Making e-Cerpen



Aku amat menyintaimu sayang…tapi jodoh kita jauh menyimpang.., kini aku sudah dimiliki dan bahagia bersama isteri tercinta tetapi setiap kali kesejukan malam mencengkam jiwa ini…

aku mulai mengingati wajah manis mu, senyuman manjamu dan tergelak pula bila aku terpaksa mendongak bila berbicara dengan mu. Saat gembira itu juga adalah saat menggelupur jiwa ini menitiskan air mata kering, mengenangkan perhubungan cinta kita yang hangat… tiba-tiba terputus di tengah jalan. Sedih, teramat sedih…

 Aku seperti dapat merasa yang kau juga tak bahagia, namun sudah bertahun-tahun  kau dimiliki dia, tak mungkin kau meninggalkannya!

Tapi bagiku, jiwa ini akan terus kekosongan jika tidak terisi dengan jiwa mu yang begitu lembut dan manja, membelai hati ini yang bergolak keresahan.. Aku tahu, apa yang aku rasakan ini adalah seperti mengejar mentari… namun aku malas hiraukan kepanasan yang bakal membakar kerana apa yang aku tahu, aku mahu mengejar kembali kasih yang hilang. Aida…I love you soooo much!…

Tapi…apakah yang patut aku lakukan dengan isteriku?…aku juga sayangkannya, tak mungkin aku dapat melukakan hatinya. Dia telah bersama-samaku di waktu aku susah, dia telah banyak berkorban…aku telah banyak menyusahkannya. Dia telah mengangkatku dari aku rebah tersungkur…sehingga aku berjaya semula dalam hidup yang telah kau hina dulu.

 Namun…aku mahu mengejar cinta yang tak kesampaian ini Aida. Aku mahu kepastian samada aku masih boleh memiliki mu atau sebaliknya. Aku tidak akan mengalah…aku tak boleh lagi menahan tangisan setiap kali wajah mu terpancar sekilas lalu. Aida, adakah aku akan dapat memilikimu semula? Aida!…jawab Da…jawab!! ”.

 

26th January 2008…

Sarah terpana membaca nota biru laut yang pastinya ditulis oleh suaminya Rizwan. Terketar-ketar tangannya perlahan-lahan melipat nota itu sambil menahan sabar. Bergenang matanya…putih wajahnya, berkerut seribu dahinya, terkecut-kecut perutnya kerisauan, kebingungan berpusing-pusing di seluruh jiwanya yang semakin tertekan…

   “Apakah aku akan kehilangan Riz? Oh my God…what should I do?”

Angin malam semakin dingin menerjah, menusuk dada Sarah terus ke tulang putihnya. Kesejukan, kebekuan menyelubunginya. Matanya membulat masih terkejut…

   “Sayang?!…you buat apa kat balkoni pagi-pagi buta ni?” Rizwan tiba-tiba muncul menambahkan lagi kejutan kepada Sarah, sambil mengelap pipinya yang basah, Sarah memberi senyuman…

   “Nothing…I saja ambil-ambil angin. Lambat you balik…biasalah kan?”

:: Continue in the comments box…

New Logo



Apa komen anda? : [24] Comments


Razzi Rahman.com

“Putera engkau akan sesak nafasnya, hancur otaknya sebelum dia sempat mencium bau dunia Salji Biru ini…” laung perempuan tua yang berdiri jauh di atas batu besar di dalam gua yang lembap dan basah itu.

Hijau pekat wajah berkedutnya, menajam renung mata merahnya. Mengurai panjang rambutnya, hilai ketawanya, mendirikan roma, “Eewhihihi…Bayu, kau juga akan kuhancurkan!”

“…tolong jangan apa-apakan dia. Bunuhlah aku tapi, lepaskan putera ku..tolonglah..” pinta Raja Bayu, dia masih terikat ketat di tiang tengah di dalam gua yang sangat luas itu.

“Eewihihihii…dia sudah datang…Mmwahaahaha…bersedialah. Inilah balasan kerana penghinaan kau pada ku dulu!…aku benci kaum mu!!…dia datang hihihii…”

“Huh??!…huh?…tolong..tolong…”

Dari jauh, bunyi getaran dan batu-batan yang bergelimpangan jatuh membayangkan sesuatu yang amat besar sedang menghala ke arah situ. Bergetaran tubuh lelaki yang baru sahaja ditabal menjadi Raja itu, berdegup kencang jantungnya menanti dengan penuh ketakutan sekali…

Semakin dekat bunyi mengersek deras menghampiri ruang tengah gua itu. Semakin ngeri di hati nya yang semakin mengigil ngeri dengan hukuman yang bakal diterimanya. Tiba-tiba…”Arghhh TOLONG!! TOLONG!!”

Membingit jeritan Raja Bayu apabila dia melihat muncul seekor ular gergasi yang sangat panjang dan besar memenuhi seluruh ruang gua itu. Matanya membulat terbeliak, badannya terketar-ketar ngeri, jantungnya berdetak makin laju… “HAAA…MATILAH AKU KALI INI..MATILAH AKU!!!”

“Eeihihihi…ajal mu sudah sampai Bayu!! BUNUH DIA!”

Raja Bayu meronta-ronta sekuat hatinya, mencuba untuk melepaskan diri, namun ikatan itu semakin ketat mengikatnya. Ular gergasi itu semakin menghampirinya…dia semakin meronta-ronta dan menjerit gerun. Matanya memejam ngeri, …ular itu semakin hampir, liur dari mulutnya menitis-nitis di kepala Raja Bayu. Kepala ular itu sudah betul-betul berada di atasnya…mulutnya sudah mulai membuka luas…taringnya terkeluar…tubuh Raja Bayu mengeletar menerima saat terakhirnya…sepintas lalu, dia terbayang wajah permaisurinya, dan puteranya yang baru dilahirkan… 

Dia mendongak, memberanikan diri dan membuka matanya, mahu melihat makhluk yang bakal membunuhnya…sepantas kilat ular itu meninggikan kepalanya, menjunam ganas dengan mulut yang terbuka luas, menerkam Raja Bayu,

“AARRGGHHHH!!!!….”

==============================

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo



Apa komen anda? : [25] Comments


“Cinta seolah-olah satu peperangan. Senang terjadi, susah untuk berhenti dan tidak mudah dilupakan!”

Di padang luas berumput lembut, seorang gadis remaja terbaring di riba ibunya yang masih kelihatan jelita. Kebingungan melanda di mindanya apabila soalannya dijawab dengan perumpamaan sebegitu.

Sambil memandang langit biru yang terbentang luas, dia bertanya lagi, “Mom…camana kisah cinta Mommy dengan Daddy?”

“Ehh??…mana boleh cakap, rahsia!” gurau ibunya yang tersenyum meleret, malu. “Mengapa sibuk tanya pasal cinta Mommy pulak ni emm?…Anna dah jatuh cinta yaa?”

“MOM!…apa ni, nak tukar topik lah tu…selalu cam tu tau.” Perlahan-lahan gadis itu bangun dan berdiri menghirup udara segar. Hawa pergunungan yang sejuk dan lembab itu begitu menyamankan.

“Anna…you want to tell me something?”

“Nahh…hihi.” Angin mulai meniup lembut membelai pipi gadis manja itu, rambutnya yang halus mengacau mata galaknya pabila turut tertiup angin nakal seolah-olah mahu bergurau dengannya.

“Anna…tanya saja-saja pasal cinta, err tanya kisah Mommy dengan Daddy ni is it because…DAH ADA CALON?!” sambung ibunya pula. Wajahnya mulai menebal dengan perasaan ingin tahu.

“Hihihi, Mommm…I’m still young laa.” Kemerahan seketika wajah Anna, jelas sekali yang dia menyembunyikan sesuatu dari ibunya. “Mom…ceritalah, macamana jumpa Daddy?…is he a romantic person?…Daddy seorang yang pencinta tak? Care for you? Daddy loving tak Mom??”

“Hei…hei…banyaknya soalan sekaligus…mengapa ni Anna?” Ibunya semakin syak akan sesuatu, namun…tiada cara lain untuk membuat Anna bercerita melainkan, menceritakan kisah cintanya terlebih dahulu.

“Baiklah sayang…Mommy akan cerita kisah cinta Mommy dengan Daddy dari mula sampai akhir…tapi dengan syarat…”

“Yeaa…ok, apa syarat dia?”

“Anna juga kena beritahu Mommy…your love story, Ok? Well Anna, Mommy boleh nampak…you’re in love!…you can’t lie to me. Janji Anna akan ceritakan semuanya pada Mommy.”

“Emmm….oklah, oklah…I will tell. So, start lah Mom…”

“Ahhh…umm…kisahnya bermula semasa Mommy masih di Malaysia, di sebuah Pantai Cahaya…I was confuse about everything in this world…dan Daddy muncul dengan begitu charming sekali…bagai seluruh masa terhenti…tapi…” 

==============================

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo



Apa komen anda? : [41] Comments


FOR STORY TREE & GUIDE PLEASE CLICK HERE

Taman Danau Permai tidak sebingit mana apabila dipenuhi bacaan Yaasin dari seorang Imam yang kelihatan tersengguk-sengguk mengantuk, duduk bersila di ruang tamu. Tidak pernah tercapai dek akal aku, untuk melihat sebuah majlis tahlil yang begitu lengang dan dihadiri hanya beberapa orang sahaja dari ahli jemaah surau.

Ibu kelihatan sugul, putih merah seluruh wajahnya, bengkak sekeliling matanya menangisi anak yang disayanginya terbalut rapat dengan kain kapan putih bersih. Aku?…aku agak terkilan dengan sambutan pemergian ku ke alam barzakh ini. Seolah-olah, semua yang hidup membenci ku. Apa? Oops…lupa, Ya…betul…jasad akulah yang terbaring kaku itu. Aku..Aku hanya dapat memandang sedikit dari atas, melihat sambutan lemau, sunyi! Sungguh aku tak sangka, begini majlis tahlil untuk aku, majlis terakhir ku.

Apakah dosa aku? Apakah tiada siapa yang menyukai diri ini? Eh ada orang datang…Leon? Ahhh…sayang juga dia kat aku. Tapi…dia datang dengan siapa tu?? Cis! Arini Nasi lemak! Aku benci kau orang berdua. Mana Azhar ni??… 

‘Huh? Ah?…arrhh…siapa kau??! Nanti dulu…jangan bawa aku pergi dulu, NANTI! tolong! tolong!…TAKUT!!!’ 

“Auntie…bersabarlah. Biarlah Zulaikha pergi dengan tenang.”

Dengan teresak-esak Auntie Sara menjawab, “Kau berdua bukan ada anak, auntie yang kehilangan anak, sedih… malu lagi! Arini tahu tak, Zulaikha ditemui tanpa seurat benang pun di badannya?!! Menggantungkan dirinya di tadika kami pulak tuhh. Mana auntie nak letak muka nih?? Apa akan jadi pada auntie dan sekolah itu nanti?! MALU!!!”

“Tapi…tak mungkin Zulaikha membunuh diri auntie. Bertahun-tahun saya mengenali dia. Auntie sendiri tahu dia bekas kekasih saya kan…”

“Betul Leon, tapi siapa yang nak percaya kita??” Leon tertunduk diam, rambutnya yang panjang ke bahu, mulai rebah menutupi pipinya yang sedikit cengkung mengikut rahangnya dengan reaksi wajah sugulnya yang memahami perasaan Pengetua Tadika Aulad itu. Tiba-tiba… 

“Assalamualaikum!” satu suara besar terdengar memberi salam dari luar. Arini bergegas menjenguk…

“Waalaikumsalam…Eh, Abang Azhar? Masuklah bang…” sahut Arini, lembut, menggantikan tempat auntie Sara sebagai tuan rumah. Dengan wajah berkulit seperti anak kecil, Azhar kelihatan sangat tampan apabila memberi senyuman kepada gadis yang sudah lama digilainya itu. Namun sedikit kesedihan atas kematian Zulaikha langsung tidak terpamer di iras wajahnya.

“Ar..arini ada kat sini…emm”

“Ya bang, auntie kan tak ada sesiapa lagi…”

“Ohh ya lah…emm so, Arini…”

“Saya Nadra!”  Tegur seorang gadis tinggi dan cantik, yang tiba-tiba muncul dari belakang Azhar dengan sedikit senyuman manis.

“Oops…lupa, Arini ini Nadra, Pr Manager Office abang”

Leon menyelak sedikit rambutnya menyerlahkan mata kuyunya dan mulai menegur dari belakang dengan nada suaranya yang berbunyi dalam, “…ada juga masa kau datang sini Azhar?”

Jom bikin e-cerpen : sambung di sini...

New Logo



Apa komen anda? : [28] Comments


urrghh…lama betul rasanya tidak berada di blog sendiri. Frust juga tengok lengang je. Hope lepas ni ada banyak masa kat sini. Alright…minggu ni special sikit. 

Masa bro belajar menulis dulu, bro ada belajar tentang formula tau…haa. Menulis fiksyen pun ada formula macam matematik lak. Jadi bro nak kongsi dengan u all sume :) Ini formula yang paling simple dan sangat berjaya dalam sebuah fiksyen :-

  1. Hero dan Penjahat mesti sama-sama terror dalam bidang masing2
  2. Tapi hero mesti ada kelemahan iaitu emosi, selalunya penakut.
  3. Hero mesti ada 3-4 kawan-kawan yang punya perangai dan tabiat berlainan
  4. Kawan-kawan Hero mesti ada yang jatuh cinta
  5. Dalam penjahat cuba nak bunuh hero, 2 orang kawan hero mesti mati
  6. Hero bangkit jadi berani kerana nak revenge balik.

Simple je kan?!…cubalah tulis dan buat nota pendek. Jalan cerita dia mengikut formula ini. Anda pasti boleh menulis cerita apa sahaja!

Ok, Minggu ini bro nak ajak you all, masing-masing pilih karektor sendiri yang berpandukan pada FORMULA di atas. Mesti ada perangai dan tabiat tersendiri. Kemudian baru kita buat ecerpen ok. Contoh :

Dini – Sebagai Suria, seorang manager yang berjaya tetapi mempunyai perangai benci kepada lelaki. Tabiatnya suka memuncungkan bibirnya setiap masa.

Lizz – Sebagai Joy, seorang gadis tomboy yang lari dari rumah dan pemarah.

Nissya – Sebagai Joyah, gadis kampung yang bercita-cita tinggi. Tabiatnya suka menggaru punggungnya yang besar.

Ok??…itu semua contoh je. Alright…berikan karektor anda, ciptakan watak dan tabiat karektor anda sendiri. Tulis secara terperinci lagi bagus. Ok…best ni…mari kita sama-sama tengok karektor ciptaan masing-masing. :)

Jom bikin e-cerpen : Your comments

New Logo



Apa komen anda? : [71] Comments


Kenal tak gambar di sebelah ni siapa? Cuba teka siapa…hehe, maybe susah kut kan.  :)

Okey, dia sebenarnya adalah seorang penulis berbangsa Perancis. Dialah juga orang pertama sekali yang telah membuat penemuan di dalam cara penulisan romantik. Haaa…sebab itulah barangkali french people ni, romantik-romantik belaka kan.

Nama beliau ialah Francois Rene de Chateaubriand. Bagi saya, mutiara kata darinya sangat bermakna. Katanya…

The original writer is not one who imitates nobody, but one whom nobody can imitate!

Faham kan? 😉

Penulis sebenar bukanlah yang meniru orang lain TETAPI yang orang lain tak boleh nak tiru! 

Saya terpanggil untuk menulis tentang satu perkara yang pada pendapat saya, ramai yang menempuhinya. Ada tak anda rasa apabila anda melihat ramai yang berbakat, minda anda mulai, “Too Much thinking!”:)

Adakah aku bagus? adakah aku berbakat seperti mereka? adakah penulisan aku sehebat mereka?

Semua itu tak penting! Dalam penulisan apa sekali pun, apa yang anda perlu fikirkan ialah, “Cara dan gaya anda” ini adalah kerana, suara anda adalah suara anda…begitu juga dengan gaya anda, adalah gaya anda!

Apabila anda mulai TERLEBIH berfikir, cara dan gaya penulisan anda akan menjadi “Sama seperti mereka yang anda fikirkan!” Tulis je apa yang hati dan jiwa anda merasakan di kala itu. Jangan cuba menjadi sama seperti orang lain. Dengan cara menulis tanpa berfikir panjang, terus-terusan menulis…penulisan anda tidak akan ada orang lain boleh tiru! “Pelik tak??!” hehehe…

Anda tahu…apabila saya bertanya dengan kawan-kawan ni, “Bila nak menulis?” Jawapan yang saya terima selalunya sama iaitu, “Tak ada idea lagi…” atau “Tak tahu apa nak tulis…” SEBENARNYA, sekiranya anda terus menulis apa sahaja yang datang di fikiran di saat itu, itulah yang terbaik dan kemungkinan besar akan menjadi unik atau “Doesn’t sound like others!”

Namun, 1st round je tanpa berfikir, selepas anda tulis giler-giler apa yang tersirat di hati dan jiwa, kemudian tulis apa sahaja yang datang di kepala anda….edit lah balik kasi lagi cantik!  Cubalah cara ini. Anda pasti akan merasakan perbezaan di dalam penulisan anda. Jangan fikir banyak…tulis je dulu, jangan fikir malulah, takut tak bestlah…tulis je dulu!

“Writers…writes! that is what they do.”



Apa komen anda? : [9] Comments


 

15 tahun yang silam…  “Aku tidak pernah lupa peristiwa malam itu…”

Menyilau terang langit senja, terpancar kilat hangat bercahaya menerangkan seketika ruang bilik aku. Wajah Zura kelihatan jelas, keletihan… sudah berkali-kali dia cuba menyelamatkan dirinya dari kerakusan ku, namun aku terus memujuk dan menghasut demi memuaskan nafsu aku yang bergelora bagai ombak ganas memukul pantai jauh di luar rumah usang milik Mak Cik Pah ini…

“Abang, tolonglah, Zu sayangkan Abang tapi takkan sampai kita kena…tolonglah bang, janganlah buat macam ni…JANGAN!!” terjerit Zura menepis kucupan aku. Tapi aku terus merangkulnya erat, rapat ke tubuh ku, rapat ke dada ku…

“Zu…errmmmhh…Abang sudah lama menyintai Zu…tapi Mak Zu tu yang tak pernah izinkan perhubungan kita!…malam ini Abang takkan lepaskan peluang ini Zu…”

“Abang!!…lepaskan Zu…Abang!!…JANGAN!” Zura menolak aku sekuat hati sehingga terlepas dari pelukan ku dan rebah terbaring di tilam nipis. “Abang sudah seperti anak dia, bang…walau anak angkat, dah seperti abang Zu sendiri.”

“Tapi Zu cintakan Abang bukan??…marilah Zu…Abang akan buat Zu rasa nikmat yang tak terkata Zu…sedap sangat!” Perlahan-lahan aku merangkak menghampiri Zura.

“ABANG!!”

Dengan rakusnya aku mengoyak baju Zura dan merangkulnya erat. Berkali-kali lagi Zura menolak aku tetapi keupayaannya makin berkurangan. Tubuhnya semakin longlai dan nafsu ku semakin menjadi-jadi, menggila! Beberapa kali aku dapat mengucupnya dan kepanasan bibirnya yang tebal terasa bagai panas membara di jiwa ini. Zura cuba menolak, tapi aku dapat rasakan pada setiap kali ciuman ku hinggap di bibirnya, dia menyerah dan menerima dengan nikmat walau kedua-dua tangannya masih cuba menolak dada ku…

Degup jantung Zura yang berkocak laju juga dapat ku rasakan di dada ku yang serapat-rapat ke dadanya yang montok. Walau Zura berhempas-pulas mengelak, berpeluh-peluh mencuba, namun dia tidak dapat menolak kenikmatan malam itu. Aku mulai menindih badan Zura yang hanya pasrah. Seluruh tubuh aku dan dia bersatu dan basah dengan peluh yang benar-benar menaikkan nafsu. Nafas aku dan Zura juga semakin kencang terhela. Seriau bulu roma Zura juga terasa di seluruh badannya. ‘Ahhhhh!…Zuraaa…’

“Tidak Abang…tidak!…Ohh…oohh…tii….”

Kini Zura pula yang memeluk ku erat, seluruh belakang ku diusap geram, dada ku diramas-ramas, bibir ku tertekup dengan kegeraman kucupannya yang berahi dan hangat! Nafsu Zura pula bergelora…nafasnya semakin kencang dan kuat dihelanya. Seolah-olah kemuncak kenikmatan bagai hampir tiba, kedua-dua pehanya bergegar dan tangannya terketar-ketar, badannya menggigil, aku dan Zura terus berkucupan penuh berahi, berpelukan penuh nafsu. Nafsu yang membara sudah tidak terkawal lagi, Zura meronta-ronta mahu, aku mulai meletakkan perahu untuk ku dayung, mudik ke hulu…dada Zura seakan-akan berbunyi sebak dan sesak, jari-jemarinya semakin kuat meramas ku, nafasnya semakin menderam, suaranya keluh kesah,

“Allah! Allah!…Allah!”…

Terhantuk aku dek kalimah Allah yang tersembur bersama nafas lelahan si kuda betina… tercengang dan terus tersedar dalam kekerasan jantan! 15 tahun yang silam… aku tidak akan lupa malam yang amat-amat hangat itu…sehingga sekarang, rasanya masih seriau bila kekadang teringat-ingat… Kini Zura sudah menjadi milik orang lain dan dia masih tidak memaafkan aku…sedangkan… Yaa…memang benar…keluh kesahnya dalam kenikmatan itu sebenarnya menyentak jiwa dan mindanya sehingga dia pengsan!

Dan aku pula kerana terlalu cintakan Zura, aku tidak sanggup untuk meneruskan perbuatan terkutuk itu…aku tak mahu menjadi pemecah dara, tupai yang menebuk…AKU TAK SANGGUP!!  Kehangatan malam itu…ku biarkan berlalu begitu sahaja…dan terus menjadi rahsia hingga kini…

Zura tetap menyalahkan aku, baginya akulah yang telah menodainya. Biarlah aku rahsiakan darinya… demi kebahagiaannya bersama bakal suaminya itu…

Rumah usang milik Mak Cik Pah, yang telah menumpangkan aku sebelum ini , ku lawati sehingga mengingatkan kembali kisah silam itu. Kini rumah bagai hampir runtuh ditiup angin pantai… Tiba-tiba, ‘BAOMM!!’ …guruh berdentum mengejutkan aku, bergemuruh di dalam dada ku ini seketika seolah-olah menyuruh aku membongkarkan rahsia ini demi cinta yang tidak pernah padam…

Tapi bagaimana??… apakah dia akan menyintaiku semula??…percayakah dia dengan cerita 15 tahun yang silam ini??…bisakah aku memilikinya kembali?

Jom bikin e-cerpen : comment

 

New Logo

 

 



Apa komen anda? : [25] Comments


YES! Akhirnya bro dapat juga memilih satu prolog yang bagi bro sangat berkualiti. Semua yang hantar bagus-bagus sebenarnya, namun prolog ini bro pilih adalah kerana cara penulisan Zack yang Cool, ideanya yang unik dan berbeza dari cerita biasa. Jalan ceritanya juga menarik, ada cinta tapi tidak jiwang, tidak heavy!

Tetapi bro ada DUA permintaan lah…

1. Untuk mengelakkan cerita ini lari dari konsepnya, ada 1 syarat yang perlu dipatuhi, selain dari syarat ini, anda masih free berkarya.  ~ “Tidak boleh ditukar menjadi sebuah cerita sebuah mimpi, fantasi atau khayalan.” :)

2. Bongkarkan persoalan dari prolog ini, “Bagaimakah boleh berlaku kejadian buruk itu?…Apakah ada sebuah perhubungan cinta?…Siapakah yang memfitnah? Adakah akan ada bukti siapa yang bersalah? 😛

Ok??…that’s all, selebihnya gunakan segala kreativiti dan khayalan anda yang mengukir kepada kenyataan! ON WITH THE PROLOGUE…

“Aku Tidak Bersalah!”

Penulis:

Zack, Shed, Razzi, Nissya, Samara, Lizz, Anor…

Hukuman telah di jatuhkan. Tertunduk Azroy mengenangkan nasibnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya lafaz hakim,  "... hukuman yang di jatuhkan kepada Azroy bin Mustafa, adalah penjara seumur hidup di atas kesalahan membunuh Faliza bt Musa!"

Kedengaran tangisan ibu dan keluarga Azroy sayup-sayup sedih. Suara orang ramai yang berbisik sesama sendiri juga mula bergema di dalam bilik perbicaraan yang sebentar tadi sunyi ' Apakah nasib ku?...aku tidak bersalah!'  bisik hati kecil Azroy buat kali ke seribu mungkin.

Seperti kilat menyambar, Azroy tergambar tubuh Faliza yang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Entah bagaimana ianya berlaku begitu, bagaimanakah pula gadis itu boleh berada dirumahnya, Azroy tidak tahu. Di ketika itu, dia baru pulang dari masjid menunaikan solat subuh.

Berketayap putih, berbaju melayu dan berkain pelikat, Azroy rebah ke lututnya di hadapan tubuh Faliza yang terbujur kaku. ‘Apa dah jadi? Siapa yang tergamak berbuat begini?’

Kedengaran bunyi siren polis menghampiri kediaman Azroy. Masih kaku, bagaikan putus akal, Azroy tidak bergerak sehingga pihak polis tiba. "Jangan bergerak!" Anggota polis menghunuskan pistolnya dibelakang Azroy.

"Err..err..aku…aku tidak bersalah!" Kata Azroy, panik dan kebingungan.

Sedar-sedar, Azroy digari dan dibawa ke kereta polis, yang terus meninggalkan perkarangan rumahnya yang kini dipenuhi jiran-jirannya.  ‘Aku tidak bersalah!’ jerit hati kecil Azroy apabila menyaksikan jiran-jirannya yang saling berbisikan.

Persoalan yang sama bermain di fikiran Azroy sejak satu tahun yang lalu sehingga hari ini di bilik perbicaraan. Siapa yang melakukan ini? Siapa yang telah membunuh Faliza yang disayangi? Siapa yang telah memerangkapnya sehingga dirinya dipersalahkan? 

‘Aku tidak bersalah…aku tidak tergamak melakukan perkara sebegini!’

Bilik perbicaraan menjadi sunyi sepi semula. Semua diminta bangun untuk menghormati hakim keluar dari tempatnya. Azroy menoleh ke belakang kepada keluarganya yang masih teresak-esak. "Aku tidak bersalah ibu... ayah... aku tidak bersalah!" Namun, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Azroy yang digari, dibimbing keluar…

Semuanya masih tersemat di fikirannya. Segalanya bermula 3 tahun lepas ketika pertama kali bertemu mata dengan insan yang bernama Faliza. Seorang pekerja baru di syarikatnya. Memang tidak dapat di nafikan, ramai yang terpaku dengan kejelitaannya...

Jom bikin e-cerpen : comments

New Logo



Apa komen anda? : [20] Comments


 Ditulis Oleh : 

Razzi, Dini, Leo, Azwa, Lizz, Samara, CeQda, Shed…anymore??

IQ 180, “Melangkaui batas manusia biasa!” Itulah ayat yang selalu ayah aku gunakan. Itulah juga yang sering diheboh-hebohkan kepada seluruh kampung, malu aku.

Anaknya sangat bijak…berpelajaran tinggi dan best student…itulah kata-kata ayah selalu. Cukup-cukup bangga setiap kali bercerita. Sedangkan aku duduk diam di situ seperti satu objek. Bahan untuk mereka berbual dan merasa hairan.  “Ya IQ aku tinggi …tapi aku hanya budak biasa je!”

Cara mak lain pulak, tapi tetap merengek bercerita dan berbangga dengan anak lelaki seorang dia ni yang bagi dia cute, comel, manis… “Oh God Ma…I’m a boy!” Soalan yang selalu sangat ditanya pada aku pula, “Irman dah ada girlfriend belum?…pilih yang manis-manis tau…cepat-cepat sikit…mak sunyi!” …huh!, nak aku cepat- cepat ada girlfriend tapi sebab nak temankan dia.

Namun, akhirnya saat yang aku tunggu tiba jua…saat dimana aku dan mak juga ayah akan berpisah. Pada usia yang agak muda, keputusan exam aku memang terbaik, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke sebuah Universiti. Di situlah aku mulai mengalami berbagai perubahan yang tidak pernah aku terfikir. Di situ jugalah aku mulai meminati seorang gadis bernama, Salina. Di situlah juga segala-galanya bermula, inilah kisah aku…

Jom bikin e-cerpen : LIBRARY

New Logo



Apa komen anda? : [26] Comments


Merdeka! :) Semangat sikit ekk…tapi yang buat Bro lagi teruja ni hah… “Jeans” Yep…nampaknya e-cerpen pertama kita sudah hampir kepada penghujungnya. Remember the deal?…Sabtu 12mlm adalah penamatnya.

So, you all dah fikir ke ending cerita ni macamana??!…pening gak kan…tapi interesting! Siapa yang nak buat ending tu tak tahu lah…mungkin sesiapa saja…fuhhh! Berdebar-debar gak ni :)

Alright before that, nak announce sikit ni…the e-cerpen program is ready and inilah covernya…cam? Seksi? hehehe 😆 Seksi tapi simbolik…Im very sure you all faham punya apakah maksud cover itu…gempak tak? keh!keh!… SOON, Boleh DOWNLOAD FREE!!…bro kena edit dulu la cerita tu, kasi masyuk tul2…

Ok, I got reminder sini sikit:-

  • Nama you all, nickname is okay tapi biarlah ada nama tu…nanti takkan bro nak tulis kat dalam ecerpen tu nanti, penulis : Tahun2020 atau ###$$$Rimau haaa leceh lah hihihiihi…Kita pun nak dikenali kan, manalah tahu besok jadi terkenal. Apa ada pada nama??… NAMA ADALAH SEGALANYA 😉
  • Bro ada detected salah seorang telah main ‘TIDAK ACI’ punya 😛 …yep! Ada la orang tu kan, dia sambung dia punya sendiri… dont la like that friend… Bro tak nak lah delete post tu pulak nanti… lebih-lebih sikit2 Bro tak kisahnya… Janganlah sampai buat 2 nickname pulak. Kalau pakai nama sendiri lagi DIGALAKKAN!
  • The next idea yang Bro ada ni, hope you all boleh fikirkan bersama. Idea ni Bro punya Sifu yang cadangkan, memang ngam arr…Ok cam ni, kita akan bikin e-Cerpen secara berkumpulan pulak, boleh? Ok…you all fikir-fikir dulu then cari-cari team mate dulu. YANG PENTING, bukan orang yang sama la… Bro boleh tahu…wo 😉

ON MONDAY kita akan ada NEW STORY… it will be different, dan mungkin juga lebih santai. Ceritanya dah ada, nak tahu tak??…hehehe, ok tak nak rahsia2 kali ni. It’s about LOVE, tapi kasi nangis sikit la 😛 . BUT it’s all up to you guys, Bro boleh start anything, tapi you all yang mencorakkannya…nanti Brother Love celah-celah ler dan sambung…sambung…

**03 September 2007 : Sebagaimana yang dijanjikan, anda boleh dapatkan e-Cerpen anda di sini…It’a a FREE PRODUCT and NOT FOR SALE! GO HERE >>> FREE E-CERPEN DOWNLOAD

New Logo



Apa komen anda? : [22] Comments


Next Page »