Wanita suka diseksa!

Razzi Rahman @ Brother Love

“Walau dikeji, tak dipeduli dan ditinggalkan, namun cinta ku tetap kepadanya. Aku akan tetap mengagungkan kesetiaan ku kepadanya sampai bila-bila…”

Ungkapan sebegini, berjuta kali kita mendengarnya, malah mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus dari dalam diri kita yang berbisik. “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.” Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda yang berkata-kata.

Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut “Abang Cinta” menasihat dan memberi pendapat…jawapan mereka yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :-

  • Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro
  • Sudah 4 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti
  • 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro.
  • Biarlah, dia nak buat kat saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.

Apabila bro cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain, atau pun sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana :-

  • Tak bro…dia tak macam tu…dia baik
  • Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni
  • Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat…
  • Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya

…dan berbagai-bagai alasan lagi KHAS diberikan kepada bro demi dia yang dicintai. Sedangkan, si dia sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang, mungkin sudah kahwin.

Tapi, wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus bercinta dan bahagia bersama lelaki itu. Namun di akhir perbualan, selalu wanita itu akan berkata, “Kalaulah bro tahu dan rasa bagaimana terseksanya jiwa, batin saya…”

So, jelaslah…”WANITA SUKA DISEKSA!” Namun mungkin hanya diwaktu mereka masih buta dalam bercinta. Tapi takkan nak buta sampai berbulan-bulan. Ada pula yang bertahun-tahun. Anda tak rasa pelik ke??…wanita ini tahu yang hidup mereka terseksa, wanita ini sedar yang mereka telah ditinggalkan…tapi mengapa masih mahu menunggu? Mengapa masih mahu setia?…

Pendapat Brother Love :

Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN.

Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi itu, adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah mengagak!

  • Bila sudah berhari-hari tak call : Jawapannya – Sudah ada orang lain la tu
  • Bila bercakap kasar : Jawapannya – Sudah bosan dengan perhubungan kita la tu
  • Bila selalu keluar tanpa kita : Jawapannya – Mulai nak cari yang lain la tu
  • Sudah tidak mesra : Jawapannya – Sudah tiada cinta dan sayang lagi
  • Menghilang diri : Jawapannya – Sengaja melarikan diri dari kita

Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu, tapi mengapa masih mahu menyeksakan diri anda dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa??

Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru,

“Berhenti menyeksa diri anda sendiri beb, MOVE ON!!!” 

43 Comments

  • Hmmm…masalah adik ni selalunya hanya adik sahaja yang boleh selesaikan. Caranya :_

    Selalunya jika seseorang lelaki itu mengatakan dia tak serasi dengan anda atau dia kata bosan dengan perhubungan itu, ada kemungkinan adik telah melakukan sesuatu yang dia tak boleh terima….

    So, tugas adik ialah cuba untuk mengambil hatinya semula. Caranya ialah :-

    1. Cuba berkawan sahaja dulu dengannya tanpa kelihatan terdesak.

    2. Jangan memberi tekanan atau memaksa.

    3. Beri semangat kepada kerjayanya, pembelajarannya.

    4. Tunjukkan yang anda menyokong minatnya.

    5. Beri pertolongan di dalam perkara yang menjadi masalah baginya.

    Mungkin setelah dia nampak yang anda benar-benar seorang kawan yang baik dan mengambil berat terhadap dirinya, mungkin dia akan menimbang semula untuk kembali bersama anda. Kalau dia masih rasa tidak serasi…terpaksalah anda cari lain. Well, masih ramai lelaki-lelaki yang baik dalam dunia ni 😉

    Good Luck!

  • dulu sya ada cple dgn bdak satu class dgn sya msa stdy di poli..tapi tak smpai 3 mggu dia meninggalkan sya atas alasa tak selasi..tapi sya tak ble trima itu..sya da btl2 menyayangi dia..tiap kali msuk class mmg sya akan nmpak muka dia..asa sayu di hati ini bla tgk muka dia..nak nangis pown ada..tapi sya tak kuat tok itu..sya nak tya napa dia sanggup sya mcm ni..sya tak kuat bro..sya ingin melupakan dia tapi hati sya kuat tak bagi..tiap kali sya tgk dia sembang dgn gurl lain jauh di sudut hati sya rasa cmburu timbul..sya tak thu mcmna nak lupakan dia..kami satu kuliah msa stdy…tolong sya bro..

  • Ema

    Bro…ema ada tapi tgk dari jauh jer laa…huhu..malu…

  • Ema datang ke tak kat Mid Valley smlam? Bro tak perasan lak, pasal ramai gak yang hadir dan bertanya berbagai masalah cinta.

    Ada masalah cinta,”tanya brother love”

  • Ema

    Broo….rendunyer sembang2 ngn bro n frens kat sini…baru hari ni ema dapat log in ke sini…esok di Mid Valley yer…insya allah jika tiada aral melintang…sampai ema ke sana….

  • Ego lelaki lah tu Shayna, hmm…kadang-kadang nk tergelak jugak dengan kaum lelaki ni kan.

    Apa kata bro minta Kak Nissya kita yang menjawab soalan Shayna. Dia ni byk pengalaman dalam bab ni hehe 😛

    Nanti bro tolong you gak, later2 😉

  • shayna

    hye…sape kt sini blh bg pendapat..im married already.suami sy ni…angin skit,kalu salah sekali pun dia x nk beralah..nk jgk kite bralah..ade tips x?please kongsi..bro help me…pls..

  • nissya

    kebenaran itu memang menyakitkan..tapi menegak kan kebenaran itu…adalah perjuangan yg tak pernah selesai…..
    Ok tak lizz mcm gitu?

  • Salihin

    Sebenarnya sungguh beerti nasihat bro ni..he,he
    oitttkk!!..
    camner adikku(chi kelate) yg masih belajar lagi muncul kat sini,dah banyak bulan tak jumpa,tiba-tiba jumpa kat sini.belajar sampai habis dulu woi!

  • “Some people just been blinded by their ego and stubborness” …felt so very sorry for her!

    How self incompetent can lead her, not only ruin the happiest time but her own future…

    OPEN UP YOUR EYES…MY GOD!!!

  • Abby : Alright! Jumpa u di sana, kita relek2, bergambar ke…bawa kamera tau. Bro tak bawak 😉

    Ariqa : Semangat u masih membara tuu… Well, cinta setia atau yang sejati ni memanglah susah nak di cari, BUT,

    “You must believe in yourself that you will get it!” haaa…bayangkan, gambarkan anda dicintai, digilai, disayangi… Ujudkan didepan anda bayangan itu…Perrghhh, bro yakin you sure berjaya!! 😉

  • ariqa

    sedeynye..
    x pat jumpe bro..
    hmm..pape pun kejarlah dulu cintaNYA sebelum mengejar cinta hamba2NYA..^^
    hmm..penatlah pk psl cinta bro..
    kekdg terpk gak kalo sy x mrase cinta drpd jwa dn hati pnt alami ia..
    eheh..
    tp insyAllah sy cuba mncri cinta sjati mlalui pngalamn sblmnya..^^
    wat khai,salihin atau sesape..
    kalo bnar tak prnah bcinta,tetap akn ada cinta yg kn mngejar kalian jua satu ari nnti..
    lgpn bnr kate2 akaq2 skalian..
    suwsah glerrr nk cya lelaki ckp atau ngaku lgu tuh..
    yela, zmn skarang lelaki yg cmtu mybe brape persen je..eheh..(rse2 la..btl tak bro?hehe)

  • abby7788

    Eeee…x sabar nak jupe ngan Bro n kengkawan smua…mesti happening giler!
    So, jom ler ramai2 kte g serbu Bro nanti…hahahah

  • Kalau xleh datang 5hb, boleh ke MPH bookstore Alamanda. PADA 6HB April 3pm gak. Up to you all la… 😉

  • Ema

    Bro, hajat di hati mmg jumpa kat alpha angle dah dekat sesangat dengan rumah ema tu..tapi cousin lak kawen kat Pantai Dalam..takut tak sempat jer nk jumpa bro dan kengkawan lain

  • Ema : Jom la jumpa bro di alpha angle atau alamanda pada 5&6 april ni kul 3pm k. 🙂 Kita lawak2 ke, gelak2 hehehe…

  • Ema

    Bro, hati dah senang…sakan la menyembang kat sini..tu belum jumppa lagi tu bro…hehehe….Betoi dak nissya & lizz??

    Chi Kelate: welcome to board…hehehe

  • ha,ha.. nak taip benda lain, tetiba keluar pilihan url blog ni,kebetulan terjumpa blog ni…

  • Amboi….amboi…amboi…sakan nooo…

    Bro just being realistic, , boombastic, fantastic and NO plastic. Thats all…

    “Kebenaran itu menyakitkan!” 😉

  • lizz

    wahai kak nissya ku…marilah kite bersatu padu kaki dan perut menegakkan hak wanita dr serangan fitnah bro love…wakakakaka!!!

  • lizz…wahai adik ku….hidup lizz!!!He he he!!

  • lizz

    bro RR~ Hello bro…wa bangkang woo 😛 mane der wanita sker disekse woo…fitnah naa??kikiki..wanita selalu sgt jadi mangse penganiayaan lelaki baru btol maa..wakaka!!! tp,tu untuk wanita2 lembik ar..sy tak woo…kahkahkah!!!

    salihin/khai~ OMG!!! serious ke tak pernah bercinte ni???haiya…susah plak den nak cayo..wakukuku 🙂

    ema~”kalo kawan beribu, berkasih pun kena balance…bior beeribu-ribu…”..huwaa!!! wa mau ikut jejak langkah prinsip baru ni bley ek ema…wakaka!!

    imah~kalau takmo kepale sakit sampai tue,baik jauhkan couple yg bler ade prob sket..sebut psl nak bunuh diri..haiya!! imah…orang camni..kalo we all nyer bahase naa..mamat psiko woo..ngeri..sebelum terlambat,baik stop je..lagipun,dr cite u tuh..macam tak kemane je hubungan u all…but,up to u lah..its ur life 🙂

  • FREEME : Hi!…dari pengalaman bro sendiri, selalunya lelaki muda sahaja yang berperangai begini. Mendesak-desak untuk tahu kisah lama. 😉 Ini sebaliknya pula ya…hmmm…

    Selalunya, perasaan sebegini muncul apabila diri mereka rasa tidak secure, atau takut kehilangan orang yang disayangi ataupun penuh dengan cemburu.

    Bro sendiri pun akan cukup berasa rimas jika pasangan sibuk bertanya kisah-kisah lama atau tentang bekas kekasih. WHAT I DO :-

    1. I just kept quiet. Lama-lama…sampai esok pun masih senyap lagi pun ada. Saja nak mengajar yang kita tidak suka perkara itu berulang.

    2. Bro juga ada pernah berkata, “Sekiranya u ulang lagi soalan about my past, setakat ini sahajalah perhubungan kita.”

    3. Anda juga boleh buat perkara yang sama, saja buat dia terasa bagaimana anda rasa. Anda tanya banyak-banyak tentang dia punya past…sehingga menyakitkan hatinya. SO, kalau dia tak suka…explain to him that is how you feeling.

    *Knowing about the past hanya menyakitkan hati saja mostly. Nothing yang boleh kita happy pun. Better tak tahu daripada tahu.

  • freeme

    akum…hi bro…saya 1st time in this site n saya rasa so interested…byk perkara yg saya dapat baca dan tahu…di sini saya nak minta pendapat n apa harus saya buat dgn masalah saya ini…saya pernah baca beberapa artikle bahawa lelaki tidak suka kekasihnya berbicara atau perkatakan hal bekas teman lelaki tetapi dalam masalah saya disebaliknya…saya tidak suka berbicara hal2 saya dgn bekas teman lelaki saya tapi teman lelaki saya kerap bertanya hal2 yang berkaitan dgn bekas teman lelaki saya…ini membuat saya mjadi rimas kerana saya sudah melupakn bekas teman lelaki saya itu…saya pernah berbincang dgn cara baik dgn teman lelaki saya supaya tidak membangkitkan hal2 bekas teman lelaki saya tapi hampa dia masih bertanya walaupun sudah berjanji takkan bertanya lagi…bila saya tidak menjawab persoalannya dia mula bercakap sesuatu yg menyebabkan saya hilang sabar dan bertengkar…saya sudah bersama teman lelaki saya ini hampir 3 tahun n hal ini selalu berulang2…buat pengetahuan bro teman lelaki saya ini agak berumur…apa yg perlu saya buat supaya dia tidak mengulangi perbuatan ini…saya amat sayangkan phubungan kami n tidak mahu selalu bersengketa…terima kasih…

  • Sekiranya anda berminat untuk bersoal-jawab dengan bro secara live, book signing atau bergambar, anda boleh datang ke :-

    MPH book store di Alpha Angle – 5hb april – 3:00pm to 4:00pm

    MPH book store di Alamanda – 6hb april – 3:00pm to 4:00pm

  • IMAH : Bro dapat rasa kesedihan dan keresahan yang you rasa kerana bro pun pernah alami pengalaman sebegitu.

    To me, you tak salah memiliki perasaan sebegini. Kita hanya manusia biasa yang sentiasa lemah apabila dilamun cinta. So it’s okay…cuma apabila cinta itu sudah mulai merosakkan kehidupan kita, ada lebih baik kita mencari jalan untuk kejayaan masa depan.

    Bout your cousin tu, tak perlu layan lah. Bout your boyfriend yang bermasalah itu pun, you sendiri pun tahu, ia hanya menyusahkan diri you saja kan. Bout why dia macam tu…bro rasa you perlukan kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi,

    MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN. NAMUN, what’s the point?? Kerana jawapannya pasti hanya akan menyakitkan hati you saja…

    Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru, BARULAH ANDA BOLEH LUPAKAN DIA.

    *Manisnya cinta akan anda dapat rasakan apabila anda sudah benar-benar menemui jodoh anda. Jika anda belum merasakannya, itu bermakna anda masih belum bertemu dengan jodoh anda yang sebenar. Jadi, teruskan mencari cinta anda yang sejati. Jangan putus asa! Remember this… setiap kegagalan cinta dan kehilangan insan tersayang, itu adalah kerana anda akan bertemu dengan insan yang jauh lebih baik lagi! So…

    “Berhenti menyeksa diri anda sendiri Imah, MOVE ON!”

    *Panjang punya jawab kat you Imah…mood tengah baik ni 🙂

  • SALIHIN : Ramai ni yang tak percaya dgn u ni…you better stand up and state your case straight my man. Show them that you’re for real! 😉

    ABBY : Hehehe, you’re so funny. Gelak sakan bro membaca komen you 😆 Well life is such. Risiko itulah yang kita kena tempuh.

    LYN : Entahlah Lyn bro tak berani nak komen, Salihin ni cakap betul atau tidak. Cuma, takkan dia nak menipu lak. Salihin ni lama dah kat blog ni ngan blog IK.

    KHAI : Girl yg you syok dulu cam? Bro dah beri tip dulu tak berkesan ke? 😉

    EMA : Ada betul juga pendapat you tu. Anyway, KC address ada kat dalam newsletter. Kat bawah sekali…

    *TO ALL : Baca buku Kamus Cinta tu betul-betul 😉 Banyak bro tulis tentang pasangan yang bagaimana sesuai untuk anda dan yang mana boleh dipercayai. Dah ada ke belum? http://www.kuncicinta.com/kamuscinta.html

  • imah

    hye,bro sory la ye klu i tmbh smakkn lgi blog u..i really2 need ur help, i nk mnta pndapt u la..gini, i ada knal ngan 1 guy nie..kta da brkwan almost 3 years..but then until now kta x penah jmpa..bkn dia x penah dtng nk jmpa i,penah tp ada jak hlgn kta klu nk brjmpa..lma kmi brkwan, thenkta pun couple lah..tp yg i x puas ati ni, dia x penah nk explain kat ni apa sbnrnya yg brlaku kat dia..i blik2 da mnta break of ngan dia,tp dia x nak..siap nk bunuh diri lg..tah lah,i sndiri pun x fhm..dia penah citer gak kat i yg dia dlu da frust ptus cnta..so dia x nk pisang brbuah dua kali..tp klu btul lah dia cntakan i,n syngkan i so much napa dia x dtng jmpa i??i bngung tau..entah lah,study pun merundum da skng nie..kdng i try to forget him,tp i x leh..bkn xde orng nk..ada,kazen sndiri lg..tp i x smpai hati gak nk mainkan perasaan kazen i tu..dia btul2 syngkan i..tp jauh dlm hati i,i still remember him..knapa susah sngt aku nk lupakn dia?? even i knw itu adalah tndakan bodoh n bole buat i jd gila pikir sngt tp tah lah..trus trng i masi ada perasaan sayang kat dia..tp dlm msa yg sama i x nk bdohkan diri i tgu orng yg xkkn dtng..atas alsan SIBUK,family problem..smpai skrng i trtnya2 knapa dia buat i bgini??? knapa i x penah rasa manisnya cinta itu…………

  • Ema

    Lizz: Ema tengah buang jejauh la ni…takmo dah penatkan kepala otak dengan orang tak reti hargai diri kita ni…senang nk dijadikan cerita…kalo kawan beribu, berkasih pun kena balance…bior beeribu-ribu…so takde la sakit kepala bila satu buat perangai…hehehe…>:) dah naik tanduk nii…(tapi teman idak le tergamak buat camtu…heheh >:))

  • Ema

    hehehe..leh caye ke Salihin nih??? Cam tak cayer jer…

    Bro, biasa laa…hidup ni nk kena ceria..kang kalo tak ceriakan diri ni leh jadi sakit mental dibuatnyer…but that is life, kita susah hati camner pun nk kena ceria2kan wajah…kalo tak rezeki tak masuk…hati derita takde sapa yang tau…

  • abby7788

    Lyn~diorg nie penipu ar…mmg lelaki nie sama sj! diorg mmg xm’gaku ada makwe, tp dlm ms yg sm 2,3 makwe kt blkg…hehehe! jgn marah

    Khai~ nie sorg lg m’gaku xde teman wanita! xcy ler ngan zaman skrg nie tnpa teman…tup,tup keliling pinggang! biase org yg ramai makwe suke ckp mcm nie…huhuhu

  • salihin, kita serupa…

    saya pun tak pernah bercinta, sekadar menaruh perasaan je. memang ada lelaki yg mcm ni, khai percaya perempuan yg tak pernah bercinta pun ada!

    jadi khai dgn salihin ni kiranya 2 dlm 2000 la..

    percayalah kerana ianya benar!

  • Lyn

    Salihin, awak ni biar tul beb. Lyn cam xcaya je lah. Mana ader jejaka cam awak dalam dunia skrg ni.

    Abby, Lyn ingat Salihin saje2 je ckp kut. Tak gitu bro?

  • abby7788

    salihin: Ermm…blh caya ker u ckp nie? mustahil ler xpenah b’cinta..pas2 m’gaku xpenah memeluk wanita lg! BETUL KER? abby rase dlm dunia skrg nie hnya 1 dlm 1000 jelah yg mcm 2…

  • salihin

    hebat-hebat pengalaman orang kat sini.. bagi saya sendiri tak pernah bercinta dan cuma berkawan sahaja dan tak pernah menyentuh(yakni:tak pernah memeluk wanita)…. huawawawa.

  • EMA : You funny laa 🙂 Mcm u ni pun ada yang nak menyeksakan u gak ke. Sayanglah klu girl yg pandai buat kelakor ni tidak dihargai.

    Lizz : Amboi…., dengar bro ckp lak, wanita selalu diseksa kerana mereka suka diseksa. Amacam? 😆 Jawab! 😛

  • lizz

    nissya~Hidup kak nissya!!!kikiki….

    bro~wa tak setuju!!!hahaha….kalo yg ni”wanita selalu diseksa…” wa setuju kot…kikiki

    ema~kalo menyusahkan kepale otak…buang aje jauh2…wakaka!!

  • Ema

    alamak bro…mana ada org suka diseksa…tapi kaum wanita ni terpaksa diseksa sebab sayang kat pasanganyer…kadang2 ema pun rasa cam bodoh je bila merelakan diri diseksa dari segi mental…nak buang sayang, tapi tak dibuang…sakit jiwe…hehehe

  • BAGUS!…hehehe, ada pendapat yang berbeza di sini. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju.

    Yang setuju, mengatakan kerana wanita itu sendiri yang menempah penyeksaan itu dan yang tak setuju pula kemungkinan menyalahkan kaum lelaki…hmmm 🙂

    Kedua-duanya boleh dikatakan betul tetapi, you all kena tungguuuuu…nanti bro tulis beberapa contoh, mengapa bro katakan, “Wanita sememangnya suka diseksa!” 😆

  • Well…kalu makhluk yg tak berakal pun tak rela dirinya disiksa…ini kan pula wanita…
    Suka disiksa mungkin tidak..tapi kaum wanita ni secara mereka sedar atau tidak…suka menyeksa diri sendiri.Samada dari segi mental atau pun fizikal.

    Saya berkata begini kerana saya adalah seorang wanita..dan saya mengkaji sifat dan perangai wanita selain diri saya sendiri.

    Kalau ada lah wanita yg suka dirinya disiksa…mungkin ada sesuatu yg tak kena pada diri wanita itu.

    Rata-rata wanita hari ini tahu hak diri masing -masing.

    Cuma nya… wanita ni kurang sedar tatkala dilamun cinta yg mereka menyeksa hati dan perasaan kerana taksub pada Cinta!!!

    Begitu juga hal-hal yg lain berkaitan wanita.
    Wanita yang ingin kelihatan cantik sanggup menyeksa diri sendiri dengan melakukan apa
    sahaja demi mendapatkan apa yg mereka ingini..tapi mereka tidak disiksa…itu atas pilihan sendiri…

    So…i think…wanita bukan suka/rela
    dirinya disiksa melainkan atas kehendaknya sendiri.

  • risk

    disiksa lebih perit dry di bunuh……-napolean

  • ariqa

    Yeap…
    sebenarnya wanita bukan suka diseksa tetapi kerana cinta mereka jualah yang sebenarnya menyeksa mereka tanpa sedar..
    Mereka terlalu mengejar cinta mereka sekalipun hati mereka sering terluka mahupun terguris kerana insan yang dicintai..
    Dan,mereka akan membiarkan hati mereka diseksa dan diseksa sehngga mereka sedar..
    Yang akhrnya,semua yang dilakukan hanyalah sia-sia..
    walaupun saya juga merupakan salah seorang daripada wanita yang diseksa ini..
    namun,semuanya hanyalah daripada pengalaman buku lama.
    Sekarang,insyAllah saya cuba mencipta buku baru..

  • abby7788

    Hye Bro…,firstly slmt kembali dari bercuti!

    Eeee,nape Bro kata wanita suke d seksa? bkn wanita yg suke d seksa, tp lelaki yg suke m’yeksa hdp wanita…Xadil Bro ckp mcm 2! Abby x setuju…blh bro bgtahu knp wanita suke d seksa? Dari segi mane wanita suke d seksa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons