5 tahun Terperangkap dalam CINTA!
“Bila dah sayang, rela berkorban apa saja demi secebis cinta…” Berkorban untuk dia yang kita sayang tu memanglah satu perbuatan yang sangat mulia… TETAPI sekiranya kita berkorban untuk dia yang selalu :- Maki hamun kita siang malam kerana cemburunya Mencemuh dan mencerca kerana sikap control freak nya Menggertak dan mengamuk dengan kita hanya kerana tidak mengikut katanya Angkat tangan, membelasah kita tanpa ada apa-apa sebab yang logik? Melayan kita dengan dingin kerana sudah benci melihat rupa kita… MENGAPA kita harus terus berkorban lagi kepadanya? MENGAPA harus kita tunggu dia lagi?
Percaya Pada Cinta!
“I believe in love…do you?” – Mengapa tidak percaya? Hanya kerana anda dicurangi? Hanya kerana anda dikecewakan berkali-kali? Hanya kerana anda gagal dan gagal lagi? Percayalah kecurangan yang berlaku, kekecewaan yang ditempuhi, dan kegagalan yang you all alami, BUKAN salah you, BUKAN sebab anda setia kepada dia, BUKAN sebab you percaya pada cinta. TETAPI, itu menunjukkan yang Tuhan amat sayangkan anda! Allah s.w.t terlalu care for you dan menyayangi you sehingga dia memberi halangan agar, anda terlepas dari bersama orang yang salah untuk anda. Tuhan membenarkan anda dikecewakan kerana Dia mahu anda mengenali lebih lagi tentang kehidupan dan orang-orang yang tidak baik untuk anda. Malah, Tuhan mahu kita lebih bijak membuat keputusan dan terus berusaha lebih gigih dengan harapan apabila kita benar-benar menemui kekasih sejati, cinta yang suci, kita benar-benar menghargainya!
“Aku sudah terlanjur…”
“Ya Allah!!! aku menyesal dengan keterlanjuran ini,mengapalah aku begitu bodoh mempercayai kata-kata dia yang kononnya menyintai aku…sedangkan dia sudah miliki yang lain!!” Menjerit lantang dalam tangaisan itu sahajalah yang dapat dibuat oleh gadis dari seberang ini. Selepas beberapa sesi bersama Bro Razzi, soalan terakhir darinya, “Apakah ada lagi harapan untuk saya yang telah terlanjur ini Bro Razzi?” Sebenarnya, bukan seorang dua yang mempunyai masalah sebegini menemui Razzi, tetapi RAMAI!! Ramai yang seeking answers from me. InsyaAllah so far, ada lah 2-3 orang yang dapat dibantu mengembalikan semangat mereka untuk menempuh sisa-sisa hidup ini, tetapi kebanyakannya…
“You suka KIDS?”
Pernahkah anda bertanya pasangan anda, “You nak anak berapa orang?” hehehe… pernah kan? Atau maybe you tanya, “You suka tak budak-budak? …you suka tak baby?” Kalau yang suka ngayat tu or saja nak buat you happy dia akan jawab suka la hehe… tapi untuk dia berbual lamap-lama tentang bayi atau anak kecil ni tak mungkin! Susah untuk dia berlakon suka kalau dia tak suka. You all akan mudah nampak punya… tapi some of us selalu biarkan saja perkara ni kan. Anggap ianya TAK DA BENDA LAAAHHH …
Bahasa Cinta
P.Ramlee pernah berkata, “Bahasa menunjukkan BANGSA” – Sungguh besar maknanya. Kalau kita fahami betul-betul apa yang dimaksudkan oleh Allahyarham P.Ramlee itu, ada 2 maksud sebenarnya. Maksud 1 : Tentu saja maksud pertama adalah Bahasa menunjukkan BANGSA Melayu, Cina, India dan sebagainya. Maksud 2 : Tetapi maksud kedua, maksud tersirat adalah, ianya seperti bermaksud, ‘Bangsa sombong’ atau ‘Bangsa Pendengki, Bangsa Bodoh, atau Bangsa Perasan’ dan sebagainya. Jadi, jika CANTIK BAHASA kita, maka ‘BANGSA CANTIK’ lah kita. Buruk bahasa kita… maka BANGSA BURUK lah kita. HANYA dengan bahasa yang kurang cantik, walau anda lawa macamana sekali pun, anda tidak akan dapat memikat sesiapa, percayalah! Ini adalah satu pengalaman yang Razzi sendiri alami :- Dalam beberapa situasi before this, some times ago, Razzi pernah berdepan dan baru nak kenal dengan wanita yang to me agak lawa jugak dan cukup menarik. Niat kira, ikhlas nak berkawan lah. Baru saja nak berkenalan, beramah mesra, dia menceritakan pengalaman dia dengan ex boyfriend dia. Razzi tak tanya pun, in fact I cakap I tak nak tahu hehe… I memang tak suka tahu people’s past. Tetapi… dia nak cerita jugak. So what happen? – …hanya dengan beberapa patah perkataan darinya yang agak kesat, komplen pasal keburukan ex boyfriend dia, tambah pula dengan nada bahasa yang agak kasar, wanita itu sudah menjadi tidak menarik lagi bagi Razzi walaupun hanya untuk berkawan… dan kecantikannya pula tidak membantu untuk Razzi terus berkenalan dengannya… Pelik kan…tetapi terbukti benar! 😉 Sometimes, orang mengambil alasan sebagai… tengah marah, tengah benci kan seseorang atau disakiti dan dikhianati. Lalu to them, mereka dibenarkan untuk memaki hamun orang. Atau it’s okay untuk menggunakan perkataan yang buruk sewaktu marah atau apabila disakiti. Well… yang keluar dari mulut kita itulah diri kita yang sebenarnya, tidak mengira tengah marah atau sebab dikutuk dan diejek. Islam tidak mengajar umatnya begitu… walaupun kita bukan Rasulullah yang direjam batu hingga berdarah kepala tetapi masih sabar dan tidak memarahi mereka yang buat… BUT, kita adalah umat Rasulullah s.a.w jadi, at least sedikit-sebanyak elok lah kita jadi seorang yang penyabar dan menggunakan bahasa yang lembut. Pernahkah anda terfikir mungkin salah satu sebab anda tidak bertemu jodoh dan tidak kahwin-kahwin lagi adalah disebabkan :- Mungkin disebabkan bahasa anda? Mungkin cara percakapan anda yang kurang menarik? Mungkin nada suara anda yang agak kasar? Mungkin setiap patah tutur yang keluar dari mulut anda, tanpa anda sedari… ingatkan semua okay, rupa-rupanya ada unsur kekasaran?! Cuba tanya-tanya mereka yang berani berterus-terang pada anda… who knows, maybe selama ini semua orang diam, sebab tak mahu buat anda terasa hati atau malu. Bahasa yang membawa cinta, adalah bahasa yang penuh kelembutan dan penuh dengan kesopanan. Bahasa sebegitu hanya akan ada jika anda adalah orang yang sabar dan menghormati orang lain. Razzi kenal seorang lelaki, tak mahu lah cakap nama dia… this guy selalu ada kat sini hehe… Dia ni sudah pun berkahwin. Rupa parasnya biasa saja… tubuhan kurus kering sikit dan, gelap orangnya. Cuma kulit muka dia tu banyak parut-parut jerawat, berlubang-lubang. Kalau orang yang memandang rupa, mungkin tidak akan terpikat kat dia. TETAPI, ramai kenalan dia dan ramai orang suka dengan dia… ramai pula yang meminati dia, bukan orang perempuan je, orang lelaki pun minat kat dia hehehe 😆 What I can see, this guy ni dengan suaranya yang dalam, nadanya yang lembut dan kata-kata yang selalu menyenangkan hati, sudah pastilah orang suka dengan dia. To me, bangsanya dan bahasanya, adalah Bahasa Cinta! — Dia juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap orang. Jika ada yang mengadu benda buruk, respon dia selalu positif dan penuh kesabaran. You see, tanpa kesabaran, tidak mungkin kita akan berjaya dalam apa bidang sekali pun. Kalau kita hanya asyik mahu menegur orang dengan kasar, mencari salah orang, menggunakan bahasa yang kesat dan menyakitkan hati orang… Tak perlu nak berbicara soal cinta lah kerana, kita akan mati keseorangan! Anda mungkin punya cinta, dan mungkin masih disayangi oleh pasangan yang amat menyintai anda. Tetapi jika bahasa anda tidak jaga… cinta yang ada pasti akan hilang! – Apatah lagi jika anda yang masih tiada cinta? Bujanglah sampai tua… Lebih-lebih lagi jika anda wanita… muslimah… cakap tu biarlah lembut sikit. Dan sedar dimana anda berada. Tengok sekeliling. Jangan depan lelaki je elok bahasanya, bila bersama kawan perempuan, lain pulak bunyinya. Jika segala-gala hanya lakonan semata-mata, tidak akan kekal lama, suatu hari ia akan terkeluar sendiri. Masa tu buatnya kat depan orang yang kita minati, tak ke malu? Ini pesanan dari seorang wanita kepada wanita lain : Dia minta izin Bro Razzi sampaikan : Jagalah sikit maruah sebagai wanita…dah tahu lelaki ni ada isteri, jangan lah pula kacau. Hantar sms pagi-pagi buta. Hormat lah sikit orang ada keluarga. Mana bangsa dan maruah anda kaum hawa, mana hidayah dan pegangan agama yang anda bangga-banggakan tu? Tak malu ke, macam terdesak sangat…Lepas tu marah-marah kat isteri orang tu pulak dengan bahasa yang kesat…masyaAllah, hanya Tuhan saja lah yang tahu… Kata wanita ini lagi, “kepada yang membaca pesanan ini dan terasa tu, baguslah. Kalau tak faham jugak, dan tak terasa, awak memang kena jumpa pakar sakit jiwa.” Basically, gunakan BAHASA YANG CANTIK, LEMBUT, SOPAN dan paling utama MENYENANGKAN HATI sesiapa saja yang anda idamkan dan juga dengan orang yang anda berdepan. Yang cantik, yang hensem akan dirasa hodoh dan amat tidak menarik hanya dengan buruk cara tuturnya, cemar bahasanya, kasar bunyinya. Jadi, kalau tak ada siapa yang respon cinta anda tu… tak ada respon pada apa saja mesej anda itu, faham-faham aje lah! – “BAHASA MENUNJUKKAN NILAI BANGSA!” 😉 p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
“U TEKAN I” dalam CINTA
Bismillahhirahmanirahim… Sometimes I wonder dengan jawapan apa yang I selalu jawab kepada setiap persoalan cinta. Dan apa yang Razzi ingat, ayat yang hampir setiap hari Razzi ucapkan atau jawab kepada soalan yang ditanya adalah, “Keep your options open!” Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita. That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U” hehe terasa macam familiar je? Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I” Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak? I’m sure ramai di antara anda yang membaca artikel Bro Razzi kali ini, pernah merasa atau lalui dengan apa yang dikatakan di sini… Sesetengah contoh yang berlaku :- Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu. Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar. Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi! Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak. Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen! Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat. Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!” naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak “diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – A DOI! Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE! Tertekan wo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan. JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga. Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda tu, amacam?? Hehehe… Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI” – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri. Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa” Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi! U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! – Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah. Hari ini hari Jumaat ni, hari kebesaran Islam… jadi banyak-banyak solat hajat dan berdoa agar pasangan anda hilang rasa stressnya akibat dari tekanan yang diberi. Some more bulan Rejab pulak elok lah puasa, kurang sikit tekanan perasaan kita tu… siapa yang puasa, Alhamdulillah semoga ibadah anda diterima Allah.s.w.t assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
Mengejar Matahari
“Aku amat menyintaimu sayang…tapi jodoh kita jauh menyimpang.., kini aku sudah dimiliki dan bahagia bersama isteri tercinta tetapi setiap kali kesejukan malam mencengkam jiwa ini… aku mulai mengingati wajah manis mu, senyuman manjamu dan tergelak pula bila aku terpaksa mendongak bila berbicara dengan mu. Saat gembira itu juga adalah saat menggelupur jiwa ini menitiskan air mata kering, mengenangkan perhubungan cinta kita yang hangat… tiba-tiba terputus di tengah jalan. Sedih, teramat sedih… Aku seperti dapat merasa yang kau juga tak bahagia, namun sudah bertahun-tahun kau dimiliki dia, tak mungkin kau meninggalkannya! Tapi bagiku, jiwa ini akan terus kekosongan jika tidak terisi dengan jiwa mu yang begitu lembut dan manja, membelai hati ini yang bergolak keresahan.. Aku tahu, apa yang aku rasakan ini adalah seperti mengejar mentari… namun aku malas hiraukan kepanasan yang bakal membakar kerana apa yang aku tahu, aku mahu mengejar kembali kasih yang hilang. Aida…I love you soooo much!… Tapi…apakah yang patut aku lakukan dengan isteriku?…aku juga sayangkannya, tak mungkin aku dapat melukakan hatinya. Dia telah bersama-samaku di waktu aku susah, dia telah banyak berkorban…aku telah banyak menyusahkannya. Dia telah mengangkatku dari aku rebah tersungkur…sehingga aku berjaya semula dalam hidup yang telah kau hina dulu. Namun…aku mahu mengejar cinta yang tak kesampaian ini Aida. Aku mahu kepastian samada aku masih boleh memiliki mu atau sebaliknya. Aku tidak akan mengalah…aku tak boleh lagi menahan tangisan setiap kali wajah mu terpancar sekilas lalu. Aida, adakah aku akan dapat memilikimu semula? Aida!…jawab Da…jawab!! ”. 26th January 2008… Sarah terpana membaca nota biru laut yang pastinya ditulis oleh suaminya Rizwan. Terketar-ketar tangannya perlahan-lahan melipat nota itu sambil menahan sabar. Bergenang matanya…putih wajahnya, berkerut seribu dahinya, terkecut-kecut perutnya kerisauan, kebingungan berpusing-pusing di seluruh jiwanya yang semakin tertekan… “Apakah aku akan kehilangan Riz? Oh my God…what should I do?” Angin malam semakin dingin menerjah, menusuk dada Sarah terus ke tulang putihnya. Kesejukan, kebekuan menyelubunginya. Matanya membulat masih terkejut… “Sayang?!…you buat apa kat balkoni pagi-pagi buta ni?” Rizwan tiba-tiba muncul menambahkan lagi kejutan kepada Sarah, sambil mengelap pipinya yang basah, Sarah memberi senyuman… “Nothing…I saja ambil-ambil angin. Lambat you balik…biasalah kan?” :: Continue in the comments box…
Celebrate “UMUR PERHUBUNGAN”
Menyambut ulang tahun USIA percintaan, atau menyambut ulang tahun UMUR perkahwinan, boleh dianggap penting, jika anda dan MASIH CINTA! Honestly, kalau sambut selepas 1 bulan, 2 bulan atau mengira setiap bulan waktu perhubungan itu lama-lama ianya agak kurang bermakna. Reasons ianya dinamakan ULANG TAHUN adalah semata-mata khas untuk 1 tahun perhubungan atau pengiraannya untuk setiap tahun, barulah ianya cukup bererti. That’s why ianya TIDAK dipanggil ULANG BULAN hehe 😉 In my humble opinion, Anniversary untuk setahun or beberapa tahun bersama atau sudah berapa tahun berkahwin adalah penting. Ianya untuk mengingatkan kejayaan kita yang telah beberapa lama bersama, menyusuri, mengemudi, dan mengembara di alam percintaan yang penuh dengan onak dan duri. Anniversary to me adalah satu kemenangan so that’s why ianya patut diraikan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada yang tidak menganggap ianya penting, tetapi… Jika anda benar-benar cinta kepada pasangan anda dan mahu kembali menghangatkan perhubungan, anniversary is the best time to do it. Especially, bila anda dan dia telah lama bersama. Berbagai halangan dan cabaran yang ditempuh, cinta pula semakin lama semakin hambar, maka anniversary atau menyambut ulang tahun bersama ini amat penting. Kembalikan cinta yang pudar, kembalikan sayang yang hilang, hangatkan semula perhubungan anda berdua dan kenangkan saat-saat bagaimana anda berdua bermula… Few ideas untuk show your effections for anniversary :- 1. Very sure anda ada gambar bersama waktu awal2 dulu? Atau gambar kahwin? Buatkan lukisan dan frame, hadiahkan kat dia. (Upah orang buat ler) – This definitely will bring back great memories. 2. Ingat lagi restoran pertama you all dating dulu? Set a lovely & romantic dinner date di situ, mesti menarik! 3. Mungkin juga anda dan dia mula terpikat sewaktu sambutan hari jadi? Buatkan pasti hari jadi itu semula walaupun ianya bukan harijadi anda. Jadikan anniversary anda adalah seolah-olah birthday party anda dan decorate everything just like masa dulu-dulu…Mesti Menarik! 4. 1st time jumpa bulan puasa time lepas sembahyang terawih? Well, its always good untuk lakonkan semula babak menarik itu, mesti menggelikan hati hehe… 5. Ingat lagi hadiah apa yang anda beri buat pertama kali dulu? Berikan hadiah yang sama, but better! 6. Holiday is always the best thing to do especially bila sudah tawar je perkahwinan tu kan. So, how about bersama pergi bercuti ke tempat pertama percutian dulu? Snorkelling? Swimming? Island hoping? Fishing? Whatever…as long as can bring back memories that can make both of you feels so in love again. 7. In case, tempat pertemuan dah tak ada. Atau jauh, atau tidak dapat pergi lagi. Anda dan pasangan anda can always BERPAKAIAN seperti 1st time dulu hehe… Ingat lagi? Tak ingat dah? Haiiihh camana ni hehe…cubalah ingat apa pakaian yang dipakai, warna apa yang dipakai dan pakai semula. Set a date similar to the place. 8. Lagu-lagu anda berdua? Ada ke tak ada? Jika ada, great! Belikan Ipod mp3 player, hadiahkan kat dia letak banyak-banyak lagu kat dalam Ipod tu…bila dia buka hadiah dia, bukan Ipod je yang ada lagu-lagu masa duk bercinta dulu-dulu pun ada, very cunnn! Banyak lagi cara-cara untuk meraikan perhubungan yang telah sekian lama terjalin. Samada anda mahu atau tidak mahu je. Pasangan yang berjaya selalunya adalah pasangan yang sentiasa mahu berusaha untuk mengubah perhubungan mereka setiap masa agar sentiasa fresh & harmony. Are you that couple? If you’re not, you have to start thinking to make a better life. Because if you just want to keep blaming other people, blaming life, and the world…you’re at lost of your own life. p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
“Ibu Mertua Ku” masih hidup?
Mak dara : “Siapa dia kasim Selamat? Lawyer? Majistret?” Sabariah : “Ahli muzik” Mak dara : “Ahli muzik? memang pantang datuk nenek aku ahli muzik!” :: “Sabariah! kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang aku suka, harta benda ku terpulang pada kau, tapi kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang kau suka, kau tersingkir dari kaum keluarga ku!” Sanggup singkir anak ni ya…begitulah sedikit dialog dari filem ‘Ibu Mertua Ku’ yang hampir menyamai kisah yang berlaku baru-baru ini… Sesungguhnya, Razzi agak sedih buat sepasang kekasih ini apabila cinta mereka terhalang oleh keluarganya sendiri tetapi belah lelaki. Semuanya kerana, gadis yang mahu dikahwininya itu tidak cantik dan gemuk! MasyaAllah… apa ada pada kecantikan wahai manusia??! Teringat saya sedikit dialog dari filem ‘Ibu Mertua Ku’ hampir menyamai kisah yang berlaku baru-baru ini… sesungguhnya, Razzi agak sedih buat sepasang kekasih ini apabila cinta mereka terhalang oleh keluarganya sendiri tetapi belah lelaki. Semuanya kerana, gadis yang mahu dikahwininya itu tidak cantik dan gemuk! Namun, syukur Alhamdulillah, walau di usia lingkungan 20an, cintanya kuat kepada gadis pilihannya, jadi lelaki itu tetap juga meneruskan perjuangannya dan mengahwini gadis itu TANPA dihadiri oleh ibu dan adik-beradiknya. Bapanya pula sudah meninggal. Jadi, yang hadir hanyalah ibu saudaranya seorang sahaja. Betapa malunya dia kepada keluarga belah pihak perempuan yang memenuhi masjid tempat akad nikah diadakan…kesian. Apakah sehingga begitu mentality manusia hari ini? Yang masih memandang harta dan paras rupa? Itu bermakna zaman cerita P.Ramlee “Ibu mertua ku” yang mula ditayangkan pada 7 mac 1962 iaitu semenjak hampir 50 tahun dulu, masih hidup! Masih relevan di zaman serba canggih dan moden ini? Masih menjadi cara pemikiran ibu bapa di 21st century?! Amat memalukan! Hanya kerana bakal menantu tidak cantik dan berbadan besar, gemuk…maka sampai buang anak sendiri? Dimanakah akal fikiran dan pedoman sebagai sebuah keluarga beragama Islam? Bukan hendak mengatakan kita ini tahu hukum syarak, tidak pernah pula mendabik dada bila bercakap soal hukum Islam. Tetapi jika begitulah caranya anda mendidik anak, buang anak jika anda tidak setuju dengan pilihannya… Nanguzubillah! Minta jauhlah dari terpaksa menempuh orang-orang sebegini!. Jika pasangan pilihannya itu seorang penagih dadah ke, perompak ke, pencuri, pelacur, mungkin boleh terima laa jika dia tidak mahu menerima anaknya lagi. Tetapi sekarang ni, apa salah gadis itu? Yang hanya menyintai anak lelakinya dengan sesungguh ikhlas hatinya, yang penuh jujur cintakan kekasihnya itu sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi? Fikir la sikit… mungkin selama ini anak lelaki nya itu pernah kecewa dengan gadis-gadis cantik dan slim molim ni, lantas dia tidak lagi mahu mencari kecantikan sebaliknya dia dahagakan kebahagiaan dan kejujuran. Mungkin bagi dia, gemuk ke, hitam ke, tak cantik ke…itu TIDAK PENTING, yang penting baginya adalah keluhuran dalam percintaan. Mengapa tidak boleh terima hakikat itu?! Dunia hari ini, sudah jauh berbeza. Ada lelaki yang sukakan wanita yang jauh lebih tua darinya. Lebih gemuk darinya, lebih gelap darinya, macam-macam kesukaan lagi. Nowadays, bukan yang cantik saja mendapat jodoh, yang macam-macamana sekali pun boleh mendapat jodoh, asalkan bertemu dengan orang yang meminati citarasa sebegitu. That’s why you all nowadays, “Don’t go out of your league!” faham ke tak faham? Hehe… maknanya “Jangan pilih pasangan yang lebih hebat dari taraf kita” – sebaliknya, pilih yang mahu bersama kita tidak mengira kita cantik atau tidak…tua atau muda, gemuk atau kurus, yang penting KEBAHAGIAAN, KEJUJURAN DAN PENUH KASIH SAYANG! Pernah tak tengok yang penuh dengan kasih sayang ni? Dia duduk dimana-mana sekali pun dia pasti asyik teringat kat you je dan rindu kat you sentiasa. Itu penuh kasih sayang la tu… kalau asyik hilang dan tak semangat je nak berjumpa tu bukan penuh kasih sayang la tu… so, avoid that! Like I said earlier, be with someone yang tidak mengira kita cantik atau tidak…tua atau muda, gemuk atau kurus, yang penting dia MAHU BERSAMA ANDA…dan membina KEBAHAGIAAN, KEJUJURAN dan mencurahkan SEPENUH KASIH SAYANG! – Apa ada pada kecantikan, wahai ibu-ibu dan mertua-mertua sekalian??… “Kecantikan kan pudar jua…kebahagiaan terbina dari kejujuran kan kekal selamanya!” p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
Buka mata dan lihat, “THE REAL PICTURE!”
Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang…akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi minggu ini Bro Razzi ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan … “Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada kekasihnya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?” Jawapannya adalah Kerana :- Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them. Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :- Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu. Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka. Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda. Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on! Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya! Sedarlah, Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!” kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan. (Not me) -Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah! Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir…tetapi lelaki yang buat ni, like I said, “It’s like a drug” – Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi! Anda tanya pula, “Kalau tak suka, dan nak ada awek lain mengapa tak putuskan saja hubungan dangan anda? Dadah beb…faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la… that’s why wanita kena faham sifat kegilaan ini. – TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah 😉 …Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day… ANDA TETAP DIKECEWAKAN! Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat… JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu! Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!” p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…