Blood Brothers live di “IMPIAN”
Sabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media Irfan Khairi sebagai duta Impian. Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik! 😉 Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni – baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). Kehadiran adalah percuma tetapi perlu reserve kan seat, terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja. Nak tengok bro perform tak? Kalau nak, kena cepat!! Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008 Waktu: 3.00pm-5.30pm Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur Aturcara majlis… 3.00pm – Ketibaan tetamu & rakan media 3.15pm – Majlis MOU dan pelancaran bermula 3.40pm – Persembahan “live” Blood Brothers! 3.50pm – Jemputan menjamu makanan petang 4.00pm – Majlis pelancaran tamat 4.15pm – Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile 5.30pm – Tamat preview Untuk menghadiri, please RSVP/hantar email ke info@rahsiainternet.com dengan tajuk “PELANCARAN IMPIAN”. Sertakan sekali nama dan nombor hp serta kalau nak datang bersama tetamu. Sertakan bilangan tetamu dan nama sekali Don’t forget hanya 50 tempat sahaja available! CEPAT!! 😀
Cinta lelaki yang lebih muda
Agak lama dah bro tak menulis TIPS CINTA 101 ni kan. Maafkan Razzi, kebelakangan ni memang agak kelam kabut sedikit. Jangan marah aaa… So now you sedang bercinta, berapa umur you? berapa umur pasangan you? 😀 Aik, tak pernah kira…i seh man! Maybe tak pernah menjadi masalah kepada perhubungan cinta anda kut? Or actually you tak sedar, perbezaan umur itulah punca pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku dalam perhubungan you?…tak? ye ke? 😆 Di dalam kursus kahwin yang pernah bro hadiri dulu, Ustaz tu adalah cakap, “Kalau cari jodoh tu biarlah yang lelakinya berumur paling kurang pun, kena lebih 7 tahun dari wanita, barulah si wanita tak jadi mak!” kekekeke… JADI MAK? Adoi…jadi mak macamana tu ya…hmm bro pun pelik tu. Kut-kut jangan jadi macam kes di Johor dulu, seorang ibu bersekedudukan dengan anak lelakinya sendiri sehingga mengandung…alaaahai, nanguzubillah! Simpang malaikat 44!! So, what I did was…lepas je balik dari kursus kahwin tu, bro terus jumpa my mother and asked her about this matter. “Ibu, betul ke wanita kalau nak bercinta, kena cari lelaki yang berumur lebih 7 tahun dari mereka?” So my mother cukup bersetuju dengan ustaz tu dan dia punya 2 sebab utama :- Wajah wanita cepat tua ~ “cinta bisa lari dong!” Lelaki lambat matang ~ “hancur!” Sebab no1 ~ Kata my mother, disebabkan wajah wanita cepat tua…so wanita kena cari lelaki yang jauh lebih tua darinya. Minimum 7years lebih tua. Mengapa minimum 7 tahun? Sebab apabila wanita berumur 30 dan lelaki 37…wajah mereka akan kelihatan SEBAYA! BOOM! Haaa…baru sebaya tu. bayangkan kalau terbalik…wanita 37, lelaki 30 adoi…nampak cam lelaki tu adik la pulak. Buatnya lelaki tu baru 20tahun, tak ke jadi macam mak dengan anak… itu yang ustaz duk takut tu 😀 Tapi sekarang ni, macam-macam adaaa… botox lah, colagen lah, wanita berubah nampak muda cari lelaki muda! Hehe…lepas 6 bulan, berubah jadi macam nenek kebayan balik. Lama-lama nampak macam hantu! 😳 eeeeiii…minta jauh laaaa… Sebab no2 ~ Lelaki sememangnya agak lambat matang, dalam erti kata, “Gua mau enjoy lebih dulu sikit beb…cinta tuu…nanti wa kahwin laaa” 😆 Tengok-tengok, minah yang dia duk enjoy tu mengandung…dah terpaksa kahwin. Muda-muda dah kahwin, …orang muda, darah muda…panas baran! Cepat je tangan nak naik…nak marah je… last-last bercerai! Setiap tahun, dari 13ribu hingga 16ribu pasangan bercerai. Semenjak dari tahun 1999 hinggalah ke akhir tahun 2005 sahaja, statistik Jakim menunjukkan hampir 100,000 pasangan berbangsa melayu sahaja telah BERCERAI! 100 ribu beb!, melayu sahaja, tok sah cakap lah bangsa lain tu. Dan semua pasangan yang bercerai tu berumur dalam linkungan 20 ke 35tahun…MUDA-MUDI gitu yaaa. So, adakah pasangan lelaki anda tu lebih muda dari anda? …apakah jarak umur anda berdua? Janganlah sesekali kita menganggap perbezaan umur itu perkara remeh. kerana pengalaman hidup bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari dimana-mana… So, bagi bro lah…ini pendapat peribadi… LELAKI adalah ketua keluarga. Lelakilah yang menentukan dan membimbing baik atau buruknya sesebuah keluarga itu. Jika seorang lelaki itu masih terlalu muda dan sudah berkahwin, ada lebih baik dia selalulah refer dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman sebelum membuat sebarang keputusan. Bagi wanita untuk mencari cinta… WANITA, kalau boleh carilah lelaki yang agak jauh jarak umurnya dengan anda agar perhubungan anda itu lebih tenang dan teratur dengan orang yang lebih berpengalaman. Juga supaya, wajah anda tidak kelihatan lebih tua dari suami. Nanti asyik terkecewa dalam cinta je apabila bertengkar, tiada kesabaran, tidak berpengalaman dalam berbagai perkara. Tidak puas di ranjang…Pasangan lelaki anda kelihatan lebih muda, nanti rasa gusar je bila ada gadis-gadis yang duk usha-usha…so siapa yang susah? anda juga yang susah! Siapa yang kena tolong? Brother love juga yang kena jawab 😀 “Alright, all the best dalam mencari pasangan hidup yang ideal untuk masa depan anda!” p/s : Ebook tulisan Razzi Rahman telah terbukti membantu ramai memiliki cinta sejati. klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Apa Cerita anda di hari raya?
Waahh…dah masuk hari raya ke3 nih. Best ke raya tahun ni? Licin barangkali ketupat dan lemang, habis semua biskut agaknya. 🙂 Banyak ke dapat duit raya or habis duit buat beraya? hehe.. Or maybe ada kisah suka dan duka yang nak dikongsikan bersama? Pasti ada cerita yang best-best, dan pasti juga ada cerita yang pilu dan lara. Entah-entah ada yang jatuh cinta di hari raya kan?? …So, apa kata you all semua bercerita kisah hari raya anda, nak cerita pendek tak apa, nak cerita panjang-panjang pun OK. Bro sangat nak tahu cerita you all! “JOM CERITA-CERITA RAYA!” 😉
Aildil Fitri, Musim Kahwin!
Bestnyeerrrrr kahwin! hehe 😀 Tu lah kan, bila menjelang syawal ni memang musim kahwin lah… teringat lagi bro, 8tahun dahulu, waktu pertama kali menjejak kaki kejinjang pelamin. Teruja sangat dan happy je…apatah lagi dirai besar-besaran dari kedua-dua belah keluarga. Dirumah mrs, dengan bilik tidurnya dihias bukan main meriah dan berkilauan lagi, satu rumah berwajah baru. Persalinan pulak bertukar-tukar. Lepas tu dengan kaum keluarga yang sangat besar, bro nak kena jumpa haaa…naik lenguh senyumlah 😆 Dirumah bro pula keesokkan harinya, siap dihias pelamin macam kat hotel 5 star. Ini my mother lah ni. Dihias pula perjalanan naik dari tangga ke atas menuju bilik tidur yang berseri-seri. Fuhhh…best betul, memang patutlah orang kata Raja Sehari…tapi kami Raja berhari-hari 😛 Jadi apabila bro terima banyak betul kad jemputan perkahwinan tahun ni, keterujaan dulu terasa kembali. Haa…entah datang dari mana-mana sahaja undangan ni. Penang ada, Perak ada…Sabah pun ada…yang kat Kelantan ni memang ramailah, semuanya kahwin di Hari Raya. Alhamdulillah syukur. Bro ucapkan semuga berbahagia kepada kesemuanya. CUMA…dalam sinar kegembiraan begini, bro juga turut teringat semasa sebelum kahwin dulu. Betapa pilunya hati apabila menyambut hari raya tanpa insan tercinta. Kawan-kawan pulak semua dah kahwin, siap dah ada anak-anak lagi. Frust 🙁 …bila tiba sembahyang raya lagilah…sunyi aje rasa walau berada ditengah-tengah orang ramai. Lepas sembahyang raya lagi torture…tengok orang lain dengan keluarga, bersama isteri yang masih dalam kain sembahyang putih, dengan anak-anak yang bersama-sama…berpelukan, bersalaman…ahhhh…sedih…sedih, pilu beb! Saat-saat kepiluan dan kesunyian itulah yang selalu mengingatkan bro untuk bersyukur, Alhamdulillah sangat kerana walau berbagai-bagai dugaan dan cabaran sepanjang tahun ini, despite whatever happen in my life, I still have a family right now…I have them to go back to! Bro ada seorang isteri yang tersayang dan 2 orang anak lelaki yang alhamdulillah sempurna. Berhari-raya tanpa insan yang tercinta, adalah sangat memilukan. Apatah lagi jika kita tiada insan istimewa, tiada arah atau tiada siapa untuk kita harapkan. Kawan-kawan ada pun, at the end of the day, kita pasti kesunyian..,lebih-lebih lagi apabila melihat mereka yang sudah berpunya atau sudah berumahtangga. Lebih menyedihkan lagi jika ada di antara mereka sudah pun memiliki anak-anak yang cute, lawa, baik…mulailah kita terfikir, “Kemanalah arah hidup aku ni, tiada cinta, tiada keluarga, tiada zuriat?” Well, memilih pasangan hidup bukan satu kerja mudah. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Betul tak?…tapi, siapa tahu itu semua kan. People around us reti tanya aje. “Dah kahwin ke belum?…bila nak kahwin?…bila nak ada anak?” Wei, ingat macam nak beli kacang ke? “Akak, nak beli kacang singgit, bungkus ya!” Haa beli kacang boleh lah kan, ini soal masa depan ni. But whatever it maybe…kita kena smart sikit, jangan bodoh sombong, jangan terlalu memilih…yang penting give it a shot, a trial…kalau tak menjadi, keep on trying. You tidak akan tahu kesudahannya until you try kan? Janganlah macam ni pulak, “Hmm dia tu, tak boleh lah…hmm dia ni hmm entahlah…lain-lain tak ada ke?” haa..kalau macam tu sampai bila-bila pun anda akan kesunyian! Pesanan bro, “Make the chance and grab it while you still can…” you tak akan tahu apa yang bakal berlaku sehingga you cuba dan lihat sendiri, kan?. Takkan kita nak bersedih je bila setiap kali musim kahwin? Takkan kita nak terima aje orang-orang yang tak berhati perut ni bertanya soalan-soalan cepu emas tu, Takkan kita nak larikan diri setiap kali ada jemputan kahwin… “Beranikan diri mencuba untuk terus bercinta! …kita tidak tahu apakah nasib yang menanti kita di penghujung jalan!” 😉 Ok, bro nak minta maaf ni, pada yang menghantar kad-kad jemputan kahwin tu bro amat hargai sangat. Tapi mungkin, bro tak sampailah rasanya kalau di luar Kelantan tu. Maklum sajalah hari raya…kalau yang kat Kelantan. InsyaAllah…tak janji. Tapi terimakasih banyak-banyak. Ribuan terimakasih juga kepada mereka yang telah menghantar kad-kad hari raya pada bro tahun ni. Alhamdulillah, ramai juga yang ingat kat Bro razzi. “Thank You dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir… untuk batin, nanti jumpa bro, kita minta maaf sekali lagi 😛 “ Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Razzi Rahman “LIVE”
Salam semua, apa habaq? Puasa-puasa cukup semua? 😀 Alright! Setelah difikirkan dan dipertimbangkan, bro decided untuk buat kategori karaoke hari tu kepada yang LEBIH fokus, iaitu kepada kategori PENYANYI. So in this category kira semua boleh dan yang adanya contoh seperti, KARAOKE, JAMMING SESSION, SINGING LESSON and SONG REQUEST…Yup! You all boleh request song untuk bro nyanyikan “LIVE”. Tapi ada syarat-syarat dia. This will talk in the next topic. For now, everything and anything about PENYANYI is here untuk anda! Alright, untuk first topik ni especially for you guys, bro nak you all watch this 2 sama tapi tak serupa youtube yang to me very interesting. So seat and relax, buka volume kuat-kuat 😀 1. Some boys jamming session – sangat menarik! 😉 2. Watch yang video atas dulu tau, then watch my video. Then you see the different… Segala pendapat dan komen anda amat dialu-alukan. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan tentang nyanyian, bro sedia menjawab 😉 *Blo mengalu-alukan sesiapa yang ingin meletakkan video ini di website/blog mereka, sila klik link ini, dan copy code di dalam bar sebelah perkataan EMBED Thank You! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Kisah Cinta Rico
Lelaki sejati, tidak mudah berundur dari perjuangan. Walau berkali gagal, cintanya ditolak, kasihnya dihina…hatinya tetap teguh. Namun, sekali dia mengundur langkah…menerima kekecewaan, dia pasti tidak akan kembali mencintai cinta yang lama! Sewaktu Anya berdiri mengadap Rico dan bertanya padanya, mengapa dia ingin menjadikan Anya kekasihnya, sedangkan dia sudah beristeri, jawab Rico, “I ada isteri tapi seperti tak ada…I dah lama tidak tidur bersama…I mahukan seseorang yang benar-benar boleh jadi isteri.”
Siapa suka karaoke?
Yaa…siapa suka karaoke? 😀 Actually, bro nak minta pendapat you all ni. Ada idea tak bagaimana you all nak bro buatkan kategori terbaru ni…yup! sudah tentunya melibatkan passion bro, menyanyi…”KARAOKE” Okey, please sesiapa sahaja…bro sedia menerima idea apa sahaja untuk kita bersama buatkan kategori karaoke ini untuk menjadi menarik! Jika anda minat dengan karaoke, apakah yang anda mahu dari kategori ini? As for me, bro ni asalnya seorang penyanyi, lebih 10 tahun di dalam bidang nyanyian, so until now, bro tetap dan masih minat sangat menyanyi! Apatah lagi bro pernah… Pernah ada 2 album hit. Di rekod di Studio Luncai Emas Milik M.Nasir. Pernah mempunyai 2 lagu hit, Syakila ciptaan M.Nasir & Rembulan Kesiangan ciptaan Saari Amri, yang berada no1 dicarta-carta lagu lebih 10 bulan. Lagu kedasar cinta mu dijadikan lagu tema filem Putera Lagu dari album ciptaan, M.Nasir, Fauzi Marzuki, Ramli Sarip, Saari Amri, Johan Nawawi dan Zulkifli Mahat. Bro juga pernah membuat konsert diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Pernah bertanding di Final Muzik-muzik TV3 dengan Jamal Abdillah, Nash, Ziana Zain. KRU masa tu baru jadi artis undangan 🙂 Pernah menyanyi bersama-sama dan berkongsi stage dengan Awie, Ziana Zain, Hattan, Iwan, Jamal, Nash, Exist, Mas Idayu, Toki dan KRU yang masih malu-malu lagi masa tu hehe, si Yusry tu ingat bro lagi ke tak, tak tahu lah. Macam2 si Yusry tanya bro tu masa 1st time nak naik stage dulu. Nervous habis dia… Bangga sangat dengan pencapaian KRU sekarang!. Dan ramai lagilah, macam-macam penyanyi baru dan lama. SO, tak mungkin bro boleh lupakan segala-gala kenangan yang sungguh bermakna ini semua. So, bro ingat nak buat kategori ini khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai passion seperti bro terhadap nyanyian. To tell you all the truth…bro masih menyanyi! Masih jamming! Masih karaoke 😛 Tapi bulan puasa ni, senyap-senyap je la, after 10 or 11pm lepas terawih tu mulalah gian nak menyanyi hahaha…member-member yang also minat, mulalah call-call, so karaoke jugaklah, well nyanyi tu nyanyi juga, ibadah tak lupa betul tak. So, please…berikan idea anda untuk kita buat slot karaoke ni lebih interesting. Dan tell me apa yang you all mahu dari “karaoke” ini okey, bro tunggu komen you all. 😉
Diri anda lebih berharga!
“Love is about an opportunities…” Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu mendengar atau mengalami sendiri, permasalahan cinta seperti :- Masalah frust dengan kekasih, dikecewakan, cinta terabai, tiada kemesraan lagi, kesunyian, kerinduan, tiada pujuk rayu, cumbuan syahdu…dan berbagai-bagai lagi yang sama juga sewaktu dengannyalah, ado! 😀 Well, you know, apabila anda menghadapi masalah cinta yang sebegini, ingatlah diri anda lebih berharga. Anggap yang banyak lagi peluang untuk anda berjaya! Dunia ini begitu luas untuk anda terokai dan kenali ramai orang beb. Bro yakin you all masih ada masa dan ketikanya untuk menemui DIA YANG DIIDAMKAN. PLEASE…LOVE YOURSELVES MORE! So, ada beberapa nasihat yang bro ingin you all praktikkan apabila menghadapi masalah cinta yang sebegini :- Mungkin kepercayaan kepada lelaki/wanita sudah lenyap…JADI, perlahan-lahan lembutkan hati untuk kembali mempercayai mereka dengan cara cuba menyukai keperibadian mereka, cuba memahami keinginan dalam hidup mereka. Mungkin anda kesunyian, terabai, teraniaya, dihina, terhimpit dalam situasi keseorangan…JADI, tenangkan diri anda dengan cara meramaikan kawan-kawan yang menghargai anda, karier anda, menaikkan semangat anda. Kawan yang mahu anda berjaya! Dengan cara ini, anda akan rasa lebih bahagia dan hilang segala duka. Mungkin anda tidak dapat melupakan dia, tidak sanggup melepaskan cintanya walaupun dia sudah lama pergi…JADI, slowly mencuba untuk menyayangi diri anda lebih dari biasa dengan cara memberi peluang kepada hati anda untuk mengenali orang baru. Kembali bercinta dengan membuka hati anda kepada sesiapa yang serius untuk mengambil anda sebagai pasangan hidup. Nasihat-nasihat ini jugalah yang pernah bro berikan kepada salah seorang bloggers pioneer kita iaitu, Wan Fadini. So, di kesempatan artikel ini bro ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wan Fadini, yang baru menjejak kaki ke jinjang pelamin baru-baru ini, “Tahniah Dini!” …bro ucapkan tahniah diatas perkahwinan beliau, tetapi mengapa bro mengucapkan syabas? …syabas adalah kerana, Dini telah mengharungi berbagai pahit maung onak dan duri dalam bercinta. Selalulah Dini mendapat nasihat dari bro ni. Ikut emaillah, smslah, phone dan sesi perjumpaan. Entah apalah yang bro cakap kat Dini tu ya 😛 tapi, Alhamdulillah, kini Dini sudah pun mendirikan rumahtangga. Jadi, bro amat bersyukur sangat kerana sudah ramai yang telah berjaya seperti Dini. Ikuti pengakuan ikhlas dari Wan Fadini Wan Ahmad. Abang Razzi telah membuatkan saya sangat tabah dalam mengharungi kekecewaan dalam percintaan saya! Bro telah mengajar saya supaya tidak bersedih tetapi terus yakin ada insan yang lebih baik menanti, seperti Mutiara cinta oleh Bro sendiri, “JANGAN BERHENTI BERCINTA” … Maksudnya yang mendalam telah menjadi penyuntik semangat dan penawar kepada saya agar menganggap selagi ada ruang dan peluang, saya akan terus dan harus menikmati cinta yang hadir. Berbagai-bagai karenah lelaki yang telah saya temui hingga saya menutup hati untuk bercinta! Lalu saya telah mencari berbagai panduan cinta. TETAPI karya abang Razzi Rahman yang akhirnya telah menyedarkan saya untuk membuka hati kepada yang benar-benar sudi dan bersungguh mahu memiliki saya. Abang Razzi juga telah banyak memberi tip-tip dan berkongsi pengalaman cinta yang pernah dilaluinya. Sehinggalah saya begitu yakin dan telah menemui kebahagiaan itu! “Tidak seperti penulis yang lain, tip-tip cinta oleh abang Razzi Rahman banyak membantu saya dan kini…saya telah pun berkahwin!” I’m touched! Terimakasih yang tidak terhingga Dini… TIP : Apabila anda menganggap diri anda lebih berharga, maka hati anda pasti mahu memberi peluang atau opportunities untuk anda berjaya dalam cinta yang baru. Tidak hanya menunggu bagai tiada kesudahan. Bukan hanya mahu kepada dia yang tidak menghargai anda TETAPI…anda mahu membuka hati anda kepada any possiblities… segala kemungkinan yang mungkin indah menanti… 🙂 p/s : Ebook tulisan Razzi Rahman telah terbukti membantu ramai memiliki cinta sejati. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Cara Memikat yang terbaik!
Bagi bro, cara memikat yang terbaik adalah cara yang pernah kita lalui sendiri. Sebab itulah bro sentiasa menulis dari pengalaman sendiri, berkongsi apa yang pernah dilalui dari setiap situasi yang berbeza! Jadi, mengapakah ebuku 101 cara Mencari Cinta telah membantu ramai orang memiliki cinta? Kerana, di dalam ebook ini, ada 45 cara memikat dan 11 cara memikat penuh rahsia, yang bro sendiri praktikkan kesemuanya dan terbukti berjaya! Ikuti salah satu daripada caranya… CARA 49 : Teknik Memikat ~ “Sebuah Pertanyaan” Membuat satu-satu pertanyaan amatlah susah walaupun ianya kelihatan mudah. Anda boleh bertanyakan apa sahaja tetapi kemungkinan soalan yang ditanya itu hanya akan menjengkelkan si dia. Anda juga boleh bertanya tentang persoalan cinta tetapi adakah anda yakin soalan itu boleh memikat hati si dia? Teknik bertanya ini selalunya akan memakan diri sendiri sekiranya anda tersilap tanya. Malah mungkin akan membuatkan si dia benci dengan anda. Dari pengalaman bro : Apa yang saya belajar dari pengalaman saya ialah, Jangan sesekali memulakan perbualan dengan bertanya, “You dah ada yang punya ke?” WO…BORING la beb! Sebaliknya mulakan bertanya tentang kehidupan sehariannya, keluarganya, kerjaya serta impiannya. Rutin biasanya… ia akan membuatkan situasi lebih selesa tidak terdesak dan tidak merimaskan. Tapi, bagaimana pula untuk memikat hati mereka jika asyik bertanya tentang diri mereka betul tak? Well, itulah yang disukai ramai…tiada siapa yang suka jika anda sibuk bercerita tentang diri anda. Anda mesti jujur dan ikhlas, jadi anda tunjukkan yang anda betul-betul berminat dengan kehidupannya, kariernya. Tanyakan pula tentang apa yang dia suka, makanan apa yang dia suka, tempat yang dia suka lawati, filem yang dia suka tonton, lagu kegemarannya. Utarakan persoalan ini secara berjenaka sedikit, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menjawabnya dan secara tidak langsung memanjangkan perbualan anda. tip brother love : “Pendirian anda, menentukan pasangan yang bakal anda miliki. Jika anda suka mengambil berat, suka mengenali dan memahami tentang dia dengan penuh keikhlasan, maka anda tidak akan mempunyai masalah dalam bercinta… it’s all about you and your way!” *Adakah anda masih single? Anda kesunyian? Masih mencari pasangan? Hilang semangat untuk bercinta? Tidak mendapat perhatian si dia? EBUKU 101 Cara Mencari Cinta adalah untuk anda! PASTI MEMBANTU ANDA!!…Ketahui lebih lanjut Klik di sini . Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Bestnya…MAKAN!
Puasa oh Bulan Puasa…ingatkan nak diet, diet mende?! 😆 Asyik duk berbuka sedap-sedap je. Aduuuuhhh… makan punyalah banyak…macam-macam, tengoklah muka bro yang dah semakin lebar ni, adoi, hensem lagi ke ni? Fuhh…memang best betul makan lately, hari-hari daging bakar je! Tang lemak yang tak tahan tuuuhhh… 😛 Ingatkan nak ambil gambar ni lah jadi cover buku terbaru nanti. I seh man…nampak gaya, Kansel! 😀 So bro ambil gambar ni jadi epilog untuk ebook upgrade version for 101 tip Mutiara Cinta ajelah hehe… Anyway, bro ada terima beberapa email yang minta address untuk hantar kad raya katanya. Terimakasih… ini addressnya, hantarkan ke ofis bro lah, KB Mall tu operation site, susah sikit. “Halal Sihat Shoppe, 1202 ss/27, Jalan Kebun Sultan 15350, Kota Bharu, Kelantan.” Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com