Kisah Cinta Razzi : “Doc Nor”


“I rela jadi isteri ke 4 pun…jika lelaki itu seorang Ustaz!”

Lebih 10  tahun kata-kata Nor itu, masih segar dalam ingatan ku. Why? Well, keunikan seorang wanita bernama Nor Azlin, yang membuatkan aku agak amazed dengan pendiriannya dalam percintaan, kerana… Cintanya hanya kepada seorang Ulamak atau lelaki yang menyebar agama Islam, atau paling kurang pun seorang ustaz…Lelaki macam aku ni, hmm…tak berpeluang lahhh… 😀

Aku dulu-dulu pulak, ada satu fasa dlm hidup aku ni dimana aku jadi minat kat girl yg bertudung dan berjubah seperti Doc Nor ni…well itulah panggilan yang aku selalu panggil dia.

Nor adalah seorang pelajar lepasan dari United Kindom di dalam jurusan kedoktoran. Pulang dia ke tanah air setelah sekian lama menuntut ilmu sepatutnya adalah ntuk berkecimpung di dalam bidang perawatan. Maybe working in a hospital or open up her own clinic. Well, at least that’s what her mother and her beloved father thought. And definitely the whole family wanted.

Instead, pulang Nor ke Kota Bharu, bukan untuk menjadi Doktor, tetapi pulang untuk mencari seorang suami yang tinggi ilmu keagamaannya!

Well, in a way it is good la kan. Dapat suami yang kuat pegangan agama Islamnya tu, namun caranya yang mahu meninggalkan sepenuhnya segala yang dipelajarinya tu, telah cukup mengecewakan ibu dan bapanya… So, hadirnya aku…yang selalu memberi semangat untuk melihat dia berjaya sebagai seorang Doctor Phd, memberi sedikit sinar kepada keluarganya…

  • Cuma, Doc Nor ni tidak lah lawa, muka dia pun berjerawat penuh both pipi dan dahi, tapi manis tu ada laaa 😛 namun tidak seperti gadis-gadis yang biasa jadi girlfriend aku…tapi entah lah macamana aku nak sangat kat Doc Nor, hinggakan kalau dia nak kahwin dengan aku masa tu pun…sure aku kahwin punya hehe
  • Tapi…. Dengan tak lawanya, dengan jerawatnya, dengan tudung labuhnya, jubahnya tu… Dia boleh tak nak terima cinta aku, adoi! Hahaha…I was rejected babe!

Semuanya kerana rasa cintanya, dan suami impiannya hanyalah seseorang yang punya ilmu agama islam yang tinggi, paling kurang guru agama, or ustaz…

==========================
AKU INGAT LAGI 1st TIME DATE
==========================

Nak tahu mana kami date? Huhu…dia ajak aku pergi dengar ceramah agama oleh Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz. Wahhh!!…

Not my first time to go. I’ve been to many ceramah agama by Tok Guru Nik Aziz, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din dan sebagainya. BUT to go with a girl that I’m interested with, that’s the first!

So, okaylah aku layankan je…so we went to the ceramah place…kebetulan, masa tu Tok Guru pun baru sampai…and you know what the funny part, kami bersama-sama kebetulan berada di antara arah stage dengan arah Tok Guru berjalan ke stage, so kami dapat melihat beliau dengan dekat…dan masa ni aku dapat melihat muka Doc Nor yang berseri-seri, tersengih-sengih macam tengah tengok Faizal Tahir merapati dia atau Annuar Zain tersenyum kat dia!! Hahaha 😆

  • Then dalam masa tu dia sempat berkata, “Alangkah bahagianya jika I dapat kahwin dengan dia!”
  • “Whaaaaat??!…” Aku kebingungan sepanjang ceramah malam itu.
  • I said to her later on “Tok guru tu kan dah tua, dah ada isteri lagi… Why you sanggup jadi isteri dia?”
  • Jawab Doc Nor kat aku, “I ni Razzi, I nak masuk syurga…nak dipayungkan dengan payung emas di akhirat nanti, dikurniakan pahala dan darjah kebesaran sebagai isteri kepada penyebar ilmu dan pejuang agama Islam!”
  • “Ooookay…” then terdiam terus aku malam tu.

After that night, I know for sure that she’s not playing. She do really want to marry seorang ustaz atau pendakwah agama! Lagi banyak perbualan kami, lagi banyak kami bergayut kat phone, tak ada benda lain yang diperbualkan oleh Doc Nor…hanya duduk angau kat Tok Guru Nik Aziz.

Lama-kelamaan perasaan aku yang ingin jadikan dia girlfriend aku, pudar. Well, maybe sebab aku mulai realised that aku memang tidak minat kepada ketrampilannya,  malah caranya juga sudah mulai membosankan aku. Selama ini, mungkin sebab aku kesunyian agaknya…

Somehow, setelah keluarganya makin berduka…ibunya menangis siang dan malam mengenangkan anaknya yang langsung tidak meghiraukan keluarga, aku terfikir untuk give it a last try. Tapi bukan untuk memenangi cintanya tetapi, at least menyedarkan dia yang dia boleh mencari a right person for her.

  • Finally, she listen to me…nasib baik! So, dia mulai sedar…since then, dia sudah tidak crazy for Tok Guru anymore, but instead dia dah jatuh cinta pada seorang penceramah di masjid-masjid pulak dahhh… giler kat Ustaz Ali pulak.

Kebetulan Ustaz Ali ni sudah mempunyai 2 orang isteri. So, tambah suka dia….berduka lah lagi ibu dan bapanya apabila mengetahui yang dia sanggup menjadi isteri ke 3.

At this time, aku dah tak kisah dah dengan dia yang nak rampas kasih dan sayang wanita lain dari suaminya mereka. Aku dah tak heran dengan perangai dia yang tidak memikirkan hati isteri-isteri itu yang terpaksa berkongsi suami dengan dia pulak…Yang aku kisahkan adalah…masa depan dia. Sebab, ustaz Ali ni tak ada kerja pun. Anak ada 7 orang, isteri ada 2 orang, kerja tak ada, hanya mendapat elaun sebagai penceramah sahaja…you know what she said to me?

  • “I hanya nak dia berikan I nasi 1 bungkus setiap hari pun dah cukup…apa yang penting I dapat menjadi isteri seorang pejuang Islam!”
  • “Bagaimana pula hati isteri-isteri dia nanti? Itu you tak fikir? Betapa you dah hancurkan hati mereka, betapa kecewanya mereka bila seorang wanita lain datang merampas suami mereka?!” tanya aku pula…
  • “Mereka kena terima hakikat dan bersyukur…kerana membenarkan suami kahwin adalah satu pahala besar…”
  • “Ooo…you mean, now you kahwin jadi isteri no 3, you akan beri suami you kahwin lagi sorang la? You akan happy for him and for you dengan kehidupan yang daif?…then tambah isteri sorang lagi? babies lagi nanti?!”
  • “Yes, I am!” jawabnya dengan angkuh.
  • “Habis tu, esok-esok kalau anak-anak dia sakit demam, siapa yang nak biayai rawatan? Kalau isteri yang lain sakit…you yang nak ubati mereka? …at least you nak jadi isteri no 3 sekali pun, janganlah tinggalkan profesion you…be a doctor first!
  • “Ahh…sudahlah you don’t understand, you takkan faham punya!”

The minute she said that, aku dah tahu nothing that can change her mind. In  a way aku kesihan kan dia kerana dia tidak nampak betapa hidup ini perlukan wang untuk menampung kita sewaktu kita susah. Jangan cerita soal kemewahan lah…kita cerita pasal, perbelanjaan yang penting-penting sudah…

Rumah, pakaian, makan, minum, tambang, kena pula sakit, terjadi pula kemalangan, kena pula pembedahan, kena pulak hamil, then lahir, then semua kelengkapan babies? Susu, pampers, lampin, pakaian baby pulak…Semua ini perlukan duit!!

What the hell she meant I dont understand? She who gone stupid dont understand that hidup ini perlukan DUIT! Dan ini bukan untuk hidup mewah langsung ni, ini hanya untuk menampung kehidupan paling normal…

  • Well…itulah dia, belajar tinggi-tinggi, jauh nun di sana, hidup pun tah kemana lagi, berlagak macam dah tahu semua!

Semuanya kerana cinta, well it’s okay nak bercinta dengan siapa pun, ustaz ke, cikgu ke, pendita ke, penceramah ke, whoever lah…tapi, jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Also, biarlah kena caranya. Ibu dan bapa kita jangan kita abaikan, ilmu yang kita ada jangan pula kita persiakan.

Anyway, lepas pada pertelingkahan itu… Doc Nor telah menghilangkan diri. Last-last sekali, cukup menyedihkan, ibunya telah datang jumpa ibu aku… menceritakan yang anak dia ni telah lari ikut Ustaz Ali. Kemudian, entah macamana belum sempat kahwin, kena serang dek kedua-dua isteri agaknya, sampai report polis, …then, tak jadi kahwin.

  • Dan tujuan mak dia datang jumpa mak aku…nak bertanya kut-kut ada ‘sesiapa’ yang masih mahu memperisterikan anak dia tu. Aku rasalah kalau dah lari ikut ustaz tu, tak munkin ‘sesiapa’ mahu kat anak dia lagi la kut… dengan perangai degil cam tu huh!…

So, the end of the story…I heard, Doc Nor ni telah kembali ke England. Mungkin malu dengan apa yang telah terjadi. Dan yang buat tergelak sendiri aku, di England, dia telah tinggal di Sekolah Pondok Islam England…dan tengah syok kat Ustaz Mat Saleh lah pulaknya… hahaha, Penaung sekolah pondok sana…

hmm… dengan Ustaz orang putih ni aku tak tahu lah, dia jadi kahwin atau tidak. Masa mak dia cerita kat aku tu, dia tengah adjust ustaz tu lah…dan Ustaz ni pun sudah ada isteri…adoi, Doc Nor…never learn!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

8 Comments

  • wan love junior

    In sudut yang simple leh diguna pakai x word nie ~ cinta itu buta ekekeke just kidding ~<3~

  • Sama-sama Bro. Kitorg lagi patut brsyukur & terima kasih pd u coz Allah bg u ingatkn kitorg utk sntasa prbaiki diri wluon dlm soal cinta ni hehehe… may Allah bless u always, amiiiiinn..

  • Syukur dapat pengetahuan dari Naimah ni, terbukti lah kan… Khadijah menyiapkan diri betul-betul dahulu dan tidak mempersia-siakan anugerah dari Tuhan, ilmu yang Allah beri…

    Memang satu pengajaran yang amat berguna Naimah tu… “HIASKAN DAN SIAPKAN DIRI DENGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT” – Jangan sesekali membelakangkan keluarga hanya kerana cinta!

    Terimakasih Naimah di atas feedback you.

  • Salam.. Bro, lama x mnjenguk2 k sini. this time baca nots yang ni, haha… tiba2 i tringat kat isteri Radulullah, Khadijah r.a.

    Sesiapa yg mgkaji sejrh hduop Khadijah ni, akn tau beliau x pnah dimadukn sepnjg hayatnya semasa mjadi isteri Rasulullah SAW, btul kn? hehe..

    1 lagi, Khadijah ni bkn saja sorg wanita terbilang & bangsawan, dia sorg pedagang handalan yg sntasa dicari oleh pedagang2 yg ingin brdagang ke tempat lain tp memerlukan supply bahan/ bantuan.

    Dlm ensiklopedia sirah terbitan DBP (klu saya x silap la) saya ada trbaca, Khadijah ni org nya agak gemuk2 ckit, tembam comel kot, tp cantik n menawan. dia digelar wanita suci (at-thahirah klu x silap) dan slpas 3 kali bcerai (betulkn saya klu saya salah), dia memilih utk x bkahwin.. klu nak khwin pun, dgn nabi katanya 🙂 time tu, Rasulullah blm pn dlantik sbgai utusan Allah..

    pengajarannya??? kot ye pn nak kwin alim ulama, hiaskn n siapkn diri dgn ilmu2 dnia & akhrat. ilmu yg dah ada, amalkn, jgn biar diri n kluarga mrempat, brusaha & brdikari (mcm Khadija r.a – sorg wanita hebat! ekonomi stabil, anak2 trdidik, diri trurus, sntasa tlg org, berakal, berhikmah, berbudi bahasa & sgt bijak). apa guna bljar tnggi2 klu apa yg Allah beri, disia2kn… siapa pn kta nak kwin, jgn lupa bhgiakn & hormati org tua kta.. syurga di bawah telapak kaki ibu..

  • su

    Salam Bro….sebagai perempuanlah kan,su sendiri agak pelik kenapa dia macam tu…sedangkan dia berpelajaran tinggi dan bukan calang2 bidang pulak tu…mesti ade something yang menggerakkan dia ke arah tu..

    About love,memang ade macam2 ragam.Ada yang sanggup kene godam tapi dok sayang jugak.Yang lagi sukakan laki orang pn ade.Yang suka sebab harta pn ramai..tak kisah pun orang tu tua ke laki orang ke asalkan poket tebal.Ade pulak tu dah tau lelaki tu menganggur,isap dadah pulak tu..tapi sanggup jugak…orang macam ni may be terlalu ikutkan hati la kot..Tak da sape terlepas dari melakukan kesilapan.Cumanya kita akan sedar ataupun tak je…Su sendiri pernah alami benda ni…tapi x de la sampai ke tahap ini…tapi perempuan ni bila dah cinta,bila dah sayang memang susah nak logik fikirannya….huhuhuhhu

  • Salam Bro,

    Menarik cerita kali ini. Pada pendapat I si Doc Nor ni… terlalu ekstrim dalam memilih pasangan hidup.

    Macam tak seimbang dunia akhirat.Memandang manusia itu pada satu sudut sahaja.

    Apa pun doakan yang terbaik untuk dia. Mudah2an… Allah tunjukkan hidayah…Amin

  • fullhouse

    hohoho.. bro, i penah kenal dgn org mcm ini.. kwn i sendiri.. dan cita bro ni i x pelik pun.. mmg wujud wanita yg mcm ini.. apapun, best tips kali ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons