blogimage_latest2

Tiba-tiba termenung panjang, senyap, tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut dia yang suka bercakap! Pelik juga… “Mengapa ni? …ada masalah ke?” risau kita dengan pasangan kita yang kita cinta ini tiba-tiba berubah gaya biasanya.

Selalu suka berleter, atau paling tidak, dia teramat suka komplen tentang kerja. Most of the time bercakap tentang cerita-cerita di TV….pelik sungguh tiba-tiba jadi pendiam. Why la??

Yang paling merisaukan adalah bukannya muka dia sedih ke apa, boleh dikatakan berseri pun ada, “Isshhh… apa yang dah jadi sepanjang dia outstation minggu lepas ni?… apa yang telah berlaku sebenarnya? …RISAU!”

MEMANG anda patut RISAU! Apabila pasangan kita mulai berubah tabiat asalnya, contoh :-

  • Biasa mudah saja dapat menghubunginya, berdering sekali terus dijawabnya. Itu memang style dia la kan, tapi sekarang… susah jawab je manjang. Alasannya, Off phone la, tak ada line la, dalam meeting la, tengah caj bateri la, phone tertinggal kat rumah la 😀
  • Tak pernah bersiul, tiba-tiba bersiul-siul seorang diri, malah mulai siap menyanyi-nyanyi lak dahhh… hah! Ada benda la tu 😉
  • Daripada seorang yang pendiam, tiba-tiba suka bercakap lebih pada kita. Malah, aikk… siap beri komen tentang macam-macam dalam kehidupan pulak aihh hmmm…??
  • Dia seorang yang fokus dalam apa saja yang dia lakukan, tetapi tiba-tiba semenjak balik dari overseas ni, hilang fokusnya. Kita cakap apa pun, dia jadi dengar tak dengar. Blur semacam, siap kadang bercakap sorang-sorang pun ada, lepas tu senyum seorang diri… APA NI?
  • Yang sebaliknya pun risau juga, daripada seorang yang suka bercakap, suka berleter, suka komen itu ini, yang tinggal hanya senyuman…senyum, senyum dan senyum saja. Bila tanya apa-apa, jawabnya, “Semua okay… best, hidup happy, ceria, all good!” lepas tu kembali tersenyum…weh, khayal apa ni??!

BIASALAH kita manusia, semasa dia okey, kita risau dia okey sangat. Bila dia macam tak okey, kita risau juga, bila laaa dia nak okey ni hehe 😛

CUMA… dalam situasi yang amat pelik ini, memang kita patut risau, kerana apabila perubahan berlaku secara mendadak… ‘KEBAHAGIAAN’ yang dia kecapi itu melampau-lampau, bagai tersangat bahagia gitu kan, hahaha…

Jadi, faham-faham sajalah kan, mesti ada secalit madu yang telah terhisap, manissss, mungkin sebab itulah kut dia asyik bersiul-siul.

Apabila yang biasa-biasa, sudah menjadi luar biasa, haaa kena bersedialah tu, kerana benda atau sesuatu yang membuatkan dia menjadi luar biasa itu pastinya adalah sesuatu yang dilakukan dik ‘MAGIK’ yang berlegar di ruang udaranya, sehingga membuatkan dia jadi tersenyum saja kannn…

dan pastinya apabila sudah menikmati ‘dadah bahagia’ memanglah akan hilang fokus dan asyik terindu-rindu kepada cinta ‘si dadah’ itu.

Faham ke buat-buat tak faham apa yang Abang Razzi cakap ni hehe…

Okey, bagi yang betul-betul tak faham tu, macam ni je lah… kemungkinan besar, pasangan anda yang sudah berubah dengan tiba-tiba itu, telah menemui CINTA BARU!

Masihkah boleh diselamatkan? Boleh dikatakan peringkat ini adalah ‘paragraf pertama’ maknanya mungkin baru-baru berkenalan. Atau kalau jenis cepat, baru-baru jatuh cinta. Jika hanya pasangan anda sahaja yang tergila-gila seorang diri, mungkin masih ada peluang, perhubungan anda boleh diselamatkan. TETAPI…

Jika kedua-dua pihak sudah saling cinta mencintai, walaupun sudah tahu yang dia berpunya… itu mungkin agak susah untuk diselamatkan. Dan yang paling parah, apabila sudahlah saling cinta mencintai, walau baru kenal… dah terlanjur pula, memang kedua-dua duk khayal sajalah kan, duk terindu-rindu, bila laaa boleh ‘buat’ lagi! Haihh… kalau yang ini, alamatnya…mungkin sudah terlambat la kan. NAMUN…

Apa-apa pun boleh dibawa berbincang, dan talk it over. Discuss, bagaimana ianya boleh diselesaikan. Tak perlulah tanya bagaimana boleh terjadi, ada lebih baik usahakan jalan penyelesaian, akan lebih memudahkan nanti.

Soft Reminder : Seboleh-bolehnya janganlah sampai ke peringkat berubah tiba-tiba, khayal dan tersenyum seorang diri ini… selalulah berjaga-jaga, dan tengok-tengok, checkin around, jangan terlalu leka dengan cinta, takut sebenarnya hanya kita yang masih cinta, walhal cintanya sudah tiada.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments