Di belakang tabir – Adakah anda tahu?
Orang tua kata, “jangan menyanyikan lagu-lagu sedih selalu, nanti ianya menjadi kenyataan” Rembulan kesiangan begitu menghantui hidup bro selama ini. Kadang-kadang terasa gerun menyanyikan bait-bait awal itu kerana ianya seolah-olah benar-benar kena dengan hidup saya…Bro yakin ramai yang telah menempuhi kejadian seperti dalam lagu ini, “Bila terang ramailah yang datang, dan bila gelap gelita…hilang kasih hilanglah Saudara…” Betul tak? Sedih kan…tapi minggu ini lagi menyedihkan bro sebenarnya. Di sebalik berbagai kejayaan ada kejadian yang memilukan terselit… Sudah hampir 8 bulan website Kunci Cinta.com dilancarkan, sambutannya begitu hangat sekali. Berbagai-bagai rancangan pula terlaksana dengan begitu cepat sekali. Semuanya tentulah mengikut pelan yang lebih kurang 2 tahun Bro sendiri rancangkan. Bukan senang mengendalikan satu blog cinta itu. Apatah lagi mengendalikan 2 blog sekaligus sekarang ini. Berbagai-bagai kerja yang bertimbun-timbun harus diselesaikan mengikut timing yang betul demi menjayakan setiap topik baru. Bersama gambar-gambar yang menarik dan info yang fresh dan unik. Kini dengan munculnya produk-produk baru lagilah bertambah kerja Bro. Namun sedikit pun bro tidak mengeluh kerana terlalu gembira sangat dengan pencapaian Kunci Cinta.com berserta bloggers yang sentiasa memberi sokongan padu. Namun, tentulah keletihan dan kepenatan pasti menolak saya terhimpit ke dinding sendirian. Namun, demi untuk lebih berjaya lagi, …baru-baru ini bro telah arrange kan satu pertemuan dengan DJ Radio Kelantan FM yang kemudiannya cukup gembira dan bersetuju untuk buat dua interview, satu dengan bro sendiri dan satu lagi bersama Cat. Hati kemain lagi gembira kerana dapat juga kembali ke udara di radio setelah sekian lama menghilang. Di samping itu dapat juga mempromosi blog dan memberi peluang kepada Cat untuk bercerita tentang kariernya setelah terlibat di dalam kemalangan… Tetapi, berita gembira itu hanya sementara sahaja apabila Dj itu telah datang berjumpa dengan bro keesokkan harinya dan memberitahu yang bossnya hanya mahu menemuramah Cat sahaja untuk kedua-dua minggu. Hanya lagu bro sahaja yang akan dimainkan tetapi bukan temuramah bersama Razzi Rahman… Uuhhh…hati mana yang tak terasa? jiwa mana yang tak terkecewa…pedih hati tak terkira, sedih tak terkata. Seolah-olah apa yang selama ini dinyanyikan menjadi kenyataan, seperti lagu saya Rembulan Kesiangan… “Bila terang ramailah yang datang, dan bila gelap gelita…hilang kasih hilanglah saudara…tinggal ku sendiri…diburu ilusi, tak siapa peduli entah hidup atau mati…” Bro sedar…siapalah diri ini…sedih memang sedih sangat apabila orang sudah tidak pedulikan kita lagi. Namun, bro berbangga dengan usaha bro selama beberapa tahun kebelakangan ini untuk mencari dan mencapai kejayaan itu. Jadi, walau bagaimana sekali pun bro gembira kerana Cat tetap diberi peluang di radio tempohari dan bersama lagu Nostalgia Rembulan Kesiangan yang diputarkan setelah 10tahun tidak berkumandang,…titis-titis air mata jatuh juga mengalir di pipi ini…ahhhh… Hanya anda semualah sahaja yang memahami…, hanya anda bloggers2 dan peminat setia saya yang dapat memberi ketenangan dan menggembirakan hati saya, tanpa anda…segala yang berlaku di belakang tabir kegembiraan ini akan terus dipenuhi dengan duka dan pastinya akan terus melukakan hati kecil… Jadi, apa yang sebenar saya ingin katakan di sini ialah… terimakasih yang tak terhingga. Terimakasih kerana terus berada di sini, terus bersama Razzi Rahman. THANK YOU!
Cinta Zulaikha
FOR STORY TREE & GUIDE PLEASE CLICK HERE Taman Danau Permai tidak sebingit mana apabila dipenuhi bacaan Yaasin dari seorang Imam yang kelihatan tersengguk-sengguk mengantuk, duduk bersila di ruang tamu. Tidak pernah tercapai dek akal aku, untuk melihat sebuah majlis tahlil yang begitu lengang dan dihadiri hanya beberapa orang sahaja dari ahli jemaah surau. Ibu kelihatan sugul, putih merah seluruh wajahnya, bengkak sekeliling matanya menangisi anak yang disayanginya terbalut rapat dengan kain kapan putih bersih. Aku?…aku agak terkilan dengan sambutan pemergian ku ke alam barzakh ini. Seolah-olah, semua yang hidup membenci ku. Apa? Oops…lupa, Ya…betul…jasad akulah yang terbaring kaku itu. Aku..Aku hanya dapat memandang sedikit dari atas, melihat sambutan lemau, sunyi! Sungguh aku tak sangka, begini majlis tahlil untuk aku, majlis terakhir ku. Apakah dosa aku? Apakah tiada siapa yang menyukai diri ini? Eh ada orang datang…Leon? Ahhh…sayang juga dia kat aku. Tapi…dia datang dengan siapa tu?? Cis! Arini Nasi lemak! Aku benci kau orang berdua. Mana Azhar ni??… ‘Huh? Ah?…arrhh…siapa kau??! Nanti dulu…jangan bawa aku pergi dulu, NANTI! tolong! tolong!…TAKUT!!!’ “Auntie…bersabarlah. Biarlah Zulaikha pergi dengan tenang.” Dengan teresak-esak Auntie Sara menjawab, “Kau berdua bukan ada anak, auntie yang kehilangan anak, sedih… malu lagi! Arini tahu tak, Zulaikha ditemui tanpa seurat benang pun di badannya?!! Menggantungkan dirinya di tadika kami pulak tuhh. Mana auntie nak letak muka nih?? Apa akan jadi pada auntie dan sekolah itu nanti?! MALU!!!” “Tapi…tak mungkin Zulaikha membunuh diri auntie. Bertahun-tahun saya mengenali dia. Auntie sendiri tahu dia bekas kekasih saya kan…” “Betul Leon, tapi siapa yang nak percaya kita??” Leon tertunduk diam, rambutnya yang panjang ke bahu, mulai rebah menutupi pipinya yang sedikit cengkung mengikut rahangnya dengan reaksi wajah sugulnya yang memahami perasaan Pengetua Tadika Aulad itu. Tiba-tiba… “Assalamualaikum!” satu suara besar terdengar memberi salam dari luar. Arini bergegas menjenguk… “Waalaikumsalam…Eh, Abang Azhar? Masuklah bang…” sahut Arini, lembut, menggantikan tempat auntie Sara sebagai tuan rumah. Dengan wajah berkulit seperti anak kecil, Azhar kelihatan sangat tampan apabila memberi senyuman kepada gadis yang sudah lama digilainya itu. Namun sedikit kesedihan atas kematian Zulaikha langsung tidak terpamer di iras wajahnya. “Ar..arini ada kat sini…emm” “Ya bang, auntie kan tak ada sesiapa lagi…” “Ohh ya lah…emm so, Arini…” “Saya Nadra!” Tegur seorang gadis tinggi dan cantik, yang tiba-tiba muncul dari belakang Azhar dengan sedikit senyuman manis. “Oops…lupa, Arini ini Nadra, Pr Manager Office abang” Leon menyelak sedikit rambutnya menyerlahkan mata kuyunya dan mulai menegur dari belakang dengan nada suaranya yang berbunyi dalam, “…ada juga masa kau datang sini Azhar?” Jom bikin e-cerpen : sambung di sini… komen anda Free Download
Formula sebuah fiksyen
urrghh…lama betul rasanya tidak berada di blog sendiri. Frust juga tengok lengang je. Hope lepas ni ada banyak masa kat sini. Alright…minggu ni special sikit. Masa bro belajar menulis dulu, bro ada belajar tentang formula tau…haa. Menulis fiksyen pun ada formula macam matematik lak. Jadi bro nak kongsi dengan u all sume 🙂 Ini formula yang paling simple dan sangat berjaya dalam sebuah fiksyen :- Hero dan Penjahat mesti sama-sama terror dalam bidang masing2 Tapi hero mesti ada kelemahan iaitu emosi, selalunya penakut. Hero mesti ada 3-4 kawan-kawan yang punya perangai dan tabiat berlainan Kawan-kawan Hero mesti ada yang jatuh cinta Dalam penjahat cuba nak bunuh hero, 2 orang kawan hero mesti mati Hero bangkit jadi berani kerana nak revenge balik. Simple je kan?!…cubalah tulis dan buat nota pendek. Jalan cerita dia mengikut formula ini. Anda pasti boleh menulis cerita apa sahaja! Ok, Minggu ini bro nak ajak you all, masing-masing pilih karektor sendiri yang berpandukan pada FORMULA di atas. Mesti ada perangai dan tabiat tersendiri. Kemudian baru kita buat ecerpen ok. Contoh : Dini – Sebagai Suria, seorang manager yang berjaya tetapi mempunyai perangai benci kepada lelaki. Tabiatnya suka memuncungkan bibirnya setiap masa. Lizz – Sebagai Joy, seorang gadis tomboy yang lari dari rumah dan pemarah. Nissya – Sebagai Joyah, gadis kampung yang bercita-cita tinggi. Tabiatnya suka menggaru punggungnya yang besar. Ok??…itu semua contoh je. Alright…berikan karektor anda, ciptakan watak dan tabiat karektor anda sendiri. Tulis secara terperinci lagi bagus. Ok…best ni…mari kita sama-sama tengok karektor ciptaan masing-masing. 🙂 Jom bikin e-cerpen : Your comments Malam Yang Hangat Free Download
Too much thinking…
Kenal tak gambar di sebelah ni siapa? Cuba teka siapa…hehe, maybe susah kut kan. 🙂 Okey, dia sebenarnya adalah seorang penulis berbangsa Perancis. Dialah juga orang pertama sekali yang telah membuat penemuan di dalam cara penulisan romantik. Haaa…sebab itulah barangkali french people ni, romantik-romantik belaka kan. Nama beliau ialah Francois Rene de Chateaubriand. Bagi saya, mutiara kata darinya sangat bermakna. Katanya… The original writer is not one who imitates nobody, but one whom nobody can imitate! Faham kan? 😉 Penulis sebenar bukanlah yang meniru orang lain TETAPI yang orang lain tak boleh nak tiru! Saya terpanggil untuk menulis tentang satu perkara yang pada pendapat saya, ramai yang menempuhinya. Ada tak anda rasa apabila anda melihat ramai yang berbakat, minda anda mulai, “Too Much thinking!” … 🙂 Adakah aku bagus? adakah aku berbakat seperti mereka? adakah penulisan aku sehebat mereka? Semua itu tak penting! Dalam penulisan apa sekali pun, apa yang anda perlu fikirkan ialah, “Cara dan gaya anda” ini adalah kerana, suara anda adalah suara anda…begitu juga dengan gaya anda, adalah gaya anda! Apabila anda mulai TERLEBIH berfikir, cara dan gaya penulisan anda akan menjadi “Sama seperti mereka yang anda fikirkan!” Tulis je apa yang hati dan jiwa anda merasakan di kala itu. Jangan cuba menjadi sama seperti orang lain. Dengan cara menulis tanpa berfikir panjang, terus-terusan menulis…penulisan anda tidak akan ada orang lain boleh tiru! “Pelik tak??!” hehehe… Anda tahu…apabila saya bertanya dengan kawan-kawan ni, “Bila nak menulis?” Jawapan yang saya terima selalunya sama iaitu, “Tak ada idea lagi…” atau “Tak tahu apa nak tulis…” SEBENARNYA, sekiranya anda terus menulis apa sahaja yang datang di fikiran di saat itu, itulah yang terbaik dan kemungkinan besar akan menjadi unik atau “Doesn’t sound like others!” Namun, 1st round je tanpa berfikir, selepas anda tulis giler-giler apa yang tersirat di hati dan jiwa, kemudian tulis apa sahaja yang datang di kepala anda….edit lah balik kasi lagi cantik! Cubalah cara ini. Anda pasti akan merasakan perbezaan di dalam penulisan anda. Jangan fikir banyak…tulis je dulu, jangan fikir malulah, takut tak bestlah…tulis je dulu! “Writers…writes! that is what they do.”
Malam Yang Hangat…
15 tahun yang silam… “Aku tidak pernah lupa peristiwa malam itu…” Menyilau terang langit senja, terpancar kilat hangat bercahaya menerangkan seketika ruang bilik aku. Wajah Zura kelihatan jelas, keletihan… sudah berkali-kali dia cuba menyelamatkan dirinya dari kerakusan ku, namun aku terus memujuk dan menghasut demi memuaskan nafsu aku yang bergelora bagai ombak ganas memukul pantai jauh di luar rumah usang milik Mak Cik Pah ini… “Abang, tolonglah, Zu sayangkan Abang tapi takkan sampai kita kena…tolonglah bang, janganlah buat macam ni…JANGAN!!” terjerit Zura menepis kucupan aku. Tapi aku terus merangkulnya erat, rapat ke tubuh ku, rapat ke dada ku… “Zu…errmmmhh…Abang sudah lama menyintai Zu…tapi Mak Zu tu yang tak pernah izinkan perhubungan kita!…malam ini Abang takkan lepaskan peluang ini Zu…” “Abang!!…lepaskan Zu…Abang!!…JANGAN!” Zura menolak aku sekuat hati sehingga terlepas dari pelukan ku dan rebah terbaring di tilam nipis. “Abang sudah seperti anak dia, bang…walau anak angkat, dah seperti abang Zu sendiri.” “Tapi Zu cintakan Abang bukan??…marilah Zu…Abang akan buat Zu rasa nikmat yang tak terkata Zu…sedap sangat!” Perlahan-lahan aku merangkak menghampiri Zura. “ABANG!!” Dengan rakusnya aku mengoyak baju Zura dan merangkulnya erat. Berkali-kali lagi Zura menolak aku tetapi keupayaannya makin berkurangan. Tubuhnya semakin longlai dan nafsu ku semakin menjadi-jadi, menggila! Beberapa kali aku dapat mengucupnya dan kepanasan bibirnya yang tebal terasa bagai panas membara di jiwa ini. Zura cuba menolak, tapi aku dapat rasakan pada setiap kali ciuman ku hinggap di bibirnya, dia menyerah dan menerima dengan nikmat walau kedua-dua tangannya masih cuba menolak dada ku… Degup jantung Zura yang berkocak laju juga dapat ku rasakan di dada ku yang serapat-rapat ke dadanya yang montok. Walau Zura berhempas-pulas mengelak, berpeluh-peluh mencuba, namun dia tidak dapat menolak kenikmatan malam itu. Aku mulai menindih badan Zura yang hanya pasrah. Seluruh tubuh aku dan dia bersatu dan basah dengan peluh yang benar-benar menaikkan nafsu. Nafas aku dan Zura juga semakin kencang terhela. Seriau bulu roma Zura juga terasa di seluruh badannya. ‘Ahhhhh!…Zuraaa…’ “Tidak Abang…tidak!…Ohh…oohh…tii….” Kini Zura pula yang memeluk ku erat, seluruh belakang ku diusap geram, dada ku diramas-ramas, bibir ku tertekup dengan kegeraman kucupannya yang berahi dan hangat! Nafsu Zura pula bergelora…nafasnya semakin kencang dan kuat dihelanya. Seolah-olah kemuncak kenikmatan bagai hampir tiba, kedua-dua pehanya bergegar dan tangannya terketar-ketar, badannya menggigil, aku dan Zura terus berkucupan penuh berahi, berpelukan penuh nafsu. Nafsu yang membara sudah tidak terkawal lagi, Zura meronta-ronta mahu, aku mulai meletakkan perahu untuk ku dayung, mudik ke hulu…dada Zura seakan-akan berbunyi sebak dan sesak, jari-jemarinya semakin kuat meramas ku, nafasnya semakin menderam, suaranya keluh kesah, “Allah! Allah!…Allah!”… Terhantuk aku dek kalimah Allah yang tersembur bersama nafas lelahan si kuda betina… tercengang dan terus tersedar dalam kekerasan jantan! 15 tahun yang silam… aku tidak akan lupa malam yang amat-amat hangat itu…sehingga sekarang, rasanya masih seriau bila kekadang teringat-ingat… Kini Zura sudah menjadi milik orang lain dan dia masih tidak memaafkan aku…sedangkan… Yaa…memang benar…keluh kesahnya dalam kenikmatan itu sebenarnya menyentak jiwa dan mindanya sehingga dia pengsan! Dan aku pula kerana terlalu cintakan Zura, aku tidak sanggup untuk meneruskan perbuatan terkutuk itu…aku tak mahu menjadi pemecah dara, tupai yang menebuk…AKU TAK SANGGUP!! Kehangatan malam itu…ku biarkan berlalu begitu sahaja…dan terus menjadi rahsia hingga kini… Zura tetap menyalahkan aku, baginya akulah yang telah menodainya. Biarlah aku rahsiakan darinya… demi kebahagiaannya bersama bakal suaminya itu… Rumah usang milik Mak Cik Pah, yang telah menumpangkan aku sebelum ini , ku lawati sehingga mengingatkan kembali kisah silam itu. Kini rumah bagai hampir runtuh ditiup angin pantai… Tiba-tiba, ‘BAOMM!!’ …guruh berdentum mengejutkan aku, bergemuruh di dalam dada ku ini seketika seolah-olah menyuruh aku membongkarkan rahsia ini demi cinta yang tidak pernah padam… Tapi bagaimana??… apakah dia akan menyintaiku semula??…percayakah dia dengan cerita 15 tahun yang silam ini??…bisakah aku memilikinya kembali? Jom bikin e-cerpen : comment
Prolog Pilihan – By Zack!
YES! Akhirnya bro dapat juga memilih satu prolog yang bagi bro sangat berkualiti. Semua yang hantar bagus-bagus sebenarnya, namun prolog ini bro pilih adalah kerana cara penulisan Zack yang Cool, ideanya yang unik dan berbeza dari cerita biasa. Jalan ceritanya juga menarik, ada cinta tapi tidak jiwang, tidak heavy! Tetapi bro ada DUA permintaan lah… 1. Untuk mengelakkan cerita ini lari dari konsepnya, ada 1 syarat yang perlu dipatuhi, selain dari syarat ini, anda masih free berkarya. ~ “Tidak boleh ditukar menjadi sebuah cerita sebuah mimpi, fantasi atau khayalan.” 🙂 2. Bongkarkan persoalan dari prolog ini, “Bagaimakah boleh berlaku kejadian buruk itu?…Apakah ada sebuah perhubungan cinta?…Siapakah yang memfitnah? Adakah akan ada bukti siapa yang bersalah? 😛 Ok??…that’s all, selebihnya gunakan segala kreativiti dan khayalan anda yang mengukir kepada kenyataan! ON WITH THE PROLOGUE… “Aku Tidak Bersalah!” Penulis: Zack, Shed, Razzi, Nissya, Samara, Lizz, Anor… Hukuman telah di jatuhkan. Tertunduk Azroy mengenangkan nasibnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya lafaz hakim, “… hukuman yang di jatuhkan kepada Azroy bin Mustafa, adalah penjara seumur hidup di atas kesalahan membunuh Faliza bt Musa!” Kedengaran tangisan ibu dan keluarga Azroy sayup-sayup sedih. Suara orang ramai yang berbisik sesama sendiri juga mula bergema di dalam bilik perbicaraan yang sebentar tadi sunyi ‘ Apakah nasib ku?…aku tidak bersalah!’ bisik hati kecil Azroy buat kali ke seribu mungkin. Seperti kilat menyambar, Azroy tergambar tubuh Faliza yang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Entah bagaimana ianya berlaku begitu, bagaimanakah pula gadis itu boleh berada dirumahnya, Azroy tidak tahu. Di ketika itu, dia baru pulang dari masjid menunaikan solat subuh. Berketayap putih, berbaju melayu dan berkain pelikat, Azroy rebah ke lututnya di hadapan tubuh Faliza yang terbujur kaku. ‘Apa dah jadi? Siapa yang tergamak berbuat begini?’ Kedengaran bunyi siren polis menghampiri kediaman Azroy. Masih kaku, bagaikan putus akal, Azroy tidak bergerak sehingga pihak polis tiba. “Jangan bergerak!” Anggota polis menghunuskan pistolnya dibelakang Azroy. “Err..err..aku…aku tidak bersalah!” Kata Azroy, panik dan kebingungan. Sedar-sedar, Azroy digari dan dibawa ke kereta polis, yang terus meninggalkan perkarangan rumahnya yang kini dipenuhi jiran-jirannya. ‘Aku tidak bersalah!’ jerit hati kecil Azroy apabila menyaksikan jiran-jirannya yang saling berbisikan. Persoalan yang sama bermain di fikiran Azroy sejak satu tahun yang lalu sehingga hari ini di bilik perbicaraan. Siapa yang melakukan ini? Siapa yang telah membunuh Faliza yang disayangi? Siapa yang telah memerangkapnya sehingga dirinya dipersalahkan? ‘Aku tidak bersalah…aku tidak tergamak melakukan perkara sebegini!’ Bilik perbicaraan menjadi sunyi sepi semula. Semua diminta bangun untuk menghormati hakim keluar dari tempatnya. Azroy menoleh ke belakang kepada keluarganya yang masih teresak-esak. “Aku tidak bersalah ibu… ayah… aku tidak bersalah!” Namun, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Azroy yang digari, dibimbing keluar… Semuanya masih tersemat di fikirannya. Segalanya bermula 3 tahun lepas ketika pertama kali bertemu mata dengan insan yang bernama Faliza. Seorang pekerja baru di syarikatnya. Memang tidak dapat di nafikan, ramai yang terpaku dengan kejelitaannya… Jom bikin e-cerpen : comments Aku Tidak Bersalah! Minda Ingin Bercinta
HOT NEWS!!…
Berita baik untuk anda !! Okey, apa kata this time around, kita buat different sikit. Kali ini, ANDA YANG MULA DULU…best tak??? Haaa…sure best punya! Sesiapa sahaja boleh menghantar “prolog” , bro akan pilih prolog terbaik untuk disiarkan pada hari isnin ini untuk kita semua sambung! Guideline?…NO GUIDELINE! It’s FREE! You all boleh buat apa cerita sekali pun. Tapi janganlah panjang sangat. It’s a prolog, ‘PERMULAAN’ Okey… 😉 BUT…kepada yang berminat, bro nak kongsi beberapa tip yang cukup menarik yang pernah bro belajar dulu. Tip1. The Roman poet, Horace pada kurun ke 14 pernah berkata, “Grab your reader by the throat from your very first sentence.” Maknanya, sedari baris pertama lagi kita kena buat mereka yang membaca giler kat cerita kita, pilih perkataan berbisa, yang akan menarik semua orang terus membaca dengan penuh minat! Tip2. Selalu sangat penulis dinasihati, menulislah dari sesuatu yang anda tahu. Supaya cara penulisan anda lebih senang dan berbeza. Bagi saya itu… “KARUT!” Kita ambil 1 contoh novelist yang bro sangat admire : J.K Rowlings yang menulis novel Harry Potter. Saya telah membaca keenam-enam novel beliau (Now dah ada yang ke 7) Macamana dia boleh buat kita terus membaca dengan ketebalan antara 300 hingga lebih 900 muka surat?. Adakah Joanne pernah menjadi ahli sihir? Adakah dia tahu tentang dunia magik? Fantasi? NO!…dia hanyalah insan biasa yang tinggal di Edinburgh, Scotland, rumah buruk je…dulu la now dah multi millionaires dan novel-novelnya telah terjual lebih 325 Juta unit seluruh dunia! So…yang penting, Daripada menulis mengikut apa yang kita tahu, adalah lebih baik kita menulis mengikut apa yang kita suka, minat or really love doing it! Kerana…apabila kita suka sangat, cinta, sayang…kita akan mengambil tahu tentangnya, do the research, belajar mengenainya, cuba mengetahui dan akhirnya, kita lebih tahu tentangnya! So all the best! 😆 Bro tunggu your prolog. Please hantar sebelum hari Ahad! to info@razzirahman.com Jom bikin e-cerpen : LIBRARY Minda Ingin Bercinta The End is near “Jeans” Salam Perkenalan!
Minda Ingin Bercinta…
Ditulis Oleh : Razzi, Dini, Leo, Azwa, Lizz, Samara, CeQda, Shed…anymore?? IQ 180, “Melangkaui batas manusia biasa!” Itulah ayat yang selalu ayah aku gunakan. Itulah juga yang sering diheboh-hebohkan kepada seluruh kampung, malu aku. Anaknya sangat bijak…berpelajaran tinggi dan best student…itulah kata-kata ayah selalu. Cukup-cukup bangga setiap kali bercerita. Sedangkan aku duduk diam di situ seperti satu objek. Bahan untuk mereka berbual dan merasa hairan. “Ya IQ aku tinggi …tapi aku hanya budak biasa je!” Cara mak lain pulak, tapi tetap merengek bercerita dan berbangga dengan anak lelaki seorang dia ni yang bagi dia cute, comel, manis… “Oh God Ma…I’m a boy!” Soalan yang selalu sangat ditanya pada aku pula, “Irman dah ada girlfriend belum?…pilih yang manis-manis tau…cepat-cepat sikit…mak sunyi!” …huh!, nak aku cepat- cepat ada girlfriend tapi sebab nak temankan dia. Namun, akhirnya saat yang aku tunggu tiba jua…saat dimana aku dan mak juga ayah akan berpisah. Pada usia yang agak muda, keputusan exam aku memang terbaik, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke sebuah Universiti. Di situlah aku mulai mengalami berbagai perubahan yang tidak pernah aku terfikir. Di situ jugalah aku mulai meminati seorang gadis bernama, Salina. Di situlah juga segala-galanya bermula, inilah kisah aku… Jom bikin e-cerpen : LIBRARY The End is near “Jeans” Salam Perkenalan!
The End is near…MERDEKA!
Merdeka! 🙂 Semangat sikit ekk…tapi yang buat Bro lagi teruja ni hah… “Jeans” Yep…nampaknya e-cerpen pertama kita sudah hampir kepada penghujungnya. Remember the deal?…Sabtu 12mlm adalah penamatnya. So, you all dah fikir ke ending cerita ni macamana??!…pening gak kan…tapi interesting! Siapa yang nak buat ending tu tak tahu lah…mungkin sesiapa saja…fuhhh! Berdebar-debar gak ni 🙂 Alright before that, nak announce sikit ni…the e-cerpen program is ready and inilah covernya…cam? Seksi? hehehe 😆 Seksi tapi simbolik…Im very sure you all faham punya apakah maksud cover itu…gempak tak? keh!keh!… SOON, Boleh DOWNLOAD FREE!!…bro kena edit dulu la cerita tu, kasi masyuk tul2… Ok, I got reminder sini sikit:- Nama you all, nickname is okay tapi biarlah ada nama tu…nanti takkan bro nak tulis kat dalam ecerpen tu nanti, penulis : Tahun2020 atau ###$$$Rimau haaa leceh lah hihihiihi…Kita pun nak dikenali kan, manalah tahu besok jadi terkenal. Apa ada pada nama??… NAMA ADALAH SEGALANYA 😉 Bro ada detected salah seorang telah main ‘TIDAK ACI’ punya 😛 …yep! Ada la orang tu kan, dia sambung dia punya sendiri… dont la like that friend… Bro tak nak lah delete post tu pulak nanti… lebih-lebih sikit2 Bro tak kisahnya… Janganlah sampai buat 2 nickname pulak. Kalau pakai nama sendiri lagi DIGALAKKAN! The next idea yang Bro ada ni, hope you all boleh fikirkan bersama. Idea ni Bro punya Sifu yang cadangkan, memang ngam arr…Ok cam ni, kita akan bikin e-Cerpen secara berkumpulan pulak, boleh? Ok…you all fikir-fikir dulu then cari-cari team mate dulu. YANG PENTING, bukan orang yang sama la… Bro boleh tahu…wo 😉 ON MONDAY kita akan ada NEW STORY… it will be different, dan mungkin juga lebih santai. Ceritanya dah ada, nak tahu tak??…hehehe, ok tak nak rahsia2 kali ni. It’s about LOVE, tapi kasi nangis sikit la 😛 . BUT it’s all up to you guys, Bro boleh start anything, tapi you all yang mencorakkannya…nanti Brother Love celah-celah ler dan sambung…sambung… **03 September 2007 : Sebagaimana yang dijanjikan, anda boleh dapatkan e-Cerpen anda di sini…It’a a FREE PRODUCT and NOT FOR SALE! GO HERE >>> FREE E-CERPEN DOWNLOAD
“Jeans”
Oleh : Razzi Rahman, Shed, Lizz, Dini, Samara, Azwa, Shah, Aisyah “Aaarrrrgghhhh!” Jeritan nyaring gadis berwajah bujur sireh itu benar-benar membingit suasana rimba sehinggakan bergegar dedaun pokok menggugurkan embun jernih di pagi hari. Tersedar dari lenanya yang panjang, dia kebingungan memandang sekeliling… “Di neraka kah aku ini?” suaranya yang mendalam berbisik sendirian sambil mencuba untuk berdiri walau seluruh anggota tubuh badannya masih terasa lemah… Tiba-tiba, “Hello Jeans…” tegur lembut satu suara seorang lelaki dari belakangnya yang dia cukup kenal dan sekilas itu juga seperti satu ingatan ngeri terpancar bercahaya di depannya. Mata tajamnya terbeliak membulat terkejut, lantas sepantas kilat, dia terus lari dengan lajunya merempuh hutan tebal membiarkan kakinya yang agak panjang membawa dia kemana sahaja tanpa mengira arah tujuan. Dalam seketika, sinar harapan terpancar di wajahnya apabila terdengar bunyi seperti memekik di keheningan pagi. Dia terus berlari mengikut bunyi yang masih bergema di telinga. “Tungguuu!!!” Jeritnya dengan nafas yang sesak dan tersekat-sekat…Namun, kehampaan jelas terbayang ketika melihat ekor gerabak sudah pun menghilang melalui landasan yang membengkok ke barat, dengan bunyi nyaring seperti wisel turut lenyap di kejauhan. Asap dari enjin bergumpalan di udara seketika sebelum dihembus pergi oleh deruan kencang angin panas yang melecetkan pipinya yang gebu dan memedihkan rongga hidungnya yang tirus. “Errhh…mati aku…”