5 Tips cara MENIPU DALAM CINTA!
AIIK?? Biar betul…Hehehe, jangan terkejut! Artikel saya kali ni kira untuk kita relek-relek, santai dan bergelak ketawa. Serius je selalu boring gak kan. So, this time around bro Razzi buat kelainan! Instead of 5 tip mengenal PENIPU…I changed to 5 tip cara MENIPU totally opposite view!!, Kira dari perspektif si penipu la ni. Kira penulisan dari Brother Hate la ni BUKAN Brother Love hehehe… Bayangkan ya, sekiranya, penulisan biasa saya boleh dipusingkan arah berlawanan, mungkin beginilah keluarnya apa yang tertulis, bunyinya, tipnya, habis hancur lebur usaha saya selama ini wakaka!! 😆 Here we go… ======================================= Tip ini hanyalah untuk mereka yang tidak berhati perut dan hanya boleh digunakan kepada orang yang tersayang …kalau ada rasa belas kesihan dan tidak sampai hati bro hate sarankan berhenti membaca sekarang hehe… So ready? Tetapkan hati busuk anda itu dengan penuh fokus kepada menipu sehingga menyakitkan hati dia yang anda sayangi okey 😉 1. — Berikan alasan letih sangat untuk berjumpa…cakap la demam ke, sakit belakang ke, mengantuk ke. Dan kalau cakap demam, ada reason seperti makan ubat yang boleh buat anda rasa nak tidur je. Haaa…barulah kita mudah menipu dan boleh ada skandal. Ianya akan lebih mudah dilakukan jika orang tersayang anda itu anda anggap bodoh! Selalu-selalu buat begitu, sehingga dia percaya kan anda maka anda punya masa untuk keluar dengan orang baru… .Mudahkan? 😆 2. — Apabila anda keluar pastikan yang anda hanya keluar berseorangan. Jangan jadi bangang dengan menggunakan nama adik beradik atau sahabat handai kononnya mereka bersama anda. Susah nak menipu macam tu beb…nanti ada bukti. Selalu berseorangan walaupun waktu anda tidak skandal. Cara ini anda dengan mudah bodohkan dia yang anda sayangi. Kononnya anda selalu keluar sorang-sorang je. Bila dah tiba masa, anda boleh main dengan skandal anda dengan aman. wakakaka!! 3. — Sekiranya anda mempunyai kekasih dan anda mahu punya kekasih seorang lagi, ada lebih baik salah seorang mesti berada outstation! Haaa…baru senang nak tipu. Nak jumpa pun susah kan, sebab duduk jauh. Jadi, bila berjauhan… anda boleh fokus kepada sorang-sorang. Hehehe, kena cari kekasih outstation la kan, kerana kekasih outstation ni pun selalunya percaya pada cinta jarak jauh jadi, cukup mudah untuk kita pasang dua. Yang penting, selalulah cakap kepada mereka, “I hanya sayang you seorang sahaja walaupun you berada jauh dari I” hahaha 😆 4. — Dating MESTI diluar bandar beb! Untuk mengelakkan dari diketahui kekasih, tunang, boyfriend, girlfriend atau suami/isteri anda. Anggap saja dia orang tak ada otak dan perasaan. Jadi ianya lebih mudah untuk anda lakukan penipuan ini tanpa rasa bersalah. Well, lagipun, telah lama perangai jahat menipu ini berdarah daging dlm diri anda, kan. Kalau nak rasa kesian, boring la. Kita kena brutal, buat jahat habis-habisan! wakaka 😆 5. — Mesti sentiasa dan pandai buat cerita sedih atau ada penjelasan cerita sekiranya ditanya! Jangan jawab “nanti I cerita” – “Nanti I call back and explain!” — itu jelas sangatlah anda menipu!! Adoi…kena serius, konfiden dan mata tu kena pandang straight. Barulah bijak menipu. Ini, mata pun takut ditenung, cerita pun banyak lubang, cakap pun terketar-ketar…adoi!! Cara macam tu hanya dilakukan oleh orang bebal dan tidak berotak yang nak menipu tak pandai. Kita mesti sediakan awal-awal penjelasan panjang, barulah semalaman kita dapat menipu dengan hati yang tenang. Barulah sampai hati kita menipu dia yg disayangi. p.s. Ada berbagai-bagai lagi cara menipu! Untuk minggu ini, Bro Hate beri 5 tip dulu. INGAT kena hati-hati bila mahu menipu, “JANGAN MENIPU SI PENIPU BESAR!” …for sure anda akan tertangkap, good luck! 😆 ========================================== 😀 Wakakaka… so funny kan huhuhu, jahatnya BROTHER HATE ni…Well, Itulah kan hehehe, jika tidak pernah menipu tu jangan mulakan. Jika anda mulai sekali menipu, anda akan ketagih menipu sehingga anda akan jadi seperti orang yang tidak berpelajaran, seperti drug eddict yang menipu buta. Sehingga anda rasa dan fikir semua orang bodoh, walhal anda yang sudah menjadi terlalu bodoh kerana terlalu banyak menipu. Takkan lah anda mahu meletakkan level anda setaraf palacur chowkit dan penagih dadah yang menipu bodoh tanpa sebarang sebab? In a way, artikel ini juga untuk anda semua mengenal karektor penipu di sekeliling anda. Dan jangan terpedaya dengan wajah yang bersih, tampan atau lawa. Hehe, interesting kan, dari perspektif berbeza kui! Kui! Kui!…yang penting… “JANGAN MULAKAN perhubungan cinta atas dasar penipuan, anda akan kehilangan dirinya dan anda. Wajah cantik anda bertukar hodoh, dan anda akan kesunyian selamanya!” Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Kolaborasi sulung Razzi, Irfan
Utusan Malaysia 6 Mac 2010 Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my Gambar NOOR AZLINA JAAFAR RAZZI dan Irfan berkolaborasi hasilkan mini album. MASIH ingatkah anda pada si pelantun lagu Syakila, yang cukup popular sekitar era 90-an? Ya, sudah agak lama penyanyi berambut panjang, Razzi Rahman ini tidak muncul dengan produk seni terbaru. Kali terakhir dia merakamkan lagu ialah 10 tahun lalu menerusi single Ke Dasar Cintamu. Memilih untuk berehat seketika dari dunia glamor, Razzi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, penyanyi berkulit cerah itu tidaklah 100 peratus berehat dari dunia seni kerana dalam masa yang sama, dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama. Sepanjang tempoh itu, Razzi menetap di Kota Bharu, Kelantan menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk minuman kesihatan. Kini Razzi kembali mengubati rindu peminatnya menerusi album yang memuatkan Tujuh lagu terbaru nyanyiannya iaitu Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Syakila, Selamanya, Kekuatan & bonus track Voices. Album Razzi Rahman – Irfan Khairi itu telah pun mula dijual secara muat turun di internet sejak dilancarkan pada 28 Disember lalu. Menariknya, kemunculan Razzi kali ini merupakan kolaborasi sulung dengan jutawan internet terkenal, Irfan Khairi. Klik di sini “Sebenarnya saya tidaklah hilang sebab di samping berniaga saya ada juga ambil tawaran berlakon drama. Kenyataannya memang saya rasa seronok berniaga dan saya memang nak buat benda yang saya suka. Namun sejak berkenalan dengan Irfan empat tahun lalu, dia menaikkan kembali semangat saya untuk kembali aktif.” “Malah, katanya lagu-lagu nyanyian saya dahulu banyak yang memberi motivasi kepada dirinya sehingga berjaya kini,” kata Razzi. Kata Razzi, kerana kestabilan perniagaannya kini, maka dia mencuri sedikit masa terluang untuk mempromosikan album tersebut. Selain berniaga, Razzi turut melibatkan diri dalam bidang penulisan buku-buku motivasi cinta sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sebanyak lima e-book tentang motivasi cinta yang begitu mendapat sambutan… Bukan itu sahaja, buku terbaru tulisannya, 101 Nota Mencari Cinta yang diterbitkan oleh Razzi Rahman Production bakal dikeluarkan bulan ini. Mungkin kerana itu jugalah, baik Razzi mahupun Irfan tidak begitu sukar memasarkan produk seni mereka di internet kerana telah pun mengumpul ribuan peminat sebelum ini. Malah kata Irfan, baru saja sebulan diputarkan di corong radio, lagu Kerana telah berjaya menarik perhatian pendengar di THR. Apatah lagi, kini lagu tersebut menduduki tangga ketiga dalam carta THR Gegar. Meminati muzik, sungguhpun tidak menyanyi, Irfan yang menulis dan mencipta lagu-lagu terbaru buat Razzi itu turut menyumbang suara sebagai vokal latar. Bercerita tentang tercetusnya idea berkolaborasi, kata Irfan, minatnya terhadap muzik dan lagu-lagu nyanyian Razzi mendorong dirinya untuk lebih serius. “Siapa sangka, 10 tahun lalu saya hanya mendengar dan mengikuti perkembangan seni Razzi. Tetapi kini, kami menjadi kawan dan berkolaborasi pula bersama. Kerana Razzi kini menulis buku-buku tentang cinta, maka lagu-lagu yang saya cipta disesuaikan dengan konsep penulisan Razzi sendiri.” “Disebabkan ini produk pertama kami, jadi kalau boleh segalanya saya mahu nampak berbeza termasuklah lagu-lagu, cara promosi dan juga jualannya,” kata Irfan yang memperuntukkan sebanyak RM25,000 bersama Razzi dalam menghasilkan album tersebut. Bagi yang berminat membeli lagu-lagu dari album tersebut, boleh berbuat demikian secara muat turun menerusi laman sesawang www.razzirahman.com/muzik – Sebuah lagu hanya RM3 manakala untuk memuat turun keseluruhan lagu dalam album tersebut adalah RM10. p/s : Sejuta Terimakasih kami kepada wartawan Norliza dan Utusan Malaysia di atas sokongan dan juga kepada seluruh peminat kami! “You all ROCK!” Salam hormat, Razzi Rahman & Irfan KhairiUntuk maklumat lanjut tentang album sila klik di sini
Pergaduhan dalam Cinta
Wanita selalu cepat meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang, tetapi mengapa begitu cepat juga meluahkan marahnya? Apabila sudah cinta, mengapa mesti marah? mengapa mesti menyalahkan lelaki itu dan ini? sehingga terjadi pergaduhan? Kata suka, kata sayang…rindu, tetapi mengapa mesti bertengkar? Bergaduh? Someone asked me yesterday, “Razzi, berapa kali Razzi bertengkar dengan your loved ones setiap bulan?” Jawab saya, “NONE! …bulan ke, tahun ke, tahun pertama, kedua, ketiga TAK PERNAH bergaduh!” Dia terkejut… “Tak pernah? Tak percayalah!” Then I said, “Honest!…bertahun-tahun, kita tidak pernah bergaduh.” Last 7 months, a friend of mine, tiba-tiba berkenalan dengan seorang gadis cun punya. Since then, dia orang berkawan and now dah bercinta saling sayang menyayangi. Within that 7 months, happy je…tak pernah gaduh, tak pernah bertengkar atau tidak puas hati antara satu sama lain. Apa yang my friend and me amalkan? Kejujuran? Well itu semua orang amal jugak, tapi tetap bergaduh. Kesetiaan? Well, itu pun ramai yang lakukan tetapi masih tidak puas hati. Open relationship? Hmm…masih ramai yang menipu dan curang!… The fact is…we didnt practice anything, NONE! What makes us free from fighting with the loved ones is “Kita menemui dia yang suka apa yang kami suka!” Tidak ada satu perkara pun, yang dia tidak suka….semua yang saya suka, dia pun suka. Semua dia suka tentang saya, my career, my life, my way, my personality, my writings, my singings SEMUA DIA SUKA. Begitu juga dengan saya. Saya suka semua tentang dia! SUKA SEMUA! Tidak ada apa pun yang saya tidak suka! When I asked my friend, its the same thing! Dia dengan girlfriend dia pun sama dengan I. They like everything about each other! Obviously, bila kita sudah suka everything…kita nak bergaduh tentang apa lagi?? Masalah dalam setiap perhubungan sehingga berlaku pergaduhan besar, pertengkaran sengit, ketidak puas hatian over some silly things, adalah kerana adanya perkara-perkara yang kita tidak suka, tidak setuju…dan suka menuding jari, menyalahkan pasangan itu dan ini…also kurangnya usaha untuk make pasangan you happy! So for those yang bangsa, suka cari pasal, suka bertekak, suka mengkritik, tidak puas hati itu dan ini, well…memang susah nak dapat jodoh lah, sebabnya…bila personaliti anda begitu…anda akan asyik bergaduh je dengan setiap pasangan yang baru anda kenali. Akibatnya, anda akan sentiasa kehilangan orang tersayang! ….malah, orang-orang di sekeliling anda juga akan bosan dengan sikap anda yang menjengkelkan itu… Sikap anda yang suka menyembunyikan banyak perkara juga pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan syak wasangka sehingga berlaku pergaduhan. Kita nak happy dengan orang yang kita sayang, so kita kena elakkan pergaduhan…BUT, Bagaimana mahu mengelakkan pergaduhan jika ANDA YANG MENGUNDANG pergaduhan itu? …dan sebagai insan biasa, pasangan anda akan terfikir, “Buat apa aku berada di dalam perhubungan ini jika selalu dipenuhi dengan pergaduhan?” So basically, kalau sikap you all macam tu, you WILL NOT ever be happy with anyone in this world. Belajar menerima dan belajar suka banyak perkara di sekeliling anda seterusnya…buang keegoaan dan kesombongan anda yang bodoh itu, yang pastinya hanya merugikan anda. Ubah keperibadian anda yang ramai orang tidak suka itu. Cuba mengalah kepada kebenaran… Orang lain tak rugi beb…you yang rugi. Sampai bila you nak be alone hanya kerana sikap anda yang anda bangga-banggakan itu beb? p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“KERANA” tempat ke 2 di CARTA THR!
Syukur Alhamdulillah, Satu pencapaian yang mengejutkan, i would say…hanya dalam masa lebih kurang sebulan album kami dilancarkan… lagu KERANA, ciptaan bro IK, perform oleh Razzi & IK, telah mencapai tempat ke 2 di dalam carta THR Gegar! Terimakasih kepada semua peminat yang telah mengundi, yang sms dan terimakasih sangat-sangat kepada yang selalu membuat permintaan lagu KERANA di THR. Kami berdua berharap you all teruslah melakukannya agar lagu kami ini akan menjadi JUARA! Sebagai tanda terimakasih kami, kami ingin membawa you all yang suka mengikuti perkembangan kami dengan notes singkat ini. Here are some pics khas untuk you all k, enjoy 😉 So the whole week ni, kami amat sibuk mempromosi album terbaru kami, “Razzi Rahman & Irfan Khairi” “Photoshoot dengan Berita Harian 23 feb 2010 – Bangsar Shopping Center” “Amacam? posing habis lah tu kikiki :D” “Ini pulak, punyalah kekok sebabnya, jurugambar tu cun punya girl la hehe 😉 “ “Photoshoot for BIPOP – 24th feb 2010 – Vistana Hotel” “Photoshoot for Kosmo / Utusan – 22feb 2010” “Interview Metro Ahad – 22 feb 2010 – Cute kan Press Syakila ni…dah berpunya dah!” “NST – 25feb 2010 : Tersengih je bro Razzi ni, nak ngacau orang lah tu hehehe” OVERALL… the whole promotions, interviews and photoshoots memang enjoy! we had a real good times dengan all kind of reporters, all different kind of questions… BUT, best part… our answers are all the same… to all, which is :- Album ini adalah minat kami, apa yang kami enjoy dan love doing it. It’s our passion for music! It’s about RAZZI & IK ROCKING!! So guys, jangan lupa untuk mendapatkan semua newspapers ini k. Date akan diberitahu kelak. For now, terus mengundi, dan terus memilih lagu KERANA…vote for no 1! Ikhlas dari, Razzi Rahman & Irfan Khairiwww.razzirahman.com/muzik
Kisah Cinta Razzi – “Cinta Nita”
“Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!” Ramai sudah tahu Bro Razzi selalu menulis dari pengalaman-pengalaman lama juga dari apa yang dipelajari dari kegagalan demi kegagalan yang dilalui. Saya juga cukup suka berkongsi kisah-kisah cinta saya yang lampau. Dan kali ini, istimewa untuk anda…sebuah lagi kisah cinta Razzi yang cukup menarik dan menyayat hati. Semuga anda mendapat manfaat darinya… Semasa saya bertugas dengan M.A.S di airport dulu, saya mengenali ramai pramugari. Asyik duk bercinta dengan pramugari je lah hehe. Habis, kat situ je kehidupan saya siang dan malam. Mengendali operasi penumpang antarabangsa keluar dan masuk negara kita ni. So, salah seorang pramugari yang pernah saya kenali ialah Nita. Dialah pramugari pertama yang saya pernah jatuh cinta dulu. Namun, bagi Nita saya hanyalah seorang sahabat bukan kekasih… Masalah yang sering saya alami dengan Nita ialah, cara Nita melayan saya seperti seorang yang cukup benci kat saya… benci dengan cara saya, benci dengan penampilan rock saya benci dengan apa yang saya perbualkan, benci dengan pendirian saya tentang hidup. Malah apa sahaja pelawaan saya, dia akan menolak dulu…tapi kemudian baru menerima. Huuhhh…moody semacam! Kalau ajak keluar, mesti ON!. Keluar makan ke, tengok wayang ke sure nak. Yang paling dia suka ialah ronda-ronda KL dengan saya. Pelik tak??…Benci, tak suka itu dan ini tetapi mahu. Nak kata dia punya boyfriend, tak ada pulak tu. Hari-hari tunggu saya call je…kalau tak call mulailah bad mood. Kalau call pulak, macam tak suka! Aii…orang pompuan ni ya, memang kompleks betul! Hehehe…Jangan marah arrr… Walau macamana sekali pun, saya sangat-sangat sukakan dia dan Nita adalah cinta pandang pertama saya. Bagi saya, jatuh cinta tidak perlukan masa, cuma jika untuk serius dan bersedia untuk berumahtangga pastinya memerlukan masa untuk kenal dengan lebih rapat lagi. But for falling in love, jika saya dapat merasakan, “Nak!..nak!…nak!” itu bermakna saya telah jatuh cintalah kan. …dan Nita pula, adalah seorang gadis yang sangat cantik, manja, lembut. Kulitnya putih gebu tapi bukan kerana anak mat salleh…Nita adalah seorang gadis melayu tulen dengan hidung tirus menunduk ke bawah, uhh… paling saya suka, pinggangnya yang ramping, fuhh Nita memang lawa giler! Seorang pramugari yang sangat manis apabila melayan penumpang. Haaa…saya ni jarang puji-puji orang ni, tapi bagi saya kalau yang mix ni tak real la kan. Hehehe…itulah citarasa saya. Perhubungan kami berlarutan beberapa bulan, tapi… Nita tidak pernah mahu declare yang dia tu Girlfriend saya jauh sekali kekasih walaupun kami seperti belangkas. Berkepit je 24jam. Jadual kerja kami juga selalu ditukar agar mendapat waktu yang sama-sama dekat so boleh lah pulang bersama. Hampir setiap hari saya menghantarnya pulang… Tapi sampai sudah, saya tidak dapat melihat cintanya bersemi. Berbagai pemberian, masa dan wang ringgit telah saya habiskan seikhlas mungkin demi CINTA NITA…apa yang saya dapat hanyalah sebuah persahabatan… Saya kecewa, kecewa yang teramat sangat. Selalu juga saya terjerit-jerit seorang diri di bilik atau di depan pantai yang terbentang sunyi. Apa lagi?…apa lagi yang perlu saya lakukan untuk memiliki seorang kekasih??…untuk mendapat walau secebis cintanya…frust beb! Akhirnya saya terasa seperti dipergunakan. Apabila hendak keluar bersiar-siar, makan atau menonton, saya dikehendaki. Tetapi apabila saya bercakap serius tentang perhubungan kami, kata Nita, “Kan kita selalu jumpa…apa lagi yang you mahu?” Apabila saya kata saya perlukan seorang kekasih dan ingin diyakinkan yang Nita milik saya, katanya lagi, “NO!, I bukan kekasih you, I bukan nak bercinta dengan you…bukankah kita ni masih muda lagi? I tak berminat dengan komitmenlah Razzi.” Bagai tersiat isi dan kulit muka saya ni. Semput rasa dada menahan sabar. Itulah ayat yang selalu diulanginya, setiap kali saya bertanya atau mulai berbual soal perhubungan. Senak dada beb! Terseksa batin wa ni beb adoi… Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Nita. Dengan berat hati saya memberitahu Nita yang saya mahu berpisah dan mahu mengenali orang baru dan mencari seorang kekasih. Nita hanya mendiamkan diri, wajahnya langsung tidak ada reaksi apa-apa…entah dia suka, entah tidak, tidak pulak saya tahu. Pada hujung tahun…akhirnya saya telah meninggalkan Nita. Kegembiraan mulai terasa di jiwa saya apabila saya sudah kembali ke arena pemburuan cinta. Setiap hari, itulah di fikiran saya, mencari cinta yang sejati. Rasa terbuang sangat masa bersama Nita. Itu yang saya duk cari cinta je…kat Airport tu, semua orang tahu lah saya dan tujuan saya ni…asyik nak cari mak we je hehehe! Bukan nak buat apa beb…nak buat bini lah! Hehehe… Lebih sebulan kemudian, sewaktu pulang dari kerja dan masih di Airport lagi, saya didatangi seorang pramugari yang cantik dan manis sekali. Teruja saya dibuatnya…ishh, dapatlah kali ini buat girlfriend, dia yang dekati saya pulak tu. Tetapi kegembiraan saya itu hanyalah sementara kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk memarahi saya. Saya kebingungan dan hairan… Marahnya bukan kepalang, semuanya adalah semata-mata kerana saya telah meninggalkan Nita yang rupa-rupanya kawan baik dia yang juga teman sekampung, dari negeri di selatan. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar tentang Nita. Namun katanya, “Mengapa awak bodoh sangat?…Nita punya sayangkan awak dan amat menyintai awak tau?! Dia saja-saja cakap, tak suka, tak nak…” Saya terus kebingungan… “Aik? apa yang awak cakapkan ni, …Kan Nita kata kami muda lagi dan belum bersedia. Dia juga kata yang dia tidak minat pada komitmen! Tapi… lain pula cerita awak ni?” Dengan matanya yang semakin membulat geram dia menjawab, “Awak yang tak pandai, dia bukan serius bila cakap macam tu. Dah hampir setahun kenal, hari-hari dia berjumpa awak. Call 2-3 kali sehari, keluar sama-sama, makan sama-sama, menonton bersama, siang malam duk berkepit ke sana-sini…itu bukan kekasih ke? bukan girlfriend ke???…nak kena tidur dengan awak dulu baru kira kekasih?! Awak ingat kami pramugari ni hanya for fun ke??!” Perrrghh…terkedu seribu bahasa, terpana dan terduduk wa beb, menangis tak berlagu. Keinginan saya yang sibuk menginginkan satu pengisytiharan yang kami adalah ‘kekasih’ adalah satu kebodohan saya yang tidak dapat saya maafkan! Mengapa saya tidak sedar yang Nita sebenarnya adalah sememangnya kekasih saya? Aduuhhh…mengapa? Mengapa saya sibuk-sibukkan perkara remeh, inginkan ucapan kasih, I miss you, I love you…sedangkan kami seumpama belangkas! Mengapa saya mahu lebih? ahhh…bodoh! bodoh!…Saya tidak menyedari yang kekasih, sayang, boyfriend, girlfriend hanyalah satu panggilan…Yang penting cara perhubungan itu! Sederas kilat saya berlari meninggalkan pramugari itu, untuk ke kereta saya di parking
101 Why ‘DIA’ Jatuh Cinta?
Apabila bro Razzi bertanya 101 soalan kepada diri sendiri, WHY? MENGAPA?…APAKAH? Yaa.. “Apakah yang membuatkan ‘Dia’ Jatuh Cinta?” The answer is so obvious! Sebab dia SUKA kan anda…suka everything about you. BUT, why? I’m very-very sure you all pun ada berbagai-bagai jawapan kepada soalan itu, Mengapa dia boleh jatuh cinta?, Apakah perkara yang membuatkan dia boleh jatuh cinta? Okey, ini list yang i boleh tuliskan, kalau you all ada lagi…okey let us all know :- YES …sebab lelaki/wanita itu amat mengambil berat terhadap anda. YES …sebab dia sangat setia kepada anda. YES …dia adalah lelaki/wanita yang sangat penyayang/loving dalam layanan nya, lembut, baik, romantik. YES …dia sangat funny, menghiburkan, really can talk to. YES …dia adalah lelaki/wanita yang penuh dengan kesetiaan, taat pada suruhan tuhan. YES …dia dengar segala-gala cakap anda. YES …dia adalah lelaki/wanita yang berkarisma, bijak, brilliant, genius. YES …dia adalah lelaki/wanita yang sangat bermaruah, tidak mudah dipikat, bukan senang untuk sesiapa sahaja memilikinya. Well if you ask me, I will say YES!…jika segala-gala ciri-ciri di atas ada pada pasangan anda or pada you all, then for sure sebab itulah you all saling jatuh cinta antara satu sama lain. So, kalau nak orang jatuh cinta dengan kita, then be like any of the fact in the list aboved. Tetapi, I don’t know why lah… WALAU ada lelaki yang tidak tergolong di dalam list di atas, LAGI RAMAI yang jatuh cinta dengannya. Let’s say…ada seorang lelaki ni, nama dia ermm…okey, nama dia senang kita letak, Razzi lah kata kan… 😉 So, Razzi ni TIDAK tergolong dalam kesemua ciri-ciri di dalam list di atas. But WHY? Why…masih ada lagi wanita yang jatuh cinta kepada Razzi ni? Sedangkan dia bukan jenis romantik, bukan loving, bukan brilliant, bukan setia, tak suka mengambil berat, not easy to be with…Tetapi, ada girl yang jatuh cinta kepada dia…ramai pulak tu, WHY? Adakah those girls ni, sukakan lelaki yang tidak baik buat mereka? Adakah wanita lebih suka dengan lelaki yang punya aura jahat atau ganas atau ‘player’ or ‘flamboyant’ or ‘bad boy’ ?? I’m so curious laa hehe…TAPI, ini Razzi dalam kisah ni tau, bukan I laaa 😆 But on top of all this, I come to one conclusion… “Apabila ‘DIA’ sudah jatuh cinta, cakaplah apa saja, buatlah apa pun…dia tetap sudah jatuh cinta” So, I tak tahu lah you all punya pendapat macamana, but…basically what I understand dari this situations, untuk seseorang jatuh cinta dengan kita, sebenarnya tidak perlu pun effort dari kita, jika ‘DIA’ sudah jatuh cinta… well dia cinta lah that’s it! Special poem by Razzi Rahman a.k.a Brother Love : Watching bright sky with a smile Thinking of a brighter future for a while Suddenly the soft smiles stops… As the dry leafs drops. Remembered my heart is like a stone Only one can be broken, by a river lone My will is like a wind that blows all directions That too far from effections. It’s too hard to take my love fly Guess that’s the answer of, why It takes more then just a big sacrifice Maybe many years of mountain cries. p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Tuhan Lebih Menyayangi Mu…
Sepanjang minggu ini, bro Razzi asyik mengelamun jauh… Jauh sangat! Jauh hingga melangkau lautan pacific… How my life has gone to this part of the world, betapa kita sebagai manusia biasa, hanya bisa merancang. Jika tanpa izin dari Allah s.w.t …nothing will go like we plan. Kita boleh bercita-cita, berangan, bermimpi, kita juga mengharapkan sebuah kejayaan di dalam sesebuah perhubungan. TETAPI, jika tiada izin dari Dia Yang Maha Esa…maka tidak akan terjadi apa saja yang kita mahu ianya berlaku. Segala-gala adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita renungkan sejenak… – Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama? Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain. – Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang? Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti. – Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang? Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu. – Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku? Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya. – Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia? Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu. Kita selalu bercakap pasal agama islam, kita selalu berkata tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tetapi, sejauh manakah kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan? Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, maka kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu KERANA… “Tuhan lebih menyayangi mu! …So jika begitu, bukankah we should be happy?” p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
All for 1 Kuala Lumpur
“If music be the food of love, play on.” -William Shakespeare I love music. And in my blog, I love talking about “love”. As Shakespeare quote, you can’t seperate music from love. I agree it’s true. Last week, me and my bro IK came up with yet another idea for a new song about KL- if you can remember our first song about KL was called “I Love You KL”. We feel that using music is a great promotional tool to promote our beloved KL around the globe. Check out the list below. Here are a few songs which I think you can put a tune to it. All promoting a city! London Bridge – Fergie Miami – Will Smith Brooklyn (Go Hard) – Jay-Z Chicago – Chicago Kashmir – Led Zeppelin New york-New york – Frank Sinatra Stranger In Moscow – Michael Jackson Viva Las Vegas – Elvis Presley Antara Anyer dan Jakarta – Sheila Majid How cool will it be if we can add KL to the list! I love you KL – Razzi Rahman & Irfan Khairi All for One Kuala Lumpur – Razzi Rahman & Irfan Khairi No harm in dreaming right? 🙂 So, here’s a special treat from us. Our latest song. All for One Kuala Lumpur. Join me and IK for a drive around our beloved Kuala Lumpur. Enjoy! If you can’t see the youtube, just CLICK HERE CLICK HERE if you would like to keep an MP3 version for your laptop or your ipod. Hope you like it. And dont forget our first KL song, “I Love You KL”, You can download it here. Tell us what you think! Bila lagi nak tengok Jutawan Internet jadi my driver! 😉 p.s : Interested to know the lyrics or just want to listen to the songs? Click below :- All for ONE KUALA LUMPUR – Click here I Love You KL – Click here Ikhlas dari, Razzi Rahman & Irfan Khairiwww.razzirahman.com/muzik
First Love Never Dies…
Salam to all Brother Love’s fans, friends, bloggers and all…this time around bro Razzi menulis topik yang agak ringan, tidak menyentuh emosi sangat I hope, dan juga kerana sudah beberapa kali menjadi permintaan you all. It’s about “FIRST LOVE” First and foremost, bro Razzi harap sangat untuk you all juga turut berkongsi cerita atau kisah cinta pertama you all…mesti ada yang interesting, yang tidak dapat dilupakan, mungkin juga agak memalukan sedikit…but the most important thing here is to let it out and share with the world! As my story goes, I would like to share something that has been said to me before…’SHE’ said, “First Love Never Dies” …and you know what, masa tu I percaya kat dia…I do! But, selepas beberapa tahun dan dia pun dah hilang tah kemana hehe…I would say first love adalah hanya EFFECTIONS sahaja…but giler la hehe 🙂 Zaman persekolahan dulu cukup bermakna…keterujaan bercinta bagai lemas ketiadaan udara untuk bernafas. Sedetik, sejalur kata terucap, “I love you” …bessssst sangat! Apatah lagi pertama kali kata-kata cinta diresap masuk ke dalam jiwa dan sanubari ini fuuuuhhhh…. melompat-lompat kegembiraan. Maklum lah, Cinta Pertama… belum pernah rasa lagi, belum pernah alaminya, tak tahu apa yang nak expect…TERUJA SANGAT! But as time goes by…I realised, my first love is bad, and dies! Huhu…tapi I treasure the relationship, the experience, the friendship…even now…believe it or not, we are still good friends! Okey, I’ll stop there hehehe…now it’s time untuk you all pula bercerita tentang you all punya first love, kisah pertama kali anda jatuh cinta okey? Cool!!…i’ll be waiting to read and enjoy your story, and this going to be interesting! 😉 p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Apabila dikecewakan…
“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!” Beberapa soalan yang memenuhi email bro Razzi sepanjang minggu ini, ingin I jawab di sini khas untuk semua wanita yang I sanjungi :- Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita? Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab! Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja? Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri? Mengapa sudah tidak semesra dulu? Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi? Mengapa buat saya menangis sepanjang masa?? Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan? Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan! Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari. Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah… “…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.” Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!! INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing! Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA! “Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.” In my further opinion :- Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu. Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya. Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama. ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :- Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru! Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru! Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita! Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia! Apabila break aje…MOVE ON! Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru 🙂 BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right! p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com