Masih sayang, masih cinta, tapi…

Apabila ramai yang bertanya Razzi, samada nak tunggu atau nak berlalu… teringat saya dengan 2-3 couple sebelum ini yang berada dalam situasi yang sama. Apa yang saya sendiri lihat dalam perhubungan mereka, nak kata benci, ada jugalah bencinya, tetapi masih banyak sayang dan pastinya masih teramat cinta kepada pasangannya yang telah bertahun-tahun lama bersama. Tapi masalah yang hampir sama dihadapi dia, adalah pasangannya itu tak jaga sangat perhubungan mereka, cara layanannya pun sudah tidak semesra dulu. Tutur katanya juga agak kasar dan tak menjaga hati… dan biasalah kan, bila akhir akhir sekali, apabila dapat tahu pula dia ada ‘berkawan’ dengan seseorang… lagilah senak dada tak terhingga.

Mengapa anda masih single?

Benar, ianya adalah takdir dari yang Maha Esa, samada kita sudah berpunya, atau pun masih single. Tetapi, cubalah renung-renung juga seketika, walaupun kenyataannya menyucuk di jiwa, pedih hempedu, telan dan buat tak tahu 😉 …cuba tanya, “mengapakah aku masih single?” Anda cantik/lawa dan berbudi bahasa. Anda juga baik terhadap semua lapisan masyarakat. Ada ramai pula yang meminati anda, tetapi anda tetap juga belum kahwin-kahwin. Setiap kali anda memulakan perhubungan pula, ada sahaja perkara yang membuatkan perhubungan itu terputus di tengah jalan, lalu anda kembali single lagi. MENGAPA? 🙄

Anda KALAH dalam CINTA?

Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak? Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami… I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love! Kalah sekali dua, biasa la tu kan… tak apalah itu takdir yang Maha Esa. Razzi sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya. Tetapi, ianya tidak menghalang Razzi untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan kini, Alhamdulillah saya berjaya alhirnya. Ini kerana saya tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!

Jika Cinta, BERTINDAK SEKARANG!

Sepanjang bulan ini sahaja Bro Razzi boleh katakan RAMAI SANGAT yang kehilangan arah akibat ditinggalkan kekasih yang selama ini berjanji untuk berkahwin. Asalnya, kerana sayang…kerana cinta lalu hati kekasihnya dijaga rapi. Hidupnya merana tak apa, asalkan yang tersayang tenang di jiwa tanpa sebarang soalan, tanpa kepastian, tanpa tekanan darinya. Walhal ibu bapa selalu menekan bila nak kahwin?! Dah bertahun-tahun bercinta, berkawan dan berkasih mesra. Ke hulu ke hilir bersama… bergaduh bagai si gila, berkasih khayal hingga lewat senja! Tapi bila disoal tentang kahwin, soal nikah dibangkitkan saja… pasangan terus terdiam, atau pun lari entah kemana. – Oleh kerana takut pasangan melakukan peristiwa sama, lalu soal perkahwinan didiamkan saja! AKIBATNYA…

10 cara melupakan bekas kekasih

Satu soalan yang sering ditanya oleh ramai pembaca saya adalah “Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?” First of all kita harus tanya adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tidak kecewa lagi? Truth is, he/she is not the problem. The problem is kita! Kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya. Sebelum I beri 10 cara melupakan your ex, Sedikit coretan dari article lepas bertajuk, my “Ex Cinta” : :-

10 cara lelaki DISUKAI wanita

Sebenarnya, wanita mungkin berkata dia TAK KISAH sangat tentang cara lelaki. Macam-macamana pun asalkan dia jujur, baik, pengasih, penyayang, setia, ingat kat mereka selalu, ‬ ‘CUKUPLAH’ …hehehe, itu pun dah banyak dah tu 😀 Well, secara logiknya, wanita memang ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan lelaki. Banyak perkara yang dibenci tentang perangai dan cara lelaki. KECUALI lelaki-lelaki ini ada beberapa SIKAP, tabiat atau CARA yang pastinya akan memikat wanita dan tentu sekali menjadi idaman wanita. Today, Bro Razzi nak beri 10 cara/sikap lelaki yang disukai wanita, hopefully jika lelaki ingin berubah mungkin ianya dapat memikat wanita yang diidam-idamkan. ATAU Jika wanita ingin membuat pasangannya lebih faham tentang kesukaan wanita, tip-tip ini mungkin boleh membantu : –

10 tips ~ Dia ada yang lain!

AWAS! Mungkin pasangan anda menipu?, berlaku curang?, ada pasang lain? …adakah anda tahu? 😉 So tips terbaru! “10 tips ~ Dia ada yang lain!” Mungkin anda tiada panduan untuk mengetahuinya atau tak sure dengan situasi sebenar? No problem, have a look at this list. I’m sure ianya amat membantu anda 1 ~ Apabila berbual bersama, tiada lagi kata-kata mesra. Tiada lagi puji-pujian. Anda pun siang malam duk wondering la pasal apa dia macam tu, mengapa dia tak semesra dulu? YA, MENGAPA? 😉 2 ~ Dia mulai rimas dan tidak suka diperlakukan seperti biasa. Anda cuba nak pegang tangan dia, ditolak tepis lagi. “Melekitlah…” – Agak-agak mengapa ya? … hehe next!

Bila CINTA tak diperlukan

Sedar dari lamunan itulah yang seharusnya kita lakukan! Walaupun kemain rapat kita dan dia selama ini, walaupun dia nampak begitu admire kita sangat-sangat sekian lama… dari pengalaman abang Razzi, ada lebih baik kita cepat-cepat sedar dari mimpi indah itu, takut hanyut hingga hilang dan tak dapat diselamatkan lagi. I know, agak susah untuk menentukannya, apabila setiap hari kita post status dia yang mula-mula like, asal kita up gambar yang biasa-biasa saja pun dia komen over memuji… Hampir semua tentang kita, dia SUKA! But…kena ingat, itu TIDAK SEMESTINYA tanda dia minat giler kat kita, jauh sekali untuk mengagak itu cinta!

10 Jawapan BETUL SUKA atau TIDAK

Selalu kita tertanya-tanya “Dia betul suka atau tidak kat aku ni? eee…konfiuslah!” – Jadi untuk membantu menjawab persoalan yang memeningkan kepala anda itu, kali ini Brother Love nak beri tip-tip yang cukup berkesan dan cukup mudah untuk anda lakukan!   – Ready untuk lihat satu KEAJAIBAN? Tanyakan satu soalan biasa bagi anda ini, tetapi AJAIB sebenarnya. Soalan yang selalu-selalu saja kita gunakan actually. Tetapi biar kena pada masa dan tepat pada orangnya. You see, jika soalan ini diajukan pada orang yang betul dan tepat pada masanya, anda akan dapat lihat satu KEAJAIBAN! Lebih-lebih lagi, jika anda tanya soalan ini kepada :-

CINTA tak perlu diucapkan!

Ada ramai yang naaak sangat kekaasih dia ucapkan yang dia menyintainya. Ada ramai sangat si isteri mahu Encik suami mengucapkan kata-kata cinta… selang sehari kut ya hehehe… ada girls yang ternanti-nanti, bila la boyfriend dia ni nak ucapkan, “I love you” The fact is, Di raut wajah telahpun tahu, Dari sinar mata telah ku duga… Ada rasa yang membara, Ada cinta yang menyala… Jadi tak perlu lagilah nak ucapkan, tak perlu lah nak kata I love you…. because I DO! Pada pendapat Brother Love, girls kena lebih confident sikit dari biasa, TAPI bukan perasan. Lain tu Yakin dengan Syok sendiri… Untuk yakin, kita kena lebih banyak berusaha mengenalinya. Syok sendiri pula, atau perasan adalah apabila kita teka-teka saja, dan khayal sorang-sorang hehe… You see, apabila kita penuh dengan informasi, ilmu, pengetahuan, tentang dia yang kita idamkan tu, keyakinan akan terbina! Bila wanita yang penuh dengan keyakinan, lelaki akan lebih respect dan memandang tinggi kepada anda. Also, kena tahu tingkah laku dan perbuatan seseorang tu, apa maknanya… kena belajar dan bijak untuk memahaminya… Simple CONTOH :

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor