Prolog Pilihan – By Zack!

YES! Akhirnya bro dapat juga memilih satu prolog yang bagi bro sangat berkualiti. Semua yang hantar bagus-bagus sebenarnya, namun prolog ini bro pilih adalah kerana cara penulisan Zack yang Cool, ideanya yang unik dan berbeza dari cerita biasa. Jalan ceritanya juga menarik, ada cinta tapi tidak jiwang, tidak heavy!

Tetapi bro ada DUA permintaan lah…

1. Untuk mengelakkan cerita ini lari dari konsepnya, ada 1 syarat yang perlu dipatuhi, selain dari syarat ini, anda masih free berkarya.  ~ “Tidak boleh ditukar menjadi sebuah cerita sebuah mimpi, fantasi atau khayalan.” 🙂

2. Bongkarkan persoalan dari prolog ini, “Bagaimakah boleh berlaku kejadian buruk itu?…Apakah ada sebuah perhubungan cinta?…Siapakah yang memfitnah? Adakah akan ada bukti siapa yang bersalah? 😛

Ok??…that’s all, selebihnya gunakan segala kreativiti dan khayalan anda yang mengukir kepada kenyataan! ON WITH THE PROLOGUE…

“Aku Tidak Bersalah!”

Penulis:

Zack, Shed, Razzi, Nissya, Samara, Lizz, Anor…

Hukuman telah di jatuhkan. Tertunduk Azroy mengenangkan nasibnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya lafaz hakim,  "... hukuman yang di jatuhkan kepada Azroy bin Mustafa, adalah penjara seumur hidup di atas kesalahan membunuh Faliza bt Musa!"

Kedengaran tangisan ibu dan keluarga Azroy sayup-sayup sedih. Suara orang ramai yang berbisik sesama sendiri juga mula bergema di dalam bilik perbicaraan yang sebentar tadi sunyi ' Apakah nasib ku?...aku tidak bersalah!'  bisik hati kecil Azroy buat kali ke seribu mungkin.

Seperti kilat menyambar, Azroy tergambar tubuh Faliza yang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Entah bagaimana ianya berlaku begitu, bagaimanakah pula gadis itu boleh berada dirumahnya, Azroy tidak tahu. Di ketika itu, dia baru pulang dari masjid menunaikan solat subuh.

Berketayap putih, berbaju melayu dan berkain pelikat, Azroy rebah ke lututnya di hadapan tubuh Faliza yang terbujur kaku. ‘Apa dah jadi? Siapa yang tergamak berbuat begini?’

Kedengaran bunyi siren polis menghampiri kediaman Azroy. Masih kaku, bagaikan putus akal, Azroy tidak bergerak sehingga pihak polis tiba. "Jangan bergerak!" Anggota polis menghunuskan pistolnya dibelakang Azroy.

"Err..err..aku…aku tidak bersalah!" Kata Azroy, panik dan kebingungan.

Sedar-sedar, Azroy digari dan dibawa ke kereta polis, yang terus meninggalkan perkarangan rumahnya yang kini dipenuhi jiran-jirannya.  ‘Aku tidak bersalah!’ jerit hati kecil Azroy apabila menyaksikan jiran-jirannya yang saling berbisikan.

Persoalan yang sama bermain di fikiran Azroy sejak satu tahun yang lalu sehingga hari ini di bilik perbicaraan. Siapa yang melakukan ini? Siapa yang telah membunuh Faliza yang disayangi? Siapa yang telah memerangkapnya sehingga dirinya dipersalahkan? 

‘Aku tidak bersalah…aku tidak tergamak melakukan perkara sebegini!’

Bilik perbicaraan menjadi sunyi sepi semula. Semua diminta bangun untuk menghormati hakim keluar dari tempatnya. Azroy menoleh ke belakang kepada keluarganya yang masih teresak-esak. "Aku tidak bersalah ibu... ayah... aku tidak bersalah!" Namun, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Azroy yang digari, dibimbing keluar…

Semuanya masih tersemat di fikirannya. Segalanya bermula 3 tahun lepas ketika pertama kali bertemu mata dengan insan yang bernama Faliza. Seorang pekerja baru di syarikatnya. Memang tidak dapat di nafikan, ramai yang terpaku dengan kejelitaannya...

Jom bikin e-cerpen : comments

New Logo

20 Comments

  • How add your site to dtechnorati?

  • shah

    ohh, gitu zack. hebat! tapi kalau kat bollywood,peminat tak puas hati dengan watak hero boleh bakar panggung wayang tau! tapi ini malaysia beb!

  • azwa

    wahh.. mmg best!! saya tabik spring kat korang semua yang terlibat..

    yup, dari mula prolog sy dah rasa teruja dan dpt rasa keunikan cerita ini.. kira berbaloi arr keterujaan saya hingga penamatnya.. 😉 terlepas gue nak menyelit.. hehe.. busy.. busy arr.. tak per esok masih ada.. 😀

    zack, tahniah! anda boleh jadi penulis yang berbakat kalau awak terus gilap bakat awak tuh.. percayalah cakap saya.. ;).. tpkan ttg misteri dendam Faliza dengan Datuk Hasyim rasanya masih belum terungkapkan?.. walau apa pun citer nih tetap best!

  • lizz

    lor…baru nk smbg,konon2 ade idea..skali abis dah…kikiki!!!it’s ok..tggu next cerpen lh ek:)

    zack~ good job!!very creative…sy sker ngn ur prolog!! best sgt2…

  • nissya

    BRAVO! GOOD JOB ! So Zack…plse start another great prologue..kitorang akan ‘menempel’sekaki!

  • Zack

    Thanks bro rr, insyaallah kalau ada masa i join lagi. 🙂

    Sebenarnya ada moral disebalik cerita ini iaitu:

    “Walaupun u lari dari berzina, syaitan hasut u membunuh pulak…”

    Kedua-duanya adalah antara dosa yang paling besar di sisi agama, bulan-bulan Ramadhan ni, elok lah tu diingatkan dnegan pesanan2 agama.

    Shah – terima kasih, actualy memang i nak buat Azroy “bunuh dengan sengaja”. kalau tolak and bunuh tak sengaja, tak beri effect “membunuh” pulak. Disengajakan kasi pembaca terkejut beruk 🙂

    ps: bukan cerita saya yang hebat… sambungan pembaca2 yang lain yang membuatnya hebat! saya mula & menutup sahaja. Tahniah kepada semua yang terlibat!

  • shah

    hebat!hebat!hebat!
    azroy menghayun pasu bunga ke kepala faliza, kat situ emosi saya tak sejutu, nampak macam azroy tu,perompak,penyamun. kalau ‘buat’ azroy tak sengaja menolak faliza,menyebabakan faliza terjatuh dan terkena pasu bunga,tak nampak ganas sangat si azroy tu. walau apa-apa pun, cerita zack hebat!
    saya lebih suka sekali membaca baris yang sama yang ditulis oleh bro razzi,pergh!

  • Terimakasih kepada semua yang terlibat, bro sangat2 teruja dan menghargai anda semua!!

    Zack, thanks a lot! Anda adalah seorang penulis yang sangat berpotensi. Bro tak sangka langsung ending dia boleh jadi camtu hingga membuatkan E-cerpen ini sangat interesting, short and sweet! 😉

    And Zack, bro harap Zack terus join kita kat sini ok…For this story, nanti bro akan buat e-cerpen program secepat mungkin dengan design yang power punya k. 🙂

    So guys, please states your comment for this e-cerpen. Semua pendapat amat dihargai…

  • Zack

    Azroy melelapkan matanya dengan seribu persoalan bermain di dalam benaknya.

    Knock knock…

    Azroy terbangun dari tidurnya oleh bunyi ketukan pintu rumahnya. Dilihat jam di tepi katilnya menunjukkan pukul 4 pagi.

    “Siapa pula datang pagi-pagi begini” bisiknya.

    Perlahan-lahan Azroy turun ke ruang tamu, kearah pintu. Perlahan-lahan membuka daun pintu. Amat terkejut melihat Faliza berdiri di situ berpakaian amat menggairahkan…

    “Apa kau buat di sini?” Tanya Azroy

    Faliza memaksa masuk ke ruang tamu rumah Azroy tanpa diundang.

    “Eh… apa ni. Tak baik datang ke sini sebegini… nanti apa pula orang kata!” jelas Azroy.

    Faliza mendiamkan diri dan menghampiri Azroy perlahan-lahan.

    Tidak… tidak… tidak! Aku tidak akan tertewas dengan nafsu! Jerit hati Azroy.

    Azroy mencapai pasu kaca perhiasan berhampiran, lalu menghayunkannya ke kepala Faliza. Masih membisu, darah berlumuran mengalir dari kepalanya. Wajah Faliza terkejut. Tangannya perlahan-lahan memegang kepalanya yang berlumuran darah, lalu dilihatnya darah membasahi tangannya.

    “Azroy… maafkan aku…”

    Itulah kata-kata terakhir Faliza sebelum dirinya rebah di ruang tamu. Kaku berlumuran darah.

    Ya Allah, apa telah aku lakukan! Aku tidak bersalah!

    Mati akal, Azroy bergegas ke biliknya. Lalu menyalin pakainannya… mengenakan baju melayu, kain pelikat dan berketayap putih. Mati akal, Azroy bergegas meninggalkan rumahnya, dan menuju ke masjid. ya Allah… aku tidak bersalah. Aku insaf kepada-Mu! Ampuni dosa-dosa aku.

    *********************

    Allah menghalang perbuatan berzina dan membunuh. Rasulullah berpesan, Al-Imam Ahmad berkata:

    “Aku tidak mengetahui sebuah dosa – setelah dosa membunuh jiwa- yang lebih besar dari dosa zina.”

    *********************

    Di kamar penjara Azroy menyepi. Melihat masa depannya yang tidak lagi bererti. Godaan syaitan dan nafsu amat kuat sehingga sesiapa sahaja boleh tertewas, tidak kira bila, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.

    Aku tidak bersalah! bentak hati Azroy. Menipu dirinya kali yang ke seribu.

    “AKU TIDAK BERSALAAAHHH!!!!” Jeritnya sekuat hati di kamar penjara.

    ===============TAMAT===============

    prologue & epilogue by: Zack! 🙂

    Terima kasih semua kerana menyambungkan cerita ini. Inilah hasil dan penamatnya 🙂 Semoga semua terhibur.

    ps: bro Razzi, saya tamatkan awal sikit cerita oleh kerana last post oleh anor is just what I need to put it to an end.

    Congrats to eCerpen! Moga melahirkan lebih ramai penulis-penulis cerpen yang kreatif!

    Selamat berpuasa!

  • anor

    Faliza … nama gadis itu bermain-main di ruang fikirannya. Saat hati mula menaruh harapan, Faliza rupanya sudah mempunyai kekasih hati. Di pertemuan itu, jelas mereka berdua rapat benar dan yang lebih memeranjatkan mereka sedang merancang satu misi. Misi yang masih lagi misteri. Dia tidak pasti apakah yang bermain di benak mereka berdua. Pelbagai persoalan hadir. Siapa Faliza yang sebenarnya? Apakah dendam yang tersumat menyebabkan dia nampak tekad benar melaksanakan sesuatu untuk menjatuhkan Datuk Hasyim.

    Faliza bukan gadis biasa yang dia sangkakan. Gadis yang mungkin menjadi insan istimewa di hatinya sejak pertama kali perawan itu mula bekerja di syarikat itu. Malam itu tidurnya pasti tidak lena. Azroy dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan pelawaan Faliza dan tunangannya itu. Dalam diam, dia berdoa pada Allah agar dirinya dijauhkan daripada segala musibah dan terselamat daripada godaan syaitan dan nafsu.

  • nissya

    “Don’t worry …leave it to me!” Faliza memberi jaminan pada Ben yang dia tahu macam mana nak ‘handle’ Azroy supaya berkompromi dengan mereka.

    “Are you sure?”…nampak macam susah nak makan je!”…

    “Well…! I tau si Azroy ni syokkan I…ayat sikit…lentok la!” Faliza tau sangat macam mana nak jinakkan Azroy. Dia berani jamin…tak sampai seminggu…disuruh cium lutut pun Azroy sanggup! Inilah kelebihannya jadi ‘awek cun’ seperti kata si Zul sewaktu pertama kali terpandang kelibat Faliza di pejabat Datuk Hasyim tempohari.

    Faliza memang sangat-sangat memerlukan bantuan Azroy untuk melaksanakan agenda pentingnya terhadap Datuk Hasyim. Tugasnya sebagai pereka laman web dan pakar IT menjadikan Azroy calon yang sangat sempurna untuk ‘misi’ ini! Faliza tak akan mensia-siakan peluang ini. Walau apa pun, dia sanggup pertaruhkan untuk mendapatkan kerjasama Azroy. Walau ‘tubuhnya’ akan jadi pertaruhan sekalipun!

  • “Kenapa dengan Datuk??..bantuan apa yang kamu berdua nakkan?” Azroy menyoal bertalu-talu. Dalam pada itu dia masih lagi melayan rasa terkilannya setelah mengetahui yang Faliza tunangan orang. Faliza dan Ben saling berbalas pandangan. Akhirnya kedua-dua mengukir senyuman yang sukar untuk dimengertikan.

    “Kami ada rancangan ‘besar’ untuk orang tua kutuk tuu!” Ben mencelah. Raut wajah Azroy berubah serta-merta.

    “Apa yang kamu berdua cakapkan nih? Kamu ada niat jahat dengan Datukkan?..no…no..jangan cuba nak libatkan aku! Kamu salah oranglah!!” Azroy mengalihkan pandangannya ke lain.

    “Come on laa Roy..I tau you memang pekerja Datuk yang paling loyal..tapi apa yang you dapat dengan kesetiaan tu..?, ada dia bagi gaji lebih ke?..pernah ke dia hargai kerja-kerja keras you?..” pujuk Liz, cuba meracun fikiran Azroy.

    “Neverkan?” Celah Ben sambil tersenyum sinis.

    Azroy cuma diam membisu seketika… “Memang aku tak pernah dapat semua tu dari Datuk!.tapi aku sekali-kali takkan libatkan diri dengan kerja jahat kau orang berdua!” Azroy terus beredar segera tanpa menoleh sepicingpun ke arah mereka.

  • Zack

    Azroy tersentak dari lamunannya. Ianya bukan mimpi. Di kamar penjara Azroy menyepi mengenangkan detik pertama kali bertentang muka dengan insan bernama Faliza.

    Persahabatan dengan Faliza berterusan sebagai teman pejabat. Hanya sebulan kemudian, barulah Faliza memberitahu Azroy bahawa drinya sudah bertunang.

    “Azroy, ini Ben… tunang saya” Tegur Faliza ketika bertemu di Starbucks.

    Azroy hanya tersenyum dan menyambut salam Ben.

    “Azroy, aku dan Ben ada masalah… perlukan bantuan kamu. Berkaitan dengan Datuk Hasyim…”

    “Bantuan saya?” desus hati Azroy…

  • Di perkarangan The Ascott Kuala Lumpur, hotel apartment mewah, sebuah SUV besar berjenama Porsche Cayenne terpakir dengan ekzosnya berwap dan enjinnya terpasang tanpa bunyi. Seorang lelaki berkumis nipis kelihatan tidak henti-henti mendengus, mengeluh kegelisahan seolah-olah menantikan sesuatu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berlagu, dia menjawab… “Semua beres?!”

    “Yes Ben!…macam masuk sekolah tadika, He’s too easy!” jawab satu suara manja.

    “Good!…perlahan-lahan kita cucuk jarum dan racunkan fikiran mereka yang tidak ternilai baginya Hahaha! Teruskan rancangan kita, tapi ingat Liz!…NO FALLING IN LOVE!”

    “No way Ben!” Tegas Faliza yang berada di bangunan pejabat KLCC, hanya seberang jalan dari tempat Ben bercakap. ‘Okey, pergi dulu…bangsat tu dah keluar bilik!’ bisik gadis itu sambil mematikan talian serta-merta, “Err…ready Datuk?”

    “Let’s go Darling!”

  • “Okey lah..lain kali kita boleh berbual panjang lagi, baru je mula, tapi I dah ada kerja penting ni…nak kena ikut datuk jumpa kliennya.” Faliza beredar perlahan-lahan sambil memberi senyuman yang terus mekar di bibirnya yang tebal.

    Nafsu lelaki Azroy bergelojak menggeletar, ‘Aii..Faliza ni, kalau ikut hati mahunya aku buat bini sekarang jugak!’ Getus hati kecil Azroy namun dalam masa yang sama senyuman nakal bermain di bibirnya. ‘Huh!..jangan nak cari pasal! perempuan macam tu belum tentu mak aku setuju nak buat menantu..’ ngomel Azroy lagi sendirian.

    “Mak..mak..alahai rindunya aku kat kampung..” Fikirannya mula melayang mengingatkan kampung halamannya. Bukan Azroy tak tahu, kedua-dua orang tuanya cukup mengambil berat soal agama. Sejak kecil lagi dia diasuh supaya menjadi anak yang soleh dan taat pada orang tua. ‘Balik KL tu, sembahyang jangan tinggal, kerja, kerja jugak…jangan mendekati maksiat…kalau dah ada yang berkenan di hati cepat-cepat bawak balik rumah jumpa mak ngan abah!’

    Satu-persatu pesanan emaknya terngiang-ngiang ditelinga. Sesekali matanya menjeling ke arah betis Faliza yang bertelanjang bulat itu dan hanya dilitupi sarung kaki yang nipis sahaja. Sekilas dia turut mengerling ke arah meja Zul. Lelaki itu sedang khusyuk memerhati Faliza yang sedang bersiap-siap dengan fail di tangan menunggu kelibat bosnya. Beberapa kali rakannya itu meneguk airliur. Azroy sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

  • lizz

    Azroy melabuhkan dirinya di atas kerusi. Cuba menahan rasa tidak puas hati dengan sikap bosnya, Datuk Hasyim.

    ‘Dasar lelaki buaya darat! pantang nampak perempuan dahi licin, semua kerja penting pun boleh tergendala. Kalau tidak, tak sempat aku nak sejukkan kerusi empuk aku ni…adalah saja tugas baru orang tua tu bagi. Ish, geram betul!!’ Azroy melepaskan rasa marahnya seorang diri.

    Dalam asyik dia melayan perasaan marahnya pada Datuk Hasyim, Faliza melintas di hadapannya dan sambil menghulurkan tangan, “Hi saudara, saya Faliza. PA baru Datuk Hasyim. Sorrylah kalau saya menganggu urusan saudara dengan Datuk tadi…”

    Azroy terkesima dengan kejelitaan Faliza, ‘Cantiknya awek ni..erm..’ jerit hati kecil Azroy. Mulutnya kelu seribu bahasa. Tergamam dengan kecantikan Faliza.

    “Awak ok?”, Faliza bersuara setelah dilihatnya ada sesuatu tidak kena dengan Azroy.

    Azroy tersedar,terkebil-kebil matanya memandang Faliza, “Eh, maaf…erm, saya Azroy. Saya pereka laman web di syarikat ni. Awak cantik…”, Tanpa disedari, mulutnya yang membeku terkeluar pujian kepada Faliza. “Oops!…sorry…” Azroy memekup telapak tangannya malu…

    “It’s okay…Erm, thank you so much Roy…awak pun apa kurangnya….handsome!” Balas Faliza sambil memberi senyuman yang sangat manis sekali sehingga tersengeh-sengeh Azroy.

  • Samara

    “Oh, I memang tak kisah, it’s a small matter Datuk. Di mana ada you Datuk, di situ ada I, I akan buat you selesa dengan I” Faliza senyum menggoda…

    Bagai nak runtuh jantung Datuk Hasyim melihat senyuman Faliza. “Tak sia-sia I ambil you bekerja Faliza… PA macam ni lah yang I mahukan, bukan macam yang sebelum ni tu, semua useless!” Datuk Hasyim memancing kata.

    “Of course Datuk, I won’t disappoint you darling…” Faliza cuba meyakinkan bosnya. “You are the best Faliza… Faliza memang World!!!” Mereka sama-sama ketawa tanpa mengetahui rancangan masing-masing.

    ‘Hasyim, Hasyim, kau memang tak berubah, kau tunggu jelah nasib kau Hasyim….’ Dalam diam Faliza cuba merencanakan sesuatu.

    ‘Faliza, Faliza, aku akan memiliki kau Faliza…’ Datuk Hasyim bermonolog sendiri.

  • nissya

    Bagai ‘pucuk dicita, ulam mendatang’! Datuk Hasyim tersengih..hampir sahaja meleleh air liur kerana mulutnya yang tak dapat ditutup-tutup dek kerana ‘teruja’ dengan PA barunya.

    “Okey…kerja jadi PA I ni memang nampak mencabar..maklumlah, saya ni sentiasa sibuk!..selalu outstations!..Jadi..secara tak langsung you pun kena ikut I lah!Hubungan I dengan you mesti baik dan erat!..kalau you boleh erat lebih dari hubungan pekerja dengan majikan …lagiii…baik!!” Sihidung belang sedang mengeluarkan taringnya perlahan-lahan. Siapa tak kenal Datuk Hasyim..jutawan korporat aka playboy!…

  • Belum pun sempat Azroy mengetuk pintu, tiba-tiba ianya dibuka dari dalam, tercegat Datuk Hasyim tersenyum simpul. “It’s okay Roy…err..ahh he..he…”

    Azroy pantas menyedari garis pandangan mata Datuk Hasyim menembusi segala halangan terus menyinggah kepada gadis yang berdiri senget ke meja Zul sambil mejeling manja kepada bosnya.

    “Datuk Hasyim?” tanyanya.

    “Ya!…Ya!” Sambil menghulurkan salam, “Faliza is it?”

    “Yaaa…sayaa…emmm..” sambut gadis itu dengan nada suaranya yang begitu menggiurkan. Sehinggakan Zul ternganga keras di situ, terpana dengan liuk lentuk tubuhnya pabila bersalam dengan Datuk Hashim yang juga jelas teruja.

    Sambil meramas erat telapak tangan yang selembut kulit bayi itu, “Saya ada mendengar, bakal personal assistant saya ni cantik, tapi…err…emm…tak sangka pula mengalahkan Maya Karin…emmm hehe…”

    “Oh really? ahh…Datuk ni, thanks…” Faliza membiarkan saja tangannya terus tergenggam diheret perlahan-lahan menuju masuk ke ofis Datuk Hasyim. So…adakah ini bermakna, I’m hired Datuk?”

    “Yes! yes…yes…you are darling!”

    “Err Datuk, ada apa-apa yang…”

    “Roy, NEXT TIME!” Membulat mata Datuk Hasyim mengerling ke wajah Azroy mengharapkan dia memahami.

    Azroy mengangguk faham walau dia kurang setuju dengan cara bosnya itu. Tetapi, apa boleh dia buat, suasana di dalam ofisnya itu sudah begitu lumrah dengan sikap lelaki-lelaki yang bertuhankan wanita dan sex semata-mata!

  • “Wehh!..ada awek baru masuk tuu..cun gilaa..naik angau aku!” Zul mencuit bahu Azroy yang ketika itu sedang leka dengan laptopnya.

    “Apa kau nih? anak dah nak masuk sedozen ada hati nak pandang anak dara orang lagi?” Azroy menggeleng-geleng kepala melihatkan kelakuan teman sepejabatnya yang sememangnya pantang melihat perempuan berdahi licin.

    “Alamak..relax ar brother, bini..binilaa lain cerita..aku dengar minah ni secretary baru bos kita.” Matanya masih melekat pada lenggokan menggoda seorang gadis jelita yang sedang menuju ke mejanya.

    “Dah..dah..pergi buat kerja kau tuu, bos datang karang aku tak mahu berjawab!”

    Azroy sememangnya agak komited dengan kerja-kerjanya. Baru 2 tahun dia bertugas sebagai pereka laman web di syarikat tersebut dia sudah diberi kepercayaan untuk menguruskan semua perihal yang berkaitan dengan pengiklanan produk syarikat di internet.

    “Roy..datang bilik saya sekejap!” Tiba-tiba suara garau milik Datuk Hasyim kedengaran dari interkom di meja Azroy.

    “Baik Datuk!” Tanpa berlengah Azroy terus bergegas ke bilik bosnya.

    Datuk Hasyim sememangnya amat menyukai keperibadian yang ditunjukkan oleh stafnya yang seorang ini. Segala perihal syarikat akan dirujuk kepada Azroy untuk meminta pendapat dan pandangan. Walaupun tidak semua pandangan atau cadangan itu diterima. Semua itu menimbulkan perasaan cemburu dan iri hati di kalangan staf-staf lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons