Kisah Cinta Burung Phoenix

Banyak kisah mistik yang cukup menarik tentang burung Phoenix. Dengarnya, bulu burung ini sangat cantik dan berwarna-warni tetapi rupa parasnya amat menggerunkan! Ada yang mengatakan burung ini boleh hidup hingga 1000 tahun lamanya. Ada juga yang kata apabila ia tua, ia akan terbakar dan kembali hidup semula di dalam telur dan sarangnya akan dibakar api yang sangat panas untuk menetaskan telur itu. You know, all kind of stories was told in many mythological creatures books dan juga berbagai-bagai jenis novel, movie, even lagu-lagu. But, kisah yang paling menarik bagi I adalah kisah cinta Burung Phoenix yang diceritakan oleh Brother Love, nak dengar? Kikiki 😆 Kisahnya bermula begini… Kesunyian Puteri Burung Phoenix yang tinggal jauh tinggi di langit Firdausi telah membuatkan dirinya bosan dengan alam mistikalnya. Kegelisahannya telah memberanikan dirinya untuk cuba-cuba menjenguk ke lapisan-lapisan langit di bawah. Perasaan ingin tahu nya memberontak untuk turun ke dunia nyata. Suatu hari,  nun jauh di bawah lapisan langit, si Puteri telah ternampak seekor burung helang yang terbang dengan begitu tegap dan mantap sekali, membuatkan hatinya tiba-tiba terus saja terpikat. Jiwanya begitu meronta kegembiraan dan amat teruja untuk mengenali si burung helang yang kelihatan gagah perkasa. Terbanglah ia dengan begitu laju turun ke bumi menghampiri helang itu. Malangnya, sesampai saja ia mendekati helang itu, tiba-tiba kelihatan pasangan kekasihnya telah muncul dari sebelah sana dan terbang bersama penuh mesra. Sepanjang hayat Puteri Burung Phoenix, ia tidak pernah sekali pun merasa kecewa. Malah ia tidak tahu pun bagaimana perasaan kecewa. Namun, peristiwa ini telah membuatkan dia merasa tersangat kecewa dan hampa…satu perasaan yang sangat asing baginya. Tiba-tiba, dengan hati dan jiwanya yang parah… Puteri Burung Phoenix merasa tersangat panas dari dalam badannya, bahangnya mulai menular, terasa pedih sekali ke seluruh tubuhnya…bulu-bulunya kepanasan, warnanya mulai bertukar kehitaman, lalu perlahan-lahan terbakar membakar seluruh tubuhnya! Puteri Burung Phoenix terjerit-jerit kesakitan, suaranya teramatnya nyaring, kuat dan bingit sekali. Bagai bergegar seluruh alam mendengar jeritannya dan merasa sakitnya… hinggalah ia lenyap menjadi abu. Tetapi dari abu itu, dengan tiba-tiba…ia kembali bercamtum dan hidup semula! Bulu-bulunya kembali bersinar dan berwarna-warni. Badannya kembali pulih seperti sediakala.  Puteri Burung Phoenix, amat hairan dengan kejadian itu…namun dia tersangat gembira. Tetapi, dia kembali teringat akan kekecewaan cinta pertamanya, dia begitu hampa kerana tidak dapat bersama si helang perkasa… Tiba-tiba, tubuhnya kembali terbakar…bulu-bulunya hangus serta-merta sehingga sekali lagi menjadi abu. Tetapi, ajaibnya, ia bangkit semula dari abu dan hidup kembali. Ia amat bingung dengan apa yang telah terjadi, lalu ia terbang kembali dan terbang ke arah mencari si helang tadi. Sekali lagi ia kecewa melihat helang-helang itu yang begitu mesra bersama. Dan setelah beberapa kali lagi dia terbakar hingga menjadi abu, kemudian bangkit hidup kembali, Puteri Burung Phoenix mulai memahami yang rupa-rupanya, sudah menjadi resmi Burung Phoenix, ia akan terbakar jika merasa kecewa atau hampa. Akhirnya, Puteri Burung Phoenix bertekad, mulai hari ini, ia tidak mahu lagi memikirkan tentang kekecewaannya atau apa sahaja yang menghampakan dirinya. Sebaliknya ia mahu terus terbang tinggi dan memandang ke arah mana sahaja yang boleh menggembirakan hatinya, kerana ia tahu, jika ia memilih arah yang mengecewakannya, ia akan hanya membakar dirinya sendiri! The end. 😉 REMINDER : “Lucky for her, ia dibangkitkan semula dan hidup kembali setelah terbakar hingga menjadi abu. For us? Di dunia realiti…bagaimana? Hehe… not a chance babe! ;)” Jadi,  choose wisely your path. Jangan continously melakukan kesilapan yang sama. Malah memilih berulang kali mengecewakan hati sendiri again and again…LEARN FROM YOUR MISTAKES! CLICK HERE Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

“Pagi Band bawa mesej kemasyarakatan”

      Harian Metro 18 Jun 2010 Oleh – Esme Johari Wahab “SAYA tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Duet bersama Razzi dan Irfan bertujuan menyampaikan mesej kemanusiaan mengenai nasib menimpa kanak-kanak didera, ditinggalkan ibu-bapa dan kes buang bayi,” kata Tuah. Walaupun bukan penyanyi atau pernah menyertai program realiti TV, Tuah atau Tuah Zoqarnain Idris, ingin mencuba nasib melalui paduan suara pula bersama Razzi Rahman dan Irfan Khairi lalu membentuk kumpulan baru dikenali Pagi Band. Dengan single bertajuk Jeritan menjadi taruhan, trio itu yakin ia mendapat sambutan pendengar dan peminat tidak lama lagi. Lagu serta klip video Jeritan kini sudah boleh ditonton menerusi YouTube serta laman web sosial paling popular, facebook (fb) http://www.facebook.com/fb Tuah, deejay kacak radio segmen 8-11 malam di Suria FM menyertai mereka bulan lalu. Dengan identiti suara rock, Razzi, penulis lirik dan penulis buku cinta dikenali Brother Love, adalah finalis Anugerah Juara Lagu 1992. Dulu Razzi pernah merakamkan album dan popular dengan lagu Rembulan Kesiangan. Irfan seorang ahli perniagaan Internet dan penulis buku motivasi adalah gitaris kumpulan itu. Kata Tuah, idea menghasilkan single menjadi realiti sejak Razzi dan Irfan melihatnya menyanyi lagu Datuk Shake, Kau Bungaku dan Hasnol, Lagu Untukmu dalam video muzik fb, April lalu. “Sewaktu mengikuti kursus perniagaan melalui Internet yang dikendalikan Irfan, baru-baru ini, kami akhirnya berbincang mengenai projek ini. “Untuk memberi kesan lebih mendalam, kami menyertakan klip video. Saya harap pendengar memberi sokongan terhadap paduan suara kami itu. “Kalau ada rezeki dan mendapat sambutan baik, saya bercadang menyanyi lebih banyak lagu untuk album penuh Pagi Band. Setakat ini, masih dalam perbincangan,” kata Tuah, 34, dalam satu wawancara di pejabat Harian Metro, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini. Beberapa bulan lalu, Razzi dan Irfan pernah menghasilkan album bertajuk Razzi Rahman dan Irfan Khairi memuatkan tiga lagu iaitu Kerana, Misteri dan Akustik Sepi. Klik untuk mendengar KERANA  Irfan berkata, mesej Jeritan mengenai gejala buang bayi dan penderaan kanak-kanak jarang diberi perhatian masyarakat berikutan kesibukan manusia mengejar kebendaan. “Kami merasa terpanggil mencipta lagu khusus menyatakan rasa sedih terhadap sikap pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab bertindak luar batasan membuang bayi hasil keganasan orang dewasa. “Penderitaan kanak-kanak perlu dipapar lebih kerap. Jadi single disertakan dengan video klip mengukuhkan lagi penyampaian mengingatkan orang ramai dan golongan muda supaya tidak melakukan kerja yang salah di sisi agama,” katanya. Kata Razzi, penyertaan Tuah dalam Pagi Band menguatkan range paduan vokal. “Kalau dulu kami berdua, sekarang bertiga, bermakna lebih baik, lebih banyak idea. Suara Tuah serak basah memberi impak lebih baik terhadap nyanyian dalam Jeritan.” “Pemilihan nama Pagi Band menggambarkan satu perasaan segar dan baru setiap hari. Paling penting memberi gambaran positif. “Apa kami lakukan dengan tujuan baik supaya masyarakat menilai, prihatin dan menyayangi kanak-kanak,” Pada masa sama, Razzi menafikan dia ‘menggunakan’ Tuah untuk memudahkan lagu mereka diputarkan di stesen radio tempatnya bertugas. Kata Razzi: “Tidak timbul sama sekali. Kami mahu buat lagu tanpa sebarang unsur ada udang sebalik batu dan kami tidak menggunakan Tuah bagi memudahkan Jeritan kerap diputarkan di radio. Lagipun ini bukan pertama kali deejay radio menyanyi. “Setiap stesen radio ada polisi mereka, terpulang kepada mereka. Buat masa ini, kami menggunakan YouTube dan fb untuk menyampaikannya.” PERINGATAN : Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan Pagi Band serta mendengar lagu single terbaru JERITAN, boleh melayari laman facebook, klik di www.facebook.com/pagifb 

Bila Hati Pernah Terluka.

November 2008 – Semenjak pulang dari ibukota dua hari yang lalu, aku merasa agak kaku berada di kota sendiri. Funny aku rasa…hehe, dari seorang yang selalu aktif dan punya berbagai rancangan, aku mulai merasa sedikit kemurungan. Mungkin aku kerinduan dengan kesibukan kota itu yang aku benci selama ini. Peliknya, aku tidak menghubungi sesiapa pun yang aku kenali sepanjang berada di  sana. Bukan seperti selalu. Aku sendiri pun tidak faham apa yang aku rasa sebenarnya. Apa yang aku dapat katakan, mungkin…just mungkin kerana hati aku yang pernah terluka dulu, kembali terasa pedih di parut lama. “Betul juga kata orang tua-tua, sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya” Maaf pun sudah, terima pun sudah, melupainya pun sudah tetapi kembali juga rasa kecewa, frustrated dan kesedihan yang mendalam akan kisah lalu. Kisah yang aku sebenarnya, tidak suka sangat tetapi it’s okay to talk about or think about sebab semuanya sudah tidak bermakna bagi aku. Well, siapa suka apabila cinta kita ditolak, siapa yang tidak kecewa apabila cinta suci kita dianggap sejati namun tidak dapat menerimanya kerana cintanya sudah untuk orang lain…Frust! Memang frust! Tetapi, setelah sekian lama tiba-tiba kita dapat tahu yang cintanya kepada yang lain itu juga ditolak, lantas dia pula yang kecewa dan keseorangan…hati mulai tertanya-tanya, hati kelonjakan sendirian, “Masih ada kah peluang untuk aku bersamanya? Adakah dia akan menerima aku kali ini?” Nun jauh di sudut kebiruan kalbu ini, satu bisikan menghantui ku… “Bukankah dia pernah mengecewakan kau? Mengapa masih mahu kembali kepadanya walau dia sudah sendirian? …tidakkah kau masih terasa luka lalu? Tidakkah kau ingat betapa hancur luluh perasaan mu? Tidakkah kau ingat bagaimana susahnya kau mengharungi hidup setelah dilukai dulu? Kau masih inginkan nya?” Fuhh…it’s not easy apabila hati pernah terluka, perit rasanya. Walau aku tahu kini dia keseorangan, dan aku tahu peluang untuk bercinta kembali terbuka…tetapi berat rasanya untuk mengorak kembali cinta lalu. Walau jelas sekali dia sedang di dalam situasi yang agak lemah dan pasti menerima saja cinta yang hadir akibat dia juga dilukai….BUT, mungkin aku tidak akan kembali menagih cintanya. Berat hati memikirkannya, berat lagi jiwa ini yang pernah dilukai. Kekecewaan lalu tidak mungkin dapat aku lupakan. Mungkin aku dapat bersatu dengannya, mungkin cinta kami kan mulai berputik dan dipupuk semula, tetapi tidak mungkin aku bahagia bersamanya. Hati aku yang pernah dilukainya pasti akan bangkit memberontak, mengingatkan aku kembali bagaimana saat-saat dia membuang aku, menolak cinta ku, menyisih segala usaha ku, menganggap segala tindakan ku bagai debu-debu yang tertiup bayu sendu, berterbangan lenyap di kedinginan senja kali, hingga hancur sebuah harapan suci… Tapi aku masih cintakan dia… ya, aku masih sayangkannya. Rela aku berkorban apa sahaja untuknya, rela aku bersusah payah deminya, mahu ku habiskan segala harta untuk kebahagiaannya… namun untuk aku bersamanya, memilikinya, mungkin tidak! Keperitan hati ini yang pernah dilukai, terlalu pedih walau pun untuk menyapu sedikit penawar untuknya… Apa yang harus aku lakukan? Mandikan diri ku dengan kegembiraan selagi boleh dan sejauh yang terdaya kerana…kemurungan ini mungkin akan terus berpanjangan, kehadirannya mungkin akan terus ku rasai, cinta ini mungkin akan terus bersemadi di hujung-hujung jari jemari, ditepi-tepi kepiluan hati yang pernah dilukai… so, “Life is too short, enjoy it while you still can!” p.s. – Ingin memiliki peluang bersama your Personal Brother love? click here Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Terimakasih Maaf Dua

1st sekali thank you very-very much to all friends, fans and bloggers yang telah memberi sokongan padu dengan terus membeli buku terbaru saya. Tanpa  mengetahui pun bagaimana isi kandungannya tetapi you all ramai-ramai telah mendapatkan buku 101 Nota Mencari Cinta – Untuk wanita (101NMC). Bro Razzi sangat terharu sekali. I do really appreciate it very much! 😉 2nd Ingin saya meminta maaf banyak-banyak kerana buku ini terpaksa di NAIK KAN HARGA dah… Like I said 2 weeks ago, bila buku ni masuk bookstores, tak boleh elak. My contract dengan my distributors Mph Bookstores is like that. So, I hope for those yang belum mendapatkan lagi harap faham. Harga di kedai-kedai buku sekarang adalah :- All book stores : RM24.90 Secara Online     : RM30.00 Efektif belian secara online Rm30 adalah pada 14th June, so you all ada 2 hari sahaja lagi untuk mendapatkan buku 101NMC ini dengan harga promosi Rm20 + 3 free bonus :- Free 1. Album Razzi Rahman & irfan khairi ( 7 lagu termasuk lagu hit Kerana) Free 2. Ebook Rahsia Lelaki Free 3. Ebook Mutiara Cinta … so grab it now before the deadline! Click here Ogos ini genaplah 3 tahun Bro Razzi menulis tentang cinta. Pasti ramai yang tahu bagaimana setiap artikel, buku dan ebook saya ditulis, kan? Tahu tak? You see, cara penulisan dan pemikiran Razzi Rahman @ Brother Love amat berbeza dan lain dari yang lain! So, sekiranya anda mencari kelainan di dalam pembacaan, RR is your answer! Cuba renungkan sejenak…imbas kembali setiap penulisan saya. Apakah bezanya penulisan saya dengan tulisan-tulisan penulis lain di Malaysia ini? Cara penulisan Brother Razzi, sangat santai, blues, rock, pasar, rojak, whatever I feel comfortable with, at that time kerana I membayangkan yang kita sama-sama sedang berbual mesra, as friends and as brother to sisters, so secara asasnya, penulisan razzi seperti I sedang berbual-bual dengan you dan membincangkan topik cinta…kemudian memberi tip-tip cinta, that’s it! So, if you ingin merasa perbezaan cara penulisan yang benar-benar santai…dan cara pembacaan yang seolah-olah sedang berbual-bual dengan saya, well, this book is for sure untuk you! You see, buku I ni cantik atau tidak cantik cover dia, kertas dia tebal atau nipis, berkualiti atau tidak penampilannya, itu atas individu punya citarasa  dan tanggapan, but What I can promise you adalah, My writings untuk membantu, bukan untuk mengata, menghina, jauh sekali menyakitkan hati sesiapa. And this new book of mine very sure untuk menggembirakan wanita! My writings no doubt adalah untuk membuka mata wanita yang sekian lama bagai hanyut terkena pukau kaum lelaki. The fact is I menulis semata-mata mahu membantu golongan wanita dari terus tertipu dengan lelaki. And most of the tips yang I tulis adalah untuk wanita mengelak dari terkecewa dengan sandiwara lelaki, menjauhkan dari terpedaya dengan lelaki lagi. Apa yang kaum wanita dapat pelajari di dalam buku ini adalah berbagai-bagai cara membuatkan lelaki cepat dan mudah suka dengan anda. That’s all and that’s it! No sajak, no pantun, no bunga-bunga, no tanam pinang, no belah dua, no sivik nasihat, no square, no lemah longlai, NO!…all you got is SEMANGAT UNTUK BERJAYA dan semuanya straight forward! So please, search diri anda, tanya pada diri anda adakah anda bersedia untuk menerima satu kelainan? Satu perubahan?…Satu perbezaan? jika anda bersedia untuk satu kelainan, perbezaan rasa, perubahan dunia…maka dapatkan buku ini sekarang juga dimana-mana kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya, Borders, where ever… reminder : PLEASE ORDER…jika tidak ada stok, pergi sekejap jumpa girls yang kat kaunter tu, buat pesanan okay. Jika ingin membuat belian secara online, harga masih RM20 sehingga ahad. Monday 14th june, sudah RM30. klik di sini dan lihat beberapa pemberian percuma yang anda dapat dengan membeli secara online. Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Sedari Potensi Cinta Anda!

Sepanjang in KL city beberapa hari ni, I’ve been visiting shopping complexes a lot! Hehe… biasalah kan, catch up movies yang tertinggal, tak tengok-tengok lagi. So dapat peluang free macam ni, watch 2-3 movies sekali gus 😉 But knowing me who, suka tengok gelagat peoples around, and comparing with my book readers and bloggers at my blog, friends and fan kat facebook and for sure those yang menghantar email masalah cinta, also yang mengambil personal advise service with Brother Love… I must say, most of them agak TIDAK berapa sedar akan potensi diri mereka. Whereby I see in them are much differently. Much-much more potential… Kalau penyanyi, they always say “Boleh pergi jauh lagi ni…” In our love matters, we say… “Boleh dapat pasangan yang lebih baik lagi nihh!” 🙂 So the questions is, pernahkah anda terfikir tentang potensi cinta anda sendiri? Atau adakah anda sudah menganggap…what you have is good enough? And tahukah level mana anda berada di dalam memilih untuk bercinta dengan siapa? …atau untuk berkahwin dengan orang yang macamana? Maybe you rasa you tahu, or you rasa he or she is good enough. BUT, if you tak happy or if you selalu je bermasalah dengan dia. Malah jika both of you susah, even untuk berkomunikasi, tak boleh nak berterus-terang, sentiasa hidup menipu…Well, there’s must be something wrong with your relationship, kan? Tetapi you teruskan juga kerana…bagi you, he or she is good enough. Walhal…yang sebenarnya, you boleh memiliki pasangan yang lebih baik daripada dia lagi! Kadang-kadang kita melihat di sekeliling kita, couple yang teraniaya dengan pasangan nya yang menyeksa mereka fizikal dan mental. And most of the time pun kita juga selalu melihat pasangan yang tidak layak pun untuk dia. Some of them pula kerana rasa rendah diri lalu hanya memilih ala kadar sahaja. Sedangkan dia layak untuk mendapat pasangan yang lebih baik. I’m very sure most of us pernah berkata… “Ishh…pasal apa lah dia masih dengan dia tu, sedangkan dia tak happy… sedangkan dia kena pukul… hidup melarat… ishh why la? Sedangkan dia berpelajaran… berkerjaya tinggi… tapi dihina, eeiihh, macam dah tak ada orang lain!” Well, the answer is… “DIA TIDAK SEDAR AKAN POTENSI CINTA, DALAM DIRI DIA SENDIRI!” Kadang-kadang, yang kita gila-gilakan tu, sebenarnya, tak layak pun untuk kita. We can get better! Kadang-kadang yang tolak cinta kita itu pun sebenarnya, tidak punya keyakinan untuk memiliki kita, malah segan dan takut kehilangan kita…lalu menolak cinta kita. We thought, kita yang kurang…kerana kita tidak sedar akan potensi diri kita untuk bercinta dengan sesiapa. You see… TIDAK semestinya dia kaya OR tidak kaya OR sederhana, dia boleh bahagiakan anda. TIDAK semestinya dia lawa OR cantik OR hensem OR tak lawa, tak cantik OR sederhana OR WHATEVER…lalu dia boleh bahagiakan anda… YANG boleh bahagiakan anda adalah yang MAHU membahagiakan anda, yang BERUSAHA untuk membahagiakan perhubungan anda berdua, yang BERUBAH dari masa ke semasa demi masa depan yang cemerlang for both of you, TIDAK KIRA…kaya atau miskin, tua atau muda, hensem atau tidak, cantik atau buruk, hitam atau putih…NO! Yang dikira adalah kemahuan dia, usaha dia, the effort to change to make the relationship better, the needs and hunger for happiness! Itu yang dikira… So, jangan fikir anda sudah cukup dengan siapa yang anda ada jika anda tidak berpuas hati atau tidak bahagia bersamanya, think back…dan cuba sedari “Apakah tahap potensi diri aku dalam cinta sebenarnya? Dan siapakah yang benar-benar layak untuk aku?” p.s. :- Ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku Razzi Rahman yang cukup memberi semangat di dalam cinta? sila klik –> https://www.razzirahman.com/buku Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Miliki cinta mu!

Bro Razzi mulakan artikel kali ini dengan satu seruan… “Miliki cinta mu!” You all nak sahut tak seruan ni atau keberatan? Mungkin susah is it? hey… I’m here to help you, kan?. Buat apa Bertahun-tahun Bro Razzi jadi Brother Love for you? dari 2007 lagi now dah 2010 dan beratus-ratus artikel dah I tulis. Antaranya, “Cinta semudah yes or no” – “Nikah is easy” –  “Cinta rejected” – “Apabila dikecewakan” – “Kisah-kisah cinta Razzi” …dan banyak lagi! Itu semua bukan tulis saja-saja tau, its something special from me to help you all. Jadi, please sahut seruan itu! BERTINDAK SEKARANG, MAKE YOUR MOVES! “MILIKI CINTA MU HARI INI!” Adakah dengan duduk dan menanti sebuah cinta hadir, maka you all boleh memiliki cinta itu? Adakah dengan menanti mana-mana lelaki dalam facebook untuk mengayat anda, atau menghantar private message atau pun chit chat dengan anda maka he’s the one? Atau mungkin dengan melayan yahoo messengger anda akan menemui lelaki idaman? Temui jodoh anda? Tahukah anda sewaktu anda asyik menjawab komen di facebook, duduk berchatting di ym… Setiap detik itulah pasangan baru dinikahkah! Pada tahun 2005, Pejabat agama Islam Selangor mencatatkan sebanyak lebih kurang 15ribu pasangan berkahwin sepanjang bulan May. Ini memberi makna, sebanyak lebih 480 pasangan berkahwin pada setiap hari!!…jika dikira mengikut jam, lebih kurang 40 pasangan berkahwin per hour! 2010? Mesti lebih ramai… Adakah anda tergolong dalam statistik itu? Atau anda hanya tergolong di dalam statistik mereka yang hanya…Memandang peluang terlepas begitu saja? Menanti dan terus menanti bagai tiada penghujungnya? Atau anda adalah wanita yang hanya membiarkan nasib menentukan segala? Tuhan sentiasa berpesan, apa yang kamu mahu tidak akan datang bergolek…ianya harus diusahakan! Apakah usaha anda selama ini? Apakah yang anda lakukan untuk memiliki sebuah cinta sejati? Seorang suami?…APA?! Atau anda hanya asyik menyalahkan orang lain? Menyalahkan kekasih atau lelaki yg tidak bertindak? Menyalahkan dia tu dan dia ni? Itukah usaha anda? Dari hari ini, kaum hawa…dengarlah… “BANGUN DARI TIDUR MU! BERUSAHA UNTUK KEBAHAGIAAN MU…BERTINDAK! BANGKIT DAN KELUAR DARI KEMELUT ITU!” Siapa yang menghalang anda dari mengecapi bahagia…hancurkan halangan itu! Sesiapa saja menyekat anda, membentengkan anda dan melengah-lengahkan anda dari berkahwin atau memiliki lelaki impian anda….langgar benteng itu! Bersama-sama kita mengubah nasib hidup kita hari ini!! COME ON! Jika ada lelaki yang kecewakan kita, – tinggalkan! Lupakan dia! Jika ada lelaki yang menangguh-nangguh masa hingga memakan usia anda – tinggalkan dia. Mulakan hidup baru…masih ramai lelaki yang menghormati wanita di luar sana. PERCAYA PADA TUHAN YANG MEMBAWA JODOH, AJAL DAN MAUT! INSYAALLAH ANDA AKAN DAPAT KECAPI KEBAHAGIAAN ITU! “MILIKI CINTA MU HARI INI!” …i’m here to help you with a good start, like in this video. Click image below! Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Si Tongkat Ali

PREVIEW : Buku 101 Nota Mencari Cinta – Untuk Wanita This week, bro Razzi akan devoted myself to women! Hahaha…bukan menyembah atau berlutut pada wanita ya, tetapi sebaliknya… memberi segala-gala pengetahuan pada wanita,  membantu wanita mengenal dan memahami tentang lelaki dan cinta. Okay?! 😉 So, guys… this is all for women, you all tak boleh baca! Ngaaaa… ngintai pun tak boleh! 😀 Nota Cinta 26 – Si Tongkat Ali Satu lagi perkara penting dalam mengenal kaum lelaki ialah, lelaki yang sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Dalam erti kata lain, bro Razzi gelarkan lelaki Si Tongkat Ali! You all ni kalau dengar Tongkat Ali je terus relate to seks je la kut, kan?, ‘barang kuatlah, besarlah, baik punyalah!’ hehe 🙂 …bukan itu saja ya. I gelarkan lelaki Si Tongkat Ali adalah kerana lelaki jenis ini mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dia bukan saja mengamalkan ubat-ubatan herba, minuman akar-akar kayu, especially Tongkat Ali, malah dia juga bersukan dan bersenam untuk memiliki tubuh yang sihat dan tenaga yang kuat. Apabila badan sihat, tenaga kuat…’semua’ pun sihat dan kuatlah hehe :)) Tip Brother Love : Kenali lelaki Si Tongkat Ali, untuk anda turut sama mengamalkan gaya hidup sihat, kuat serta bertenaga. “Haaa…wanita pun kalau nak awet muda kena lah amalkan  ubat-ubatan herba, minuman akar-akar kayu…” Contoh amalan paling baik dan popular, Kopi Radix Hpa yang mengandungi kafein paling rendah sekali dalam semua kopi di pasaran. Satu minuman yang disinergikan bersama 7 jenis herba untuk memberi sepenuh kesegaran, mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Malah ia juga membuatkan lelaki dan wanita merasa sentiasa bertenaga dan cergas. Kejap lagi terus pergi cari kat kedai ya hehe 🙂 Now, sekiranya anda melihat lelaki yang mementingkan kesihatan dan kesegaran badan ATAU lelaki yang suka menjaga cara pemakanan yang seimbang dengan mengamalkan Tongkat Ali atau herba-herba yang lain, maka dia adalah lelaki yang anda harus pertimbangkan! “This is no jokes, and it’s very important!” Kenali lelaki yang begitu menjaga kesihatan… Ini kerana, memiliki lelaki sihat luar dan dalam, menjaminkan kebahagiaan rumahtangga. InsyaAllah, zuriat yang lahir nanti sempurna dan baik serta sihat walaafiat. Jauhi lelaki yang tidak sihat atau mengamalkan gejala tidak sihat seperti lelaki yang suka mengambil berbagai-bagai jenis dadah, atau pemabuk. Lelaki jenis ini pasti tidak akan memberi kebahagiaan kepada anda dan kemungkinan anak yang dilahirkan nanti akan cacat. Nanguzubillah… Ingin mengetahui lebih lanjut tentang lelaki? Ingin miliki berbagai-bagai cara memikat lelaki dengan mudah? Buku 101 Nota Mencari Cinta ini adalah rujukan utama anda, buku yang wajib anda miliki! klik di sini p/s : Miliki 7 lagu Terbaru dari Razzi Rahman hari ini dengan PERCUMA!!… klik di sini sekarang!  Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Tidak Kecewa Lagi!

I was driving from KL to Kb masa mula-mula sekali I terfikir untuk serius menulis. It was about 5 years ago. Actually, I ni memang minat menulis dari kecil lagi. Dulu-dulu I suka menulis surat-surat cinta. Berhelai-helai lah surat cinta yang I hantar kat girls yang I minat hahaha 😀 Tapi yang geramnya, girls ni hanya terus menerus minta I tulis surat cinta pada mereka, tapi mereka balas hanya sehelai saja or just a note saying, “Razzi please tulis lagi, kita suka baca surat awak!” Adoi… you girls pun macam ni gak ke? hahaha 😆 – Kita ingat dapat la balasan yang best-best buat kita terbuai dek kata-kata cinta, tengok-tengok kena menulis lagi kat those girls, nasib baik I suka menulis. So continue je la menulis. Best part…bukan bunga-bunga sangat pun I tulis, bukan bermadah or berpuisi, tetapi seperti sekarang ni lah the way I menulis, straight up from my heart… Dan selalunya komen yang I dapat, “Bila baca tulisan Razzi, seolah-olah sedang berbual-bual, berdepan dengan tuan empunya diri la!” hehe betul ke? Itu ke yang you all rasa? Maybe itu yang buat I berbeza sikit kut? Anyway, zaman persekolahan berlalu…I tinggalkan bidang penulisan. Namun, I always love reading and writing actually hinggalah akhir tahun 2006 I siapkan The first book that I wrote. And it was a novel of 300 muka surat. Yup! Tapi hingga sekarang tak publish pun. Sebaliknya…pada tahun 2008 I publish Kamus Cinta – another 318 muka surat hehehe 😉 Alhamdulillah…buku Kamus Cinta telah membantu ramai pasangan dan individu. Ada yang dapat memiliki kekasih, ada ke jinjang pelamin. Jika tidak dapat partner sekali pun, at least mereka lebih tabah dan tampil dengan lebih yakin! So, since Kamus Cinta berjaya, I ingat…it’s time for me to publish my novel la kan. Novel misteri cinta dan pembunuhan. BUT, Honestly, hati I cukup berat mengatakan yang I perlu continue membantu mereka mengenal kisah dan pengalaman cinta yang pernah I lalui dulu. Sememangnya terlalu banyak pengalaman yang I lalui dan banyak juga kekecewaan. In fact Bro Razzi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mengecewakan orang. I do regret it… So, inilah sebab paling utama I kembali menulis again tentang cinta. I mahu berkongsi my experience dan memberi pendapat serta info-info yang pasti membantu! I mahu sangat all of us TIDAK KECEWA LAGI. Kerana Realitinya… Saban hari menulis, beratus-ratus artikel sudah diterbitkan di blog Tip Brother Love…semenjak 3 tahun yang lepas lebih kurang. Tetap masih ramai lagi yang terkecewa dan melakukan kesilapan yang berulang kali. Seperti juga dengan kawan-kawan terdekat saya juga sebelum ini. So, pastinya I merasa cukup sedih for them apabila mereka dikecewakan. Bayangkan, I tahu kalau ubah cara tu mungkin boleh bahagia. I tahu kalau cepat bertindak mungkin dapat mengelakkan diri dari terkecewa. I tahu jika melakukan apa yang I tahu…sure you akan berjaya. Tetapi… pengalaman yang seperti satu Ilmu Cinta yang I ada ini tidak dapat disalurkan, Frust beb! Sebab itulah selepas kejayaan Kamus Cinta, I tak publish juga my novel tu…sebab I mahu fokuskan kepada you girls first, untuk TIDAK dikecewakan lagi! That’s why lah I tulis buku terbaru ini, 101 nota Mencari Cinta – Yang lebih fokus kepada kaum wanita. (Untuk lelaki – Soon!) Sebuah buku yang bukan semata-mata mencari cinta, sebaliknya mengenali soal percintaan. Buku ini juga boleh memberi semangat pada wanita dan membuatkan you girls lebih tabah menghadapi kehidupan seharian dan kemudian bijak mengenal dan memikat lelaki idaman dengan lebih mudah sebagaimana yang lelaki mahu! In fact, kalau lelaki mahu girlfriend dia give him the greatest time of his life, this is the book untuk lelaki hadiahkan pada kekasihnya. Minta girlfriend dia follow semua hahaha! So, this is it! This is the book yang sekian lama kita tunggu-tunggu. It’s here! Hampir kesemua persoalan cinta yang wanita cari-cari selama ini, ada di dalam buku ini. Diantaranya :- Bagaimana memikat lelaki idaman anda Bagaimana mengenal lelaki baik yang jahat dan penipu Bagaimana mengundang cinta hadir dalam diri anda Bagaimana menjadi wanita yang paling menarik Berbagai JANGAN, Do’s and Don’t Bagaimana nak bercakap dengan lelaki pun I ajar you all hahaha… All secrets, the tips and tricks to get man, are all inside this 101 nota Mencari Cinta – Untuk wanita! “SO, Semuga kita semua berjaya dalam cinta dan tidak kecewa lagi okey, AMIN!” p/s : klik di sini untuk melihat buku terbaru -> https://www.razzirahman.com/buku Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

“LIKE” Brother Love page?!

Click LIKE button dan  join memberi komen dan pendapat anda dalam berbagai-bagai diskusi short topic cinta di Brother Love page at Facebook. Get your answers with Brother Love honest opinion, today! Salam Hormat Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com

Kisah Cinta Razzi – “Balasan Cinta!”

“Nikmatnya apabila memberi tanpa mengharap balasan” Bertemu lagi kita kali ini dengan satu lagi kisah benar, kisah cinta Razzi yang telah lama terpendam di jiwa dan akhirnya terselongkar jua. Muga ianya memberi manfaat pada semua… Aku dan Sarah, sudah terlalu lama bercinta. Apa saja perkataan yang keluar dari mulut aku pasti bersama namanya yang aku puja. Bagi ku, dia lah gadis yang paling cantik pernah aku bersama, she’s mix. Well, memang dia cantik…follow mamanya yang berasal dari Europe. Boleh dikatakan aku tersangat gila kan dia… gila dengan ketinggiannya, gila dengan kulit putih gebu dan kemerahannya, matanya, hidungnya, gila dengan kejelitaannya, manisnya, manjanya, bibirnya yang lembut… dan yang paling aku gila kan adalah kematangannya! Yes… she’s older than me! Much older…but she take a good care of me… At that time, aku masih muda lagi… masih tengah jahil, masih mentah, masih melompat siang dan malam. Itu yang buat perhubungan kami very interesting. Walaupun dia sudah agak berumur dan aku masih muda , we love having fun dan kami happy together dan enjoy our relationship to the fullest! Namun, jauh di sudut hatinya…aku tidak pernah menduga apa yang selalu difikirkannya. Yang aku tahu, aku amat cintakannya, terlalu sayangkannya. To me, there are no other girls can compete dengan dia. Memang tidak ada girl lain pun yang aku pandang or even sekadar berkawan. And yes… aku mahu mengahwininya! TETAPI…satu kejadian yang tidak pernah terfikir oleh aku telah terjadi. Segala-galanya berlaku sewaktu aku bercuti beberapa hari ke kampung dan sekembalinya aku ke Kuala Lumpur, aku masih ingat lagi pagi itu…aku terus saja membuat panggilan kepadanya subuh-subuh pagi… “Razzi, I need to go…” Aih? Apa hal ni tiba-tiba je…. Aku amat pelik dengan kata-kata itu di talian sewaktu aku bertanya bilakah boleh bertemu. Tidakkah dia rindui aku yang begitu merinduinya, dan tidakkah dia mahu bertemu? Seperti aku yang amat mahu bertemu dengannya? “Maafkan I Razzi, I tak tahu nak explain…” Aku agak terkejut dengan perubahan Sarah… hati aku mulai berdebar-debar, aku kegelisahan… wondering, apa yang telah berlaku ni?! …kami bertingkah lagi dan akhirnya, “I’m not happy…I’m so sorry…I terpaksa fikirkan masa depan I, Razzi…” …saat itu, nafas aku semakin mendengus kelemasan, sebak di dada tak terkira, kebiruan jiwa… bingung dengan kata – katanya. Nada sendunya mulai kedengaran, “I kena buat pilihan ini, walau sudah bertahun-tahun bersama you.” …itulah kata-kata akhir darinya. Entah mengapa, aku yang rockish, aku yang brutal dan happy go lucky guy… tiba-tiba menangis, meraung-raung seorang diri. Seolah-olah aku memahami yang sudah tiada peluang lagi untuk aku bersama dia yang aku amat cintai, dan paling sayangi. Lalu tiada jalan lain yang boleh aku fikirkan, hanyalah kepada Tuhan aku memohon… “Ya Allah, jika benar ini takdir dari mu ya Allah, maka berilah petunjuk untuk aku menanganinya dan berilah kekuatan untuk aku tabah menghadapinya!” Berkali-kali aku mengucapkannya, antara percaya dengan tidak kejadian yang berlaku, aku berserah kepada yang Esa! Sehinggalah aku tertidur dengan linangan air mata… Tersedarnya aku semula adalah sewaktu azan solat Jumaat bergema, seperti biasa dalam malas aku ke bilik air, bagai terasa berpuluh-puluh ekor syaitan di belikat aku, di bahu ku… namun, ku gagahi juga mengambil air sembahyang dan kemudian nya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Di dalam khutbah Jumaat yang jarang-jarang sangat aku fokus itu, terpana aku kali ini dengan kata-kata dan hujah Imam. Dan yang paling aku ingat adalah Islam mengajar kita, “Jika kau memberi, berilah seikhlas hati, tanpa mengharap sebarang balasan… dan jika kau menyayangi, maka sayangilah tanpa mengharap sebarang balasan, kerana itulah pemberian dan kasih sayang yang semulia-mulianya dan yang sebenar-benarnya!” Aku mulai terfikirkan Sarah, kekasih ku yang amat aku sayangi… apakah cinta dan sayang aku kepadanya selama ini, lebih mementingkan diri aku sendiri? Apakah cinta aku ini sebenar-benarnya cinta? Jika ya, mengapa aku menangis apabila dia tidak bahagia bersama ku? Sepatutnya aku buat dia bahagia! Barulah itu semulia-mulia cinta! Apa yang sebenarnya dia mahu? …Obviously, tiada apa yang wanita mahu, selain daripada mengetahui yang hidupnya secured. Know where to go back to, who to go with, yang mana ianya boleh dilakukan jika bersama seorang yang bergelar suami! TETAPI, i’m so very young…baru berkerja, baru mengenali kota, baru menakluki dunia kononnya. How can I marry her now? Aku masih nak relax and enjoy life’s around me… Selang beberapa hari tanpa panggilan, tanpa berhubung… akhirnya dalam aku kebingungan, tiba-tiba telefon berdering, aku menjawab dan begitu gembira sekali mendengar suaranya. Happy sangat! Dia juga sounded happy…jelas sekali kami masih saling cinta dan sayang. Tetapi, di akhir perbualan, “Razzi, I’m getting married!” – BOOM! Bagai satu bom meletup dalam kepala aku…bagai berkecai jantung ini, rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah panggilan selamat tinggal darinya… sedih…dan tiada yang lebih sedih sekali, apabila perpisahan berlaku dikala sama-sama masih cinta. Tetapi, mengingatkan kata-kata imam di masjid tempohari, aku tenang menghadapi. Selepas terdiam agak lama, Lalu aku menjawab, “I’m happy for you…very happy!” Tiba-tiba Sarah menangis teresak-esak dan amat terkejut sekali dengan kata-kata ku. “You happy for me? How come?!” “Well, Inilah yang terbaik buat you sayang… I takkan menghalang you, I want you to be happy, I rela lepaskan you kerana I terlalu sayangkan you!” Itulah kata-kata aku yang paling ikhlas pada Sarah. At this time, aku hanya mahu dia bahagia…walaupun jika keputusan itu hanya akan mengecewakan aku. Kerana… jika dia bersama aku, mungkin lambat lagi sebelum boleh mendirikan rumahtangga dan Sarah pula sudah berumur. Daripada menerima tekanan dari keluarga yang begitu dasyat…ada lebih baik dia berkahwin dengan pilihan keluarganya. “Thank you sayang… ” Itulah kata-kata Sarah mengakhirkan perbualan kami…penuh dengan tangisan kesedihan, tetapi amat menghargai aku yang memahaminya… At my side, terbukti, setelah aku bertahun-tahun mencintai Sarah, lalu TANPA mengharap balasan darinya, kemudian aku melepaskannya pergi pula, membuatkan aku merasa nikmatnya…nikmat sebuah pengorbanan, betapa bahagianya aku kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi! Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa! Itu yang kadang-kadang aku terfikir, ramai orang sanggup merampas milik orang dengan memburukkan kekasih orang, kekasih yang

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor