Cinta itu milik ALLAH
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya adalah di tangan Allah. Dia Maha Pencipta dunia dan rahsia alam ini. Semuanya milik Dia… kasih, sayang, benci, rindu dan pastinya Cinta adalah milik Allah. Dalam Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dianugerahkan pula kepada kita, hambanya ini dengan segala rasa yang ajaib dan bisa menggegarkan jiwa. Mungkin rasa pelik sekali imbas, melihat akan kehidupan kawan Razzi ini, let’s call her Diah (Don’t worry D, i replace nama sebenar you dah ) 😀 – Well, kisah Si Diah ni adalah tentang JODOH sebenarnya.
Ada lebih 10x buat KESILAPAN dalam percintaan?
Cuba kira-kira balik, sudah berapa banyak kalikah kita melakukan kesilapan di dalam perhubungan? Tak pernah buat salah? TAK MUNGKINNN… setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan dalam cinta atau tersilap membuat keputusan. Semua ini adalah disebabkan, salah pertimbangan. Perkara ini adalah perkara biasa, tetapi kesannya amat luar biasa sakitnya 😛 – Razzi tahulah sebab Razzi pernah merasainya… Cuba baca dan renung-renungkan, adakah kesilapan-kesilapan ini, pernah kita lakukan dan anda pernah mengalaminya sebelum ini :-
Wanita umur 30 tak kahwin lagi, masih adakah peluang untuk berkahwin?
Kebanyakan lelaki, jika disuruh pilih untuk berkahwin dengan wanita, pastinya memilih yang muda, cantik, dan masih ‘bergetahhh’ lagi. Untuk lelaki-lelaki ini mudah-mudah jatuh cinta, wanita pilihan mestilah yang boleh mengancam jiwanya dan waktu boleh terhenti seketika apabila melihat wanita itu… haha aduuuhhhh :p Ada, bukan tak ada yang menyukai wanita berumur. Namun, kita sendiri boleh lihat teramat jaranglah sangat. Kalau dalam 10 orang lelaki, mungkin 1 atau 2 sahaja yang meminati wanita yang sudah melebihi 30 tahun. Apatah lagi, lelaki yang sudah berumur, untuk menaikkan semangat mereka, sudah pastilah kena dengan wanita yang cun melecun, masih muda dan solid gitu. Lelaki muda? Lagilah sukakan wanita muda. Tak disangkalkan ada juga lelaki berumur yang suka kepada wanita yang lebih matang kerana penat nak melayan karenah wanita muda. Persoalannya di sini, jika wanita itu sudah 30 tahun umurnya, masih adakah peluang untuk mereka menikmati sebuah kebahagiaan di dalam perkahwinan? Masih adakah cinta di luar sana yang sanggup diluahkan kepadanya? Apakah 30 tahun itu adalah UMUR TAMAT untuk mencari jodoh? KISAH JOE : Saya masih ingat masa dulu-dulu, kawan saya nama Joe (kalau kau baca Joe, sorry haha) bercinta dengan wanita yang 10 tahun lebih tua darinya. I’m sure age roughly dalam 38-40 gitu kut. Ke hulu ke hilir, berkepit berdua je deorang ni. Sometimes, kami teman serumah ni tumpang untung laaa…sebab girlfriend Jo suka belanja makan hehe… So, cinta mereka berdua ni boleh dikatakan solid la, cuma kadang-kadang nampak macam Joe berharap pada girlfriend dia bab bayar membayar nihh… I dont think Joe mempergunakan his girlfriend tu, sebab Joe bercinta sakan la jiwangnya haha…
Cinta REJECTED?
Tiada yang paling memalukan dan mengerikan kita apabila direject! Baru je cakap, “Hi!” dia buat tak tahu je…Baru je kita senyum kat dia, muka dia selamba macam kita tak ada pun kat depan dia! Frust dan malu, kan?! Dalam society kita pula, apabila pelawaan kita untuk keluar minum-minum atau sekadar nak berkenalan, ditolak mentah-mentah, semua orang akan pandang semacam, senyum sinis kat kita dengan wajah perli dan mengutuk… Tambah perit lagi, kita tak tahu nak sembunyi muka kat mana apabila orang-orang di sekeliling mendengar jelas cara rejections itu, kemudian digosip-gosip pula peristiwa yang amat memalukan itu, rasa bagai tersungkur merudum jatuh ke tanah… adoi! Malunyaaa… 😳 Itu belum Cinta Kena Reject… baru tegur-tegur dan ajak keluar. Cuba kita minat dengan dia, nak sangat buat dia special, …bercinta tapi di REJECT? Fuuuuhhhh… lagi MALU!
Cinta Sehidup Semati
Kalau tanya Razzi yang ‘Old School’ ni, yang agak traditional way ni, memang Razzi masih PERCAYA ujudnya CINTA SEHIDUP SEMATI 😀 – Sebab, saya sememangnya suka kepada surat-surat cinta, kad-kad cinta, nota cinta, gifts, flowers, chocolates all, dating bersemuka bukan dating online sebab itulah dengan isteri saya pun, kami masih ada waktu ‘DATING’ haha 😛 NAMUN, pastinya kami tetap menurut peredaran zaman dan tidak meninggalkan teknologi arus moden dan terkini. Adakalanya saya menghantar whatsapp kepadanya, juga e-greetings yang cute-cute, emails, message, ada waktu-waktu pula isteri buatkan video slide, kenangan-kenangan manis waktu bersama, siap muatkan lagu kegemaran kami. Moga cinta kami, sehidup semati lah kan… maksud saya harap-harapnya biarlah satu ni sajalah yang pertama dan terakhir. Masa hadapan kita tak tahu, insyaAllah dengan izinNya, kekal bersama hingga ke syurga. JADI, buat anda yang masih ragu-ragu, kurang yakin dan tidak percaya masih adanya cinta yang sanggup sehidup semati, saya sebenarnya memahami perasaan dan pendirian anda. Dengan berbagai cabaran dan dugaan yang mudah berlaku di mana-mana zaman sekarang ini, memanglah agak risau memikirkannya. Seperti contoh :-
WANITA seumpama BAYI
Bagaimana anda menjaga bayi anda? Bagaimana pula anda menjaga pasangan wanita anda? Bagaimana anda tangani waktu wanita moody, resah gelisah, merajuk, datang bulan, tak bercakap senyap je, tanya apa masalah, dia buat tak tahu dan mengharap pasangan lelakinya faham apa yang difikirkan di mindanya yang berputaran laju giler! How la? Adakah anda merasa RUGI kerana begitu mengambil berat dan menyayangi? Pernahkah anda fikirkan atau anda tidak kisah mana hati dan perasaan pasangan anda? “Kau nak buat perangai, lantak kau lah, buang masa aku je melayan kau!” Begitukah cara anda menangani pasangan WANITA anda? ataupun begitukah caranya anda menjaga bayi anda? Artikel ini sebenarnya KHAS buat mereka yang menghargai pasangannya sahaja. Yang benar-benar sayangkan isterinya, yang benar-benar kasihkan kekasihnya… bagi yang tak berapa nak kisah tu, this doesn’t apply to you… you can have your own world to you lah kan… but don’t come and crying here if you all alone one day and no one loving you anymore 😉 All I can say, WANITA ni seumpama BAYI la kan…
Anda patut RISAU jika…
Tiba-tiba termenung panjang, senyap, tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut dia yang suka bercakap! Pelik juga… “Mengapa ni? …ada masalah ke?” risau kita dengan pasangan kita yang kita cinta ini tiba-tiba berubah gaya biasanya. Selalu suka berleter, atau paling tidak, dia teramat suka komplen tentang kerja. Most of the time bercakap tentang cerita-cerita di TV….pelik sungguh tiba-tiba jadi pendiam. Why la?? Yang paling merisaukan adalah bukannya muka dia sedih ke apa, boleh dikatakan berseri pun ada, “Isshhh… apa yang dah jadi sepanjang dia outstation minggu lepas ni?… apa yang telah berlaku sebenarnya? …RISAU!”
Saat akhir bersama mu
Pernah melalui saat itu? Saat terakhir bersama yang tercinta? Di saat-saat akhir itulah yang paling perit apabila sekilas pandangan, kenangan lalu menerpa laju. Kenangan bersama yang terindah dan mengasyikkan. Alangkah syahdunya sehingga membuatkan kita mahu kembali ke saat itu dan mengulanginya semula. Giler arr… how we wish dapat rasa semula saat itu, kan? Kadang nafas sesak, dada sebak… seronok dalam rasa berkasih sayang itu. Namun, pedih bagai tersiat kulit pun ada juga bila kenangan paling pahit bersamanya turut menerjah ruangan minda sehingga terasa senak dan sakitnya hati ini!
Belum bertemu CINTA SEBENAR!
Selalu kita dengar-dengar dan juga lihat kaum wanita dan tidak ketinggalan kaum lelaki itu sendiri yang merasa tertipu, malah berputus-asa apabila cinta yang hangat bergelora, akhirnya dingin sebeku-bekunya! Yang wanita sampaikan berkata, “lelaki bila belum dapat memang cinta tapi bila dah dapat semua lupa.” Dan….
Memikat Hati Lelaki
Memikat hati lelaki? Sanggupkah? Bolehkah? Patutkah? There you go…Persoalan demi persoalan akan timbul di minda wanita. Mengapa tidaknya, sikap pemalu sememangnya sudah sinonim dengan wanita. Apatah lagi nak suruh wanita senang-senang menghampiri lelaki untuk memikat… pasti akan ada yang berkata, “Wei… mana maruah kau sebagai wanita?” …dan mungkin juga ada yang cakap, “Takkan perigi mencari timba!” …malu! …segan!