5 Cara KEKALKAN Cinta!

“BERCINTA bukan hanya waktu dilamun cinta sahaja, tetapi bercinta seharusnya sampai bila-bila!” Setiap orang yang bertahun-tahun pengalaman berkahwin, akan tahu betapa pentingnya rasa cinta di waktu susah, apatah lagi jika sudah 12 tahun! Bukan sesuatu yang mudah dan bukan selalunya indah. Ada waktu teramat susah, ada masanya, gundah! – Paling bahaya adalah semasa cinta sudah hambar, tetapi kita letak tepi rasa kehambaran itu, sebaliknya kita fokuskan kepada mengekalkan perhubungan agar pasangan kita yang disayangi terus kekal bahagia. “Mengapa kena fikir perasaan dia… bagaimana perasaan kita? Well… itulah cinta! Jika benar cinta, jika benar sayang, perasaan sendiri, kepentingan sendiri, sudah tidak bermakna lagi yang kekal adalah DIA YANG TERSAYANG! Bagaimana caranya untuk kekalkan perhubungan cinta / perkahwinan? Di sini Bro Razzi berikan 5 cara utamanya :-

Dia BELUM BERSEDIA jika…

Anda mungkin sedang dilamun cinta, anda juga mungkin dapat merasai yang anda amat dicintai pasangan anda yang selalu membuatkan anda happy…sebelum ini. Anda mungkin rasa yang anda masih ada pasangan walaupun, dia jarang di sisi. NAMUN kenyataannya? Adakah anda benar-benar sedang bercinta? Adakah pasangan anda memang masih milik anda? Atau anda hanya hidup di alam fantasi rekaan anda sendiri? Situasi inilah yang selalu merobek jiwa seseorang apabila sampai masanya, tiba-tiba anda kehilangan orang yang anda anggap insan tercinta selama ini. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, apa yang anda perlu lakukan adalah, MENGECAM atau MENGENALI… adakah pasangan anda itu, SUDAH BERSEDIA atau belum! The fact is, Dia BELUM BERSEDIA jika…

MINTA MAAF pada semua…

Assalamualaikum… buat semua pengunjung dan pembaca-pembaca blog Bro Razzi. Sungguh Razzi merasa tak tenang di hati kerana tidak sempat membalas kesemua soalan-soalan yang semakin hari semakin banyak. Semua ini adalah kerana Razzi kehilangan ibu tersayang yang sudah pulang ke rahmatullah, pada 11 mei 2012. Berat rasa hati, lemah jiwa untuk menulis dan hilang idea untuk berkata… NAMUN, Alhamdulillah, I’ve gain my strength back. Slowly Razzi akan cuba menjawab soalan-soalan anda, jadi I harap you all bersabar… 9 mei 2012 – Saat Ibu terlantar di katil bertahun-tahun lumpuh… 11 mei 2012 – 2 hari kemudian, Ibu meninggal… 12 mei 2012 – Pusara yang masih merah… 9 Jan 1991 – Tinggal Kenangan -Hari jadi Razzi, bawa ibu dan keluarga holiday. “Sayangilah ibu mu sewaktu dia masih ada dengan seluruh jiwa… kerana apabila beliau sudah pergi, kau akan merasa dunia ini sudah tidak bermakna lagi tanpa ibu di sisi…” Love, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

10 “SIGNS” orang yang berpotensi untuk JATUH CINTA dengan anda

Anda selalu tertanya-tanya adakah dia ada feelings pada anda atau adakah dia ada rasa sayang pada anda? hari ini I list down 10 perkara untuk anda bandingkan, ada atau tidak ciri-ciri ini dalam  diri dia? Samada lelaki maupun wanita, selalunya perkara ini adalah sama sahaja. Jika benar dia mempunyai perasaan pada anda, I’m pretty sure dia mesti ada ciri-ciri di bawah :- Have fun reading! 😉

Cakap, cakap…CAKAP! ;)

Ingat lagi tak filem Seniman Bujang Lapok? Dimana director Ahmad Nisfu geram sambil menyuruh P.Ramlee, “…cakap…cakap” – tapi si P.Ramlee diam je tak cakap-cakap haha… alasannya? “Macamana saya nak cakap, tuan director suruh saya actions, tak suruh saya cakap!” Kelakar giler hehehe… tapi dari sini juga we can learn something, which is ‘COMMUNICATIONS’ – yaa beb, komunikasi amat penting di dalam pekerjaan, dalam perniagaan, kehidupan seharian dan tentu saja amat penting di dalam perhubungan. Kalau communications breakdown – Komunikasi terputus, hancur, maka perhubungan pun tak kemana, kebahagiaan tidak akan tercapai! – Ramai yang bertanya bagaimana nak buat supaya perhubungan itu selamat dan saling faham memahami? The answers is… cakap…cakap…cakap! Sebagai contoh dari beberapa soalan yang selalu sangat Bro Razzi terima :-

Cinta tidak semestinya MEMILIKI

Tergamam seketika di facebook semalam, tepat pukul 1 pagi, ada laaa seorang kawan wanita saya ni yang kenal dengan my ex girlfriend, sudah kasi itu tag sama Bro Razzi di gambar perkahwinan my ex gf tu aduuhhh… Tertengok gambar dia yang baru saja kahwin, tersenyum bahagia dipimpin suami di jinjang pelaminnya, berderau darah seketika, terhela nafas, mengeluh panjang berkali-kali cuba melegakan dada yang bagai tersumbat mampat! Sedih? Frust? Remuk di jiwa? Pilu? ALL yes! 🙂 … ya mungkin semua tu ada yang Bro Razzi rasakan. Dan dalam hati kecil ku pula berkata, “Errghh, kahwin juga dia akhirnya… bestnya kalau aku yang dapat kahwin dengan dia…emm, sudah takdir… aku dan dia tidak dapat bersama.” – Tidak pernah pun terbayang yang dia boleh mengahwini orang lain sebenarnya, jadi bila melihat dia benar-benar dah kahwin terasa seolah-olah macam tak percaya…

Melepaskan Dia PERGI…

Sanggupkah kita melepaskan dia yang kita benar-benar kita cintai? – satu persoalan yang rasanya tidak perlulah ditanya, kerana sudah terang dan nyata jawapannya, TIDAK SANGGUP! Di dalam percintaan, satu perbuatan yang sangat mulia adalah mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati dan rela berkorban apa saja demi untuk dia bahagia sepanjang dia menjadi milik kita selamanya. NAMUN, sebenarnya… adalah lebih mulia dan tinggi nilai cinta sekiranya anda dapat melepaskan dia pergi untuk menimba pengalaman di dalam perhubungan baru dengan orang yang boleh memberi cinta yang jauh lebih baik dari kita. Ianya satu pengorbanan yang teramat besar kerana, melepaskan orang yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang amat susah untuk dilakukan…

Cara Memikat BAKAL MERTUA

Tahukah anda… untuk berjaya dalam CINTA, anda juga perlu memikat kedua ibu dan bapa pasangan anda? Sesungguhnya Mertua atau Bakal Mertua ni SANGAT PENTING peranannya. Ia boleh membawa kesan yang berpanjangan di dalam perhubungan anda. In fact, jika hancur perhubungan  baik antara anda dan mertua, alamatnya… bergoncanglah perhubungan anda bersama pasangan yang dicintai. Anda tidak mahu itu berlaku, kan? Jadi, sekiranya jadi lah perkahwinan anda berdua, anda tidak mahu sesekali ada sebarang perselisihan faham atau tidak disukai oleh mertua,… perriiiitttt beb! 🙂 Hehe… menjadi Menantu yang disayangi itulah yang patut kita FOKUS, atau yang perlu kita AIM untuk masa depan yang membahagiakan. “Tapi Bro Razzi, Jika kecantikan/ketampanan memang bakal mertua tidak peduli, jika kelayakan kita pun tidak dihiraukannya dan berbagai-bagai lagi yang tidak disukainya, apa lagi yang perlu saya buat??” JANGAN putus asa. Ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memikat bakal mertua, antaranya  :-

Api Cinta yang membakar Jiwa

CINTA… sesuatu yang asyik, nikmat dan amat menerujakan sekiranya kita dapat meneguknya, menjamahnya dan mengecapi sepenuhnya. NAMUN, ia lebih menggegarkan, membangkitkan semangat, kegeraman apabila kita tidak dapat memilikinya. Lebih-lebih lagi, kita tahu kita boleh. Tetapi mungkin akibat, sudah terlambat, tersilap membuat keputusan yang lampau, or just maybe wrong time at the wrong place, atau mungkin… sudah menjadi milik orang, dan mungkin juga dia sudah tidak terpikat kepada kita lagi. Perkara-perkara inilah yang membuatkan CINTA itu bagaikan api yang membakar jiwa!

Pentingkah sebuah CINTA?

Apabila Razzi sempat bertemu beberapa rakan dan taulan sewaktu Aidil Fitri tempohari, datang terfikir di minda setelah terdetik di hati… “Apakah masalah yang kita semua hadapi ini teruk sangat? Aku rasa masalah yang mereka hadapi adalah lebih teruk dari aku!” Sehingga saya terfikir mengapalah kita ni asyik fikirkan perasaan kita saja, lepas tu sibuk dengan rasa tidak puas hati, rasa bengkak, geram kerana tidak dapat apa yang kita mahu,  kan? Anda bagaimana, adakah anda juga selalu asyik memikirkan perasaan anda sendiri? – Di sinilah membuatkan Razzi tertanya-tanya… “Pentingkah CINTA? Pentingkah memilki cinta sebenarnya? Hidup bahagia dengan cinta?”

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor