Kenal tak gambar di sebelah ni siapa? Cuba teka siapa…hehe, maybe susah kut kan.  🙂

Okey, dia sebenarnya adalah seorang penulis berbangsa Perancis. Dialah juga orang pertama sekali yang telah membuat penemuan di dalam cara penulisan romantik. Haaa…sebab itulah barangkali french people ni, romantik-romantik belaka kan.

Nama beliau ialah Francois Rene de Chateaubriand. Bagi saya, mutiara kata darinya sangat bermakna. Katanya…

The original writer is not one who imitates nobody, but one whom nobody can imitate!

Faham kan? 😉

Penulis sebenar bukanlah yang meniru orang lain TETAPI yang orang lain tak boleh nak tiru! 

Saya terpanggil untuk menulis tentang satu perkara yang pada pendapat saya, ramai yang menempuhinya. Ada tak anda rasa apabila anda melihat ramai yang berbakat, minda anda mulai, “Too Much thinking!” … 🙂

Adakah aku bagus? adakah aku berbakat seperti mereka? adakah penulisan aku sehebat mereka?

Semua itu tak penting! Dalam penulisan apa sekali pun, apa yang anda perlu fikirkan ialah, “Cara dan gaya anda” ini adalah kerana, suara anda adalah suara anda…begitu juga dengan gaya anda, adalah gaya anda!

Apabila anda mulai TERLEBIH berfikir, cara dan gaya penulisan anda akan menjadi “Sama seperti mereka yang anda fikirkan!” Tulis je apa yang hati dan jiwa anda merasakan di kala itu. Jangan cuba menjadi sama seperti orang lain. Dengan cara menulis tanpa berfikir panjang, terus-terusan menulis…penulisan anda tidak akan ada orang lain boleh tiru! “Pelik tak??!” hehehe…

Anda tahu…apabila saya bertanya dengan kawan-kawan ni, “Bila nak menulis?” Jawapan yang saya terima selalunya sama iaitu, “Tak ada idea lagi…” atau “Tak tahu apa nak tulis…” SEBENARNYA, sekiranya anda terus menulis apa sahaja yang datang di fikiran di saat itu, itulah yang terbaik dan kemungkinan besar akan menjadi unik atau “Doesn’t sound like others!”

Namun, 1st round je tanpa berfikir, selepas anda tulis giler-giler apa yang tersirat di hati dan jiwa, kemudian tulis apa sahaja yang datang di kepala anda….edit lah balik kasi lagi cantik!  Cubalah cara ini. Anda pasti akan merasakan perbezaan di dalam penulisan anda. Jangan fikir banyak…tulis je dulu, jangan fikir malulah, takut tak bestlah…tulis je dulu!

“Writers…writes! that is what they do.”