Cinta … SYOK SENDIRI ke tu?

“Oops! Cinta Syok sendiri la aku… eee malunya weh!” 🤦♂️ Syok sendiri ni adalah bila kita perasan sorang-sorang haaa… ada ke tak perasaan cam tu?? — Lagi pedih bila kawan-kawan pun dah tahu kita syok kat dia, tapi dia? Tenang je berseronok dengan orang lain. Kita yang drama lebih, dia siap tak sedar pun kewujudan kita… aduhh! Kita merajuk bila dia tak call, tak reply whatsapp, tapi kita jugak yang sibuk call dulu. Dia? Zero effort. Bila ajak jumpa, jawapan dia standard: “sibuk kerja… ada hal… keluar dengan kawan.” Kita ternganga: “Habis tu, masa untuk aku bila?!” 😤 Sis, mari sini saya bagitau… Dia memang tak ada masa untuk you tu sis… sebab dia memang bukan kekasih you pun! 🫣 Kenapa pulak dia kena luangkan masa, kalau hati dia tak ada untuk kita? Kenapa dia nak balas mesej kalau dia memang tak berminat? Kita siapa dalam hidup dia? Oops malu lagi…🤷♂️ Kadang kita rasa, “ala… aku dah berkorban macam-macam untuk dia, of course la dia kekasih aku!” — tapi pernah ke dia janji nak cinta kita seumur hidup? Pernah ke dia declare yang kita ni kekasih dia? Kalau tak, itu bukan cinta dik non. Itu namanya syok sendiri huhu… Kalau dia pernah janji, pernah cakap sayang — itu cerita lain. Itu bukan syok sendiri, itu dah level dipermainkan. Tapi kalau kita jatuh cinta kat orang yang tak pernah cintakan kita? Haa itu memang risiko. Kita bagi hadiah, bagi perhatian, siap buat pengorbanan… tapi jangan cepat claim dia “dah jadi milik kita”. Silap-silap, kita tengah berlakon drama Korea bercinta seorang diri. 🎬 haha💔 Sebab tu kena jelas dari awal. Hubungan ni apa? Kawan je ke? Kawan baik? Atau sekadar kawan tapi mesra? Ada harapan jadi pasangan hidup, atau sekadar drama “bertepuk sebelah tangan”? Kalau jawapan dia samar-samar — tak apa, at least kita sedar awal. Tak adalah kita terduduk berangan, syok sendiri. Masa dah sedar awal tu bolehlah buat catwalk, cabut sambil bergaya 💃🏽, instead of jadi watak tambahan dalam hidup orang lain. Dan jangan la pulak frust cam akak koyak… Kita tak boleh marah pun sebenarnya, sebab dia tak pernah janji apa-apa. Kita je yang terover feeling. Aduiii sekali lagi! 😅 So ingat ya… jatuh cinta tu tak salah. Tapi jangan sampai jatuh cinta dalam kategori paling sedih — Cinta Syok Sendiri. Sebab kalau terus syok sendiri, silap-silap kita bukan je jatuh cinta, kita jatuh harga diri sekali. Dah la tak dapat dia, dapat malu free pulak tu kammm… 😂 Nak elak hati kena main-main dengan perasaan sendiri, elok baca ebook saya ni : “30 Hari Jaga Hati”. Confirm hati terjaga, jiwa tenang, dan yang paling penting… tak ada lagi episod syok sendiri drama melayu jam 7 petang. Hehehe! Klik sini : https://razzirahman.com/30harijagahati/ “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
8 Sebab Lelaki Rasa “Yes, She’s The One!” | Tip Apa Lelaki Nak dari Perempuan

Wanita selalu tanya, “Apa yang lelaki nak sebenarnya?” – “Kenapa lelaki cepat bosan? Kenapa cinta lelaki lain macam? Kenapa lelaki buat tak tahu?” – Apa lelaki nak dari perempuan sebenarnya? Tapi jarang ada yang tanya balik pada diri sendiri: “Aku ni layak ke untuk dijadikan isteri?” 😏 Ramai akan cepat-cepat jawab, “Of course la layak! Aku setia, aku sayang dia, aku sanggup berkorban…” Tapi itu jawapan kita sendiri. Apa pandangan lelaki? Itu yang kita selalu terlepas pandang. So, jom Razzi share 8 perkara yang buat lelaki terdetik dalam hati dia — “Ya Allah, aku nak kahwin dengan dia!” ❤️ Agama dulu, cinta kemudian Kalau agama jadi asas, lelaki automatik segan nak main-mainkan you. Kalau sebab agama jodoh lambat sikit pun, trust me… itu lebih baik dari dapat jodoh yang tak kenal Tuhan. Jangan terlalu mudah Sorry to say, kalau baru kenal dah senang diayat, senang dipegang, lagi senang dinoda… susah nak buat lelaki respect. Lelaki hargai wanita yang tahu jaga diri. Kalau pernah tersilap tapi sudah bertaubat? That’s different story — peluang tetap ada, insyaAllah. Lelaki nak rasa selamat Dia nak percaya boleh lepaskan you ke mana-mana tanpa rasa risau. Kalau you terlalu sosial sampai buat dia insecure, itu masalah. (Tapi masa awal nak pikat, lain cerita… sikit-sikit jealous tu kasi SPICY gak ok je 😆). Pandai masak Yes, this one klasik tapi betul! Mula-mula bercinta boleh la makan luar, tapi dalam diam nak gak merasa girlfriend masak! Takkan asyik nak order GrabFood hari-hari. Nanti lelaki ingat, kahwin esok, 5–10 tahun asyik makan order je, haru! As suami, mestilah nak rasa air tangan isteri sendiri. Simple pun tak apa, janji dari hati. Kalau masak maggi pun dia tersenyum, you’re the one lah tu 😍. Ada pendirian sendiri Lelaki suka wanita yang bijak, matang, boleh buat keputusan. Kalau every time tanya nak makan apa pun jawab, “Up to you sayang…” lama-lama dia pun boring. Jangan jadi pengikut saja — mesti kena jadi ‘partner in crime!’ Berani! Kadang lelaki bukan berani pun. Bila jumpa wanita yang berani say NO, lelaki actually respect gila. Dia tahu — “Aha, yang ni bukan boleh buat main-main nihhh… ” Pandai urus kewangan Straight talk — lelaki nak rasa untung bila kahwin, bukan rugi. Kalau you boros, hutang keliling pinggang, tiap bulan pokai… confirm lelaki takut nak jadikan you isteri. Nak shopping barang mahal boleh, tapi biar income you pun mahal juga. Win-win. Belum kahwin pun hutang keliling pinggang, camana lelaki nak jatuh hati? 😆 Jadi wanita, bukan budak kecik Sekarang dah nampak apa lelaki nak dari perempuan?… Simple je: lelaki nak kahwin dengan wanita, bukan budak manja yang asyik merengek. Ada pendirian, ada matlamat, ada kematangan. Bila you shine as a real woman — lelaki automatik nampak masa depan dengan you. So, layak ke tidak? 😉 Hakikatnya, jawapan ada pada diri sendiri. I’m sure wanita akan cakap, “Habis tu, LELAKI TU LAYAK KE?” – Sis, itu topik lain tu, hari lain😆 … Hari ini is about you girls. Tanyalah hati: “Aku ni betul-betul ready ke jadi isteri?” Sebab bila hati kita kelam-kabut, kita mudah salahkan orang. Tapi bila hati kita tenang, cinta kita pun jadi indah. 💕 Itu sebab Razzi baru saja tulis ebook terbaru, 30 Hari Jaga Hati. 30 hari perjalanan menjaga hati — step by step untuk healing, jadi cool, confident, and akhirnya jadi wanita yang orang tak sabar nak kahwini. Kalau hati you kuat, tenang, dan penuh cinta… lelaki pun takkan lepaskan awak lagi. Trust me 😉 Dapatkan sekarang klik di sini “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Bila Hati Pernah Luka, Tapi Masih Percaya Pada Cinta

Ada satu malam dulu, aku termenung seorang diri. Terlintas satu soalan dalam hati – kenapa sakit ni masih ada? Sedangkan hubungan aku dan dia dah lama “gone with the wind”. Dah tak ada apa-apa lagi. Dia kecewakan aku, balik Sabah, tup-tup bertunang… lama sikit terus KAHWIN! Haha… masa tu aku macam biskut cicah milo panas. Sekali kena cicah, hancur terus. Nak keras balik, memang tak mahu dah. Begitulah bila hati dikecewakan. Jangan salah sangka – lelaki pun kena juga, bukan girls je 😀 Yang buat aku bersyukur, walau sakit macam mana pun, aku masih ingat Tuhan, Alhamdulillah. Masih yakin Dia selalu ada menemani. Cuma kadang-kadang, tayar kereta ni pun boleh pancit bila kenangan lama macam paku besi tertusuk ke dalam hati. Dan begitulah hakikatnya… “Bila hati pernah luka, tapi masih percaya pada cinta.” Bila kita dilukai oleh orang yang sangat kita cintai, hati kita tetap tak putus asa. Cinta itu masih hidup, walaupun kita dah jatuh. Lagi-lagi kalau cinta tu sejati. Mana mungkin mudah dilupakan. Kadang-kadang, kenangan datang macam angin – lembut, tapi pedih. Awal-awal dulu memang berat. Sakit. Tapi sekarang? Alhamdulillah… I dah lebih dari okay. 😊 👉 Dan sebab itu, Razzi tulis ebook 30 Hari Jaga Hati – khas untuk orang yang pernah rasa sakit, tapi masih percaya pada cinta. Dalamnya I kongsi cara, pengalaman & refleksi yang betul-betul boleh bantu tenangkan jiwa. “Kadang cinta hilang, tapi hati kita tetap mencari alasan untuk terus percaya.” Jadi persoalannya, What about you? Adakah hati you masih penat? Masih kecewa? Jiwa rasa kosong? Kalau ya, cuba 3 cara ni: Kembali pada Tuhan. Mungkin dah lama tak contact Dia? Cuba cari balik. Spend time dengan keluarga. Pergi aktiviti luar, rasa udara segar. Sayangi diri sendiri. Pujuk hati, belanja diri makan sedap-sedap. Amalkan selalu, tengok perubahan nanti. Trust me, mesti seronok. Tapi kalau nak tahu lebih banyak cara nak sembuhkan hati, I ada tulis dalam satu ebook khas: 📖 30 Hari Jaga Hati – ditulis khusus buat hati yang pernah luka. Have a look kat sini 👉: https://razzirahman.com/30harijagahati/ “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Apa salah saya sebenarnya?

Pernah tak rasa pelik… mula-mula dia macam suka kat kita je, senyum selalu, borak pun best… tapi lepas jumpa sekali dua, terus macam hilang minat? Tiba-tiba dia ghosting kita!. Adoi… sakit jugak kan? Sebenarnya masalah besar bukan rupa, bukan gaya. Tapi Razzi rasa adalah dari perbualan! Yup, kadang kita borak benda yang turn off habis sampai orang tu terus lost interest. Kita? perasan syok huhu, hati-hati… Especially, Buka Topik “EX” Awal-awal Jumpa, masa dating! 👉 5 Topik EX paling bahaya untuk diperbualkan: Baru kenal, baru dating… terus cerita pasal sejarah your ex-boyfriend, ex-girlfriend, ex-husband, ex-wife… EX EX EX! Weh boring WO! 😅 Paling membosankan sekali, jika anda suka sangat bercerita tentang betapa hebatnya ex anda. Dulu dia gini, dulu dia gitu-gitu… Lepas tu cerita pulak tempat-tempat yang pernah pergi bersama ex. Kena pula tempat yang tengah duk dating tu pernah dating dengan ex AHDOIIII!!… DOUBLE NO! Bercerita betapa jahatnya ex anda dan betapa tidak bertanggung jawabnya dia pula, bakal digunakan sebagai pisau menikam anda nanti. Ex andalah yang telah menjadikan siapa anda hari ini. REALLY?? Kalau cerita pasal ex tu hebat sangat — orang akan fikir, “Kalau power sangat, kenapa tak kahwin je dengan dia?” Kalau cerita buruk pasal ex pulak, lagi la… nampak macam kita masih stuck dengan masa lalu. Either way — orang dengar pun rasa ehh NEXT! Percayalah… no one suka jadi rebound. Jadi, kalau baru kenal, keep it cool, relax. Cakap pasal diri sekarang, bukan pasal sejarah hitam atau kenangan pahit. Yang lepas tu biarlah lepas. So what should you do? Simple je — nak orang suka, kena mula dengan diri sendiri dulu. Jadi tenang, cool, interesting. Kalau hati sendiri berserabut, perbualan pun confirm serabut. Tapi bila hati kita dah heal, aura kita lain macam… orang akan naturally suka borak dengan kita. Nak tahu cara nak heal, nak cool, nak jadi versi paling menarik diri sendiri? Semua ada dalam ebook terbaru Razzi : 👉 30 Hari Jaga Hati. Step by step ikut pengalaman saya sendiri. Trust me — bila hati cool, hidup cool… orang pun lagi senang nak jatuh cinta dengan kita. 😉 “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Cinta Sepenuh Harapan

Salam Cinta dari Razzi buat semua pembaca saya yang saya sayangi. CINTA adalah salah satu kekuatan terbesar yang kita ada di dalam hidup ini. Sedari awal kita mengenal dunia ini, cinta sudah ujud di sekeliling kita—dari kasih sayang ibu dan ayah, persahabatan yang tulus, sehingga cinta di dalam perhubungan yang lebih mendalam dan romantis. Dan yang sering berlaku, seseorang mesti meletakkan cinta sepenuh harapan kepada dia yang dicintai. Akan tetapi, meskipun cinta itu indah, membawa kekuatan, semangat jitu. Seperti ala mini, yang sering memerlukan KESEIMBANGAN, lalu cinta juga sering mengundang tentang dan halangan yang tak terduga. Namun harus kita ingat, di sebalik setiap halangan dan dugaan itu, ada terselit cinta yang didamba, ada sebuah harapan bersamanya membawa cinta sepenuh harapan dan pengajaran yang akan membawa kita menuju kebahagiaan yang sebenar. MASA berubah, CINTA turut sama Di dalam perhubungan cinta, kekasih maupun yang sudahpun mendirikan rumah tangga, sering berlaku CINTA BERUBAH. Ada yang berubah dengan matang dan lebih baik. Ada pula yang berubah membuat onar. Namun setiap perubahan di dalam cinta itu, tidak dapat kita elak. Ianya pasti berlaku. Ini kerana factor usia yang semakin matang melingkari nafsu yang tak menentu. Adalah baik jika sedari awal perhubungan, cubalah sama-sama mendidik diri agar sering berterus-terang dengan Impian dan cita-cita di dalam perhubungan. CUBA luahkan “Apa yang sebenarnya yang kau mahukan?” Jangan elak topik ini, takut esok-esok dah bertahun-tahun Bersama, mulai tak puas hati. Dan terimpi-impikan sesuatu yang dulunya tak dikecapi. Cinta Sepenuh harapan Di akhir kata, meskipun cinta itu boleh membuat kita merasa rapuh dan penuh keraguan, cinta juga adalah pemberi harapan dan inspirasi dalam hidup kita. Cinta suci, mengajarkan kita tentang kebaikan, pengorbanan, dan cara untuk menjadi lebih baik setiap hari. Cinta abadi memberi kita kekuatan untuk terus maju, untuk memperbaiki diri, dan rasa mahu memberi kepada pasangan yang terbaik tanpa mengharapkan balasan. Untuk semua pencinta di luar sana, tak peduli di mana anda berada dalam perjalanan hidup ini, ingatlah bahwa cinta adalah perjalanan yang indah, dan penuh makna. Cinta tidak harus sempurna untuk menjadi luar biasa. PENTING: Cinta adalah tentang sama-sama membuka hati anda untuk memberi dan menikmatinya . Jadi, jika saat ini anda merasa kesepian atau lelah, ingatlah bahawa cinta itu selalu ada, dan ia akan membawa anda kembali ke jalan yang penuh harapan. Cinta adalah hadiah yang terus memberi, dan setiap langkah dalam perjalanan ini membawa kita lebih dekat kepada kebahagiaan sejati. Cinta itu indah. Cinta itu menyembuhkan. Cinta itu layak diperjuangkan. “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Hati isteri bila sudah nekad…

Bayangkan seorang lelaki yang hanya average looking guy, average income, kehidupan yang biasa-biasa saja, tiba-tiba menemui seorang wanita, jelitawan yang lawa, anggun, lebih berjaya darinya… tetapi dapat ditundukinya, sehingga wanita itu mahu berkahwin dengannya… Wahhh sikit punya bangga brother kita. Kawan-kawan yang selalu mengejek kini senyap dan sepi. Terdiam sendiri pula. Keegoaan diri si suami mulai muncul… terasa hebat dan sedikit bongkak dengan kejayaannya. Hidup bahagia… seketika, dapat baby pun cantik juga… NAMUN, tah macamana keegoan diri mulai menghantui… kerana akibat kejayaannya itu memiliki isteri cantik yang tak sepadan dengannya, dia terasa hebat, lalu mulai terasa nak try yang lain pula. Aiiii… melekat lagi pulak tu, mudahnya gitu. Lalu sibuk melayan yang baru, isteri di depan mata sudah tidak dihiraukan lagi. BUKAN semua lelaki begini… hanya segelintir sahaja yang tak sedari diri. Apa yang saya nak katakan di sini… HATI-HATI, mungkin kita rasa kita boleh dapat semua awek, semua wanita yang kita cuba. Mungkin kita pandai melawak, mungkin pandai mengayat dan sebagainya. TETAPI, ingatlah isteri yang telah berkorban apa sahaja demi kita sebelum ini. Ingat anak-anak di rumah. Jangan sombong… JANGAN sampai ISTERI NEKAD untuk berpisah. Di saat itu mungkin anda masih tak kisah. Tapi ketahuilah… selepas itu, di saat tiba-tiba Tuhan nak tarik kehebatan kita, tak siapa yang suka kita lagi. Tak mudah lagi untuk kita memiliki sesiapa pun, akibatnya… kita keseorangan diri. Akhirnya menangis tak berlagu… ini pernah terjadi, tak mustahil anda juga kan merasainya nanti. Hargailah dia yang ada di samping mu selalu itu. Sayangilah dia sepenuh hati… itu saja pesanan saya. Takut bila sampai waktu, anda mulai tersedar, di saat itu segala-galanya sudah terlambat. KLIK BUTTON PLAY! “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
BILA kau sedar nanti…

Orang tua-tua cakap, “Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah!” maknanya simple je, ia mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat. Jangan sampai menghancur hati seseorang tanpa memikirkan risikonya. Ingatlah HUKUM KARMA itu real. Bukan hari ini, esok, bukan esok bulan depan, bukan bulan depan, mungkin tahun akan datang. Yang pasti, balasan tetap ada ikut mana-mana. Mungkin kita terlepas, tetapi mungkin anak cucu kita pula yang menerimanya. Sebab itulah kita kena selalu beringat-ingat. Jangan sampai mengecewakan orang dan menghancurkan harapan dia yang menanti dan berharap sepenuh hati. BERBUAT BAIK TAK HABIS DUIT PUN… apa yang susah sangat? Mengapa kena kecewakan orang? Kalau tak suka, jangan beri harapan. Jangan cuba-cuba nak bercinta. Hanya sebab tengah sunyi, anda mulai main-main ayat manis. Yang kesepian akan mudah terpengaruh dan percaya. Sekelip mata percaya kepada kata-kata manis anda. Lalu menggunung harapannya. Anda hanya sekadar ‘test ngayat je’ habislah kalau cam tu… kesian dia. Berterus-terang sedari awal ada lah yang terbaik. Beritahu situasi sebenarnya bagaimana. Tapi itulah kadang-kadang tu ada juga yang bila kita dah beritahu everything pun, dia naaaak jugak J yang ni tak boleh nak buat apa la kan. Namun walau bagaimana sekali pun ada lebih baik kita hindarkan dari mengecewakan hati orang. Tak baik dik… berdosa pun. Ada pula yang pada mulanya memang cinta, memang sayang, tetapi kerana akibat berjaya memiliki cinta, dia terasa hebat, lalu mulai terasa nak try yang lain pula. Aiiii… melekat lagi J mudahnya gitu. Lalu sibuk melayan yang baru, yang lama sudah tidak dihiraukan lagi. Pelbagai pengorbanan sudah dilakukan tapi langsung tidak dipedulikan… yang baru juga menjadi igauan. KESIAN dia di situ menanti… Situasi-situasi ini sebenarnya, saya sendiri pernah merasainya… tiada yang baik keluar dari sini. Dan di saat saya menyedari akan perbuatan saya. Ianya sudah terlambat. “Yang dikejar tak dapat, kehilangan yang sedia ada pula…” di kala itu, menyesal tak sudah. Berkali-kali cuba untuk mendekati dan merapati kekasih lama, dia sudah hilang rasa kehangatan itu. Dia pula yang tidak menghiraukan saya, malah soalan seperti, “Apa khabar?” sudah tidak dijawabnya… sedih 🙁 Pelabagai cara dicuba untuk kembalikan cinta… tapi gagal. Akhirnya, sendiri kecewa… itulah yang membuatkan lagu yang saya nyanyikan ini amat terasa di jiwa ini. Mencucuk dalam, sedih tak terkira. Harapnya sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini, mendapat sedikit kesedaran… Sesungguhnya, kita tidak mampu menukar waktu dan takkan bisa kembalikan cinta… KLIK BUTTON PLAY! “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Aku, kau biarkan…

Pastinya, anda juga pun pernah merasakan diri begitu dicintai… bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms…nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?… Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah…mesti minta pendapat kita. Dan jika dia hadapi masalah pula… susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan… apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan?
Ada FEEL CINTA ke tak ada?

Sebelum berminat pada sesiapa, satu soalan penting yang kita perlu selalu tanya-tanyakan, “Dia ADA FEEL ke TAK FEEL ni?” – Maksud sebenar, dia yang kita minat tu, ada ke sekelumit RASA SUKA pada kita? RASA CINTA? Atau sekurang-kurangnya ada RASA MINAT pada kita, ada ke tak ada? Sebab…memang sedih sangat setiap kali kita sukakan seseorang tu, tapi dia buat tak endah je…dia tak nampak pun kita sikit punya feel kat dia. Dia tak hargai pun cinta kita pada dia. Kecil hati rasa kan… macam kita ni tak berharga langsung pada dia… Bila kita call dia…langsung dia tak jawab…bila kita hantar message, “Busy? Boleh cakap sekejap…” – LANGSUNG tak ada balasan! Sedih… banyak message yang biasa-biasa saja pun tak ada dia nak reply… ‘Teruk sangat ke kita ni ya’ haaa…begitulah rasa sedihnya kan. TETAPI…
Siapa CEPAT dia DAPAT!

Soal CINTA, dulu dan sekarang sebenarnya lebih kurang sama saja. Yang membezakan adalah teknologi yang semakin maju dan pantas. Kalau dulu-dulu nak menghubungi dia yang kita minat mungkin kena pergi terus ke rumahnya atau lempar-lempar batu kecil ke tingkapnya, zaman sekarang tak perlu nak lempar batu, poke kat facebook je dia dah tahu dah kita memanggilnya. Kalau dulu,