Ibu, I love you!

Apabila ibuku yang tidak pernah menyentuh wajah ini, tiba-tiba menjamah dan mengusap-usap mukaku, aku seolah-olah dapat merasa itulah saat-saat akhir aku bersamanya. Apatah lagi apabila beliau berkata dalam longlai, “Pandanglah wajah ibu sepuas-puas hati, ibu sudah nak pergi…” Kakakku yang sedari tadi, tegal berdiri…rebah, sebak dan menangis teresak-esak… dan aku, ya… air mata jantan ku juga turut tumpah…  Tak dapat aku menerima, ibu yang dulu sangat aktif, orang tinggi dalam kerajaan, disukai ramai wanita, dipuja ramai lelaki kini terbaring lumpuh sebelah tubuh, lebih 5 tahun. Tahun ini, umurnya sudah menjangkau 79 tahun, namun ibu begitu cekal, bertahan… Kenangan bersamanya, masih jelas terbayang… kerana aku dan dia tidak pernah sehaluan. Mungkin kerana aku anak bongsu, lalu aku dimanjakan sewaktu kecil dulu. Pabila besar, segala apa sahaja yang  ingin ku lakukan, semuanya mendapat tentangan darinya. Dari cara berpakaian, hinggalah pilihan karier, semua tidak disukainya. Aku… seperti biasalah, nak buat juga apa yang aku nak buat! Penuh di tanganku gelang-gelang perak, jari pakai cincin tengkorak, tengkuk dengan rantai emas… rock star lah katakan. Namun…jauh disudut hati aku… walau aku suka melawan dan tidak mendengar larangannya, aku sayang ibuku lebih dari segala-galanya! Tiada gadis atau wanita mana pun yang boleh menukarkan kasih aku pada ibu. Dialah segala-galanya buatku. Dialah juga yang mendorong aku untuk menjadi seorang penulis… malah dia cukup bangga dengan kejayaan aku sebagai penulis.  Kalian semua pun tahu aku selalu berkongsi pesanan-pesanan dari ibu kepada ku tentang cinta… kerana dialah tempat aku meluahkan segala kekecewaan dan kesedihan… kata-katanya akan buat aku bangkit gagah dan tabah…She’s the best! Ibu… kau begitu bermakna buat ku. Dan kini, melihat dia sebegini, di saat-saat akhirnya… aku seolah-olah kehilangan arah… aku mahu menerima pemergiannya, tetapi di manakah tempat aku kembali nanti? Tempat dimana aku tahu walau aku salah, aku tetap akan merasa tenang?…tempat aku melepaskan kekecewaan? Nafasnya begitu perlahan kini… kadang terhenti seolah-olah dia sudah pergi… kemudian bernafas semula. Matanya sekejap buka, sekejap rapat tutupnya seolah-olah dia sudah tiada. Perit aku rasa berada di depannya. Beginikah suasananya apabila seseorang sampai ke penghujung nyawa? Aku kelemahan, lemah dalam jiwa yang tidak mahu kehilangan ibuku… aku tahu, aku kena terima takdir dari Allah s.w.t …tetapi, sememangnya lebih senang berkata-kata, daripada aku yang merasa berdepan dengan orang yang tersayang bakal pergi mengadap Tuhan yang Maha Esa. Walau apa pun yang akan terjadi nanti… buat masa ini, aku bermohon agar ibuku tenang dan mudah perginya nanti… Sebelum aku keluar untuk ke pejabat, sempat dia berkata, “Tak sempat dah rasanya nak berjumpa dengan anak-anak yang lain… dah nampak dah tuuu… tengah duk tunggu dah tu…” – seram aku dibuatnya, apa atau siapa yang sedang menunggunya? Malaikat maut? Aku pun tak tahu… kesemua kata-kata dari ibu hari ini amat berlainan sekali dan tidak pernah diucapkan sebelum ini. Ya Allah, jika inilah saat nafas terakhir ibuku, jika ajalnya sudah sampai, ku pohon padamu, tenangkanlah pemergiaannya, selamatkanlah dia dari seksa kubur,  berilah segala-gala kemudahan buatnya… ibu sudah terlalu lama menderita di dunia ini Ya Allah… tempatkanlah dia bersama-sama orang-orang berimam, InsyaAllah… Bagi kawan-kawan semua… Razzi juga turut memohon agar kita semua dapat mendoakan HAJJAH RAFEAH MD NOOR selamat, diberkati dan tenang dalam perjalanannya menemui penciptanya nanti, AMIN. “Ibu, G…sayang ibu sangat-sangat… G akan ingat ibu sampai bila-bila, Ibu… you’re the best, Ibu, I love you!” Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

Setia BUTA

Persoalannya, “Adakah betul kesetiaan anda, atau anda hanya setia buta?” – Bro Razzi rasa eloklah jika anda Tanya pada diri anda sendiri soalan yang amat penting ini dan cuba fikirkan sedalam-dalam. Kerana, sekiranya anda setia buta… maka sesungguhnya anda bagaikan hidup tanpa jiwa yang langsung tidak dihargai akan kesuciannya! First of all, Kesetiaan ada berbagai-bagai jenis :- Setia kepada pasangan yang juga amat jujur dan setia kepada anda Setia kepada pasangan yang samar-samar setia kepada anda Setia kepada pasangan yang beberapa kali berlaku curang Apa kata, jom kita sama-sama baca perlahan-lahan dan cuba fahami apa yang Bro Razzi nak katakan di sini…

Pengakuan 5 orang Suami

Apabila bercakap soal kecurangan yang berlaku di dalam sesebuah perkahwinan, selalu sangat si isteri menyalahkan ‘orang ke 3’.  Katanya sebab wanita itulah yang selalu menghasut suaminya untuk membenci dia, si isteri.  Kata si isteri malas lah, tak jaga suami lah, tak pandai berhias, tidak meluangkan masa untuk suami dan berbagai-bagai lagi lah kan. Jadi, sebab itulah si suami menjadi benci melihat si isteri dan tidak mahu bersama lagi. TETAPI, sekiranya si suami itu benar-benar sayangkan isterinya dan amat menghargai si isteri, adakah si suami itu boleh senang-senang membenci isterinya hanya dengan kata-kata hasutan dari wanita lain? Secara logiknya… si suami sememangnya sudah mempunyai rasa benci, bosan, kepada isterinya sedari awal lagi dan kehadiran segala hasutan hanyalah sebagai satu alasan remeh dan bodoh untuk dia tinggalkan isterinya saja. Jadi, di sini I rasa, lebih baik tidak menyebelahi sesiapa, kerana kemungkinan besar suami anda itu memang gatal nak kepada wanita lain. Cuma menunggu masa dan pilihan saja… Perit apabila kebenaran itu terpaksa di hadapi bukan? Tetapi itulah kenyataannya… Sering juga Bro Razzi mendapat komen dan pengakuan benar dari suami-suami di kalangan kawan-kawan sendiri, baik dari my old office mate mau pun kawan dari sekolah menengah dulu lagi. Jujur I katakan, my friends ni ramai yangberkahwin 2 atau 3, so far tak ada yang kahwin 4. But yang paling ramai tentulah masih berkahwin pada yang 1 itu lah saja… Yang kahwin cerai kahwin cerai …Alhamdulillah, tak ada… So, apakah pengakuan suami-suami ini yang sebenarnya ya? Okay ini adalah pengakuan benar…bukan rekaan, so I hope you all open your mind… Nak terima, tak nak terima itu terserah… Yang penting Bro Razzi nak kongsi dengan you all dengan harapan ianya dapat membantu kita bersama.

Ayat-ayat Bunga Cinta”

Dah lama dah bro Razzi nak baca you all punya tulisan pulak kat blog brother love ni. So this few days, datang idea ni… Apa kata, kita sama-sama menunjukkan bakat yang terpendam? Maybe you all nak tulis sajak ke? maybe puisi? pantun? apa sahaja… ‘penulisan bunga’ Pendek atau panjang tak kisah, asalkan tulisan you all memiliki soal CINTA yang berkait dengan KEHIDUPAN, KEKASIH, PERKAHWINAN, KEAGAMAAN, KESUNYIAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN, HARAPAN dan sebagainya! 😉 Tulis sebanyak mana yang anda mahu, no problem! Cuma, tak nak nukilan ciplak okay! Sekiranya mahu meletak orang lain punya piece, please put kredit kat dia or maybe their web link. Alright… I’ll be waiting, bro Razzi ni memang suka membaca tulisan bunga-bunga, jiwang karat, ayat-ayat cinta, so… GO! 😛 Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com klik LIKE dan SHARE this with your friends…

Cuci Mata

Artikel kali ini tidak heavy dan pastinya tidak “deushh”, “bamm”  or “kababoom” terkena kat batang hidung you la kan hehehe… Cuci mata! Haaaaaaa… Very sure ramai yang suka cuci mata tuhhh. Nga…a..a.. Jangan nak ngelak, nak deny la plak. Relek laa, ngaku je no sweat la beb 😉 Tak tahulah kalau ada yang tak suka. Atau buat-buat tak suka. Huhu depan orang tak suka, senyap-senyap dia cuci mata! My guess mesti semua suka punyalah. Takkan tak suka mencucikan mata dengan keindahan ciptaan Tuhan? Hehe… At least sikit-skit, curi-curi pandang balik tingkap, balik pintu, curi-curi jeling…mesti pernah buat punya kan 🙂

“I tak beri harapan…”

Beri harapan la tu, tak beri harapan apa benda? hahaha 😀 Okay, minggu ni kita santai-santai… dan cuba kupas serta fahami tentang “MEMBERI HARAPAN!” – Yess.. sangat penting ni… in fact kalau kita tak faham tentang situasi yang amat sensitif ini. Sebenarnya kita sedang menganiaya hati dan jiwa serta perasaan dia yang kita anggap, ‘KAWAN’ First of all, do you know…, Kalau dah you layan dia setiap hari, sms menjawab all the time… bbm berbalas-balas kacau mengacau, calling bergelak ketawa, komen kat fb mesra-mesra, komen kat blog, follow twitter atau kat mana-mana saja… almost setiap masa…setiap detik dan ketika itu… anda adalah sedang memberi harapan.! Tahu kan? atau tak memberi harapan tu?! …atau bagi you, “Eh, semua I kawan saja…” – hehehe ooo…macam tu cara you berkawan ya? That’s why kita ni… jangan rasa diri kita bijak sangat membuat keputusan. Konon tahu apa orang fikir dan rasa. Kemudian menyalahkan orang, kononnya orang itu tersalah anggap… konon orang itu fikir negatif, sedangkan awak guna alasan itu untuk bersosial dan happy-happy dengan orang lain sesuka hati… Habis hati orang yang menanti? Ada kita tahu macamana?…

GEMURUH dalam CINTA!

Tergerak pula untuk menulis soal GEMURUH dalam mencuba memiliki cinta. Cepat-cepat Bro Razzi mengukirnya di sini sebelum terlupa… You see…  SELAIN dari kena BERANI mengejar CINTA… kita juga kena BERANI menerima penolakan cinta…agar GEMURUH kita itu akan mudah hilang… Fuuhhh… bagai terasa-rasa lagi saat pertama kali Bro Razzi teramat gemuruh giler bila mana perasaan cinta mulai bersemi pada hanya pandangan pertama. Jadi, I feel like to share my old story lah kat you all… something that I treasure…sebuah cerita tentang masa dolu-dolu hehehe… 😆 Well, Razzi ni kalau masa muda-muda dulu lah… cukup terkenal di kalangan kawan-kawan, seorang yang main langgar je… as in langgar tu, kalau berminat dengan girl tu, terus pergi direct kat dia dan terus ajak keluar…terus minta nombor phone, terus ayat dan ayat dan ayat… tanpa menghiraukan girl tu suka atau tak suka hahaha…confident giler!

Pasangan jadi FRIENDS di FACEBOOK?

Mungkin anda tidak pernah terfikir samada, wajar atau tidak wajar pasangan anda berada di dalam friend list anda, di Facebook kan? 🙂 Well maybe anda tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan dari dia kat facebook anda, kerana anda adalah manusia paling jujur dalam dunia. So…baguslah kut ya, pasangan anda in your friend list. (Hehehe so sarcastic bunyi dia kan…) Not trying to say that you’re not jujur… Cuma, pada pendapat Bro Razzi, amatlah tidak berapa selesa sekiranya pasangan anda berada di dalam facebook anda sebenarnya… In fact, kata penulis buku, “LOVE in the time of COLIC” Ian Kerner Ph.D co-author with Heidi Raykeil : “It’s a terrible idea for spouses to be Facebook friends with each other,” Buku yang menuliskan bagaimana untuk menghangatkan kembali perhubungan cinta dan perkahwinan ini juga menyatakan, “Relationships are already filled with enough banality. I want to preserve what little mystery there is, which means I don’t need to see my wife’s latest check-in with her third-grade pals on her Superwall.”

NUKILAN RASA – “Aku memilih untuk pergi…”

Bagi aku saat yang menggembirakan adalah sewaktu memandang wajah dia yang berseri ceria apabila memandang wajah aku yang muncul apabila setahun sudah berlalu… Tanpa ku duga,  saat itu bagai lenyap hanya dalam sekelip mata…, pabila sekilas senyuman pun tidak ku dapat gilapi, jauh sekali untuk kukecapi… Bagi insan-insan yang dalam perlumbaan cinta, saat inilah yang ditakuti…saat apabila rasa cinta sudah tiada… Jauh disudut hati aku mahu merasakan kasih darinya… tetapi, keceriaan itu rupa-rupanya bukan milik aku. Terasa seperti aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku ada… bayangkan betapa pilunya rasa… cinta itu pun tidak pernah aku miliki… kini aku terlepas jauh pula untuk memilikinya. Kadang terasa adakah aku begitu buruk untuk dia? Adakah aku ni tidak bisa memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya?… Aku selalu berdoa moga suatu hari nanti aku dapat melihat dia melompat kegembiraan apabila melihat aku setelah sekian lama tidak berjumpa… Sedih…sedih sangat, menghadapai wajah tanpa cinta… aku tidak mahu itu… wajah tanpa rasa… tiada sinar….mendatar tanpa cahaya….  Bukan wajah sebegitu yang ku harapkan tetapi itulah yang aku dapati…wajah yang tidak menginginkan aku di situ… Namun… aku pun tidak mahu dia berlakon suka, sedangkan hatinya pada yang lain… Jadi, tak apalah… biarlah kejujuran dari wajahnya yang tidak segembira mana melihat aku itu… aku simpan di dalam hati menjadi pemberi semangat untuk aku… Kerana, aku memilih untuk pergi…pergi buat untuk kesekelian kali. Bukan aku menyerah kalah tetapi lebih baik begini… perit untuk aku terus mengharap bulan jatuh ke riba… sedangkan aku tahu jiwa bulan sudah mengambang disebelah sana. … Mungkin inilah takdirnya…aku tidak mahu hanya menjadi pengubat rindu dikala kau sendu, dilaku senda kala kau bahagia… Ya, aku sayang kamu, tetapi memilih untuk pergi, kerana itu yang terbaik… Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…

10 Pembunuh CINTA – part 2

Bersambung kita dari artikel semalam, jika nak baca PART 1 klik di sini 5 pembunuh cinta, sudah kita ketahui semalam… persoalannya, adakah anda juga salah seorang yang telah secara tidak sengaja menjadi pembunuh kepada perhubungan cinta anda? Jika ya… seharusnya kita mesti merasa risau dengan sikap kita itu, dan berubah kearah kebahagiaan bersama. Jika kita okay, tetapi pasangan kita yang sebegitu, seharusnya kita kena mencari penyelesaian yang sewajarnya. Fikirkan jalan terbaik, samada untuk teruskan atau sampai di sini sajalah…Keputusan di sini teramat penting untuk menentukan masa depan yang membahagiakan… So, 5 lagi pembunuh cinta yang perlu kita sedari adalah : 6. TABIAT SUKA MENIPU – Bukan menipu besar-besaran ni… menipu yang kecil-kecil. Yaa… kita ingat tak pa lah tipu sikit-sikit… The fact is, seorang yang sudah terlalu banyak sangat menipu ..akan menjadi seorang yang sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang dia tipu dan yang benar. Tabiat menipu dia sudah sampai ke tahap kritikal. Sampaikan benda yang dia tak perlu tipu pun dia menipu. Apabila pasangan bertanya, “Lunch kat mana tadi?”… automatik terkial-kial menjawab soalan, “Tak makan pun” – Sedangkan anda keluar makan dengan kawan-kawan. Benda yang sekecil itu pun sudah menjadi tabiat anda untuk menipu… Mungkin sebab tak nak dia marah or terasa hati… namun, cuba teruskan amalan menipu kecil-kecilan ni, jika anda mahu membunuh percintaan anda suatu hari nanti. 7. CEPAT COUPLE – Belum pun sebulan anda sudah falling in love, belum pun kenal muka anda sudah tak mahu kenal orang lain. Baru chatting siang malam, dan belum pun berjumpa anda sudah anggap dialah cinta anda, siap jeles-jeles lagi. Lepas tu siap rindu-rindu lagi… I miss you so much gitu! Jumpa keluarga anda pun belum tapi sudah declared COUPLE! ..lalu bercintalah. NOW, perangai sebenarnya mulai terbongkar… sikap pemalas, tak suka berusaha kurang bertanggung jawab… muncul satu persatu. Anda kata, “Dulu dia tak macam tu… tapi sekarang semenjak couple ni jadi macam ni, harap-harap dia berubah”  – YANG sebenarnya beb, perangai dia memang macam tu dari dulu lagi… tapi takkan nak tunjuk! Sikap cemburu giler, kedekut, pemarah, anti sosial…all that is out! Now, nak salahkan siapa? …salahkan diri sendiri je lah kerana, anda yang membunuh cinta anda itu kerana TERLALU CEPAT COUPLE! Proses mengenal isi hati dan budi pekerti…mengambil masa yang lama…sangat lama, minimum 1 year at least laa…in fact, sesetengah suami isteri YANG SUDAH 10 TAHUN KAHWIN pun masih belum betul-betul kenal antara satu sama lain, inikan pula anda yang baru berkenalan beberapa bulan…dah nak couple? Biar betul… 8. SIKAP SUKA MEMBANDING – Mungkin secara tidak sengaja, anda terbuat dan teramalkan perkara ni selalu…suka sangat membanding-banding segala kejayaan dan kebahagiaan lalu yang pernah anda kecapi dengan orang lain atau dengan your ex…. Obviously sikap seperti ini hanya akan membunuh cinta anda.The best thing to do adalah CREATE A NEW MEMORIES, tak perlulah nak hidup di zaman lalu… hidup di zaman sekarang dengan mencipta segala kenangan-kenangan baru yang manis dan sendu untuk menyemarakkan lagi percintaan itu serta menyimpan CITA-CITA untuk bahagia di masa hadapan, cara begitu lebih menyelamatkan cinta. 9. MEMBUANG DUNIA ANDA – Sebaliknya, hidup hanya dalam dunia dia! Honestly jika berlaku perpisahan… bukan dia yang bersalah beb… YOU! Anda yang bersalah, kerana anda telah membunuh dunia anda sendiri… membuangnya jauh, hanya kerana cinta. – SEDANGKAN, dengan memiliki dunia anda, pasangan anda akan lebih menghormati. Tanpa anda sedari dengan membuang dunia anda, anda sebenarnya mencipta pembunuhan terhadap percintaan anda. Anda punya keluarga, anda pinggirkan mereka. Anda punya teman-teman yang selalu menyokong anda, anda sudah tidak berkawan lagi. Anda punya karier yang anda amat cintai, anda berhenti. ANDA BUANG DUNIA ANDA sendiri semata-mata mahu membahagiakan dia… sehingga anda terlupa yang anda juga perlu dibahagiakan. Well, pada awal perhubungan mungkin anda merasa selesa BUT trust me… bila perhubungan anda sudah memakan usia… di saat itu baru anda sedar betapa pentingnya dunia anda, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan yang anda suka, betapa rindunya anda melakukan segala-gala benda yang anda suka …anda rindu dunia anda! NAMUN, segala-galanya sudah terlambat.  Ramai juga yang putus arah apabila putus cinta atau yang bercerai… pabila sudah lama membuang dunia mereka sendiri… again, andalah pembunuh percintaan anda sendiri! 10. OBSESSI KERANA CEMBURU – Ini adalah yang paling ramai berlaku dan PALING KRITIKAL! Berjaga-jaga dan syak wasangka itu bagus…tetapi apabila ianya keterlaluan, anda hanya sekali lagi… membunuh perasaan cinta pasangan anda. Sejujur-jujur ayat yang boleh Bro Razzi katakan adalah, “RIMAS GILER BEB!” hehe… yaa, it’s true. Setiap orang memerlukan kebebasan untuk bergerak, especially dalam kerja, pergaulan dan kehidupan seharian, jika anda asyik nak check 24/7 apa dia buat, dengan siapa dia jumpa, siapa yang hubungi dia, kemana dia pergi hari ni, berapa tempat dia pergi, mengapa telefon dia engaged, mengapa dia tak jawab call, apa yang dia bualkan dengan kawan-kawannya, apa yang dia sembunyikan dari anda, mengapa dia begitu, mengapa tidak begini? … fuhhh, Razzi cakap semua ni pun rasa tension beb, I’m sure anda sendiri pun rimas, kan?! Jadi mengapa mesti lakukan? Kalau anda tidak percaya kepada pasangan anda mengapa mahu bercinta dengan dia? Dan sampai bila anda nak syak wasangka ni? Sampai bila-bila? …bila nak bahagia kalau macam tu? Baik cari orang lain saja yang anda tidak ada rasa takut dia dirampas orang, that way… anda selamatkan perhubungan itu. Now choose! You see… Sekiranya pasangan anda atau anda sendiri memiliki sikap prasangka buruk sebegini…maka dialah pembunuh terunggul percintaan anda… lambat laun akan hilang segala-gala kemanisan cinta yang dikecapi… I call it “SLOW DEATH of LOVE” Basically, ianya tidak perlu mengambil orang lain, atau tidak perlu melihat jauh untuk mengenali siapa pembunuh cinta itu sebenarnya. Ia samada anda atau…err anda atau dia…atau kedua-duanya sekali! Hehe 🙂 Jadi, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang perlu pasangan anda lakukan? …simple je JAUHKAN DARI MENJALANI HIDUP SEPERTI SEORANG PEMBUNUH CINTA… hindarkan jika anda benar-benar cinta. Jangan beri makan keegoaan anda itu… jangan suap nafsu sarakah anda dengan ketaksuban cinta sehingga membunuh segala-galanya… Ini adalah untuk anda dan pasangan anda… adakah anda mendapat kepuasan hebat dari sikap anda yang sebegitu? …atau, tidakkah ianya sesuatu yang bernilai jika anda hindarkan?

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor