Cinta palsu ‘Mat Salih’
Begitulah tajuk berita Harian Metro 5 ogos 09, tulisan Mohd Jamilul Anbia. Terpesona pulak Bro Razzi membaca berita ini. Bagaimana wanita-wanita tempatan kita begitu ramai tertipu, terjerat dan terperangkap dengan ‘orang luar’ “Hanya hadiah ini dapatku berikan…sebentuk cincin tanda perkahwinan, rantai leher emas untuk mu dan jambangan bunga mawar di samping wang tunai 10,000 pound sterling (Rm60,000) buat kekasih hatiku yang satu” Begitulah antara ungkapan manis di dalam paper ni, akan mat-mat siber konon asal dari luar negara ini. Seperti yang kata-kata manis diatas, ianya bermula dari chatting. Beribu laman web chatting nowadays. Dan setelah sekian lama mengayat, wanita-wanita ini terus terpedaya dan terpikat dengan mereka, apatah lagi mereka berbangsa asing, gambar yang diberi pun kemain handsome lagi, padahal gambar entah sapa-sapa. Ramai jugalah yang I jumpa jenis wanita-wanita sebegini yang bila dengar nama Razzi, Syukri, Mohd Azman, Zul, huhhh!…tak layan punya, mereka hanya melayan yang nickname dia sounded hebat gitu…dan kemain grand lagi la kan. Contohnya, Brat Pitt pun ada, Tommy, Johnny, Shaun, Steve …walhal nama sebenarnya? Ah Bah Yoh mee – asal – Nigeria Chan doo – asal – Kenya, Tanzania Mah Dohn Goh – asal – Uganda Nia chan leong – asal – Tanah besar Cina Setelah setiap malam berchatting, bercinta di alam siber…wanita-wanita ini siap berbangga lagi. Kononnya boyfriend dia orang ni ‘Mat Salih’ dan kaya raya…lepas tu siap tunjuk kat keluarga dan kawan-kawan rupa boyfriend dia yang tidak pernah berjumpa tu…konon-kononnya mengajak kahwin…dan dia pula bakal menerima berbagai-bagai pemberian mewah untuk persediaan perkahwinan. As usual, penipuan cinta palsu ni akan dimulakan dengan memberi BAYANGAN harta, wang ringgit yang BANYAK bakal diterima oleh wanita yang ditipu itu. Kemudian apabila wanita itu begitu percaya, MALASAH timbul pada last minute konon-konon 2 contoh :- Barangan mewah beratus ribu nilainya yang dihantar tersangkut di kastam, jadi wanita itu kena tolong bayarkan dulu charge kastam. 10 kotak wang asing berjumpah 10 juta usd terpaksa di bank in kan dulu ke dalam akaun wanita itu. Tetapi, untuk menukarkan ke wang ringgit Malaysia, wanita itu kena masukkan dulu wang ringgit 10 ribu. Persoalannya : Macamana laaa wanita-wanita tempatan ini, punya cepat percaya? …terpedaya dengan penipuan yang jelas mengarut, kemudian mereka menjadi bongok dan bodoh serta rela mengeluarkan duit, beribu-ribu ringgit untuk membantu lelaki yang langsung tidak dikenalinya? Kemudian berkali-kali mengulangi pembayaran itu dan ini hanya kerana ingin berkahwin dengan lelaki mat salih, atau lelaki asing, all in all because dijanjikan dengan harta dan wang ringgit??… Kita ni, biarlah hidup dalam realiti sikit, jangan berkhayal menjadi Puteri Raja dan berkahwin dengan lelaki luar negara, jangan pula bermimpi di siang hari mengharap berkahwin dengan orang kaya…orang berharta…lelaki dari keluarga orang berada je dik… For your info : Dari pengalaman kawan-kawan I, kata mereka, kulit Mat salih BUSUK! Kalau dia orang tak mandi…habislah dari jauh pun dah berbau. Kalau yang pernah bercinta dengan Cina pula, kulit mereka juga berbau dan kasar. Mungkin hasil dari pemakanan khinzir…. So, kalau macam ni, jauh lebih baik bangsa kita lah, kan. …TAPI kalau nak cakap pasal kehidupan, percintaan…it’s almost the same. Lebih kurang sama saja…tak ada lebih dia. Sama je. Mat salih punya jeles …SAMA! romantik…SAMA, Curang…pun SAMA! I know, because my ex British girl, Cindy nama dia… sekejap je la bercinta dengan I 😛 Apa pendapat anda jika I kata : Ada lebih baik bersama dengan lelaki atau wanita yang tidak kaya TETAPI, mempunyai ilmu, punya semangat jitu untuk berjaya dan pendirian yang tetap dalam menghadapi masa depan. Then lagi best, sama-sama berusaha ke arah kejayaan, bersama-sama berjaya, bersama-sama menjadi kaya, as a couple ITU LEBIH BERMAKNA! Please lah beb, untuk berjaya dan menjadi kaya…TIADA jalan singkat! It’s HARD WORK! Usaha dan terus berusaha. InsyaAllah, Tuhan akan restu pekerjaan kita dan mengekalkan hubungan cinta yang terjalin. Lawati http://www.notacinta.com untuk mendapatkan berbagai-bagai tip motivasi cinta dari : Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
10 tips menjadi “A GOOD DATE”
Di dalam dating, kesilapan lelaki mau pun wanita, yang selalu berlaku adalah, kita ingat dan rasa masa kita dating first time hari tu, HEBAT, Interesting or even great! So, apabila kita dah TIDAK berpeluang untuk keluar date dengan the same person lagi…atau pasangan yang kita minat that date dengan kita hari tu dah tak jawb call atau tak return call…kita wondering, eh pasal apa ni? what did i do wrong? “Masa dating hari tu best je…kita ketawa bersama…enjoy betul!” Hati-hati…mungkin yang enjoy betul itu hanya anda seorang sahaja, yang sebenarnya pasangan anda langsung tidak terhibur malah boring pula. Jadi, adakah kita boleh tahu dia suka atau tidak sedari awal? Melalui pengalaman lama mungkin anda dapat mengagak. Tetapi sekiranya, kita agak kurang pengalaman…ada lebih kita careful dengan cara dating kita itu… Alright, here are some good tips untuk menjadi pasangan dating yang baik, and hopefully a great one! :- 1. Senyum – Yes, senyum itu penting! Tengok Brother Love ni, asyik senyum je haaa, yang tak berapa hensem pun nampak macam manis je. Jumpa orang senyum je, keluar dating pun senyum je. Orang cakap apa ke benda pun senyum je hahaha…Seriously, memberi senyuman setiap masa kepada pasangan anda yang pertama kali keluar dengan anda itu, pasti akan membuatkan dia merasa selesa dan bagai dihargai. You senyum means, you suka lah keluar dengan dia kan? So, melekat je la dia kat muka you yang duk tersenyum tu. 😉 2. Berbual – Jangan bercakap terlalu banyak, instead…banyakkan mendengar. Tanyakan soalan yang boleh membuatkan dia bercerita. Tunjukkan anda berminat dengan cerita dia walaupun ia membosankan hehe…Ketawa dengan jokes dia walaupun ianya tidak kelakar sangat. Jangan pula anda menguap, sampai berair mata tu hehehe 😆 Instead, renungkan ke matanya dan lihat straight. JANGAN…sekali lagi, JANGAN sibuk nak bercerita kejayaan anda, kecuali jika ditanya. Jadikan diri anda agak lebih misteri dan biarkan dia tahu slowly…yang penting tahu diri dia, lebih. 3. Topik – Ingat, tontoni berita di tv sebelum keluar date atau baca newspaper. So anda lengkap dengan berita semasa. At least topik apa yang orang perbualkan anda juga boleh turut memperkatakan sesuatu. Yang penting apabila ilmu pengetahuan penuh di dada, anda pastinya dapat memulakan topik perbualan yang lebih menarik dan in trend! ALSO, paling penting…cari topik apa yang boleh ada kena mengena dengan pasangan anda. Sesuatu yang boleh relate to her/him …yang dia juga merasakan sama seperti you all rasa. Tak tahu? pasang spy laaa, investigate dia dulu before dating! 🙂 4. Perfume – Jangan pula keluar dating hapak je bau badan, hangit je ketiak tu…adoi 😛 Ramai tau macam ni. Aroma, bau-bauan, pewangi…ini penting! Kena bijak memilih bau yang agak selesa dan damai serta menyegarkan. Jangan sesekali menggunakan perfume yang heavy dan memedihkan hidung bila memakainya. Buatkan biar ia lighter baunya… Ini sesetengah tu kan, naaaa…spray habis seluruh tubuh, baju dan seluar. ADOI! A good perfume ni, cara dia…you spray ke hadapan you kemudian you berjalan merentas perfume yang you spray tadi…kira you kena baunya TIDAK direct!…barulah dia lighter…pasangan anda sure bertambah minat punyalah. 5. Pakaian – Baru-baru ni ada sorang lelaki ni tanya I pasal apa dia susah dapat awek… – Lu pakai baju pun kotor, seluar pun berbau busuk, macamana nak dapat girlfriend? Bukan nak suruh pakai yang branded! But at least presentable la kan. Pakaian yang bersih. Pakai smart sikit, kemas. Kalau nak rugged tu biar mengikut trend yang menarik dipandang orang. Barulah boleh keluar dating, dan pasangan kita pun bangga je berjalan dengan kita kan. Kalau wanita pun sama, kena smart sikit dan lebih santai la…seksi okay, tapi jangan seksa, terbongkah sana-sini… itu anda memberi sign kat dahi anda that you’re EASY! 6. Pertanyaan – Memberi soalan atau bertanyakan soalan tu, biarlah yang mudah untuk dijawabnya. Soalan yang dia tidak takut untk menjawab. Ini sesetengah tu kan, siap paksa-paksa lagi suruh jawab. “Jawablaa… jawablaa… beritahulaa, kalau tidak tak nak cakap dah” Adoi…boring tu beb. Tanyalah perkara-perkara biasa seperti hobi dia ke, minat muzik berentak bagaimana, filem atau drama apa yang selalu ditontonnya ke…simple things. Avoid complicated things or any about her/his past, its a Double NO! 7. Suara – Control beb! Pertama kali dating ni isshhh…suara tu perlahan sikit, kalau ketawa pun tutup mulut sikit. Sesetengah orang tu kan, ketawa punya lah kuat, bercakap pun kuat…sebabnya nak tarik perhatian orang. Nampak sangat desperado beb! Jangan nampak trying too much…So avoid dari bercakap kuat. Bercakap biar suara tu lembut, segar…baru lah semua orang bertambah minat dengan kita. Romantik boleh, tapi please, tak perlu nak buat suara manja-manja…baru 1st date ni, relaxxx… 8. Memuji – Ini adalah satu perkara wajib! hehe, pujilah mata dia ke, or rambut…or even his/her shoes. TAPI, jangan asyik memuji macam segala-gala dalam dunia ini tidak lebih daripadanya pula. Puji sekali dua…then concentrate on it. Sebagai contoh, puji kasutnya lawa. Then you boleh tanya, “beli kat mana? …diperbuat dari apa? Jangan pula puji, “Kasut you lawa la, baju you pun cantik, seluar you lagi kelas, mata you ayu betul, rambut you ikal mayang fulamak…” Oi! tak real la wei… 😆 9. Where to go – Menonton wayang sounded seperti a great lovers place right? WRONG! Kalau boring untuk bercakap boleh pergi tengok wayang 🙂 Nak tengok muka pun gelap je. Jadi, mana ada masa untuk enjoy dating tu? But it is a part of the outing or dating la. Tempat utama you should starts with is a CAFE! Orang ingat, meet up or go for a drink ni macam kawan biasa punya tempat…Noooo, that’s where lelaki dan wanita sama-sama mengayat begins. You boleh bertentang mata, you ada banyak masa bersama, baru happening. Cari Cafe yang lebih cozy, nyaman…kurang orang pergi. Here is where you can make jokes and laugh together. Boleh betul-betul get to know each other… 10. Menggatal – PERLU tetapi sedikit-sedikit sudahlah. Menggatal doesnt have to be kena pegang-pegang. Bercerita tentang cerita sex jokes tu pun kira macam menggatal la jugak. Kalau partner you ketawa…its a bonus. Kalau tak tu, you kena cari jalan lain. Ada 2 cara lagi, ONE : cuba buat-buat bercakap tentang hebatnya atau cantiknya body
Kisah Cinta Si Buta
“At First Sight” begitulah tajuk movie yang Bro Razzi tengok semalam. Very interesting dan agak memilukan juga. Sebuah kisah cinta err… BUKAN cinta buta, tetapi Cinta Si Buta 🙂 Virgil Adamson (Val Kilmer), adalah seorang lelaki buta yang begitu bijak menjalani hidup seharian seperti seorang lelaki biasa walaupun dia buta. Kehidupannya yang cukup menarik telah membuatkan Amy (Mira Sorvino) seorang gadis dari New York, begitu terpesona dengannya dan merasa begitu pelik seorang yang buta sepertinya boleh menjalani hidup seperti seorang yang normal, seolah-olah dia langsung tidak buta. Lama-kelamaan, persahabatan mereka telah bertukar menjadi satu percintaan! Masing-masing begitu menyayangi sesama sendiri dan saling ingin memberi yang terbaik. Tetapi, Amy yang tersangat cintakan Virgil, merasakan dia perlu melakukan sesuatu agar Virgil dapat melihat semula… Amy ingin cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan memperkenalkannya kepada doktor pakar bedah mata. Kerana cintakan Amy, Virgil yang sememangnya sudah selesa dengan dirinya buta, telah bersetuju untuk melakukan pembedahan itu. Dan akhirnya, dia dapat melihat semula dan berpindah ke NewYork. Di New York, Amy sekali cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan cuba memberi kehidupan yang lebih tinggi tarafnya kepada lelaki itu dan membawanya ke party-party dan memperkenalkan kehidupan ahli perniagaan yang jauh berbeza daripada kehidupan Virgil di kampung yang biasa di laluinya. Di saat ini, Virgil dapat merasakan itu semua bukanlah dirinya. Buta atau Celik bukanlah yang menjadi keutamaannya. Tetapi, keselesaan dan kebahagiaan hidup sederhana itu sahaja yang diingininya. Mereka akhirnya berpisah kerana tidak sehaluan. Dan penyakit retina mata Virgil kembali menyerang hinggalah dia kembali buta. Ceritanya ini happy ending actually, Amy menyedari kesilapannya yang cuba MENGUBAH nasib dan kehidupan kekasihnya. Virgil lelaki buta, pulang semula ke New York kerana cintakan Amy dan bekerja di pusat asuhan kanak-kanak buta. Akhirnya, Amy menerima Virgil dengan seadanya… Ada satu soalan yang bro Razzi ingin ajukan kepada anda semua, “Mengapa anda suka menegur? dan selalu berfikir yang kehidupan orang lain itu tidak sehebat kehidupan anda. Lalu anda cuba mengubahnya. Mengapa?” Seperti dalam movie ini, bukankah Amy jatuh cinta dengan Virgil yang buta dan penuh sederhana? Mengapa mesti dia cuba untuk mengubahnya? Sedangkan Virgil sudah cukup bahagia, malah Amy pun juga sedari awal lagi, sudah bahagia dengan keadaan Virgil yang buta dan hanya seorang lelaki kampung! Treasure the moment that you and your loved ones spend together with love, happiness and tenderness BUKAN sibuk nak menegur pasangan anda, sibuk nak membetulkan orang, nak mengkritik pasangan, …asyik fikir orang tak bagus, dia aje yang bagus…of all you know, You yang sebenarnya tak bagus, you yang sebenarnya tidak berjaya! Malah you yang banyak tak betul!!… Apabila setiap perkara nak ditegur, nak kritik, nak diperbetulkan, masa anda untuk happy-happy dah limited, masa untuk bergurau senda dengan yang tersayang juga terbuang begitu sahaja. Yang tinggal hanya KEBOSANAN dari sikap anda yang sentiasa fikir anda betul dan semua orang lain tak betul… Jika anda terus mengamalkan sikap sebegini, …at the end of the day, pastinya tinggallah anda keseorangan diri kerana tiada siapa lagi yang ingin menjadi kawan anda jauh sekali kekasih… Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Percintaan Jarak Jauh…
Ramai yang telah lama meminta saya menulis tentang Long Distance Relationship atau PJJ ni. Bukan Bro Razzi tak nak tulis, tetapi takut ada pula yang berkecil hati. Kut-kut apa yang diperkatakan dari pengalaman saya dan dari pandangan dan pendapat brother love, tidak sebagaimana yang diharapkan… But today, mungkin keharuan biru yang sedikit mengguris di hati menggerakkan tangan ini bagai mahu mengukir barang sebaris dua sentuhan listrik, hempedu jiwa yang meronta-ronta hilai ketawa yang penuh dengan lakonan semata. Heavy stuff, what i’ve just said…anyway, personally… I HATE, I repeat…I hate long distance relationship! No one in the right mind would go for this kind of relationship. Tapi, seperti banyak yang berlaku, contohnya, Jatuh cinta dengan suami orang…bukan mahu, kalau boleh tak nak…tetapi, terjatuh jua. Jatuh cinta dengan dia yang berada jauh…bukan mahu, kalau boleh tak nak…tetapi, terjatuh jua. Apa kita boleh buat, kan? So, TAK SALAH menjalani perhubungan Percintaan Jarak Jauh, juga TAK SALAH percintaan dengan suami orang TAPI ini lain topik, kita bincang next week 🙂 Kalau kita lihat, orang bercinta yang selalu berjumpa, yang senang bersama, tempat tinggal pun dalam KL je, kira sama-sama dekat lah tu kan….PUN, mempunyai masalah curang, tidak sependapat, tidak serasi, berkelahi, ibu bapa tidak dapat terima…SO, tiada banyak bezanya actually… BUT… The chances to happen, the risk ….sure lah lebih kepada yang berada jauh tu :- Bila berjauhan, banyak masa terluang seorang diri jadi mudah kesunyian…mudah pula untuk diisi kesunyian itu oleh orang lain yang berada berdekatan. Bila berjauhan, fikiran juga turut melayang memikirkan yang bukan-bukan. Bila berjauhan, cinta mudah luntur bila tiada yang dapat menahan rayuan dari hantu dan syaitan yang bertopeng manusia. Hehehe 😀 Well, kalau nak cakap bahaya bila berjauhan ni memang banyak la kan. So lebih baik kita fokus kepada apa yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah Percintaan Jarak Jauh! 1. ~ First sekali, sekarang ni dah zaman high technology…kita jangan ketinggalan! Kita sekarang dah ada web cam yang mana kita boleh buat Video Conference…which is bercakap, sambil tengok wajah kekasih lagi kat laptop tu kan. 2. ~ Dunia hari ini juga mempunyai hand phone 3g yang juga boleh bercakap sambil melihat wajah kekasih. So, setiap hari, setiap malam mengadap benda tu je lah…barulah terasa dekat dengan yang tersayang, betul tak? 3. ~ Anda juga boleh amalkan Yahoo messenger which is, tak boleh percaya sangat tetapi boleh menahan kekasih anda dari pergi kemana-mana di waktu berjauhan ni hahaha… chatting je lah kerja anda dan dia 24-7 …mampuih, apa kerja pun tak terbuat! 4. ~ You all juga perlu kan kepercayaan lebih dari percintaan biasa…kalau tidak, asyik bergaduh je lah. Buang masa tul! 5. ~ Tidak boleh tidak…you all mesti melawat each other. Mesti berjumpa!! …kalau berbulan asyik main kut online, itu macam tak ada perhubungan cinta dah tu. At least once a week…jumpa! So, kalau kesemua perkara ni anda amalkan dengan yang tersayang di waktu bercinta jarak jauh ni, mungkin perhubungan anda akan kekal lama. Tetapi, my advise…always prepare for the worst time. Especially bila, tunggu-tunggu kat YM, dia tak muncul-muncul. Kat webcam, dia tak online…call tak jawab…sms pun berhari-hari diam, so be strong… Itu adalah tanda-tanda yang dia tidak berminat atau sudah tidak menghargai perhubungan itu lagi. It’s okay though, at least you tahu yang dia bukanlah orang yang baik untuk you dan you tahu dia tidak menghormati perasaan you…which is to me, things yang you kena expected it akan berlaku apabila berjauhan. My personal advise, lebih baik bersama orang yang tinggal berdekatan dengan you yang you boleh reach dia bila-bila masa pun. Daripada you nak duduk menunggu dia yang jauh…duk fikir macam-macam, duk ingat dia duk buat jahat dengan orang lain, duk merana seorang diri…adoi, buang masa je lah kan…but, it’s all up to you… As I said earlier, yang dekat pun boleh juga berlaku the same… kat YM, dia tak muncul-muncul. Kat webcam, dia tak online…call tak jawab…sms pun berhari-hari diam. Cuma yang jauh ni lagi mudah berlaku… so tok sah nak pening-pening, yang dekat, ramai!! 😆 So to all of you out there….All the best for those having a long distance relationship. May you succeeded together to the end 😉 “Untuk you yang I selalu sayangi, telah berkali I katakan…this life is too short to be grieving over the spilt milk! Have fun while you still can, fill in our life with all the joy! Penuhilah hidup you dengan kegembiraan, sayang…tak perlu nak sedih-sedih, nak pening-pening, rasa serba salah, bingung…just enjoy the moment babe!” Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Luahkan kesedihan anda…
Minggu ini, apa kata instead of bro memberi tips cinta dan pelbagai panduan relationship, teringin pula rasanya bro mendengar LUAHAN RASA anda! 😛 You know, ini juga salah satu cara menghilangkan tension tau…kira macam bro buka ruangan “Melepas geram kat kekasih” lah….khas untuk semua pengunjung blog Brother Love. Anda tidak perlu memberi nama anda yang sebenar (nak bagi, lagi bagus) . Anda juga tidak perlu nak cover-cover…tulislah apa saja kisah sedih anda, rasa geram anda, ceritalah panjang mana pun…, no hal! bro bagi peluang kali ni 😉 Kalau nak minta pendapat sesama kita pun boleh, kalau saja-saja nak luahkan segala kesedihan anda juga boleh. Nak berkongsi pengalaman pahit pun cantik gak. Anything yang you all suka… Kalau nak menolong, membantu mereka yang dalam kebingungan, keresahan, kesedihan…bro amatlah alu-alukan. Ok Jom, sembang-sembang sesama kita dan bincang-bincang!!
Razzi.Muzik – New updates
Kepada bloggers bro Razzi yang mungkin ketinggalan mengikuti perkembangan band saya, Razzi.Muzik, kami ada beberapa updates untuk you all check it out. Sebagaimana yang ramai tahu, Razzi Muzik adalah sebuah Rock Indie Band. Sejak sebulan yang lalu banyak perkembangan terbaru sebenarnya. So to all Razzi.Muzik fan, dan kawan-kawan semua here are the list :- Sudah 8 lagu telah siap dirakamkan khas untuk album penuh kami yang berkonsepkan Rock easy listening. Ada 2 lagu sahaja lagi yang perlu disiapkan. Kemungkinan album ini akan berada di pasaran selepas Hari Raya Aidil Fitri. 2 buah lagu lama nyanyian Bro Razzi dari album pertama dulu telah dirakamkan semula, yang bertajuk REMBULAN KESIANGAN & SYAKILA. Kedua-dua lagu ini juga telah siap, Rembulan kesiangan mendapat sentuhan rock alternatif dan Syakila pula dibuat secara versi akustik. So, kalau sesiapa yang tak minat rock tu… susah sikit ler. Kedua-dua lagu lama yang dirakamkan semula ini juga telah mendapat peluang untuk merakamkan VIDEO CLIP dan akan ditayangkan di Channel Astro 180 – Di dalam program Muzik Aktif . Sama-samalah kita tontonnya tidak lama lagi. Hehe, kami pun belum tengok lagi…berdebar-debar juga 🙂 Anda juga boleh menonton salah satu video clip kami yang di dedikasikan di atas perjuangan di Palestine. Lagu & Lirik ciptaan Irfan Khairi – Voices In you (Voice of gaza) – klik di sini. Kepada semua yang meminati untuk mengumpul WALLPAPER, kami juga telah menyediakan 9 koleksi menarik untuk anda. Sila klik di sini >> http://www.razzimuzik.com dan (scroll down to wallpaper.) Anda juga boleh mendengar beberapa buah ‘demo’ lagu kami di official website Razzi.Muzik. Dengar banyak-banyak kali dulu baru komen boleh? Biar dah serasi dengan jiwa dulu 🙂 Klik di sini >> www.razzimuzik.com (klik image untuk ke page mendengar) 2 buah lagu percuma juga masih tetap disediakan. Anda boleh download ke komputer anda hari ini! Klik di sini Untuk mendekatkan diri kami kepada you all, kami juga menyediakan FAN PAGE di Facebook & MUSIC PAGE di My space. Jadi, anda boleh jadi fan & friends kami di sana, just open facebook or myspace and search RAZZIMUZIK 😉 p/s : Bro Razzi juga telah menciptakan sebuah lagu sendiri buat pertama kali…yang bertajuk ‘Misteri Cinta’…tungguuuu Ikhlas dari, Razzi Rahman & Irfan Khairiinfo@razzimuzik.com
Break-ups!
Break-ups? In my humble opinion, hampir semua orang pernah laluinya dan pasti akan melalui ‘breaking up’ or orang Jepun kata, ‘mei honggo dochera made asoka kondayo gozaimass’ …maksud dia, putus cinta lah tu 😀 Bukan kita nak minta perkara itu berlaku, tetapi at least sekali… kita merasakannya, itu cukup bagus! It gives us experience yang tidak dapat kita belajar di mana-mana. Cuma some of us, selalunya tidak belajar dari kegagalan itu. To me, Tuhan buatkan kegagalan cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kesilapan dan kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna atau lebih berpengetahuan. Dan dari break ups itu, kita boleh pula berkongsi pengalaman dengan orang lain, kan? “So, kita tak perlu bersedih di atas break-ups itu!” Sama juga, bila sesebuah perkahwinan yang melalui perceraian… Tuhan buatkan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah, dan bahagia bersama orang lain yang lebih berhak! Itulah pengajarannya. Jadi sekali lagi… “Kita tak perlu bersedih di atas break-ups itu!” Ada satu kisah artis… warning : “Jangan fokus kepada kisah panas itu tetapi fokus kepada outcome of the story” Semalam semasa saya menghadiri wedding receptions for my niece Catriona Ross. Ada lah satu couple artis ni. I tengok dia orang cukup bahagia… dan artis lelaki ni sangat baik dan lucu orangnya. Tak perlulah I cakap siapa artis lelaki itu, because, kes dia ni semua orang tahu… Yang nak ceritanya, wife dia sekarang tu actually dulu masa jadi pelakon, pernah dibela suami kawan baik I sendiri. Seorang lelaki tua yang kaya. Sangat kaya, lebih kaya dari Datuk yang kahwin dengan artis popular tu. Kereta mewah, kondominium dan berbagai-bagai hadiah mahal pernah dihadiahkannya. My friend pun datang jumpa dia, tapi sungguh sedih sekali…artis wanita ni tak mahu back off …tetap nak main juga dengan suami my friend ni. Fuhhh!, punyalah sombong dan jahat! Anyway, setelah dia berjumpa dengan artis lelaki yang tengah dalam proses di saman ini, artis wanita ini berubah menjadi baik, bercinta dengannya dan setia. Mereka berkahwin dan bahagia hingga sekarang! …so wonder tak?, lelaki yang baik ini bercerai, kemudian dapat seorang wanita yang tidak baik! Apakah outcome of this break-ups? There are saying, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” To me, itu bukanlah maksud yang sebenar! NOPE!!…to me maksud di sebalik ayat itu adalah, “Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!” Kerana, seperti break-ups yang Tuhan buatkan itu, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Thats why, seperti kisah artis lelaki itu…Dia seorang yang baik, bercerai, kemudian dapat yang tidak baik tetapi dia belajar membimbingnya menjadi baik atau yang tidak baik itu mahu berubah, maka barulah caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan, betul tak? So, break-ups, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman agar kita dapat membantu sesama insan lain. Yang paling penting, – apabila berlaku break-ups, putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, “Setiap perpisahan pasti ada pertemuan, setiap kegagalan pasti ada kejayaan!” ….dan itu adalah satu ciptaan Tuhan yang maha agung, – which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! 😉 Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com – ketahui lebih lanjut tentang ebuku cinta Razzi Rahman di sini.
Apa yang buat Orang Jatuh Cinta?
Im very sure you all punya jawapan is cliché. Sebabnya — “lawa, cantik, hemsem, body solid, barang baik all those thing la kan?” 😛 …so all that adalah yang membuatkan orang boleh jatuh cinta? It maybe…tapi, you all pernah tengok tak odd couple? Yang lelaki punya gemuk, yang girl cute slim. Yang lelaki hemsem, yang girl hitam legam, hangus. Yang girl putih melepak, yang lelaki pulak hitam legam? Haaa…I’m seriously met them, coz they are my friends. I know them! 😉 So, apa yang menarik perhatian mereka sehingga tidak memikirkan sebab-sebab cliche tadi? What they told me, :- “Kalau lawa or hemsen sangat, nanti orang kebas!” “tak tahu mengapa minat yang hitam!” “Gemuk dia tu buatkan dia nampak cute.” “Kalau lelaki putih nampak tak macho.” Hah, ambik kau…hahaha macam-macam jawapan dia orang ni, ingat yang hemsem dan lawa je boleh menarik orang jatuh cinta? Yang sebaliknya pun boleh tau 😆 Alright, untuk you all punya reference, all those answers by the couples, to me itu hanya lah sekadar jawapan spontan yang mereka tidak fikir pun sebenarnya. The actual fact is, kata Psychologist Mark Kristal from the University of Buffalo, USA, “There are several types of chemistry required in romantic relationships” – Ada beberapa jenis chemistry atau rasa getaran atau magic atau karan letrik statik yang boleh menarik seseorang untuk jatuh cinta :- 1.BAU-BAUAN – Yes, sesetengah dari kita suka bau-bauan dari bunga, something like roses ke. Dari bau bunga ni masing-masing boleh khayal dalam cinta. Some of them pulak, dari wangian lavender. Sekali the girl memakai wangian lavender, so yang hitam legam pun sudah tidak menjadi persoalan. Some girls pulak, suka dengan bau badan lelaki… kadang-kadang, bau badan lelaki ni punyalah amat busuk, tetapi to his girl…yang ketiak busuk itulah menjadi kegemaran hiduannya…haaaa…tu yang duk panggil “My Buchuk!” 2.NAFSU – Haa, ini susah nak cakap, tak boleh nak diajar. Ianya ada di dalam diri masing-masing. Bukan minta naik nafsu pun, tetiba je bila kita berdiri depan dia yang kita tak suka pun, mulai nafas terlemas-lemas, tersekat-sekat…breathless. Tak buat apa pun…hanya bertentang mata, senyum…that’s all. Terus berderau darah, orang Kelantan kata, “Marhi raso rrhhaaaaaa!!!” huhuhu…tak cantik ke, tak hemsem ke…semua bertukar jadi MANIS! 3.OTAK – Ini bersangkut dengan hormon dalam diri. Hormon akan memberitahu bahan kimia yang ada dalam badan ni tak serasi dengan dia ni tetapi selesa dengan yang itu. Apa nak buat? Otak dah rekomen macam tu…hati surely terima lah kan. So, apa yang penting bro razzi nak cakap di sini, sebab selalu sangat orang bertanya, “Mengapa dia tidak cinta saya lagi, or dia tak nak kat saya ke? Or Macamana nak buat dia jatuh cinta dengan saya?” Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya… Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih. Pastinya anda akan menemui seseorang yang mempunyai ketiga-tiga perkara itu terhadap anda sekiranya you benar-benar percaya!… I tell you once you jumpa…you akan terus tahu that he or she is YOURS! Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com – ketahui lebih lanjut tentang ebuku cinta Razzi Rahman di sini.
“Apa nama/panggilan anda?”
Pernahkah anda mendengar orang tua-tua berkata, nama panggilan itu adalah bagaikan satu DOA? Sebenarnya, setiap apa sahaja yang kita perkatakan, sekiranya ia diulang berkali-kali, ianya akan menjadi satu doa. Ia bagaikan diminta-minta…dan dengan izin Allah, ianya menjadi kenyataan. Kata penceramah popular, Ustaz Ismail Kamus : “Nama kita atau nama panggilan seharusnya dipilih yang baik-baik. Kerana, apabila setiap orang di sekeliling kita selalu memanggil kita, maka nama kita itu bagaikan menjadi satu doa. Sebab itulah nama kita seharusnya mempunyai maksud yang baik-baik. Bukan pakai pilih ikut sedap didengar” Seperti nama Junaidah atau Junainah…ramai orang mempunyai nama ini. Best je bunyi nya…Tapi tahukah anda maksud Jun yang sebenarnya? Jun adalah sama dengan JIN, cuma Jun adalah untuk “Jin Betina”. Maka Junaidah? adalah “Anak jin betina” …amacam? 😀 Cuba bayangkan dialog ini, apabila kita memanggil namanya. “hi Junaidah” samalah dengan… “Hai Anak Jin Betina” adoi 😛 Sama juga dengan nama Maimun. Ramai juga orang yang mempunyai nama ini yang dalam bahasa Arab bermaksud “beruk!” haaa, cuba bayangkan dialog ini pula, “Eh you ni cantik lah macam rupa si Maimun tu.” sama lah dengan “Eh you ni cantik lah macam rupa si Beruk tu!” hahaha 😆 kan dah lain jadinya. So, can you guys imagine kalau beratus kali dipanggil, beruk! beruk! beruk! Kalau dah banyak kali jadi macam doa, lama-lama perangai berubah jadi perangai beruk! AYO…tapi rupa tak ada lah nak berubah macam beruk pulak…perangai ler or mungkin nasib yang berubah hehe 😛 Same thing happen to my niece, masa baru-baru lahir dulu…dia dinamakan NORWATI. Seminggu my niece yang masih baby ni menangis tak henti-henti. Kakak I risau sangat-sangat, even doctors pun tak tahu nak buat apa. So, at last call our own ustaz…then dia cakap, “Mengapa letak nama Norwati yang Nor bermaksud Cahaya, cantiklah tapi Wati tu Zina…jadi Norwati, maksudnya CAHAYA ZINA!” ….kakak I macam nak terpengsan dengar Ustaz punya explaination. So, dalam masa itu jugalah, nama my niece ditukarkan kepada NORHAYATI yang bermaksud Cahaya Hidup, dan Alhamdulillah, masa itu jugalah dia terus senyap dari menangis… PERSOALANNYA DI SINI…adakah anda menggunakan nama, atau nama panggilan yang baik-baik? Apa kah pula panggilan anda kepada yang tersayang? Apakah maksudnya, adakah anda tahu? ~ Abang…dipanggil kepada suami, ok ke? Abang? Better panggil sayang kan? Atau darling or honey ke hehe. Dan kalau yang coupling tu, panggil papa dan mama…aihhh, belum kahwin, belum ada anak dah panggil papa and mama?? So, kira nak doa jadi papa dan mama cepat-cepatlah tu kan hehehe…oklah juga, cuma takut besok dah kahwin…naik muak je. ~ Then nicknames, adakah anda faham maksud-maksud nama yang disingkatkan? Kut-kut nama Zalimah, nak singkat panggil Zal…Or Suria jadi Su, Or Ramlah jadi Ram…apakah maksud disebalik nama yang disingkatkan ini? Cuba tengok buku “Nama-nama Islam yang dilarang” ~ Some of us pula…our bloggers here and other places too, ada menggunakan nickname bahasa kita yang sangat mengharukan to me, contohnya seperti :- Gadis malang, Lia loner, Gadis gemuk, Miss kecewa, Ida sepi, lonely man, – SEMUA nama-nama ini yang memang kita faham dan tahu…membayangkan kegagalan serta membawa aura negatif dalam hidup…mengapa la nak pakai lagi?? Lagi kita pakai nama-nama yang malang, kecewa, sepi dan seumpamanya…kita akan PASTI bertambah gagal. Kalau malang, bertambah malang, kalau kecewa bertambah kecewa dan kalau sepi lagilah berkali-kali ganda sepi. Kemudian anda tertanya-tanya mengapa lah jodoh aku tak sampai-sampai?, mengapalah aku selalu dikecewakan? …itulah jawapan nya! Kerana anda membiarkan diri anda di doakan oleh orang ramai supaya gagal, kecewa, lonely…dengan mengulangi panggilan nama anda yang negatif tu… Cuba tukar kepada, Mr Right, atau Ieja happy, Lovely girl, Gadis Cantik, Im In love, Puteri Kayangan dan sebagainya yang membayangkan kecantikan dan kejayaan, insyaAllah…nama anda itu akan menjadi satu doa yang membawa anda kepada satu kejayaan atau satu perhubungan cinta yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah… Another example, nama I yang sebenar adalah Radzi yang bermaksud Redha…so agak kurang berjaya apabila orang pijak, hina dan tindas I because I hanya…redha…so I change to RAZZI, yang lebih kurang RAZ’ZIQ yang bermaksud Rezeki. So, Alhamdulillah…rezeki saya bertambah. Sehingga, dah hampir 3 tahun…saya berjaya di dalam bidang yang menjadi gelaran saya, melekat terus dan menjadi kenyataan… “BROTHER LOVE” Can you guys see it? 😉 Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Cinta & Perkahwinan Catriona Ross
Aku dan T or Catriona Ross yang kau orang kenal…sebenarnya tidak pernah menyembunyikan tali persaudaraan kami. Sejak dulu…kami sentiasa in the open, dalam magazine, in my blog, everywhere…memang stated, aku bapa saudaranya dan dia adalah anak saudara, who is anak my own lovely sister, Siti Zawiah. Inilah rumah tempat aku dan Cat dibesarkan In such a way, kami amat rapat…maybe kerana kami dibesarkan bersama sejak Cat baby lagi. Dulu-dulu, akulah yang membasuh lampinnya haha 🙂 …dan akulah yang selalu mendukungnya ke sana-sini. In a way, aku tidak pernah merasakan aku ni bapa saudaranya, sebaliknya Cat bagi aku…bagai adik kandung sendiri. Mungkin juga kerana umur kami tidak jauh beza 😉 …tapi, yang main thing, maklum je lah aku ni ‘Ayah Su’ so I dont have a younger sisters or brothers… Selepas solat hajat sebelum hari akad nikah Sejak kecil, kami suka sangat berbual tentang cinta dan relationship. Tapi yang paling kami suka adalah mengacau! Yup… Cat suka sangat menyakat aku…aku pun suka menyakat dia. Hinggalah ke hari ini, tengok je lah dalam gambar ni, tu baru lepas solat hajat tu 😛 Selepas akad nikah – Astro Awani sedang menemuramah Cat & Shahar Sebenarnya, hingga ke malam solat hajat itu, aku masih tidak menyedari yang ‘adik kesayangan’ aku ini bakal menempuh gerbang perkahwinan, bakal menyusuri hari-hari sebagai seorang isteri. Sehingggalah saat akad nikah yang dilafazkan dengan sekali lafaz oleh suami Cat, Shahar… baru lah aku menyedari yang Cat bukanlah adik kecil aku lagi… Bergenang mata aku seketika… menitis sedikit air mata yang aku sendiri tidak faham mengapa. Sudah tentu, akulah orang yang amat gembira dengan pernikahan Cat, setelah berbagai dugaan antara hidup dan mati diharunginya. Oh Ya Allah… besarnya ujian dari mu demi mengecap kebahagiaan ini… Air mata yang ku anggap air mata gembira ini juga menyesakkan nafas dan membuatkan dada ku sebak lama… Aku terasa seolah-olah, bagai melepaskan anak, bagai kehilangan seorang adik kesayangan… Aku & Kak Yan andam memayungkan pengantin Whatever it is… aku tidak pernah terbayang saat ini hadir jua. Malah aku sungguh berbangga dengan Cat kerana akhirnya telah menemui seorang lelaki yang aku sendiri amat menghormatinya dan begitu menyukai akan sifatnya yang cukup baik pekertinya dan amat sopan berbicara serta pandai pula berjenaka. Nowadays, it’s very rare to find that sort of man! Pandangan dari sudut depan makan beradab, really facinating! Perkahwinan Cat to me, bagai a fairy tale…bagai di alam fantasi yang ujud di dunia realiti. And because of that, aku teruja lagi, aku sebak lagi dan terpana sendiri. Kadang aku bertanya, “real ke tak ni?” …dan sudah pasti jawapannya, it’s real! Makan beradab Pelamin “Magical East meet west” – sangat unik! So loving each other… “naaaak jugaaak!” 😆 Well, segala-galanya sudah selesai, tanggal 26 june 2009 Cat & Shahar telah selamat diijab-kabulkan, dan aku menjadi saksi pernikahan itu… yang disusuli persandingan keesokan harinya. Alhamdulillah! Di sini, apa yang aku boleh ucapkan… “What a journey babe, and Cat… I wish you and Shahar all the best! Coming from me, best means greatest of all! I wish both of you live happily ever after…with full of love and all the happiness in the world…beyond. As for me…I’ll always be your uncle and your brother… stepping out from the circle watching you from far. GOD BLESSED T!” finally, …special pose untuk semua Kepada semua bloggers brother love, visitors, fans, friends… Sekiranya anda juga ingin mengucapkan tahniah atau pesanan kepada Catriona Ross, seperti biasa… ruang komen tersedia di blog post ini. Penuhilah dengan kata-kata yang indah, manis serta menggembirakan. Terimakasih. 😉 To see more pictures, click here Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com