AFTER 10th Full Years!


Video of Razzi Rahman & Dr Irfan Khairi http://www.irfankhairi.com performing “Rembulan Kesiangan” at JW Marriot Hotel for a launching of Irfan as MIBO Ambassador. Congrats Sifu!!

After 10th full years of silence, bro menyanyi kembali, “Karma…or just my luck?”

Sempat juga saya beritahu pada Dr Irfan Khairi, peliklah… Mengapa 10 tahun dulu saya menyanyi tak ” feel” seperti saya practise and perform dengan dia sekarang? The feeling inside is so different!…, masa di studio rumahnya…1st time saya rasa FEEL sangat-sangat in fact…saya rasa jauh lagi best menyanyi dengan Dr Irfan sekarang ni daripada zaman dulu-dulu… PELIK?!

Mungkin juga kerana kisah ini….

Bagaikan sebuah cerita pendek…atau CERPEN singkatannya, begitulah yang boleh saya katakan dengan hidup saya yang sungguh bermakna sekarang ini. Kehidupan seharian saya itu sendiri sudah bagaikan sebuah cerpen. Kan cerita kan selalu begitu…

Mulanya, hero dia pasti berjaya dan berada tinggi, jauh di atas sana. Segala yang dihajati dapat dengan mudah. Segala kejayaan seolah-olah datang bergolek, seperti disorong-sorong, bagaikan disuap butiran emas sehinggakan semua  orang di sekelilingnya, memuja-mujanya. Kedudukannya yang bagai di satu singgahsana… menjadi sebuah impian yang tidak tercapai oleh sebarang insan yang akan selalu impikan ingin berada di tempatnya. Malah mahu bertukar tempat dengannya…seolah-olah, begitulah perumpamaannya.

Kemudian, selalunya dalam semua cerita, hero itu akan mulai lupa daratan. Kejayaannya yang melangit tinggi itu dirasakan miliknya seorang. Hero itu mulai menyombong dan lupa asal-usulnya. Tuturnya berbeza, lagaknya berubah. Dia hilang jiwanya…Semakin berjaya dia…semakin bongkak caranya.  Kerjaya besarnya mulai dianggap remeh…

Kemudian, plot seterusnya pastilah tentang kasih dan sayang yang mana, lama-kelamaan orang yang tersayang mulai membencinya. Emosinya terganggu… dia mulai menagih cinta dari segenap ceruk rantau, dari insan yang bisa menyayanginya seperti dia yang pernah di hatinya. Namun hero itu hampa…lantaran kegagalan demi kegagalan di dalam percintaan membuatkan hero itu terus lemah dan mempersia-siakan kerjayanya yang sudah begitu tinggi sekali…

Setiap cerita mesti ada pengajaran. Jadi…kesilapan silam hero itu telah diambil sebagai satu pengajaran yang sangat perit dirasakan. Bertahun-tahun lamanya dia berduka, mengembara dan mengenal diri. Berusaha semula dari bawah, kembali mengejar cita-cita. Segala susah payah mengajarnya untuk lebih mencintai hidupnya, lebih menyayangi kerjayanya. Yang pasti kemunculan hero itu sudah berbeza…penampilannya lebih kukuh sebagai seorang lelaki yang penuh dengan semangat jitu untuk kekal berjaya. Pembawaannya juga sudah jauh matang dan jelas bertanggung jawab terhadap kerjaya barunya serta dirinya sendiri…

Jadi, lebih kurang begitulah selalunya setiap cerita yang berjaya menarik minat semua orang betul tak. “So, I guess…I can relate to that. All I can say, I’ve learned from my mistakes” Jadi, itulah yang menjadi jawapan kepada soalan saya sendiri, saya rasa saya sudah menemui diri saya yang sebenar, dan saya ikhlas dengan kerjaya saya…

Mungkin kerana itulah, AFTER 10th Full years…my luck has turned!

Peluang demi peluang yang diberi oleh guru saya Dr Irfan Khairi dan juga semua orang di sekeliling Bro dan Cat adalah setelah usaha demi usaha berat kami demi untuk berjaya… So, that is Karma! …balasan kepada usaha kami.  Or just my luck? Well, I guess it’s both!

17 Comments

  • ariqa

    bro..
    mmg bnar hukum karma..
    bad n good..
    its just normal but..
    not all of them its just by our own luck..
    coz its really from GOD karma..
    so,its just happen as what Allah wants n yess..
    kita bleh mngubah ia sprti yg kita nk but..
    rncgnya kita,
    yg mrealisasikn adlh DIA..^^

  • “KC Holidays Tours n Travel???” Perrrghhh…gempak tu! Love the sound of it.

    I’m so proud of you too, T. Your spirit, personality and couriage, has inspired many. Not many people can have that. But its in you girl!

    POWER!

  • Catriona Ross

    Hey again,

    nissya – I so cant wait!Sure best giler,naik cable car and see Andaman Sea…

    Ayah su – You’ve come along way,takkan ada waktu lain yang made me any more proud of what you are today…Be it karma or lady luck…Whats real is today,its purely Razzi Rahman,the greatest,the best of him!

  • nissya

    Cat~Great…it can also be your new product “KC Holidays Tours n Travel.Good bisnes tu..!

    Bro~No prob…PA system memang part of my company nyer package.Kita boleh arrange kan.

    Nanti i email package untuk u n Cat pilih k.

    Bloggers~Apa lagi…ini lah satu satu nya peluang bercuti dengan artis kesayangan anda di pulau yang penuh dengan mitos dan lagenda ini.
    SELAMAT DATANG KE LANGKAWI GEOPARK!

  • Puteri : Thank You very much 🙂 Biasa-biasa aje.

    Nissya : Betul tu, Bro and Cat sangat2 berminat untuk buat “KC holiday” ni…Apa kata kita buat time yang everything is cheap?? 🙂 Tang treatment vvip tu yang tak tahan tuh…

    Also, I wonder boleh ada PA system tak? Mesti bloggers nak sesi karaoke kut… hihihi… Cat tak sempat nyanyi hari tu 🙂

  • Catriona Ross


    Hi ….

    I like the sound of the package..I’ve been discussing with Bro since the earlier stage about making a trip to Langkawi…it will be so cool….Call it “KC holiday”…..

  • nissya

    HE HE HE [L O L] ok….for you..Cat n KC bloggers…definately i kasi package cun giler punya!
    Kalau AirAsia kata now everyone can fly…
    Kita bikin Now everyone can Tour!Amacam bro n bloggers…ada berani ka?
    Full board package yang semestinya termurah dan UNBEATABLE!N ada lagi…pastinya anda semua akan dilayan seperti VVIP!

    Itu jer lah yang termampu saya offer sebagai menyahut seruan Bro untuk berjasa supaya dimurahkan rezeki

  • Puteri

    Awesome Video Clip! dah berkali-kali I tengok, tapi tak puas2, memang best!

    Ternyata Bro masih hebat. I think yr voice is better than before.

  • MOU Nissya? Hehehe…Ya I know that term 🙂

    You know what, why dont you tell me the whole rate for a good package. I ingat nak buat KC HOLIDAY di langkawi ni. KC Gathering hari ni memang meriah sangat2. Paling best lah!

  • nissya

    well by d way…selamat hari raya Aidil Adha .

  • nissya

    Bro~ N o prob…ada caranya…he he he!Nanti kita sign MOU k!

    Amin….nnnnnnnnnnnnn!

  • Nissya : Bro ingat you nak bagi free package kikikikiki… “Berjasalah agar bertambah murah rezeki kamu!”

    Yati : Thanks. Happy to hear you fall in love with the song.

    Fai : Thanks Fai, Bro menghargai sangat keikhlasan you. Nanti bro akan nyanyi lagu Dr Irfan ni…tengah buat…HOPE ALL GOOD!

  • Serius Bro.. Best sungguh lagu ini..

    Sbnarnya 5 tahun lps saya terdengar lagu ni.. Hafal lirik dia kemudian hilang kjap dari ingatan saya.. Tapi sejak tdengar dan tgok Bro dgn Dr perform tu terus melekat.. 😉

    PS: Itu bukan kebetulan tapi itulah suratan.. 🙂

  • Sejujurnya belum pernah dgr lagu ni.. ni 1st time dgr… Terus Fall in love with this song…

  • nissya

    Bro~kedatangan you n Cat dgn bloggers KC memang dah lama saya nantikan.
    Just mintak jer what kind of package u nak …I’Allah….akan cuba tuan hamba sediakan..
    P/S Sabar dan setia menanti rombongan Mek Salmah dari KB.he he he!

  • Karma ada bad and good Karma. So no worries, you do bad, you will get bad karma. But if you do good thing, you’ll get good Karma.

    I guess, you’ve been doing good deeds? So that is why, your luck is turned now.

    Hey, dont forget to organise Langkawi trip tau. Member I ada nak kahwin ni kat Langkawi. I might be going there…on Jan or Feb. 🙂

  • nissya

    Hmmmmmmmmm…termenung panjang sekejap dengan post kali ni.The word “karma”…buat kan saya terdiam dan berfikir panjang …panjang sangat!
    Well..i kind of understand now..everyone have their own “karma”.All this while i’ve been wondering,why?And someone told me tahat my Karma will follow me till the day i die.So scary coz my previous life full of sadness n sorrow.
    But i guess like what u hv said..or just luck!
    I guess luck is on my side now…i can now kiss goodbye to my bad karma!
    N i hope u too…will always guarded by a good Karma!
    Salam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons