Kisah Cinta Razzi – “Maafkan dia”
~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh bro Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~ Sewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura. Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe… Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami. Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat… “Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?! Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi?? Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG! Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan… Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku… Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana… Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal. Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi! Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh… TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya? Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!” “Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata. Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu. Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak! “Tasya??!” aku kebingungan… “Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!” Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan. “Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…” “Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!” “What??!…why?!” “Sebelum I…err..err..” “Sebelum? Sebelum apa Tasya?!” “Sebelum I kahwin besok…” “WHAT??!!!” Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku. Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa. Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!! Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini, Tiba-tiba… “Maafkan dia…maafkan dia…” Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?” Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV… Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…” Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya. Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia. Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya… Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih
FREE GIFTS… “SALAM CINTA”
Sebagai penghargaan dari Razzi untuk anda semua yang selalu berkunjung ke blog Brother Love, satu pemberian percuma untuk anda, sebuah eBook dari saya yang berjodol, “SALAM CINTA” …nak tak? Sure la kan, and it’s FREE!! 😉 Please share with your friends too ya… okay here it is :- Download di sini Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
I miss you…
Apabila terlanjur beberapa hari tidak menulis mengikut rutin di blog Brother Love ni, rasa rindu mulai menyelubungi jiwa. Rasa seperti ada yang tidak kena… dalam studio, library, even masa travelling pun, terfikir “Eh apa lagi yang belum aku lakukan?” Bila letakkan kepala ke bantal, “Alaaaa…aku belum tulis lagi artikel terbaru!” Can you guys imagine? Kita belum pernah bersama, belum pun berjumpa, jauh sekali membelangkaskan diri kita…NAMUN, rasa rindu menyentuh kalbu…even menulis di blog sendiri pun bagai rindu untuk berhubung… I’m very-very sure, ramai yang begitu… Bukan ada hubungan, bukan kenal…tapi rindu. Berchatting tiap masa, namun belum jumpa, belum kenal, katanya, “I miss you” Hanya kenal pada suara, bergelak ketawa di talian mobil… habis saja perbualan itu, rasa rindu mencengkam kalbu, “Ahhh…I miss you so much, I miss your voice!” Ramai juga yang melihat dari jauh, kenal dari sekitar, tapi… “Oh God…I miss you.” Malah, ada yang sudah putus cinta…sudah hilang lama, tapi masih… “I miss you” Bagi Bro Razzi…itulah indahnya rindu! Tanpa jumpa, tanpa bersama, tanpa sentuhan, tanpa kucupan, rasa rindu dari kesepian yang tercipta dari keindahan cinta itu bisa membuatkan kita mengucapkan, “I miss you…” Kawan-kawan dan teman pasti marah, pasti cuba menasihati, “Eh pasal apa kau nak rindu dia? Dia tak rindu kau pun.” “Kau kenal dia pun tak, boleh kau rasa sayangkan dia? Rindu dia?” “Dia sudah lama pergi, buat apa kau nak merindui dia lagi?” Well, to me…jika anda tidak merindu, maka keringlah hati anda, jika susah untuk mengucapkan “I miss you…” well, you’re such a boring person! 🙂 hey, apa salahnya merindu? Apa salahnya I miss you? Rindu pada suaranya, rindu pada kata-katanya, rindu pada gelak ketawanya yang selalu mencuit hati, rindu pada manjanya…rindu pada caranya mengambil berat, rindukan sentuhannya. APA SALAHNYA? …its sweet though, Go ahead babe! Pabila ujud rasa rindu dalam diri kita, biar pun hanya kita sendiri….Itulah tandanya kita punya perasaan yang sangat suci dan berkualiti kerana kita menghargai seseorang beb. What a great person we are!! …Kita rinduinya, hargai dirinya, kita kagumi caranya! Itu sesuatu yang sangat mulia di sisi Tuhan yang Esa! Kalau sudah begitu, masa bisa ianya tidak baik? Pasti, rindu adalah sesuatu yang amat baik! Asalkan ia tidak memudaratkan kita, maka it’s better for us to miss someone daripada merintih sedih. Take it missing the loved ones tu sebagai keindahan kita, nikmat kita dalam cinta. Biarlah dia sudah pergi, biarlah dia kecewakan kita, tetapi kita treasure the moment! “Biarlah kita belum betul kenal, belum jumpa lagi… namun itulah kita, itulah perasaan kita, itulah diri kita yang sangat mulia, amat prihatin dan penuh dengan kasih dan sayang…penuh dengan keindahan cinta, Treasure it!!” Now the question remain is, “Do you even miss someone?” ~ Untuk mendapatkan tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih romantik lagi, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini! Brother Love menjawab segala masalah cinta anda di dalam ebuku ini! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Desperado dalam CINTA!
If you tertanya-tanya apakah the best way untuk memenangi hati kekasih, mengembalikan cinta dari yang tersayang, jawapannya sangat simple! JANGAN jadi “Desperado dalam Cinta” Maksudnya, you kena berubah hari ini juga dan AVOID being desperate! Ubah diri anda dari menjadi seorang yang terdesak atau seorang yang terlalu mengikut emosi sehingga kelihatan lemas dan over reacting. Dalam ertikata yang sama, DESPERADO! “I tak terdesak, tak desperate…tak kisah pun!” – is that what you’re saying? Great! Tetapi, adakah you di dalam golongan seperti di bawah ini? Jika ya…that means, you’re Desperado dalam Cinta ngeh! ngeh! ngeh! 😀 :- So, adakah anda :- Selalu mahu bersama dengan yang tercinta 24/7? Setiap masa asyik nak bersamaaa aje sehingga mengadu tidak cukup masa berkasih sayang? Adoi! Menyambar handphone kekasih anda semata-mata mahu tengok siapa yang call? Melompat ke atas dia untuk merebut membaca message yang diterima? Adakah anda sentiasa membaca dan memeriksa handphone dia? Adoi sekali lagi 😀 Tidak membenarkan dia keluar bersama kawan-kawannya? Tidak suka dia keluar tanpa anda? “I nak you bawak I sekali keluar dengan kawan-kawan you!” Haaaa… sedangkan anda tahu ianya membosankan? Jelir sekali 😛 Hanya lakukan apa yang anda suka lakukan?, dan tidak mahu melakukan apa yang dia suka? Adakah anda tidak membenarkan dia lakukan apa yang dia suka lakukan? Mengajar pasangan anda untuk berkelakuan seperti suami isteri walaupun anda hanya sepasang kekasih? Berambil, berantar, sambil memanggil diri ‘Mama & Papa’ ? Adoi! Selalu merajuk, menangis dan buat-buat minta dilepaskan… sedangkan anda belum pun berkahwin? JIKA YA, JELAS SANGAT…you all are too desperado beb! Jika all in this list, you all sedang melakukannya, it’s so obvious you all sedang Desperado dalam Cinta yang mana hanya akan membawa Disaster in a relationship. I’m pretty sure you… mungkin perhubungan anda tidak akan kekal lama. Simple point to be consider : Lagikan binatang sukakan kebebasan. Ini pula manusia! Apabila terpaksa berkepit dengan loved ones 24 jam, itu tak boleh buat, ini tak boleh, kawal itu dan ini, mana freedom nya? Baik lelaki, mau pun wanita… semua ingin lakukan apa yang mereka suka, dan semua mahu berkawan, keluar dengan kawan-kawan, tanpa sebarang halangan dari sesiapa. Apabila menerima panggilan atau message, yes probably ada yang nak mengorat. Biarlah, tengok pasangan you handle macamana. Tengok dia flirt sampai mana…kalau betul-betul dia cintakan you, dia layan sekejap and thats it la. Itu biasa la, ramai peminat. So, di sini lah letaknya kepercayaan. Jika you all tak boleh nak trust, you all will never be happy. Then forget it la beb. Sekiranya pasangan you tu memang jenis gatal or suka melayan sampai terjadi skandal… well, if you know that sedari awal, why you nak kat dia lagi? Belah la… tak perlu nak ubah dia, tak perlu nak kawal dia, nak control the relationship and hope things change, itu yang akan buat you jadi DESPERATE. Buat apa? …masih ramai yang baik-baik di luar sana. Just get over it and start fresh! Another important point yang I nak cakap…Jika you all dah nak kahwin, lain lah…tetapi, If you all masih coupling, masih boyfriend, girlfriend… nasihat I, enjoy your youth, have fun with you all punya relationship beb, feel the young love…JANGAN desperado nak act like a married couple. Adoi!!…Belum kahwin, jauh sekali ada anak sudah panggil diri, ‘Mama & Papa’ laa… ‘Mommy & Daddy’ laa… create nama anak-anak laa… Bila merajuk, bergaduh, minta dilepaskan seolah-olah isteri minta cerai. Padahal nak sangat lagi, cuma nak test mamat ni nak lepaskan aku atau tidak…adoi kali kedua! Desperado habis… orang dengar pun geli beb. 🙂 LOOK! Lelaki atau wanita yang berkelakuan desperado ini, suka control, suka buat apa yang hanya dia suka buat. Act like old people sedangkan diri masih muda. Semua ini hanya akan menghancurkan perhubungan you all je. Relek beb… be cool, lepaskan dia dan have some trust. Jangan terlalu emotional sangat dan jangan sibuk nak mengawal perhubungan anda. Yang nyata…kalau nak jadi curang, jadi jugak! Kawal lah macamana pun. You ingat dengan check handphone, stop dia dari keluar dengan kawan-kawan, you all selamat lah? “The truth is, you can never control him/her or your relationship but you can control yourself to be better, and make the relationship happier and interesting!” Makes him/her loves you more… that you can do! Dengan cara… :- Memberi kebebasan kepadanya tanpa you membebankan fikiran sendiri. Relax and set your mind : I do love you, but if you dont really loves me.. masih ramai yang will love me! Tell yourself everyday, “I’m charming, great lover and loveable!” Jadikan dia yang menagih cinta dari you dengan buat, seolah-olah you endah tak endah cinta darinya. Finally, inside you…Feel young and free forever macam Bro Razzi ni. Enjoy life to the fullest dan jangan act macam orang dah tua, longlai, terkurung dalam penjara yang dibina sendiri! If you do all this, pasangan you pula yang menjadi tak keruan…tak percaya? Cubalah!;) p/s : Checkout keluaran buku terbaru di https://www.razzirahman.com/buku Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“I Don’t Love You!”
Most of the time, kita sebagai manusia memang suka terseksa. Cuba renung kembali… suka tak masa dikecewakan? It looks like tak suka tetapi kita membiarkan diri kita menangis-nangis tak habis-habis. Berminggu-minggu kita menangis dan bersedih kadang berbulan malah ada yang bertahun-tahun… Ada pula yang duduk kat balkoni malam-malam dan asyik bermonolog seorang diri “Aku tetap cinta kan mu walau kau telah pergi jauh, aku tetap sayangkan mu walau kau tidak cintakan ku…aku akan terus menunggu kehadiran mu sayang!” Hehehe…jom kita ketawakan diri kita sendiri cepat! 😀 Wakakaka… dont worry I pun pernah macam you all jugak. You see, that’s normal la bila dah jatuh cinta, kan? Kita memang suka terseksa, walau kita tahu kita tak suka tapi kita suka membiarkan diri kita diseksa! Worst part… or should I say, the Final Try…kita dah tahu dia tak nak kat kita, kita tahu dia tak ada perasaan kat kita pun, tapi kita nak juga dengar dari mulut dia sendiri, kita nak juga dengar dia mengatakan, “I dont love you!” Funny tak? Why kita nak sangat dengar ayat yang pasti mengguris hati kita tu? Adoi… hehehe, I bukan cakap you la ni… orang lain la, termasuk diri I sendiri dulu-dulu laaa hahaha 😆 Tapi serius la kan, remember lagi…what I did, I pergi jumpa that girl dan cakap kat dia, “Okay, kalau you betul-betul tak ada perasaan kat I, please look into my eyes, look at me straight up and tell me that I’m not good enough for you and tell me you dont love me!” Hahaha…konon-konon kita rasa kita hebat la, macam kita rasa sebenarnya dia ada perasaan kat kita tetapi segan atau takut untuk meluahkan perasaan dia yang sebenar… Padahal… memang dia tak ada hati kat kita pun, dan for sure dia tak akan cakap direct kat kita yang dia tak cinta kan kita…its so very kejam, for sure dia pun nak jaga hati sesama manusia… so, what’s her answer, “Please don’t ask me to say that…bukan macam tu, you’re a great person. cuma I rasa ada ramai lagi orang lain yang lebih baik untuk you.” Kita pun terasa la bangga, dalam hati kita, “huh…memang dia ada perasaan kat aku tu, tapi malu nak cakap!” Hayya…perasan! Why laaa ego kita susah sangat nak menerima bahawa dia tidak berminat dengan kita dan dia sememangnya tidak cinta kan kita beb? Hey… dia hanya nak jaga hati kita je as friend or terhadap another human being…the fact is, apa yang dia nak katakan, “I don’t love you!” – I don’t love you and thats it! Put it in your thick skull and understand it, i don’t love you…i don’t have any feelings for you, i don’t want you…I’m not interested in anything about you! BOOM! Apasal kita susah sangat nak faham? Hahaha…well, itulah kita sebagai manusia yang sebenarnya all of us are full of ego, tak mahu menerima kekalahan dan kegagalan…dan asyik bertanya, “why dia buat kita jatuh cinta, why dia beri harapan, why dia layan kita baik sekali, why dia mengambil berat…” Truth is WHY NOT? why? tak boleh ke another human being care about you? Or memberi semangat sebagai seorang kawan? Or melayan you dengan baik sebagai seorang yang pernah mengalami perasaan seperti you?…that doesnt mean dia loves you babe! – Takkan nak layan dengan buruk? Now you see? …what Im trying to say is, becareful dan pandai-pandailah membezakan niat seseorang itu …Yang penting, jangan terburu-buru jatuh cinta… Fahami betul-betul setiap actions dia. And always believe dengan naluri kita. Kalau naluri kita rasa dia tidak cinta, pasti ada kebenarannya, sebab naluri bertindak dari hati dan perasaan kita yang melihat dan merasa keadaan yang sebenar di sekeliling kita. p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“NEXT?!”
I still remember when I was very young tapi gatal nak mengayat awek. Tambah pulak kena pam kat kawan “ayat la… ayat la… Tackle la, mesti dapat kat kau punya!” Kawan-kawan biasa la, dia orang nak tackle sendiri takut. Last-last aku juga yang kena. Dan kita pulak bila kena pam or kena jack up kat member ni, mulai la rasa terer, rasa hensem tak masal! Hahaha 😀 So, biasa lah… Nak memikat tersengih sengsorang, perasan macho, perasan lawa, perasan semua orang nak kat aku, then depan-depan orang ramai tengah beratur nak membayar kat cashier, I pun tegur… ” Hai…” Sekali awek tak layan! Pandang muka pun tak! “HUH!” itu je yang keluar dari mulut dia adoi mak… Koyak beb! Punyalah malu tak tahu mana nak letak muka!! Since that day, memang I jadi takut sangat nak tegur girls… Kena jack macamana pun memang undur diri la. So, setelah I habis belajar dan bertugas di MAS sebagai PSA – (Passenger Services Assistant) I thought I boleh hilang rasa gabra, tetapi tidak! I still fobia nak tackle any girls. But since that I’m working di International airport so I do learn a lot! I tengok overseas people ni very different the way they think and act. Ada one time tu I tengok satu Japanese guy ni, dengan rendah dia, seluar cerut, pakai selipar, dapat berkenalan dengan satu minah orang putih…yang tinggi dan lawa pulak tu. Relek je… Then I tengok satu Philipine guy ni hensem macam melayu punya hensem tapi kulit putih. He’s on transit to L.A, so ada banyak la masa dia nak ngayat pompuan. Then dia gagal tackle dalam 4-5 orang awek dari berbagai bangsa, termasuk lah I punya office mate, semua tak layan!. But he keep on trying menegur dan cuba berbual. Lepas satu-satu hinggalah dia bertemu dengan satu girl ni yang cun jugak la, I think the girl is from Korea. This girl memang dari mula lagi melayan dia. Within few minutes dia dah bawa this girl round satu airport, Wow!! So I wonder la kan, dia tak malu ke berapa kali kena reject, berapa ramai awek yang tak layan dia. When I look at him, setiap kali girl tak layan dia, as if dia berkata “Next…next…next!” Hahaha FUNNY sangat! And then I tell myself why not aku jadi macam this Philipine guy. I don’t see dia rugi apa pun, dan mengapa pula dia nak malu walau berapa ramai awek reject dia kan? Nak malu sebab apa? So, dengan memakai uniform MAS, kot n tie …pakai smart je, setiap hari… bila free je, itu lah kerja I hahaha …menegur girls dari berbagai-bagai kaum… Stewardest pun wa ayat habis, ground hostess pun kena hahaha… Kalau kawan-kawan yang kerja MAS I yang ada kat Facebook ni baca sure dia orang teringat la Razzi “RICO” yang suka mengayat girls kat International Airport dulu wakaka 😀 Well, the truth is I nak atasi rasa fobia I masa remaja dulu. And It works! The progress is : – Nowadays, I can just tegur je sesiapa saja yang I jumpa dimana saja… Tanpa rasa takut atau segan… I akan tegur! Dia layan okay, dia tak layan then I move to the NEXT one! I also tak ada nak berduka atau bersedih “alamak dia tak layan aku la” – “alamak dia tak bagila no handphone dia” …NO! I will not do that. I don’t care one, If I like I will say Hi and talk to her…and ask her number or ask her for a drink. Dia tak nak…NO HAL! If she suka, okay. If tak suka, means I’m not her type la. So go to the NEXT target…hehe, tak perlu nak gusar apa pun. The point that I’m trying to make here is, kita tidak perlu terikat dengan satu orang ituuuuuu je! Kita tidak perlu nak memikat yang satu ituuuu je… dan menunggu dia siang dan malam berbulan-bulan dan bertahun – LASTLY, dia tak nak juga kat kita. Hancur juga harapan… I’ve gone through it before, torture jiwa beb! “Make youselves available to all and any possibilities, until you found THE ONE!” Selagi you tak jumpa selagi itulah you kena go to the NEXT one that available. Jangan terikat dengan satu, konon setia dan apa salahnya memikat lebih pada satu jika kita belum milik sesiapa?…Also, mengapa nak tunggu hingga berzaman? Orang tua-tua pun berpesan, “Jangan tunggu lama-lama beb, nanti lama-lama dia diambil orang” – It’s so true! kita ingat kita tunggu, kita setia… dan dia pun sama, tengok-tengok, dia diambil orang atau orang dah ambil dia. Kita?…MELEPASSS! SO?!… Are you interested? No? …okay. NEXXXXT! 😉 p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip lagi , sila klik www.razzirahman.com Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Love
Negatif itu ‘SYAITAN’
Adakah anda seorang yang berfikiran negatif? Atau sikap anda selalu negatif? Atau kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut manis anda itu bersifat negatif? Well, jika anda selalu positif, Bro Razzi ucapkan Alhamdulillah…BUT, how about you check it out first, who knows… maybe some negative’s vibes is in you! Cuba anda check sekejap, ada tak iblis kecil tengah duk bertenggek di atas bahu anda hingga membuat anda letih untuk bangun? Ada tak syaitan durjana yang sedang menarik telinga anda supaya anda menutup pendengaran anda dari nasihat-nasihat untuk anda bahagia? Ada tak syaitan yang sedang menikam jiwa anda dengan tangannya yang berapi sehingga anda merasa panas je pada setiap orang yang berada di sekeliling anda? Ada tak syaitan yang asyik lepak di atas belakang anda sehingga berat je badan anda lantas, menerima sehaja penyeksaan jiwa? Rela berduka? Ada tak syaitan yang bergayut di kelopak mata anda dan mengaburi penglihatan anda sehingga bertahun-tahun hidup anda masih ditakuk lama? Ada tak iblis-iblis dan jin-jin sedang meeting kat dalam otak anda dengan keputusan mesyuarat itu, “Susah la, tak boleh la… Berat sangat tu, tak boleh. Betul ke? Tak betul la, letihlah, nanti dulu lah.” Jika anda rasa tak ada… Check sekali lagi! Cara nak check, renungkan kembali perangai anda sebelum ini. Ingatkan kembali ayat-ayat anda, perhatikan balik setiap jawapan yang anda beri. Apakah keputusan yang selalu anda ambil… Now, ada tak syaitan-syaitan tu mengerumi anda? Jika ya… Anda tak perlu malu… Anda cuma perlu berubah! BERUBAH kerana kita selalu bercakap berlandas kan agama, tetapi kita mengamalkan sikap syaitan! Negativity ini adalah satu sifat yang didorong dari hasutan syaitan! Ianya juga sifat syaitan yang azali… Jika kita memiliki sifat dan cara pemikiran negatif kita pun lebih kurang adik beradik la dengan setan tu hehehe 😀 Selalunya, orang yang berfikiran negatif adalah mereka yang dari asalnya selalu menghadapi masalah terutama masalah keluarga. Cara mereka dibesarkan juga tanpa cukup kasih sayang. In fact jika sedari kecil lagi tidak diajar berpelukan setiap hari dengan ibubapa, anda juga akan mudah menjadi negatif akibat tidak pernah merasa kasih sayang yang sebenar. Sebaliknya, mereka yang positif adalah mereka yang mempunyai orang-orang di sekelilingnya yang juga sangat positif dari cara pemikiran. Dia juga dibesarkan oleh keluarga yang cemerlang dan berjaya di dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itulah perkara paling utama untuk kita lakukan adalah, Jauhi mereka yang negatif di sekeliling kita, jangan bersama mereka lagi, dan kenali mereka yang positif, rapati mereka yang berjaya! 8 tip penting untuk menjadi lebih positif dan menghampiri kejayaan :- Mulakan hari ini dengan meninggalkan pemikiran dan sikap negatif, tinggalkan sejauh-jauhnya ke belakang! 1. Dari saat ini, mulakan langkah anda ke arah pemikiran positif dan juga berubah kepada kesemua sikap positif. – Feel the different! 2. Setiap kali anda tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak biasa, dari hari ini tukar…lakukan dan jadikan ia biasa. – You’ll find it interesting! 3. Apabila anda membayangkan diri anda akan melakukan sikap negatif, buang gambaran itu cepat dan gambarkan segala-gala yang positif. – You’ll be smiling! 4. Apabila hati anda berkata susah, cepat-cepat anda kata “susah, tetapi boleh dilakukan!” 5. Apabila anda merasa malas di pembaringan, cepat-cepat bangun dan bersenam. 6. Apabila anda merasa takut tak menjadi, gusar tak berjaya, kegelisahan dan kerisauan akan sesuatu hal, tell yourself, “It’s okay, I can do it!” 7. Katalah anda tercakap, atau terjawab perkataan yang negatif, tarik balik kata-kata itu dengan rasa maaf. Anda akan merasa lega dan lapang dada. 8. Setiap kali ada yang menasihat, jangan sesekali menjawab, “Takkk… Bukan macam tu” -Don’t do that, instead… Berikan sedikit masa untuk anda fikirkan nasihat itu dan proses kan dalam jiwa anda seketika. Biarkan ia dalam fikiran anda dan beri peluang untuk anda mencuba. So, the most important thing that we learn today is… DARI NEGATIF, CEPAT-CEPAT TUKAR KEPADA POSITIF – barulah hidup kita lebih bererti dan bahagia. Berfikiran negatif juga PASTI membuat tiada cinta yang mahu mendekati kita kerana negative vibes membebankan jiwa yang menghadapinya. Sebaliknya berfikiran positif, PASTI membuatkan Cinta merasa mudah nak mesra! All the best and good luck! ATTENTIONS : ============= Minggu lepas di facebook, Brother Love page… Bro Razzi sudah mula memberi tip-tip pendek hasil suggestion dari my mentor, Irfan Khairi Since that, I have many tips so I give it a try – Syukur, it looks like ramai yang LIKE it so, I decided untuk teruskan memberi tip-tip cinta ini dan akan memecahkan kepada dua kategori. 1. Tip Memikat & 2. Tip Maintain — Hehe interesting kan? dah pikat, kena tahu maintain laa 😉 Setiap hari…InsyaAllah jika tiada aral melintang… you all akan dapat membaca tip-tip ini, jadi jangan lepaskan peluang ini ya. p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip lagi , sila klik www.razzirahman.com Salam hormat, Razzi Rahman @ Brother Love
Selamat Hari Ulang Tahun ke 4!
Alhamdulillah syukur, dengan berkat dari yang Maha kuasa kita semua masih berinteraktif di Blog Brother Love – www.razzirahman.com – Hari ini 7th september cukuplah 4 tahun kita bersama. Semuga kita akan terus bersama, with many-many years to come! Also, sempena menyambut ulang tahun 4th anniversary ini, Bro Razzi juga menyediakan “Projek Ebook – Koleksi 101 Mutiara Cinta” yang sedang berlangsung sekarang di Brother Love fan page facebook. Projek ini adalah khas untuk anda semua, menjadi penulis bersama di dalam ebook ini yang bakal menjadi milik anda sendiri dengan himpunan karya-karya anda bersama-sama bloggers, fans and friends yang lain. So, what I’m offering…thingS yang anda bakal memenangi :- Buku dari Bro Razzi Ang Pow Raya X3 – RM50 setiap satu Anda sebagai penulis Ebook milik anda sendiri! …and all this are for you guys! 😉 So, – berminat untuk join? sila baca FB notes – klik di sini Dengan ini juga, I umumkan tarikh tutup penyertaan dilanjutkan ke 14th September 2010 – So all the best, and I must say this anniversary celebrations adalah untuk anda, so TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA! 😉 Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com/buku
Cinta yang Merdeka!
“Apakah cinta anda sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?” MERDEKA bermaksud…kebebasan atau lebih tepat lagi, bebas dari dijajah! …Apa yang ingin Bro Razzi perkatakan this time around adalah tentang cinta yang merdeka! Yang mana ianya juga bermaksud :- ~ Cinta yang bebas dari dikawal secara paksa ~ Cinta yang bebas dari dijajah secara mental. ~ Perhubungan cinta tanpa terpaksa merasa risau dicurangi. ~ Perhubungan cinta tanpa rasa takut akan kehilanga orang yang kita sayangi. Jika perhubungan cinta anda tergolong di dalam list di atas, maka you’re the most luckiest person kerana memiliki Cinta yang Merdeka. Actually, syukurlah kerana ramai diantara kita yang sudah pun memiliki pasangan. Namun, cuba lihat semula perhubungan cinta anda. Adakah cinta anda itu sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka? I bet, cukup ramai yang memiliki cinta tetapi cinta yang masih dijajah!! Walaupun sudah sekian lama bersama, anda masih takut, risau, gelisah, dan selalu tertanya-tanya :- Apakah perhubungan anda selamat? Apakah pasangan anda curang? Kemanakah dia pergi semasa aku tiada? Mengapa dia tidak semesra dulu? Mengapa hanya aku sahaja yang beria-ia sekarang? Mengapa dia sudah tidak menelefon seperti masa mula-mula bercinta? Apakah masih ada cinta? Apakah dia masih sayangkan aku? Semua persoalan diatas ini adalah disebabkan anda memiliki cinta yang dijajah secara mentally dan cinta anda masih TIDAK MERDEKA! Kerana, setiap perhubungan yang memiliki cinta yang merdeka, mereka… :- Tidak terfikir pun pasangan mereka akan berlaku curang. Tidak merasa hambar pun di dalam perhubungan. Mereka tidak akan melalui masalah tentang tiada calls, tiada balasan sms. Mereka juga saling merindu walaupun baru sahaja berjumpa. Ingin sangat untuk dating, bertemu, dinner or lunch together setiap masa kalau boleh. Kerana hangatnya cinta, mereka sentiasa berhubung, walau di mana pun berada. Ini memberi makna pasangan itu memiliki cinta yang Merdeka, bukan terjajah dengan berbagai rasa yang mencurigakan hingga pasti menyakitkan hati! SOLUTIONS : Sempena Hari Merdeka esok, please bebaskan diri anda dari dibelenggu di dalam perhubungan cinta yang dijajah secara paksa ini! Minda anda turut dijajah sehingga memaksa anda meninggalkan kehidupan normal anda, menjauhkan diri dari keluarga dan sahabat handai….hanya untuk dia yang langsung tidak menghargai anda! Make your first step today, dengan menerima hakikat yang pasangan anda BUKAN untuk anda dan TIDAK AKAN membahagiakan anda. If not, anda sudah lama Merdeka! Be strong dan KELUAR dari penjajahan ini! Dengan ini juga Bro Razzi ucapkan selamat menyambut, 31 ogos 2010 hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semuga diri kita dan minda kita semua tidak dijajah lagi! 😉 Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Kisah Cinta Razzi : “Doc Nor”
“I rela jadi isteri ke 4 pun…jika lelaki itu seorang Ustaz!” Lebih 10 tahun kata-kata Nor itu, masih segar dalam ingatan ku. Why? Well, keunikan seorang wanita bernama Nor Azlin, yang membuatkan aku agak amazed dengan pendiriannya dalam percintaan, kerana… Cintanya hanya kepada seorang Ulamak atau lelaki yang menyebar agama Islam, atau paling kurang pun seorang ustaz…Lelaki macam aku ni, hmm…tak berpeluang lahhh… 😀 Aku dulu-dulu pulak, ada satu fasa dlm hidup aku ni dimana aku jadi minat kat girl yg bertudung dan berjubah seperti Doc Nor ni…well itulah panggilan yang aku selalu panggil dia. Nor adalah seorang pelajar lepasan dari United Kindom di dalam jurusan kedoktoran. Pulang dia ke tanah air setelah sekian lama menuntut ilmu sepatutnya adalah ntuk berkecimpung di dalam bidang perawatan. Maybe working in a hospital or open up her own clinic. Well, at least that’s what her mother and her beloved father thought. And definitely the whole family wanted. Instead, pulang Nor ke Kota Bharu, bukan untuk menjadi Doktor, tetapi pulang untuk mencari seorang suami yang tinggi ilmu keagamaannya! Well, in a way it is good la kan. Dapat suami yang kuat pegangan agama Islamnya tu, namun caranya yang mahu meninggalkan sepenuhnya segala yang dipelajarinya tu, telah cukup mengecewakan ibu dan bapanya… So, hadirnya aku…yang selalu memberi semangat untuk melihat dia berjaya sebagai seorang Doctor Phd, memberi sedikit sinar kepada keluarganya… Cuma, Doc Nor ni tidak lah lawa, muka dia pun berjerawat penuh both pipi dan dahi, tapi manis tu ada laaa 😛 namun tidak seperti gadis-gadis yang biasa jadi girlfriend aku…tapi entah lah macamana aku nak sangat kat Doc Nor, hinggakan kalau dia nak kahwin dengan aku masa tu pun…sure aku kahwin punya hehe Tapi…. Dengan tak lawanya, dengan jerawatnya, dengan tudung labuhnya, jubahnya tu… Dia boleh tak nak terima cinta aku, adoi! Hahaha…I was rejected babe! Semuanya kerana rasa cintanya, dan suami impiannya hanyalah seseorang yang punya ilmu agama islam yang tinggi, paling kurang guru agama, or ustaz… ========================== AKU INGAT LAGI 1st TIME DATE ========================== Nak tahu mana kami date? Huhu…dia ajak aku pergi dengar ceramah agama oleh Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz. Wahhh!!… Not my first time to go. I’ve been to many ceramah agama by Tok Guru Nik Aziz, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din dan sebagainya. BUT to go with a girl that I’m interested with, that’s the first! So, okaylah aku layankan je…so we went to the ceramah place…kebetulan, masa tu Tok Guru pun baru sampai…and you know what the funny part, kami bersama-sama kebetulan berada di antara arah stage dengan arah Tok Guru berjalan ke stage, so kami dapat melihat beliau dengan dekat…dan masa ni aku dapat melihat muka Doc Nor yang berseri-seri, tersengih-sengih macam tengah tengok Faizal Tahir merapati dia atau Annuar Zain tersenyum kat dia!! Hahaha 😆 Then dalam masa tu dia sempat berkata, “Alangkah bahagianya jika I dapat kahwin dengan dia!” “Whaaaaat??!…” Aku kebingungan sepanjang ceramah malam itu. I said to her later on “Tok guru tu kan dah tua, dah ada isteri lagi… Why you sanggup jadi isteri dia?” Jawab Doc Nor kat aku, “I ni Razzi, I nak masuk syurga…nak dipayungkan dengan payung emas di akhirat nanti, dikurniakan pahala dan darjah kebesaran sebagai isteri kepada penyebar ilmu dan pejuang agama Islam!” “Ooookay…” then terdiam terus aku malam tu. After that night, I know for sure that she’s not playing. She do really want to marry seorang ustaz atau pendakwah agama! Lagi banyak perbualan kami, lagi banyak kami bergayut kat phone, tak ada benda lain yang diperbualkan oleh Doc Nor…hanya duduk angau kat Tok Guru Nik Aziz. Lama-kelamaan perasaan aku yang ingin jadikan dia girlfriend aku, pudar. Well, maybe sebab aku mulai realised that aku memang tidak minat kepada ketrampilannya, malah caranya juga sudah mulai membosankan aku. Selama ini, mungkin sebab aku kesunyian agaknya… Somehow, setelah keluarganya makin berduka…ibunya menangis siang dan malam mengenangkan anaknya yang langsung tidak meghiraukan keluarga, aku terfikir untuk give it a last try. Tapi bukan untuk memenangi cintanya tetapi, at least menyedarkan dia yang dia boleh mencari a right person for her. Finally, she listen to me…nasib baik! So, dia mulai sedar…since then, dia sudah tidak crazy for Tok Guru anymore, but instead dia dah jatuh cinta pada seorang penceramah di masjid-masjid pulak dahhh… giler kat Ustaz Ali pulak. Kebetulan Ustaz Ali ni sudah mempunyai 2 orang isteri. So, tambah suka dia….berduka lah lagi ibu dan bapanya apabila mengetahui yang dia sanggup menjadi isteri ke 3. At this time, aku dah tak kisah dah dengan dia yang nak rampas kasih dan sayang wanita lain dari suaminya mereka. Aku dah tak heran dengan perangai dia yang tidak memikirkan hati isteri-isteri itu yang terpaksa berkongsi suami dengan dia pulak…Yang aku kisahkan adalah…masa depan dia. Sebab, ustaz Ali ni tak ada kerja pun. Anak ada 7 orang, isteri ada 2 orang, kerja tak ada, hanya mendapat elaun sebagai penceramah sahaja…you know what she said to me? “I hanya nak dia berikan I nasi 1 bungkus setiap hari pun dah cukup…apa yang penting I dapat menjadi isteri seorang pejuang Islam!” “Bagaimana pula hati isteri-isteri dia nanti? Itu you tak fikir? Betapa you dah hancurkan hati mereka, betapa kecewanya mereka bila seorang wanita lain datang merampas suami mereka?!” tanya aku pula… “Mereka kena terima hakikat dan bersyukur…kerana membenarkan suami kahwin adalah satu pahala besar…” “Ooo…you mean, now you kahwin jadi isteri no 3, you akan beri suami you kahwin lagi sorang la? You akan happy for him and for you dengan kehidupan yang daif?…then tambah isteri sorang lagi? babies lagi nanti?!” “Yes, I am!” jawabnya dengan angkuh. “Habis tu, esok-esok kalau anak-anak dia sakit demam, siapa yang nak biayai rawatan? Kalau isteri yang lain sakit…you yang nak ubati mereka? …at least you nak jadi isteri no 3 sekali pun, janganlah tinggalkan profesion you…be a doctor first!” “Ahh…sudahlah you don’t understand, you takkan faham punya!” The minute she said that, aku dah tahu nothing that can change her mind. In a way aku kesihan kan dia kerana dia tidak nampak betapa hidup