Tips cinta kekal lama!

You all perasan tak dengan sesetengah couple tu, selalu sangat komplen pasangan dia? Tegur pasal lambat lah, tegur tentang berat badan lah, tak puas hati dengan tabiat dia lah…tak berpuas hati dengan segala-gala cara pasangannya. Ini selalunya terjadi setelah beberapa lama bercinta lah. Awal-awal tak da punya. Semua ok, semua cantik…everything is great! Sebabnya…masih sayang, masih teruja. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak berkenan dek kalbu tu…buat tak tahu je, telan pahit dan hempedu kerana cinta! 😀 TAPI, setelah lama, setelah tahu luar dan dalam…slowly, pasangan anda mulai menegur itu dan ini. Ada je perkara yang tak disukainya, ada je komplennya. Pelik tak? Dulu ok je…dulu boleh terima, mengapa sekarang bosan la? tak serasi la? ada je yang tak puas hati, mengapa? Apa yang bro nampak di sini, selalunya…pasangan itu cuba, Mengubah pasangan masing-masing, mengikut cara dan kehendak hatinya yang mana difikirkan baik untuknya. Yang mana dirasakan betul baginya. Mungkin betul tindakan anda, mungkin apa yang anda mahu dia berubah adalah baik untuk perhubungan anda. TETAPI, masalahnya…pasangan anda tu dah hidup sebegitu sejak dulu lagi…sejak sepanjang umur dia lah dia begitu…tiba-tiba anda bercinta dengannya dan dalam masa duk happy-happy tu, anda cuba mengubah dirinya! Setiap orang tidak mahu dan tidak akan terima teguran anda setelah anda bercinta dengannya dan menerima caranya sedari awal lagi. Ianya seolah-olah, anda muncul menjadi Ibu Bapa yang asyik berleter dan menegur mereka! Semua orang mahu yang boleh jadi member dengannya… Jika anda mahu kekal lama di dalam sesebuah perhubungan, jangan sesekali cuba untuk menjadi ‘Ibubapa’ kepada pasangan anda. Dia dah ada ibubapa dah…atau dia pernah ada orang tua yang selalu berpesan macam-macam, selalu melarang dari melakukan itu dan ini. dan dia pastinya tak mahu menambah seorang lagi ibu atau bapa seperti itu 😉 Melainkan…dia berubah setelah anda bersama itu lain lah. Contoh : Awal-awal dulu wangi dan harum je setiap kali bertemu, tapi sebab dah kenal lama, dah bercinta, so dah tak jaga…ITU WAJIB dITEGUR!, Pasangan anda pula, patut berubah! TETAPI, jika anda sudah terima sedari awal, dari mula-mula dulu lagi dia gempal ke, betis besar ke, punggung besar, badan kurus sekeping, bersiap pun lambat, bercakap menderam kuat, sendawa depan orang ramai, suka mengata orang, badan hapak, nafas berbau, selekeh, kekampungan dan apa-apa sahaja yang anda anggap buruk…ANDA SEHARUSNYA TERUS KEKAL TERIMA DIA SEADANYA!! Janganlah sibuk-sibuk nak menegur atau cuba untuk mengubahnya lagi, “Yang hang pi pilih yang macam tu dari awai lagi tu pasai apa? Pilih lah yang baguih punya….tu dia, sekarang nah…padan muka hang!” 😀 Ramai yang menerima sahaja pasangan masing-masing tanpa mengambil masa untuk memikirkan terlebih dahulu, samada  sanggup kekal lama bersamanya walau baik atau buruk… Sebenarnya, jika sedari awal anda boleh berjanji pada diri anda sendiri yang anda akan menerima si dia walau bagaimana keadaan sekali pun, maka perhubungan cinta anda pasti kekal buat selama-lamanya! …jika sebaliknya, lebih baik anda cari bukan yang sikit-sikit berkenan je tau…haaaaa, terus  cari yang betul-betul berkenan di hati, barulah ada ummphh!! 😆 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

I believe I can fly…

“I believe I can fly, I believe I can touch the sky I think about it every night and day, Spread my wings and fly away” Kata-kata yang memberi perangsang seperti bait-bait dalam lagu seperti ini sebenarnya begitu memberi motivasi kepada kita, kan. “I believe I can fly…” walau ianya tidak logik dek akal, tetapi you percaya…you boleh lakukan. “I believe I can touch the sky…” lagilah…tak pernah dilakukan oleh sesiapa, yet…you believe you can!! Berpeluang untuk merakamkan album sekali lagi setelah bertahun-tahun…adalah menjadi impian bro selama ini. Dan apabila Mentor/sifu Jutawan internet, saudara Irfan Khairi menyarankan untuk menubuhkan band yang diberi nama Razzi.Muz.Ik dan terus merakamkan album single dengan 2 lagu hit …bagaikan satu khayalan fantasi yang telah menjadi kenyataan!! Alhamdulillah sangat2 beb… Nak story you all sikit…. 😉 Sebenarnya, segala-gala bermula sejak lama-lama dulu lagi. Irfan Khairi (IK) minat bermain gitar dan sewaktu dulu-dulu semasa belajar bermain gitar, lagu-lagu Razzi Rahman lah yang menjadi pilihan beliau untuk practice kerana begitu minat dengan penyanyi tu lah! 🙂 .Hingga semua lagu-lagu bro tu IK boleh hafal! Ingat lagi tahun 2006, selepas bro attend seminar Jutawan Internet, 1st time naik kereta dengan IK, dia pasang lagu Razzi…then menyanyi lepas satu-satu lagu bro…waaa, boleh ingat tu, bro ketawa sakan… ketawa sebab, setengah lagu-lagu bro tu, bro sendiri pun tak ingat lirik nya hahaha 😀 Then Pilot Mas, Captain Muzamil (Muz) pulak jiran IK…Muz ni memang minat main gitar sama dengan IK, dia orang ni berpuluh gitar ada haha…jadi bila bro pergi jamming kat rumah IK, Muz join sama…since then, kita orang jadilah best of friend! Tapi things yang sentiasa bring us together adalah semangat kami, minat kami…music, singing is always been our passion!!…that’s why, always ask yourselves, what do you really like?…then, just do it! What we like? IK minat business and music, Muz pun  minat music dan bro sendiri minat sangat menulis dan singing/music so, keghairahan kami sama di situ. Kalau dengar lagu yang hebat, menaikkan semangat dan dapat motivate memang berdiri bulu roma kami!! 😆 so bagai sudah ditakdirkan, tertubuhlah band kami sekarang ni RAZZI.MUZ.IK Dan today adalah hari our TURNING POINT, nak tahu kenapa? Hari ini adalah hari pertama kami bersama-sama as a band, akan mengadakan photoshoot dan interview dengan reporter newspapers!! …gementar juga beb, doa kan kami berjaya please…dan nantikan news dan update dari kami ok. Tapi, bro cukup confident dengan IK sebagai band leader…his strategy, his mind works wonders! 🙂 Akhir kata, untuk anda yang berminat menjadi Fan RAZZI.MUZ.IK , anda boleh klik disini! Untuk dapatkan updates pasal band kami, countdown ke hari launching atau mendapat jemputan ke pelancaran album itu nanti pada new year ini, lawatilah RazziMuzIk.com Untuk itu, Bro tinggalkan you all dengan sebuah video clip persembahan kami baru-baru ini 25th october di Hotel Jw Marriot sempena Launching Impian U-mobile, IK sebagai DUTA. Lagu apa? Pastilah lagu yang cukup memberi semangat juang yang tinggi! For that, bro salute Faizal Tahir. Ok semua, enjoy the clips…and tell me what you think. Thank you and good luck to all! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

‘kematian’ Jeniffer Hudsons

Saya rasa by this time you all semua tentu sudah mendengar atau sudah membaca berita terbaru tentang Jeniffer Hudson??… Jeniffer adalah bekas peserta American Idol yang gagal menjadi juara dan mendapat tempat ke empat walaupun memiliki suara yang sangat hebat! Namun dari kegagalan itu Jeniffer telah bangkit dan telah memenangi Academy Award dan Golden Globe Award sebagai pelakon pembantu terbaik di dalam cerita Dream girls dan beberapa award berprestij lagi. Dan album pertamanya pula baru sahaja berada di pasaran… Di sebalik kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Jeniffer, pada hari Jumaat lepas, 24oct pukul 2:44pm beliau telah dikejutkan dengan berita pembunuhan ngeri ibunya, Darnell Donnerson dan adik lelakinya Jason Hudson yang telah dibunuh dengan Shotgun blast dirumahnya, di Chicago. Mayat mereka ditemui oleh sepupunya yang tinggal berdekatan… Julian king, 7 tahun…cucu kepada ibu Jeniffer Hudson pula telah diculik dan setelah Jeniffer menawarkan wang $100,000 untuk siapa memberitahu dimana anak saudaranya berada…Julian telah ditemui mati di tembak di dalam sebuah kereta hari ini…. TRAGEDI NGERI  YANG AMAT MENYAYAT HATI buat sesiapa sekali pun, bayangkan lah jika ibu, adik, anak saudara kita mati ngeri hanya dalam sekelip mata sahaja…Bagaimanakah perasaan kita agaknya? Jeniffer sebenarnya baru sahaja akan kembali berlakon sebuah lagi hit movie, “The Secret life of Bees” dan dia juga baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seorang lawyer, David Otunga…. Seperti yang bro cakap earlier, kejayaan demi kejayaan yang dia terima, dari karier yang memuncak naik, percintaan yang membawa ke pertunangan…I mean, she’s got all she wanted….all the happiness in the world! Tapi…kalau Tuhan nak tarik…sekelip mata saja…BOOM! and all this is like, “Kematian’ buat Jeniffer Hudsons sendiri. Segala kebahagiaan, kejayaan bagai tidak segembira mana lagi berbanding dengan kematiaan ibu, adik dan saudaranya… Di sini, Tuhan sebenarnya memberi kita amaran agar tidak riak dan takbur dengan kejayaan yang dicapai, dan Tuhan juga memberi cabaran dan dugaan kepada kita agar kita sabar dan semakin tabah… Sebenarnya, bro sendiri telah melalui banyak kegagalan dalam hidup, kekecewaan dalam cinta, ditipu, dihina, dikeji…duit dicuri beribu-ribu!! BUT…Alhamdulillah, bro selalu percaya ini semua dugaan Tuhan, kita cuma perlu redha dengan ketentuannya! Dan memang benar sekali…setiap kejayaan pasti akan lalui kegagalan, setiap kehilangan pasti ada pertemuan dan setiap kekecewaan pastinya akan mengecapi kebahagiaan… All i can say… “You lose some…you surely gain some” …so you cuma perlu relax dan sabar. Kalau you kata you kecewa dengan cinta… kecewa dengan kekasih you…it’s nothing!!…ramai lagi orang lain yang lebih teruk dan kecewa daripada you! So, daripada meratap pilu, feel sorry for yourselves…baiklah you redha dengan ketentuan Ilahi dan mulai hidup baru…percaya cakap bro Razzi ni. You pasti akan menemui sesuatu atau seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu!! 😉 Dengan ini, marilah kita bersyukur dengan segala apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita! Bro sendiri pun bersyukur sangat dengan anugerah Tuhan! Dan di atas kesyukuran itu jugalah, bro amat terharu sekali apabila, mendapat peluang sekali lagi untuk merakam kan album! Album single, 2 lagu… Tapi kali ini… bukan solo, tetapi bertiga!! Nama group kami ialah RAZZI.MUZ.IK semua pakai nama sendiri 🙂 Dan lagu-lagu kami juga bukan cintan lentuk lah…semua semangat untuk berjaya, tidak mudah putus asa dan bergerak ke hadapan… ini adalah kerana niat kami adalah untuk kita sama-sama memberi motivasi agar kita sama-sama berjaya di dalam apa jua perkara yang kita lakukan! So, you all nak dapat lagu free? news updates, album launching invitations tak?? 🙂 …jadi lah Fan kami sekarang >> Jadi fan www.RazziMuzIK.com atau add bro as your friend di facebook klik di sini Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

Cara PALING BERJAYA, memikat LELAKI!

Adakah anda masih single? Adakah anda masih kesunyian setelah segala pengorbanan anda lakukan? Adakah anda masih tak sure, anda berjaya memiliki lelaki itu atau tidak? Anda cuba pikat lelaki itu dengan berbagai-bagai cara TETAPI TIDAK BERJAYA? Hari ini bro ingin bongkarkan “Cara Paling Berjaya, memikat lelaki!” Teruja tak? 😀 mesti punya betul tak?! Okey, before that…girls, you must remember something that really important, Lelaki paling tidak suka dengan Stress or Preasure…maksudnya, lelaki paling bosan bila bersama wanita yang tiada pendirian, tak boleh buat keputusan dan suka memberi tekanan, lebih-lebih lagi tentang perhubungan cinta! So, di bawah ini ada 5 NO’S,  and all this adalah langkah-langkah yang sangat silap untuk anda lakukan :- Memujuk dan terus-menerus memujuk lelaki untuk menyatakan cinta dan sayang kepada anda. Terus bertanya jika lelaki itu mahu couple ke, atau mahu memulakan perhubungan cinta ke, no! no! Tidak perlu sibuk-sibuk mencuba berbagai-bagai cara untuk mempamerkan yang anda berminat atau jatuh cinta kepadanya… Berlumba atau berebut-rebut cuba memikat lelaki yang anda minat itu. Memaksa dan keep on memaksa lelaki mengikat tali pertunangan atau perkahwinan Mungkin anda fikir, jika anda tidak bertindak nanti melepaslah kan, lebih-lebih lagi ramai pulak yang berminat dengan lelaki yang anda minat!…my advised, relax beb, jangan tersilap langkah seperti 5 no’s di atas tu, 😉 Jadi?…bagaimana kita nak buat ni?…well, HANYA ada SATU sahaja cara paling berjaya untuk memikat lelaki dengan cara TANPA STRESS, dan TANPA TEKANAN!…  “BE A REAL GOOD FRIEND!” …maksudnya, anda mesti jadi kawan baiknya, teman rapatnya, kawan tempat dia meluahkan segala masalah, kawan yang tempat dia meminta tolong, jadi teman yang sentiasa memberi semangat dan dorongan agar dia bangkit gagah! Seriously, it works! Bagaimana bro tahu anda tanya? To tell you the truth….it happens to me 8 years ago. I’ve met a really beautiful girl, tapi sayangnya dia sudah berpunya. Biasalah kan… “it’s like a good parking space, surely taken up” jadi…what else can I do? Cara memikat Be a real good friend ni, actually bro belajar secara tidak sengaja. Apabila dia yang bro minat sangat di kala itu sudah dimiliki. Tapi hati bro ni masih dan asyik duk teringat kat dia je…so what I did was…bro continue berkawan dengan dia dengan berasaskan “REAL FRIENDSHIP” bukan “HUBUNGAN CINTA” ….tetapi, …realitinya bro rahsiakan perasaan cinta padanya walau tersangat giler kat girl ni, walaupun bro tahu…i wont have a chance…so hari demi hari…bro terus berkawan dengan dia, selalu lah dengar dia bercerita tentang boyfriend dia. Dia juga selalu bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Kisah boyfriend tu kira macam dah jadi perkara MESTI untuk dibincangkan! Lama-kelamaan bro dah jadi, a shoulder to cry on, masalah-masalah cintanya dengan boyfriend dia pun telah menjadi perbualan harian kami. Tidak kurang juga kebaikan-kebaikan kekasihnya itu. Yang bestnya…oleh sebab kami kawan rapat, best friends…she told me everything in detail…dan setiap kali itulah, slowly bro tunjukkan yang I am much better dari balak dia hehe… 😉 THE SECRET kat sini ialah, tanpa kami sedari…persahabatan yang terjalin itu sebenarnya perlahan-lahan telah bertukar kepada percintaan. Makin hari, walau baik atau buruk kisah percintaan dia dan boyfriendnya yang bro tahu…semuanya cannot compare dengan bro lah hahaha…habis camana?, setiap kali cerita yang buruk…bro tahu…I tak buatlah malah tunjukkan i lebih baik pada boyfriend dia dalam hal tu…yang baik pula…lagilah bro tunjuk bro jauh lebih baik dalam hal tu hehehe… Jadi, last-last…I ajelah yang terbaik…sebagai kawan baik pula, bro lah yang satu-satunya orang yang paling dipercayai, disukai, disayangi…kerana I lah yang selalu mengambil berat tentang dia, i lah yang duk dengar dia punya songeh, I lah yang menunggu dia aje… SO, dalam tak sedar…bro mendapat cara PALING BERJAYA, memikat WANITA & LELAKI!! Haaa, interesting tak?? Baik lelaki maupun wanita…kesannya sama! Sekiranya anda mahu memikat seseorang, cara yang paling berjaya ialah jadilah teman baiknya, teman yang paling dipercayai dan paling rapat….berkawan dengan ikhlas dan jujur….pamerkan kita sangat mengambil berat dalam persahabatan…lebih dari semua orang! TAPI…pendamkan dan rahsiakan dulu perasaan cinta itu kerana lama-kelamaan, dia pasti akan sedar yang anda jauh lebih baik dari semua orang…kalau tak sedar-sedar jugak tu…belah aje lah…itu maknanya dia tak berguna punya orang 😀 …ini adalah pengorbanan kita, kesabaran kita…which, you hanya buat kepada orang yang tahu menghargai sesama manusia. ALL THE BEST, I know you can do it! 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

Hadiah untuk yang tercinta

Funny jugak masa bro di KL last week, bro telah berkesempatan untuk menemui satu couple yang not bad saling sayang dan cukup cinta lagi. Tapi, asyik bertekak tentang hadiah. Yup!, Hadiah yang diberi selalunya, either, tak romantik atau tak kena! Hehehe…asyik komplen je laaa…. 😉 kekasih lelaki menyalahkan, girlfriend dia yang menghadiahkannya hadiah-hadiah yang femenin gitu, seperti bunga, buku resepi, baju yang bercorak dan berwarna terang! What do you guys think dengan apa yang girlfriend dia hadiah kan tu? 😆 Dan kekasih wanita menyalahkan, boyfriend dia yang menghadiahkannya dengan hadiah-hadiah yang to her, tak romantik langsung, seperti, tiket tengok bola, wallet, krim jerawat Bagaimana dengan pemberian boyfriend dia pulak ni? Romantik ke tak bawa girlfriend tengokbola?…cuba nak buat girlfriend dia hilang jerawat…hehehe 😀 not bad lah juga kan. Well, memberi hadiah kepada yang tercinta juga kena ada seni dia ya…tak boleh nak bagi ikut sedap kita je. So, bagaimana memberi hadiah yang boleh membuatkan kekasih kita rasa kena dan tepat serta romantik? Paling utama, MESTI tahu apakah minat dia? Apakah kesukaan dia? Benda apakah yang selalu dia mention nak dapatkan?…jika kita tahu semua tu, mudahlah kan?…Bagaimana nak tahu…kenalah betul-betul memberi perhatian dengan tabiatnya, kata-katanya, actionnya… Disini, bro ada beberapa tip memberi hadiah yang sesuai, murah dan very intresting :- 1. Pasu bunga, dengan pokok bunga nya yang masih kecil dan baru – Instead of bagi bunga je, haaa…bagi pokok bunga gitu ya. Hadiah ini, kita kenalah tahu pasangan kita tu suka atau tidak menjaganya. Minat atau tidak menyemai, menyiram, membaja…seumpama perhubungan cintalah juga. Jadi, dalam masa yang sama anda boleh tahu what type of person pasangan you tu kan, interesting tak? 2. Pet atau binatang peliharaan – Pernah terfikir nak beri pemberian sebegini? Hehe..mungkin ada yang pernah hadiahkan. Alright, selalunya pet ni anak kucing la kan. Atau pun burung parrot ke. Iguana pun boleh hamster pun alright juga. STILL, kena tahu adakah dia suka pet tu…kang bagi hamster…melompat pulak pasangan kita tu. 😀 Bagi kucing…kang terbersin-bersin… BUT kucing is always the best lah! Jangan bagi ikan…cepat mati, nanti perhubungan pun seolah-olah begitu pulak ya 😉 3. Buku Resepi, yang exotic dan terasing… Seperti kawan bro tadi beri buku resepi pada boyfriend. Well, that’s not bad! Tapi masalahnya, boyfriend dia tak suka masak. To those man yang suka masak…Im sure they would love to have. Tapi buku resepi masakan exotic lah…masakan-masakan yang dari Korea ke…Greek ke baru interesting untuk kita cuba masak. Kalau bagi buku resepi local…buat boring je. Tak menariklah menu dia nanti, betul tak? …bagi lelaki, pun kena tahu pasangan anda tu suka masak atau tidak? Kalau suka, belikan buku resepi masakan Arab! Hangat beb! 4. Lampu tidur/Lampu garam bukit – Okey, hadiah ini kalau tak romantik lagi, tak tahulah. Untuk lelaki, you tidak akan terasa seperti mat jiwang dengan memberi hadiah ini. Untuk wanita pula, dengan memberi hadiah ini, ia seperti memberi peringatan kepada boyfriend anda yang cahaya itulah yang anda inginkan teru bernyala…seperti mana anda ingin kan cinta itu terus bersemi…dan paling best, setiap kali pasangan anda masuk bilik, buka je lampu tu…pasti teringat kan anda kan? Hehe…kalau nak romantik lagi, beli kan lampu tidur yang ada mangkuk atas tu bercorak-corak warna-warni… Cam? Very interesting isnt’t it dan tidak mahal, its affordable lah kan. You know guys/gals, memberi hadiah memang penting! Tetapi, paling penting adalah memberi hadiah ialah, hadiah yang sesuai dan kena pada masanya. Selidiki dan perhati serta amat-amati pasangan anda…apakah hadiah yang cukup sesuai dan pasti memikat hatinya? Bro dah beri 4 tip memberi hadiah yang sangat menarik…bagaimana dengan idea anda pula? 🙂 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

3 cara Ubati Kekecewaan

Sepanjang setahun lebih dah bro buka website Cinta ini, sudah 4 ebuku & 1 buku kompilasi cinta yang bro tulis dan sudah ramai yang telah mendapat panduan. Syukur sangat kepada Allah s.w.t kerana bro dapat membantu kepada mereka yang memerlukan… Dan…kebanyakkan masalah yang ditanya selalunya masih sama, ianya ialah “Bagaimana mengatasi masalah dikecewakan cinta!” Ok, sebelum you all bercuti hujung minggu ni apa kata kita sama-sama share cara-cara untuk ubati hati yang lara, jiwa yang hancur terkecewa dalam cinta. Boleh? 😉 Cara brother love yang standard ada 3 :- 1. SENYUM & KETAWA! – Yup!! Senyum dengan sesiapa sahaja you jumpa dan ketawa lah dengan kawan-kawan. Cuba buat ni setiap masa. Hari-hari you pergi mana pun you senyum kat semua orang, kenal atau tidak kenal hehehe  (Silap-silap orang kata kita gila, kalau tak pun, perasan!) 😀 Well, actually Bro selalu buat ni… bila keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tu siap ada yang marah-marah pulak ni, bila kita senyum-senyum kat dia…siap tanya, “Heh! apa kau nak sengih-sengih, tengok-tengok!” hahaha…kelakar kan?! Bro apa lagi ketawa besarlah dengan kawan-kawan semua lepas tu… masing-masing mulailah cerita pengalaman yang kelakar-kelakar pulak…memang bantai gelak sakan lah. “So bila kecewa, you must surrounded yourself dengan good friends! Baru best, hilang habis semua kecewa… Because, no matter what happen, you still have your friends to be with!” 2. MULA MENCARI – Yup!! Walaupun baru putus cinta atau baru dikecewakan, bro takkan tunggu lama-lama beb. Buat apa nak meratap si dia yang telah pergi? Buang masa je. Dia pun dah lama dah tak ingat kat kita. Tengok muka kita pun dia benci, nampak message kita kat phone pun dia dah bosan… Jadi, lebih baiklah anda mulai mencari walaupun baru putus cinta!!…cari kawan rapat dulu lah…barulah mudah. Jangan terus-terus nak cari pasangan cinta! Kang cepat dapat cinta, putus pun cepat jugak nanti hehehe. Having a new closed friend, (Opposite sex) will make you feel much better about yourself! So, cari kawan baru, secepat mungkin! 3. SHOPPING – Aikk?? Macam orang pompuan pulak ya…kalau frust je shopping! Hahaha… Well, brother love memang suka shopping pun. So, sapa yang ada boyfriend macam bro…bestlah, boleh pergi shopping sama-sama and enjoy it 😛 Bro kalau tengah bengang ke, boring or bosan with my life je…terus shopping! Beli tshirt ke, seluar jeans tu selalu sangat and kasut Yup!!… Boleh duk kat shopping complex mana-mana berjam-jam. If not shopping pun…bro akan pergi popular bookstore or Mph…beli 2-3 buah buku, novel or self enrichment. Making myself look good and feel great is the best healing for my broken heart! So, itu dia 3 cara brother love…actually ada macam-macam cara lagi yang bro lakukan. But this 3 things memang bro PASTI lakukan untuk mengubat kekecewaan, dan hati yang lara. So, bagaimana pula dengan anda? Bagaimanakah cara anda ubati kekecewaan cinta anda?? Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

Cinta & lagu…

“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa…hampa!” Itulah bait-bait lagu Getaran Jiwa, nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Nyata benar apa yang dicoretkan oleh seniman negara itu, sesungguhnya…jika lagu tanpa irama, tiadalah lagi jiwa atau soul to a song! Hambar dan kecewalah feel nya.. Pernah juga semasa waktu bercinta dulu… bro pasang lagu dedication ni, ikut telefon je, tapi menangis-nangis girlfriend bro mendengarnya…all because lagu itu adalah lagu kegemaran kami. Lagu cinta kami, “If I let you go” nyanyian kumpulan Westlife 😀 So, seperti lagu dan irama tidak dapat dipisahkan, to me…cinta & lagu juga seharusnya bersama kerana ia boleh menaikkan semangat cinta, memberi kenangan manis yang juga boleh menaikkan bulu roma apabila setiap kali kita mendengarnya. Nyanyian bagi bro, adalah my passion! That’s why cinta juga menjadi kegilaan bagi bro, malah apabila bro menyanyi perasaan cinta di dalam jiwa ini begitu bergelora sekali, berdegup laju je jantung ni. Tengoklah saja apabila bro perform pada hari Sabtu lepas 25oct 2008 di JW.Marriot…semangat & rock habis beb! 😉 Kena pulak dengan blood brother Dr.Irfan Khari dan pilot MAS, Captain Muz yang main gitar, lagilah bersemangat. Sampai putus-putus tali gitar! Bro pulak, biasalah bila dah waktu macam gini…bagi habis-habisanlah! Itulah orang cakap, kalau nak tahu kuat atau tidak “The power of love” carilah pasangan yang berjiwa seni, haaa…hangat beb cintanya! Saudara Irfan Khairi pun mempunyai passion yang cukup kuat dalam bidang seni. Tengoklah saja, bukan hanya seorang Jutawan Muda Malaysia, tetapi pandai bermain muzik lagi beb. Seperti Dr Irfan selalu berpesan, Lakukan sesuatu yang paling anda suka dan sangat minat…your passion!. Happiness pasti saja anda akan kecapi dalam perhubungan mau pun perkerjaan yang anda buat. Sebaliknya jika anda tidak tahu apa yang anda mahu…pastinya jiwa anda akan terus terhimpit dan kecewa. Passion dan semangat cinta yang ada pada kami bertiga itulah maka, bagai terancang dengan sendiri…Bro Razzi Rahman, Dr Irfan Khari & Captain Muz telah bersetuju untuk bersama menubuhkan sebuah band. Dengan konsep muzik orchestra rock ciptaan composer terkenal Zul Mahat, maka insyaAllah 3weeks dari sekarang kami akan masuk studio! Yang bestnya, bro dapat merakamkan lagu semula, tambah best dengan blood brother Irfan Khairi dan Muz pula tu…Dan saudara Irfan Khairi pulak telah menulis lirik lagunya yang sungguh memberi semangat sekali > klik di sini untuk lihat lirik lagu All I can say, Alhamdulillah! Apabila kita ikhlas dan suka membantu, redha dengan rezeki yang Tuhan beri…Maka lebih ramai lagi orang yang suka pada kita, rezeki juga melimpah ruah, dan pastinya cinta akan hadir di dalam hidup kita dengan sepenuh kebahagiaan. Bro akhiri dengan sebuah soalan, “Apakah perkara yang paling anda suka?” p.s : Thank you to Ieja yang menjadi camerawoman kami di hotel hari tu, and to Siti too for the video. Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

KL Open House!

Kali ni, bro nak share dengan you all open house di KL few days back. Actually salah satu occasion datang KL hari tu, adalah Open House di rumah kakak bro di Shah Alam. All I can say, it’s really a great Aidil Fitri open house! 😉 Paling best, my sister minta I jadi host bersama dan melayan tetamu yang ramai, dan hampir separuh adalah saudara mara yang datang. Suprisingly, cukup ramai saudara mara bro di KL ni 🙂 hehe…bro je yang tak tahu…dan yang bro dah lama sangat tak jumpa, in fact dari kecil dulu lagi. So memang sibuk tapi I do really enjoying it. MENU? Memang hebat… Ada nasi dagang Trengganu, Laksa Penang, Satay Kajang and pastinya Rendang dan Lemang! Desserts, ada few cakes, also tapai dari Kelantan…sssweet! And few kuih muih lagilah. The best one is Kuey Teow basah & kering yang digoreng on the spot, minta je style apa you nak, dia goreng terus kat situ juga…haaa special catering punya! Siap masuk dalam perkarangan rumah dengan van dia lagi. Yang ni kira favourite lah!! Yup!!…special for you all, EXCLUSIVED! bro, Cat bersama tunangnya Shahar and some of our relatives. Cukup happy sangat for Cat and Shahar, and very happy to see them hari tu. Me and Cat biasalah bila berjumpa mesti borak panjang, tinggal tetamu lain jap 🙂 Tak sangka our uncle dari Bali pun datang ke KL  just to be at the open house. Uncle Hud! 🙂 Yang sangat jelita kat sebelah bro tu is Fiona, my niece jugak. Tapi ada cerita kelakar, masa sebelum open house tu start, bro ternampaklah ada girl ni punyalah lawa…teruslah nak ngayat, sekali tengok…ADOI, Fiona, anak sedara sendiri daaa! 😀 SANGAT TERHARU…terharu because, 3 sifu yang sangat bro hargai, datang hari tu menyambut Aidil Fitri bersama! Yang baju merah tu is my sifu dalam muzik industri, orang kanan MNasir, saudara ZUL MAHAT, seorang composer terkenal, yang telah menerbitkan lagu-lagu untuk Siti Norhaliza & Fauziah Latiff dan ramai lagi. 15tahun dah berkawan dengan Zul. Sifu ke 2 tu…beside me, is my own brother! Madzri…I consider him a Sifu because to me he is my Idol. I want to be him…dah lah hansome, successful sejak kecil lagi in everything. You Rock Ri! 😉 Sifu yang latest one is…Sifu comes best friend, tak perlu nak diperkenalkan lagi lah kan…Jutawan Internet terkenal, personaliti Radio & TV saudara IRFAN KHAIRI! So happy that IK yang bro sanjungi, dapat datang ke open house tempohari bersama wifenya Shaz and kids. We all lepak together, borak panjang bersama-sama and really enjoy the nice food! Well… “THAT IS FAMILY & FRIENDS IS ALL ABOUT, APPRECIATE & RESPECT!” Hidup ini kita perlu saling menghargai dan hormat menghormati, apabila kita hormat dan hargai seseorang itu, orang akan menghormati kita dan sentiasa mahu mendampingi kita, malah mahu membantu kita ke arah kejayaan! Keramaian hari tu telah mengeratkan perhubungan kami semua. Keluarga semakin rapat, saudara mara bertambah hampir dan kini sahabat bagaikan keluarga sendiri. Di atas pertemuan ini juga, Bro, Irfan & Zul akan buat satu special project…apa projectnya? Tungguuu… 🙂 So, how is you all punya open house? Sure ada attend mana-mana kan? Or maybe you all ada buat open house sendiri? Jom la kongsi bersama! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

10 wanita terdesak!

Saya selalu sangat menerima pertanyaan persoalan cinta dari wanita-wanita yang kebingungan dan wondering why, mereka ditinggalkan, dikecewakan, selalu dilupakan… Ada ramai pula yang kononnya bercinta, tapi diulik untuk seks…untuk memuaskan nafsu lelaki mereka. Bila dah puas, simply diberi kebebasan kepada girlfriend kononnya understand. Nak ajak kahwin? Jauh sekali…bertahun-tahun diganyang, dipergunakan tapi si wanita…hidup berbangga diri kononnya ‘bercinta’ …sedangkan dia bulat-bulat dimamah free, ditipu, dipergunakan tanpa sedar… Bila dah lama sangat…baru rasa tertipu, tapi masih degil dengan pendirian sendiri hingga masih duk perjelaskan pada saya yang boyfriend dia orang ni jujur, ikhlas dan amat menyintai mereka… “We are pretty much in love!” “He really loves me so much!” Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut mereka yang ‘bodoh sombong’ ini… Lepas tu nak salahkan siapa? Lelaki? Semua ini berlaku adalah out of desperations…terlalu mengikut emosi, apabila wanita begitu terdesak untuk bercinta, semuanya rela diberinya, duit, body, harta, maruah tergadai…hancur!! Elakkan diri anda dari menjadi wanita dari golongan DESPERADO ini…Ini adalah wanita yang sangat rendah martabatnya! So, anda adalah wanita ‘desperate’/terdesak jika anda… 1 ~ Bertahun-tahun menunggu kekasih yang sekejap ada, sekejap hilang. Yang tidak pernah mahu mendirikan rumahtangga dengan anda. Sebaliknya anda terus menanti dan menanti tanpa sebarang kepastian. Jauh dilubuk hati, anda tahu anda amat terdesak mengenangkan umur yang semakin meningkat…jadi, dimanakah harga diri anda? 2 ~ Anda terus menerus menipu diri sendiri dengan menyakinkan diri anda yang anda akan bahagia bersamanya, dia akan membahagiakan anda. Padahal anda sedar, dia selalu meninggalkan anda, tidak mengambil berat tentang anda, selalu lupa hari-hari yang penting dalam hidup anda. Terdesaknya anda hingga terpaksa menipu diri sendiri…kesian. 3 ~ Setiap kali boyfriend anda ugut untuk breakoff, cepat-cepat anda bersetuju untuk melakukan perhubungan seks walhal anda sedar yang anda sudah tidak mahu melakukan dosa lagi. Ternyata anda membiarkan maruah anda dipijak-pijak. 4 ~ Anda akhirnya berputus asa untuk bercinta dengan lelaki, sebaliknya anda mulai bercinta dengan kaum sejenis. Lalu jadilah anda umat yang dilaknat Tuhan! Memang anda adalah wanita yang cukup desperate!! 5 ~ Anda mendesak cepat-cepat boyfriend anda untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya, saudara maranya sebagai bakal isteri dia. Amboi, terdesaknya beb…relek arr. 6 ~ Belum pun apa-apa, anda sudah mulai bertanya dengan kekasih anda tentang hari pertunangan, cincin yang patut dibeli, memilih-milih nama anak. Adoi 😀 7 ~ Anda sentiasa komplen, sentiasa tidak puas hati dengan kekasih anda yang bagi anda tidak cukup memberi kasih sayang kepada anda. Anda mahu dia mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anda walaupun terpaksa meninggalkan kerjanya. Ish! Ish! Ish! Desperate lu beb! 😛 8 ~ Anda masih sanggup menerima lelaki itu walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang lain. Anda masih mahukan dia walau dia kata dia lebih menyayangi gadis lain. Anda masih mahukan dia walau hidupnya untuk orang lain…Macam dah tak ada lelaki lain dah… 9 ~ Anda tidak akan membiarkan diri anda keseorangan, apabila perhubungan anda gagal. Anda berpisah…cepat-cepat anda ingin mencari pengganti agar anda tidak kelihatan keseorangan. Relax arr beb! 10 ~ Anda begitu benci setiap kali kekasih anda keluar bersama kawan-kawannya. Anda cukup benci apabila ada kawan-kawan lain yang mulai mempunyai kekasih baru kerana anda takut kekasih anda juga akan turut mencari yang lain. Lalu anda akan sentiasa bertengkar, bergaduh, bertikam lidah hanya kerana kekasih anda keluar bersama-sama kawan-kawannya. Haaa…itu baru 10, ada banyak lagi situasi yang menunjukkan anda adalah wanita desperate atau terdesak ni. In fact, ada macam-macam jenis wanita lagi yang bro Razzi jumpa lately ni. Ada yang berhari-hari senyap, setiap masa nak berkepit dan yang terbaru, wanita ni lebih suka bertekak, bergaduh, daripada bercinta sayang menyayangi. Kelakar tak? Instead of berbincang atau berbual, dia lebih suka mencari kesalahan, lebih suka bertikam lidah…Habis, macamana nak bahagia dalam percintaan? Ketidak puas hatian dan perasaan terdesak marah di dalam diri dia tu membuatkan dia tidak senang duduk. Mesti bertekak sehingga dia puas …barulah dia nak bercinta balik dengan boyfriend dia….wooo…takkan menjadi punya beb. Ingat dengan lelaki lain, anda akan berubah? No way! Jadi, Hargailah waktu yang ada dan penuhilah ia dengan kasih dan sayang, kalau anda atau pasangan anda tidak dapat menghargai saat bersama, lebih baik jangan bercinta lah.  Buat sakit hati je…lagipun, dunia ini tersangat ramai lagi manusia yang masih tahu menghargai manusia lain beb 😉 “Sesungguhnya, selagi anda mempamerkan perangai anda yang terdesak dan mengikut emosi, bodoh sombong…maka tiada lelaki yang akan mengahwini anda sampai bila-bila…” p/s : Sudahkah anda melihat kesemua Ebook karya Razzi Rahman?. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut!  Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

Seks sebelum kahwin…

Yikes?? 😀 …sebenarnya, bro nak sentuh soal persediaan sex sebelum kahwin. BUKAN seks sebelum kahwin ya… PERSEDIAANNYA! Before that, nak tanya gak…apakah anda pernah melakukan perhubungan sex sebelum kahwin? Adakah sex itu keperluan utama untuk mengekalkan sesebuah perhubungan/perkahwinan? ATAU pun…perhubungan seks yang hangat, amat memuaskan sehingga teringat-ingat setiap saat itu, adalah segala-galanya? Jom, bersama bro kita sama-sama fikir dan bincangkan perkara yang TERAMAT penting ini… Apabila kita bercakap soal seks…pastinya kita mahu berbicara tentang perhubungan seks yang sepatutnya hadir selepas perasaan cinta yang mendalam bergelumang di jiwa. Cinta yang diidamkan pula, pastinya ingin dilihat dari sebuah cinta yang terbentuk dari …kesucian, kejujuran dan kesetiaan. So, selalunya…apabila ketiga-tiga perkara asas menjadikan cinta itu sebuah cinta sejati telah ditemui…maka, mulailah kita mahu kahwin! Sengih kawan kita, si Azman a.k.a Krueger 😆 Haaa …itu baru mukadimmah SEKS ~ Buat pertama kalinya bro nak sentuh soal seks! Nanti ada banyak lagi artikel tentang perhubungan seks yang ada dalam koleksi ni, tapi untuk hari ini… Mengetahui keupayaan pasangan kita dalam perhubungan kelamin SEBELUM berkahwin, amatlah penting! Haa…jangan salah faham pulak. Ada banyak cara untuk tahu tu, bukan dengan hanya cara ‘Mencuba’ dahulu ya, besar ke senjatanya, sedap ke anunya, tahan lama ke… dan bukan dengan ‘Pegang-pegang, tengok-tengok, ramas-ramas’ dulu… ado! Hai, duk ingat yang bukan-bukan je 😀 Maksud bro, setiap pasangan …sebelum berkahwin lah kalau boleh, seharusnya bersama-sama berjumpa dengan doktor pakar dan membuat Medical Checkup. ‘Tahap fizikal’ anda berdua itu yang perlu diketahui dulu. Anda perlu tahu, adakah kesihatan anda berdua, membolehkan perhubungan seks dengan sihat dan selamat. Itu semua doktor boleh beritahu dan ada checklist yang boleh anda tunjukkan kepada pasangan anda yang anda ni FIT! Please okay, jangan terpedaya sangat dengan filem-filem lucah yang hanya lakonan semata-mata tu! IT IS NOT ABOUT SIZE! Size does not matter!! Saiz…tak penting beb, ketahanan mental dan fizikal yang penting. Tubuh badan yang sihat…lelaki maupun wanita. Sex is very important in a marriage life!, semua orang tahu tu!! In fact, ramai yang berlaku curang dan tidak kurangnya yang bercerai kerana tidak mendapat kepuasan batin. Another fact, ada ramai juga yang telah bro temui meminta nasihat bagaimana menangani masalah suami yang “Premature ejaculation (PE)”, also known as rapid ejaculation, rapid climax, premature climax or early ejaculation, … maksudnya 2-3 minit sudah climax…dah kecundang. Dan 25%-40% lelaki mengalami permasalahan ini! Tidak kurang juga isteri yang hilang nafsu syahwat kerana hormon, bosan, depressed, preasured, dryness atau tubuh badan busuk, keputihan yang melampau, dan tahap fizikal yang sentiasa longlai… Sexual problem ini PERLU diubat, ada banyak supplement yang boleh diamalkan. Ada berbagai-bagai produk herba, pemakanan tambahan untuk kesihatan. So boleh kita membuat persediaan sedari awal dan terus mengamalkan selalu agar sentiasa sihat dan bertenaga. Baik lelaki, maupun wanita, kena sama-sama jaga, sama-sama bertenaga! Sebelum kahwin lagi dah kena jaga…bukan kahwin, dan dah ‘NGAP’ baru nak jaga…especially wanita! Haa…terbalik kan, wanita pula yang lebih kena jaga… Yes, it’s true! Adakah anda tahu yang sekiranya keputihan anda terlampau banyak keluar…ianya boleh menjadi kehijauan dan membuatkan  perhubungan seks yang amat tidak selesa? Malah hanyir! Dalam 10 tahun bro di dalam industri herbalisme, telah ramai terbukti ada beberapa individu yang memiliki masalah ini, datang ke kedai herba bro ya…Haa…jadi, kenalah makan ubat-ubat dari pemakanan kesihatan ini untuk mengurangkan, merawat dan membersihkannya. ‘Pencuci wanita’ tu, baru berapa belas ringgit je…please lah beli dan pakai setiap hari…tak kisah lah brand apa, tapi yang produk herba atau semulajadi lah. Yang dari daun sirih ke…herba kacip fatimah ke…this is really important tau, bukan main-main! Ada satu kisah menarik! Baru-baru ni, biasalah kenduri kahwin musim raya memang merata. So, salah satu pasangan tu baru je kahwinlah kan raya lepas. Before this memang bro tahulah, mereka ni amat sayang menyayangi…bercinta bukan main lagilah. Semua kawan-kawan pun naik jeles dengan couple yang tersangat in love ni. Tapi…belum sebulan kahwin, both of them dah datang jumpa bro…secara berasingan! Yang suami mencari ‘ubat kuat & pewangi wanita’ yang isteri duk mengeluh, ‘tak puas’ Apa bro nak cakap agak-agak? Apa nasihat nak bagi kat dia orang ni…apa bro nak jawab? Adoi… muda-muda dan baru seminggu kahwin…dah bermasalah! Realitinya, tentu saja kita nak pilih yang terbaik, yang penuh dengan cinta yang mempunyai bentuk badan yang dapat memuaskan hati dan sebagainya, TETAPI yang paling penting kita kena pilih yang sihat untuk ‘perform’ yang terbaik! Barulah kekal cinta dan kasih sayang di dalam perkahwinan!  😉 That’s why…bro cakap, persediaan seks ini mestilah sebelum kahwin lagi. Biarlah at least dah 1 tahun you dalam proses pembaikan, baru kahwin…kalau tak, jadi macam couple ini lah. You see…walau cinta banyak mana, walau sayang giler sekali mana pun… Bila ada yang tidak puas di hati especially dalam perihal perhubungan kelamin ni…BOLEH membawa kepada perceraian tau…dan jika ianya terjadi, janganlah nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana tidak mahu menjaga…sebabnya persediaan seks sebelum kahwin ni sesungguhnya, “Teramat mudah untuk diamalkan, tetapi teramat susah untuk diubatkan!” Basically…untuk kekalkan cinta yang bersemi, untuk terus memiliki sebuah perkahwinan yang dipenuhi dengan kasih dan sayang…bukanlah atas nama cinta semata-mata, TETAPI, kita semua AMAT memerlukan, CINTA yang sejati, & SEKS yang sihat , selamat dan hebat! So, kalau ada semua ni, takkan berlaku lagi kekecewaan kut?? …dengan izin Allah takkan lah ada berlaku perceraian lagi, sebaliknya semua semua pasangan dipenuhi pula dengan segala kebahagiaan…AMIN! p/s : Ingin melihat karya-karya Ebook tulisan Razzi Rahman? Anda boleh melihat di sini >> klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!  Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor