jj

Perkongsian Bro Razzi hari ini adalah dari kisah benar yang sedang berlaku sebenarnya. Basically saya amat mengkagumi 2 orang kawan saya. Let me tell you their stories :-

Kawan 1 – Seorang lelaki dan belum berkahwin. Memiliki seorang kekasih nun jauh di seberang, negeri di bawah bayu sudah 2 tahun kekal bahagia. Sememangnya susah untuk dia berulang alik dari semenanjung ke sana. Jadi sudah tentulah tiada jalan lain melainkan berhubung secara whatsapp, facebook chat dan webcam di Yahoo Messenger.

Kawan 2 – Seorang suri rumah. Baru berkahwin setelah bercinta 5-6 tahun. Si suami terpaksa bertugas di negeri kelahirannya, masih di semenanjung. Si isteri pula cikgu, kena hantar la jauh dari negerinya. Tapi dalam 2x sebulan adalah si suami pergi jumpa isteri. NAMUN, media sosial tetap tidak lekang dari kedua-duanya, malah deorang video chat melalui SKYPE setiap hari sebelum tidur.

  • Apakah persamaan perhubungan jarak jauh di antara mereka berdua?

I would say KEMAHUAN! Kedua-dua pasangan punya kemahuan, keinginan yang tinggi untuk selalu berhubung, dan bila ditanya, apa mereka rasa having this long distance relationship?

  • Jawab mereka, MACAM DEKAT JE! Tak rasa jauh pun.

Dengan teknologi semakin canggih, smart phone dah murah-murah je sekarang and it’s like everyone using it nowadays, ALASAN mengatakan tak ada masa, busy untuk berhubung, sudah tak boleh pakai lagi. Mak ayah di kampung pun ada facebook! Dalam sesaat, hantar message kat inbox… “Along bila nak balik?!” 😉

  • Jadi, untuk menjawab soalan adakah perhubungan jarak jauh masih relevan atau tidak?

Jawapan saya, YA MASIH RELEVAN bagi yang benar-benar mahu. TIDAK RELEVAN bagi yang sudah tiada keinginan, tidak mahu lagi bercinta, tidak mahu ada apa-apa hubungan.

Jika anda benar-benar ingin berhubung, dalam beberapa saat, and boleh menghantar message, sms atau whataspp kepada insan tercinta, just to say “HI” atau “Miss you sayang” or “Hey, dah makan?”… takkan itu pun tak boleh? Tak logik!

SO, if you having a long distance relationship the two of you MUST ada kemahuan untuk selalu berhubung, baru menjadi. It can work! Cuba perhati pasangan anda :-

  • Adakah dia selalu nak skype atau webcam/video chat dengan anda?
  • Setiap masa ada saja yang nak diberitahu something, well nowadays boleh inbox fb saja worldwide boleh baca dalam sekelip mata.
  • Selalu ada saja gambar-gambar baru, yang funny, yang cun-cun untuk dikongsikan bersama melalui whatsapp.
  • Malah, bagi setiap kali hendak kemana-mana, selalu diberitahu untuk elakkan rasa sangsi.
  • Jika ada apa-apa keputusan yang perlu diambil, sentiasa bertanya pendapat pasangan terlebih dahulu.

NOW, tanya diri anda sendiri adakah senarai perkara ini dilakukan oleh anda berdua sekarang? JIKA TIDAK… the relationship most probably, WILL NOT WORK. It’s time to move on.

*kawan-kawan saya ni masih terus mengamalkan hubungan jarak jauh, dan mereka bahagia dah lama hingga ke hari ini begitulah tabiat mereka berdua, that’s why boleh kekal. IN FACT, pasangan yang dah kahwin tu bila dah pulang pun, boleh hantar text whatsapp pada pasangannya yang ada di luar bilik saja…hehehe so sweet gitu, WOW!

I wonder, anda dan dia yang BUKAN perhubungan jarak jauh pulak bagaimana?

Yang dekat selalu berhubung la kan… kalau duk jauh lagilah kena lebih berhubung. BUT kalau dekat pun susah nak berhubung, masih guna alasan ‘BUSY’ tak tahulah nak kata apa 😉

p.s. : Jom dapatkan EBOOK Promosi istimewa, BELI 1 FREE 2 karya Razzi Rahman @ Brother Love – klik di sini

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : 1 Comment