Nota Cinta untuk Mata Manjamu…

Khas buat my special readers yang tak henti-henti mengunjung blog Brother Love ni… Thank you so much, for being my fans, my friends …my everything! “Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus berduka… gembirakan lah hati, bahagiakan jiwa abadikan Nota Cinta yang penuh dengan kegembiraan cinta!” Terimalah hadiah istimewa dari Razzi buat you all… dengarlah lagu Nota Cinta… khas untuk mata manja mu 😉 Jom tonton! Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this at your facebook…

8 Cara “HILANG CINTA”

Mungkin kita sedar dan mungkin tidak… dalam niat baik kita itu, mungkin tindakan kita hanya akan membuatkan pasangan kita menjadi menyampah dan benci dengan cara kita. Kerana itu jugalah, kita sepatutnya, bukan hanya patut tahu cara menjaga cinta, kita juga patut tahu bagaimana cara, boleh kehilangan cinta itu, agar, kita tidak melakukan kesilapan itu di masa hadapan. 😉 Kita tidak mahu, yang sudah bercinta boleh menjadi hambar, yang baru nak memikat, terus saja ditolak dan yang baru-baru rapat tiba-tiba hilang atau tidak semesra dulu lagi. Betul tak? Jadi, ada baiknya kita berhati-hati dan elakkan beberapa cara ini atau perangai yang tidak ramai orang boleh terima ini. Mungkin bagi anda, ianya mesti dilakukan atau mesti cakap, atau pun mesti mengajar…tetapi, sebenarnya untuk menyampaikan maksud anda kadang-kadang kita kena biarkan pasangan kita belajar melalui pengalaman. Biarkan dia tahu melalui perbuatan dan kesilapan. Kadang-kadang cara begitu lebih berkesan. Jadi, Elakkan 8 cara ini. Moga-moga Percintaan anda terus hangat! :-

8 Tip Memikat Wanita

Bagaimana lagi cara untuk mencungkil informasi untuk memikat wanita jika kita tidak tanya wanita itu sendiri kan. So, because of that… Bro Razzi telah cuba membongkar isi hati wanita dan semalam, berpuluh-puluh komen di status FB Brother Love dari berbagai lapisan wanita telah memberi tips, tricks dan info tentang apa yang wanita cari selama ini dalam diri lelaki. Berbagai-bagai keinginan dan impian serta apa yang benar-benar mereka mahu dari lelaki, telah tersenarai. Tentu saja ianya tidak secara detail dan perlukan imaginasi dari lelaki untuk lebih kreatif memahami hati dan desire wanita. From the whole lot of comments itu, lelaki bolehlah fikirkan cara-cara untuk membuatkan wanita terpikat kepada lelaki. Tapi sebagai lelaki yang mahu memikat wanita, anda MESTI kena pandai berkawan dengan ramai orang. Kerana, dari sinilah anda akan mudah mendapat bantuan dan contacts. Yang penting, lelaki yang penuh dengan keyakinan adalah lelaki yang PASTI wanita akan mudah suka. Untuk memudahkan lagi kaum lelaki, di sini Bro Razzi akan berikan beberapa tip yang boleh lelaki mencubanya. Dan wanita boleh membantu lelaki membuka minda mereka luas-luas to see a real bigger picture… TIP 1 – Confident – Confident yang Bro Razzi maksudkan di sini adalah lebih kepada BERANI. Tidak takut pada cabaran atau kegagalan. Especially, first time berkenalan…WAJAH kena cool dan relax. Jangan takut-takut atau segan, “Err…eh..err..Hi, saya…saya… Azman huhuhu” itu FAILED!! – First, KOSONG kan jiwa anda yang asyik fikir nak memikat tu… dan anggap, gagal ke, dia tak layan ke, NO HAL! – Okay, now…kenalkan diri dengan tenang dan suara yang jelas, “Hi, saya Azman” – practice selalu…dengan ramai girls, soon anda akan penuh dengan keyakinan diri. TIP 2 – Secret admirer : Untuk lelaki pemalu dan segan sangat untuk mendekati wanita. So langkah pertama adalah menjadi PEMINAT no 1 dia secara rahsia. Kena relax dan Slowly kenal dia, follow daily status dia. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tak suka dulu. Kemudian, cuba hubungi melalui sms, message atau Jika anda ada email dia… anda bolehlah emailkan lirik lagu bersama lagu kepadanya. JANGAN tulis bunga-bunga, jiwang-jiwang atau hantar lirik sedih pulak beb…Kalau boleh lirik yang memberi semangat. Akhirkan email anda dengan, daripada, ‘Secret Admirer’ – So that cover part being romantic… kan ramai komen semalam suka lelaki romantik. TIP 3 – Perhatian : Wanita sukakan perhatian, so give her that! TAPI JANGAN OVER DO IT! Nanti wanita akan rasa anda macam DESPERADO – Selalu bersama wanita dan cuba penuhi apa yang diingini, dahulukan apa yang diidamkan, buatkan wanita merasa diri mereka penting, dihargai dan amat diperlukan. Tetapi dalam masa yang sama, anda juga kena buatkan anda masih ada tanggungjawab terhadap orang lain dan perlu juga memberi perhatian pada kerja, keluarga dan kawan-kawan. Ini akan membuat wanita merasa inginkan LEBIH perhatian dari anda, nak lagi, lagi dan lagi hehehe… TIP 4 – Good Story : Wanita suka sesiapa saja yang pandai bercerita. Bro Razzi tidak pernah gagal jika I mulakan dengan, “Eh nak dengar cerita tak?” hehehe.. sure semua girls yang ada kat situ akan terus saja ternanti-nanti cerita yang I nak cerita. Tapi cerita anda kena interesting laaa… pendek dan padat serta ada info yang sangat menarik. Cerita yang kelakar pasti dapat memikat wanita punya. So, belajar kat internet. Banyak cerita yang best-best. Then berlatih bercerita seorang diri di depan cermin… lihat diri anda sendiri dan create the best of you! TIP 5 – Jadi Penghibur : Lelaki penghibur tidak pernah gagal memikat wanita! I know a friend, nama dia Nadzmi, rupa dia biasa saja… body, kurus kering hehe… orang gelar dia gajah walau kurus, coz telinga dia besar boleh kipas-kipas. Not me la… I tak suka gelarkan orang. So Nadzmi ni cukup baik dengan I, very closed laa… RAMAI girls cepat rapat dengan dia daripada I, kerana dia suka menghibur, suka buat lawak, suka buat muka kelakar, tiba-tiba je dia boleh tiru suara orang, funny sangat PLUS dia selit-selit selamba mengorat. Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi lah. Tapi yang best nya, dia buat sikit-sikit je, so all this girls, asyik kata… “Buat lagi-buat lagi…” TIP 6 – Menyakat : Tidak semua wanita suka disakat atau kena mengata la kan. BUT jika dibuat secara bergurau dan sakat sikit-sikit, buat dia rasa malu sikit ianya akan menarik minat wanita itu untuk jadi rapat dengan anda. Prihatin terhadap apa yang boleh buat dia malu…dan sakat la dia sikit-sikit, provoke dia just a little bit, kemudian pujuk la balik. AGAIN, don’t over do it. TIP 7 – Mendengar : Wanita suka lelaki yang dengar apa yang mereka mahu TANPA mereka memberitahu. So cara untuk anda dengar adalah dengan FOKUS pada reaksi wajah wanita itu. Sebelum anda berkenalan dengan  rapat, cuba fahami wajahnya. Reaksi mukanya. Dari situ, anda akan boleh mula mengambil berat tentangnya. Especially apabila dia menghadapi masalah, tanya dia… “Are you okay?” – Satu soalan yang tidak pernah gagal memikat wanita. The next step dia akan cakap, “I’m fine, tak da apa-apa” …you must ask, “Are you sure… ada apa-apa yang boleh I bantu” – Itu dah cover part ‘CARING’ jadi, a good listener to her problems, do that dan anda akan mudah rapat dengannya! TIP 8 –  Bertindak sekarang! : Jika mahukan wanita, bertindak sekarang. Jangan fikir itu dan ini… First survey, perhati, take note…and JUST DO IT! Jika anda inginkan seseorang, anda kena TAKE ACTION untuk memilikinya. Jika kemudian tu anda gagal memilikinya, it’s okay… just go to the next one. Jangan buang masa berfikir, “Dia nak kat aku ke tak? Dia layan aku ke tak ni?” – akhirnya anda hanya membiarkan dia berlalu, orang lain yang dapat! Bertindak sekarang! jangan jadi penonton bola, jadi pemain…Approach… call, contact, Just do it! akhir advise from me… Kekayaan adalah satu bonus untuk membuat wanita terpikat pada anda, NAMUN ianya bukan yang utama. Ramai wanita yang berkahwin dengan orang kaya, tak bahagia pun. Merana lagi ada… Yang penting adalah personaliti kita! Memikat cinta adalah bermula dari dalam diri anda. Mula menjaga keperibadian anda… berubah menjadi seorang yang berpakaian bersih, kemas dan rapi. Jaga nafas agar sentiasa segar dan

5 tip “Wat donno je…”

Pernahkah anda secara tidak sengaja, tidak tahu nak menjawab apa saja soalan dari pasangan anda? Lalu anda hanya berdiam diri hingga menjadikan dia naik marah dan kadang terjerit-jerit kegeraman. Semuanya hanya kerana anda DIAM tanpa sebarang respon. Well, itulah yang dikatakan ‘Silent treatment’ satu senjata hebat apabila berada di dalam situasi provokasi atau, jika anda ingin cuba menguji tahap kesabaran pasangan anda. Dalam erti kata lain, “Wat donno je” hehehe… pastinya ia adalah sesuatu yang tak berapa baik dilakukan tetapi considered something to give it a shot especially apabila anda berada di dalam beberapa situasi istimewa. Contoh : TIP 1 : Apabila anda mahu menyampaikan kemarahan  setelah dia melakukan kesilapan, TANPA sebarang konfrontasi yang membingitkan telinga, cuba anda ‘wat donno je’ apa saja penjelasan yang dia beri. Diam lama-lama sikit hehe :)) Kesannya : Mungkin dia pula yang akan mengamuk kegeraman tetapi dalam masa yang sama, dia akan merasa menyesal yang cukup mendalam kerana melakukan kesilapan itu. TIP 2 : Apabila anda dalam proses memikat pun anda juga bleh melakukan perkara yang sama. Cuba buat tak tahu je pada segala-gala yang dikatakan dia. Totally ignored! Wat donnnnooo je haaa 🙂 …berjam-jam diam! Hahaha boleh ke berjam diam? Kesannya : Dia akan mulai merasa pelik dan hairan. Membuatkan dia mahu lebih bertanya dan lebih bercakap dan cuba mencungkil ‘rahsia’ disebalik diam anda. Yang mana… tak ada apa-apa pun, saja nak memikat hehe TIP 3 : Apabila anda cuba membuat pasangan anda rasa bersalah… Tenung mukanya, bermain dengan mata sikit dan berikan sedikit senyuman… TETAPI, sepanjang masa DIAM! Diam lama-lama…walau ditanya, walau dipaksa bercakap anda hanya senyum dan wat donno je segala soalan darinya…angguk-angguk kepala sikit dan hela nafas panjang-panjang….terus diam dan diam… Kesannya : Pasangan anda pasti akan kegelisahan dan tertanya-tanya. Jika dia memang ada buat salah, pastinya dia akan menggelabah giler… sebaliknya, jika tidak dia juga tetap akan sedikit kerisauan, wondering … “Apa benda la yang aku buat salah pulak kali ni?” TIP 4 : Apabila ada yang mengutuk, menghina dan mengata, the best way is adalah “Wat donno je!” – Tak perlu nak jawab, tak perlu nak layan, tak payah nak susah-susah bertekak dengan dia. Kesannya : Dia akan merasa puas dengan apa yang dikatakannya… dia akan merasa dia berjaya. Namun hakikatnya, anda yang jauh lebih berjaya dan tenang. Kerana, hatinya tidak akan tenang sampai bila-bila apabila dia tidak tahu apa yang anda fikirkan. TIP 5 : Apabila anda pula yang buat salah! hehe… untuk tidak jadi melarat, ada baiknya untuk “Wat donno je!” …tak yah lah nak bertekak lagi…Bagus jika boleh memberi penjelasan tentang kesalahan kita tetapi, sometimes lebih bagus diam dari bersuara dan mengaku sajalah yang itu salah kita… Orang yang berjaya, adalah orang yang mengaku kesalahannya. Kesannya : Well, for sure dia akan marah dan marah lagi… Dah buat salah tu, tahan je la kan hahaha… Tetapi, orang yang berdiam diri lebih memuaskan hati orang tengah marah daripada orang yang asyik nak menjawab dan cuba ‘menegakkan benang yang basah’ 😉 Situasi-situasi ini sentiasa, ‘WORKS!’ dengan hanya anda wat donno je hehehe… This silent treatment sememangnya mencabar pasangan anda. Tapi, most of the time… itulah cara paling baik! REMINDER : Lakukan silent treatment ini dengan niat untuk membaik pulih perhubungan anda. Selalunya, lagi kita marah, lagi buruk situasi itu. So sometimes, better diam je. Wat donno je, bermakna buat tak tahu dengan apa yang pasangan katakan dengan niat membuat dia faham sendiri perasaan kecewa atau marah atau rasa bersalah yang anda alami Melakukan proses trial ini juga adalah untuk menguji sejauh mana cinta dan kasih yang katakan itu, boleh bertahan. Basically, apa yang anda bakal lakukan itu adalah untuk kebahagiaan masa depan anda berdua. InsyaAllah niat ikhlas anda itu, berjaya. Jika tidak… at least anda dapat tahu awal, he or she are NOT THE ONE. Namun yang menjadi masalah banyak couple sekarang adalah, MEREKA SUKA MENJAWAB & BERTEKAK – Cuba kurangkan menjawab, banyakkan diam…lebih banyakkan mendengar dan melihat… ‘senyum sokmo boh’ … anda akan kelihatan lebih menarik di hati pasangan anda later on. Cubalah… p.s : Dapatkan ebook cinta popular dengan harga termurah di sini! Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Sanggupkah anda?

By this time, I’m sure ramai sudah mengetahui tentang kisah cinta Chris Medina kan? Inilah Chris Medina & beautiful Juliana Ramos Jika anda tidak tahu atau tidak kenal Chris dan tunangnya Juliana, well…Chris adalah salah seorang peserta yang audition untuk American Idol this year tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik. Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007. Pic dari Video sewaktu Chris melamar Juliana, mereka kelihatan really in love! Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu. Ini wajah Juliana selepas 2 tahun kemalangan, Chris masih bersamanya! Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh. Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya. Tetapi, Chris TIDAK melakukannya! Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana. Persoalannya di sini… Sanggupkah anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat? Lumpuh? Dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja? Sanggupkah anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan? Sanggupkah anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu? Sanggup kah anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila…SANGGUP? Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan. Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik. Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan… Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana… jangan hanya baca dan mengalir air mata…tetapi selaminya, rasainya… Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak. Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai. Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan  bercinta ini. Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun  tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala. Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube. Watch here and listen to the words and feel the story… WHAT ARE WORDS PESANAN PENTING…  Masih ada lelaki yang baik di dalam dunia ini. Jangan cepat putus asa dengan cinta hanya kerana 2-3 kali gagal dan dikecewakan.  Jangan pula taksub hanya pada seseorang itu saja lah yang terbaik tiada lagi orang lain. KERANA, satu anda jumpa yang terbaik, PASTI akan ada ramai lagi yang lebih baik. Itu sudah lumrah alam… “One door closes another one opens, kita hanya perlu menerima kekalahan, kegagalan dan menukar arah untuk berjaya di jalan baru, hidup baru…dunia baru, revolusi ku!” p.s : My personal note to all – Jangan berkata cinta, jika tidak terpijak di jiwa nyata…feel it, embrace it…then only say it! If not…forget it! Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Control Freak!

Yes, I’m The Brother Love for the past 5 years . Helped many couples, yes I do, it said and done TAPI… I juga banyak buat silap dalam hidup I sendiri. It’s like pakar bedah…surely dia perlukan pakar bedah yang lain untuk merawat dia kan…camana nak bedah diri sendiri hehe 😀 Well I’m only human. I may know BANYAK tip cinta, I’ve been in MANY relationship dan pernah berjaya dan gagal dan berjaya dan gagal.  But one thing yang I tahu sangat-sangat adalah bagaimana untuk gagal dan rosakkan perhubungan sendiri! – for knowing that… Alhamdulillah I’m very happy with my life now! So… what is the secret? Yeaaa…NO ONE suka a control freaks! Boyfriend yang kaki control for sure girlfriend menyampah giler. Girlfriend yang suka mengawal everything dan kena report, also suka bertanya every detail… perggghhh BOSAN Beb! You may have your own reason la kan…mungkin you akan kata sebab nak jaga perhubungan takut ada kecurangan berlaku. Or sebab tak suka pasangan anda dimiliki orang lain pulak nanti kan jika tak control… WELL, that’s one of kita punya biggest mistake la beb… Being a control freak adalah SATU perkara besar yang boleh menghancurkan perhubungan anda berdua. Even esok dah kahwin pun…kalau kita lakukan, kemungkinan besar kita akan gagal di dalam perkahwinan itu. Control freak ni ada 2 jenis :- 1st – secara NYATA – Tunjuk, cakap, kawal depan-depan. Semua benda yang anda buat, semua tak betul semua salah. Hanya cara dia saja yang terbaik Kemana sahaja yang anda hendak pergi, adalah membuang masa bagi dia. Siapa saja kawan anda adalah merugikan bagi dia. Semua tak baik, semua tak elok. Keluarga anda juga dianggap sebagai keluarga yang tidak setaraf dengan keluarga dia. Perbelanjaan anda juga dia yang jaga hehehe… apa nak beli, apa tak boleh beli. – That is seriously memang control freak! Anda macam tu ke? atau pasangan anda macam tu? 🙂 2nd – secara HALUS – tidak menonjol, mengawal secara dalaman Apa nak makan – Anda telah memesan makanan, tetapi tiba-tiba dia menegur “Errr…I rasa tak best yang tu, kat restoran ni, you makan mee hailam dia lah, sedap punya.” — amacam? Pernah buat? hehe… Apa nak minum – Belum pun pasangan anda order minuman, anda telah order untuk dia. Anda tidak ada rasa little respect untuk bertanya pun, “You nak minum apa?” ke atau “What’s your drink?” Apa yang ditonton – Terus saja beli tiket movie yang anda suka. Yes anda tanya dia, tapi cara anda bertanya, “Eh kita tengok movie Transformer, you mesti suka kan?” – Sedangkan pasangan anda punya menyampah tengok movie robot. Tapi nak jaga hati…dia senyum je. Perasaan dia – Pernah anda tanya samada dia suka atau tidak suka setiap apa yang anda suka dan benci? To you, apa yang you suka… you anggap dia pun suka. Benda yang you benci pun sama, you just take for granted dia pun tak suka. Atau you anggap dia MESTI TAK SUKA! hehehe… mana boleh beb 😛 Nampak macam tidak mengawal…tetapi IT IS! Namun, sesetengah tu pula kan… dia tahu dia tak suka, tapi dia berdiam diri. Bila ia berlaku sebagaimana yang dia tak suka…bamm merajuk! Hehehe… ada jugak! Well, kawal atau tak kawal… kalau nak jadi, jadi jugak. So dalam Islam pun kita mengamalkan kesederhanaan. Kawal sikit-sikit okaylah… not too much sampai dia naik menyampah dan lemas dengan perhubungan itu. Solutions : Kembali kepada KOMUNIKASI. Dalam setiap perhubungan perlu ada komunikasi yang telus. Dan saling hormat menghormati keputusan masing-masing. Kalau tak suka dan tidak mahu mencuba untuk menyukainya…CAKAP! Jangan memendam rasa, membiarkan ianya melarat. Seelok-elok, sedari awal pengenalan kita kena jujur menceritakan apa yang kita suka dan tak suka. Kemudian decide! Kalau sanggup terima kena sama-sama tolak ansur la kan, give and take. Kena saling faham memahami… Kalau TAK sanggup, jangan buat-buat sanggup pulak. Nanti merana sendirian. Jangan hanya kerana tidak mahu kehilangan lalu kita menerimanya dengan berat hati… in a long run, anda tetap tidak akan bahagia. Jika kita takut pasangan berlaku curang…well, jika pasangan kita tu berlaku curang… kita anggap saja lah that it’s so obvious yang dia BUKAN yang terbaik untuk kita la kan? Sebab… kalau dia untuk kita… “The secret of REAL LOVE is” , kalau dia betul-betul serius jujur cinta kan kita, ikhlas sayang… tak sempat pun kita nak kawal dia, atau nak menjadi control freaks, …dia pula yang akan buat kita confident memiliki nya setiap masa 😉 Cool? All the best to all Cool? All the best to all p.s : Hey, check out my latest ebook – Click here Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Razzi doakan anda semua bahagia disamping keluarga tercinta dan sentiasa diberkati Allah S.W.T – Istimewa dari Razzi untuk anda, terimalah single terbaru saya “SATU” :- Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this video link at your facebook… http://www.youtube.com/watch?v=FuuH_6D845Q

“JANGAN SUKA BERTANYA!”

Ooopss… hehe, jangan salah faham, :)) Maksud Bro Razzi adalah, “Jangan suka bertanya jika tak tahan dengan jawapannya…” Actually artikel kali ini, ditujukan khas buat anda yang suka sangat bertanya tentang kisah silam kekasih anda. Atau pada mereka yang suka bertanya tentang siapa exgirlfriend atau exboyfriend pasangan dia… You see, if you nak tanya tu it’s okay boleh tanya…tapi selepas tahu jawapannya, janganlah naik marah pulak. Mood yang elok-elok tiba-tiba bertukar bad mood, tone cakap pun dah lari, bila berbual pun dah tanya satu, jawab satu. Sikit-sikit ‘kenakan’ pasangan balik dengan cerita yang telah diceritakan itu. Kalau tak boleh handle the past…JANGAN SUKA BERTANYA! Bila orang kata tak perlu tahu lah, atau I tak suka nak cerita about my past, atau boleh tak kita bercerita tentang masa sekarang dan plan masa depan saja… stick to it lah beb. Jangan sibuk nak tahu, kan nanti tak tahan hehehe… Tentu anda suka sangat bertanya soalan-soalan seperti dibawah ini kan? :- “Siapa your ex ya?” “Apa nama your ex, boleh I tahu?” “Apa perkara yang you pernah buat dengan your ex?” “Your ex dulu mesti lawa kan?” “Your ex dulu hensem tak?” “Your ex dulu baik tak?” “Kemana you and your ex pergi selalu?” Haaa… masa bertanya tu kemain lembut lagi lah kan, siap janji… “cakaplahh….tak pa I janji I takkan terasa punya…it’s okay you can tell me, I understand!” — hah!! Iyolah tu!! Dan selalunya apabila saban hari dan sudah tiap-tiap kali jumpa, asyik tanya soalan yang sama, jadi bila dah hari-hari phone call pun tanya, akhirnya pasangan anda pun cakaplah… lalu terjawablah semua soalan-soalan yang anda sibuk sangat nak tahu tu… Lepas tu apa jadi? Kalau yang boleh tahan tu okaylah… namun kebanyakan yang terjadi adalah pertengkaran dan pergaduhan je lah, betul tak? Tok sah tipu diri sendiri la kan… sure ramai yang buat semua ni, I KNOW! Semua soalan-soalan ini dan yang lebih kurang begini… hanya akan menyakitkan hati you all je kalau tanya… Jadi, buat apa nak tahu? Lepas tahu… nak buat apa? Apa yang anda dapat dari mengetahui dia punya past? Dah memang sah-sah tak boleh nak ubah dah kan? Atau anda nak compare siapa lagi bagus? Kalau dia jawab ex dia lagi hebat, apa you nak buat? Sure mengamuk la kan… lepas tu asyik cemburu je la. Asal keluar je nama yang sama dengan ex kat drama ke, kat mana-mana mulai lah… ADOI, itu yang anda nak? Ayo… sadist beb, mengapa kena menyeksa diri sendiri… Kalau dia sembunyikan pulak camana? …kata dia, “My ex tak sekolah, tak ada kerja, tak lawa, suka sakitkan hati I…You lagi best!” – Itu yang you all nak dengar la kan? hehehe padahal dia sorok perkara sebenar… Beb, kita hidup ini hanya untuk sementara waktu je, jangan buang masa dengan benda-benda yang tak penting macam  tu la beb, the present and the future plan yang penting! To tell you all the truth I teach myself…sikit her past pun I tak bertanya. Sebab tu I tak pernah tahu siapa exboyfriend pasangan I, I tak tahu nama dia, tak tahu apa dia buat, rupa dia, kerja mana, apa dia orang punya rutin dulu, berapa kali gaduh ke apa, apa yang dia orang pernah buat bersama ke, NOPE! I don’t bother…and I never want to know! Buang masa beb… To me itu semua RUBBISH! Tak penting langsung!. Sampai dia tanya, “You tak nak tanya ke siapa my ex? Atau apa-apa tentang diri I dulu?” hahaha… Nak tahu apa I jawab? : I cakap, “I tak perlu tahu lah tentang kisah hidup you yang lepas… yang penting sekarang! Lagi pun, to me I know I’m the best! And better than whoever your ex lah!” … lepas tu buat creepy laugh MUAHAHAWAHWAH 😛 part ketawa tu joking lah hehe…tapi part the answers tu, memang macam tulah I jawab exactly! That way…secara tidak langsung, I pun puas hati. Happy, dan jiwa tenang je. Tak ada lah asyik nak fikir, tentang kisah-kisah lalu dia tu kan hehe…buang masa je beb, trust me! Then, dia pulak sibuk nak tanya about my past… lagilah I tak cerita, her past pun I tak tahu, nak tahu I punya past? wrong person kikiki… So guys, basically…what im trying to say here… you all nak bertanya sangat go ahead tanya lah… tapi JAWAPANnya jangan simpan dalam hati. Biar anda tu boleh terima, boleh handle…baru tanya. Also, tanya pada diri, “boleh ke aku terima ni kalau aku tahu?” – But my advise, “Don’t dig the past babe… we all make mistakes… Some Things Are Better Left Alone …you wouln’t like what you’ll see.” p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

“Aku kau salahkan?”

Apabila pasangan berlaku curang,…selalunya pasangan yang jujur itu dipersalahkan – Itulah cara ALASAN paling klasik yang digunakan hehe 🙂 Apabila terbongkar skandal, sewaktu konfrontasi… taktik zaman dahulu kala yang digunakan pula adalah  – ‘Apabila bersalah, ubahkan kesalahan kepada orang lain’ hehe, tiba-tiba kita pulak yang bersalah…dia yang skandal pula marah-marah… semua tu old tricks beb, jangan terpedaya! Sepanjang minggu ini beberapa wanita yang meluahkan masalah cinta kepada Bro Razzi, …mungkin kerana mereka masih sayang dan juga rasa rendah diri, mereka telah menerima kegagalan dalam perhubungan cinta mereka dengan cara, MENGAKU MEREKA YANG BERSALAH! Apa yang cuba diluahkan adalah dengan mengaku, pasangan masing-masing meninggalkan mereka dan mempunyai kekasih yang baru adalah kerana :- Mereka tidak pandai ‘JAGA’ Penampilan sudah tidak bagus Badan sudah menggeleber Sudah tidak dapat rasa cinta Sudah tidak cantik Perbualan sudah membosankan Layanan sudah tidak mesra Masa sudah tidak cukup diluangkan Well, macam-macam lagilah alasan yang diberikan dan berbagai-bagai kesalahan lagi la kan… Ya, mungkin ada betulnya apa yang dipersalahkan itu. Mungkin ada sesetengah pasangan yang sudah kurang menjaga perhubungan apabila sudah lama bercinta atau berkahwin. Mungkin penampilan dan bentuk rupa dan tubuh badan juga hanya dibiarkan begitu saja kerana beranggapan, pasangan itu sudah miliknya! TETAPI… adakah itu satu alasan untuk pasangan anda berlaku curang dan bercinta dengan yang lain? Bukankah ianya boleh diubah jika dibincangkan dan diusahakan bersama apa-apa yang kurang? 😉 JADI… kepada wanita-wanita yang merasa lemah dan tidak cantik kerana ditinggalkan… kepada lelaki-lelaki yang merasa anda tidak berguna dan kurang keyakinan apabila pasangan anda bercinta dengan yang lain… JANGAN SESEKALI SALAHKAN DIRI ANDA! Jangan menerima bulat-bulat kegagalan ini kerana kelemahan anda… Ini kerana anda juga pernah dicintai dia dulu kan,  jadi pastilah ada sesuatu keistimewaan dalam diri anda dulu betul tak?…sehingga anda berdua boleh bersama. Hingga membuatkan dia terpikat dulu, kan? Mengapa anda pula yang dipersalahkan? Cadangan : Jika ada rasa tidak puas hati, berbincanglah dulu…ceritakan dulu apa-apa yang membuatkan cinta itu hambar Jelaskan, apa saja yang mengubahkan jadi bosan tu… kemudian sama-sama usaha kan. Jika anda tahu kesilapan anda, pastinya anda akan melakukan berbagai cara untuk menyelamatkan perhubungan itu betul tak?, pastinya anda juga mahu berusaha untuk mengembalikan rasa cinta kan? Hakikatnya, JANGAN biarkan diri anda dipersalahkan apabila dia yang berlaku salah! Stand your ground! JANGAN biarkan dia buat anda rasa tak berguna dan tak cantik lagi sebab itu dia pergi pada yang lain…JANGAN! Angggaplah anda jauh lebih baik dari dia…jauh lebih hebat walaupun dia yang pergi pada yang lain! “Isshhh!! Aku pulak kau salahkan? Apa hal?!” You know, sometimes…ada juga individu yang masih cun melecun…cantik, lawa, tampan, punya kedudukan, tetapi pasangan tetap berlaku curang… jadi, pada asasnya mereka hanya SUKA curang, SUKA menipu, SUKA skandal… that’s it. Tak ada sebab besar pun… So jika anda masih solid, masih unggul tetapi pasangan anda didapati curang atau punya skandal… well you all sepatutunya memandang diri anda semua MULIA! BERMARUAH & HEBAT! Kerana anda tidak mempunyai sikap busuk hati seperti mereka. Anda tidak meletakkan diri anda dibawah seperti mereka, you should be proud! Tapi, jangan lah pula kita nak balas dendam dengan melakukan perkara yang sama seperti dia lakukan pada kita. Biarlah dia nak gadai maruah dia… biarlah dia nak ada yang lain pun… biar! Dia bukan taraf anda…anda lebih bermaruah dari dia! Yang penting, jangan biarkan diri anda terpedaya sehingga anda dipersalahkan sampai anda kehilangan keyakinan diri, berubah menjadi takut bila berada dikhalayak ramai, bertambah malu berdepan dengan masyarakat! Be strong Be bold, and dare to say NO!! p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Pengalaman dalam CINTA

  Yang mana satukah pilihan anda? Pasangan yang banyak atau yang kurang pengalamannya dalam perhubungan cinta? Mungkin ada yang mengatakan better yang banyak pengalaman, sebab dia akan memberi layanan yang amat membahagiakan dan cukup puas di hati. Tetapi, mesti ada juga yang berpendapat, lebih baik yang kurang pengalaman lah… at least dia tak pandai nak menipu atau mudah pula untuk anda kelentong dia hehehe … For the sake of argument, apa kata Bro Razzi beri some few tips…melalui apa yang pernah I sendiri tengok, pernah hadapi dan juga turut berpengalaman merasakan both, pasangan yang kurang pengalaman, dan tentu saja, pasangan yang banyak pengalamannya…all I can say, both ada baik dan buruk serta…memang banyak bezanya beb! 😉 KURANG PENGALAMAN : Mereka yang Kurang Pengalaman dalam cinta ini ibarat baru 2-3 kali bercinta lah. Atau baru berkenalan sorang dua lepas tu dah mulai couple, atau pun sudah bertahun-tahun bercinta, couple tetapi hanya pada seorang tu saja lah… haaa, tak semestinya lama bercinta tu sudah banyak pengalaman… kalau setakat sorang dua je tu, memang masih kurang lah dan selalunya mereka ni, sila lihat carta :- BANYAK PENGALAMAN : Sudah pastinya mereka yang banyak pengalaman ini adalah terdiri daripada golongan yang sudah berkali-kali bercinta dengan entah berapa ramai dah la kan. Also, sudah banyak kali putus cinta dan dikecewakan.  Mungkin dia masih muda, tetapi mungkin dia mula awal… jadi walaupun pertengahan 20an, dia pernah ada lebih 10 relationship…banyak pengalaman lah tu hehe :- There you go! Siap Carta lagi, cantik punya Bro Razzi bagi kat you all sebagai rujukan. Senang macam ni kan, anda boleh check lah pasangan yang macamana pilihan anda. Nak yang sudah banyak pengalaman atau mereka yang juga lebih kurang anda… kurang pengalaman. What I see, mostly ramai sangat yang suka pada pasangan yang tak berpengalaman ni…lepas tu kena macam-macam. Terpaksa melalui berbagai kesusahan, mulailah mencari yang berpengalaman pula. Hehe…tapi ada juga yang mula dengan cara sebaliknya. My advise, Pilih pasangan yang sama-sama mahu BELAJAR dan MENIMBA PENGALAMAN bersama. Kemudian mahu berubah ke arah kebaikan dan kebahagiaan BERSAMA! yang Kurang Pengalaman maupun Banyak Pengalaman Jadi, hanya anda sajalah yang boleh membuat keputusan samada memilih yang Kurang pengalaman atau banyak pengalaman… rujuk balik carta hits! Hehehe 😛 p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor