Cinta yang Merdeka!

“Apakah cinta anda sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?”

MERDEKA bermaksud…kebebasan atau lebih tepat lagi, bebas dari dijajah! …Apa yang ingin Bro Razzi perkatakan this time around adalah tentang cinta yang merdeka! Yang mana ianya juga bermaksud :-

~ Cinta yang bebas dari dikawal secara paksa
~ Cinta yang bebas dari dijajah secara mental.
~ Perhubungan cinta tanpa terpaksa merasa risau dicurangi.
~ Perhubungan cinta tanpa rasa takut akan kehilanga orang yang kita sayangi.

Jika perhubungan cinta anda tergolong di dalam list di atas, maka you’re the most luckiest person kerana memiliki Cinta yang Merdeka.

Actually, syukurlah kerana ramai diantara kita yang sudah pun memiliki pasangan. Namun, cuba lihat semula perhubungan cinta anda. Adakah cinta anda itu sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?

I bet, cukup ramai yang memiliki cinta tetapi cinta yang masih dijajah!! Walaupun sudah sekian lama bersama, anda masih takut, risau, gelisah, dan selalu tertanya-tanya :-

  • Apakah perhubungan anda selamat?
  • Apakah pasangan anda curang?
  • Kemanakah dia pergi semasa aku tiada?
  • Mengapa dia tidak semesra dulu?
  • Mengapa hanya aku sahaja yang beria-ia sekarang?
  • Mengapa dia sudah tidak menelefon seperti masa mula-mula bercinta?
  • Apakah masih ada cinta? Apakah dia masih sayangkan aku?

Semua persoalan diatas ini adalah disebabkan anda memiliki cinta yang dijajah secara mentally dan cinta anda masih TIDAK MERDEKA!

Kerana, setiap perhubungan yang memiliki cinta yang merdeka, mereka… :-

  • Tidak terfikir pun pasangan mereka akan berlaku curang.
  • Tidak merasa hambar pun di dalam perhubungan.
  • Mereka tidak akan melalui masalah tentang tiada calls, tiada balasan sms.
  • Mereka juga saling merindu walaupun baru sahaja berjumpa.
  • Ingin sangat untuk dating, bertemu, dinner or lunch together setiap masa kalau boleh.
  • Kerana hangatnya cinta, mereka sentiasa berhubung, walau di mana pun berada.

Ini memberi makna pasangan itu memiliki cinta yang Merdeka, bukan terjajah dengan berbagai rasa yang mencurigakan hingga pasti menyakitkan hati!

SOLUTIONS : Sempena Hari Merdeka esok, please bebaskan diri anda dari dibelenggu di dalam perhubungan cinta yang dijajah secara paksa ini! Minda anda turut dijajah sehingga memaksa anda meninggalkan kehidupan normal anda, menjauhkan diri dari keluarga dan sahabat handai….hanya untuk dia yang langsung tidak menghargai anda!

Make your first step today, dengan menerima hakikat yang pasangan anda BUKAN untuk anda dan TIDAK AKAN  membahagiakan anda. If not, anda sudah lama Merdeka! Be strong dan KELUAR dari penjajahan ini!

Dengan ini juga Bro Razzi ucapkan selamat menyambut, 31 ogos 2010 hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semuga diri kita dan minda kita semua tidak dijajah lagi! 😉

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

13 Comments

  • ima

    btul tu bro,,kdg rasa susah mencari cinta yg btul2 cinta sejati,,tp sy rasa cinta merdeka akan bertemu jua

  • iDoRa

    salam.. slamat hari raya bro 🙂
    sy pn msih mncari cinta merdeka.. sy ni ske sgt pkir bkn2, xtau cmne nk cntrol.. kdang2 bnda cm2 jd gaduh, pdhal xde ape pn.. huu~

  • EKIN – Don’t worry too much, slowly… your time will come. Kalau rasa kritikal, need to talk…boleh add me kat Ym, we can chat! 😉

    EEss – Pandai ya takut terpikat kat I pulak haha …No lah, I’m here to help whoever that in needs.

  • Salihin – Hehe… good question!

    Well…bila sambutan cinta merdeka? Tiada specific time…but, Apabila semua kecantikan musnah, kekuatan hilang, keremajaan pudar, NAMUN masih cinta, masih rindu dan sayang, that is the time to celebrate!

  • eess

    bahaya tu kin..nnt sngkut dgn bro love plak.. heheh.. xyah ikut perasaan sgt. Betulkan balik niat kita mencintai seseorang… InsyaAllah, Allah akan bantu kita campakkan rasa syg dalam hati.. Yakin pada Allah, kasih sayang milikNya, dan hanya dia yang mmapu melahirkan rasa sayang dalam hati kita. Balik ke pangkal jalan sebelum terlambat, bercinta semula dengan niat yang ikhlas – bro love 2.

  • ekin

    bro love…kin belom dapat cinta merdeka tu..sbb mungkin ikin takut..ikin x kuat utk mencapainya…kin masih dijajah dengan perasaan takut, keliru an mcm2 la..rase cam nak je jumpa bro love..cite face 2 face..susah gak nak wat keputusan dalam hidup ni…

  • Salihin Matematik

    best ulasan bro tentang cinta merdeka.

    Satu solan

    Bila tarikh rasmi sambutan cinta merdeka??
    ada orang belum merdeka cinta dan ada orang sudah merdeka cinta tapi tak sedar bila tarikh itu,tup-tup dah merdeka.

  • SURIA – Jangka masa waktu cinta merdeka tidak ada sebenarnya. TETAPI… kalau baru beberapa bulan tu, belum cukup untuk merdeka. Itu baru-baru hangat bercinta mesti semua cantik, okay, percaya, setia belaka…

    Cuba bercinta 2-3 tahun tengok if you all masih hangat dalam cinta, pasangan masih romantik, you all masih happily dating, masih merindu setiap masa, ingin berjumpa selalu walaupun sudah bertahun-tahun bersama, then itu baru Merdeka!

  • Merdeka Bro,

    Percintaan saya sedang menuju ke arah kemerdekaan tapi belum sepenuhnya Bro…

    Biasalah memperkatakannya amat mudah cuma melaksanakannya agak memerlukan masa…huu..huu..huu

  • Suria

    Bl baca berulang kali artikel bro kali ni, sy mulai trfikir, brp lama waktu percintaan tu, utk kita takrifkn ianya cinta merdeka bro?

    Apakh dgn 5-6 bulan ni dh dikira cinta merdeka jika ianya spt yg bro ckp tu?? Atau kena tgk stlah bertahun2 tp masih hangat???

    Sb bile sy tgk kwn sy ni bro, baru 2-3 buolan kenal, dh cintan habis, dh percaya segala…bukan pe arrr, cam too soon kan?! tp biasa arr girl kan drama lebih, fantasi lebih arr

  • ainiee

    Betul tu bro RR. Saya suka tip “cinta yang merdeka”, amat sesuai dikombinasikan sempena bulan kemerdekaan.. idea yg bernas..hehe.. saya harapkan agar kaum wanita akan lbh yakin n tabah dlm melayari cinta..cinta itu amat mengasyikkan tetapi kita harus optimis dlm membina sebuah perhubungan..Sayangilah diri sendiri barulah org lain akan menyayangi anda..jadikan epilog “cinta yg merdeka” sbg asas dlm mencari cinta yg sejati…

  • Saya masih mencari cinta,insyaallah berusaha untuk bercinta merdeka tidak dikongkong oleh sesiapa dan berlandaskan Islam
    ps* Bro Razzi kan molek gambar wanita yang pegang Jalur Gemilang tu pakai sopan paling tidak pakai jersi sukan apalagi ni bulan Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons