“Kesiannnnnn…wanita!”

“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!” Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa? “Kesiannn…” Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata? “Kesiannn…” Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata… “Kesiannn…” Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang… “Kesiannn…” Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” – anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda, “Kesiannnnnn!” KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG! You see…oleh kerana lelaki tahu akan kelemahan wanita inilah, semua situasi di atas dan banyak lagi situasi-situasi lain digunakan oleh lelaki dengan sengaja…inilah CARA menggoda wanita dengan mendapat belas kasihan dari mereka. This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn” Sebenarnya, Bro Razzi sendiri sudah berkali-kali cuba selamatkan wanita dari terjerat dengan manis mulut lelaki. Tetapi, kebanyakan wanita at this level. KERANA CINTA, it clouds their judgement. So, at this time kita cakap apa pun wanita tidak akan dengar. Frust! ================================== Let me tell you a story, Satu kisah benar : ================================== Girl ni I gelarkan dia, Z lah. Z ni, very modern girl, outstanding, berkerjaya tinggi, higher educations, ayu dan cantik. Kalau dia nak kat I pun I nak kat dia hahaha…Lawa! Baik pulak tu… The problem is, umur dia sudah lebih sedikit…going to be 30 tetapi masih single. Which is to me, that’s not really a problem. The real problem is….Z terlalu baik!! Sebabkan terlalu baik itulah, dan kononnya setia kepada boyfriend dia itulah…dia masih menunggu boyfriend yang berjanji nak kahwin ni dari 8 tahun dahulu lagi! You see, how many years that she have lost? All her youth…hilang, all her beauty gone…just because??…. “Kesiannnn” KASIHAN Z! Kerana sifat dia yang terlalu baik, kelemahan dia yang cepat kesiankan orang, Z sendiri yang merana….On top of that, why Z minta pertolongan dari saya? Kerana sudah 4 kali tangkap boyfriend dia tu curang! Kali ke 4, baru nak cari pertolongan? Dan masih cakap, “Tak apa sekali lagi dia buat baru I betul-betul tidak terima dia lagi!” Hello?! Maknanya, balak dia tu…boleh curang untuk kali ke 5 lah kan? Adoi….nak jadi pemaaf pun, sekali sudah lah. Second time, curang jugak tu, time to get off!! You all boleh imagine tak? Boyfriend dia curang, dia dapat tahu or dia tangkap…and then marah sekejap, and lelaki tu kata, “I lonely, I frust you tak ada…sorry I tak buat lagi” ….bammm! “Okay sayang, sayang jangan buat lagi ya…” Z punya jawab, adoi! 😆 I tanya dia why you maafkan dia? “Dia orang kampung Razzi, KFC pun dia tak kenal, Mac Donald pun tak pernah masuk…kesiannn kat dia. Dia sorang-sorang je kat KL ni” Kemudian, the last time mamat ni curang, the 4th time tu kan. I’m very sure at this time…mamat ni dah terer, dah 8 tahun hidup di KL. So, bila kantoi kali ke 4… dia boleh buat-buat, “I confused sebenarnya, sebab bukan I yang nak kat girl tu…girl tu yang duk pujuk-pujuk I, girl tu yang duk layan I, I tak nak kat dia…saja je gi keluar makan dan tengok wayang as friend” Tapi why kantoi kat rumah? Sebab lu confused? Sebab kepala bawah tak ada otak? Hahaha… adoi! TAPI yang paling KASIHAN WANITA YANG BERNAMA Z ….jumpa I nak minta tolong masalah cinta…BUKAN  kerana balak dia yang sudah 4 kali kantoi, tetapi kerana nak tahu bagaimana nak handle minah yang kacau balak dia! Mak ai…itu masalah yang dia nampak? Dia tak salahkan boyfriend dia pun! The girl yang mengayat balak dia yang dipersalahkan. Kesian Z, she’s so naive! Hidup dalam kepura-puraan, in denial. Dia tidak mahu menerima yang boyfriend dia ni JAHAT, PENYANGAK, KAKI POMPUAN! So, wanita sebegini…sebenarnya terlalu ego dan sudah tidak dapat ditolong lagi. Berkali-kali dicurangi, dibohongi tetapi masih menerima lelaki yang tidak seberapa mana tu pun. Bukan hensem, bukan kaya, bukan baik… ALL hanya kerana boyfriend dia ni pandai berlakon innocent. Depan dia macam budak baik yang tak pernah keluar rumah! At the end of kisah Z ni, I did give a great advise yang I rasa ramai yang telah I bantu dan berjaya. Caranya, simple je. Seperti dalam buku terbaru I 101 nota Mencari Cinta tu, yang ramai girl kat sini dah ada tu. Rujuk balik!! I minta dia jadi WANITA MAHAL. Mahal dalam semua segi, no calls, no sms, for few days, avoid dari jumpa dia, avoid menolong dia, avoid bagi pinjam duit, avoid semua! Biar dia yang call, tu pun jangan angkat dulu. Leave him for a week at least! And he will come to you…he will menyerah kat you, kalau dia betul-betul sayangkan you dia akan sujud you I’m very sure.  Percayalah! Jika dia tak datang, maknanya dia bukan lelaki untuk you, dan dia bukan nak kat you sangat. So, move on! Tinggalkan kehidupan you dengan dia. Then dia tanya I, nak mahal sampai bila?… I jawab, jadi MAHAL sampai bila-bila! “Eh takkan macam tu Razzi, kesian la kat dia!” – You all tengok jawapan dia…adoi, sibuk fikirkan orang, diri sendiri merana sampai dah nak masuk 30, tak fikir langsung. At last dia buat exactly macam I suggested…and you know what, hanya dalam 1 hari… mamat tu memang datang menyerah kat dia

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum…warga cinta, fans Brother Love, tema-teman dan sahabat handai. Di kesempatan ini, dengan rasa terharu dan penuh gembira, Bro Razzi ingin mengucapkan pada semua, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA dan juga SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semuga setiap amalan dan ibadah yang kita usahakan diterima dan diberkati Allah s.w.t. As usual, I ni tak suka nak berpesan bab agama ni, jauh sekali nak menegur jangan itu dan ini kerana, kita semua dah besar panjang belaka, dan tahu baik dan buruk. Sebagai umat Islam, kita juga tahu kewajipan kita, kita juga sangat tahu apa yang halal dan apa yang haram… So, I believes all of us can handle those things. Teringat kata-kata  Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, kata beliau… “Kita kena berjalan sama-sama… dunia dan akhirat kita kena selaras!” So, what we can understand here is ~ Tanggungjawab Akhirat kita wajib utamakan, namun jangan pula kebahagiaan, kasih dan sayang berkeluarga serta tanggungjawab dunia kita lupakan… Till next time, Salam Sejahtera Cinta dari saya… Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com p.s. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan HALAL GELATIN, sila klik di sini

Peluang 1/10…

Selalu kita tengok movie, especially murder movie or war movie, or even cerita cowboy… dalam movie tu selalu mempunyai 1 scene dimana di waktu genting tu, the hero hanya ada the LAST BULLET kan? And then movie tu akan tunjuk muka masing-masing cemas, sebab, kalau peluru terakhir itu miss, habislah peluang. Matilah harapan! Hehe…Or kadang-kadang they show they have the LAST CHANCE, kalau melepas…mereka akan mati! DAN selalunya, 1 peluru itu atau 1 peluang terakhir itu akan mengena yang jahat dan hero menang! TAPI itu happen only in the MOVIES!! 😉 In a real life, untuk dapat Peluang ‘last bullet’ itu pun belum tentu kita dapat! Untuk mendapat peluang terakhir pun, susah! Malah peluang yang hadir tu pun jauh lagi untuk kita berjaya walau jika kita dapat melepasinya! And I call this PELUANG 1/10. Yeeaaaup!… LIFE’S SUCKS!! But like in the Karate Kid movie, Mr Han says to Dre, “You taught me very important lesson, Life will knock us down, but we can CHOOSE whether or not to stand back up.” Apa yang penting to me here adalah kita punya peluang untuk memilih! … Kita boleh pilih untuk terus berduka kerana frust dalam cinta. Kita boleh pilih untuk terus menangis dengan kehilangan something or someone Kita boleh pilih frust, marah, geram dengan orang yang kecewakan kita dalam apa perkara jua… OR… Kita boleh sayangi diri kita lebih dari segala-galanya. Kita boleh keep moving forward, walau berapa kali kita ‘rebah’ Kita boleh kenang kekalahan lalu apabila kita sudah berjaya Paling best, kita terus bergembira, enjoy life, make the best and the fullest happiness of our lifes in anything that we love to do! So, which one is your choice? CHOOSE! You see…Peluang 1/10 come and go…peluang untuk merasa gembira, come and go, merasa bahagia sekejap…and then surely rasa frust dan kecewa. Thats to balance this universe. Yang penting…WE GRAB ANY CHANCES THAT COMES ALONG… GRAB IT! Sure you all akan cakap, takkan nak pilih gitu je, kena tengok dulu, kena rasa dulu, kena fikir dulu. Well, DO THAT! …tapi janganlah sampai lama sangat hingga terlepas peluang depan mata! I know, It’s hard… It’s tough tapi kita harus menempuhinya dengan tabah untuk merelakan diri kita MEMBUAT PILIHAN PADA PELUANG ITU… Apabila you mendapat peluang apa saja, peluang bercinta ke, berkenalan ke, berkawan ke, FEEL it…suka atau tidak…Kalau rasa suka, then THINK all the hassles, then you still rasa suka?, well Grab the chance babe. Jangan tunggu-tunggu lagi. Kita jangan sesekali membiarkan sahaja peluang 1/10 yang hadir berlalu begitu saja. “We’ll never know which is good which is bad… who is the best? And who is worst? What we can do is, just have to give it a try! IT’S OKAY TO MAKE MISTAKES 😉  ============================================ Di sini, I want to again congratulate to all the contestant for the Best Personality Contest yang I baru sahaja habis jalankan. 76 peserta dan 24 orang pemenang! Wow…what a big contest kan… To me, anda semua adalah pemenang! Kerana anda tidak melepaskan peluang 1/10 itu. Apabila anda sudah mencuba…sekurang-kurangnya ANDA TAHU what it’s like… dan Pengalaman itu lah HADIAH PALING MAHAL! So that part, I do really enjoy it. I hope you all pun sama. p.s  Kepada yang terlepas peluang untuk mencuba, Bro Razzi & Team RRP sedang menjalankan satu lagi contest yang lebih besar dan mencabar, it’s for my Pagi Band. “Pencarian Bakat Baru Video Clip Kerana” Like I said, we will never know until we try so, percubaan itu sudah satu kemenangan! How about, you all give it a try in this search pula? 😉 KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT… Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

FINAL RESULT “Best Personality Contest!”

Let me start by saying… CONGRATULATIONS TO ALL WINNERS & CONTESTANTS! Terimakasih kepada semua yang telah menyertai Best Personality Contest! “Saya, Razzi Rahman @ Brother love, Pengarah Syarikat Razzi Rahman Productions sangat menghargai dan merasa bangga dengan anda semua kerana telah memberi sepenuh keyakinan dalam menyahut cabaran dari kami Team RRP…Semuga we had fun, enjoy ourselves serta bertemu lagi di dalam projek akan datang yang lebih besar! ;)” 76 Peserta yang telah menyertai pertandingan ini di facebook. Di bawah ini adalah Final Result : Keputusan adalah muktamad! ================== TOP 3 – FINAL RESULT ================== 01. Ken – 990 02. Aida Cutes – 920 03. Fina Sophie – 851 =================== TOP 21 – FINAL RESULT =================== 04. Azah Awin – 565 05. Aziani Salam – 540 06. Nora Miera – 412 07. Zana Kimi – 375 08. Azyan Syazwani – 371 09. Za Altera – 315 10. Lien Da – 239 11. Ida Syarina – 230 12. Masshiatanor – 183 13. Zuwaina Hamid – 177 14. Azatul Shima -148 15. Rozieta Ramly – 138 16. Nurul Hidayatul – 131 17. Isnawati Is – 125 18. Siti Zaliha – 120 19. Dylla Dyannz – 109 20. Najihah Nazima – 91 21. Morlee – 90 22. Zaleha @ Zaza – 89 23. Nurfatihah – 88 24. Nur’aainaa – 88 ====================================== Nama anda tersenarai sebagai pemenang? TAHNIAH! ====================================== Persaingan sangat rapat di antara peserta-peserta semua, jadi bagi kami… menang kalah adalah adat permainan. Apabila sudah mencuba, itu sudah satu kemenangan…satu kemajuan pada diri kita sendiri. Yang penting kita mencuba dan enjoy with it. Tapi kenalah jujur dan ikhlas baru best kan. Kami Team RRP juga turut berbangga kerana dapat bersama-sama anda semua menjayakan contest ini. Jumpa sekarang pula di “Pencarian Bakat Baru Video Clip KERANA” klik di sini : http://www.facebook.com/pagifb p.s : Semua hadiah akan diberi bermula pada Friday 6th August. Email akan dihantar kepada semua pemenang untuk maklumat lanjut Yang Bertugas, Admin PersonnelTeam Razzi Rahman productions.

“Best Personality Contest!”

~ PELUANG MEMENANGI HADIAH-HADIAH ISTIMEWA YANG BERNILAI LEBIH RM1000!! ~ YES!…tiba pula giliran Bro Razzi kembali mengadakan contest. Before this berbagai-bagai pertandingan telah dijalankan, “Mencari Cinta Contest” – “Best Comment Contest” – KINI…TERBARU…Contest yang yang paling SIMPLE, SAVE dan SENANG! “Best Personality Contest” Why Personality contest? Sebab di dalam buku & ebuku saya juga, saya selalu menitik beratkan soal Personaliti yang baik dan mesti suka membantu dengan hati yang ikhlas. Kerana, ia amat penting! Ianya pasti akan membuatkan anda disukai ramai, mudah memiliki cinta dan senang di sayangi… Personaliti yang baik juga merangkumi cara berpakaian, corak penampilan dan pandai bergaul. Jadi di sini, BUKAN tua atau muda, BUKAN paras rupa, mahu pun bentuk tubuh yang menjadi ukuran, tetapi PERSONALITI anda! SIMPLE – Contest ini Simple sebab anda tidak perlu kemana-mana, tidak perlu mencipta apa-apa atau melukis mahu pun menukar apa-apa…NO NEED! Just show personaliti anda yang terbaik;) SAVE – Contest ini Save kerana anda cuma menggunakan DIRI ANDA, HATI ANDA & KEBAIKAN ANDA sendiri, so save money, save time! SENANG – Contest ini juga sangat senang kerana anda cuma perlu tunjukkan gambar anda dengan imej penampilan anda yang terbaik. Promote yourself, ramai orang suka, friends pun semua suka, anda menang! THAT’S IT! Hanya 3 EASY STEPS Untuk Menyertai : Step 1. Emailkan  ke admin@razzirahman.com 3 keping GAMBAR anda yang terbaik dengan imej serta gaya penampilan anda yang terhebat. Sertakan bersama maklumat peribadi anda (Nama penuh, nombor telefon dan alamat penghantaran). Step 2. Setelah gambar anda disahkan ASLI serta Facebook Profile anda juga REAL,  Team Razzi Rahman akan memuat naik gambar anda ke album “Best Personality Contest”, then anda boleh SHARE kan gambar terbaik anda dengan kawan-kawan anda dan facebook komuniti. step 3. Di sini faktor dalaman anda bisa mempengaruhi keperibadian anda! Kepandaian anda bergaul dan bijak mengambil hati kawan-kawan anda serta orang ramai, menjadi ukuran untuk anda mendapatkan undian gambar ‘LIKE’ yang tertinggi. Tag all of your friends if you want to 😉 — Invite dan share your picture with anyone on facebook! IMPORTANT TIPS : Tidak semesti anda kena mempunyai wajah yang lawa atau hensem, tidak perlu body yang sexy, atau tinggi macam model, TIDAK PERLU kulit muda yang putih merah, gebu, cerah, NO! BEST PERSONALITY IS ABOUT BE THE BEST OF YOU …Be Confident by showing your great image, best appearance, dan be kind to people, sehingga ramai yang suka pada anda. Pasti anda akan mendapat perhatian ramai untuk memilih anda sebagai pemenang. Tarikh tutup: 2 Ogos 2010! (Tertakluk kepada pindaan) SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Peraduan ini terbuka kepada semua lelaki dan wanita, TANPA HAD UMUR 😉 Peserta yang mendapat LIKE yang tertinggi akan memenangi “BEST PERSONALITY CONTEST” seterusnya layak untuk menerima hadiah yang bernilai RM1000!! WOW!!…jika tidak menang don’t worry, ada 20 hadiah saguhati menanti anda! 2. TIGA  keping gambar penyertaan hendaklah dihantarkan ke admin@razzirahman.com dengan tajuk “Best Personality Contest” …nyatakan gambar mana antara 3 yang anda mahu kami tampilkan. Serta tuliskan sepatah dua kata – Promo anda atau Mutiara kata anda atau apa sahaja yang anda mahu katakan untuk menarik perhatian ramai. 3. Bersama gambar tadi, sertakan maklumat peribadi anda (nama penuh, nombor telefon dan alamat penghantaran) sebelum 2 Ogos 2010. Semua penyertaan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan. 4. Hanya 1 penyertaan dibenarkan setiap seorang. Penyertaan yang lebih dari 1 tidak akan dikira. 5.  Contest ini diadakan khas untuk fan Brother Love di FACEBOOK PAGE. To join, to Like or to Comment anda hendaklah click LIKE di Brother Love page terlebih dahulu sekiranya belum berbuat demikian. Kemudian, barulah semua functions are available. 6.  Pemenang akan dipilih mengikut juri awam, iaitu semua fan and your friends serta facebook komuniti. Apabila tamat tarikh pertandingan, keputusan undian gambar yang mempunyai ‘LIKE’ tertinggi akan dikira menang! Begitu juga 20 pemenang saguhati. JADI, ajaklah seberapa ramai kawan-kawan anda untuk mengundi anda! 7. Team Razzi Rahman Productions berhak untuk meminda, mengubah, memanjangkan masa pertandingan atau menamatkan contest ini pada bila-bila masa sahaja yang difikirkan perlu. Tiada notis awal akan diberi. 8. Waktu penghantaran hadiah pertandingan ini akan diberitahu kelak, melalui page Brother Love, selepas pemenang diumumkan. 9. Pihak syarikat Razzi Rahman Productions berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis pemberitahuan. Semua hadiah tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai. 10. Dengan anda menyertai pertandingan ini, bermakna anda telah bersetuju, Team Razzi Rahman Productions berhak untuk memaparkan nama dan gambar-gambar anda sebagai peserta atau pun pemenang pada bila-bila masa sahaja. Anda juga bersetuju dan mematuhi semua peraturan dan keputusan yang telah ditetapkan. HADIAH-HADIAH! :- 1x Hadiah Utama – Pemenang yang mendapat undian facebook LIKE tertinggi akan memenangi :- 3 ebooks koleksi mencari cinta 2 buku – Kamus Cinta & 101 Nota Mencari Cinta 7 lagu dari album RR&Ik 3 single terbaru (belum release) – termasuk “NOTA CINTA” – Be the first to hear! 24 jam chat tentang cinta bersama your Personal Brother Love (Book your time as you pleased) Cash money – RM200 – “Shops for your nice outfit ya! hehe 😉 “ VALUED AT RM1000! 20x Hadiah Saguhati – Pemenang yang mendapat undian facebook LIKE melebihi 50 like in total :- 3 ebooks koleksi mencari cinta 1 buku 101 Nota Mencari Cinta 7 lagu dari album RR&IK 1 single terbaru (belum release) – “NOTA CINTA” – Be the first to hear! VALUED AT RM150 SERTAI SEKARANG!! Yang Bertugas, Admin PersonnelTeam Razzi Rahman productions. Untuk sebarang pertanyaan sila email : admin@razzirahman.com

“Hoi..Hoi!!”

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh, “Bahasa menunjukkan Bangsa tau” Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa… Bangsa kurang ajar – “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!” Bangsa sombong – “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau” Bangsa suka menghina – “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa” Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa  baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus… So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang Bro Razzi perkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb! Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb 😉 Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je,  tahan lah ya.” – tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu… BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan. You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita. Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke? Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana? Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan. Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana Bro Razzi katakan, jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita! You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul. Like I said, “First Impression, Last!” – maknanya, Pandang Pertama itulah yg akan diingati sampai bila-bila. – Dari jauh kita lihat cara penampilan dia…pakaiannya yang smart dan sopan. Lalu terdetik di hati… wow, lawanya or hensemnya dia…So dari cara berpakaian dan penampilan membuatkan seseorang tertarik pada kita dari jauh. Kemudian apabila berdepan, cara pergaulan dan pertuturan serta bahasa yang kita gunakan yang menambat hati dia pula. Di sini faktor dalaman kita mempengaruhi kepandaian kita bertutur dan bergaul serta bijak mengambil hati kawan-kawan dan orang ramai. Dari sinilah ianya menjadi ukuran orang-orang di sekeliling kita, adakah kita boleh menjadi seorang yang mempunya Personaliti yang terbaik menarik dan diingati forever! ============================================ Now, artikel Bro Razzi kali ini tersangat penting untuk you all fahami kerana, pada hari Isnin ini, akan bermulanya satu cabaran buat you all, untuk menjadi seorang yang memiliki personaliti TERBAIK! Amacam? Boleh buat tak? Hehe… Kali ini, bukan pop kuiz kecil-kecil yang seperti pernah dibuat sebelum ini ya, kali ini Bro Razzi akan adakan satu cabaran hebat, satu pertandingan besar yang boleh you all menangi dengan menampilkan personaliti terbaik dari anda. “Ganjarannya? Hadiah-hadiah istimewa bernilai RM1000 bakal dimenangi! Interesting?!” Hehe… 😀 ~~~~~~~~~~~~~~~ Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa untuk tune in to Brother Love page this monday morning okay. Good Luck! http://www.facebook.com/brolover Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Sejarah Berulang…

istory is for us to learn from it not to forget about it! Apabila bercakap tentang sejarah, I can just menggeleng kepala and smiles sebab… terlalu banyak sejarah pahit dan manis yang dilalui…sehingga membawa I ke sini hari ini. So many, kenangan terindah dan mistakes too… Minggu ini, sejarah lalu berulang kembali, itulah yang I dapat katakan. Two kind of experiences and beauty history around me…Sejarah yang cukup indah dan juga yang amat menyedihkan. I’m pretty sure all of us pernah lalui kedua-dua sejarah ini. Sejarah yang indah… Well, eventhough each of us are belong to someone and somewhere, we do really enjoy to be in contact again. Mendengar suaranya pun sudah cukup menggembirakan. Apatah lagi dapat bermesej dan berbual walau hanya seketika. Di hujung-hujung kemanjaan suaranya dapat dirasakan yang dia bahagia. Well, that’s good enough for me, walaupun tidak dapat bersamanya. Kerana sejarah will always be sejarah…yang berulang, pastinya rasa kasih dan rindu yang melantun di kalbu…Yes, I do miss you! Sejarah yang menyedihkan… Cukup sedih apabila my dearly friend, a girl, dikecewakan kekasihnya sekali lagi. Sejarah pahit berulang kembali dalam hidupnya. Frust juga I sebagai kawan dia, yang selalu berpesan padanya agar berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga… Tengok-tengok, terkena lagi…Bro Razzi yang telah dapat membantu ramai pasangan, dapat menaikkan semula semangat mereka yang putus asa dengan cinta, and as Brother Love yang telah menemukan ramai jodoh…tak terbantu kawan baik sendiri kerana, ingatkan dia sudah belajar dari kesilapan lalu… aduuuhhh! One thing about my friend ni yang I cukup faham…she always have her own opinion dan suka menegur. Well, as for me I understand tetapi kekasih dia? For sure bengkak punya… Kerana, kadang-kadang tu kita tidak dapat mengelak, rutin kita sudah sebegitu. Bukan kita mahu menyusahkan pasangan kita, bukan kita sengaja tidak bersetuju dengannya, bukan saja-saja membangkang dan memberi pendapat sendiri tetapi, it just the way we are. Mungkin kerana itu dia menjadi rimas, dan sudah tidak mahu lagi meneruskan perhubungan yang terbina. Lantas mencari berbagai alasan untuk berpisah… Dua sejarah yang berulang, within same week… happy and sad mixed up! You see, when we reached at this finish line…apa yang kita perlu sedar adalah, kita adalah kita…dan kita seharusnya menyayangi diri kita lebih lagi tanpa mengharapkan pada orang lain. As long as ianya menggembirakan KITA. Yes, go ahead! Jika ia mengecewakan kita, YES it hurts, tetapi it will heal. As usual… “TIADA KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN…TIADA KEBAHAGIAAN TANPA KEKECEWAAN!” Kekecewaan membuatkan anda lebih menghargai sesebuah perhubungan. Kegagalan membuatkan anda lebih tabah menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi, melepasi alam percintaan dan memasuki alam perkahwinan. Jika tiada kegagalan dan kekecewaan ini, perkahwinan anda nanti mungkin tidak akan bertahan lama, kerana anda dan dia tidak begitu menghargainya. Kepada kedua-dua sejarah yang berulang ini… I’m happy to be around both of you forever and ever, because I’m always loves you 😉 p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut kesemua buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik di sini Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Telinga TOOL Cinta

Yup! Telinga adalah satu equiptment yang sangat penting di dalam memiliki sebuah cinta. Hehe…bukan kerat telinga tu and then gunakan dia untuk memikat cinta ya, hahaha…belum terputus telinga tu you all dah meraung, menangis kesakitan dah 😀 Maksud Bro Razzi adalah, gunakan telinga betul-betul untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh dia yang anda ingin miliki. To win love, that’s all it take! LISTEN!… You see, perhubungan yang berjaya dengan cinta sejati… adalah bermula dari sebuah PERBUALAN. Capaikannya dengan 3 steps :- Dengar betul-betul apa yang diperbualkan, kemudian ambil berat tentang cerita yang diceritakan, dan sokong emosi dia…. Bamm!!  He OR She is yours! 😉Selalunya, apabila lelaki dan wanita bertemu… mereka akan mulai menyukai each other apabila setiap kata-kata antara satu sama lain, cukup menghiburkan dan sangat selesa di DENGAR! But, IF dari awal lagi perbualan you all, boring…borak punya borak sakit je telinga nak dengar, “Alamak minah ni bosan laa…cakap cam bagus je” “Eh eleh mamat ni…asyik cakap pasal sukan je, asyik cakap pasal dia je boring aarrr!!” “Entah apa yang dia cakap, aku tak faham sikit pun…” HADOO!! telinga pun naik letih nak buka…at the end of the day, you akan lalui saat yang sangat  menjengkelkan. My advise, belah lah beb! 😀 Jika tidak you terpaksa suka apa yang you benci, you terpaksa berpura-pura minat kat dia, untuk memilikinya. Sampai satu masa you akan rasa rimas dan marah dengan diri sendiri…lastly benci dengan dia tanpa sebab! So gals and guys, Listen! Listen carefully the conversations that you’re having. Actually, the first few lines tu you all dah dapat rasa dah… dia ni best atau boring to listen to. REMINDER : JANGAN tertipu dengan wajah dia, perangai dia, tingkah dia yang cute, funny, mencuit hati anda, NO! DENGAR dulu apa yang dia bakal perkatakan. Then baru decide if he or she’s the one for you. Selagi tak dengar, tak duduk berbual, tidak berdepan dan mendengar kata-katanya… JANGAN buat keputusan dulu! “Ya aku suka dia ni!” ← Ini adalah selepas you gunakan TELINGA you sebagai TOOLS untuk tahu adakah dia yang you bakal CINTA! “Pernahkah anda betul-betul gunakan telinga anda sebagai kelengkapan yang sangat penting dalam mencari cinta?!…”  p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik –> https://www.razzirahman.com/buku Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Nota Cinta 20 – Kegagalan dalam cinta

Artikel di petik dari buku terbaru saya – 101 Nota Mencari Cinta – Untuk Wanita. Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan… Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa… “Buang tabiat ke bro Razzi ni suruh kita anggap kekecewaan dan kegagalan di dalam cinta itu anugerah?” Tip brother love : Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain… Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?! “Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru 😉 ” Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!… “Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me! Jadi, Bro Razzi juga percaya…untuk you all, it will be the same! Dan memang banyak kali I sebutkan perkara ini, in my blog, my book and ebook… “kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! 😉 p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik –> https://www.razzirahman.com/buku Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Video Nota Cinta

Salam you all…. Apa khabar hari ini? Bro Razzi ni tengah selesema semasa menulis note ini. Saja teringat kat you all yang selalu drop by kat sini, so ingat nak remind for those yang belum menonton video-video Nota Cinta Brother Love, bolehlah menontonnya. Setiap minggu saya akan uploadkan video nota cinta yang memberi cara-cara saya handling relationship saya, also some tips yang interesting that maybe you all can do the same. Okey, untuk menonton kesemua video nota cinta, klik link di bawah ini :- http://www.youtube.com/brotherlovetv Bro Razzi juga mempunyai page Brother Love di facebook, di sini saya selalu membincangkan topik pendek, pastinya tentang cinta. Here…you’ll get my answer almost instantly hehe cepatlaa sikit. Also video nota cinta will be showing here every week. Pastinya saya juga mempunyai akaun peribadi yang KHAS untuk friends… Jadi, kepada you all yang mahu mengenali bro Razzi dengan lebih rapat lagi…nak tengok gambar-gambar saya dari dulu hingga sekarang, private untuk friends only. Or nak berinteraksi secara terus…well senang je, just be my friend di facebook. “Dalam request please letak RR fan” Ok? 🙂 ready? go here http://www.facebook.com/razzirahman Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor