6 Cara Me Time Untuk Kreativiti ala Brother Love

Me Time Kreativiti

Kenapa Me Time Penting untuk Saya Tiga bulan tak menulis… rasa macam hilang suara yang tersayang. Eh, jangan gelak dulu, haha… tapi itulah tu, suara saya memang saya sayang! 😀 serius — bila terlalu fokus kerja, client, projek, social media… kadang kita hanyut dan lupa diri sendiri, lupa suara sendiri… That’s why, pentingnya Me Time! Dan ianya bukan sekadar “lepak minum kopi” atau “scroll TikTok sambil gelak sorang, sambil makan nasi goreng cina”. Ia moment recharge minda & jiwa, supaya kreativiti tak kering, idea tak stuck, dan mood tak tiba-tiba meletup macam popcorn. Untuk recharge minda dan rasa tenang juga, jangan lupa amalkan refleksi diri setiap hari. Sambil tarik nafas dalam-dalam, cuba belajar tentang mindfulness dalam konteks Islam, supaya kita juga mendekatkan hati kepada Allah. 😌 belajar tentang mindfulness dalam konteks Islam (muraqabah)   My Personal Me Time Framework Here I share sedikit about my framework peribadi saya — simple tapi actually powerful juga sebenarnya, macam cheat code untuk daily life & kreativiti, you guys can try this: Music Therapy 🎶 Terapi Muzik, Wajib bagi saya, bagi anda mungkin audio motivation. Lagu-lagu saya sendiri pun kadang saya putarkan berulang-ulang kali. Kadang saya gelak sorang sebab lirik sendiri macam drama filem. “Isshh, part chorus ni memang special…” hahaha, perasan sorang!  – tapi muzik dan sesebuah lagu boleh buat saya berdiri bulu roma, bergetar jiwa, sehingga boleh  travel balik ke waktu silam, seolah-olah berlaku depan-depan haaa… kadang menangis teruk cam budak kecik. Tapi music, memang boleh recharge emosi & minda. 👉 Nak dengar lagu-lagu saya? tonton muzik video saya? Jom layan Music Page Razzi Rahman   Mindfulness & Reflection 🧘‍♂️ Tarik nafas dalam-dalam, berdialog dengan diri sendiri. Tulis beberapa baris di dalam jurnal pun best. Tulis something like, “Hai hati, jangan merajuk lagi, kita masih boleh bangkit dari semua ni.” Seolah-olah anda sedang having a conversations with yourself. Atau tulislah apa sahaja. Humor ringan bantu relax & lihat masalah dari perspektif lain.   Creative Play ✏️ Doodle, tulis random idea, jangan fikir panjang, buat video mini promo. Projek client pun boleh jadi game kreatif. Contoh: edit video 30 saat challenge sambil senyum sorang. Feeling = serious work tapi sambil fun.   Digital Detox 📵 30 minit jauhkan laptop & phone. Haa… boleh ke? Tiba-tiba idea datang mengejut, “Wehhh mana handphone akuuu!” 🙂 hehe… masa aku Digital Detox ni lah macam-macam idea nya!! 🙂   Nature Walk & Mind Reset 🌳 Yang ni I selalu buat. Favourite la. Keluar ambil udara segar, gi taman tasik, experience the nature, tengok pokok, dengar burung. Otak refresh like a magic. Tips: bawak notebook / phone buat voice note kalau idea datang. Heeee… :)) Emotional hook: “Alam ni macam therapist percuma laa…”   Creative Collab / Brainstorm Play 🤝 Jumpa kawan kreatif atau share idea dengan orang lain. Kadang satu joke atau cadangan random → trigger idea genius. Bila ada beberapa kepala, kita mulai nampak perbezaa, idea mulai muncul. Feeling = kerja + fun + laugh = productivity booster. Nak tahu tentang saya dulu-dulu? Baca journey saya dalam page: My Story Dari Hero Jadi Zero huhu… terbalik lak 🙂   Lessons for Everyone Kalau ada satu benda yang saya belajar: kita kena hargai diri dulu, baru boleh hasilkan karya hebat. Schedule Me Time → walaupun 15 minit sehari Small wins → konsisten tapi santai Humor helps → kadang gelak sorang depan cermin = free therapy Bonus: dialog dengan diri sendiri = cheat code for emotional clarity   How Me Time Changed My Work & Life Dari burnout → produktif → inspirasi. Tiga bulan tak menulis, tiba-tiba restart dengan idea pillar article ni. Semua datang dari Me Time. Kadang saya cakap sendiri: “Eh, kenapa tak buat ni dulu?” Sambil senyum, gelak sendiri, deep down… reflection ni buat saya lebih focused, full of ideas tapi still cheeky.   Bonus Tips: Quick Actionable Me Time Minum kopi sambil dengar lagu → minda reset Journaling 5 minit → clarity + laughs 1 creative mini project → release tension, stimulate genius Nature walk / fresh air → ideation booster Brainstorm / collab dengan kawan kreatif → fresh perspectives Laugh at yourself → seriously, free therapy   Share your Me Time tips & moment in comments — readers lain pun boleh dapat inspirasi sama 😎   My Final Say… Me Time bukan kemewahan. Ia keperluan. Kadang kita rasa guilty nak ambil masa untuk diri sendiri, tapi percayalah — 15 minit hari ini, satu jam esok, boleh ubah cara kita fikir, rasa, dan hasilkan karya. Saya harap cerita & framework ni bantu anda yang tengah stress, kreatif block, atau rasa lost macam saya dulu. Cuba sendiri, tweak ikut diri, gelak sorang pun tak apa 😆. Kalau suka artikel ni, jangan lupa: Share kepada kawan kreatif Tinggalkan komen → cerita Me Time anda Teruskan lawati blog ni sebab banyak lagi cerita, tips & inspirasi akan datang. Dan ingat: kreativiti yang hebat lahir dari diri yang dihargai sendiri. 🌟 ikhlas, Love ❤️ , Brother Love by Razzi Rahman.

Bila kena “Ghosting!”

Kata dia, “Walau dikeji, tak dipeduli malah ditinggalkan, namun cinta aku tetap padanya. Aku akan terus setia kepadanya sampai bila-bila…” Ungkapan sebegini, sering kita dengari, mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Maklumlah, “SETIA gitew kann…” 🙂  – tanpa disedari, pasangan sudah lama “GHOSTING” Bagi yang belum mengetahui makna ghosting ni, ianya bermaksud: ‘Pasangan kekasih sudah menghilangkan diri, dalam erti kata lain, meninggalkan kita tanpa sebarang berita, tanpa bincang nak break ke apa, sedar-sedar hilang cam hantu, haaa, “Kena ghosting la tu” 🙂 Pasangan dia yang ghosted, belah tanpa sebarang perasaan, tapi dia pulak yang masih terus setia menanti. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus pulak tu dari dalam diri kita berbisik… “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.” Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda, sedangkan dia dah lama makan aiskrim dengan pasangan baru huhu 🙂 Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut Brother Love menasihati dan beri pendapat…jawapan yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :- Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro Sudah 6 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro. Biarlah, dia nak hilang. Biarlah dia seksa saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.   Apabila Razzi cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain dan sebenarnya sudah tiada perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana tu :- Tak bro…dia tak macam tu…dia baik Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat… Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya   …dan berbagai-bagai alasan lagi diberikan demi dia yang dicintai. Sedangkan, pasangannya sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin. Namun EFFECT bila kena GHOSTING ni dahasyat kawan-kawan… wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus dicintai pasangan lelakinya itu. Hakikatnya, mereka amat terseksa, jiwa terasa kosong, hidup rasa tak berguna lagi dan kebosanan semakin menghimpit jiwa. Pendapat Brother Love : Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang kena GHOSTING. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN. Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah lama tahu! Biasa call tiap hari tiba-tiba senyap dan NO CALLS berhari-hari. — Dah bosan la tu, mungkin sudah ada orang baru dalam hidupnya yang dia call hari-hari. Why senyap? Sebab takut atau nak jaga hati you…   Bila sering berjumpa (dating), tiba-tiba nak set dating pun susah, apa lagi nak berjumpa. — Sibuklah tu, bukan sibuk kerja, sibuk dengan orang lain! “Beritahulah sepatah!” – Kalau beritahu, you boleh terima ke?   Pasangan sering keluar sendiri tanpa anda lagi dan entah pergi kemana-mana — Dah pandai hilang-hilang tu, mula jumpa yang lain la tu. Takkan nak bawa awak pulak 😛   Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu sebenarnya, malah bila kemesraan pun semakin luntur, bahasa yang digunakan mungkin agak keras dan kasar pun kita dah boleh tahu. Simple thing like, “Kalau you sayang orang mesti nak jumpa selalu. Tapi kalau dah asyik hilangkan diri? sebab apa? takkan sebab masih sayang!” PERSOALANNYA, mengapa anda masih mahu menyeksakan diri dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa?? I know, BERAT UNTUK MENINGGALKAN PERHUBUNGAN YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA… but beb, dia dah lama tinggalkan dah pun beb… now it’s up to you saja untuk terus berharap atau TERIMA HAKIKAT, IT’S OVER! Tenangkan diri. Jadilah wanita yang relax, cool & penuh nilai. Move On today! 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. Kerana bila hati sudah kuat, hanya lelaki yang benar-benar real man akan mampu bertahan di sisi anda. 💎 “Kita mungkin pernah terluka, tapi hati ini tak pernah berhenti berharap untuk bahagia.”— ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➤ Kenali Razzi Rahman lebih lanjut 

Menangislah sayang…

Kadang bau rumput depan rumah yang baru dipotong… bau fresh itu, sering menusuk rongga nafas aku. Udaranya agak lega tika dihela, terus aku mendongak ke langit yang hampir mendung dalam kecerahan… mmm, best betul… Namun, suasana berubah kelam sekelip mata, bagai menyedari ada sekelumit jiwa yang menanggung pilu di hujung taman… Terpandang seorang wanita mungkin sedang menangis di depan rumahnya… … teresak-esak kadang kuat kadang tersekat tangisnya, seperti sedih dan gembira bercampur aduk.   Bisik-bisik jiran membawang, dapat tahu rupa-rupanya, kehilangan suami! Kesiannnn…   Best part, bukan suami yang tinggalkan dia sehingga menangis begitu sekali…tetapi dia yang minta suaminya tinggalkan dia, tinggalkan dirinya dan anak-anak…   Kemungkinan sebabnya ada pelbagai… mungkin suaminya berlaku curang? Mungkin kaki pukul, penjudi, pemabuk? Mungkin juga suaminya telah menghabiskan semua simpanan wang mereka? Nanguzubillah…   Entahlah apa sebab utamanya, mungkin sudah terlalu lama si isteri menanggung sabar… tak nak lah buat spekulasi lebih-lebih on that…   Cuma satu yang penting, apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan saya adalah, Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu… Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu… Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu… Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu…   Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkat tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu!   Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah sebenarnya… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah!   Begitulah TAKDIR… susah untuk kita ramalkan kerana hanya Allah yang tahu, kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.  Kita boleh kata kita nak hidup bersama hingga ke syurga, namun hakikatnya…   Jadi, menangislah sayang, tika dan saat sedih ini… redha dan move on… Move On today! 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati.   Love ❤️ , Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

5 Cara UTAMA untuk Move On

Patah hati bukan benda main-main. Bila cinta dah dinodai, dicampak seolah-olah tidak pernah disayangi, untuk ia mudah-mudah menjadi satu kenangan, mudah-mudah nak MOVE ON, it’s not easy! Hati rasa macam kosong… kadang sampai tak tahu macam mana nak teruskan hidup. “Move on” katanya. Cakap memang mudah, nak buat belum tentu. Malah perit beb!. Namun percayalah, move on dari cinta lama, move on dari ex, ITU BUKAN MUSTAHIL. Cuma untuk move on tanpa kecewa itu tak logik la. Mesti kecewa punya. Ianya satu proses — perlahan, penuh air mata, tapi akhirnya akan buat hati kita jadi lebih kuat. Cubalah 5 cara ini : Cara 1. Terima Perhubungan Sudah Tamat Move on bermula bila kita berani mengaku: “Ya, hubungan itu sudah berakhir.” Tiada lagi nak kenang-kenangan, tiada lagi nostalgia or nak kawan saja ke. END IT! – Lagi kita cuba nafikan, lagi lama luka tu berdarah. Anggap sahaja bukan salah awak, bukan salah dia… terima perjalanan ini ditakdirkan anda berdua tidak kekal bersama. “Fuhh pedihhh” 😊 – namun ini adalah satu kemestian.   Cara 2. Putuskan “Contact” Dengan Berani Tiada lagi contact, no more message ke whatsapp ke, END IT! Delete nombor? Block media sosial? Ya do that! – Kadang rasa jahat, tapi sebenarnya itu hadiah untuk diri sendiri. Anda tak boleh terus pandang gambar dia setiap hari dan expect luka tu sembuh. Move on perlukan ruang — ruang TANPA DIA.   Cara 3. Sibukkan Diri Dengan Perkara Baru Isi masa dengan hobi, kawan, keluarga, kerja, atau projek baru. Bila fikiran penuh dengan sesuatu yang bermakna, memori lama perlahan-lahan akan hilang. Ingat, sibuk bukan lari dari masalah, tapi cara rawat hati dengan aktiviti yang lebih sihat. – Ini boleh mengelakkan anda dari jadi seorang yang terbelenggu dalam syok sendiri.   Cara 4. Tulis Marahmu, Bencimu, Luahkan Perasaanmu Jangan simpan semua dalam dada. Tulis. Coret dalam diari, nota phone, atau surat yang anda takkan hantar. Kadang bila kita baca balik, kita akan nampak betapa kuatnya kita bertahan. Keluarkan segala-galanya agar hilang rasa tegang di jiwa.   Cara 5. Ingat Bahawa Luka Ini Ada Hikmah Setiap air mata bukan sia-sia. Kadang Allah tarik seseorang dari hidup kita sebab Dia nak bagi ruang untuk seseorang yang lebih baik hadir. Luka hari ini, insyaAllah jadi kekuatan untuk hari esok. Bukankah takdir dari Allah itu sudah cukup buat kita menerima seadanya?   Final say dari Brother Love Move on dari cinta lama bukan bermaksud lupa dia sepenuhnya, mana boleh nak lupa terus orang yang bertahun kita cinta. Tetapi, bila lakukan cara-cara di atas mungkin slowly dia akan menjadi satu kenangan, hanya satu sejarah hitam dalam hidup kita sahaja nanti. Sebab kita belajar redha dan sayangi diri sendiri lebih daripada orang lain. Bila kita sayangi diri, cinta baru yang datang nanti akan lebih ikhlas, lebih matang, lebih membahagiakan. Dan kalau hati anda masih rapuh dan sedang luka atau keliru? 🌹 Take a break. Heal dulu. Razzi ada tulis sebuah ebook khas untuk yang nak healing Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. Love ❤️ , Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Dah kahwin? BILA?!

Terkedu seketika mendengar kisah dari kawan baik saya, dalam penuh hiba bersama tangis halusnya, dia meluahkan perasaan yang amat sedih setelah mengetahui bekas kekasihnya yang kembali rapat tiba-tiba telah menjadi seorang suami yang sah! Terkejut! Amat terkejut… sebab baru saja mereka kembali mesra dan saling merindu, walau telah break-off tetapi sering bertemu seperti masa masih bersama. Kini, dalam diam-diam, rupa-rupanya mendirikan rumahtangga. Tak disangka-sangka, akhirnya setelah sekian lama gagal dan gagal lagi, …kahwin juga dia bersama seorang gadis dari kampung pilihan keluarga, saya anggap kemungkinan besar ini adalah demi ketaatan terhadap kedua ibu bapa… namun cara dia “GHOSTING” kawan saya ni, rasanya tak patut… tapi apa boleh buat, mungkin juga dia tak nak kecewakan lagi hati si Rita, “The Sky Angel”. Saya tahu, memang dia layak bahagia dengan pilihan keluarganya. Namun, jauh di sudut hati, saya juga tahu… hati dan perasaannya masih melekat kepada bekas kekasihnya itu. Kesihan pulak kat kawan saya ni, hmm… tu lah, kadang lawa macamana pun, flight stewardess pula, kalau dah bukan jodoh, orang pilih yang lain juga. I’m sure she really dan masih mengharapkan sesuatu. Mungkin masih mahu MASA untuk bersama? Mungkin juga impikan peluang kedua… KATA RITA – “Sebenarnya aku gembira untuk Zaff, tetapi aku tak dapat nak membohongi hati aku yang terasa terguris luka dan tercalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan persahabatan kami. Sayang ini… kehilangannya telah menjadi kenyataan.   Sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara aku dan dia,  dan tidak mungkin lagi kami bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tidak ada lagi tempat aku meluah rasa, menumpang kasih… aku terasa semakin sunyi… mungkin itu sajalah yang aku rindukan… bersama teman yang sering memberi kata-kata peniup semangat untuk ku… runtuh jua harapan ini akhirnya. Tah bila kan kering basah di pipi ku…   “Dah kahwin?!” – Sesuatu yang susah untuk diterima oleh Rita… setelah lama menghilangkan diri tanpa sebarang pesanan, patutlah lama senyap dan persahabatan mereka tiba-tiba je terhenti tanpa sebarang nota. Mungkin juga seksa baginya bila mengenangkan kasih sayang Rita yang terus mengharap. Kerana, I’m very sure both of them masih saling sayang sebenarnya… Apa lagi yang boleh dilakukan… inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis… biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita… terlepas pergi jugalah dia…  jika tertulis dia milik kita, maka kahwin lah kita… Kedua-duanya pun sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan hidup yang punya kepastian, tahu kemana mahu pulang, tahu siapa yang menanti…   Jadi, Rita… bersabarlah. Hari ini mungkin you terkecewa, namun Razzi doakan you kembali tenang nanti InsyaAllah. Banyak-banyakkan solat dan doa kepada Allah s.w.t mungkin dah lama kita lupakan Yang Maha Esa, masa untuk ‘give Him a call’   Ingatlah semua kata-kata Razzi dan segala nasihat yang sering I berikan, jadikan azimat dan peneman dalam pengembaraan baru mu, jagalah dirimu itu dengan sepenuh jiwa manis mu ya…   Time for healing! Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/ Love ❤️, Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Kenapa Lelaki Susah ucapkan ‘I Love You’?

Persoalan yang sering Bro Razzi ditanya dari ramai wanita adalah “Dia betul-betul nak kat saya tak bro? – Kalau ya, mengapa dia tak pernah cakap I love you?” Declare tak nak, tapi bila ada balak lain kacau, marah! Haha itulah ego orang lelaki ni kan. Usah nak hairan la kut, lelaki boleh bertahun bercinta, tapi nak dengar tiga perkataan itu terasa mustahil. BUT not all men are like that la kan, ada yang ok je cakap I love you. Realitinya, lelaki bukan tidak sayang, tetapi cara mereka mengekspresikan cinta berbeza. Bagi lelaki, cinta itu ditunjukkan melalui tindakan, bukan kata-kata. Contoh benar cinta seperti dalam list ini: Dia ambik dan hantar anda pulang setiap hari Dia suka bercerita tentang anda kepada keluarga dan kawan Dia nak jumpa setiap hari kalau boleh Dia risau dan mengambil berat bila anda sakit Dia usaha beri yang terbaik walaupun diam Cepat cemburu – ini tak perlu cakap la kan 😀   So basically, semua dalam list ni sebenarnya “I love you” la tu, versi lelaki. Ego lebih + segan sebenarnya. Haha… malu kalau ego tercalar. Tak macho arr I lap u I lap u nihhh 😊 Namun, bagi wanita yang lebih bersifat ekspresif, TANPA kata-kata “I LOVE YOU” ni kadang-kadang rasa seperti kurang dihargai. Kira macam tak ada CONFIRMATION gitu… Lelaki pulak, standby kut-kut terjumpa awek lain yang lebih cantik haha… “Tak baikkkkk” – but mostly sebenarnya takut janji kosong. Bila mereka ucap “I love you”, mereka mahu ia datang dengan komitmen. Sebab itu mereka memilih untuk hanya mengucapkannya bila benar-benar yakin. Kesimpulannya, jangan terlalu mengukur cinta lelaki pada ucapan. Belajarlah membaca bahasa tubuh, usaha, dan tindakan—kerana di situlah cinta mereka sebenarnya tersembunyi. SO, ada tak tindakan dia dalam list di atas tadi? Kalau ada okey la tu… JANGAN sampai langsung tak ada, uihhh itu RED FLAG tuhhh… hati-hati jangan tension lak😉 Nak cool-cool? Healing-healing bersama bro Razzi? Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/ Love ❤️, Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Kenapa Lelaki Cepat Hilang Minat?

Ramai wanita pernah terperangkap dengan situasi ini: pada awalnya, lelaki nampak sungguh bersemangat mengejar cinta, tapi bila sudah dapat perhatian… tiba-tiba dia jadi dingin. Hilang minat. Seolah-olah semua janji manis tadi hanya sementara. Sebenarnya, ia bukan semata-mata kerana lelaki tak serius. Ada faktor psikologi dan emosi yang jarang orang bincangkan. Lelaki sukakan misteri & cabaran Pada awalnya, sesuatu yang baru dan penuh tanda tanya memang membakar semangat mereka. Tetapi bila hubungan jadi terlalu mudah, terlalu senang diteka — sesetengah lelaki cepat hilang rasa thrill. Mereka perlukan sesuatu untuk terus “mengejar”. Tekanan daripada pasangan Ada lelaki jadi dingin bila terasa dikongkong, atau bila pasangan terlalu cepat mengharap lebih, mahu hubungan berkembang secepat mungkin. Tekanan sebegini boleh buat mereka tarik diri. Selalunya ini berlaku pada lelaki yang masih kurang matang — yang lebih suka enjoy hidup tanpa terlalu fikirkan masa depan. Ego & ketakutan dalam diri Jangan terkejut — kadang-kadang lelaki menjauh bukan sebab dia tak suka, tapi sebab dia takut gagal. Bila dia rasa tak cukup baik untuk membahagiakan wanita — sama ada kerana status, kewangan, atau kerjaya — dia memilih untuk undur diri. Itu cara mereka melindungi ego daripada rasa kecewa. Jadi, apa solusinya? ✨ Pertama – Jangan terlalu cepat serahkan seluruh dunia anda pada lelaki. Simpan ruang untuk diri sendiri. Kekalkan sedikit misteri. Biar dia usaha untuk mengenali anda, bukan sebaliknya. ✨ Kedua – Kalau dia perlahan-lahan hilang respon hanya kerana anda tak cepat “buka hati”, biarkan saja dia berlalu. Itu tanda dia memang tidak serius. ✨ Ketiga – Ingat, lelaki yang benar-benar minat akan sanggup sabar, sanggup menunggu, dan sanggup berusaha. Hubungan yang sihat lahir daripada keseimbangan — antara memberi & menerima, antara ruang & perhatian. Dan percayalah… hanya masa yang akan membongkar siapa dia sebenarnya. Jangan terburu-buru. Tenangkan diri. Jadilah wanita yang relax, cool & penuh nilai. Dan kalau hati anda sedang luka atau keliru? 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. Kerana bila hati sudah kuat, hanya lelaki yang benar-benar real man akan mampu bertahan di sisi anda. 💎 Love ❤️ , Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Cinta … SYOK SENDIRI ke tu?

“Oops! Syok sendiri la aku… eee malunya weh!” 🤦‍♂️ Syok sendiri ni adalah bila kita perasan sorang-sorang haaa… ada ke tak perasaan cam tu?? — Lagi pedih bila kawan-kawan pun dah tahu kita syok kat dia, tapi dia? Tenang je berseronok dengan orang lain. Kita yang drama lebih, dia siap tak sedar pun kewujudan kita… aduhh! Kita merajuk bila dia tak call, tak reply whatsapp, tapi kita jugak yang sibuk call dulu. Dia? Zero effort. Bila ajak jumpa, jawapan dia standard: “sibuk kerja… ada hal… keluar dengan kawan.” Kita ternganga: “Habis tu, masa untuk aku bila?!” 😤 Sis, mari sini saya bagitau… Dia memang tak ada masa untuk you tu sis… sebab dia memang bukan kekasih you pun! 🫣 Kenapa pulak dia kena luangkan masa, kalau hati dia tak ada untuk kita? Kenapa dia nak balas mesej kalau dia memang tak berminat? Kita siapa dalam hidup dia? Oops malu lagi…🤷‍♂️ Kadang kita rasa, “ala… aku dah berkorban macam-macam untuk dia, of course la dia kekasih aku!” — tapi pernah ke dia janji nak cinta kita seumur hidup? Pernah ke dia declare yang kita ni kekasih dia? Kalau tak, itu bukan cinta dik non. Itu namanya syok sendiri huhu… Kalau dia pernah janji, pernah cakap sayang — itu cerita lain. Itu bukan syok sendiri, itu dah level dipermainkan. Tapi kalau kita jatuh cinta kat orang yang tak pernah cintakan kita? Haa itu memang risiko. Kita bagi hadiah, bagi perhatian, siap buat pengorbanan… tapi jangan cepat claim dia “dah jadi milik kita”. Silap-silap, kita tengah berlakon drama Korea bercinta seorang diri. 🎬 haha💔 Sebab tu kena jelas dari awal. Hubungan ni apa? Kawan je ke? Kawan baik? Atau sekadar kawan tapi mesra? Ada harapan jadi pasangan hidup, atau sekadar drama “bertepuk sebelah tangan”? Kalau jawapan dia samar-samar — tak apa, at least kita sedar awal. Tak adalah kita terduduk berangan, syok sendiri. Masa dah sedar awal tu bolehlah buat catwalk, cabut sambil bergaya 💃🏽, instead of jadi watak tambahan dalam hidup orang lain. Dan jangan la pulak frust cam akak koyak… Kita tak boleh marah pun sebenarnya, sebab dia tak pernah janji apa-apa. Kita je yang terover feeling. Aduiii sekali lagi! 😅 So ingat ya… jatuh cinta tu tak salah. Tapi jangan sampai jatuh cinta dalam kategori paling sedih — Cinta Syok Sendiri. Sebab kalau terus syok sendiri, silap-silap kita bukan je jatuh cinta, kita jatuh harga diri sekali. Dah la tak dapat dia, dapat malu free pulak tu kammm… 😂 Nak elak hati kena main-main dengan perasaan sendiri, elok baca ebook saya ni : “30 Hari Jaga Hati”. Confirm hati terjaga, jiwa tenang, dan yang paling penting… tak ada lagi episod syok sendiri drama melayu jam 7 petang. Hehehe! Klik sini : https://razzirahman.com/30harijagahati/   Love ❤️ , Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

8 Sebab Lelaki Rasa “Yes, She’s The One!”

Wanita selalu tanya, “Kenapa lelaki cepat bosan? Kenapa cinta lelaki lain macam? Kenapa lelaki buat tak tahu?” Tapi jarang ada yang tanya balik pada diri sendiri: “Aku ni layak ke untuk dijadikan isteri?” 😏 Ramai akan cepat-cepat jawab, “Of course la layak! Aku setia, aku sayang dia, aku sanggup berkorban…” Tapi itu jawapan kita sendiri. Apa pandangan lelaki? Itu yang kita selalu terlepas pandang. So, jom Razzi share 8 perkara yang buat lelaki terdetik dalam hati dia — “Ya Allah, aku nak kahwin dengan dia!” ❤️ Agama dulu, cinta kemudian Kalau agama jadi asas, lelaki automatik segan nak main-mainkan you. Kalau sebab agama jodoh lambat sikit pun, trust me… itu lebih baik dari dapat jodoh yang tak kenal Tuhan. Jangan terlalu mudah Sorry to say, kalau baru kenal dah senang diayat, senang dipegang, lagi senang dinoda… susah nak buat lelaki respect. Lelaki hargai wanita yang tahu jaga diri. Kalau pernah tersilap tapi sudah bertaubat? That’s different story — peluang tetap ada, insyaAllah. Lelaki nak rasa selamat Dia nak percaya boleh lepaskan you ke mana-mana tanpa rasa risau. Kalau you terlalu sosial sampai buat dia insecure, itu masalah. (Tapi masa awal nak pikat, lain cerita… sikit-sikit jealous tu kasi SPICY gak ok je 😆). Pandai masak Yes, this one klasik tapi betul! Mula-mula bercinta boleh la makan luar, tapi dalam diam nak gak merasa girlfriend masak! Takkan asyik nak order GrabFood hari-hari. Nanti lelaki ingat, kahwin esok, 5–10 tahun asyik makan order je, haru! As suami, mestilah nak rasa air tangan isteri sendiri. Simple pun tak apa, janji dari hati. Kalau masak maggi pun dia tersenyum, you’re the one lah tu 😍. Ada pendirian sendiri Lelaki suka wanita yang bijak, matang, boleh buat keputusan. Kalau every time tanya nak makan apa pun jawab, “Up to you sayang…” lama-lama dia pun boring. Jangan jadi pengikut saja — mesti kena jadi ‘partner in crime!’ Berani! Kadang lelaki bukan berani pun. Bila jumpa wanita yang berani say NO, lelaki actually respect gila. Dia tahu — “Aha, yang ni bukan boleh buat main-main nihhh… ” Pandai urus kewangan Straight talk — lelaki nak rasa untung bila kahwin, bukan rugi. Kalau you boros, hutang keliling pinggang, tiap bulan pokai… confirm lelaki takut nak jadikan you isteri. Nak shopping barang mahal boleh, tapi biar income you pun mahal juga. Win-win. Belum kahwin pun hutang keliling pinggang, camana lelaki nak jatuh hati? 😆 Jadi wanita, bukan budak kecik Simple je: lelaki nak kahwin dengan wanita, bukan budak manja yang asyik merengek. Ada pendirian, ada matlamat, ada kematangan. Bila you shine as a real woman — lelaki automatik nampak masa depan dengan you. So, layak ke tidak? 😉 Hakikatnya, jawapan ada pada diri sendiri. I’m sure wanita akan cakap, “Habis tu, LELAKI TU LAYAK KE?” –  Sis, itu topik lain tu, hari lain😆 … Hari ini is about you girls. Tanyalah hati: “Aku ni betul-betul ready ke jadi isteri?” Sebab bila hati kita kelam-kabut, kita mudah salahkan orang. Tapi bila hati kita tenang, cinta kita pun jadi indah. 💕 Itu sebab Razzi baru saja tulis ebook terbaru, 30 Hari Jaga Hati. 30 hari perjalanan menjaga hati — step by step untuk healing, jadi cool, confident, and akhirnya jadi wanita yang orang tak sabar nak kahwini. Kalau hati you kuat, tenang, dan penuh cinta… lelaki pun takkan lepaskan awak lagi. Trust me 😉 Dapatkan sekarang klik di sini Love ❤️ Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Bila Hati Pernah Luka, Tapi Masih Percaya Pada Cinta

Ada satu malam dulu, aku termenung seorang diri. Terlintas satu soalan dalam hati – kenapa sakit ni masih ada? Sedangkan hubungan aku dan dia dah lama “gone with the wind”. Dah tak ada apa-apa lagi. Dia kecewakan aku, balik Sabah, tup-tup bertunang… lama sikit terus KAHWIN! Haha… masa tu aku macam biskut cicah milo panas. Sekali kena cicah, hancur terus. Nak keras balik, memang tak mahu dah. Begitulah bila hati dikecewakan. Jangan salah sangka – lelaki pun kena juga, bukan girls je 😀 Yang buat aku bersyukur, walau sakit macam mana pun, aku masih ingat Tuhan, Alhamdulillah. Masih yakin Dia selalu ada menemani. Cuma kadang-kadang, tayar kereta ni pun boleh pancit bila kenangan lama macam paku besi tertusuk ke dalam hati. Dan begitulah hakikatnya… “Bila hati pernah luka, tapi masih percaya pada cinta.” Bila kita dilukai oleh orang yang sangat kita cintai, hati kita tetap tak putus asa. Cinta itu masih hidup, walaupun kita dah jatuh. Lagi-lagi kalau cinta tu sejati. Mana mungkin mudah dilupakan. Kadang-kadang, kenangan datang macam angin – lembut, tapi pedih. Awal-awal dulu memang berat. Sakit. Tapi sekarang? Alhamdulillah… I dah lebih dari okay. 😊 👉 Dan sebab itu, Razzi tulis ebook 30 Hari Jaga Hati – khas untuk orang yang pernah rasa sakit, tapi masih percaya pada cinta. Dalamnya I kongsi cara, pengalaman & refleksi yang betul-betul boleh bantu tenangkan jiwa. “Kadang cinta hilang, tapi hati kita tetap mencari alasan untuk terus percaya.” Jadi persoalannya, What about you? Adakah hati you masih penat? Masih kecewa? Jiwa rasa kosong? Kalau ya, cuba 3 cara ni: Kembali pada Tuhan. Mungkin dah lama tak contact Dia? Cuba cari balik. Spend time dengan keluarga. Pergi aktiviti luar, rasa udara segar. Sayangi diri sendiri. Pujuk hati, belanja diri makan sedap-sedap. Amalkan selalu, tengok perubahan nanti. Trust me, mesti seronok. Tapi kalau nak tahu lebih banyak cara nak sembuhkan hati, I ada tulis dalam satu ebook khas: 📖 30 Hari Jaga Hati – ditulis khusus buat hati yang pernah luka. Have a look kat sini 👉: https://razzirahman.com/30harijagahati/ Love ❤️ Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor