Penderitaan Cinta

From : eBuku 101 cara mencari cinta
Teknik mental : Cara 26
 

Sesungguhnya sahabat-sahabat sekelian, bro Razzi amat berharap agar fikiran anda semua dalam keadaan tenang kerana seharusnya anda akan menempuh saat-saat seperti yang saya pernah tempuhi demi untuk mendapat kebahagiaan yang sekian lama diimpikan.

Bersedia! Pastikan anda cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang anda perlu tanamkan dalam diri anda bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya anda kehilangannya, sekiranya anda gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh anda!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepada anda. Percayalah! Di dalam mencari cinta, anda akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, anda tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda anda dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, anda akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!”  …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan anda. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.

Dari penglaman bro :
Saya adalah orang yang sangat setia. Jadi kesilapan saya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan saya juga setia seperti saya. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula pasangan saya berlaku curang! Saya terkena lagi dan kecewa…

Namun saya bertekad dan berazam bahawa saya tidak akan berputus asa mau pun mengalah dalam mencari cinta. Saya tidak pernah terfikir untuk terus berundur dari mencari cinta yang sejati malah, saya tambahkan lagi keinginan saya…. Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, saya mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang beragama, cantik, berkulit putih cerah, tinggi lampai dan berpelajaran. Saya terus mencari cinta walaupun dikecewakan beberapa kali. Alhamdulillah…di  dalam pencarian saya, akhirnya saya telah berjaya menemui cinta itu.

tip brother love :
“Apabila anda mulai menanam tekad dan berazam untuk benar-benar mencari cinta yang sejati, sehingga dapat, dengan sendiri anda akan ada semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa. InsyaAllah anda akan berjaya!”

==============================

eBook Razzi RahmanAnda mahu tahu lebih lagi? Mahu tahu tip dan teknik cinta brother love? Miliki eBuku 101 cara mencari cinta yang terbukti telah membantu ramai individu memiliki cinta yang diidamkan selama ini! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

JANGAN TERLEPAS peluang memiliki PAKEJ BELI 1 FREE 2 pada harga yang sangat berpatututan. Promosi ini akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja, Dapatkan sekarang! klik di sini.

22 Comments

  • mni

    kecewa cinta sungguh merosakkan minda…
    Sy terpaksa mkn ubt penenang bila terkenangkan saat2 indah yg terlalu byk bersama sidia..
    Dia terpaksa tinggalkan sy kerna ibunya mahu dia berkahwin dgn org pilihan mereka..
    Dunia… Dunia…
    Sy cuba mencari pengganti namun nikmat cinta seakan hilang dari diri ini walaupun ada insan lain yg cuba menghampiri…
    Takut apa yg berlaku pd ika terjadi pula pd sy…

  • klau nk demand2 ni, tngok rupe dlu ar beb! klau diri x sberape x pyah la nk yg molek2, pasangan kite 2 biar la brpadanan ngan diri kite ni cik abg dn cik adk oiiiiiii eik3

  • salam bro…….
    sy pnah kecewa then bcita lg kecewa then bcinta la..smpai sy naik pnt nk jtoh cnta lg..tp ble sorg2 bosan plak..ble ade bf mcm x de…serabot la bro…x taw pe la yg laki2 ni nk kn x pnah ckup dgn pe yg ade..knpe laki mcm ni bro????????

  • ika

    bro..saya ada cinta pertama 10 tahun lalu, kami bercinta sekian lama, dia begitu setia..tapi ada peristiwa pahit terjadi dan saya terpaksa undur diri demi menjaga hati dia.. saya berkahwin dengan insan lain, tetapi saya tak pernah lupakan dia cinta pertama saya sejak sek.. dia begitu setia dan dia begitu kecewa dengan perpisahan ini, saya amat sedih dan juga kecewa dgn keputusan yg terpaksa saya buat sendiri.. tapi hingga kini saya tidak pernah lupakan dia begitu juga dia, dan saya ada hubungi dia kembali sejak setahun lalu, dan kami banyak membicarakan temtang kekecewaan kami.. dan paling saya sedih kerana kami masing2 tidak pernah lupakan antara satu sama lain… bro saya kini kembali jatuh cinta dan cinta saya pdnya dulu kembali marak… saya tak tahu betapa rumitnya hubungan kami ini, kerana saya dan dia sudah punya pasangan dan masing2 sudah punyai keluarga. saya amat buntu.. kerana kisah kami tak pernah tamat..bagaimana harus saya lakukan…???

  • nuwa

    bro..mcna saya nk hadapi my bf yg curang..n dia sendiri mengaku thath gurls speacial for him..n i let him go but i nyesal dgn keputusan i..im really stress up

  • seri

    halim> mengeluh nampak?

  • Halim

    Penderitaan cinta ni u allzz..bukan semasa bercinte je, selopeh kawin pun menderita cinte juo. Yg mano udah kahwin tau la yo…

  • Hey Wawa…lamanya tak menjenguk bro di sini. Ingatkan dah merajuk 🙂 …kembali dengan semangat, cantik lah tu. And Wawa pun ada ebuku ni kan. So, I wish you all the best beb!

    Good to see you here again 😉

  • salam bro..

    wahh lama betul x singgah kat c ni.. skali panjang daa.. sori arr byk terlepas tips2 bro yg debomm.. hehe

    “I love you, tapi I tak boleh nak bersama you!” >> ayat ni mmg mencucuk jantungkan bro.. sakit otak.. sakit jiwa raga dibuatnya.. aduh, aku bisa mati! kira ayat.. “cinta tak semestinya bersatu..” sakit dalam nih walau luaran nampak cam sweet jer kan.. hehe

    “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!”
    SEDIA HADAPI!!! DON’T GIVE UP!!!
    yeaa.. mari kita semua laungkan!

    😀

  • Thanks to all yang selalu mengikuti tip-tip dari bro razzi…thank you so much kerana memberi komen, pendapat dan pujian.

    Bro harap you all terus continue doing what you guys doing, it helps!

    *jangan terlepas tip-tip terbaru, setiap hari 😉

  • Mas Kahwin ~ Betul tu, kalau tak cuba, takkan tahu…bila cuba barulah terasa kekecewaannya, but at least you beljar menghargainya kan.

    Dan pastinya, Cinta perlu didalami ilmunya, selok beloknya…kalau pakai redah je, mungkin kita akan kecewa, mungkin juga kita akan mengecewakan orang…tak best la kan.

  • Saya & Put3 dan pada semua yang pernah kecewa…. I’m very happy dengan you all, kerana sedikit sebanyak message I untuk memberi semangat kepada you all kiranya berjaya.

    You know, kalau nak cerita tentang kecewa cinta ni, Bro Razzi sendiri beratus kali kecewa. Yang paling sakit dan pedih ialah apabila dia berkata,

    “I love you, tapi I tak boleh nak bersama you!”

    Fuuhhh…tak pening kepala kena cam tu? Nak marah tak boleh, nak sayang lagi pedih…nak tak nak, you have to terima. Which, memang teramat susah untuk terima la kan….so jalan yang terbaik, seperti bro tulis dalam ebook ini lah, BERSEDIA MENGHADAPI…sebarang halangan, apa saja kekalutan, kekecewaan…but also expect kebahagiaan!

    “kalau kalah pasti ada menang, yang kecewa pasti ada bahagia!” 😉

  • put3polaris

    hi all..

    erm ezme… tQ.. coz byk bg kitew kata2 semangat…
    pape pun u kwn yg baik ling… huhu

    erm.. fadly36… umo ke 36 tu?? hehe
    bgs la lau kuat semangat… jgn jatuh ag ek…
    yew la… sinar cahaya dr bidadari awak tu kt sanun haa….

  • cinta … kecewa… bahagia….
    bermula dengan dengn cinta… dan beakhir kah ia dengan kebahagiaan ataw pun kekecewaan…. 2 la dugaan cinta.. kecewa.. kita pasti merasakan nye.. tabah bila menghadapinya.. kerana ia boleh mengajar kita 1 pengalaman supaya tdk kecewa lg.. jd jgn takut utk bercinta lg…. lihat diri ku… sdh puas dgn kcewa.. dan kini mula mendpt sinar cahaya dr si dia…. sapew 2 adoiyai.. ok tabah menghadapi segala dugaan… amin…

  • ezme

    haluuu salam ceria Bro!!

    walaupn cinta dh berlalu..jgn tangisinya lagi..let it gone by gone..percayalah msih ada cinta sejati y kekal hgga k akhir hayat..

    >>saya..sabarlah dugaan tetap ada lam bercinta..teruskan mncri kberanian..yehhh!!

    >>put3..wah..dh smgt ye ling..bgus3..

    “tekad dan berazam untuk benar-benar mencari cinta yang sejati…”
    BRo..thanks for giving that tips!!!

    yahh mesti percaya pada diri..yakin anda boleh!!! hohohoho..

  • Thanks Bro,

    Artikel Bro kali ni pun memang benar-benar terjadi pada diri saya.

    Kalau dulu lagi dah dapat ebook ni, maybe saya tak putus cinta kot.. tapi kalau tak bercinta kita tak kan dapat belajar ilmu cinta tu macam mana.

    Rupanya cinta juga mempunyai skil dan tips yang tertentu supaya jalan yang dipilih lebih sesuai dengan suasana dan keperluan kedua belah pihak.

    Maybe lepas ni saya nak sarankan kepada kementerian pelajaran supaya mewujudkan subjek cinta so.. para pelajar akan maju dalam akademik dan membina cinta, kerjaya serta keluarga yang berjaya di dunia dan akhirat.. insyaallah.. 😉

  • put3polaris

    hiii sume….

    ermm… pas kecewa rasa cam serik je nk bcinta ag… bak kata “saya” takut utk disakiti or mnyakiti….. tp skrg mcm dah berani balik,,, semangat2… huhu…

    “saya” bro dah bakar semangat tu…. kecewa adalah pkara biasa dalam pcarian cinta…
    akan ku jd kan kata2 ini sbg pbakar semangat…
    huhu… masih mahu mcari cinta sejati…
    yeyehhhhhhhhhhh
    tq bro…… caya la bro….

  • saya

    la..tak sempat habis dah ter send..yupp..pe Bro tls tu..mmg menusuk..hikhik..tgh cari kekuatan..kegusaran masih dlm diri..tkt utk disakiti atau menyakiti..tapi masih cube mencari..kekuatan diri..moga ia menjelma kembali..

    sempat lagi nk madah2 kt sini..hihi

  • saya

    macamane nk berani…takutt…

  • Boby @ MaSteR HaTeR

    SAlam Bro & SAYA… 🙂

    huhuuhuhuhuhuhuuhuhuhu….KUAT

    SAYA – Awak dah boleh ikut ke ape yang Bro cakapkan tu..? 🙂

    Bro – Lawa le post nie,ramai yang akan terkena nie..? hhehehehehheheh6….

    “Jangan Takut BerCinta,sebab itu adalah fitrah manusia”

  • saya

    salam Bro..yup..betul..kene kuat semangat..kuatt..kuat…harimau kuat!!!tapi..
    tapi……..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons