Muzik


 

 

 

Harian Metro 18 Jun 2010
Oleh – Esme Johari Wahab

“SAYA tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Duet bersama Razzi dan Irfan bertujuan menyampaikan mesej kemanusiaan mengenai nasib menimpa kanak-kanak didera, ditinggalkan ibu-bapa dan kes buang bayi,” kata Tuah.

Walaupun bukan penyanyi atau pernah menyertai program realiti TV, Tuah atau Tuah Zoqarnain Idris, ingin mencuba nasib melalui paduan suara pula bersama Razzi Rahman dan Irfan Khairi lalu membentuk kumpulan baru dikenali Pagi Band.

Dengan single bertajuk Jeritan menjadi taruhan, trio itu yakin ia mendapat sambutan pendengar dan peminat tidak lama lagi. Lagu serta klip video Jeritan kini sudah boleh ditonton menerusi YouTube serta laman web sosial paling popular, facebook (fb) http://www.facebook.com/fb

Tuah, deejay kacak radio segmen 8-11 malam di Suria FM menyertai mereka bulan lalu. Dengan identiti suara rock, Razzi, penulis lirik dan penulis buku cinta dikenali Brother Love, adalah finalis Anugerah Juara Lagu 1992. Dulu Razzi pernah merakamkan album dan popular dengan lagu Rembulan Kesiangan. Irfan seorang ahli perniagaan Internet dan penulis buku motivasi adalah gitaris kumpulan itu.

Kata Tuah, idea menghasilkan single menjadi realiti sejak Razzi dan Irfan melihatnya menyanyi lagu Datuk Shake, Kau Bungaku dan Hasnol, Lagu Untukmu dalam video muzik fb, April lalu.

“Sewaktu mengikuti kursus perniagaan melalui Internet yang dikendalikan Irfan, baru-baru ini, kami akhirnya berbincang mengenai projek ini. “Untuk memberi kesan lebih mendalam, kami menyertakan klip video. Saya harap pendengar memberi sokongan terhadap paduan suara kami itu. “Kalau ada rezeki dan mendapat sambutan baik, saya bercadang menyanyi lebih banyak lagu untuk album penuh Pagi Band. Setakat ini, masih dalam perbincangan,” kata Tuah, 34, dalam satu wawancara di pejabat Harian Metro, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Beberapa bulan lalu, Razzi dan Irfan pernah menghasilkan album bertajuk Razzi Rahman dan Irfan Khairi memuatkan tiga lagu iaitu Kerana, Misteri dan Akustik Sepi. Klik untuk mendengar KERANA

 Irfan berkata, mesej Jeritan mengenai gejala buang bayi dan penderaan kanak-kanak jarang diberi perhatian masyarakat berikutan kesibukan manusia mengejar kebendaan.

“Kami merasa terpanggil mencipta lagu khusus menyatakan rasa sedih terhadap sikap pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab bertindak luar batasan membuang bayi hasil keganasan orang dewasa. “Penderitaan kanak-kanak perlu dipapar lebih kerap. Jadi single disertakan dengan video klip mengukuhkan lagi penyampaian mengingatkan orang ramai dan golongan muda supaya tidak melakukan kerja yang salah di sisi agama,” katanya.

Kata Razzi, penyertaan Tuah dalam Pagi Band menguatkan range paduan vokal. “Kalau dulu kami berdua, sekarang bertiga, bermakna lebih baik, lebih banyak idea. Suara Tuah serak basah memberi impak lebih baik terhadap nyanyian dalam Jeritan.”

“Pemilihan nama Pagi Band menggambarkan satu perasaan segar dan baru setiap hari. Paling penting memberi gambaran positif. “Apa kami lakukan dengan tujuan baik supaya masyarakat menilai, prihatin dan menyayangi kanak-kanak,”

Pada masa sama, Razzi menafikan dia ‘menggunakan’ Tuah untuk memudahkan lagu mereka diputarkan di stesen radio tempatnya bertugas.

Kata Razzi: “Tidak timbul sama sekali. Kami mahu buat lagu tanpa sebarang unsur ada udang sebalik batu dan kami tidak menggunakan Tuah bagi memudahkan Jeritan kerap diputarkan di radio. Lagipun ini bukan pertama kali deejay radio menyanyi.

“Setiap stesen radio ada polisi mereka, terpulang kepada mereka. Buat masa ini, kami menggunakan YouTube dan fb untuk menyampaikannya.”

PERINGATAN : Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan Pagi Band serta mendengar lagu single terbaru JERITAN, boleh melayari laman facebook, klik di www.facebook.com/pagifb 



Apa komen anda? : [2] Comments


To me it is NOT a show, but it is a concert! Tahniah kepada Radio Thr – Permata Pantai Timur. Konsert pada 20mac lepas is so awesome! It’s a real big concert!! ….lihat lah sendiri, lebih kurang 10ribu orang membanjiri perkarangan Tesco Kota Bharu…

Ini adalah sebahagian dari penonton yang berada di depan stage. Packed giler!

Razzi Rahman & fabs

So happy lepak with my fans yang ramai-ramai menyanyi lagu KERANA bersama-sama, you all memang happening!

Ini pulak,  Abang Saleem membuat persembahan yang sangat hebat!! Beribu-ribu menjerit namanya…

Sebahagian yang tidak dapat masuk…berada di belakang pentas…KESIAN!

Bro Razzi cuba menghiburkan mereka yang berada di belakang pentas, bersalam dan bergambar…tetapi….

…pagar sudah tidak dapat menghalang mereka! Vrhooomm…habis semua rempuh masuk! Hahaha…sekuriti pun tah kemana dah. Nasib tiada yang cedera…semua ok. “Orang Kelantan cukup terkenal dengan lemah-lembutnya dan comel lotte – beyyehh!” 😉

Bersama artis PAK LONG dari utara…memang ramai peminat Pak Long ni! Lagu-lagu dia pun best. “Steady lah bro!”

Fuhhh…dapat bergambar dengan artis tersohor, abang Saleem!! Siap  kecek kelate lagi dengan Razzi Cayalah… Memang mantap persembahan abang Saleem, “I grew up singing his songs…now I’m sharing the stage with him fuhhh…I’m speechless”

Happy dapat bergambar dengan Penyampai THR – Nazz yang rock! Memang satu kepala dengan gua… “Nazz, thank you so much interview gua kat carta! Thanks sangat-sangat kerana bagi semangat when I was so nervous to get up to the big stage…Lu memang best…rock habis!”

Overall, it’s an experience yang tidak dapat dilupakan, how I wish I get to share this with my best friend Irfan Khairi yang terpaksa menghadiri seminar di Johor…IK kirim salam pada semua fans!

THR gegar are really bergegar! And they make A day to remember for the rest of my life…setelah bertahun-tahun tidak membuat persembahan besar sebegitu, akhirnya… “I did it again!”

p.s : So sorry tidak ada orang yang dapat ambil video Razzi perform hari tu… for that, I give it to you, KERANA clips harap dapat menggantikannya. >> http://www.youtube.com/watch?v=RGqbHAvFW40

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [8] Comments


Mangga Online : 17 March 2010
Wartawan : Nonie
Foto : Jefri Iran

Razzi Rahman & Irfan Khairi

10 tahun menyepi selepas album Rembulan Kesiangan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Syakila, Razzi Rahman kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaru, Kerana. Mengambil masa yang lama untuk membuat comeback, bukanlah merajuk namun Razzi aktif menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan sepanjang menetap di Kota Bharu. Beliau juga kini lebih dikenali sebagai brother love hasil daripada penulisan motivasi cinta di internet.

Namun kehadirannya kini bersama teman rapat yang juga seorang jutawan internet terkenal, Irfan Khairi antara individu yang bertanggungjawab mengembalikan minat Razzi kepada muzik yang telah lama ditinggalkan. Namun mampukah Razzi bertahan tika industri kini mengalami lambakan artis realiti dengan keadaan muzik yang semakin tenat?

  • Sepanjang empat tahun berkawan dan menjalankan perniagaan internet bersama, sudah banyak fan dikumpul daripada laman web kami. Sebelum buat album lagi, memang kami akan perform bersama jika ada produk baru untuk dilancarkan.
  • Saya akan menyanyi dan Irfan bermain gitar dan mencipta lagu dalam album kami. Tiada soal tergugat dengan artis baru kerana pengikut kami sahaja sudah mencapai dua juta orang.”

Razzi Rahman & Irfan Khairi“Selepas melancarkan mini album Razzi Rahman-Irfan Khairi dan dijual secara muat turun di internet pada 28 Disember tahun lalu, sambutan yang diterima amat memberansangkan. Kami guna alternatif menjualnya secara online kerana sedar market muzik sedang tenat dan sukar untuk menjual album penuh,” ujar Razzi masih mempunyai aura apabila lagu Kerana yang baru sahaja diputarkan di corong radio telah berjaya menduduki carta no3 di THR Gegar.

Brother Love

Bagaikan satu pakej lengkap, buku cinta yang dilengkapi alunan muzik Razzi dan Irfan. Dikenali sebagai Brother Love di kalangan penggemar hasil tulisannya,

Razzi kini mengorak setapak maju ke hadapan dengan melancarkan buku terbaru, 101 Nota Mencari Cinta khas untuk wanita penghujung bulan ini. Baginya pengalaman gagal bercinta banyak memberi inspirasi untuk menterjemahkannya dalam sebuah buku untuk tatapan peminat.

“Setakat ini saya sudah ada lima e-buku motivasi cinta dan kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Razzi yang kini dibawah pengurusan Mewah Event Management.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu daripada album Razzi Rahman-Irfan Khairi, boleh memuat turun di www.razzirahman.com/muzik.

*Bagi yang mahu melihat Razzi Rahman menyanyikan lagu KERANA secara LIVE. Atau berjumpa dan bergambar dengan Razzi, Anda yang berada di Kota Bharu bolehlah ke perkarangan letak kereta TESCO Kota Bharu pada pukul 4pm, hari ini 20hb mac2010

Razzi Rahman Productions
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [9] Comments


Utusan Malaysia 6 Mac 2010

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
RAZZI dan Irfan berkolaborasi hasilkan mini album.
 
MASIH ingatkah anda pada si pelantun lagu Syakila, yang cukup popular sekitar era 90-an? Ya, sudah agak lama penyanyi berambut panjang, Razzi Rahman ini tidak muncul dengan produk seni terbaru. Kali terakhir dia merakamkan lagu ialah 10 tahun lalu menerusi single Ke Dasar Cintamu.

Memilih untuk berehat seketika dari dunia glamor, Razzi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, penyanyi berkulit cerah itu tidaklah 100 peratus berehat dari dunia seni kerana dalam masa yang sama, dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama.

Sepanjang tempoh itu, Razzi menetap di Kota Bharu, Kelantan menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk minuman kesihatan. Kini Razzi kembali mengubati rindu peminatnya menerusi album yang memuatkan Tujuh lagu terbaru nyanyiannya iaitu Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Syakila, Selamanya, Kekuatan & bonus track Voices.

Album Razzi Rahman – Irfan Khairi itu telah pun mula dijual secara muat turun di internet sejak dilancarkan pada 28 Disember lalu. Menariknya, kemunculan Razzi kali ini merupakan kolaborasi sulung dengan jutawan internet terkenal, Irfan Khairi. Klik di sini

“Sebenarnya saya tidaklah hilang sebab di samping berniaga saya ada juga ambil tawaran berlakon drama. Kenyataannya memang saya rasa seronok berniaga dan saya memang nak buat benda yang saya suka. Namun sejak berkenalan dengan Irfan empat tahun lalu, dia menaikkan kembali semangat saya untuk kembali aktif.”

“Malah, katanya lagu-lagu nyanyian saya dahulu banyak yang memberi motivasi kepada dirinya sehingga berjaya kini,” kata Razzi.

Kata Razzi, kerana kestabilan perniagaannya kini, maka dia mencuri sedikit masa terluang untuk mempromosikan album tersebut. Selain berniaga, Razzi turut melibatkan diri dalam bidang penulisan buku-buku motivasi cinta sejak tiga tahun lalu.  Menurutnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sebanyak lima e-book tentang motivasi cinta yang begitu mendapat sambutan…

Bukan itu sahaja, buku terbaru tulisannya, 101 Nota Mencari Cinta yang diterbitkan oleh Razzi Rahman Production bakal dikeluarkan bulan ini.

Mungkin kerana itu jugalah, baik Razzi mahupun Irfan tidak begitu sukar memasarkan produk seni mereka di internet kerana telah pun mengumpul ribuan peminat sebelum ini. Malah kata Irfan, baru saja sebulan diputarkan di corong radio, lagu Kerana telah berjaya menarik perhatian pendengar di THR. Apatah lagi, kini lagu tersebut menduduki tangga ketiga dalam carta THR Gegar.

Meminati muzik, sungguhpun tidak menyanyi, Irfan yang menulis dan mencipta lagu-lagu terbaru buat Razzi itu turut menyumbang suara sebagai vokal latar. Bercerita tentang tercetusnya idea berkolaborasi, kata Irfan, minatnya terhadap muzik dan lagu-lagu nyanyian Razzi mendorong dirinya untuk lebih serius.

“Siapa sangka, 10 tahun lalu saya hanya mendengar dan mengikuti perkembangan seni Razzi. Tetapi kini, kami menjadi kawan dan berkolaborasi pula bersama. Kerana Razzi kini menulis buku-buku tentang cinta, maka lagu-lagu yang saya cipta disesuaikan dengan konsep penulisan Razzi sendiri.”

“Disebabkan ini produk pertama kami, jadi kalau boleh segalanya saya mahu nampak berbeza termasuklah lagu-lagu, cara promosi dan juga jualannya,”

kata Irfan yang memperuntukkan sebanyak RM25,000 bersama Razzi dalam menghasilkan album tersebut. Bagi yang berminat membeli lagu-lagu dari album tersebut, boleh berbuat demikian secara muat turun menerusi laman sesawang www.razzirahman.com/muzik – Sebuah lagu hanya RM3 manakala untuk memuat turun keseluruhan lagu dalam album tersebut adalah RM10.

p/s : Sejuta Terimakasih kami kepada wartawan Norliza dan Utusan Malaysia di atas sokongan dan juga kepada seluruh peminat kami! “You all ROCK!”

Salam hormat,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
Untuk maklumat lanjut tentang album sila klik di sini



Apa komen anda? : [6] Comments


Syukur Alhamdulillah, Satu pencapaian yang mengejutkan, i would say…hanya dalam masa lebih kurang sebulan album kami dilancarkan… lagu KERANA, ciptaan bro IK, perform oleh Razzi & IK, telah mencapai tempat ke 2 di dalam carta THR Gegar!

Terimakasih kepada semua peminat yang telah mengundi, yang sms dan terimakasih sangat-sangat kepada yang selalu membuat permintaan lagu KERANA di THR. Kami berdua berharap you all teruslah melakukannya agar lagu kami ini akan menjadi JUARA!

Sebagai tanda terimakasih kami, kami ingin membawa you all yang suka mengikuti perkembangan kami dengan notes singkat ini. Here are some pics khas untuk you all k, enjoy 😉

So the whole week ni, kami amat sibuk mempromosi album terbaru kami, “Razzi Rahman & Irfan Khairi”

“Photoshoot dengan Berita Harian  23 feb 2010 – Bangsar Shopping Center”

“Amacam? posing habis lah tu kikiki :D”

“Ini pulak, punyalah kekok sebabnya, jurugambar tu cun punya girl la hehe 😉 “

“Photoshoot for BIPOP – 24th feb 2010 – Vistana Hotel”

“Photoshoot for Kosmo / Utusan – 22feb 2010”

“Interview Metro Ahad – 22 feb 2010 – Cute kan Press Syakila ni…dah berpunya dah!”

“NST – 25feb 2010 : Tersengih je bro Razzi ni, nak ngacau orang lah tu hehehe”

OVERALL… the whole promotions, interviews and photoshoots memang enjoy! we had a real good times dengan all kind of reporters, all different kind of questions… BUT, best part… our answers are all the same… to all, which is :-

Album ini adalah minat kami, apa yang kami enjoy dan love doing it. It’s our passion for music! It’s about RAZZI & IK ROCKING!!

So guys, jangan lupa untuk mendapatkan semua newspapers ini k. Date akan diberitahu kelak. For now, terus mengundi, dan terus memilih lagu KERANA…vote for no 1!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
www.razzirahman.com/muzik



Apa komen anda? : [7] Comments


“If music be the food of love, play on.”
-William Shakespeare

I love music. And in my blog, I love talking about “love”. As Shakespeare quote, you can’t seperate music from love. I agree it’s true.

KL

Last week, me and my bro IK came up with yet another idea for a new song about KL- if you can remember our first song about KL was called “I Love You KL”. We feel that using music is a great promotional tool to promote our beloved KL around the globe. Check out the list below. Here are a few songs which I think you can put a tune to it. All promoting a city!

  • London Bridge – Fergie
  • Miami – Will Smith
  • Brooklyn (Go Hard) – Jay-Z
  • Chicago – Chicago
  • Kashmir – Led Zeppelin
  • New york-New york – Frank Sinatra
  • Stranger In Moscow – Michael Jackson
  • Viva Las Vegas – Elvis Presley
  • Antara Anyer dan Jakarta – Sheila Majid

How cool will it be if we can add KL to the list!

  • I love you KL – Razzi Rahman & Irfan Khairi
  • All for One Kuala Lumpur – Razzi Rahman & Irfan Khairi

No harm in dreaming right? 🙂

So, here’s a special treat from us. Our latest song. All for One Kuala Lumpur. Join me and IK for a drive around our beloved Kuala Lumpur. Enjoy!

CLICK HERE  if you would like to keep an MP3 version for your laptop or your ipod. Hope you like it. And dont forget our first KL song, “I Love You KL”, You can download it here.

  • Tell us what you think! Bila lagi nak tengok Jutawan Internet jadi my driver! 😉

p.s : Interested to know the lyrics or just want to listen to the songs? Click below :-

Ikhlas dari,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
www.razzirahman.com/muzik



Apa komen anda? : [17] Comments


  Download lagu KERANA di sini > http://www.razzirahman.com/muzik

Alhamdulillah, bro Razzi boleh merasa sedikit lega setelah segala proses pembikinan album terbaru bersama bro Irfan Khairi dan planning untuk pelancaran juga sedang diperingkat akhir. Hopefully very-very soon kita akan dapat bersama-sama mendengar keseluruhan lagu dari album ini. Klik di sini untuk ke laman muzik

So, dari semua 12 lagu pilihan kami. Jangkaan yang bakal HIT ada 5 …amboi banyaknya hit, nangis arrr haha 😥 but, yang pasti HIT “confident dia huhu 😳 ” lagu dan lirik ciptaan Bro IK yang bertajuk “KERANA”

…video clip lagu ini juga sedang disiapkan, so sementara menunggu untuk mendengar dan menonton video clip nya, apa kata you all hayati dulu lirik lagu cinta ini, “Razzi Rahman& Irfan Khairi style…” 😀 have fun…

KERANA
Lagu/Lirik oleh Irfan Khairi
Susunan Muzik oleh Kyo

Kehadiran mu
bagaikan pelangi pagi
yang menyinari hati ini
Kelembutan mu
mencorakkan hidup ini
kerana kasih mu abadi

Bridge


hebatnya cinta
hingga akhirnya
sampai ke tua
kita berdua…

Chorus
kerana ku tak mahu
terus hidup tanpa mu
kerana ku tak mampu
bernafas tanpa mu

kerana ku tak mahu
rindukan pelukan mu
kerana tak mampu ku
berjauh dengan mu…

 hebatnya cinta
hingga akhirnya
sampai ke tua
kita berdua…

“JOM KITA NYANYI RAMAI-RAMAI…ULANG CHORUS!”

kerana ku tak mahu
terus hidup tanpa mu
kerana ku tak mampu
bernafas tanpa mu

kerana ku tak mahu
rindukan pelukan mu
kerana tak mampu ku
berjauh dengan mu…

TIP : Hehehe 😛 kelakar tak? …minggu ni kita relek-relek ketawa-ketawa. Bercinta-bercinta juga, lagu cinta pun lagu cinta juga, tetapi boring la asyik serius je kan, sometimes kita kena enjoy life, be happy, bergelak ketawa even over something serious… seperti yang I selalu cakap, “have fun and live a little!” 😉

p/s Jom bagi short komen yang happy-happy dan kelakar-kelakar!! Click here

Ikhlas dari,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
http://razzirahman.com/muzik



Apa komen anda? : [33] Comments


Satu phrase yang cukup mendalam maksudnya dan sangat bererti bagi kita semua. Dimana, di dalam kehidupan kita, kita kena lalui hidup dengan mencuba apa sahaja yang kita mahu serta boleh buat kita happy. Kita jangan takut nak cuba tu, takut nak cuba ni…takut gagal. NO!

Kita kena live a little …rasakan hidup ini walaupun hanya secebis…barulah our life’s complete! Then kita akan sangat happy, confident, have a clear mind… kerana kita dah dapat mengecapi apa yang kita inginkan!

Razzi Rahman & Irfan Khairi

Look at me and bro Ik, kami ‘lepak’ je …relax punya bro’s. Berapa banyak halangan dalam hidup kami??… tapi kita face it dan enjoy the good and the bad times. Dan kita buat apa yang kita suka dalam hidup kita…which is besides doing our own business, kita teruskan our passion for… music! 😉

Kita semua kena capai this ultimate feelings of freedom, rasa ketenangan, rasa girang and…happiness! I tell you kalau I berjumpa dengan IK je, memang kami bergelak ketawa je la 😆 …when we talk about success, kita happy, but when we talk about kegagalan pun kita ketawa sakan juga!

You know, hanya setelah you all rasakan yang you all benar-benar mengecapi RASA HIDUP ini, only then baru you will find true LOVE!

Razzi RahmanNow…this is me living a little of life. I ada business on my own, I menulis buku-buku cinta dan menyanyi, I sing my heart out!! Why??…because I Love it!! It makes me happy! I love making money, I love writings and I LOVE MUSIC SO MUCH!

That’s me…you bagaimana pula? Apa yang you suka? always ask yourself that question. Jangan sibuk fikir soal cinta dulu, jangan buang masa duk tanya, “Mana pasangan aku ni…mana cinta aku ni…aku sunyi!” NO!!…tanya diri you dulu… apa yang you suka dalam hidup you??…then buat!

Buat apa yang you suka. Apabila you happy dengan kerja you…happy with things you do… rezeki akan datang pada you, cinta akan hadir dalam hidup you, insyaAllah!

Well, I pun macam you all jugak dulu. Tak happy…down…sad…lonely… tak tahu apa nak buat with my life. Until I jumpa my sifu, my blood brother… Bro IK. He taught me that… do things that you like. Lepas tu Bro Razzi experience sendiri perbezaannya di dalam scenario business, life dan cinta 🙂 hehe…

Irfan KhairiWe come to Irfan Khairi a.k.a IK the Jutawan Internet! …siapa yang tak mahu jadi dia? dah lah kaya, successful… dan dia melakukan apa yang dia suka! Mengendalikan rancangan TV di awani, mengacara program radio 24, menulis beberapa buku best seller DAN KINI? ….

Mencipta 3 lagu yang bakal hit dari album kami pula di samping hampir kesemua lirik ditulis olehnya dan juga bersama bro Razzi. You see…sky is the limit! That’s what i can say about my bro Irfan.

Untuk kita…at least kalau tak boleh semua, secebis pun jadi lah… barulah namanya, kita live a little of life …kita rasa itu dan ini, kuih tu kuih ni, pergi situ pergi sini, buat itu dan ini….

Jangan sesekali, “Alaa…aku tak boleh la, aku tak biasa la, aku segan la, aku tak biasa buat tu, aku benci tu…” Well I tell you, kalau kita sentiasa berperangai begitu, sampai bila-bila lah kita tidak akan berjaya dalam hidup jauh sekali berjaya dalam cinta!

Kalau nak kira, kesemua zon yang kami berdua ceburi ni, jauh dari selesa…tetapi kami mahu buat kerana itu yang KAMI MAHU! sebab itulah, saya sangat bersyukur dapat mengenali IK dan dapat pula bersama-sama mengusahakan projek istimewa kami ini… Sebuah album yang bertajuk “Suara” – memuatkan 12 lagu terbaru!

Razzi Rahman & Irfan Khairi - album

Semuga kami mendapat sokongan you all! …setinggi-tinggi harapan kami mendapat tempat di hati you all. Kerana, kami ni tiada sokongan mana-mana company, tiada recording company, tiada radio station, tiada media… kami hanya berusaha dan berserah pada yang Esa. Dan kami lakukan dengan minat yang mendalam… seikhlas hati dan nurani, itu yang membezakan kami. We are full of passion 😉

So itulah Razzi Rahman & Irfan Khairi, oleh kerana itu juga bro Razzi telah memindahkan website kami ke sini. Yes! semuanya berada di sini check it out here >> http://www.razzirahman.com/muzik

Razzi Rahman & Irfan Khairi Muzik

Kami juga memberi beberapa lagu untuk LISTEN & FREE download :-

Akhir kata, “Live a little of life… FOR ME!” means for me tuuu…is YOU! Do it for you…yourself. Buatkan untuk diri you sendiri, bahagiakan diri you, cintai diri you! Orang lain… later! 😉

p/s : Nantikan lagu hit kami lagu/lirik Irfan Khairi : “KERANA”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [18] Comments


KL

Wahhh…posting kali nihh, menarik je bunyi dia kan 😀 …bukan apa, I memang LOVE KL, Kuala Lumpur ni bagai sudah menjadi Home Town saya lah, sampai kan jalan-jalan lebih tahu jalan di KL sebabnya, hampir separuh hidup saya adalah di Kuala Lumpur, you macamana? I’m sure you pun LOVE KL as much as I do… segala-galanya bermula di sini, kan?

Tapi nak cakap, ni haaa…kita ni kan asyik dengan cinta je kan, every day Bro Razzi duk berceloteh pasal cinta je…haa dah lama dah tak cite-cite pasal me and my best friend/brother, Sifu Irfan Khairi… SO, i thought, maybe kita cerita pasal CINTA juga, tetapi Cinta lain…Cinta Kuala Lumpur, about how much bro Razzi n IK, love Kuala Lumpur…

Razzi Rahman & Irfan Khairi

So this time around ni, we take a break la jap dari our daily work ni kan. Relax in KL, dan kami kalau berdua santai, memang muzik je la yang kami borak…So happen bro IK tiba-tiba je dapat idea…cam biasalah Jutawan Internet kita ni, idea tu datang je 🙂

Then he starts writing, I pula starts singing…at the end of the day, we finished a song! So, because we love KL so much, hingga kita ciptakan sebuah lagu tentang KL…Perrghh…nak tahu Tajuk lagu dia? Well…tajuk lagu ni I LOVE YOU K.L 😉  hehe…and I know you all pun love KL…kita semua cintakan Kuala Lumpur…So, bro Razzi & Ik decided untuk beri you all lagu ni FOR FREE…YES, PERCUMA!!!

DOWNLOAD FREE, Klik di sini ->  Muat turun lagu sekarang “I LOVE YOU KL

Here are the lyrics… “I Love You K.L” – Lirik : IK / Lagu : KYO

Been around the world
Travel all the seas
There’s only one place i’d be
Somewhere thats close to me

A place with a thousand smiles
And you wont disagree
Oh it’ll steal your heart
Will ya come here with me

Chorus:

I Love You K.L
Still remember
it ain’t that long ago
When the sun set in
The lights shines up
It takes your breath away
Yeah, it takes your….breath away

Oh Come here…with me
To the place I grew up
The place i want to grow old
We can dance under the stars

The stars of Kuala Lumpur
Just you and I dancing along
This is the place for us to be…
Kuala Lumpur

Amacam best kan? 🙂 So Im sure you pun mesti nak dengar lagu ni kan…sambil-sambil santai time, relek-relek, “terimalah dari kami Razzi Rahman & Irfan Khairi ~ I LOVE YOU K.L” please click below… 2 ways to listen :-

Feedback anda amat dihargai :-

  • a) Apa perasaan anda terhadap Kuala Lumpur setelah mendengar lagu ini? I terharu
  • b) Adakah anda merasa semakin bangga dengan Kuala Lumpur? I know I do
  • c) Adakah anda turut menyanyi-nyanyi lagu ini? hehehe… 😛

Kami berdua menanti reply all of ya!

p.s : If you do like the songs, how about download it and save to your computer FOR FREE!! – Klik di sini dan Download I LOVE YOU KL sekarang.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman & Irfan Khairi
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [48] Comments


no download slot machines