3 cara mudah mengundang jodoh
Dah lama kita semua tahu berbagai cara untuk memikat lelaki/wanita untuk menjadi pasangan. Kita semua juga tahu berbagai cara menjaga pasangan. Tapi yang Brother Love hairannya, masih ramai lagi yang kecundang! Terkecewa dan akhirnya give up! “Malas aku nak fikir soal jodoh!” …sebenarnya, apabila kita selalu dikecewakan, selalu gagal, itu adalah seumpama satu latihan untuk kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bijak serta akan berjaya kelak. Sebagai contoh, cuba anda dekati mereka yang selalu gagal, atau lihat diri anda sendiri yang berpengalaman dikecewakan. Sure, berbagai pendapat, pendirian, pengalaman yang anda dapat. Malah, anda juga semakin tahu erti cinta dan pasangan yang bagaimana yang anda harus miliki. Kalau balak/minah nak senang-senang kelentong, sure anda dapat meneka punyalah…. betul, tak? Hehehe…Jadi, jika anda putus asa, rugilah segala pengalaman yang sudah anda lalui itu. 😉 Seperti kita semua semasa kecil dulu juga, mencuba untuk naik basikal, mesti you all berkali-kali jatuh dulu, kan? Bro pun sama, mana boleh terus bawa je. Mesti rebah, sure luka…kemudian barulah boleh berkayuh 2-3 kali, then jatuh lagi. Setelah berkali-kali mencuba, lama-lama barulah kita pandai menaiki basikal, berkayuh bukan main laju lagi. Tapi jika semasa anda berkali-kali jatuh dulu, anda terus berhenti, giving up dari mencuba untuk menaiki basikal lagi, adakah anda akan pandai? Adakah anda boleh mengayuh basikal? Tak mungkin, kan. 😛 So, jika gagal..teruskan usaha anda untuk mencari kebahagiaan yang anda impikan itu! Ingin bro berikan sedikit panduan khas untuk you all menjadikan diri berpotensi kearah perkahwinan. Haaa…bro ni memang suka sangat kalau you all kahwin! Cuma, janganlah lupa ajak bro pulak nanti, bro ni memang favourite makan nasi minyak 😀 Okey, cuba anda praktikkan 3 cara mengundang jodoh dari brother love ni :- Cara 1 : Sentiasa merasa gembira untuk orang lain. Maksud bro, bila kita lihat orang berpasangan, kita gembira untuk mereka. Bila kita lihat orang mahu berkahwin, kita rasakan gembira untuk mereka. Ini tidak, bila orang kahwin, mulalah kita nak mengata. Relekla dulu, muda lagi… Alah bukan bagus sangat mamat tu. Tak hensem pun… Eee…macamana minah tu dapat mamat cam tu Mas kahwin pun sebuah quran je, apa kelas Kerja kuli je pun nak kahwin Ishh minah tu bekas ni laaa…tak padan ngan lelaki tu… Mungkin, ianya sekadar menyedapkan gossip sesama kawan. Tetapi, tahukah anda bahawa, sekali anda mengata tentang jodoh orang, seribu kali Tuhan lambatkan jodoh anda! Haaa…amacam? Kita selalu bertanya, manalah jodoh aku, mengapalah tak datang-datang jodoh aku… 😀 So, ubah diri anda terlebih dulu! Jadikan diri anda happy melihat orang bahagia, happy melihat orang berpasangan, happy melihat mereka yang berkahwin tanpa sebarang perasaan hasad dengki. InsyaAllah, jodoh anda akan happy datang kepada anda! Cara 2 : Kelilingkan diri anda dengan mereka yang berpotensi, elakkan dari dikerumi mereka yang tiada masa depan. Cuba anda lihat diri anda sendiri, bro yakin you all sendiri pun melihat siapa disekeliling si dia yang nak diminati tu dulu kan? Kalau dia dikelilingi dengan kutu malam ke, jobless ke, penagih ke, tak normal ke…adakah dia berpotensi untuk masa depan anda? Contoh : Jika anda wanita, Kelilingkan diri anda dengan lelaki-lelaki yang berkarier, mempunyai keluarga yang baik. Berkawan sejujurnya dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang menarik. Ramaikan kawan-kawan lelaki yang masih single tetapi inginkan sebuah perkahwinan. Elakkan dari dikerumi terlalu ramai wanita supaya hanya anda yang menjadi tumpuan. Elakkan dari berkawan dengan mereka yang tiada masa depan, agar anda tidak dilihat sebegitu juga. Elakkan bersama wanita yang tidak minat lelaki. 😉 Untuk lelaki pun, lebih kurang samalah. kelilingkan diri anda dengan wanita-wanita yang baik, beragama, berkarier, personaliti yang menarik dan elakkan dikerumi wanita yang tidak baik serta lelaki yang meminati hanya lelaki 😉 Basically, ubah kawan-kawan anda agar penampilan anda juga turut berubah ke arah mengundang jodoh dan kebahagiaan yang anda ingin kecapi selama ini. Cara 3 : Bantu seramai yang mungkin untuk ke jinjang pelamin. Apabila ada kawan lelaki atau wanita yang inginkan pertolongan, bantu mereka! Janganlah merasa kecewa jika si dia tidak berminat dengan anda. It’s okay! Apabila kita tolong dia, ramai lagi nanti yang akan menolong kita untuk giliran kita ke jinjang pelamin. PERCAYALAH! Jangan risau sangat jika jodoh anda masih belum ditemui. Teruskan membantu mereka menemui jodoh mereka, bantu dengan seikhlas hati. Teruskan memudahkan kawan-kawan anda mendapat jodoh mereka. InsyaAllah, jodoh anda juga akan bertambah mudah. Simple je kan? Sudah tentulah…3 perkara ini adalah perkara asas je yang perlu kita praktikkan dalam hidup kita sebenarnya. Bro harap you all terus berpegang dengan 3 cara dari Brother Love ni ya…InsyaAllah, berkat! 🙂 ikhlas, Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com
Tiada lagi cinta mu…
Tiada Lagi Amy Search Sia sia sudah Kita jalin cinta Bila hati selalu berbeda Sampai kapan lagi Ku harus menahan Rasa kecewa di dalam dada Seandainya kita masih bersatu Tak mungkinkan menyatu Walau masih ada sisa cinta Biarkan saja berakhir sampai Di sini Tiada lagi yang ku harapkan Tiada lagi yang ku impikan Biar aku sendiri tanpa diri mu Tiada lagi kata cintaku Takkan lagi ku bersama mu Biar ku simpan semua Kenangan ku bersamamu… Fin. Menikmati rasa sebuah cinta yang begitu hangat, bagaikan satu pengalaman yang tidak bisa kita lupakan. Sentuhannya, bagai dinginnya salju menyusuk masuk ke dada…bagai ingin kaku…bagai benci tapi mahu… Sayangnya, cintanya kepada si dia dengan seluruh jiwa namun…bagai tiada penghujungnya…bagai diasak kerikil…bagai benci sebencinya… Akhirnya, kita bagai mengerti…tiada lagi…tiada lagi cinta mu…tiada lagi kasih mu…tiada lagi rasa ingin bersatu… Pastinya…si dia telah dapat merasakan cinta di lain maya…mungkin sayang pada yang lain…mungkin cinta yang lain…Kita bagai dapat menerima…kita bagai dapat mematuhi…kita bagai mengangguk lengoh…kita bagai sepi sesepi-sepinya…jika kebahagiaan dengan yang lain impiannya…jika kehidupan dengan yang lain inginnya… Lalu…kita mengundur diri buat selamanya, memberi laluan pada yang lebih bererti. “Membiarkan orang yang disayangi pergi kepada orang yang dia lebih sayangi, adalah satu pengorbanan yang menjanjikan kebahagiaan sebenar di masa hadapan!”
Jangan berhenti bercinta!
“Kereta, Otak & cinta…semuanya sama!” Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu…dah tak sama beb 😛 Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama… Otak ~ Yup!…begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka ‘enjin’ untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!… 😮 Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak! CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, “Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh…adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan” ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi…Jangan sesekali berhenti dari bercinta! 😉 Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu…hanya menyerah pada yang Esa. Hey….Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!… 😥 Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta…SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah…enjin mati, otak beku!…CINTA??…samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang… akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan? 😳 Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda akan jadi semakin faham tentang percintaan! Apabila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!… kan itu yang anda mahu? …jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, “JANGAN BERHENTI BERCINTA!” 😎 Ikhlas oleh, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Tanjung Jara Beach Resort.
Salam Cinta dari Brother Love 🙂 …hey bro harap you all semua happy je dan selalu bersemangat dalam menggapai cinta. Sebuah kebahagiaan itu pastinya datang dari keingingan kita serta naluri ingin mengecap nikmat cinta, kasih dan sayang, betul tak? So, salah satu cara untuk happy dan menyemarakkan rasa cinta, pastinya, holiday… Haa…cam? Handsome tak? kikiki…baru-baru ini, bro telah pergi bercuti sesambil menenangkan fikiran di Tanjung Jara Beach Resort. Memang lawa memang cantik!…tapi tengok bro tu…bercuti pun, laptop tetap bawa, internet tetap masuk, email tetap jawab, blog tetap ON! 🙂 Hebat tak villa yang bro ambil ni? Memang cun! Depan beach betul-betul, besar dan amat selesa. Siapa pula yang ngambik gambar bro tu ya…sshh..Rahsia! Hehehe…You all nak tahu harga villa ni untuk menginap semalaman? Haaa…ni Berjaya Group YTL punya jadi memang cekik darah! Satu malam… RM1,000!!! Tapi…LAWA! hebat dan cukup relax sekali. Dia macam Villa + Hotel mewah gitu. Luas dan buka balkoni je terus depan pantai. Bro memang happy sangat datang sini. You all yang ada masalah2 cinta tu kan…datang sini je, pasti selesai! Romantik beb… Bilik air dia yang bro paling suka sekali, luas sangat. Ada 4 ruang dalam 1 bilik air! Hebat tak? Ada bilik shower, bath-up, ada bilik termenung, ada ruang make-up then ruang get ready gitu…best! Oopsss…terseksi sekejap! Relek arrr… 😛 Jom-jom makan pulak…dah lapar ni bila dah settlle “Putera berendam” …bukan puteri ekk. 😆 Ini pulak, pemandangan sebelum masuk ke restaurant dia.Tapi tang ni memang bro hangin sikit…ada ke patut, tempat cantik, resort hebat…makanan tak best langsung! Dah lah tu…macam beli kat gerai-gerai murah je…Kalau Tanjung Jara Management baca ni haaa…tolong ya! Change your chef!! 😉 Ini pulak, perjalanan masuk ke SPA dia…fuhhh memang cantik! Memang cozy, soothing and romantic!…as usual, harga SPA dia…ambik pakej la kalau nak murah which is RM1400!!!…mak oi! 😛 So…on top of all that happiness, takkan pergi holiday sorang2, boring la kan. Mestilah pergi dengan seseorang hehehe….ok, ramai yang duk tanya2 tu…there you go, itulah gambar bro dengan girlfriend! OOooppss….tergelap pulak gambar tu! Apa-apa pun, yang penting happy! Itulah yang bro selalu katakan. Laung-laungkan! Bila you happy, apa-apa you buat pun you all akan rasa best. Tapi kalau perhubungan kita tak happy, no point kita nak menunggu lagi beb….don’t wait, MOVE ON! Razzi Rahman @ Brother Love www.razzirahman.com
Aku kehilangan sayang…
Bertahun aku berbicara soal cinta, berkurun aku bergelumang dengannya, apakah aku sudah merasainya? Apakah aku pernah diselimut reda dengan sentuhannya, tenang setenang hujan rintik, diam dibalutinya? Kadang aku kaku tanpa sebarang tutur…longlai, lesu seluruh saraf…hati bagai bertanya…jiwa bagai mengintai di balik daun-daun yang menghijau… Sayang, di mana kah kau ghaib dari kanta? Kasih kemanakah kau lenyap di celah-celah kabus yang mengelilingi aku? Apakah aku harus terus menjenguk, melilau, mendamba, mengungkap tutur basi? Ya…aku sayang pada mu… Bisakah itu dapat membawa kau pulang ke kelembapan malam, dingin pagi, lemah ombak menampar pantai, lemah lagi jantung yang berdegup. Berzaman pula aku menunggu dan terus menunggu detik dan ketika kau membawa kembali kehangatan cinta. Namun, seperti helang berpindah sarang…takkan kembali serupa silam. Apakah sudah sampai ajal cinta ini? Sayang, kemana kah kau menghilang? Bagai bari sudah tiada rasa, bagai kalbu sudah tiada resah, bagai telapak tangan hilang deria, bagai rongga tiada bau…aku kehilangan sayang… Mutiara Cinta : “Sukar mencari cinta tidak sesukar mengedongnya, mudah bercinta tidak semudah menjaganya!…Jagalah dia sebelum sayang hilang darinya.” Razzi Rahman @ Brother Love
Salam Cinta dari Brother Love
FREE! FREE! FREE!… 🙂 Pemberian percuma dari Bro untuk you all sume. Fuuhhh…lega rasanya setelah siang dan malam bertungkus lumus menyiapkan design website bro ini dengan new look, then kat blog pun tukar new look jugak. Then bro tambah forum bicara cinta pulak…then kini, ebook kelima, terbaru dari bro. Hope you all like it. Something very personal from me. Khas untuk semua, salam perkenalan! Tajuk ebook : Salam Cinta dari Brother Love Penulis : Razzi Rahman Size : 4mb Value : RM49 >> PERCUMA – Not For Sale! 😉 Satu permintaan dari bro, semuga kita semua dapat membantu antara satu sama lain dengan menimba ilmu dari ebook ini. Sudah berminggu kita bercerita dan berceloteh tentang kekecewaan dan kegagalan di dalam percintaan. Semuanya kerana tiada persediaan dalam menghadapi kehidupan di dalam percintaan itu sendiri. Jadi, insyaAllah…ebook ini dapatlah membantu kita semua dalam persediaan itu. So… Bagi you all yang mempunyai blog atau website, feel free to give visitors you all download ebook bro ini – no hal punya! It’s FREE… tapi jangan la jual lak. Cuma please link ke blog ini ok. Lebih senang jika you all ambil je imej ebook itu dan letakkan at your site. 😉 Terimakasih bro yang tidak terhingga kepada anda semua yang tidak henti-henti memberi sokongan! I love you all! THANK YOU.
Cinta yang diidamkan – Finale
Sudah larut malam, jam hampir pukul 2:30 pagi. Bro dan Taurus Girl semakin mellow… Cara perbualan kami dah semakin ke arah emosi, perasaan sayang, cinta yang hilang dan terbiar sekian lama… Kadang-kadang sedikit sebak di dadanya kelihatan mengunjung. Mungkin bro yang bersalah kerana meninggalkan pergi demi mengejar cita-cita di kala itu. Apa boleh buat, bro tidak nampak betapa begitu dalam cintanya. Betapa dia adalah gadis yang bro cari-cari selama ini. Segala-gala citarasa bro memang ada padanya. Namun mungkin juga kami agak muda remaja di kala itu… dia cepat marah orangnya, totally different kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Bro pulak jenis malas nak ambil tahu…lantaklah apa nak jadi…JADI. So thats why kami selalu bergaduh, arguing all the time. Selalunya, faktor umur dan pengalaman amat mempengaruhi sesebuah perhubungan. Kalau lah kami berdua mempunyai pendirian dan keperibadian seperti sekarang, sudah pasti cinta kami akan kekal dan bahagia…tetapi keluarganya tetap tidak akan terima bro kerana bro hanyalah orang kebiasaan…. bukan dari golongan, ‘Bangsawan’ sepertinya. So, too much hassles and problem… Sebelum kami berangkat pulang. Terkeluar juga soalan yang sudah terpendam sekian lama. Maaflah friends semua, bro tak tahan lah…nak tahu jugak kan kikiki. So I asked her… “Do you ever get over me?” dia diam… Alamak!…aku dah salah tanya ke? Takkan kut. Bro hanya nak tahu dia boleh lupa bro senang-senang je ke that’s all. Sebab maybe… masih ada cinta? 😛 So, sebabkan dia diam…bro terpaksalah bertanya lagi, “Do you still have the love that we treasured before?” …dia mengangguk! Ahhh…perasaan teruja yang teramat sangat. Bestnya…she still have the love. OUR LOVE! Tapi…tiba-tiba, airmatanya mengalir deras. Cepat-cepat dia menyambar tisu di meja, mengelap matanya… 🙁 “Zi, kita putus dulu…bukan kerana sudah tidak ada cinta. KITA MASIH CINTA! Tetapi kerana keadaan…kita terpaksa. Jadi pastinya, cinta itu akan terus kekal. Tapi…it is not the same.” Terpana bro seketika. Wondering apa yang mahu dikatakannya lagi… “Selepas you…I berkahwin dan selepas beberapa tahun, dia meninggal! Tengoklah nasib I, setiap kali I mempunyai lelaki yang I cintai…I akan kehilangannya walaupun I masih sayang, dan teramat cinta! Tak berpisah…meninggal dunia pulak.” “Oh my God! I’m sorry…” Itulah sahaja kata-kata yang terkeluar dari mulut bro yang sudah agak kelu dan terkejut dengan kisah Taurus Girl… Mungkin dari sini, dari beberapa pengalaman pahit inilah, dia belajar menjadi seorang yang sangat tabah dan istimewa. Katanya lagi, “Bertahun I merintih dengan pemergian you…masa I nak kahwin dulu pun, I masih menangis dan telefon you kan, remember?…then I kena meratap pulak dengan kematian exhusband I… One day I woke up. THAT’S IT!…I takkan bersedih lagi kerana orang lain. Hidup I yang hancur…I nekad untuk kekal bahagia dengan cara I sendiri, tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain… I mahu, I bahagia!…I, bukan orang lain!” Fuhhh…apa nak kata lagi?? Jadi, dari perbualan kami…dalam duk happy-happy dan sedih-sedih. Bro tak lupa untuk berkongsi dengan anda semua tip dari dia. Tip dari A Taurus Girl… Berhenti dari meratap dan bersedih dengan segala kekecewaan yang melanda diri. Kerana ia hanya akan merosakkan anda malah akan terus meranakan hidup anda. Fikirkan diri anda yang masih terumbang-ambing itu terlebih dahulu. jangan fikirkan dia, tetapi fikirkan anda dan bahagiakan anda, jayakan diri anda dengan segala apa yang ANDA MAHU! Jam hampir pukul 3 pagi, kami membuat keputusan untuk pulang. Anda tentu tertanya-tanya, samada dia sudah berpunya atau belum kan? Eh Bro pun sama jugak…tetapi tak berani tanya. Dari sepanjang perbualan kami, yang jelas…ramai lelaki dalam hidupnya sekarang. Ada yang mahu berkahwin dengannya, ada yang selalu keluar-keluar dengannya. Yang nyata dia sememangnya mempunyai banyak pilihan… So far, she is still single that I can see dan dia boleh keluar dengan bro? Amacam? Tapi for me…I pun nak buat macam dia jugak. Ada banyak pilihan, barulah diri ini tidak terkecewa lagi… You all nak jugak 😆 ? Kalau nak juga bolehlah dapatkan ebook ini 😉 p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini. Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
Cinta yang diidamkan – Part II
“Jangan mencari cinta itu, biarkan cinta itu hadir ke dalam hidup kita!” “Aik, itu memang I ada tulis dalam buku kamus cinta tu.” kata Bro kepada Taurus girl. Jam sudah 1:00 pagi tapi kami masih hangat berbual-bual tentang uniknya cinta yang diidamkan. Jauh disudut hati ini, terasa sangat-sangat selesa dan cukup senang dengan dia yang begitu serasi dengan cara pemikiran bro sendiri. Bro saja-saja tanya dia lagi 😉 , “So, kalau you tak cari cinta itu, macamana you nak dapat?”. Dia jawab, “Hidup ini mudah, hanya manusia itu yang menyusahkannya. Belum apa-apa lagi, kita mulakan ayat kita dengan perkataan, Takut tu laa…susah ni laa. So macamana kita nak senang?” Betul sangat kata dia. Ramai di antara kita, mudah risau dan takut walaupun belum mencubanya lagi. Waa…mungkin penampilan dia langsung tidak berubah, masih seumpama supermodel. Tetapi pemikirannya sangat-sangat matang sekarang. Bro sangat admire dia now…Tapi, dia masih tidak menjawab soalan bro tadi… “I tak tahulah Zi…setiap kali I tak cari sangat sesuatu perkara itu, ianya akan menjadi dan mulai hadir dalam hidup I…please explain to me.” jawabnya kemudian. “Well, Taurus Girl…apabila kita tidak memikirkan sangat apa yang dicari dan diidamkan, actions kita juga tidak melampau, cara kita juga menjadi lebih teratur dengan itu diri kita sendiri akan kelihatan menarik!” jawab bro. “Wow!…I guess that’s what happen to me.” Tip dari A Taurus Girl… Jangan sibuk-sibuk fikirkan cinta yang dicari dan diidamkan itu. Cinta akan hadir dalam hidup kita. Apa yang penting ialah emosi dalaman kita mesti tenang dan bersedia menghadapi cinta yang bakal hadir itu. That’s what I do! Basically, apa yang Taurus Girl buat ialah secara tidak sengaja, dia telah mempersiapkan hati dan perasaannya supaya tidak mudah terkecewa, tetapi lebih tenang menjalani hidup seharian dengan tidak memikirkan soal mencari cinta, sebaliknya menampilkan diri lebih menarik dan seterusnya membuka hati kepada sesiapa sahaja yang benar-benar serius ingin bercinta dan mahu mendirikan rumahtangga dengannya! Ingin mengikuti lebih lanjut ceritanya…pastikan anda kembali ke blog Brother Love untuk sambungan kisah bro dan Taurus Girl yang memiliki pendirian yang sangat hebat ini… p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini. Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com Share this article at your facebook…
Cinta yang diidamkan…
“Semua orang mengidamkan dicintai, disayangi…tetapi tidak membuat persediaan untuknya!” Semalam, semasa masih di kota metropolitan, sungguh tidak disangka-sangka seorang teman lama telah menghubungi bro setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Kami bertemu dalam situasi yang sangat berbeza dan sungguh menggembirakan… A Taurus girl…dia seorang yang sangat cantik, high class, tinggi, sangat manis dan mempunyai personaliti yang sangat-sangat menarik. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terpesona! Bro sangat-sangat teruja bertemu dengannya, dan yang paling terkejut… Bukan sahaja wajahnya langsung tidak jauh berubah malah jauh lebih cantik dari dulu. All I can say, “WOW!” …menyesal pulak 😆 Sepanjang perbualan kami, dia turut teruja dengan buku Kamus Cinta yang bro tulis. Tetapi, ada 3 Quote yang sangat-sangat menarik terkeluar dari mulutnya yang manis, yang bro mahu kongsi bersama anda semua. Katanya, ramai diantara kita yang sangat mengidamkan diri masing-masing dicintai dan disayangi sesungguh hati dengan cinta yang sejati. TETAPI…masih ramai yang tidak sedar akan diri masing-masing yang tidak membuat persediaan untuk dicintai…katanya lagi, kebanyakan mereka sebenarnya hanya menunggu dicintai dan bila ditinggalkan atau pasangan hambar, mulailah pula memikirkan mengapa ianya terjadi begitu. Tip dari A Taurus Girl… Sepatutnya, demi cinta yang diidamkan..kita seharusnya bersedia dengan penampilan yang menarik, keyakinan diri yang jitu dan berusaha menonjolkan diri sebagai seorang yang hebat dan tidak mudah untuk dipermain-mainkan! Kata-katanya begitu bermakna dan So deep! Oops, nak tahu lagi kisahnya? Bro akan sambung lagi 2 days time… p/s : Perbualan kami sangat lama sehingga mengambil masa sepanjang malam, so minggu ni bro akan bercerita kisah bro dan Taurus Girl ni k. She is really a great person, we had a really great time last night.
Wanita suka diseksa!
“Walau dikeji, tak dipeduli dan ditinggalkan, namun cinta ku tetap kepadanya. Aku akan tetap mengagungkan kesetiaan ku kepadanya sampai bila-bila…” Ungkapan sebegini, berjuta kali kita mendengarnya, malah mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus dari dalam diri kita yang berbisik. “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.” Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda yang berkata-kata. Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut “Abang Cinta” menasihat dan memberi pendapat…jawapan mereka yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :- Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro Sudah 4 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro. Biarlah, dia nak buat kat saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia. Apabila bro cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain, atau pun sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana :- Tak bro…dia tak macam tu…dia baik Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat… Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya …dan berbagai-bagai alasan lagi KHAS diberikan kepada bro demi dia yang dicintai. Sedangkan, si dia sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang, mungkin sudah kahwin. Tapi, wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus bercinta dan bahagia bersama lelaki itu. Namun di akhir perbualan, selalu wanita itu akan berkata, “Kalaulah bro tahu dan rasa bagaimana terseksanya jiwa, batin saya…” So, jelaslah…”WANITA SUKA DISEKSA!” Namun mungkin hanya diwaktu mereka masih buta dalam bercinta. Tapi takkan nak buta sampai berbulan-bulan. Ada pula yang bertahun-tahun. Anda tak rasa pelik ke??…wanita ini tahu yang hidup mereka terseksa, wanita ini sedar yang mereka telah ditinggalkan…tapi mengapa masih mahu menunggu? Mengapa masih mahu setia?… Pendapat Brother Love : Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN. Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi itu, adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah mengagak! Bila sudah berhari-hari tak call : Jawapannya – Sudah ada orang lain la tu Bila bercakap kasar : Jawapannya – Sudah bosan dengan perhubungan kita la tu Bila selalu keluar tanpa kita : Jawapannya – Mulai nak cari yang lain la tu Sudah tidak mesra : Jawapannya – Sudah tiada cinta dan sayang lagi Menghilang diri : Jawapannya – Sengaja melarikan diri dari kita Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu, tapi mengapa masih mahu menyeksakan diri anda dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa?? Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru, “Berhenti menyeksa diri anda sendiri beb, MOVE ON!!!”