkawan semula.

Kenapa?

Sebab buat apa nak meratap orang yang dah pergi?
Dia pun mungkin dah lama tak ingat kita.
Tah-tah tengah makan aiskrim dengan pilihan mak dia 😌🍦

Pigidahhhh…

Kalau dia dah:

  • benci tengok muka kita,
  • malas baca mesej kita,
  • WhatsApp pun macam lost account,
  • seen pun tidak…

Buat apa lagi nak tunggu? Lebih baik mula buka ruang untuk kenal orang baru. Tapi ingat:

👉 Cari kawan rapat dulu. Jangan terus buru cinta.

Sebab kalau cepat sangat bercinta, kadang-kadang cepat juga berakhir 😆

 

Cara 5: START DATING (Jangan bagi diri berkarat 😎)

Dah ada kawan baru? Bagus. Sekarang…

Mula keluar. Mula dating.

Alaaa bukan dating level nak berkepit 24 jam pun. Dating ni boleh jadi simple je:

  • minum kopi kat cafe,
  • borak santai,
  • pergi bookstore,
  • karaoke,
  • jalan-jalan shopping,
  • pergi library kalau dua-dua suka buku,
  • beriadah sama-sama. Jogging… brisk walking ke apa…

 

Yang penting, keluar dari mode “murung bersendirian”.

Dari pengalaman saya, semakin lama kita biarkan diri tanpa bergaul, tanpa kenal orang, tanpa keluar… semakin kita jadi kaku.

Last-last:

  • tak pandai borak,
  • tak reti melayan,
  • personaliti jadi hambar,
  • dan keyakinan diri pun menurun.

 

Adoi… rugi. Saya sendiri kalau tengah boring, bengang, atau hidup rasa serabut…

Saya pergi shopping. 😆

Ya ya, Brother Love pun kaki shopping juga. Beli:

  • tshirt,
  • jeans,
  • kasut…

 

Lepas tu masuk bookstore pula. Popular, MPH… beli 2–3 buku. Novel ke, self-development ke. Because honestly?

Making myself look good and feel great is one of the best healing methods for a broken heart.

Dan saya percaya ramai yang boleh relate.

Yang Paling Penting: Jangan Kurung Diri Dalam Rumah

Ini saya nak tekankan betul-betul.

JANGAN duduk rumah seorang diri terlalu lama bila kecewa cinta.

Jangan biarkan diri anda yang berharga itu:

  • dimamah waktu,
  • hilang seri,
  • hilang keyakinan,
  • hilang semangat,
  • hanya kerana seseorang yang tak menghargai hati anda.

Takut nanti sedar-sedar:

  • usia makin bertambah,
  • hati makin keras,
  • diri makin sunyi,
  • dan anda sendiri mula rasa “mungkin aku dah terlambat…”

NOooo… Jangan bagi itu berlaku.

“Kecewa Cinta Bukan Penamat. Ia Hanya Satu Pengajaran di dalam Satu Persinggahan.”

Saya tahu… bila dikecewakan cinta, rasa sakit itu memang real.

Tapi jangan jadikan satu kegagalan cinta sebagai sebab untuk anda:

  • menutup hati,
  • berhenti berharap,
  • atau memandang diri sendiri sebagai tak layak dicintai.

 

Kerana kadang-kadang…orang  yang pergi itu bukan kehilangan terbesar anda.
Kadang-kadang, dia cuma penapis… supaya anda akhirnya bertemu orang yang lebih tepat.

Teruskan Mencari Cinta

Ingat 5 cara ini setiap kali anda dikecewakan cinta:

  1. Senyum
  2. Lebihkan masa bersama kawan
  3. Ketawa
  4. Mula mencari
  5. Start dating

 

Bonus Tip:

Menurut beberapa pakar psikologi, dari laman Psycology Today – proses pulih selepas putus cinta memerlukan sokongan sosial, penerimaan emosi, dan aktiviti positif yang membantu minda kembali stabil. Ada few more steps yang anda boleh pilih untuk kesesuaian dalam hidup anda.

Simple? Yes.

Tapi kadang-kadang benda yang simple inilah yang paling banyak membantu.

Dan sebenarnya… ada banyak lagi cara yang saya buat.
Tapi 5 perkara yang dikongsikan memang antara yang paling wajib saya lakukan untuk pulihkan hati yang lara.

So sekarang saya nak tanya anda pula…

Bagaimana cara anda atasi kecewa cinta?

Jom kongsi di ruangan komen.
Mana tahu pengalaman anda boleh bantu orang lain yang sedang terluka hari ini.

Jom baca juga artikel lain:

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor