3 tips ~ Personaliti cinta
Lets be real, dunia hari ini…hampir semua manusia pandang pada rupa, harta dan pangkat. Mungkin masih ada segelintir yang tidak. Namun, bro rasa pendirian sebegitu sudah lama pupus. Kalau ada pun…at least the family want to see bakal menantu adalah orang yang mempunyai masa depan! (Pandang jugak lah tu) 😆 So, what can you do about it? Kenalah builds up your credibility kan?, juga taraf hidup dan personaliti yang menyakinkan… Tip 1 : Berbicara dengan ilmu Maksudnya, bukan berbual kosong! Segala apa yang disampaikan penuh makna, bukan sekadar berbicara. Pengetahuan am anda juga mesti sangat baik dan anda banyak mengetahui berbagai-bagai berita semasa. Dengan cara banyak membaca, anda akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berilmu. Kalau tak suka membaca pun boleh jugak…banyakkan menonton! Tetapi, janganlah asyik menonton drama, love story… Tontonlah discovery channel, dokumentari, berita dunia dan sebagainya. Jadikan ia satu amalan wajib, agar anda menjadi seorang yang lebih berilmu. Dengan cara ini, apabila anda bertemu dengan orang yang anda suka, atau berbual-bual di kalangan teman-teman atau pun bakal menantu, anda akan kelihatan lebih menonjol. Anda juga telah menampilkan diri anda sebagai seorang yang berbicara dengan ilmu. Secara semulajadinya, ramai orang akan mulai tertarik dengan keperibadian anda dan tutur kata anda, yang mempunyai daya penarik tersendiri. Dan anda pula akan lebih bersedia menghadapi satu perhubungan untuk masa depan yang lebih terjamin. Bakal mertua pun sejuuuukkk je hati… 😀 Tip 2 : Banyakkan Network To tell you all the truth, I only have 2 very closed friends. The rest, hanyalah kenalan. 😛 Kadang-kadang jadi 3 or 4 closed friends…then tinggal 2 balik. Maknanya, bro ni bukanlah orang yang suka berkawan tak tentu pasal. I chosed my friend, because bro tak nak melakukan the same mistake. Berkawan ikut suka…then kena tipu laa, then penagih la…bermasalah laa… “Bila kawan pun hancur…kita akan terikut hancur. Bila kawan yang berjaya, kita pasti akan berjaya juga!” BUT, I have thousands kenalan laa walaupun memilih. You all pun should too. Dengan kenalan yang ramai, personaliti anda akan kelihatan sangat-sangat menarik. Pastinya, ramai yang ingin mendekati anda. Dan curious siapakah dia ni? Ramainya orang kenal dia…ramai yang baik dengan dia…barulah cinta pun mudah hadir, bakal mertua pun tersenyum lebar. Banyakkan network, atau maksudnya, ramaikan kenalan. Tak perlu ramai kawan, kerana kita kena pilih kawan. Ada kawan yang betul-betul menolong dan ramai yang menyusahkan! So limit your friendship to kenalan sahaja. “Jangan ramaikan kawan tetapi ramaikan kenalan.” 😉 Tip 3 : Get a steady job! “Ini yang berat sikit ni bro!!” 😀 hehehe…steady job bukanlah bermaksud pekerjaan tetap 9 to 5 je. It can be menjual suratkhabar even…or berniaga sendiri. Tetapi yang penting, stick to it!! Jangan lompat sana…lompat sini. Kalau dapat gaji lebih tu tak apalah tapi..asyik tak suka jenis kerja aje…haaa, itu yang tak boleh tu. “That’s why, paling penting dalam hidup adalah memilih apa yang paling anda suka dan minat untuk dijadikan karier atau perniagaan anda. Barulah anda akan enjoy!” Bila you all fokus betul-betul dengan kerja yang dijalankan. Concentrate with your industry, personaliti you akan kelihatan berubah. Pemikiran you juga berubah! But whatever it is, get a better job yang you ada sekarang la agar lebih terjamin masa depan. Cinta yang hadir pun mungkin akan lebih terjamin jugak. Bro sarankan, jadi USAHAWAN! 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan beb! Bukan dari kerja 9 to 5. 😉 Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan.” (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na’im ibn Abdurrahman) 3 tips ini kesemuanya tidak involved, pangkat, harta atau rupa kan? CUMA EFFORT anda and its apply to both lelaki maupun wanita. Jadi berusahalah untuk meningkatkan personaliti anda. Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi untuk meningkatkan personaliti anda agar kelihatan lebih menarik. Salah satunya adalah dengan mengetahui bagaimana cara Jutawan-jutawan di Malaysia berfikir…tahu kisah mereka bagaimana dari ZERO menjadi HERO…kegagalan mereka… Bro sendiri sudah mengetahuinya!! You all nak tahu juga? Boleh… ketahui lebih lanjut tentang Mentor Jutawan ~ KLIK DI SINI! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
The Legend Resort
Betul…10 markah kat Dekno and Wawa 😀 , bro kat Cherating Beach, The Legend Resort. As usual bro suka buat review about the hotel or the place that I’ve stayed. Ada cerita yang sangat-sangat mengejutkan sebenarnya…TETAPI, before that…bro nak story you all tentang something that touch my heart there… Dalam duk relax-relax tuu..bro tak sangka, kenangan lalu mengusik kalbu sepanjang percutian bro kali ini. Mungkin juga kerana terbayang ‘The Island girl’ atau juga kerana kasih dan sayang yang begitu menyentuh jiwa kecil ini… my childrens… 3 hari di Cherating, hanya my 2 heroes that’ve been on my mind. Macamana sedari kecil lagi bro duk jaga mereka yang very closed to me. Cam cute-cute tak? Sure hensem ni besar besok hehehe 😀 And bagi bro, they are very cute boys and sangat nakal actually…namun, mereka selalu buatkan bro terharu kerana, punyalah manja dengan bro mereka berdua ni. Kat sana, duk tengok je gelagat mereka, itu yang buat touching tuuu… So, I do really enjoy staying at The Legend Resort, especially kerana biliknya yang facing the beach. Buka je balcony, terus pantai. Nice room I can say that, tak mahal…tak murah, about RM200 a night. Tak boleh lah nak compare dengan Tanjung Jara Beach Resort yang bro duduk dulu…Rm1000 a night! Tetapi yang buat lebih interesting is because I got the chance to spend my time dengan my 2 heroes and of course…my loving and special gf 😉 Cuaca, tak berapa elok this time around…so spend masa kat beach not that long, bahaya gak laa tengok ombak memukul tu punya kuat. Jadi, I just watched my 2 kids playing and trying to build sand castle yang tak jadi-jadi 😆 hmmm… So we decided to stick to the swimming pool je, if not nak gak naik jet ski ke, or banana boat. Next time je laa… Kat kolam mandi, ada berbagai-bagai pandangan yang menyeksakan batin…hehehe, tapi bro masih dalam mood touching dengan Adam & Adib yang sudah semakin besar dan asyik berperang je… Jadi, bro tergelak sendirian tengok dia orang ni, ahhh…best betul ada those boys cam ni. They make me realised, dia orang lah segala-galanya dalam hidup bro, ada isteri ke tak ada, ada girlfriend ke tak ada…it’s not matter, what matter’s most is them! Tapi kalau duk bercakar je, bro ingat nak selamkan je dia orang dalam kolam tu 😀 Aik??…kecik-kecik dah pandai nak main mata, nak mengayat lah tu… Before, bro bertolak pulang…terasa nak try belajar memanah. So memanahlah dengan Encik Syukri…very nice person, pekerja bahagian sukan dan aktivitis. Besssst…maybe memanah, I can put in my list of hobby, selain dari menunggang kuda dan menyanyi 😉 Remember tadi? Bro kata ada cerita yang mengejutkan di The Legend Resort?! …I want to start to say, This Hotel IS NOT RECCOMENDED!!! Why?…pada pukul 2 pagi dalam bro duk best-best menulis buku terbaru bro yang akan dipasarkan tak lama lagi…tiba-tiba…TIKUS melompat keluar dari tong sampah dalam bilik!!….melompat bro, fuuuuuuuhhhh Legend Resort ada tikus??….patutlah bilik busuk semacam, terpaksa minta dia orang datang spray pewangi…rupa-rupa ada tikus…giler ke apa?!!!…Kalau hotel Hong Thiang bro faham laaa…ado!! 1st time happen in my life yang dah travel around the world masa with MAS dulu…aduuuhhh, teruknya!! Terus komplen kat front desk and terus dapat tukar bilik…nasib baik…kalau tak gua saman lu orang!!! So, sorry The Legend Resort management…your staff semua are very nice and kind, polite, courteous…beautiful resort BUT…for now, your resort are banned! “Tapi, kalau beri free dinner buffet and free stay kat resort yang lain pulak…boleh bincang laa 😀 ” Anyway, bro cukup tak suka meninggalkan tempat yang buat kita feel dan terharu of good old days. Touching gak lah, because…beaches memang makes me missing someone special…but what can I say…some things are just not meant to be…and I hate goodbyes! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
3 kisah kesilapan saya
“Orang yang berjaya adalah orang yang mengaku kesilapannya!” Ikuti kisah saya secara eksklusif… KISAH 1 : PERTAMA KALI DIKECEWAKAN Bro ni boleh dikatakan sangat suka jatuh cinta dan sangat suka dicintai. Suka sangat bercinta sehingga dunia bagai berada di alam lain. So, cinta pertama bro tidak kesampaian kerana my own mistakes! Bro telah ‘menipu’ tentang umur bro sendiri… Kerana masih muda tetapi kelihatan sudah dewasa, jadi mula-mula bercinta bro sudah melakukan kesilapan iaitu memulakan percintaan diatas dasar TIPU. 😉 Apabila bro betul-betul cintakan dia, I felt bad then…tentu saja I want to tell her the truth kan?! BUT…everyday duk cari the right time, lastly it became so many years…dan bila I finally have found the time… segala-galanya sudah terlambat. Dia sudah tidak dapat mempercayai bro lagi. SEBAB UTAMA, kerana dari mula lagi, bro dah menipu dia, bertahun-tahun pulak tu. SO…eventhough we are still in love, there are no more trust involved. Everything I said, dah jadi was-was dan curiga. All because I lied to her before. In the end of the day…she can’t stand it dan minta putus. Bro telah dikecewakan buat pertama kalinya…sedih sangat kerana it’s because of my own stupid mistakes! 🙁 KISAH 2 : TIADA PENIPUAN, TIADA LAGI RAHSIA I’m a Capricorn…terkenal dengan sifat “determination” maksudnya, kalau bro nak…I will get it! Jadi, bila bro inginkan sebuah cinta, bro akan terus memburu cinta itu, all out!! So, kisah seterusnya ialah apabila percintaan yang lepas gagal, I’ve learned my mistakes. Bro tidak mahu menipu dan tidak mahu berahsia lagi…kerana apa yang bro belajar, pasangan kita inginkan “sepenuh kebenaran.” TETAPi sekali lagi bro melakukan kesilapan… kesemua kisah hidup bro, telah bro ceritakan kepada kekasih baru bro itu. Segala-gala tentang perangai baik dan tabiat buruk bro, telah bro luahkan kepadanya. Segala rahsia hidup, cinta dan sebagainya telah bro bongkarkan kepadanya tanpa ada sebarang rahsia lagi! Kebetulan, dia suka bertanya. Kita pun, jujurlah…sebab tak nak buat the same mistake twice kan! Tidak disangka-sangka, semua pengetahuan tentang diri bro, dulu dan sekarang telah dia jadikan SENJATA untuk mengenakan bro, menghina dan mengaibkan setiap kali berlaku perselisihan faham. Bagaikan tertikam pisau sendiri!…bro teraniaya atas kesilapan bro sendiri…well, bro terkecewa lagi. 🙁 KISAH 3 : DEMI CINTA KU TERUSKAN JUA Capricorn juga adalah orang yang sangat setia!! Haaa… Jadi kesilapan bro yang seterusnya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan bro juga setia. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula kekasih bro itu berlaku curang! Terkena lagi beb, gua kecewa lagi arr… Namun sebagaimana yang bro katakan tadi, I am a very LOYAL person. SANGAT SETIA beb. Tekad dan azam bro juga sangat strong. Bro tak suka berputus asa atau mengalah dengan cinta atau dengan apa perkara sekali pun. Dalam cinta, bro tidak akan berundur dari terus mencari cinta yang sejati malah, bro tambahkan lagi keinginan dan impian….kemudian memasang niat…. Niatnya : Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang cantik, berkulit putih cerah, berbadan tinggi, berpelajaran, beragama, cantik…oops niat sekali lagi yang ini. Hehe..ahh, apa salahnya! Alhamdulillah…di dalam pencarian, akhirnya bro berjaya temui seorang gadis dengan kesemua ciri-ciri yang menepati citarasa yang bro cari…bro juga telah berjaya memiliki sebuah cinta yang sangat bermakna dan yang telah lama diimpikan, dialah CINTA SEJATI saya! TETAPI perlu diingat, sesebuah perhubungan itu…TIPULAH kalau bro kata sempurna, tiada pertengkaran, tak puas hati dan sebagainya. YANG PENTING, kita jangan berputus asa untuk mencari kebahagiaan. It’s out there…be prepared for it!! And remember, sesebuah Kejayaan dan Pertemuan cinta itu adalah setelah beberapa kali kecewa dan tidak terkira berapa banyak kali bro gagal di dalam percintaan. Namun sifat bro yang susah putus asa, telah mendorong diri ini berazam untuk terus mencari dan mencari cinta yang sejati itu…. Bro pasti, you all semua dapat belajar dari kisah-kisah bro ni, kan?…harapan bro, seperti biasa, agar you all dapat menemui kebahagiaan di dalam percintaan, Insyaallah! 😉 …. “So anda semua juga ada kisah cinta?? Apa kata kongsi bersama di sini!” p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini. Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
3 – 1st steps
As promised!…setiap 2 hari sepanjang menjelang 15 Aug, anniversary blog “Tanya Brother Love” ini, bro akan memberi berbagai-bagai tip cinta, panduan bercinta, artikel tentang cinta, malah even kisah-kisah cinta dari pengalaman bro sendiri. 😉 So, untuk itu…bro namakan category dia adalah “CINTA 101” kira macam, photo 101, murder 101, life 101 etc. Maksudnya, tip, panduan atau pembelajaran tentang perkara tersebut lah. In our case… cinta! Jadi, Cinta 101! So for today, let’s us start dengan, “3 – 1st steps” Pernahkah you all terfikir untuk bersiap sedia menghadapi sebuah perhubungan cinta yang serius? Atau you all hanya membiarkan saja masa berlalu pergi dengan menganggap ada jodoh…adalah!? Wei, don’t be like that arrr…ni yang bro sedih nihh… 🙁 Okey, bro pasti you all sure pernah dengar seorang gadis yang telah bertemu pasangan dan cukup sesuai pula dengannya, then bertunang then putus di tengah jalan. Pernah, kan? Kemudian gadis lain pula, bertemu jodoh, mendirikan rumahtangga tetapi belum pun setahun berkahwin, dah bercerai. Why?!….. Mungkin ini adalah kerana tiada persiapan diri dalam menerima situasi yang begitu menduga emosi yang tertekan. So??…penuhi hidup you all dengan panduan cinta! 😉 Langkah 1 : Kenali tentang lelaki/wanita terlebih dahulu Before that, bro nak tanya you all… “Bolehkah kita mengandaikan perhubungan cinta itu ibarat sebuah peperangan??” Sudah tentu boleh… Contohnya, setiap negara yang berperang akan setiasa menyelidiki pihak lawan terlebih dahulu untuk mengukur kekuatan masing-masing. Sekiranya mereka terus menyerang tanpa mengetahui kelemahan pihak lawan, nescaya negara mereka akan kecundang dengan mudah. Jadi, mengenali lelaki/wanita ‘pihak lawan’ terlebih dahulu…pastinya akan memberi kelebihan kepada anda untuk memilih dengan tepat. Dengan memahaminya lebih dari biasa juga, akan menambahkan kebahagiaan di masa hadapan. Malah anda juga dapat mengelak dari tersalah pilih pasangan hidup. Jangan cepat jatuh cinta dulu beb, cubalah memerhati setiap gerak-geri dan tutur kata bakal pasangan hidup anda itu terlebih dahulu. Dari situ, anda akan dapat lebih mengenali diri si dia. Mulakan dengan sebuah persahabatan. Jangan takut kehilangan dia kalau anda tak bercinta…kerana kalau dia hilang juga…cantik lah tu…maknanya dia bukanlah yang terbaik untuk anda. Menghancurkan anda adalah tu. So, kenali betul-betul dulu… Jangan pakai ayat, “Redah je!” itu yang kalah pelajar AF yang guna tag line redah je tuuu… 😀 Langkah 2 : Bersedia menghadapi kegagalan Peliklah, bersiap-sedia untuk gagal ni langkah persiapan diri? PELIK TAPI BENAR! Itulah langkah seterusnya khas buat anda bersiap untuk memiliki cinta yang sejati. Sebenarnya, ianya adalah persiapan anda dari segi mental. Ketahanan mental amat penting demi untuk anda tabah menghadapi kekecewaan hidup. Ramai yang berkata, “Ahhh…aku tak kisahnya…aku rock!…Gua tak ada halnya…” Tetapi hakikatnya, apabila ditinggalkan dan pasangan anda pula curang, anda terkecewa, terseksa, merintih dan berduka separuh mati! As you all knows…bro selalu terkecewa. Frust memang frust tetapi jika anda bersedia. Kekecewaan itu hanya untuk seketika! Trust me, I know! Jadi, bersedia menghadapi kegagalan adalah salah satu cara untuk anda cekal dalam perhubungan cinta dan menemui insan yang betul-betul serius ingin bercinta dengan anda, kerana…mereka yang tidak serius akan menganggap anda terlalu susah untuk dipermainkan kerana anda begitu teguh untuk dijinakkan, TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang agak dingin, walaupun tidak! 😆 Langkah 3 : Menampilkan diri mengikut citarasa Mungkin ianya berbunyi cukup mudah, tetapi sebenarnya ia agak susah ya. Yang bro maksudkan menampilkan diri mengikut citarasa ialah, BUKAN citarasa pakaian anda, BUKAN citarasa ketrampilan diri anda tetapi, citarasa orang yang bagaimana anda ingin miliki. Haa…best ni kan? Bro pun suka buat ni… Okey, sebagai Contoh: Sekiranya anda inginkan seorang lelaki yang segak dan tampan, berpendidikan tinggi, baik budi pekertinya dan sopan orangnya. Anda mestilah mengubah diri anda menjurus kepada keperibadian lelaki itu juga. Dan ianya mestilah bermula di belakang dia lagi, maksudnya kehidupan seharian anda mesti turut berubah! Anda boleh ingat yang anda boleh berlakon di depannya dengan berlagak baik dan sopan. Tetapi jika tutur anda masih kasar, rumah anda masih tidak kemas dan anda juga pengotor. Tentu saja keperibadian anda itu akan terikut-ikut dan terkeluar di kemudian hari apabila anda sudah selesa dengannya. Dan itulah salah satu sebab gagalnya sesebuah perhubungan. Tengok pada pasangan pilihan anda, then berubahlah mengikut citarasa anda itu. Akhir kata dari brother love, “Berubah KERANA INGIN BERCINTA adalah jauh lebih baik dari, berubah KERANA CINTA!” Alright, these are 3 – 1st steps untuk you all have thought about it dan maybe mula pratikkan di dalam kehidupan you all. I wish you all the best! Nantikan my next tip cinta! p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini. Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
7th Sept – 1st Anniversary
Yes!…7th Sept ini, genaplah Blog brother love 1 tahun. Jadi, sempena menyambut my 1st anniversary…ada 2 perkara yang I ingin lakukan 😉 1st – Promosi terbaru! Dapatkan ebook 99 Kunci Mencari Cinta dan anda akan mendapat 2 free gifts :- Ebook 99 Rahsia lelaki Ebook 99 Tip Mutiara Cinta On top of that, anda juga akan mendapat free bonus :- Di dalam masa terdekat ini, Ebook yang telah anda miliki ini akan bro upgradekan dengan new tips, lebih detail dengan new design!!…semua ini, anda dapat dengan PERCUMA!! Haaa…bro kasi kat all of you GREAT OFFER tau 😀 Klik di sini untuk maklumat lanjut 2nd – Tip cinta setiap masa Pastikan anda terus melawat blog Tanya brother love ini, kerana bro akan upload new entry setiap masa dengan tip-tip cinta dari pengalaman bro sendiri. Anda juga tahu bagaimana lajunya entry yang masuk, hampir setiap hari. 😉 Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang ini. Kerana, di samping setiap masa anda mendapat berbagai tip dan info cinta, pendapat anda di dalam setiap topik nanti juga adalah penting untuk dikongsi bersama! All this, simply to share dengan you all yang pernah dan belum pernah membacanya. Walau blog ini sudah dilawati lebih 30ribu pelawat, to be exact…33772 pelawat semenjak tahun 2007…bro yakin masih ada ramai lagi yang belum membacanya. So, 1st year anniversary punya pasal…I’m willing to give everything I got!! Remember date kita …HERE! EVERYDAY! 😆 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Second wife
“Apa pendapat bro tentang second wife?” …mungkin you all tidak pernah mendengar pandangan bro yang akan dipaparkan disini jap lagi. Jadi, apa yang bro pinta, you all semua lapangkan dada dan give it a thought for just a little bit. 😉 To me, meeting a new girl to be my wife adalah seperti I’m having ‘Another life’ menjalani satu kehidupan yang lain dari yang sudah ada. Jika ditanya, “tidakkah akan menyakitkan hati isteri pertama?” NO!!…TAK PERLU! Kerana to me, there are no 1st or 2nd wife. It’s Only A WIFE! Satu isteri hidup dengan way of suburb, big family gathering, kenduri-kendara. Satu isteri lagi hidup dengan way of urban nature, conservative, privacy dan modern way of living. Bagi bro mempunyai dua isteri bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, bro suka mempunyai kehidupan yang berlainan. Kalau boleh ada 3-4 way of living. Mungkin satu hidup biasa dan satu lagi luarbiasa dan seterusnya. It makes my life more interesting!…so to “1st or 2nd wife” kalau ada laaa…take it as if your husband ada kehidupan yang lain. Yang tidak ada kena mengena dengan you, boleh?? 😀 Amacam? Setakat ni…you all boleh terima lagi ke? Atau dah merah padam dah muka? Hangat membara jiwa? Hehehe…jangan cam tu, ini pendapat peribadi bro je. Tapi you all berhak untuk merasa marah atau geram dengan bro kali ini…I give you the freedom! Ok kasi bakar sikit lagi, 😈 “Eh bro I dah buat macam-macam dah, pasal apa suami I kena cari lain jugak ke?!” …Macam-macam? Apa yang macam-macam tu? :- Banyak mana usaha yang telah anda lakukan? Jauh mana anda sanggup lakukan demi membahagiakan suami anda? Apakah semua kehendak suami, minat dia anda tahu? His wildest sex dream…sudahkan anda penuhi? Bagi bro, ramai suami mencari isteri kedua adalah kerana sikap isteri dirumah ;- Yang membosankan! Asyik nak berkepit tak tentu pasal… Tiada cabaran, hanya terperap dirumah. Tidak adventurous and tidak pandai act bitchy Hanya mendengar dan mengikut kata suami Tidak pandai berkomunikasi dengan suami. Tidak menyokong usaha suami Terlalu mengharapkan segala-gala dari suami Si isteri pulak selalu menganggap segala perbuatannya adalah seperti si suami inginkan. Tetapi, sebenarnya jauh meleset! Si suami yang sudah putus asa dengan sikap isteri, mulailah menerima sahaja rutin yang membosankan itu. Dalam masa yang sama, hati dan perasaannya yang memberontak mulai terbuka kepada dunia baru, hidup baru, muka baru….orang baru! 😉 Dan bila suami kata ada girlfriend baru dan nak buat 2nd wife…isteri pulak kata suami curang! Kalau beritahu nak kahwin tu tak curang lah…amende lu beb? “Mengapa tidak ceraikan saja isteri pertama?” Pertama sekali, bercerai tu satu dosa besar. Bergoncang tiang arash yang menongkat langit dari merudum ke bumi. Kedua, rezeki pun marah dengan kita. Cuba you all tengok, ramai yang cerai isteri untuk berkahwin lain, akan jatuh susah. That’s why business man selalu tidak akan menceraikan isterinya untuk berkahwin lain. Ketiga, it’s hard for me to see her diceraikan!! Bagaimana pula dia hendak menjawab kepada keluarganya, teman sekerja, kenalan? “Yaa…I dah bercerai!” Woo…bro tidak sekejam itu! Jika bro sudah beristeri, I don’t think I will divorced her. I do respect women so much, you can never imagine…so, mengapa mesti bercerai? Nasihat dari brother love : Kepada lelaki : Having another wife so called 2nd wife is an options for all of us. Tepuk dada tanya selera. Tapi seperti kata Pak Tham, dalam topik dulu “mengapa lelaki curang” Dalam 10 perkara, berkahwin dua ni, sedapnya hanya 1 pahitnya 9! Nasihat dari brother love : Kepada Wanita : Carilah apa kehendak suami yang sebenar-benarnya. Jangan pakai langgar je. Kira on je…test the waters beb. Cari dan cari apa yang boleh membahagiakan suami anda. Bagi yang belum berkahwin tu, bersiap sedia dengan berbagai ilmu. Mesti tahu apakah kekasih atau bakal suami anda minat, impian dia…his wildest dreams… Nak tahu apa suami/kekasih/lelaki suka??…itu kena beli buku bro lah nanti. Hehehe…sat dia mai… Personal notes : Ramai wanita yang bro jumpa, tak sanggup bermadu. Tak sanggup menerima anak-anak dari isteri pertama. Tidak sanggup dikatakan perosak rumahtangga. Namun, dah terjatuh cinta nak buat macamana. Jadi, bila bercinta, mesti jumpa-jumpa dating-dating. Hmm…sampai bila nak buat maksiat kan? So, to be 2nd wife adalah the best next moved!!… 😉 p/s kepada semua isteri yang membaca post bro kali ni, sabar yaaa…silap-silap suatu hari terjadi kat awak pulak cam? 😆 *Artikel kali ini adalah jika atau seandainya…Jangan salah faham. Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
A dialogue : Me & Fatt
Bro ni adalah juga berjumpa sesama bloggers. Dari duk di alam cyber, langsung jumpa di alam nyata hehe… So, hari ni bro didatangi salah seorang bloggers wanita yang bernama Fatt. Cantik orangnya, cute-cute, manis-manis, baru 23 tahun. Dressing pulak cam taste bro lah, simple, pakai tshirt putih dan tide levis jeans. Body huhhh!!…bergoncang jugak iman hehehe… (jeles gf bro ni kalau dia baca!) Sabar B, Ok 😉 Fatt adalah sorang wanita berkerjaya dan bergaji agak besar. Tujuan kedatangan beliau ialah kerana ingin meminta pandangan bro tentang …tentu saja soal cinta. 🙂 The dialogues goes like this… Fatt : “Bro…apa pendapat bro jika Fatt nak mendirikan rumahtangga dalam usia muda seperti sekarang ni?” Bro : “Eh baguslah tu…handsome tak pilihan you tu?” Fatt : “Handsome lah jugak bro…tapi tak leh lawan brolah…” Bro : “Ishhh…apa yang awak mengarut ni, you dah nak kahwin dengan dia, tak perlulah compare dengan bro lak!” Fatt : “Tak adalah…gurau aje.” Bro : “So, what seems to be the problem?” Fatt : “Hmmm…problemnya, I nak berhenti kerja apabila sudah menjadi isteri dia bro. Okey tak?…sebabnya…” Bro : “Eh Fatt nanti dulu…bro rasa kurang bersetuju tuh. Pasal apa nak berhenti kerja? Kerja you bukannya shift ke or…sampai tak ada masa untuk suami, lagi pun gaji Fatt kan besar jugak tu for office hours!” Fatt : “Tahu bro…tapi, Fatt tengok ramai kawan-kawan yang dah kahwin, bila berkerja, suami mulailah menggatal dengan betina!” Bro : “Amboi…mulut, tak makan saman… why you think like that pulak?” Fatt : “Ya lah…bila isteri berkerja, isteri ada duit…bila ada duit, suami ni mulailah budget! Duit isteri tu disuruhnya kongsi bayar-bayar apa-apa bill. Tak adil kata mereka. So, bila macam tu…suami dah ada duit lebih…bila ada duit lebih mulailah nak belanja untuk perempuan lain!” Bro : “Jadi, Fatt ingat…kalau duk rumah tu suami tak boleh cari lain lah?” Fatt : “Ya lah bro…tapi Fatt pun tak sure jugak. Sebab tu datang nak minta pandangan bro lah ni…” Bro : “Hmm…habis tu, kalau tak kerja, Fatt tak ada duitlah macam sekarang nanti.” Fatt : “Eh bro suami Fatt nantilah yang bagi duit. Kan tanggungjawab seorang suami tu!” Bro : “Tahu…tapi, takkan Fatt nak berharap ngan suami je beri duit kat you?” Fatt : “Ya lah…nak harapkan sapa lagi.” Bro : “Tapi Fatt…bukankah Fatt hari ini penuh dengan keyakinan diri, rasa nak beli apa, you beli…rasa nak pergi mana you pergi…you berdiri gagah! And all of that is because you berdiri atas kaki you sendiri. You punya pendapatan sendiri…are you willing to lose all that?” Fatt : “Nanti Fatt simpanlah apa yang diberi…pandai-pandailah bro.” Bro : “Hmmm…okeylah kalau you dah nekad cam tu, tapi…to me you seperti hidup dalam alam fantasi lah Fatt…realiti nya bukan semudah itu. Memang time sayang ni suami atau lelaki mana pun akan beri apa sahaja kat perempuan…tapi, bila dah bosan, nak dapat 5 ringgit pun susah tau!” Fatt : “Mengapa pulak time sayang aje?…dia kan kahwin dengan kita, dia mesti sayang kan kita sampai bila-bilalah bro, so dia kenalah bagi duit kat kita macam-macam mana sekali pun. Itu kan dah tugas suami…” Bro : “Cakap memang mudah Fatt…you sure ke suami you tu memang seorang yang suka memberi duit selalu? Dan berapa sangat yang dia sanggup beri sebulan? Takut besok dah boring…langsung dia tak nak beri kat you, amacam??” Fatt : “Eleh…Fatt report je kat mahkamah syariah bro, haa cakap suami tak beri nafkah!” Bro : “Yaaa….lepas tu dia pasang lawyer, Fatt nak pasang lawyer dengan apa? Even kalau Fatt menang di mahkamah sekali pun…berapa lama baru dapat result. Sementara tu, Fatt nak pakai duit mana untuk hidup?…kerja tak ada, nak makan apa? Balik minta duit dengan mak?” Fatt : “Habis…duit ni segala-galanya lah bro??!” Bro : “NOoo…but, duit adalah keperluan utama Fatt! You nak masuk toilet pun you kena ada duit, you sakit pun pakai duit…nak cari kerja untuk dapat duit pun perlukan duit dulu…apa-apa sahaja memerlukan duit!” Fatt : “ehhhh…Fatt tak faham lah orang lelaki ni, pasal apa pulak kena ada rasa bosan? Mengapa kena ada time sayang dan tak sayang?” Bro : “Secara logiknya, Fatt sendiri pun ada waktu suka dan bosan kan? Ada Fatt makan nasi dengan lauk sama hari-hari? Sampai masa boring, Fatt akan tukar lauk lain kan? …atau makan mee goreng ke pulak, kan? …Pakaian Fatt pun hari-hari tukar. Ada you nak pakai baju sama aje berbulan-bulan?” Fatt : “Eh bro ni samakan kasih sayang suami dengan makanan dan pakaian pulak, mana boleh bro…tak acilah macam tu.” Bro : “…hehehe, aci ke aci, itulah Fatt, inilah realiti kehidupan, jangan kita hidup dalam dunia fantasi…” Fatt : “Hmmm…habis, nak kena kerja jugak lah ni bro? Malasnyaaa…” Bro : “The best is…you kahwin, tapi you still kerja. Duit you adalah duit you…tak kiralah suami kata tak adil pun. You janganlah ikut kata suami yang minta duit isteri tu. So at least, kalau jadi apa-apa…nanguzubillah lah kan…you know, sekurang-kurangnya you masih ada kerja dan pendapatan sendiri. You nak menyewa rumah balik ke, you nak belanja apa-apa ke…you have your own money!…kalau you tak kerja, sekali bercerai camana nak hidup?!” Fatt : “Alah apa susahnya bro, kalau terpaksa berpisah, Fatt kerja lah balik.” Bro : “ … berkata-kata memang mudah Fatt, bila you dah tak berkerja bertahun-tahun, cukup susah nak mula balik…then kena mula dari bawah balik, takkan nak jadi kuli…adoi perit beb, then nak cari kerja yang sesuai balik, kena pulak you ada anak-anak…fuuuu, bukan mudah! …bukan nak mintak lah Fatt…tapi kita kena be ready Fatt.” Fatt : “Tapi bro, ramai kawan Fatt yang terus berkerja lepas kahwin…suami dia orang pasti ada girlfriend ! Alasannya, isteri dah tak ada masa untuk suami, isteri tak ambil hirau makan minum suami…baju, seluar tak berbasuh, tak bergosok…Itu yang Fatt nak berhenti kerja nak tumpu pada suami dan jaga dia betul-betul, nak beri sepenuh perhatian supaya dia tak ada nak fikir cari lain lagi…” Bro : “Tapi Fatt, kalau you duk rumah saja, lagilah senang suami you berpesta kat luar rumah!…dia lagi free nak tengok perempuan lain. Boleh cakap overtime je ke..outstation ke…apa-apa sajalah alasannya. Fatt bukan tahu, duk
Stress Remedies
“Love is about sacrifice for happiness…happiness is about remedies!” Walau bagaimana berjayanya anda di dalam memiliki sesebuah perhubungan, jika tiada kebahagiaan…tiadalah gunanya. Mulailah stress…tortured…letih dengan semua orang, naik malas dengan kehidupan. So, apakah yang patut kita lakukan? REMEDIES! Sembuhkannya…Rawat hati you, bahagiakan jiwa yang bagai mati itu! Hilangkan stres yang tidak sepatutnya ada. Barulah anda akan bahagia, barulah hati mulai ceria. Kalau asyik buat rutin yang sama atau terperap di rumah saja…bukan saja badan akan jadi lemah…minda anda juga akan jadi lembab, writers like me akan dapat ‘BB’ …tau apa? Brains Blocked! 😉 How you remedy?…macam-macam. Up to you really! Some people likes to go for bikes riding, some likes karaoke or watching movies. Most likes to go on a trips. Holiday mana-mana, like bro lah tuu… So this week, bro just nak share some things that I do for remedy my inner feelings. To tell you all the truth…“I’m not the kid’s guy kind of man.” Tapi sometimes… spending my time with my 2 heroes, helps! Really can give me a big laughed and released stress. Especially when they turned to be cute, bossing me around, nagging me for a movies! “Dad…I’ve been waiting to watch Kunfu Panda for 10years, Dad!” …”Dad, Ironman is dying dad…you likes Ironman do you?” …”Where’s the love dad…I don’t want Icecream, I don’t want anything…jussssssst Kunfu Panda!” ….hahaha how to resist? 😀 How can you not love them? Hahahaha…bila suruh posing, siap buat aksi Kunfu Panda tu. Aihh…budak-budak zaman sekarang ni kan. They are so inteligent just being themselves! Yang ni aksi kunfu panda apa mende pulak ni…habis nak diterajangnya. Yang kelakarnya…orang sekeliling penuh kat belakang melihat aksi this 2 heroes! Hahaha…and aksi tekejut kat Trex Ice Age3 pun ada…hmmm besar besok ganti Brat Pitt lah Adam n Adib ni hehehe… Tu baru Kunfu Panda bro kena nagged, belum Wall-E coming up…Ice Age 3…haaa dulu, Spiderman dengan Shrek sibukkkk aje…nagging! Memang bro pun suka sangat kartun-kartun CGI ni…my favourite la, especially Monsters.inc, The incredibles, etc… Tapi, not while Im busy, working day and night laaa… BUT when Im free…I can watched 3 movies a day! Straight up! hehehe…so that day, one of my heroes birthday…so we went to see Kunfu Panda, Ironman, Narnia…one whole saturday at Mid Valley! Makan popcorn dengan Chicago hotdogs je la aku hari tu hahaha…. So besides merawat hati dan jiwa yang tengah kacau dengan pergi bercuti…bro suka tengok wayang! With or without anyone…cukup-cukup boring bila dah janji nak tengok wayang sekali my girlfriend, mengantuk lah, letihlah…so, bro no hal…I can just go and watched alone! That’s me….especially latest movies cam The Mummy ni coming very soon! Wooo…sure best giler! “So, GSC….gua dah promote macam-macam lu orang punya film ni…kasilah gold seat kat wa!! Fuhhh Rm40 satu seat tuuu…siap baring berlunjur.” Well, that’s about it! …now you all know’s some of my reality life or mine! Which is very private. But, for you guys…bro happy to shared. So, remedies guys! Hidup kita ni terlalu singkat untuk terus berduka, kecewa dan sengsara…bergembiralah! Dengan cara bagaimana kebahagiaan dan kegembiraan yang you all nak lakukan itu terserah… Carilah, mungkin playing golf ke, memancing pun best gak, mandi pantai pun ngam, pergi ke pulau-pulau pun best…it’s one of my favourite lah tu, snorkelling kat pulau-pulau, beach parties. As long as you do things kat luar…aktiviti luaran…then you’ll remedy your inner feelings, minda pun akan lebih terbuka dan relax. Cuma, kalau stress dengan perhubungan…janganlah bawa partner awak pulak hehehe…itu menambahkan stress!! Tengok bro ni… “only boys out, girlfriend duk rumah hihihihihi…” Whatever it is, always remember… “Langit tidak selalu mendung sayang…berlalu awan kelam, reda hujannya, pelangi pasti kan menjelma!” Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Love – Hate
“Love-Hate…bukan sekadar ungkapan…bukan sekadar panggilan, tetapi kenyataan yang amat memilukan!” Pernah satu ketika…seorang gadis yang agak confused dengan feeling that she’s having in her life. Katanya, “I love you, eventhough I know I don’t want to love you.” Faham ke?…bro pun tak berapa nak faham tuhh hahaha…. Mari kita fahami sama-sama… “I cinta kat you walaupun I tahu, I tak nak cinta you.” Lebih kurang begitulah kan…haa bolehlah. Fahamlah tu sikit-sikit hehe 😉 kira macam…Dia Love you tapi, at the same time dia hate to be in love with you… CINTA & BENCI…cinta yang tidak diundang namun tetap bersemi dengan penuh kekeliruan. Cinta yang dibenci…namun tetap hadir dan teramat perit untuk dihindarkan! That’s what we want to talk about!…LOVE & HATE! Cinta yang dibenci bermaksud…cinta terlarang…cinta yang tiada penyudah dan penghujungnya. Selalunya perhubungan cinta begini ialah apabila, “Bercinta dengan suami orang!” Kita tolak tepilah, wanita yang sengaja mencari suami orang untuk dibuat laki dia! Bro nak kita fikirkan sejenak akan mereka yang sebenarnya tidak pernah terniat untuk bercinta dengan milik orang. Reality Check : Through bro punya experience yang mengenali tak terkira ramainya wanita ni, apabila seorang wanita itu tahu atau mengenali seorang lelaki yang sudah beristeri…hilang terus hasrat cintanya yang terpendam tu beb! Ingat dia orang macam, “Ah laki orang, okey aku nak bercinta dengan dia” Ingat cam tu ke? hehe 😀 Bagi wanita selalunya, at first tu laki tu tak cakap dia sudah kahwin. Ada juga kerana layanan mesra lelaki itu yang selalunya suami orang ni…cara layanan dia orang lebih berwibawa dari mereka yang belum kahwin haaa…tak ada kegelojohan, 1st class treatment! Haa, lelaki single ni…banyak yang gelojoh beb, tak pandai menghargai wanita, tu lah masalahnya….hehe sedap je bro ngata ek 😛 Jadi itulah cinta yang dibenci…namun cinta jugak! Mereka ni terjebak…kebetulan pulak, satu ofis atau buat projek sama ke. So memang tak boleh nak elak. Niat nak kawan biasa sebagai teman sekerja je…jadi, bagi bro mereka tidak bersalah beb. Mereka hanya terkeliru…Issh, bukan senang untuk menolak cinta yang sudah sekian lama menjadi impian…lebih-lebih lagi apabila kita kesunyian, cinta hadir dan dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang pulak, aduuuuhhhh….best beb! 😉 TAPI, bro yakin…semua wanita ini, kalau dapat yang masih bujang, 1000X lagi mahu daripada laki orang! Bukan senang bercinta dengan laki orang. Tak ada wanita yang sengaja mencari perang, tak ada wanita yang sanggup berlawan dengan bini tua beb! Bukan mereka mahu…jangan salah sangka. BENCI…TAPI CINTA! Tiada siapa di dalam dunia ini yang inginkan sebuah perhubungan yang pasti mendatangkan kesusahan! Ingat saja-saja suka nak ke? Ada satu kisah benar yang berlaku kepada kenalan bro, Gadis ini Fai namanya. Fai telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin. Dia dan lelaki itu tidak pernah plan untuk bercinta. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Persahabatan mereka juga adalah semata-mata kerana lelaki itu mahu menolong masalah cinta yang Fai hadapi. Tidak pernah terfikir oleh mereka, ingin menjalinkan sebuah perhubungan cinta. Tetapi masa yang diluangkan bersama setiap hari telah merapatkan mereka sehinggalah mereka telah jatuh cinta. Namun, bagi Fai…dia tidak mungkin dapat menerima lelaki itu kerana dia tidak mahu lelaki itu menceraikan isterinya kerana dia cukup faham hati wanita yang dikecewakan, apatah lagi diceraikan pula… Fai juga tak boleh terima jika anak-anak lelaki itu membeza-bezakan dia dan ibu mereka. Untuk jadi isteri kedua juga dia tak sanggup bermadu…so situasi ini jelas sekali…LOVE-HATE! “Dia amat cintakan lelaki itu tetapi dia teramat benci dengan status lelaki itu.” Apa yang bro mahu you all fikir sejenak ialah hati dan perasaan wanita yang bercinta dengan suami orang ni. Janganlah fikir mereka jahat, atau sengaja nak curi laki you…mereka sendiri pun menghadapi kesukaran dan kekeliruan yang teramat sangat. Mereka juga terluka…sedih tau… Bayangkan satu perhubungan dan kasih sudah berada di depan mata tetapi hanya dapat melihat saja. Betapa pertemuan yang sudah terjalin bagaikan sudah terlewat. Bagaikan sia-sia saja cinta yang terjalin…Cinta sejati penuh di hati tetapi tidak dapat disentuhi apatah lagi untuk memilikinya…sedih…pilu…yang hanya dirasai.. 🙁 Nak break, nak putus…hati sudah sayang…cinta sudah bersemi…rindu semakin rindu…benci macamana pun…hati tetap cinta. Yang pasti, perhubungan cinta sebegini tiada akhirnya…mereka yang berada di dalam situasi ini pasti akan terkecewa, dan mengharungi kesedihan yang teramat sangat kerana pada akhirnya, demi cinta, demi kasih dan sayang…dia terpaksa melepaskan cinta itu pergi… Wasalam! 8) p/s : Semasa bro menulis artikel ini, bro telah mendapat berita dari bloggers yang selalu mengunjung ke blog bro ni CM, iaitu “NURIN aka Love n hate” telah mengalami kemalangan jalanraya…bro doakan agar beliau cepat sembuh INSYAALLAH! Dedicated this article to you my dear friend, Love&Hate! Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Wanita terlalu lemah!
Maaf jika ada kaum wanita yang mungkin tersinggung atau akan sedikit terasa dengan apa yang bro tuliskan ini. Tapi what else is new? As for all of you knows that, Bro selalu menulis secara terus-terang dan direct from my own experience. Like it or not, it’s Reality Check!! 😎 1st of all…tarik nafas dulu ya akak-akak…adik-adik, bawak bertenang, idok pun sesabor sikit! Teman bukan nak mengate…Cuma teman dah terlalu kesian melihat pompuan teraniaya! Ramai bebenor dipermainkan! Hehe… 😛 Mengapa wanita hari ini terlalu lemah? Mudah terpedaya sehingga berkorban apa sahaja demi lelaki yang baru dikenalinya. Hanya kerana cinta yang didamba, hanya kerana sayang, maka ku serah jiwa dan raga…mengapa??? Bukan nak menyalahkan kaum wanita, tetapi itulah hakikatnya. Seolah-olah lelaki ini bagaikan Superman yang boleh membawa wanita ini terbang, hanyut dan khayal di awan-awangan…Bro tak nak cerita pasal sex lah…itu dah jauh. Kita cerita pasal bagaimana boleh terjerumus di awal-awal nya itu kemudian…ditinggalkan…dikecewakan…dibiarkan begitu saja…forget about setelah dapat madu sepah dibuang…itu dah terlalu deep di dalam perhubungan tu… Pada awal perhubungan tu…mengapa wanita begitu lemah dan cepat terpedaya dengan lelaki? Hanya kerana layanannya yang begitu baik? Kerana dia seorang yang penyayang?Loving? Caring? Romantic cam bro ni? hehe… 😀 You know…bro kenal seorang gadis ni, memang lawa…dan sweet sangat! Memang jatuh cinta dengan kecantikannya, keayuannya dan manjanya. Sebagai seorang lelaki, pastinya bro berusaha sedaya upaya untuk memikatnya, hampir semua orang disekeliling kami memang menganggap kami couple…tetapi hakikatnya dia begitu gagah menepis. Sememangnya dia telah jatuh cinta pada bro…tak jatuh cinta macamana…gua ayat power beb, romantik lagi, hahaha…then, berbagai hadiah bro berikan, lepas tu sentiasa meluangkan masa bersamanya, mengambil berat tentang dirinya, dan benar-benar meluahkan isihati serta kasih dan sayang kepadanya setulus hati … TETAPI…jawap dia, “Kita baru kenal baru berapa bulan…mana boleh kita jatuh cinta? At least 2-3 tahun!” Tanya bro pada dia, “What??…2-3 tahun?…I’m confused, you ni tak rasa love kat I ke?” “Sayang…tentu saja I ada feeling kat you, tapi kita kena betul-betul saling kenal isi hati yang sebenar, saling kenal keluarga, kita terus berkawan rapat laa, sehingga kita dapat melihat kehidupan yang bakal kita lalui bersama, barulah boleh buat keputusan…” Can you all imagine?…kalau lelaki lain bro pasti, terus ayat punya…selagi tak dapat. Tapi, dari sini bro dapat melihat dia adalah seorang yang benar-benar mengetahui what is she talking about. So, nak ayat lebih-lebih dah tak guna. Yang penting kita berkawan, kalau ada jodoh…adalah, Cuma kenalah selalu memasang niat suci, betul tak? Tapi sekarang ni, persoalan kita, mengapa hampir semua wanita hari ini terlalu lemah dan tidak boleh menjadi strong seperti gadis manis yang bro kenali itu? Berpendiran tegas dan tetap. What happen to all this women?…Bukan wanita kat blog atau forum bro laa…wanita di luar sana la, yang kat sini baik-baik belaka 😆 … Mereka ni, di awal-awal dah terima cinta lelaki…Mengapa begitu cepat jatuh cinta? Mengapa begitu lemah dengan pujuk rayu lelaki? Ikut je apa lelaki minta, percaya aje apa lelaki cakap…Man, will always be man!…selagi tak dapat, selagi itu dia akan adjust sampai dapat!…buat macam-macam yang terbaik, cuba dan terus mencuba …jadi, tugas kaum wanita adalah mengelak! Menepis! Bukan baru sebulan dua dah macam belangkas!…Wake up women, love takes time!! Bila dah terpedaya, bila dah tertipu…merana seorang diri, duk berharap yang itulah juga…nak buat macamana, dah terlanjur bercinta… Ramai wanita yang bro temui berkata :- “Dia sayang sangat kat saya bro…tapi kebelakangan ni, hambar…tawar..” “Dia janji nak sehidup semati dengan saya bro…dia memang nak kahwin dengan saya.” “Dia janji nak tinggalkan isteri dia untuk saya bro…kesian kat dia…rumahtangga dia tak bahagia.” “Isteri dia selalu hina dia, tak layan dia…itu yang dia duk cari saya aje bro.” “Dia janji nak bayar hutang dia tu, tapi duit projek dia tak dapat-dapat lagi. Bila dapat nanti bolehlah kami kahwin.” “Boyfriend saya kata, hujung minggu nak bawa saya jumpa mak bapak dia…” “…biarlah ada seribu lelaki lain yang nak kat saya, saya nak jugak kat dia bro camana sekali pun!” “Dia memang selalu keluar dengan kawan-kawan dia…dan tak suka saya keluar sama-sama.” Hakikat kepada kesemua kata-kata ini adalah… “TIDAK KESAMPAIAN!” Yes!…semuanya tak menjadi, semuanya hancur! Sedar tak kaum wanita semua…apa yang anda katakan itu adalah alasan dari mulut pasangan anda!!…bukan dari anda, yang anda pulak tolong cover kat dia… Akhirnya, segala-gala harapan yang menjadi taruhan…tinggal harapan. Dia hilang entah kemana, janji tinggal janji…cinta terbiar begitu saja bak kapal laut yang kehilangan nakhoda, tersadai di tepi pantai, walau dipukul ombak deras…namun langsung tak bergerak…makin lama, makin reput…hingglah tak berguna lagi… Begitulah juga wanita-wanita ini, berbulan malah ada yang bertahun menunggu dengan penuh kesetiaan. Si jantan pula lesap…berkurun bahagia dengan yang lain…namun, wanita ini masih menunggu, merana sendirian…semuanya hanya kerana mulut manis seorang lelaki! So, from now on…all women, BE STRONG!!! Anggap diri anda …andalah wanita yang sejati!…anda lebih berharga dari segala-galanya! Anda bukan barang mainan, anda bukan perak, bukan gangsa anda adalah adalah emas dan permata yang tak ternilai harganya!! Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com