“Penelope”

Tengok movie ‘Penelope’ semalam it keeps me thinking… “Berapa ramai di antara kita yang lahir sempurna tetapi asyik menegur, menghina, mengutuk dan mengata sesama manusia?” …sedangkan diri sendiri sebenarnya, teramat daif, malah kadang-kadang tu, langsung tiada siapa yang hiraukan dia… bayangkan jika dia mempunyai wajah yang buruk pula, what will happen?? Anyway… Cerita Penelope ni is about a girl names Penelope, dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan yang sangat kaya, tetapi mendapat sumpahan turun temurun dimana, hidungnya adalah seperti hidung khinzir. Sudah 25 tahun Penolope memiliki hidung yang sangat buruk itu, semua orang yang datang ke rumah agamnya pasti akan terkejut sangat apabila memandang hidung khinzir Penelope.  Akibat tersangat malu, Penelope tidak pernah keluar dari rumah Mansion itu. …Nah tengoklah sendiri hidungnya… cantik tak? 😛 Dari kefahaman ibunya yang sentiasa bongkak namun amat menyayangi anaknya, Penelope harus berkahwin dengan seorang jejaka yang mencintainya untuk membuang sumpahan dan seterusnya hidung babi Penelope akan kembali kepada normal. Namun, sudah begitu ramai lelaki yang hadir tetapi kesemuanya, tidak sanggup untuk mengahwini Penelope apabila melihat hidungnya. Malah dia dikeji dan dihina…..sedangkan mereka bukanlah setaraf Penelope…. Gadis itu teramat sedih sekali,  dia begitu berduka kerana dia yakin tidak akan dapat membuang sumpahan keluarganya itu, tambahan Ibunya pula telah mencuba berbagai cara untuk mencari jodohnya… Hinggalah datang seorang jejaka yang semata-mata mahu mengahwininya kerana harta… walau menyedari niat lelaki jahat itu, Penelope tetap menerus rancangan untuk berkahwin dengannya demi membuang sumpah. Semua keluarga begitu gembira untuknya dan beramai-ramai menantikan saat gembira, serta tibanya waktu sumpahan itu akan terhapus, apabila Penelope dinikahkan nanti, TETAPI… Pada saat dia akan dikahwinkan, Penelope telah tersedar apabila wajah bakal suaminya yang kelihatan begitu jijik memandangnya… lalu, Penelope telah mengejutkan semua orang di majlis perkahwinan nya itu dengan tidak bersetuju untuk berkahwin! Ibunya begitu marah sekali, keluarganya juga turut bersedih untuk Penelope kerana tidak dapat membuang sumpahnya. Tetapi, bagi Penelope, dia rela tidak berkahwin, rela tidak bersama lelaki itu, rela mati daripada mengahwini lelaki yang sebenarnya tidak mencintainya!…  rela menerima hodoh dia, rela memiliki hidung khinzirnya itu! Dan dengan perasaan marah, Penelope menjerit, “I LIKE JUST THE WAY I AM”  Tiba-tiba, angin taufan meniup kencang, kilat menyabung, petir berdentum dentam menyambar…Penelope rebah di dalam gaun kahwinnya lantas terpengsan…Apabila dia sedar dan bangun dari pengsannya… Penelope amat terkejut, hidungnya telah kembali normal setelah bertahun-tahun memiliki sumpahan hidung Khinzir! …maka, terlepaslah semua lelaki-lelaki durjana untuk memiliki Penelope yang kini, cantik, memiliki hidung yang lentik, dan kaya raya! Sungguh dia tidak menyangka, dia tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang mencintainya untuk menghilangkan sumpahan itu, sebaliknya…dia hanya perlu menerima dirinya seadanya sahaja… So, moral of the story? … First : Terimalah diri kita seadanya, walau buruk, walau cantik…itu bukanlah sesuatu yang penting di dalam hidup ini, bukan ukuran…TETAPI keikhlasan hati nurani. Second : Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini….jadi janganlah suka menghina dan mengeji orang, kerana sesungguhnya, orang yang mengata dan menghina adalah lebih keji dari yang dikata. Jikalau bercinta, anda juga harus menerapkan nilai-nilai murni seperti di dalam movie ini… You know, jodoh you tiada siapa yang tahu. Of all you know, he or she just around the corner of your house, tapi you asyik memandang yang jauh sahaja. “Perluaskan market cinta you dengan mengurangkan senarai citarasa yang you ingin miliki…ia pasti akan mendekatkan you memiliki cinta yang sekian lama diingini 🙂 “ Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Syurga Buat Isteri…

“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” Amboi, suka orang pompuan…tersengih je bila bro Razzi tulis macam ni kan. Hehehe… Tambah pulak letak gambar Siti, artis kesayangan I ni pulak. (Sorry D.K, I cut u out…I jeles! hehe…) 😉 Tapi itulah hakikatnya! Sememangnya wanitalah yang paling mudah ke syurga.Tetapi, sebelum kita masuk bab syurga tu…apa kata kita sama-sama renungkan terlebih dulu apa yang bro love bakal katakan di sini, iaitu…tentang kesilapan isteri! “…pulak dah bro nihh hehe…orang baru duk sedap ke syurga, dah…nak kena lagi lah ni 😀 “ Haih!!..  orang pompuan tu mulailah tu cepat-cepat fikir apa salah si suami pula. Ada je cari point nak berlawan. Macam ni lah…YES, lelaki pun ada salahnya, suami juga bersalah!, suami juga ada yang jahat, curang, dan sebagainya! Okey we accepted it and we do get it! 😉 TETAPI, itu bukan apa yang hendak diperbincangkan di sini. Keutamaan yang bro Razzi hendak kita sama-sama fahami dan mengerti ialah asal kesilapan itu. Dimanakah bermulanya keruntuhan sebuah perkahwinan?, bagaimanakah kemesraan hubungan suami isteri boleh luntur?  Sentuhan suami isteri juga turut tawar… “Dah tak steam!” orang kata… Pada pendapat Brother Love, kesilapan seorang isteri berlaku tanpa disedarinya sejak dari awal perkahwinan lagi. Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!” …maksud I, terlalu memandang remeh dan tak kisah, menganggap lelaki/suami ni mudah…malah terlupa pandang dan tidak langsung menghiraukan samada si suami suka atau tidak… Kesilapan ini selalunya terjadi especially kepada newly wed, haaa..yang baru kahwin tu. Mentang-mentang baru kahwin, apa? Awak ingat laki awak tu suka sangat ke apa yang awak suka? 😛 Mungkin sebab masih baru, masih sayang, maka selalunya si suami akan mengikut kata si isteri. Isteri pulak, apa lagi…buat ajelah ikut suka dia, pergi kemana sahaja ikut minat dia, makan apa sahaja ikut selera dia…  “Sayang suka ke tak makan durian dengan budu? Best tau” tanya si isteri. “Suka…apa yang you suka, I pun suka.” Jawab suami. “Sayang jom kita pergi rumah mak. Sayang sukakan pergi rumah mak?” tanya isteri. “Suka…mak you, kan, mesti I suka.” Jawab suami “Sayang, I letih lah malam ni…nanti-nantilah ya.” Kata isteri “Okey, I wait…anything for you dear.” Jawab suami. Alkisahnya, dah sayang, ikut je lah kan. Si isteri pulak tak tahu betapa peritnya si suami menahan bau durian dan budu tu, betapa boringnya pergi rumah mak mertua, betapa terseksanya batin, dah lah 2minggu tak dapat…dah lepas bendera merah pun, tak dapat-dapat jugak?!… itu yang kegersangan habis tu!! 😆 Kesilapan awal inilah yang selalu berlarutan. Dari awal-awal lagi si isteri melakukan rutin hariannya dengan cara melayan suami mengikut kata hatinya, tanpa sebarang perbincangan dengan menganggap suami sentiasa menyayanginya! REALITY CHECK!! 😈 Akhirnya, apa yang berlaku? Segala-gala yang menjadi ketidak puasan suami terhimpun, bengkak kat dalam hati. Lama-lama BOOM!!…meletup dengan berbagai-bagai cara. Ada suami tak balik rumah, dah tak nak makan kat rumah, selalu keluar sendirian…dan lastly, having affair. Sebab apa?…tidak puas hati dengan sikap isteri sejak dari awal-awal lagi. Wahai mereka yang sudah bergelar isteri, you all kena ingat…syurga anda adalah dibawah tapak kaki suami! Mentang-mentang suami punya sayang kat awak, lepas tu ingat awak ada Master, PHD, berkedudukan tinggi, anak orang kaya pulak…Sombong! You all ingat suami you tu tak lari dah ke? Tak akan cari perempuan lain? Tunggu awak je? ** Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya! Walau setinggi mana taraf anda, walau selautan sayang suami kepada anda, …suka atau tidak, awak tetap berada dibawah perintahnya. Jadi, hormatilah suami dengan bertanya apa yang suami suka buat, apa selera suami, apa ‘kehendak’ suami…tanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian dan sebarang keputusan! Bro love ni bukan pandai sangat hukum-hakam dalam bab nikah kahwin ni, walaupun masa sekolah dulu duk jadi bilal di surau. Duk bercerita kisah-kisah para sahabat sementara menunggu waktu asar. Namun, mungkin asas dari situ membuatkan I cukup meminati penceramah besar, Ustaz Datuk Ismail Kamus…beliau selalu menekankan soal menghormati suami. Ada satu kisah dari beliau… Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W dulu, pada setiap hari menunggu Nabi pulang, beliau selalu menunggu dengan segelas air sejuk dan dengan sebatang tongkat. Apabila Nabi pulang, Aisyah akan berkata, “Minumlah air ini, jika dahaga dari perjalanan yang jauh dan pukul lah aku dengan tongkat ini jika ada yang tidak puas di hati!” Amacam? Isteri sekarang nak buat macam tu ke?…ambik tongkat tu pukul laki dia lagi ada! Habis, laki asyik balik lambat je kan hahahaha!! You know, sesungguhnya…sekira isteri menjawab mulut suami pun dah berdosa besar. Malas buat apa suami suruh pun dah neraka jahanam balasannya. Haaa…berat tu. Suami baru suruh, “Sayang tolong buat air kat abang…” sekali si isteri jawab, “Alaaa….abang ni, ayang mal…” Belum habis pun ayat tu baru mal je…dah berdosa dah tu! Haaa…kalau sebut “Malaslah bang!” …habislah, boom, masuk neraka! How?! Hehehe… 😛 Gelak…gelak juga lah kan, tapi itulah hakikatnya. Jadi orang pompuan semua, bro Razzi bukan nak memandai kat sini, tapi sesuatu yang baik itu haruslah kita pelajari, fahami dan amalkan agar kita tidak kecundang di hari muka. Jangan sudah terlambat, barulah nak cari dimana silapnya. Hey ladies, mendengar cakap suami, ikut kemahuannya bukan susah pun…seperti quote di awal artikel bro kali ini, “Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” itu memang benar…caranya juga cukup mudah, dengar kata suami dan ikut katanya!…maka, syurgalah buat isteri! …namun tetapi, “Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!” caranya juga mudah, tidak menghormati suami, lupakan tanggungjawab terhadapnya dan lawanlah kata suami!….maka, nerakalah buat isteri! …Wasalam! 8) Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Breaking the rules!

When talk about breaking the rules, I teringat kepada pesan orang tua-tua… “hati-hati di jalanraya” 🙂 hehe I say man… do you guys ingat tak, lagi banyak pesan orang tua yang sebegitu, lagi banyak dan lagi bersemangat kita nak break the rules, langgar undang-undang jalanraya! Hahaha…yang most of us buat is, jalan je la eventho’ traffic light tengah merah and paling simple thing yang kita tak nak buat is avoiding dari memakai tali pinggang keledar. Sampai kerajaan terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit just to make people ingat… “Pakai tali pinggang keledar” 😀 The fact is, manusia as in you and me are all the same… don’t say otherwise lah kan. It’s in human nature, to do things that against the rules and regulations. Tengok berapa banyak dosa yang kita lakukan everyday? Why? …sedap buat dosa ni, kan? 🙂 So, it comes to our conclusions … “Setiap apa yang TIDAK BOLEH dilakukan, KITA AKAN lakukan!”  …it’s thrilling! It’s interesting, challenging, exciting sangat! Best giler rasanya bila kita dapat buat sesuatu yang tidak sepatutnya kita buat, betul tak? Malah whoever yang tak pernah breaking the rules ni, is consider BORING!! square, nerdy, gig hahaha… sorry lah kalau ada yang terasa. Kerana ianya begitu jelas sekali, sekiranya you all jenis ikut je undang-undang, buat je apa yang sepatutnya dibuat, well most people akan merasakan you adalah dari golongan yang AMAT MEMBOSANKAN! Well, itu baru mukaddimah!! Aha..what I really want to talk about is as usual… LOVE! I nak bercakap tentang, “How to avoid falling in love with the wrong person, and make them love you more?” Senang je jawapannya… “BREAK THE RULES!” Im very sure semua orang tahu dan faham and definately akan interested dengan you jika you jadi seorang yang menarik, spontan, jadi seorang yang outrages, charming, exciting. But, how to be that? …the answer is, Break the rules! Bukan jadi criminal!…bukan pergi lakukan jenayah! Tetapi, instead of you jadi seorang yang sentiasa mengikuti ‘undang-undang dunia cinta’ ni, sometimes… go against it! Contoh :- 1.  The rules says you kena setia : Instead you setia kepada pasangan you dengan tidak bercakap dengan orang lain kerana takut dia cemburu… You banyakkan berbual-bual dengan orang lain, flirts sikit agar dia cemburu! – Pasangan yang tidak buat pasangannya cemburu, adalah pasangan yang membosankan! 2.  The rules says you kena berhubung selalu : Instead you call/sms/phone pasangan you 30 kali sehari…limitkan 1 kali sehari sahaja – Buatkan dia tertanya-tanya dan risau kat you sikit, barulah relationship interesting! 3.  The rules says you kena duduk rumah : Instead of terperap di rumah sepanjang hari/minggu/bulan hanya kerana ingin menjaga hati pasangan you, jadikan keluar rumah setiap hari is A MUST! – Barulah menarik dan tidak membosankan hidup you. Biar setiap hari ada sesuatu yang perlu dilakukan di luar. Pergi Gym ke, watching movies, shopping, lunch, dinner …whatever! As long as you out of your house! 4.  The rules says you tak boleh seksi : Instead of memakai pakaian yang sentiasa longgar dan tidak seksi ( This goes to man & woman) …you kenakan pakaian yang ketat sikit serta seksi la sikit. At least pakai, pakaian yang memberi keyakinan kepada diri you sendiri agar you kelihatan lebih menarik dan tidak out of date. (watch e-fashion channel everyday!) 5.  The rules says you kena dengar kata : Instead of sentiasa mendengar kata pasangan anda, buatkan selalu mempunyai pendirian anda sendiri. Buatkan seperti anda mahu lakukan apa yang anda mahu lakukan untuk kepentingan sendiri! Jangan cari gaduh, bertekak, berkelahi…NO! Berbual dengan lebih berilmu … ( Must do a lot of readings) Haaa…amacam? Hehe… bukan break the rules/law apa lah kan, cuma melakukan perkara yang tidak seperti yang biasa dilakukan. Melakukan sesuatu out of ordinary. Supaya anda akan kelihatan berbeza dan menarik. Why kena buat begini? Ia adalah bersangkut paut dengan human nature… Manusia akan cepat boring dan bosan dengan perkara biasa, cerita biasa, orang biasa dan perhubungan yang biasa-biasa saja… INSTEAD, Manusia akan jadi sangat tertarik dengan sesuatu yang luarbiasa dan pelik, sesuatu yang melawan arus, sesuatu yang tidak dapat dimiliki, sesuatu yang susah dicapai, sesuatu yang membuatkan mereka geram, benci, marah TAPI SAYANG!! And you tanya mengapa ramai orang always fall in love with the wrong person? …you tanya mengapa you sendiri pernah jadi mangsa jatuh cinta with the wrong person? Well, jawapan dia senang je.., The wrong person always do things out of ordinary…always “breaking the rules!” So, instead of you selalu jadi mangsa…why not you become ‘The Wrong person for a change?!’ 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Mencari Teman Hidup!

Istimewa minggu ini, setelah tergerak di naluri brother Razzi, terasa pula ingin menghulurkan bantuan setelah melihat teman yang agak terseksa di dalam pencarian beliau untuk memiliki sebuah cinta yang telah lama diidam-idamkan. Entah mengapa jodoh yang diharap-harapkan tidak muncul, malah tidak ketemuan… Jadi, hari ini bro ingin memperkenalkan kepada you all girls, pengunjung blog brother love yang begitu setia selama 2-3 tahun ini, kepada my friend, yang panggilan namanya EBBY. You all nak kenal tak? Sure punya, betul kan? 😛 Alright, inilah orangnya. Sederhana, tetapi have a kind and big heart!  Okey, untuk you all punya info :-  Ebby berumur 24 tahun going to be 25 tahun pada 09 September ini. Bekerja sebagai Pegawai Akaun di Malaysian Helicopter company. Anak ke 2 dari 7 adik-beradik Ebby tidak memilih, cuma dia meminati gadis yang bertudung dan baik budi pekertinya. Dia juga suka dengan gadis, chineese look, kecil-kecil comel lote gitu 🙂 Ebby juga seorang yang suka berbual, jadi kalau you all suka chatting tu, kenalah dengan dia. Pernah mengenali gadis yang berumur lebih tua daripadanya, tetapi ianya agak kurang sesuai untuknya. So, you all berminat? Kalau berminat, anda boleh lah add kan email dia kat YM ebieyizwan@yahoo.com , lepas tu pandai-pandai ayat sendiri laa.. sekiranya ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut hehehe…  So, since that you all dah tengok gambar ebby kat sini, kalau boleh you all email lah kat dia gambar you all pulak… or kat YM nanti please give your picture too. Barulah ikhlas namanya 😉 Sepanjang tahun ini, bro selalu menerima email dan persoalan cinta mengenai pasangan LELAKI yang HANYA inginkan SEX. Jadi, dengan my friend ni… I amat yakin, you all girls takkan facing that problem anymore kerana my friend ni KUAT pegagangan agamanya dan datang dari keluarga yang baik-baik.   So, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang! 😛 *Sekiranya ada apa-apa persoalan atau sebarang komen, boleh terus tulis di ruangan komen/post/pendapat di blog ini… dan TANYA BROTHER LOVE! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Bagai bercakap dengan orang GILA.

Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil berat  tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa…. Penghuni – penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila. Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi. 🙂 Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu. Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur… “Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?” “Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab. “Nampak…awak sedang mengail, kan?” “Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu. Pembesar itu tersenyum 🙂 , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi, “Tapi, awak mengail apa?” “….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?” “Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?” “Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!” Naaahhh 😀  …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!! 😛 Begitu juga, di dalam sesebuah perhubungan. Kalau pasangan kita tengah ‘GILA’ tu… maksud I, tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan until dia sejuk atau reda amarah dia… Kerana, “Bagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!” Jangan sesekali mahu menyelesaikan masalah di kala panas membara, marah memuncak. Alamatnya, naik gilalah nanti. So, relax je, cool… sabar. Ada banyak masa lagi nanti untuk selesaikan masalah yang berbangkit. Alright?! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Kejutan Percutian!

Elemen kejutan di dalam sesebuah perhubungan amatlah penting! Ada berbagai-bagai cara memberi kejutan kepada pasangan anda sehingga boleh membuatkan si dia bertambah sayang. Salah satunya adalah, “Kejutkan dia dengan PERCUTIAN!” “Tak sangka, Pulau Perhentian masih lagi cantik, tourist pun ramai” To me, menerapkan 2 elemen terus ke dalam sesebuah perhubungan, PASTI akan memberi satu anjakan berbeza. Elemen kejutan + rawatan. Hehe… bagi bro Razzi,  pergi bercuti tu seperti merawat jiwa yang kacau laa… it’s Remedies time! “Alangkah tenangnya jiwa ini berada di pulau yang jauh dari kota” Well, what I meant, pasangan kita yang selalu macam bermasalah saja, yang mungkin sarat dengan problem kerja tak settle lagi itu pastinya tidak akan membahagiakan kita kan? Jadi…selalunya, semua orang yang tengah pening-pening dengan kerja atau berserabut dengan berbagai-bagai masalah, akan merasa tenang apabila dapat pergi bercuti, betul tak?  So, going for a holiday is something that really can help your relationship. “Yes, I love island. Im an island boy who loves island girl” 🙂 I suka sangat beaches… Ahhh…melayang sekejap ke destinasi-destinasi pulau yang pernah bro lawati. Bercuti di kepulauan, memang akan membuatkan kita merasa ketenangan dan rasa cinta pasti melayang beralun…so percutian, mesti letak dalam your to do list. 😉     “One of my hobby…snorkeling!” Kalau dapat snorkel di laut jernih macam great barrier reef tu, baru lah ngam…bersih je, ikan pun cantik-cantik. Kat Malaysia ni, hmm agak keruh dan kelam air nya hehe… tapi Phuket not bad! Phi-phi island tu…but tsunami sudah langgar arrr…ayo wa takut dah nak gi sana 😀 “One thing about me, pulau or not…I will NEVER take chalet” Well, kita pergi bercuti sebab nak kan ketenangan, happy and enjoy so its good to do some saving la barulah percutian kita tu puas hati. Tempat tinggal pun best sikit, resort yang ada air-cond, hot shower, ada swimming pool, lepas tu package dengan barbeque pulak, good food…barulah best. Kalau tak, nak cari ketenangan, yang jumpa kehampaan adoi! 🙂 “Razzi Rahman, yang suka sangat holiday…dah terbakar kulit” 🙂 Well, that’s all guys…my holiday story this time around. So far, I dah cover few places kat you all in my blog ni kan. so make sure you all refer balik all my info. As for me, you all know, I jenis go all out if its for a holiday, even Tanjung Jara Beach Resort 1 ribu a night pun I try…. as long as it makes me feel good! To me, life is about… membawa diri kita kepada satu level dimana kita boleh membahagiakan diri kita sendiri, DEMI untuk kita membahagiakan pasangan kita nanti. Selagi kita belum bahagia, mana mungkin kita dapat membahagiakan orang lain?! So, all the best and good luck…bersungguhlah menghargai diri. p/s : Untuk mengetahui tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih lanjut, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini!  Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Mengapa tak mahu kahwin?

This week, I ada 2 kisah cinta yang sangat menarik untuk you all. Kisah yang bro nak ceritakan kat you all ni, kedua-duanya, hampir sama. Both pasangan telah memberi alasan dan helah yang langsung tidak disedari… Kisah 1 Sometimes ago, I’ve met satu sweet girl ni. I memang interested sangat kat dia. Betul-betul kena dengan taste I lah kira. Baik, sweet, manja dan suka bergurau senda. Kami selalu bergelak ketawa dengan apa sahaja yang kami perbualkan, sehingga kami boleh berbual-bual berjam-jam. Tapi, the problem that we had. Not we lah, me actually. So the problem that I had…dia sudah berpunya. Sudah dimiliki seorang kekasih hati yang katanya sangat menyayanginya dan deeply in love gitu… So, you all mesti wondering why dia asyik melayan I aje kan. Sedangkan dia dah ada boyfriend. Dan walau dia tahu yang I sangat crazy for her, dia terus layan I. We can really be a great couple, memang sehati sejiwa. Cuma…to her, dia hanya mahukan teman di waktu sunyi, sebab…dia sudah berpunya. I pernah tanya dia, “mengapa tak break je dengan mamat yang tak sudah tu. Bukannya dia nak kahwin dengan dia, bukannya dia selalu ada di situ menemani dia. Pernah mengaku yang dia tidak percaya kepada perkahwinan. So, what the hell are you waiting for him lagi?” “It’s not easy, I do really love him so much. Dan dia pun loves me very much too. Tak baik lah jika I minta putuskan perhubungan kami sedangkan dia begitu baik pada I selama ni, cuma dia tak nak kahwin je. Mungkin belum masanya lagi.” So, perkenalan kami berakhir di situ. I memang sayangkan dia. Well, kami masih berkawan tapi tidak seperti biasalah. I pun tak nak hati dan perasaan I terus dipermainkan…I want to search for my happiness and move on! Kisah 2 Last few weeks, a guy called me nak bertanya jika si Razzi Rahman @ Brother Love ni buat personal consultation 🙂 He wanted a sort of Dr Love yang boleh heal kan sakit cinta dia. Well, this is not the first time orang datang bertanya begitu pada I. Cuma, selalunya wanita, this time around, it is a MAN! So, we talked. And I, as usual being a good listener to him or whoever yang mahu meluahkan perasaan, mendengar dengan penuh teliti ceritanya. So, the problem yang dia hadapi pula ialah, pasangan wanitanya yang sudah 4 tahun bersama, TIDAK MAHU kahwin. Well, itu memang unusual problem. Selalunya lelaki yang tak mahu kahwin, kan, ini wanita! So I guess, mungkin sebab dia janda beranak tiga. So, tak heran sangat dengan perkahwinan ni, kut. You all nak tahu apa my advise to him? macam biasalah…because I paling sedih bila seseorang diperdaya tanpa disedarinya. So, “Tinggalkan je dan cari wanita yang mahu berkahwin dengan you je lah.” ….Tapi you all tahu apa dia cakap, “It’s not easy, I do really love her so much. Dan dia pun loves me very much too. Tak baik lah jika I minta putuskan perhubungan kami sedangkan dia begitu baik pada I selama ni, cuma dia tak nak kahwin je. Mungkin belum masanya lagi.” BAMM!!…jawapan dia kat I SAMA dengan my ex gf punya jawapan, sebijik! Hehehe So, You all nampak tak? Bagaimana satu situasi yang merugikan anda, anda menerimanya dengan rela hati kerana cinta anda kepadanya. Sedangkan lama-kelamaan anda yang PASTI menyesal! My opinion & advise :- Kalau pasangan anda tidak mahu kahwin, ia seumpama dia TIDAK MENGHARGAI anda. Dia tidak kisah anda hidup bersentuhan dengannya secara haram. Dia tidak kisah akan maruah keluarga anda. Dia tidak peduli dengan umur anda yang semakin lanjut. Can you imagine betapa ramainya orang susah mencari jodoh apabila umurnya sudah lanjut? SUSAH! Susah sangat. Dan bukankah perkahwinan itu menghalalkan hampir segala-gala yang haram? Jadi, mengapa pula tidak mahu berkahwin? Perkahwinan itu juga membawa rezeki yang melimpah ruah, jadi mengapa nak tolak rezeki? …Melainkan ada agenda lain lah, kan? HATI-HATI dengan tipu daya pasangan anda yang TIDAK MAHU BERKAHWIN. Mungkin apa yang dikatakan, semuanya alasan belaka! Sila fahami alasan-alasan yang biasa digunakan ini :- “I mahu kahwin tetapi ibubapa I tak bagi I kahwin sebab mereka sudah punya pilihan sendiri. “Duit tak cukup lagi, kereta tak ada lagi, rumah pun belum ada.” “Belum bersedia untuk buat komitmen kerana karier tengah naik” “I boleh kahwin dengan you tetapi I tak nak terikat, I mahu bebas melakukan apa sahaja.” “Kita kan dah happy begini, I tak mahu mengubahkan perhubungan kita yang sedang bahagia ini dengan sebuah perkahwinan, takut nanti kita akan selalu bergaduh.” Ini hanyalah sedikit daripada alasan-alasan yang selalu digunakan. Ada banyak lagi helah, tricks, sandiwara yang dipraktikkan supaya mereka tidak perlu berkahwin. Dan selepas alasan-alasan ini pula, mereka dengan sengaja menghilangkan diri, sengaja tak menjawab call, sms, sengaja berkasar, merajuk, buat-buat cepat marah, sentiasa pula menyalahkan anda. PADAHAL, dia mencari alasan untuk berpisah!! So, apakah yang anda boleh pelajari dari pengalaman bro Razzi sendiri ni?… Yang paling simple, apabila pasangan anda mulai memberi berbagai-bagai alasan, itu bermakna dia mencari jalan untuk breaking off. Alasan-alasan pulak semuanya seperti anda yang salah, itu bermakna dia mencari jalan mudah untuk putuskan perhubungan anda berdua. Yang kita ni pulak, pergi rasa kesianlah, pergi rasa bersalah untuk dia lah. Kita pula yang jadi lemah untuk dia. Kita pula yang memberi alasan untuk dia. Sedangkan dia dalam proses mengecewakan kita beb!! 🙁 Jadi, my advise …be sensitive dengan tindakan your partner. Kenali cara kebiasaannya dengan cara luar biasanya. After that, be in control of your life NOT just waiting for your hukuman gantung diri sendiri, ok?! Good Luck! ~ Untuk mendapatkan tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih romantik lagi, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini!  Brother Love menjawab segala masalah cinta anda di dalam ebuku ini! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Cara 31 : Jadi Wanita Eksklusif

(Tip & Cara ini adalah sedikit dari petikan  ebuku Cinta Razzi Rahman @ Brother Love yang TERBARU : 101 cara “How to keep Your Man!”) Apa pendapat anda sendiri sekiranya anda melihat seorang wanita yang berpangkat tinggi atau menjawat jawatan executive? Begitu eksklusif sekali kan cara penampilannya. Anda tengok pun gerun dan mungkin begitu hormat sekali kepadanya. Kena pulak, dia yang berjawatan tinggi tetapi begitu merendah diri pula, bertambah lagilah sanjungan anda kepadanya. Apatah lagi lelaki sekeliling yang memandangnya.  😉 Wanita seperti ini pastinya akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat sekeliling, cuma jangan sombong dan bongkak sudahlah…kalau jenis menyombong tu, walau jutawan sekali pun langsung tiada siapa yang nak pandang! So, bolehkah anda jadi seorang wanita eksklusif dan menjadi pujaan ramai? disanjung dan dihormati ramai lelaki? Jika anda sememangnya seorang yang eksklusif, mungkin mudah untuk anda lakukan, tambah pula anda adalah seorang executive di syarikat besar. Tetapi, bagaimana jika anda bukan siapa-siapa? Hanya seorang wanita biasa, atau seorang gadis yang tak berkerja, atau bekerja sebagai kerani biasa. Boleh ke? JOM BINCANG! ~ Untuk mendapatkan tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih romantik lagi, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini!  Brother Love menjawab segala masalah cinta anda di dalam ebuku ini! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Rasa, “TIDAK SELAMAT”

 (Tip & Cara ini adalah sedikit dari petikan  ebuku Cinta Razzi Rahman @ Brother Love yang TERBARU : 101 cara “How to keep Your Man!”) Secara psikologinya, lelaki akan merasa wanita adalah milik mereka jika wanita itu selalu melafazkan cinta dan sayang. Sebaliknya, untuk memiliki lelaki yang setia…anda perlu buatkan dia rasa TIDAK SELAMAT. Masalahnya, 😀 wanita …apabila sudah cinta, “I love you, I rindu you…you rindu tak kat I? you sayang I tak?” Lepas tu asyik call setiap 10minit, sms 20 kali sehari! Kira fahamlah tu, minah tu tengah gila kat dia lah tu haaa…kan dah tersengih, bro tahu mesti you buat macam tu punya betul tak…hehe apa daa Ini membuatkan pasangan anda amat yakin anda milik dia. Apabila dia begitu yakin anda miliknya, lelaki akan mulai merasa selamat dan lama-kelamaan akan merasa bosan. Kebiasaan lelaki yang boleh bertahan lama berada dalam sesebuah perhubungan ialah apabila mereka tidak yakin yang mereka akan terus memiliki anda atau kemungkinan mereka akan kehilangan anda. Dalam erti kata lain, lelaki merasa agak kurang selamat membiarkan anda. Jadi, mereka akan selalu berjaga-jaga dan mengharapkan curahan cinta yang lebih dari anda. Kurangkan melafaz kata-kata cinta, kurangkan nak berdating, jangan call jika tak penting, sms pun pendek-pendek je…mahal-mahal sikit. Ini mempastikan penjagaan perhubungan anda agar lebih berpanjangan. Tapi jangan tak cakap langsung pulak…lari pulak dia nanti hehehe 😉 Untuk mendapatkan tip & cara menjaga pasangan lelaki anda dengan lebih romantik, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Kehebatan Wanita Zaman ini!

Sesungguhnya, hebat-hebat wanita zaman ini…dah susah nak cari yang single dah, yang bujang tu ramai la, BUT NOT available laa… hehe 🙂 Yang masih available tu memang susah. Selalunya, orang punya daaa! Namun walau hebat, walau berilmu, walau claim yang dia pandai menjaga suami, kekasih, boyfriend, hakikatnya ramai yang tersandung… rebah tersungkur berciciran. Ramai yang dikecewakan lelaki. Yang sudah berkahwin pula, ramai yang bercerai… RAMAI SANGAT! Semuanya adalah kerana terlalu percaya, terlalu yakin dan pastinya merasakan yang mereka saling cinta, sayang menyayangi. Sedar-sedar, si lelaki entah hilang kemana, sms tak berbalas, panggilan telefon tak berjawab, ym, msn, icq, im…apa sahaja bentuk hubungan…langsung tidak mendapat respon. GHAIB! Hebat-hebat lelaki zaman sekarang ni, pandai magic! Bila masa duk tergila-gila, bila nak sangat dan masih ‘tidak dapat’, boleh muncul di segenap penjuru, timbul dari ceruk mana sekali pun. Tapi bila dah bosan, ada kasih yang lain, inginkan kebebasan kembali, dah kecapi madunya…apa lagi ghaiblah dia. Yang merana…kaum wanita!…issshhh…kejam betul kaum lelaki ni ya! ALAMAK bro ni pun lelaki jugak ni. 😛 Brother Love pasti anda dari wanita golongan-golongan ini, atau paling tidak, pernah merasa ditinggalkan, dikecewakan, pasangan berlaku curang, pasangan hambar, tutur kata berubah kasar, tidak dimanja lagi atau pun hidup dalam tertanya-tanya samada si dia ada kasih yang lain atau tidak! Betul tak? …hehehe, sorilah bro agak-agak je. Sekali terkena pulak ya. Kesian kat you…that’s why bro tulis ebuku 101 cara “How to keep your man” tu 😉 Anyway, ramai pasangan bercinta rela berubah apabila sudah serius dalam cinta ataupun apabila sudah berumahtangga. Baguslah perubahan dilakukan demi kebahagiaan bersama. Nabi Muhammad s.a.w pun menyeru umatnya melakukan hijrah (perubahan) dalam diri untuk kehidupan yang lebih baik! Ramai juga yang tahu mereka patut berusaha atau berubah kearah yang lebih baik…tetapi tidak bertenaga atau kurang bersemangat untuk melakukannya. Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan perubahan itu ingatlah pesanan bro yang amat penting ini, “Berubah kerana mahu bercinta adalah jauh lebih baik daripada mahu berubah kerana cinta!” Untuk itu, anda perlu ketahui 101 cara memikat pasangan anda, menambahkan sayangnya pada anda, membahagiakan anda berdua. Dapatkan 101 cara how to keep your man hari ini, klik di sini sekarang!  Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor