Putera Ali

Razzi Rahman.com

“Putera engkau akan sesak nafasnya, hancur otaknya sebelum dia sempat mencium bau dunia Salji Biru ini…” laung perempuan tua yang berdiri jauh di atas batu besar di dalam gua yang lembap dan basah itu.

Hijau pekat wajah berkedutnya, menajam renung mata merahnya. Mengurai panjang rambutnya, hilai ketawanya, mendirikan roma, “Eewhihihi…Bayu, kau juga akan kuhancurkan!”

“…tolong jangan apa-apakan dia. Bunuhlah aku tapi, lepaskan putera ku..tolonglah..” pinta Raja Bayu, dia masih terikat ketat di tiang tengah di dalam gua yang sangat luas itu.

“Eewihihihii…dia sudah datang…Mmwahaahaha…bersedialah. Inilah balasan kerana penghinaan kau pada ku dulu!…aku benci kaum mu!!…dia datang hihihii…”

“Huh??!…huh?…tolong..tolong…”

Dari jauh, bunyi getaran dan batu-batan yang bergelimpangan jatuh membayangkan sesuatu yang amat besar sedang menghala ke arah situ. Bergetaran tubuh lelaki yang baru sahaja ditabal menjadi Raja itu, berdegup kencang jantungnya menanti dengan penuh ketakutan sekali…

Semakin dekat bunyi mengersek deras menghampiri ruang tengah gua itu. Semakin ngeri di hati nya yang semakin mengigil ngeri dengan hukuman yang bakal diterimanya. Tiba-tiba…”Arghhh TOLONG!! TOLONG!!”

Membingit jeritan Raja Bayu apabila dia melihat muncul seekor ular gergasi yang sangat panjang dan besar memenuhi seluruh ruang gua itu. Matanya membulat terbeliak, badannya terketar-ketar ngeri, jantungnya berdetak makin laju… “HAAA…MATILAH AKU KALI INI..MATILAH AKU!!!”

“Eeihihihi…ajal mu sudah sampai Bayu!! BUNUH DIA!”

Raja Bayu meronta-ronta sekuat hatinya, mencuba untuk melepaskan diri, namun ikatan itu semakin ketat mengikatnya. Ular gergasi itu semakin menghampirinya…dia semakin meronta-ronta dan menjerit gerun. Matanya memejam ngeri, …ular itu semakin hampir, liur dari mulutnya menitis-nitis di kepala Raja Bayu. Kepala ular itu sudah betul-betul berada di atasnya…mulutnya sudah mulai membuka luas…taringnya terkeluar…tubuh Raja Bayu mengeletar menerima saat terakhirnya…sepintas lalu, dia terbayang wajah permaisurinya, dan puteranya yang baru dilahirkan… 

Dia mendongak, memberanikan diri dan membuka matanya, mahu melihat makhluk yang bakal membunuhnya…sepantas kilat ular itu meninggikan kepalanya, menjunam ganas dengan mulut yang terbuka luas, menerkam Raja Bayu,

“AARRGGHHHH!!!!….”

==============================

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo

25 Comments

  • Balak

    …woooo, kuat tul bro berkhayal! Fantasi habis, xreal arr ;P

  • “Di sini dan di dunia besi inilah aku akan bertanggungjawab menjaga bayi dan juga membesarkan dia di dalam suasana penyamaran yang akan menyulitkan diri aku dan dia… namun keputusan aku adalah muktamad!

    “Baguslah Pendita, lagipun pengkhianatan Dewi Zarqis Bara sungguh kejam dan sekarang ini sudah tentu lah dia sudah pun mengupah sesiapa saja untuk mencari Pendita dan Putera Ali untuk dibunuh!” kata Manosi, menyokong niat Pendita Besi.

    “Aku akan mencurahkan sepenuh kasih dan sayang kepadanya dan akan selalu menceritakan kisah hidup serta matlamatnya untuk kembali ke Saksama dan menuntut bela di atas kematian ayahandanya!”

    “YA! Dewi Zarqis harus dihapuskan dari muka bumi ini, dia adalah iblis betina yang menyerupai manusia!!” balas Manosi penuh semangat…

    “BENAR MANOSI!…dan aku akan ajar segala kepandaian ku, kan ku turunkan segala jenis ilmu kesatriawan kepadanya! Sehingga akhirnya Putera Ali boleh kembali untuk mengadili Emak Saudara Raja Bayu, si iblis Dewi Zarqis yang mahu membunuh Putera Ali dulu…”

    Lalu, dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh, Pendita Besi menjulang tinggi Putera Ali, “DAULAT TUANKU!”

    “DAULAT TUANKU!..” Manosi dan Cusi sama-sama memberi daulat dan hormat.

    Pendita mulai merenung wajah bayi lelaki yang sungguh comel, si Putera Raja yang menonjolkan wajah kesian itu, lalu bersumpah…

    “Di sini lah kita akan menyamar sebagai keluarga kepada Manosi…wahai Putera Ali, dari hari ini dan hari hari yang mendatang. Kita sudah bukan manusia biasa lagi kita adalah manusia campuran besi dan hari ini aku namakan kau NAGA BESI!!…”

    Manosi tergamam, “Waaahh…sungguh gagah dan hebat, sehebat namanya…si NAGA BESI!”

  • Cusi yang masih mendukung bayi menyerahkan nya kembali kepada pendita tua. Kemudian membuka semula balutan dilengan bekas kecederaan yang diberikan oleh Dewi Zarqis…

    “…nampaknya cedera dilengan Putera Ali sudah semakin sembuh, bagus herba yang pendita pakai tuh! tetapi…bekasnya bagaikan membentuk gambar sesuatu, cuba tengok!”

    “Ya! benar Cusi…bekas luka ini seperti membentuk satu haiwanlah…” sambung Manosi membulat matanya melihat lengan Putera Ali.

    “NAGA!…seekor naga nih!” ujar pendita penuh yakin.

    “Apa?…mana aku tengok betul-betul…” Manosi agak terkejut dan cuba perhatikan semula bekas luka di lengan Putera ALi itu.

    “Memang benar Raja Abu…kesan cedera ini mulai membentuk seekor naga yang akan menjadi parut di lengan kirinya ini!” Manosi mengesahkan.

    “Hei…jangan panggil aku raja!!…macam ni kau panggil aku Pendita Besi saja…senang ingat.”

    “Baiklah..baiklah! Pendita Besi.”

    Sambil merenung dan membelek lengan Putera Ali, Pendita merenung dan terfikir akan sesuatu…

    “Hmm…apakah parut ini akan bertindak balas seperti kepala aku?!…kerana ianya datang dari orang yang sama…” Pendita Besi berfikir sejenak…

    “Kalau kepala aku boleh dibakar api tidak hangus dan menjadi kebal, bagaimana pula lengan yang bertanda seekor naga??”

    “Ya Pendita..apakah suatu hari nanti lengan kiri Putera Ali akan mendapat keistimewaanya??” tertanya Manosi yang turut terfikir akan keajaiban ini.

    “Aku rasa, kita mesti menyembunyikan parut ini betul-betul. Mungkin akan mengundang bahaya suatu hari kelak…” Risau si Pendita.

    “Apa kata kalau Pendita buatkan balutan besi, seperti yang dibuat untuk kepala Pendita itu?” tanya Manosi.

    “YA!…bagus juga tu Manosi. Satu rancangan yang baik. Yaaa… aku akan menutup seluruh lengan kirinya dengan besi agar parut naga itu berada dibawah besi!”

    “Elok benarlah tu Pendita…tapi err, sudahkah pendita memikirkan nama samaran Putera Ali ini??!”

  • “..apakah yang Tuanku hendak dipanggil mulai saat ini sebenarnya, Tuanku? Raja Abu? Abu saja ? Pendita? Mahaguru?…”

    “Kau ni memang suka berguraulah Manosi…kau tengok ni…” Raja Abu membuka Selubung Ungu nya itu dan…

    “Kepala botak dibalut besi itu memang dah lama aku tengok kerana dibakar Dewi Zarqis tapi apa dah jadi dengan mata kau tu??!”

    “Terkejut?…bukankah di dunia kau ini, manusia biasa dijadikan hamba, bukan?!..Ya jadi, aku mahu menambahkan kebolehan ku, mata mesin ku ini boleh melihat sesuatu dengan terang dan tajam walau dalam kabus.”

    “Wow!!!…jadi sekarang kau tak boleh jadi hamba abdi lagi kerana kau sudah menjadi manusia yang bercampur besi dan mesin!”

    “YA! Itulah tujuan ku yang sebenar.”

    “Eh, apa kata aku panggil kau KEPALA BESI?!”

    “Hmm…boleh juga tapi, kalau aku tambah tangan besi pulak? Apa kau nak panggil aku nanti?? Ha!ha!ha!…panggil aku Pendita sudah Manosi.”

  • “Raja Abu!…akhir nya sampai juga kamu kesini.” kata Manosi.

    “Hei Manosi…terimakasih kerana bersedia menerima aku.” jawab pendita.

    “Raja Abu, inikah Putera di raja itu? Nasib baik Tuanku sempat menyelamatkan nya!” Sambung Manosi lagi.

    “Ya…Putera Ali. HEH!!!…sudah-sudahlah tu menghormati aku dengan memanggil Raja ataupun Tuanku!…aku kan kena menyamar!”

    “Oohh…lupa, baiklah! baiklah! hehe…err, adakah si iblis tua itu lagi yang punya angkara??!”

    “Tentu saja, siapa lagi! Memang aku telah lama mengagak. Dewi Zarqis memang akan cuba untuk membunuh waris tahta itu jika dia dilahirkan. Seperti dia pernah cuba untuk membunuh aku dulu dan telah merampas seluruh kerajaan aku dan menghancurkannya!”

    “Tapi…”

    “Ya…dia masih ingat yang aku telah mati, nasib baik kau selamatkan aku Manosi.”

    “…nampak nya pendita menggagalkan tipu helahnya lagi.” Manosi menyambung. Lalu diambil dan didukungnya Putera Raja itu, “CUSI!…Cusi…ambil bayi ni.”

    Tergopoh-gapah isterinya datang, tergesa-gesa bercakap dalam cemas, “Manosi!…tidak risaukah kau jika tentera Si Karat datang mencarinya di sini? Habis kita semua akan diherat-kerat dan dicairkan!” gusar Cusi.

    Terus saja dia menanggalkan pakaian di raja bayi yang dipakai Putera Ali serta menanggalkan rantai di raja itu, dan cepat-cepat menukarkan kepada pakaian buruk lebihan dari peninggalan kain dari orang gajiannya dulu.

    Pakaian di raja dan rantai itu di berikan kepada suaminya yang terus menyimpan ke dalam sebuah kotak besi yang berantai terikat di tambatan rumah lalu ditenggelamkan kotak besi itu kedalam sungai di bawah tambatan rumahnya. Pendita hanya melihat dalam diam.

    Cusi terus saja mendukung Putera Ali setelah dia mula menangis…

  • Di luar bandar Krom adalah hala tuju pendita mencari kawannya, MANOSI. seorang manusia berbadan besi yang masih mempunyai perasaan hormat terhadap sesama manusia.

    Rumah Manosi adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka bersembunyi setelah penat melarikan diri dan mengembara jauh tanpa henti.

    Meluncur perlahan-lahan bot pendita, bergoyang-goyang terapung di udara hulu sungai yang menghala ke rumah kawannya itu untuk mendarat.

    Alangkah lega hatinya apabila melihat Manosi melambai-lambai tangan, berdiri di depan rumah usangnya. Pendita mulai menarik palang dan menekan butang-butang memperlahankan enjin untuk mendarat…agak deras bot keluli itu jatuh ke air. Terus saja dia mengemudi bot itu menghampiri rumah Manosi dan terus menutup kesemua peralatan bot terbangnya yang berubah menjadi seperti bot biasa kembali…

    “Ahh…Putera Ali, kita sampai juga ke sini, kita selamat!” cakap Pendita sendirian sambil erus belayar menuju kerumah kawannya itu.

    Sesampainya di sana Manosi dan keluarganya sememangnya tengah menunggu kehadiran pendita. Dan juga telah menyediakan tempat untuk menyembunyikan botnya. Pendita terus memasukkan botnya kedalam tambatan yang tersembunyi di bawah rumah yang tertutup seperti sebuah ruang bilik yang besar, berada didalam rumah mereka…

  • Sudah beberapa hari Pendita Berselubung Ungu bersama Putera Ali mengembara jauh di awangan dalam pelarian menuju ke destinasi yang hanya dia yang tahu…

    Keadaan bayi di Raja itu cukup menyedihkan sekali dan amat keletihan. Namun demi masa depan bayi itu, pendita terpaksa membawanya jauh untuk bersembunyi.

    Rantai emas putih masih di pakai Putera Ali. Si Pendita telah lama merenung rantai itu. Hairannya menebal kerana sepanjang pertempuran menyelamatkan diri tempohari kristal itu bersinar-sinar terang didada Putera Ali tetapi cahayanya sudah hilang kini…

    “Pelik…apakah kristal ini mempunyai apa-apa kuasa?…” fikir Pendita kemudian membelek-belek kristal merah itu…

    “Nasib mu sungguh malang Putera Ali…baru saja mengenal ibubapa mu dan dunia baru ini kau sudah terpaksa berpisah…tapi aku berjanji, suatu hari nanti kau akan kembali ke tempat asal mu, aku bersumpah aku akan menjaga mu dan memberi segala tunjuk ajar hingga kau akan menjadi seorang satria yang memiliki ilmu kebatinan yang tinggi seterusnya menjadi pahlawan negara!!”

    Tanpa disedari… mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju, “Syukur…akhirnya kita sampai juga ke NEGARA KELULI!”

    Lega hati pendita, segar wajahnya melihat tempat kebiasaannya itu. Negara yang di penuhi dengan manusia separuh besi dan bergantung hidup sepenuhnya dengan berbagai jenis mesin.

    Dia tersenyum memandang ke bawah dan melihat bandar KROM yang bersinar-sinar memancar terang semua bangunan pantulan dari dinding-dinding besinya.

    Nun jauh di luar bandar pula, rumah-rumah yang diperbuat dari besi lama, kelihatan kehitaman dan kotor berkarat, malah pokok-pokok juga turut dipenuhi karat dan lumut. Di situ arah tujunya yang sebenarnya…ke rumah seorang kawan.

    Kipas yang berputar ligat kini diperlahankan kerana kesibukan udara yang dipenuhi kenderaan yang hampir kesemuanya lebih kurang sama dengan bot besi usang milik pendita.

    Semua memenuhi ruang udara negara Keluli dengan asap yang bergumpalan hitam dan bunyi enjin yang tersedut ketat, perlahan-lahan meluncur ke arah tujuan…

  • Demi maruah dan negara Saksama, Raja Bayu mahu turun dan berlawan dengan Lima Musibah, seterusnya membunuh Dewi Zarqis…langkah diatur, kaki menjangkah tetapi tertarik dek pelukan Permaisuri Salju yang kemas memeluk sambil sujud kepada suaminya,

    “TUANKU…tolonglah, semua sudah mati Kanda Tuanku…tiada gunanya kita menempah maut…lebih baik kita berundur sementara masa masih terluang…” rayu permaisuri dalam tangisan perit.

    “HUH!!…jelas sudah Bonda Zarqis adalah pengkhianat negara, pastinya iblis itu juga yang menculik putera kita dinda!”

    “Ampun kanda Tuanku…dinda sudah kehilangan bayi tercinta, mahukah kanda menyeksa dinda dengan menyerahkan nyawa kanda pula??!…lebih baik dinda mati saja!”

    “Cinta ku Salju, tidakkah dinda mahu melihat kembali Putera Ali?!…dengan si Zarqis lah kita boleh menemuinya kembali sayang…” pujuk Raja Bayu penuh yakin.

    “Cubalah kanda lihat sekeliling perkarangan istana…mayat-mayat bergelimpangan. Jika benar Bonda Zarqis yang menculiknya kemudian mahu merampas tahta kanda pula…adakah kanda fikir Putera Ali masih hidup??!”

    “DINDA SALJU!!!…JANGAN BERKATA BEGITU! PUTERA ALI MASIH HIDUP!!” bentak Raja, terkejut dengan kata-kata permaisurinya.

    “Err…ampun Tuanku, mungkin benar Putera Ali masih hidup, namun apalah gunanya jika dia masih hidup dan kita semua mati Tuanku…ada lebih baik kita berundur segera sebelum terlambat.” ujar Bendahara.

    Bunyi gegaran semakin kuat kedengaran, tiang-tiang istana runtuh satu persatu, dinding dan patung-patung hancur berkecai di huru-harakan Batu dan Karat. Dewi Zarqis, Lubuk, Balak dan Garr melangkah deras menuju ke bilik peraduan di raja untuk membunuh pemerintah itu…

    Namun, setibanya mereka ke dalam istana, kosong! Seluruh isi istana telah berundur dan menyelamatkan diri ke hutan belantara. Mereka semua mengilai dan ketawa girang dengan kemenangan yang cukup senang itu…

    Untuk meraikan kemenangan mereka, Dewi Zarqis telah mengarahkan pengikut-pengikutnya keluar mengerahkan beberapa keluarga dari kalangan rakyat jelata untuk menjadi hamba mereka di dalam istana itu…

    Sepanjang malam, mereka bergembira dengan meminum arak dan bersuka-ria tanpa menghiraukan apa-apa lagi. Dan sebelum Dewi Zarqis memberi upah wang emas yang berguni-guni kepada Lima Musibah,

    “DENGAR SINI, kawan-kawan semua…kejayaan pertama terlaksana dengan lancar. Namun, sebagaimana perjanjian kita… Aku mahu Putera Ali dibunuh bukan ditangkap!…kamu semua adalah dari lima wilayah besar, pulanglah ke negara masing-masing. Si Pendita Berselubung Ungu dan Putera Ali pasti akan melalui kawasan kamu semua jadi bersedia lah!!! yang aku tahu bunuh! bunuh! bunuh!. Nah ambil upah masing-masing.”

    Dewi Zarqis mengarah kan pengawal-pengawal nya memberi berpuluh-puluh karung emas yang diambil dari kbilik khazanah Raja itu kepada kumpulan lima musibah…

  • Pembunuh yang terakhir sampai menggunakan seekor binatang terbang berkepala singa dan berbadan gajah, sangat besar sebesar ikan paus dan memiliki lapan sayap.

    Sebelum mendarat di perkarangan istana itu, GARR sudah melompat turun dari ‘SINGAJAH’ yang masih terapung di awangan itu. ‘BOOM!!’… berdentum kawasan tanah itu sekali lagi…

    “WRAAAOOHHH!!!” Garr mengaum, bergegar seluruh kawasan istana itu. Raja Bayu dan Permaisuri bersama dayang-dayang benar-benar dalam ketakutan yang teramat sangat mendengar berbagai bunyi malam itu.

    Namun, perasaan yang begitu ingin tahu apakah yang sedang berlaku di luar membuatkan kesemua mereka keluar ke beranda dan alangkah terkejutnya apabila melihat suasana yang sangat mengerikan di perkarangan istana.

    Bertambah menggerunkan mereka lagi apabila memandang si Garr yang berkulit gajah dengan kepala berbelang bak belang harimau, mulai mengamuk membunuh semua panglima-panglima di raja dengan menggunakan taring dan kuku tangannya yang panjang!

    LIMA MUSIBAH terus-terusan diserang askar-askar dan panglima diraja, namun semuanya gugur ke bumi. Kelebihan pembunuh-pembunuh itu terlalu hebat dan tidak setanding mereka. Bergelimpangan mayat-mayat memenuhi perkarangan istana itu, ada yang terbakar, berasap, putus kepala dan kakinya, terpenyek dan hancur lebur dikerjakan Lima Musibah sehinggalah sudah tiada tinggal seorang pun lagi yang hidup…

    Seluruh yang menginap di dalam istana pula kecut dan meraung dalam ketakutan, menangis-nangis kegelisahan, cemas dan teramat ngeri mengingatkan apa yang bakal terjadi kepada mereka. Malam yang dingin menjadi teramat hangat dan amat mengharukan mendengar hilai ketawa Dewi Zarqis…

    “Eeeeiiihihihihi…RAJA BAYUUU!!!…NYAWA KAU AKAN KU CABUT!!”

    “Bonda Zarqis??!…Bonda Zarqis punya angkara sebenarnya…CIS!!”

  • Mereka mulai mengganas dan membunuh semua pengawal-pengawal yang cuba untuk menghalang mereka dari mara ke dalam istana…

    Setelah hampir semua pengawal istana bergelimpangan rebah ke tanah. Sampailah si LUBUK yang timbul dari dalam sungai di dalam sebuah kenderaan seperti buih-buih yang besar, berasap dan hanyir baunya.

    Merayap laju, melunsur ke perkarangan istana datang menemui Dewi Zarqis. Petualang tua itu agak terkejut melihat Lubuk. Geli geleman dibuatnya.

    “Kau Lubuk?…hmm, apakah kelebihan kau, nampaknya kau tiada membawa sebarang senjata.”

    Tiba-tiba muncul berlari seorang panglima dari belakang Dewi Zarqis cuba untuk membunuh perempuan si tukang sihir berhati iblis itu.

    “Ssuurrrppp!” Meludah si Lubuk mengeluarkan lendir hijau panas berasid, terus ke muka panglima itu.

    “AARRGHHH!!!” rebah tersungkur panglima itu, menggelepar kesakitan dan mati serta-merta!

    “Mmwahahaha…apakah itu menjawap soalan kau Dewi Zarqis? Hahahaha…”

    “Eeiii..eii…BAGUS LUBUK! Kau sungguh istimewa. Hmmm..Aku juga ada mendengar yang kau boleh menilik dan mendapat mimpi yang hampir nyata..apakah benar?”

    “Kau mahu aku meramal dimana Putera Ali berada, bukan?”

    “Benar sekali Lubuk, selepas kita semua bersama menakluiki kerajaan ini, itulah perkara seterusnya yang aku mahu lakukan. Aku mahu Putera Ali dibunuh!!”

    “Mmwahhahaha…itu sudah pasti!” jawab Lubuk dengan penuh yakin.

    “Huh…bagus!! Hei Karat, manakah pembunuh kau yang paling ganas itu??!”

    “GARRR!!!”

  • BALAK hadir kemudiannya dengan kapal layar yang diperbuat dari kayu balak. Kapalnya memiliki sayap dari daun-daun dan kipas yang di buat dari ranting pokok yang besar.

    Menyerupai manusia tetapi berwajah pokok. Tangannya mengeluarkan akar kayu yang tajam dan berlekar-lekar memanjang sepanjang mana pun. Badan sebesar dan sekeras kayu balak.

    “Selamat datang, Selamat datang kepada semua…Heii..heii, aku sungguh gembira sekali dengan kehadiran kamu semua ke sini, malam ini akan kita huru-harakan Negara Salji Biru” Alu-aluan Dewi Zarqis.

    “…hmm manakah lagi yang lain-lain bukankah lima kesemuanya?’ tanya Dewi Zarqis akan pembunuh-pembunuh yang lain.

  • Tiba-tiba, “Wooooo….BOOMMM!!!”

    Bagaikan tahi bintang terhempas ketanah. Berdentum dengan begitu kuat sekali, membingit telinga kelajuan bunyinya yang menjunam ke perkarangan istana, melandarkan tanah sekelilingnya, berlubang laman.

    Lompatan sayup Si BATU yang memiliki tubuh sebesar tiga ekor gajah, yang amat menakjubkan bagi Dewi Zarwis. Malah kehadirannya ke situ, mengejutkan semua orang yang dbuai mimpi, apatah lagi dengan seluruh anggota tubuhnya adalah batu, kecuali kepala.

  • Beberapa jeritan kedengaran lagi dan kemudian, jeritan lantang seorang pengawal di raja apabila badannya dibenam tangan besi panas si KARAT…Penjahat bertubuh separuh besi ,separuh manusia yang baru terjun turun dari kapal besinya yang masih terapung di udara.

    Seorang lagi pengawal dihantuk pula dengan kepala besinya yang bulat padat! Di situlah muncul juga Dewi Zarqis,

    “Selamat datang Karat!…terimakasih kerana bersetuju dengan ku.” kata Dewi Zarqis, si ahli sihir hitam yang sememangnya menanti kumpulan Lima Musibah, datang untuk merampas tahta secara paksa, pada malam itu juga.

    “Yaaa…aku akan terima apa kerja sekalipun dengan mu Dewi Zarqis kerana upah lumayan yang bakal kau beri itu mwha! ha! ha!!!”

  • Raja Bayu dan Permaisuri Salju teramat sugul di dalam bilik peraduan kerana kehilangan putera mereka…

    “Sabar cintaku Salju, kekanda yakin Putera Ali pasti akan dijumpai.” pujuk Raja Bayu walau di jiwanya sendiri cukup sayu dengan peristiwa yang menyedihkan ini.

    “…bagaimanalah kita harus menempuh hari-hari yang mendatang? Oh Tuhan…” rintih Permaisuri yang teramat sedih di bahu suaminya yangtersayang.

    “Sudah ramai pegawai-pegawai diraja kanda arahkan keluar mencari di seluruh pelusuk daerah…”

    “Tapi… sehingga lewat malam begini, masih tiada berita kanda…”

    tiba-tiba kedengaran jeritan nyaring sayup-sayup di perkarangan istana,

    “EEIIHHHH!!!…ARRRGHHH!!”

  • Di penjara bawah tanah, Dewi Zarqis begitu murka dan teramat marah menerima berita buruk dari pengikut pengikutnya. Habis diamuknya mereka sehingga ada yang terbakar dipatuk ular berapi, hukuman dari jari-jemarinya!

    Kerisauan jelas diwajah hijaunya.Rahsia sandiwaranya mungkin akan diketahui oleh sesiapa dan berita pengkhianatannya itu mungkin akan terbongkar…

    “AHHHH!!!…Siapakah dia Pendita Berselubung Ungu itu?!! Cis!!, mengapakah dia begitu bersusah payah sekali untuk menyelamatkan anak kecil yang tidak ada kena mengena dengan dia? dan… agak hebat sekali ilmunya itu, walau pun sudah tua gaya nya tetapi masih gagah dan bijak bertarung!”

    Tiada jalan lain lagi yang difikirkannya, melainkan dia terpaksa mengupah beberapa penjahat kenalannya yang mempunyai berbagai kehebatan, kemahiran dan ilmu hitam yang sentiasa mengambil upah membunuh sesiapa saja. Lalu, pada saat itu juga Dewi Zarqis telah membuat keputusan untuk memanggil si “Lima Musibah”…pembunuh upahan yang paling ganas…

  • Lenyap pendita dan putera Ali untuk beberapa saat, bergerak sepantas kilat dalam sedutan udara lantas muncul seketika, lenyap lagi dan muncul jauh dari Dewi Zarqis, kemudian lenyap kembali hilang dalam angin yang bertiup lantas muncul di balik dinding jauh di luar istana.

    “Huh! Huh!…aku sudah kehilangan banyak tenaga huhhh…” Pendita tercungap-cungap berlari pula untuk melarikan diri, pergi mendapatkan botnya yang berada di sungai tepi istana yang terbentang luas dan panjang bersambung ke laut dalam.

    Bot Pendita cukup unik dan pelik, bagaikan sebuah kenderaan darat yang tak bertudung dan diperbuat daripada besi keluli namun ringan terapung. Asap bergupalan keluar dari enjin wap yang baru dihidupkannya. Bergetar kiri dan kanan di bahagian belakang badan bot itu menanggung berat dua enjin yang sudah usang itu. Tapi, bot itulah yang akan membawa mereka lari dari situ. “Hei Dewi Zarqis…Putera Ali selamat!!”

    Dia menolak pedal minyak lalu bot itu meluncur laju merempuh sungai yang panjang merentangi keseluruhan sempadan luar istana dan mulai memasuki laut dalam… Kemudian bot itu berhenti seketika untuk dia membalut luka di lengan Si Putera yang masih menangis dan meraung kesakitan. Dicapainya bakul rotan yang telah tersedia dan dibaringkan anak kecil itu, lalu diambilnya mangkuk kayu yang berisi ubat ubatan tradisional. Sakit Putera Ali mulai reda apabila merasa sejuk dari herba-herba terpilih yang dibalut pendita. Putera Ali mulai senyap dalam bakul rotan itu, membuatkan pendita merasa begitu lega…

    Namun, belum pun sempat mereka berehat, jauh dihulu…pengikut-pengikut Dewi Zarqis mulai menyusuri mereka dengan bot dan juga perahu istana.

    “Hah?!…mereka masih belum putus asa?! CIS!..sebentar wahai Putera, ada sesuatu istimewa yang perlu aku lakukan. Huh!” Pendita kembali cemas, kegusaran melanda takut tertangkap oleh mereka! Cepat-cepat Pendita mula menyiapkan kembali bot usangnya untuk berangkat dengan segera!

    Dia bergegas ke belakang bot mencapai roda kemudi dan menarik beberapa palang kecil, lalu di tepi bot itu berlapis-lapis keluar sayap kain guni yang panjang di kiri dan kanan. Satu butang besar di tempat kemudi ditekan dan tiba tiba tiang tengah bot itu bergerak jauh ke atas dan mengeluarkan kipas yang agak besar. Ditekan pula satu lagi butang berwarna merah dan kedua-dua enjin wap di belakang berubah menjadi enjin kapal berkuasa tinggi!

    Dengan serta merta bot itu telah naik dari permukaan laut yang mulai bergelombang ditiup kipas yang berpusing ligat, terapung di udara dan terus meluncur laju meninggalkan tempat itu, terbang jauh membelah langit yang putih kebiruan,
    Pengikut pengikut Dewi zarqis hanya ternganga memandang ke langit, terpinga pinga kebingungan. Akhirnya Pendita Berselubung Ungu dan Putera Ali telah meninggalkan negara Salji Biru itu…

    “SELAMAT TINGGAL HAHAHA!!…kita selamat Putera ALi!”

  • Namun…alangkah terkejut besarnya Dewi Zarqis setibanya dia di penjara bawah tanah itu apabila melihat pengikut-pengikutnya sedang bertarung dengan seorang Pendita Tua Berselubung Ungu dan menggunakan tongkat sebagai senjatanya!

    Tongkatnya sungguh hebat, setiap kali di tetak pedang oleh pengikut Dewi Zarqis, dia dapat menangkisnya dengan memusingkan tongkat didepan dirinya, lantas mengeluarkan cahaya biru yang berupa perisai kepada Pendita…!

    Setiap kali pengikut Dewi Zarqis terkena hentakan tongkat Si Pendita pula, bergetar-getar dengan kuat tubuh masing-masing lalu rebah terkulai di situ juga!

    Si Pendita tua itu bukan calang-calang orang dan dia begitu mencuba bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan anak Raja Bayu si Putera Ali.

    “BERHENTI!!..” jerit Dewi Zarqis. Tiba-tiba sahaja segala serangan kepada Pendita itu terhenti.

    “HUH!! Siapa kau hah?!…” tanya Dewi Zarqis kepada Pendita itu dengan nada suara garau dan geram.

    Pendita yang sedang mengendong bayi Si Putera Raja di belakang nya menjawab dibalik selubung yang menutupi wajahnya, “AKU? …kau sudah lupa?!”

    “SIAPA KAU?!” bentak Dewi Zargis dengan bengis.

    Pendita tak menjawab, tetapi mengambil peluang itu dengan melarikan diri secepat mungkin. Tetapi Dewi Zarqis dengan wajah yang mulai bertukar kehijauan mulai menyerang…

    ‘woooshh!!..whooosssh!!’ Kuasa Ular Apinya melayang tajam ke arah pendita yang terus melarikan diri…

    Bertubi tubi kuasa ular api dilontar dari kedua dua belah tangan Dewi Zarqis. “Nah!!!…mati kau!!!..”

    Pendita cuba mengelak ke kiri dan kanan, “ahhh!!” malah cuba membuat perisai dari tongkatnya tetapi tetap dapat di tembusi oleh hentaman hebat melayang-layang ular api Dewi Zarqis…sehingga tongkat Pendita terputus dua.

    “Eeeeeeiiii…..hei!..hi!hi!hi!..kemana kau nak lari hah?!!!…” Hilai Dewi Zarqis yang teramat yakin yang serangannya mengena teruk kepada Pendita itu.

    “NAH!!!…Ular Api ku kali ini akan memakan engkau…. eeeehihihi!!!!”

    “Ahh HUWAA..HUWAAA..HUWAAA!!” Meraung kesakitan dengan kuat, menangis membingit si Putera Ali apabila kuasa ular api mengena dan membakar lengan kirinya!

    “PUTERA ALI!!”

    “MWHAHAHA…MATI KAU!!” Sekali lagi Dewi Zarqis menyerang dan menggunakan Kuasa Ular Api dan akhirnya Pendita pula terkena serangan itu dan tersandung jatuh ke tanah.

    Dengan kecederaan dan tangisan Putera Ali dan dia sendiri hampir tertewas, pendita tua itu sudah tiada cara lain lagi, melainkan dia harus menggunakan ilmu kebatinannya untuk melarikan diri dengan cara ghaib dan menghilangkan diri… “Jangan risau Putera Ali, aku akan bawa engkau keluar dari neraka ini!!!…”‘Whooshh!’

  • Tiba-tiba terdengar jeritan dari seorang dayang istana, “TOLONG!!…TUANKU!! TUANKU!”

    Raja dan Permaisuri agak cemas dan terkejut melihat dayang tercungap-cungap, sesak nafasnya berlari kearah mereka…

    “Kenapa dayang??!…kenapa ni?!” tanya Raja Bayu dengan wajah yang amat hairan.

    “Aa..a..ampun Tuanku …ma…maafkan patik Tuanku… Putera Ali! Putera Ali Tuanku..”

    Raja Bayu terus berlari ke kamar Putera Ali diikuti oleh Permaisuri dan juga pembesar-pembesar yang lain…

    “…mana anak Beta?! MANA PUTERA BETA??!”

    Raja Bayu cemas sekali melihat Putera Ali tidak ada di kamar peraduan bersama semua dayang-dayangnya yang hanya tertunduk ketakutan.

    “MANA PUTERA BETA?? APA YANG TELAH TERJADI HAH??!…JAWAP!!” Bentak Raja Bayu yang semakin hilang sabar. Namun dayang-dayang di situ hanya menggeleng-gelengkan kepala…

    Permaisuri sampai dengan hati yang longlai, matanya mulai bergenang, suaranya mulai serak, gelisah dan teramat risau… “Apa yang telah terjadi kanda?”

    “Cinta ku…sabar, sabar..emm mungkin putera kita telah diculik…” jawab Raja Bayu, sedih…

    “Apa?!…aaaaahhhhhh……” Perlahan-lahan Permaisuri Salju rebah kepeningan serta merta, pengsan disitu juga!

    Raja Bayu memapah Permaisuri ke katil peraduan. Malah dalam masa yang sama kepalanya juga berdenyut-denyut kepeningan. Pembesar-pembesar semuanya terkejut dan terus memerintah semua orang keluar mencari Putera Ali bersama-sama mereka secepat mungkin. Riuh rendahlah seluruh istana akan kehilangan Putera Ali. Hampir kesemua pengawal istana berlari ke sana-sini mencari-cari bayi di raja itu.

    Dewi Zarqis juga berpura-pura bimbang yang teramat sangat dan konon-kononnya mencari Putera Raja yang hilang itu. Setelah hampir kesemua pesuruh Raja keluar mencari, Dewi Zarqis secara senyap-senyap telah pergi ke penjara bawah tanah di Istana itu kerana sebenarnya Putera Raja yang dighaibkannya itu dihantarkan di situ bersama-sama pengikutnya.

    Dan kehadirannya ke penjara itu adalah semata-mata mahu membunuh Putera Ali agar Raja Bayu tidak akan ada pewaris tahtanya lagi…malah, dia juga telah meracun Raja Bayu dan Permaisuri Salju secara halus dan perlahan-lahan…

  • …keesokkan harinya, kemeriahan terserlah diseluruh kawasan Istana Alun Kayangan dan rakyat jelata bersama-sama bergembira, berpesta menyanyi dan menari. Berbagai permainan diadakan dan juga berbagai jenis jamuan disajikan, Raja Bayu juga menderma wang emas begitu banyak sekali kepada seluruh rakyat jelata pada hari ini kerana menyambut kelahiran Putera Ali.

    Raja Utama Bayu dan Permaisuri Malam Salju memakai pakaian diraja yang sungguh hebat sekali dengan warna merah dan kuning bersinar, semuanya diperbuat dari sutera emas dan bertatahkan berlian manakala mahkota Raja dan Permaisuri pula diperbuat dari Emas dan dipenuhi segala jenis batu permata dan berlian yang didapati dari segenap ceruk dunia.

    Mereka berdua tersenyum melihat gelagat rakyat jelata sambil diperhatikan seluruh pembesar-pembesar negara. Dewi Zarqis yang dari semalam telah menghilangkan diri akhirnya muncul hari ini dan berada dikalangan pembesar negara.

    Sebagai Bonda Saudara Raja dia juga menyandang jawatan Bendahari dan Penasihat Diraja. Seperti kebiasaannya Raja Utama Bayu amat percayakan Dewi Zarqis dan sangat menyayanginya seperti Ibu sendiri.

    Namun nun jauh di lubuk hati Dewi Zarqis, beliau tidak pernah berpuas hati, ketamakannya cukup pandai dia menyembunyikannya. Dan terus berpura-pura menyayangi seluruh keluarga Raja Utama Bayu.

  • …dalam diam, Dewi Zarqis muncul perlahan-lahan ke kamar Permaisuri. Dengan wajah sinis dia hanya memandang kearah keluarga yang sedang menikmati saat yang paling bahagia dalam hidup mereka itu.

    ‘Nikmatilah sepuas-puasnya masa yang kau masih ada ini wahai anakanda saudara ku…kerana ianya tidak akan lama…hihi’ ngomel Dewi Zarqis sambil tersenyum lebar. Bagai sudah tidak tahan lagi menunggu saat kehancuran seluruh keluarga di raja itu.

    “APA BONDA?” tiba-tiba Raja Bayu mencelah, “Bonda ada kata sesuatu?” tanyanya lagi.

    “Err? err, ahh…ahh…tak ada apa-apa Tuanku, Bonda ca…cakap nikmatilah kebahagiaan hidup bersama dengan Putera ini dengan penuh kebahagiaan Tuanku…bonda gembira sangat dengan saat ini…” jawab Dewi Zarqis penuh sandiwara, sambil memberi senyuman melerek…

    “Terimakasih Bonda Zarqis…”

    “Aaa…maafkan Bonda Tuanku, Bonda ingin pergi melihat semua ubat-ubatan untuk Permaisuri dulu…”

    “Owh?…baiklah, silakan Bonda…”

    Dewi Zarqis berundur keluar dari kamar Permaisuri itu, kononnya menuju ke tempat persediaan ubat tetapi sebenarnya dia mempunyai niat tidak terbayang oleh sesiapa nun jauh ke luar Istana…

  • Sampai saja Raja Bayu di depan pintu yang tinggi dan berlambang di raja itu, kedua-dua pengawal yang berjaga di situ terus membuka pintu yang diperbuat dari tembaga dan bersalut emas itu, tanpa berlengah lagi dia terus saja memasuki dengan tergesa-gesa kerana sudah tidak sabar untuk melihat isteri dan putera sulungnya.

    Alangkah gembiranya apabila dia melihat Permaisuri sedang mendukung puteranya itu. Terus saja dia berkata, “Permaisuri ku…Alhamdulillah…syukur…”

    “Emm, syukur…” balas Permaisuri Malam Salju, dengan sedikit senyuman gembira dalam keletihan.

    “Ahh…terimakasih Cintaku, kerana telah menghadiahkan seorang Putera buat ku.”

    Lalu, terus saja Tuanku mengarahkan dayang-dayang membuka kesemua langsir-langsir sutera emas yang menutup tingkap dikamar yang luas itu. Kemudian Raja Bayu mengucup Permaisuri Malam Salju di dahi dan mengucup pula si Putera dan menyarungkan rantai yang di buat dari emas putih dan mempunyai sebiji kristal merah yang didalamnya ada terukir lambang mohor di raja Salji Biru.

    Beliau mengambil anaknya itu ,mendukungnya dan membawa kearah beranda yang luas terbentang. Kelihatan di bawah, laman perkarangan istana itu, sudah ramai rakyat yang menanti penuh sabar. Apabila ternampak sahaja Raja Bayu mendukung anaknya, terus saja mereka bersorak-sorai, riang dan melompat kegembiraan.

    Terpasang serta-merta meriam dengan tembakan sebanyak 21 das menandakan kejayaan kerajaan Saksama yang dipimpin oleh Raja Bayu Sri Utama.

    Sesudah meriam habis dipasang, Raja Bayu mulai berucap, “Wahai rakyat beta yang sangat beta sayangi…beta teramat gembira hari ini kerana permaisuri beta telah melahirkan seorang putera!”

    “WHOA! HAA! WHOA!…SYUKUR TUANKU!!” jerit seluruh rakyat yang turut sama meraikan berita gembira itu.

    “…dari hari ini juga, beta tabalkan putera mahkota beta ini sebagai Raja Muda, pengganti beta!”

    “DAULAT TUANKU!..DAULAT TUANKU!” Riuh-rendah suara rakyat yang memenuhi perkarangan istana itu, penuh kegirangan.

    “Dengan ini juga beta namakan putera beta ini, PUTERA ALI SRI UTAMA!”

  • Sejurus Raja Bayu beredar, Dewi Zarwis menoleh kebelakang dan memerhati sekeliling dan terus menghampiri meja di depan bangku panjang yang menjadi tempat berehat raja dan mengambil gelas yang ada diatas meja itu, mengangkat dan memerhati betul-betul gelas yang sudah kosong itu…cuba mencari sekiranya ada kesan apa-apa…

    Wajahnya bagai berpuas hati, kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa kecil, “Eihihi…”

    Wajah keibuan Dewi Zarqis yang disayangi raja bagai bondanya sendiri tadi tiba-tiba bertukar menjadi satu wajah yang agak ngeri…kulit wajahnya yang putih bersih itu bertukar menjadi kegelapan hijau dan yang manis tadi bertukar menjadi wajah yang amat bencikan sesuatu lantas terus bertukar menjadi ganas dan mengerikan sambil dia ketawa penuh makna, “eeehihihi…”

    Lantas dia membetul-betulkan kembali rupa parasnya kepada asal dengan hanya menjamah-jamah kulit muka nya dengan jari-jemarinya. Dia memandang ke cermin besar di dinding, wajah keibuannya kembali bersinar…dia tersenyum manis, lalu menyusuri raja…

  • Melihat akan Raja yang masih kebingungan itu Dewi Zarqis cepat-cepat menghampirinya dan mengurut sedikit bahu Raja Bayu,

    “Tuanku, tenang Tuanku…itu hanyalah mimpi di siang hari…igauan semata-mata Tuanku, bersabar lah. Yang penting, sekarang Tuanku sudah memiliki zuriat, pewaris tahta kerajaan Saksama, Tuanku.” Kata Dewi Zarqis cuba menenangkan rajanya.

    Raja bayu memegang kepalanya dan mengurut sedikit, cuba untuk menghilangkan pening dan terus memegang dadanya , igauannya tadi bagaikan benar-benar berlaku, debaran yang mengerikan itu masih terasa-rasa dan membuatkan jantungnya bagai tercucuk pedih…lalu dia berpusing ke arah tingkap dan ke sekelilingnya dan berjalan kearah dinding yang diperbuat daripada batu marmar itu…

    “Tapi…Bonda Zarqis…ianya terasa bagai kan benar-benar terjadi dan terasa akan sakit nya!”

    Dewi Zarqis bergerak ke arah raja itu dan menghampirinya sekali lagi lantas menepuk-nepuk belakang raja, terus cuba menenangkannya, “Sabar Tuanku…mimpi disiang hari ini adalah mainan tidur semata-mata…ada lebih baik Tuanku ke kamar permaisuri menjenguknya. Errr, pengawal..”

    Beliau memandang kearah kedua-dua pengawal yang memakai pakaian seragam diraja merah kemerahan diperbuat dari kain sutera bercampur baldu, lengkap dengan peralatan keselamatan.

    Raja Bayu mulai melangkah ke kamar permaisuri diiringi kedua-dua pengawal itu. Tertunduk jalannya, risau bercampur gembira menyelubungi jiwanya.

  • “Tuanku! Tuanku!…bangun Tuanku!” kejut Dewi Zarqis Bara.

    “Hahh??!…apa?..apa?..dimana aku? huh beta selamat??” Raja Bayu bingkas bangun dari bangku panjang yang bersinar keemasan lalu merenung tajam ke muka bonda saudaranya yang baru mengejutnya lantas memeluknya erat, “Ohh..BETA SELAMAT!”

    “Err Tuanku bermimpi agaknya?”

    “Benar Bonda Zarqis…mimpi ngeri…Beta telah dimakan…err bagaimana dengan permaisuri beta?!”

    “Semua selamat Tuanku, itulah bonda datang kejutkan Tuanku kerana, permaisuri telah selamat melahirkan seorang putera Tuanku!”

    “APA?!…seorang putera?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons