Bukan Hanya Satu Cinta

“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta.”  Selalu sangat, apabila seseorang itu yang pernah jatuh cinta dan kemudian dikecewakan cinta, akan memberitahu orang di sekelilingnya dan juga kepada dirinya sendiri yang bekas pasangannya itulah yang terhebat : “Dialah yang terbaik, tiada lagi orang sepertinya. Tiada siapa yang dapat menggantikan cintanya yang luhur, hatinya yang lembut, layanannya yang terbaik dan perangainya yang lucu dan menawan hati! Dia The Best!” Tidak kah pelik? Walau dikecewakan, walau dibiarkan begitu saja, walau sengsara hidup TETAP… yang mengecewakan dia itulah yang terbaik, cinta yang suci dan luhur! Kalau baik sangat pasal apa dia kecewakan anda?! Kalau suci sangat pasal apa anda ditinggalkan? Kalau hatinya lembut dan baik, mengapa sanggup membiarkan diri anda terseksa? Jelas sekali dia TIDAK BAIK, habis cerita! Now, apa yang penting di sini untuk kita semua fikirkan dan renungkan sejenak adalah… “BUKAN HANYA SATU CINTA” – Maksud Bro Razzi di sini adalah, di dalam hidup kita ini, sepanjang perjalanan mengorak langkah di dalam semak, onak dan duri kehidupan ini… BANYAK cinta yang kita akan temui, percayalah! 😉 Jangan lah kita hanya menganggap cinta dia seorang itu lah yang satu-satunya cinta. Maka kalau tak menjadi dengan dia, tak ada lagi lah peluang anda untuk bahagia bersama pasangan yang lain?! Dari pengalaman I sendiri, kita akan bercinta dan kecewa dan bercinta kembali, kemudian berkali-kali lagilah kecewa, berkali-kali lagilah putaran percintaaan itu sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya cinta. Iaitu cinta sejati, TRUE LOVE! So, for the mean time tu, kita cuba kenali pasangan kita sebanyak-banyak yang mungkin. Ketahui tabiaatnya, kenali cara pemikirannya, fahami keputusannya. Dari sini lah dalam sedar dan tak sedar kita mengembara mengenali erti percintaan yang sebenar. Dari sinilah kita mulai perlahan-lahan belajar erti bertolak ansur. Dari kekecewaan kita akan kenal pasangan yang mana lebih baik lagi, dari kegagalan kita mengenal orang yang mana patut kita kahwini. YANG PENTING : JANGAN PUTUS ASA! Berkenalan lah dengan sesiapa sahaja yang menarik dan baik pada pandangan anda. Kemudian, jangan pula cepat jatuh cinta dan jika bercinta jangan pula beri habis keseluruhan cinta anda, simpan sedikit untuk anda cintai diri sendiri. “Bercinta dan terus bercinta walau beberapa kali gagal sekali pun.” You know, apa selalu berlaku pada I, setiap kali I breaks?, the next person yang I jumpa selalunya yang lebih baik dari yang sebelumnya. So, JANGAN sesekali menganggap cinta bekas kekasih anda itu sahajalah yang terbaik, kerana… “Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta…RAMAI!” p/s : Anda juga ingin mendapat tip & nota cinta? klik di sini untuk dapatkan secara PERCUMA Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

“ZERO” Janji!

Apabila bro Razzi bertanya a friend of mine about things that she hates the most, dia jawab… “Lelaki yang lupa janji dan tidak pernah dapat memenuhi segala apa yang dijanjikan!” In a way, I dapat rasa betapa sakitnya hati kawan I ni bila segala-gala janji-janji yang telah terpateri, terpahat di jiwa dan sanubari, akhirnya tiada titik noktah. Malah tiada sebarang penyelesaian, jauh sekali penjelasan, MENGAPA dan APA yang telah terjadi? Sebenarnya, each and everyday I menerima banyak masalah cinta yang hampir sama, which is lelaki berubah dari janjinya yang sebenar. Malah ramai girls di antara kita selalu berdepan dengan EMPTY PROMISES…seperti janji-janjinya, Nothing! None! ZERO! Akhirnya selalu soalan yang ditanya agak cliché, “Mengapa dia lupa janji-janjinya? Mengapa dulu dia tidak begitu? Mengapa dia berubah?”…well, kalau nak Bro Razzi berikan sebab-sebabnya, I can give hundreds of reasons why dia lupa janji, why dia tidak memenuhi janji-janjinya… TETAPI, trust me, it’s not going to help. You tetap akan bertanya dengan soalan lain pula dan hati serta perasaan you tetap sakit dan kecewa… NAK TAHU JUGAK? Hehe…okey, I faham, you girls nak puas kan hati yang tidak tenteram tu kan, yang kebingungan, kegeraman tapi sayang, kebencian tapi cinta…okey, I’ll tell you :- Mungkin dia tiba-tiba takut – ‘having a cold feet’ kerisauan, kegelisahan memikirkan tanggungjawab atau komitmen yang bakal di tanggung. Mungkin juga dia merasa terlalu berat janji yang telah dijanjikannya. Lalu dengan sendiri menyepikan diri. Nak explain, sure malu sebab dah berjanji, tu yang buat senyap je. Mungkin dia ada seseorang yang lain di dalam hidupnya yang probably muncul kembali dalam hidupnya. Lalu dia jatuh cinta kembali kepada dia yang telah lama diharap-harapkan. Malah mungkin juga dia sudah bosan dengan apa yang dia ada bersama anda, lalu dia mengambil keputusan untuk tidak mahu bertanggung jawab lagi. As simple as that! Nak lagi simple… dia saja-saja MEMANG seorang yang suka-suka berjanji kosong! Zero janjinya…walau kelihatan serius, sebenarnya tidak ada makna langsung bagi dia. All those janji hanya untuk mendapat apa yang dia mahu sahaja. Bila dah dapat…chiaow! OR…mungkin juga seperti Bro Razzi, Why Razzi menyanyi semula selepas berjanji dengan seseorang yang saya tidak akan menyanyi lagi? Well…manusia ini ada evolusi, sampai setiap peringkat dia akan berubah dan akan melupakan janji yang lalu. Sebagai contoh : “Mengapa orang yang sudah berjanji setia dengan isterinya tetapi berkahwin 2-3 lagi?” …adakah dia dulu berkahwin dan berjanji, “okey nanti I dah kahwin dengan you kemudian I nak kahwin lagi dua ya!” Hahaha…no way punya… Pasti dia berjanji setia dengan satu sampai bila-bila, tetapi along the way… he get bored, he’s feeling horny, gatal nak pompuan lagi… or maybe the wife dah not functioning well…so dia kahwin lagi. The facts is, its just Human Evolutions… Setiap manusia lelaki atau pun wanita, kita akan berubah-berubah mengikut peringkat evolusi dalam diri kita. So, memanglah kita tidak dapat memenuhi janji yang telah terukir before. Hari ini mungkin lain, besok hari pasti lain… bukan kah fikiran kita sendiri pun selalu bertukar-tukar? Sekejap nak itu, nak ini… orang pompuan lagi lah, especially apabila pergi shopping… selalu bertukar-tukar fikiran. It’s the same thing… So, nasihat I di sini, apabila anda bertemu seseorang yang mungkin pada fikiran anda dia adalah pasangan anda, soalan pertama that you should ask, “WHAT ARE YOU LOOKING FOR?” Maksud I di sini, “Apakah yang you cari di dalam sebuah perhubungan?” …itu adalah soalan pertama sebelum apa-apa lagi. Minta dia jawab dengan jujur dan ikhlas. Di sini, lihat matanya dan cara tubuhnya bergerak… I yakin you all dapat beza kan jika dia menjawab dengan serius, jujur atau pun menipu… Ini kerana soalan ini boleh membuatkan dia terfikir seketika dan mulai kena mereka-reka jawapannya… So, Jawapan yang mungkin secara realitinya anda akan berdepan, apabila di tanya… “Apakah yang you cari di dalam sebuah perhubungan?” I mahu skandal dengan you I mahu just have fun I saja nak cari girlfriend, untuk bercinta I saja cari teman, sebab I terlalu sunyi Tetapi yang pasti ramai menjawab adalah, “TAK TAHU” – jawapan inilah yang you tidak mahu. This is jelas, jawapan dari seorang yang pasti akan LUPA JANJI! So, that’s your real psiko soalan untuk kali ini hehehe, psiko dia sikit dengan pertanyaan, “Apakah yang you cari di dalam sesebuah perhubungan?” atau “Apakah yang you cari di dalam percintaan kita?” …then you tengok dia tumbang dari menara kebanggaannya lalu rebah tersandung!! 😉 p.s. : *DAPATKAN beberapa -ENOTA CINTA karya Razzi Rahman secara PERCUMA dengan sign up, my newsletter –> sila klik di sini  Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

NIKAH is EASY!

1. NIKAH is EASY…tetapi, adakah dia betul-betul mahukannya? Apabila kita bercakap soal lelaki itu susah nak buat keputusan untuk berkahwin, lelaki ini yang selalu avoid dari bercakap soal perkahwinan, dan lelaki sana yang belum bersedia untuk berkahwin… well, THAT IS ALL BULLSHIT!! NIKAH is so EASY! …and a real man, yang jujur, yang serius in the relationship, yang benar-benar cinta, PASTI mahu berkahwin secepat mungkin dengan girl yang dia nak sangat tu. You girls ingat dia tak takut ke hilang girlfriend dia? And surely dia nak ‘tuuut’ kan? TETAPI, oleh kerana kebanyakkan girls nowadays, terlalu sayangkan pasangan dia, so mereka telah begitu tidak terkawal dalam membiarkan diri di perguna sewenang-wenangnya. And why man tak nak kahwin walau pernikahan itu sangat mudah? :- Dia sememangnya, tidak berminat untuk berkahwin…sebab suka womanising. Dia sebenarnya sudah bosan dengan perhubungan itu, lalu tak terfikir kahwin, sebaliknya fikir macamana nak breakoff ni hehe… Dia dapat apa sahaja yang tidak sepatutnya wanita berikan (faham-faham lah apa) MAKA… pernikahan itu bagaikan begitu sukar sekali. Please laaaa… apa logiknya yang susah untuk berkahwin? I cinta you, you cinta I…jom pergi pejabat kadhi, ambil saksi…wali bapa…or bapa saudara, then bayar mas kahwin, ucap akad nikah, NIKAH! It’s so easy… i cakap you all, i pernah duduk dalam bilik khadi, bawa my friend kahwin…adoi beb…tak sampai 10 minit, done! And berapa ramai pasangan yang nak kahwin lagi lepas tu… You see, tak ada duit, …akad nikah dulu macam my friend ni. Takkan tak da 2-3 ratus untuk mas kahwin? Akad nikah dulu, then duduk lah serumah! barulah HALAL! Ini ramai sangat yang duduk serumah dulu…tak kahwin-kahwin bertahun-tahun. How laaa Brother Love nak tolong…kalau semuanya you girls dah beri? Hati, jiwa, perasaan, harta, wang ringgit, tubuh badan dan maruah semua tergadai… akhirnya ditinggalkan begitu saja… macamana sesiapa pun nak bantu? It’s too late! That’s why, sebelum apa-apa biar ala kadar sudah yang diberikan… OKEY, kepada any girls yang dah bertahun-tahun menjalin perhubungan cinta tu, tapi tak kahwin-kahwin… ajak boyfriend you all kahwin hari ini jugak! Kalau dia tak nak… break! If not, you hanya akan kehilangan masa muda anda dengan sia-sia sahaja. Beb, masa tidak akan menunggu anda beb…DECIDE TODAY! 2. NIKAH is EASY….but keeping the marriage is HARD! Perkahwinan adalah seperti MINUM KOPI. Panas-panas tu sedap diminum…pahit-pahit manis. Memang best! Tetapi kalau tak pandai bancuh memang tak sedap langsung! Ramai di antara kita selalu kerisauan, kegelisahan dan takut tentang betapa susahnya untuk memilih  pasangan untuk mendirikan rumahtangga… Berbagai-bagai alasan diciptakan, just because diri you all ni dipenuhi dengan negativity vibes…. penuh dengan aura negatif yang mendorong anda menjadi, ‘andartu’ . berbagai-bagai alasan yang selalu bermain di dalam hati you all… dia ni muda sangat, dia tu kurus tak boleh, dia ni tak kena, dia tu tak lawa, dia tak funny sangat, I tak suka begitu….i tak suka begini…i suka yang itu, I suka yang ini… At the end….sorang pun tak ada yang berkenan, yes…anda bukan memilih yang kaya, bukan memilih yang lawa, yang hensem…tidak pandang pun pada harta atau rupa…tetapi hakikatnya, anda terlalu memikirkan benda-benda kecil yang tidak sepatutnya anda fikir hanya kerana tidak ada kesesuaian, …MEMILIH jugalah tu beb! HEY!, just go for it beb!…if he/she interested…serius nak kahwin GO AHEAD! Kahwin, nikah! Tak perlu fikir, takut dia gini, takut dia gitu…Marriage is about EFFORT! You kahwin dengan yang perfect with your taste pun…kalau both of you tak try to work it out…you will bercerai selepas sebulan kahwin, I’m dead serious! That’s why I said, NIKAH is EASY…but keeping the marriage is HARD! – berbagai-bagai dugaan akan anda hadapi. Masalah orang ketiga, masalah kewangan, masalah mertua, masalah anak-anak…do you still can keep the marriage kukuh jika tidak sama-sama membancuh kopi tu? Some people always said to me, “Terimalah I seadanya….” The thing is, you boleh terima I seadanya? Before I terima you seadanya? Belum apa-apa pun you dah risau itu dan ini, tak suka itu dan ini….but you nak I terima you seadanya? Yang penting is keeping the marriage…Masalah sentiasa ada, tetapi how you handle it, how you work things out together. Sebelum anda kahwin, anda cuma perlu suka sama suka…ada rasa cinta, tengok dari jauh je terus naik nafsu syahwat, it’s good enough!!…hehehe Then selepas kahwin, kenalah sama-sama BERUBAH, berubah menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing…handle masalah bersama-sama. THERE ARE NO SUCH thing… terimalah I seadanya! Berkahwin dengan sesiapa pun, masalah akan ada…Bila berkahwin, semua orang mesti cuba berusaha bersama-sama menangani masalah yang berbangkit dan cuba tangani dengan berubah untuk menyesuaikan diri, demi mengekal kan rumahtangga… IF NOT, better dont get married, just Stay single… p.s. : *DAPATKAN beberapa -ENOTA CINTA karya Razzi Rahman secara PERCUMA dengan sign up, my newsletter –> sila klik di sini  Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

LOVE for ALLAH

Many of us selalu mengatakan, love your God first barulah love your partner. Sayangi dan cintai Allah bagi yang Islam, bagi yang bukan Islam maka cintai Tuhan mereka dulu, barulah boleh mencintai pasangan mereka. In my humble opinion… Cinta kepada Allah, atau Love for Allah, or Love kepada Tuhan mereka dulu ni… “It goes without saying!”  – apa yang I maksudkan di sini… Cinta kepada Tuhan itu, TIDAK PERLU diperkatakan lagi kerana ianya adalah wajib! IT’S A MUST! Mengapa kita perlu usulkan lagi, mengapa perlu kita persoalkan lagi. Mengapa kena cakap, “Cintailah Allah kerana itulah cinta abadi” – MEMANGLAH! Sudah satu kewajipan kita untuk mencintai dan menyayangi Tuhan kita. No doubt, Ianya adalah yang paling utama. Tidak kita letak ianya kedua…ataupun pertama, or terdahulu kerana ianya adalah yang terunggul dan teragung! Out of our league, out of options…End of story! Takkan kita begitu jahil sehingga kita fikirkan, “Nak cinta yang mana dulu ya? Kekasih atau Tuhan?” heyye… PASTINYA, kalau I orang islam, My LOVE is for ALLAH! So, please semua… jangan rasa rendah diri, jangan rasa bagai melakukan kesilapan apabila gagal bercinta atau rasa kegagalan itu kerana kurang mencintai Tuhan… KERANA, Rasa cinta kita, rasa sunyi, feelings of love kasih dan sayang yang bergelumang dalam diri ini… Kesunyian yang menghenyak tubuh yang longlai… Keinginan yang mencengkam jiwa dan hati nurani yang makin perlahan geraknya… Bukankah semua perasaan ini datang dari Dia yang Maha Esa? YES, Cinta dari Tuhan itu terunggul, YES, Cinta dari Tuhan itu penuh kesetiaan, keluhuran, kelembutan, Yes Islamic people, Love from Allah, penuh dengan kenikmatan kasih dan sayang yang mengasyikkan…TETAPI, tanya pada diri anda sendiri… “Mengapa Tuhan ciptakan Adam dan Hawa?” “Kemudian memasukkan perasaan cinta?” “Mengapakah Tuhan ciptakan manusia berpasang-pasangan?” “Mengapakah Tuhan telah menulis jodoh mu?” “Mengapa adanya hukum akad nikah?” Kerana, walau dunia ini hanya pinjaman, tetapi Allah mahu kita menggunakan akal dan fikiran kita agar bijak membuat keputusan dalam kehidupan bercinta…kemudian melahirkan zuriat yang baik-baik untuk memakmurkan dunia ini… BUKAN hanya sekadar duduk dan tengok je dunia ini mentang-mentang pinjam… Memang apa sahaja yang kita lakukan, mesti kerana “LILLAHHITAALA”, semua untuk ALLAH, akan tetapi…ianya bukan bermaksud, beramal kepadanya dengan sembahyang 24jam, berdoa sepanjang waktu kepada Allah sehingga tak buat kerja lain! Sebaliknya… Allah mahu kita melakukan pelbagai perkara yang telah disediakan di dalam dunia ini, kerana itu juga adalah satu amalan! Mencintai seseorang dengan penuh ikhlas dan jujur…adalah satu amalan suci, yang akan membawa kepada pernikahan yang mana pahalanya seperti mendirikan sebuah masjid! Amalan besar tu… Memberi perbelanjaan kepada isteri tanpa berkira, dan penuh ikhlas…amalan suci jugak! Kerana Allah memberi ganjaran yang besar kepada suami yang suka berbelanja kepada isteri dan membahagiakan bakal ibu kepada anak-anaknya nanti. Di dunia lagi Tuhan akan curahkan rezeki yang melimpah ruah. Kemudian menanam benih-benih yang subur di malam jumaat, sambil membaca ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan isteri mengandungkan anak-anak yang baka soleh dan solehah. Ini juga sunat, pahala yang besar. Jadi, dari contoh-contoh ini jelaslah maksud sentiasa mencintai Allah terlebih dahulu itu…adalah melakukan kesemua amalan-amalan bukan saja dari bacaan, doa-doa maupun sembahyang sahaja sebaliknya, KESEMUA SEKALI…termasuklah melakukan pelbagai-bagai jenis amalan lagi yang diizinkan Tuhan… So, as Islamic man, sebagai seorang lelaki Islam… YES! My Love is For ALLAH for sure! Dan tidak kiralah lelaki atau wanita Islam, LOVE ALLAH is a must. No doubt about it! Nobody can tell us otherwise! CUMA….cinta di sekeliling kita ini juga amat penting dan perlu diutamakan dengan keikhlasan dan keluhuran agar ianya menjadi satu amalan yang diberkati Tuhan, kerana semua ini juga adalah suruhan darinya! InsyAllah! p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta, sila klik di sini  Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Tips 3 Saat MENGAYAT!

HANYA UNTUK LELAKI…wanita tidak dibenarkan membaca artikel Brother Love kali ini… Strictly FOR MAN! 😉 Wo! Wo! Habis semua wanita berlari nak tahu juga tip ni ya huhu…  Sabar-sabar jangan tolak-tolak, beratur! Beratur! Hehehe… haaaa tersengih je girls tu semua, no peeking ya! Okey…Ramai di antara kita punya rasa malu, takut dan blank tiba-tiba the minute kita nampak gadis lawa, girl yang sweet, wanita yang kazoom!!… Menusuk di kalbu kan?! 🙂 Biasa sangat orang lelaki, nampak awek cun je, mulailah terseksa jiwa, “fuhh lawa nihh, nak tegur dia macamana? nak kata apa kat dia? Eee…nanti dia tak layan, malu aku!” Yang geramnya, the girl langsung tak senyum ke, bagi la hint suka sikit. Main-main mata ke…just to give a sign, “Come la pikat aku…sweet talk aku, bagi aku cair” Langsung tak ada, kalau ada at least,  kita ada rasa sure sikit la the girl interested. So, because of that TIP 3 Saat Mengayat relevan di sini… You see guys, girls are just the same as you. Dia pun kalau boleh nak mengayat you juga, girls pun nak happy-happy, nak have fun, flirting,  teasing dan sebagainya. So that is the first thing you all kena ingat! So no worries… Now, why 3 saat? … Dalam masa 3 saat, anda MESTI berjaya memulakan perbualan dengan gadis itu dengan penuh mesra! MESTI! Within 3 second mesti mula, its a must!…barulah anda akan berjaya memikatwanita itu! Why anda selalu gagal? Dan tidak menjadi cara mengayat? …Cuba lihat ayat yang bermain di fikiran anda mula-mula tadi… 1 saat : fuhh lawa nihh, 2 saat : nak tegur dia macamana? 3 saat : nak kata apa kat dia? 4 saat : Eee…nanti dia tak layan, malu aku! Nampak? Anda telah GAGAL within 3 saat…hanya kerana terlalu banyak persoalan yang anda mahu fikirkan! Terlebih-lebih sampai berminit-minit memikirkan macamana nak mengayat, last-last girl tu pun chiaow 🙁 Yang padahal girl tu pun duk tunggu juga, “Ish apahal lama sangat…tak tegur-tegur aku pun, dia tak suka  kat aku agaknya…” Pulak dahhh… Tak pasal-pasal, yang sepatutnya kita berjaya memikat wanita itu, dah melepas…So dari hari ini, ingat ya Hanya 3 saat untuk menentu kejayaan mengayat anda!! Contoh : 1 saat : Nampak a girl, membuat keputusan – “Yes, awek ni cun giler!” 2 saat : Tanpa berfikir apa-apa, make the move – approach! Rapatinya… 3 saat : “Hi I’m Joe…” Ayat paling simple… Kenalkan diri je. Hahaha! Kita selalu nak fikir yang berat-berat…relax je beb. THEN dari sini, Im sure you all dah tahu apa nak cakap. You can…. Boleh puji-puji keperibadian dia. Hormati cara pemikiran dia. Kagum dengan keputusan yang dia lakukan Anda juga boleh cerita betapa anda telah lama mencari gadis seperti dia. Anda juga inginkan gadis secantik dan seayu dia. Malah anda juga boleh gurau-gurau dengan mengata dia sikit-sikit But untuk paling best dan sure berjaya, buat lawak sampai girl tu ketawa terbahak-bahak! 😉 SURE girl tu suka punya…Apa yang paling worst boleh berlaku dengan hanya kenalkan diri? dan talk about all that? Takkan girl tu nak marah? Terjerit-jerit kat you? “Hoi!! Siapa kau hah?? Kenalkan diri pulak! nak ngorat aku, Belahh arrr!!” …Hahaha itu minah psiko…yang gi tackle dia sapa suruh?!! 🙂 So, paling worst dia buat diam je…fine lah. Dia tak berminat lah tu. Ok, time to go to the next hot girl. But, kalau girl tu polite, dia akan say hi jugak dan smile… Then slowly jauhkan diri. Well, fine! No sweat la, it’s normal… Dalam topic cinta rejected dah explain kan. – WARNING – wanita tidak dibenarkan membaca tip ini!! 🙂 (Habislah trick aku) Ayat lelaki bernama Razzi Rahman pulak??, yes this is how Brother Love mengayat…aduhhh pecah rahsia aku!! : “I tahu lah you suka kat I, cuma yang I tak tahunya, macamana you boleh ada rasa nak sangat kat I ni?…I pun suka juga la kat you, but tak sangka pulak you begitu berminat dengan I? Hari tu you said you miss me so much pulak kan?…” Hahaha ada berani? Haa, girl tu pun naik pening! Apa hal mamat ni nih? Surely dia akan kata “Eleehhh Perasannyerr…mengada tau!…macam bagus je!” Hehehe…well, itu cara tarik perhatiannya saja. Buat banyak-banyak seperti dia yang nak kat kita then Say sorry and tell her, “just joking je…let’s start again, I’m Razzi, what’s yours? …jom minum-minum?” always works with me, sure ONNNNN!!! p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

5 nota “Kesunyian dalam Cinta”

01 – Three days ago, my ex girlfriend called me up, menangis-nangis… boyfriend dia curang! Kantoi dengan girlfriend yang lebih muda. Adoi… kesian. I know she breaks my heart before, tapi dia terlalu naif sangat…dan the loneliness yang dia akan face tu…sure akan menyeksa jiwa dia nanti…Sampai bila dia mahu mencari cinta? Sampai bila dia kena selalu gagal dalam cinta? All I can say, “She’s full of love…tapi pastinya dia akan kesunyian dalam cinta!” Kesian… 02 – Abang G,  a friend of mine… hampir sama kes. Terperangkap di dalam sebuah perkahwinan yang sudah lama terbina. Cintanya pada isteri dia bukan main lagi, tetapi isteri tiada hormat dan selalu meminggirkan Abang G, semuanya hanya kerana isteri berpangkat besar dan selalu busy dengan kariernya… Well, “He’s full of love… tetapi kesunyian dalam cinta!” again, kesian… 03 – Ann, gadis dari Tawau hanya sempat berkahwin selama 3 bulan sahaja. Walau dirinya dikelilingi ramai kawan-kawan dan sanak saudara, walau punya suami yang amat menyayanginya… tetapi cintanya hanya kepada lelaki yang telah disisihkan keluarganya, lelaki yang dibenci keluarganya. Kerana menghormati ibu yang sudah tua, Ann menerima lelaki pilihan ibunya…akibatnya, dalam sekejap masa, mereka bercerai! “Ako Kesunyian dalam riuh rendah kebahagiaan sebuah cinta yang bukan untuk ako sudah!” itulah kata-kata Ann. Bro Razzi amat pilu bila baca kisah Ann dalam emailnya… 04 – Kisah my silent bloggers A dan S hampir sama. Selalu contact bro Razzi through emails. Dan kali ini, kedua-dua email dari mereka berdua seolah-olah diceritakan oleh orang yang sama. Both of them menceritakan betapa sunyinya setiap kali habis kerja…rasa macam tak mahu balik rumah. Kerana terlalu sunyi…bukan tak ada kawan, ramai kawan! Tetapi sudah terlalu lama keseorangan…especially bila malam menjelma. Their wishes, “Mahu merasakan sebuah percintaan walau hanya sekali dan tidak mahu sunyi lagi…” Hehehe…pernah juga I suggest dia orang berdua ni bercinta sama dia je…aihhh, tak serasi pulak tu. Susah juga 😉 05 – Nor, asal dari Selatan… menganggap nasibnya dengan lelaki bagai terlekat badi. Setiap kali dia mulai bahagia dan memulakan perjalanan hidup sebagai isteri, dia diceraikan! Beberapa kali mula bercinta semula, dia dicurangi lagi dan lagi… Beritahu Nor pada Bro Razzi, rupa parasnya menarik dan tidak susah untuk memiliki lelaki kerana ramai yang berminat dengannya…namun, setiap kali dia rapat dengan lelaki…hanya kesunyian yang dirasainya… Apa yang dapat Razzi tengok, “Walau Nor seorang janda, dia begitu bersedia mencurahkan sepenuh cintanya, tetapi mungkin kerana pengalaman pahit yang lepas….bagai semua lelaki sama saja baginya,,,dia kesunyian di dalam cinta!” …sedih beb! The truth is… Razzi sendiri juga kesunyian di dalam cinta… kadang-kadang terfikir, mengapalah aku begini sedangkan aku hampir punya segala? Seriously, I amat bersyukur dengan kurniaan Tuhan to me and my beloved family. BUT…Razzi Rahman juga bukan Superman, I juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan… Sometimes, kita sememangnya akan punya rasa tidak puas…punya keinginan untuk lebih bahagia…punya perasaan ingin tahu jika aku miliki itu dan ini… miliki dia tu dan dia ni…mungkin aku lebih bahagia dan hilang rasa sunyi, hidup dalam cinta yang sebenarnya cinta… TETAPI, adakah only then kita akan bahagia OR…kita balik kepada asal, setelah punya segala-gala, kita still tak puas? The fact is kita semua akan melalui saat ini..Just be prepared! Be brave and strong untuk melawan nafsu kita yang pasti akan merobek jiwa yang kesunyian jauh di lubuk sanubari. My little advise,  “GRAB as much chances in love as you can get, while you still can!…KERANA, di saat kita mulai merasa sunyi di dalam cinta, teramat susah untuk kita kembali bahagia.” Now, tanya pada diri anda sendiri…adakah anda masih sunyi di dalam cinta? p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

I pilih CINTA!

“Jika anda hanya boleh memilih SATU pilihan sahaja, apakah yang anda pilih? CINTA? HARTA? Atau RUPA?” Susah juga jika RUPA dia tidak membuatkan kita rasa sayang, feel tak ada! Macamana mahu hidup bersama? Macamana nak bermesra… tak menarik di jiwa, ‘tak steam beb!’ Susah juga bila HARTA atau kewangannya cukup-cukup makan saja. Bagaimana nak keluar-keluar, bersiar-siar, dating OR even nak berumahtangga? Bagaimana nak membayar berbagai bil-bil bulanan? Bagaimana mahu mempunyai anak dan membeli kelengkapan untuk anak-anak pula? Susah juga bila tiada RUPA, tidak timbul rasa mahu berCINTA. Susah juga bila hidup dalam kesempitan, tanpa HARTA, akan berlaku tekanan dalam perhubungan yang pasti akan menghancurkan CINTA! Pastinya, kita mahu memilih Cinta, Harta dan Rupa! But itu PERFECT! Dunia realitinya, tidak sesempurna itu. Kadang-kadang kita dapat memiliki rupa…tetapi kita tetap dikecewakan, kerana kecurangan berlaku apabila rupa menjadi perhatian ramai.. Kadang-kadang kita dapat memiliki harta,…kita tetap dikecewakan cinta, kerana kekayaan menjadi punca keegoan lalu kemegahan jadi pilihan. Malah sometimes, kita punya rupa, pasangan pun sama…kita punya harta, kaya…we have everything! BUT still…kita terkecewa dalam cinta, kerana FEEL hilang! Pelik kan? Apabila kita tiada itu yang kita mahu tetapi apabila kita dapat semuanya itu jugalah yang kita tidak mahu! If you ask me…secara logiknya, I pilih CINTA first! Rupa dan Harta akan datang kemudian. Kerana, bila sudah cinta, yang tak cantik jadi lawa…bila sudah cinta, hidup miskin pun rela… Itu logiknya, tetapi tak tahu lah mengapa, reality of me…I will always go for the look first! I tak boleh bercinta jika tidak sedap mata memandang. Jika lawa, cantik dan berilmu pula it’s a bonus la. I LOVE beauty & brain!! Harta? Hmmm… not even think about it! SO, “apa pula pendapat you all? Apa yang you all pilih jika hanya satu pilihan saja yang anda boleh pilih?!… Harta, Rupa atau CINTA?” p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

THR Gegar…BERGEGAR!

To me it is NOT a show, but it is a concert! Tahniah kepada Radio Thr – Permata Pantai Timur. Konsert pada 20mac lepas is so awesome! It’s a real big concert!! ….lihat lah sendiri, lebih kurang 10ribu orang membanjiri perkarangan Tesco Kota Bharu… Ini adalah sebahagian dari penonton yang berada di depan stage. Packed giler! So happy lepak with my fans yang ramai-ramai menyanyi lagu KERANA bersama-sama, you all memang happening! Ini pulak,  Abang Saleem membuat persembahan yang sangat hebat!! Beribu-ribu menjerit namanya… Sebahagian yang tidak dapat masuk…berada di belakang pentas…KESIAN! Bro Razzi cuba menghiburkan mereka yang berada di belakang pentas, bersalam dan bergambar…tetapi…. …pagar sudah tidak dapat menghalang mereka! Vrhooomm…habis semua rempuh masuk! Hahaha…sekuriti pun tah kemana dah. Nasib tiada yang cedera…semua ok. “Orang Kelantan cukup terkenal dengan lemah-lembutnya dan comel lotte – beyyehh!” 😉 Bersama artis PAK LONG dari utara…memang ramai peminat Pak Long ni! Lagu-lagu dia pun best. “Steady lah bro!” Fuhhh…dapat bergambar dengan artis tersohor, abang Saleem!! Siap  kecek kelate lagi dengan Razzi Cayalah… Memang mantap persembahan abang Saleem, “I grew up singing his songs…now I’m sharing the stage with him fuhhh…I’m speechless” Happy dapat bergambar dengan Penyampai THR – Nazz yang rock! Memang satu kepala dengan gua… “Nazz, thank you so much interview gua kat carta! Thanks sangat-sangat kerana bagi semangat when I was so nervous to get up to the big stage…Lu memang best…rock habis!” Overall, it’s an experience yang tidak dapat dilupakan, how I wish I get to share this with my best friend Irfan Khairi yang terpaksa menghadiri seminar di Johor…IK kirim salam pada semua fans! THR gegar are really bergegar! And they make A day to remember for the rest of my life…setelah bertahun-tahun tidak membuat persembahan besar sebegitu, akhirnya… “I did it again!” p.s : So sorry tidak ada orang yang dapat ambil video Razzi perform hari tu… for that, I give it to you, KERANA clips harap dapat menggantikannya. >> http://www.youtube.com/watch?v=RGqbHAvFW40 Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Razzi Rahman masih berbisa!

Mangga Online : 17 March 2010 Wartawan : Nonie Foto : Jefri Iran 10 tahun menyepi selepas album Rembulan Kesiangan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Syakila, Razzi Rahman kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaru, Kerana. Mengambil masa yang lama untuk membuat comeback, bukanlah merajuk namun Razzi aktif menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan sepanjang menetap di Kota Bharu. Beliau juga kini lebih dikenali sebagai brother love hasil daripada penulisan motivasi cinta di internet. Namun kehadirannya kini bersama teman rapat yang juga seorang jutawan internet terkenal, Irfan Khairi antara individu yang bertanggungjawab mengembalikan minat Razzi kepada muzik yang telah lama ditinggalkan. Namun mampukah Razzi bertahan tika industri kini mengalami lambakan artis realiti dengan keadaan muzik yang semakin tenat? Sepanjang empat tahun berkawan dan menjalankan perniagaan internet bersama, sudah banyak fan dikumpul daripada laman web kami. Sebelum buat album lagi, memang kami akan perform bersama jika ada produk baru untuk dilancarkan. Saya akan menyanyi dan Irfan bermain gitar dan mencipta lagu dalam album kami. Tiada soal tergugat dengan artis baru kerana pengikut kami sahaja sudah mencapai dua juta orang.” “Selepas melancarkan mini album Razzi Rahman-Irfan Khairi dan dijual secara muat turun di internet pada 28 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima amat memberansangkan. Kami guna alternatif menjualnya secara online kerana sedar market muzik sedang tenat dan sukar untuk menjual album penuh,” ujar Razzi masih mempunyai aura apabila lagu Kerana yang baru sahaja diputarkan di corong radio telah berjaya menduduki carta no3 di THR Gegar. Brother Love Bagaikan satu pakej lengkap, buku cinta yang dilengkapi alunan muzik Razzi dan Irfan. Dikenali sebagai Brother Love di kalangan penggemar hasil tulisannya, Razzi kini mengorak setapak maju ke hadapan dengan melancarkan buku terbaru, 101 Nota Mencari Cinta khas untuk wanita penghujung bulan ini. Baginya pengalaman gagal bercinta banyak memberi inspirasi untuk menterjemahkannya dalam sebuah buku untuk tatapan peminat. “Setakat ini saya sudah ada lima e-buku motivasi cinta dan kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Razzi yang kini dibawah pengurusan Mewah Event Management. Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu daripada album Razzi Rahman-Irfan Khairi, boleh memuat turun di www.razzirahman.com/muzik. *Bagi yang mahu melihat Razzi Rahman menyanyikan lagu KERANA secara LIVE. Atau berjumpa dan bergambar dengan Razzi, Anda yang berada di Kota Bharu bolehlah ke perkarangan letak kereta TESCO Kota Bharu pada pukul 4pm, hari ini 20hb mac2010 Razzi Rahman Productions www.razzirahman.com

Cinta & Kerjaya

Monday morning, bagi some of us adalah hari yang menjadi hari yang ditunggu-tunggu kerana begitu teruja untuk memulakan kembali tugas harian. TETAPI, ramai diantara kita yang merasakan hari Isnin adalah hari yang cukup meletihkan, amat membosankan untuk mula berkerja! “Malasnyaaaaa nak gi kerja!” Tapi, tidak disangkalkan lagi…sekiranya ada seseorang di tempat kerja yang menjadi idaman hati, sure sukaaaa sangat nak pergi kerja, kan. Siap bangun pagi-pagi lagi, sebelum subuh dah siap nak gi kerja hehehe… Tambah lagi jika dia yang dicintai pula berkerja di dalam satu department, lagi lah bersemangat untuk berkerja. In fact ada few of my friends yang ending up berkahwin setelah bercinta di dalam satu ofis. NAMUN… …ada ramai juga pasangan yang merana apabila cinta dan kerjaya dicampur adukkan sehingga merasa begitu tidak selesa sekali apabila berdepan dengan dia yang mengecewakan kita. Malah sesetengah tu kan sakiiiit je hati apabila dia buat macam selambaaaa je…bagaikan tidak pernah berlaku apa-apa di antara kita! Kadang-kadang rasa macam nak berhenti kerja je kan…rasa menyampah, benci sesangat!! TAPI, apa boleh buat…dah terlanjur bercinta. So, have to face it, deal with it. Hopefully boleh break secara aman dan tenteram. But knowing lelaki punya ego…dia orang memang terer bahagian buat selamba ni….hmmm, kesian kaum wanita… Anyway, bro Razzi selalu cuba elakkan dari getting involved with the people that I work with. That’s why I tak pernah ada gossip with any celebrities. I tak pernah keluar date dengan artis-artis wanita ni sebabnya, to me they all are ‘rakan sepejabat’ gitu yaaa… Kalau bercinta memang best la kan, satu aliran, berkerja bersama…tapi kalau breaks, fuuuuu….mana-mana pergi pun asyik jumpa je, then mulailah benci membenci apabila masing-masing sudah punya yang lain, adoi!! SO…my advise, Cinta dan Kerjaya seharusnya diasingkan. Banyakkan bersabar dari jatuh cinta dengan teman sekerjaya. BUT sekiranya terlanjur juga… untuk terus kekal bahagia, anda kena set kan MASA SENDIRI. Cari waktu untuk berada jauh darinya, asing dari hidupnya. Do your own thing… have your own relaxing time tanpa dia yang hari-hari kita duk tengok tu 🙂 As for Bro Razzi… cara saya mengelakkan Cinta dan Kerjaya dari bercampur, daripada saya cintakan seseorang, saya simply CINTAKAN KERJAYA saya! Hehehe ….ianya lebih menggembirakan, dan amat membahagiakan. Malah, amat memuaskan nafsu saya dan tidak pernah mengecewakan saya! SO SEXY! Hahaha!! 😀 So, saya nak minta tolong dengan you all ni regarding my love for my career, boleh tak?? Boleh laaa please?? Ada few pertolongan yang saya nak minta :- Pertolongan 1 : 17 Mac – Tolong Razzi, menonton Tv3 – MHI pukul 8 pagi. BOLEH? Razzi dan IK akan perform lagu KERANA. Pertolongan 2 : 18 Mac – Please dengar Interview Muzik FM – 8.30 pagi. Pertolongan 3 : 19 Mac – Please-please listen to our interview at radio Suria FM – 8.00 malam. Pertolongan 4 : 20 Mac – Carta hits gegar THR – 9.00 pagi SO…you all going to help me out right?? You all going to be online with me and IK? Hope so ya, see you all then! Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor