Buku Nota Cinta Razzi Rahman


Anda ada pertanyaan atau persoalan cinta? Ingin mendapat bimbingan atau jawapan tentang cinta? Di sinilah tempatnya!

“Apakah anda perlu membayar? TIDAK! Satu sen pun tidak!…IT’S FREE!!”

Inilah sumbangan Razzi Rahman @ Brother Love kepada anda selama 2 tahun ini. Segala pengalaman saya sendiri selama lebih 10 tahun, pahit maung, suka dan duka telah saya lalui di dalam percintaan dan akhirnya berjaya menemui kebahagiaan! Dan Razzi mahu kongsikan dengan anda! SECARA PERCUMA!

Syarat & Terma :-

1 : Kepada yang ingin membuat pertanyaan, sila post kan soalan anda ke sini. Kepada yang sudah menulis masalah cinta diharap bersabar. Dan, sekiranya ada kawan-kawan bloggers yang ingin menolong, silalah baca persoalan cinta yang the latest one.

2 : Please set level ke minimum sahaja dalam menggunakan short form. JANGAN sehingga begitu susah untuk dibaca. Harus diingat, proses ini adalah percuma, untuk dikongsi dengan ramai pembaca blog Brother Love ini. Tak gunalah kalau tak boleh nak baca.

3. HakCipta terpelihara © 2006-2009 RazziRahman.com. Semua posting, pertanyaan, komen, jawapan adalah menjadi hakmilik Razzi Rahman Productions. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik

Pendapat anda amatlah dialu-alukan.

p/s : Anda juga ingin mendapat tip & nota cinta? klik di sini untuk dapatkan secara PERCUMA

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [866] Comments


“Apakah cinta anda sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?”

MERDEKA bermaksud…kebebasan atau lebih tepat lagi, bebas dari dijajah! …Apa yang ingin Bro Razzi perkatakan this time around adalah tentang cinta yang merdeka! Yang mana ianya juga bermaksud :-

~ Cinta yang bebas dari dikawal secara paksa
~ Cinta yang bebas dari dijajah secara mental.
~ Perhubungan cinta tanpa terpaksa merasa risau dicurangi.
~ Perhubungan cinta tanpa rasa takut akan kehilanga orang yang kita sayangi.

Jika perhubungan cinta anda tergolong di dalam list di atas, maka you’re the most luckiest person kerana memiliki Cinta yang Merdeka.

Actually, syukurlah kerana ramai diantara kita yang sudah pun memiliki pasangan. Namun, cuba lihat semula perhubungan cinta anda. Adakah cinta anda itu sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?

I bet, cukup ramai yang memiliki cinta tetapi cinta yang masih dijajah!! Walaupun sudah sekian lama bersama, anda masih takut, risau, gelisah, dan selalu tertanya-tanya :-

  • Apakah perhubungan anda selamat?
  • Apakah pasangan anda curang?
  • Kemanakah dia pergi semasa aku tiada?
  • Mengapa dia tidak semesra dulu?
  • Mengapa hanya aku sahaja yang beria-ia sekarang?
  • Mengapa dia sudah tidak menelefon seperti masa mula-mula bercinta?
  • Apakah masih ada cinta? Apakah dia masih sayangkan aku?

Semua persoalan diatas ini adalah disebabkan anda memiliki cinta yang dijajah secara mentally dan cinta anda masih TIDAK MERDEKA!

Kerana, setiap perhubungan yang memiliki cinta yang merdeka, mereka… :-

  • Tidak terfikir pun pasangan mereka akan berlaku curang.
  • Tidak merasa hambar pun di dalam perhubungan.
  • Mereka tidak akan melalui masalah tentang tiada calls, tiada balasan sms.
  • Mereka juga saling merindu walaupun baru sahaja berjumpa.
  • Ingin sangat untuk dating, bertemu, dinner or lunch together setiap masa kalau boleh.
  • Kerana hangatnya cinta, mereka sentiasa berhubung, walau di mana pun berada.

Ini memberi makna pasangan itu memiliki cinta yang Merdeka, bukan terjajah dengan berbagai rasa yang mencurigakan hingga pasti menyakitkan hati!

SOLUTIONS : Sempena Hari Merdeka esok, please bebaskan diri anda dari dibelenggu di dalam perhubungan cinta yang dijajah secara paksa ini! Minda anda turut dijajah sehingga memaksa anda meninggalkan kehidupan normal anda, menjauhkan diri dari keluarga dan sahabat handai….hanya untuk dia yang langsung tidak menghargai anda!

Make your first step today, dengan menerima hakikat yang pasangan anda BUKAN untuk anda dan TIDAK AKAN  membahagiakan anda. If not, anda sudah lama Merdeka! Be strong dan KELUAR dari penjajahan ini!

Dengan ini juga Bro Razzi ucapkan selamat menyambut, 31 ogos 2010 hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semuga diri kita dan minda kita semua tidak dijajah lagi! ;)

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [11] Comments



“I rela jadi isteri ke 4 pun…jika lelaki itu seorang Ustaz!”

Lebih 10  tahun kata-kata Nor itu, masih segar dalam ingatan ku. Why? Well, keunikan seorang wanita bernama Nor Azlin, yang membuatkan aku agak amazed dengan pendiriannya dalam percintaan, kerana… Cintanya hanya kepada seorang Ulamak atau lelaki yang menyebar agama Islam, atau paling kurang pun seorang ustaz…Lelaki macam aku ni, hmm…tak berpeluang lahhh… :D

Aku dulu-dulu pulak, ada satu fasa dlm hidup aku ni dimana aku jadi minat kat girl yg bertudung dan berjubah seperti Doc Nor ni…well itulah panggilan yang aku selalu panggil dia.

Nor adalah seorang pelajar lepasan dari United Kindom di dalam jurusan kedoktoran. Pulang dia ke tanah air setelah sekian lama menuntut ilmu sepatutnya adalah ntuk berkecimpung di dalam bidang perawatan. Maybe working in a hospital or open up her own clinic. Well, at least that’s what her mother and her beloved father thought. And definitely the whole family wanted.

Instead, pulang Nor ke Kota Bharu, bukan untuk menjadi Doktor, tetapi pulang untuk mencari seorang suami yang tinggi ilmu keagamaannya!

Well, in a way it is good la kan. Dapat suami yang kuat pegangan agama Islamnya tu, namun caranya yang mahu meninggalkan sepenuhnya segala yang dipelajarinya tu, telah cukup mengecewakan ibu dan bapanya… So, hadirnya aku…yang selalu memberi semangat untuk melihat dia berjaya sebagai seorang Doctor Phd, memberi sedikit sinar kepada keluarganya…

  • Cuma, Doc Nor ni tidak lah lawa, muka dia pun berjerawat penuh both pipi dan dahi, tapi manis tu ada laaa :P namun tidak seperti gadis-gadis yang biasa jadi girlfriend aku…tapi entah lah macamana aku nak sangat kat Doc Nor, hinggakan kalau dia nak kahwin dengan aku masa tu pun…sure aku kahwin punya hehe
  • Tapi…. Dengan tak lawanya, dengan jerawatnya, dengan tudung labuhnya, jubahnya tu… Dia boleh tak nak terima cinta aku, adoi! Hahaha…I was rejected babe!

Semuanya kerana rasa cintanya, dan suami impiannya hanyalah seseorang yang punya ilmu agama islam yang tinggi, paling kurang guru agama, or ustaz…

==========================
AKU INGAT LAGI 1st TIME DATE
==========================

Nak tahu mana kami date? Huhu…dia ajak aku pergi dengar ceramah agama oleh Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz. Wahhh!!…

Not my first time to go. I’ve been to many ceramah agama by Tok Guru Nik Aziz, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din dan sebagainya. BUT to go with a girl that I’m interested with, that’s the first!

So, okaylah aku layankan je…so we went to the ceramah place…kebetulan, masa tu Tok Guru pun baru sampai…and you know what the funny part, kami bersama-sama kebetulan berada di antara arah stage dengan arah Tok Guru berjalan ke stage, so kami dapat melihat beliau dengan dekat…dan masa ni aku dapat melihat muka Doc Nor yang berseri-seri, tersengih-sengih macam tengah tengok Faizal Tahir merapati dia atau Annuar Zain tersenyum kat dia!! Hahaha :lol:

  • Then dalam masa tu dia sempat berkata, “Alangkah bahagianya jika I dapat kahwin dengan dia!”
  • “Whaaaaat??!…” Aku kebingungan sepanjang ceramah malam itu.
  • I said to her later on “Tok guru tu kan dah tua, dah ada isteri lagi… Why you sanggup jadi isteri dia?”
  • Jawab Doc Nor kat aku, “I ni Razzi, I nak masuk syurga…nak dipayungkan dengan payung emas di akhirat nanti, dikurniakan pahala dan darjah kebesaran sebagai isteri kepada penyebar ilmu dan pejuang agama Islam!”
  • “Ooookay…” then terdiam terus aku malam tu.

After that night, I know for sure that she’s not playing. She do really want to marry seorang ustaz atau pendakwah agama! Lagi banyak perbualan kami, lagi banyak kami bergayut kat phone, tak ada benda lain yang diperbualkan oleh Doc Nor…hanya duduk angau kat Tok Guru Nik Aziz.

Lama-kelamaan perasaan aku yang ingin jadikan dia girlfriend aku, pudar. Well, maybe sebab aku mulai realised that aku memang tidak minat kepada ketrampilannya,  malah caranya juga sudah mulai membosankan aku. Selama ini, mungkin sebab aku kesunyian agaknya…

Somehow, setelah keluarganya makin berduka…ibunya menangis siang dan malam mengenangkan anaknya yang langsung tidak meghiraukan keluarga, aku terfikir untuk give it a last try. Tapi bukan untuk memenangi cintanya tetapi, at least menyedarkan dia yang dia boleh mencari a right person for her.

  • Finally, she listen to me…nasib baik! So, dia mulai sedar…since then, dia sudah tidak crazy for Tok Guru anymore, but instead dia dah jatuh cinta pada seorang penceramah di masjid-masjid pulak dahhh… giler kat Ustaz Ali pulak.

Kebetulan Ustaz Ali ni sudah mempunyai 2 orang isteri. So, tambah suka dia….berduka lah lagi ibu dan bapanya apabila mengetahui yang dia sanggup menjadi isteri ke 3.

At this time, aku dah tak kisah dah dengan dia yang nak rampas kasih dan sayang wanita lain dari suaminya mereka. Aku dah tak heran dengan perangai dia yang tidak memikirkan hati isteri-isteri itu yang terpaksa berkongsi suami dengan dia pulak…Yang aku kisahkan adalah…masa depan dia. Sebab, ustaz Ali ni tak ada kerja pun. Anak ada 7 orang, isteri ada 2 orang, kerja tak ada, hanya mendapat elaun sebagai penceramah sahaja…you know what she said to me?

  • “I hanya nak dia berikan I nasi 1 bungkus setiap hari pun dah cukup…apa yang penting I dapat menjadi isteri seorang pejuang Islam!”
  • “Bagaimana pula hati isteri-isteri dia nanti? Itu you tak fikir? Betapa you dah hancurkan hati mereka, betapa kecewanya mereka bila seorang wanita lain datang merampas suami mereka?!” tanya aku pula…
  • “Mereka kena terima hakikat dan bersyukur…kerana membenarkan suami kahwin adalah satu pahala besar…”
  • “Ooo…you mean, now you kahwin jadi isteri no 3, you akan beri suami you kahwin lagi sorang la? You akan happy for him and for you dengan kehidupan yang daif?…then tambah isteri sorang lagi? babies lagi nanti?!”
  • “Yes, I am!” jawabnya dengan angkuh.
  • “Habis tu, esok-esok kalau anak-anak dia sakit demam, siapa yang nak biayai rawatan? Kalau isteri yang lain sakit…you yang nak ubati mereka? …at least you nak jadi isteri no 3 sekali pun, janganlah tinggalkan profesion you…be a doctor first!
  • “Ahh…sudahlah you don’t understand, you takkan faham punya!”

The minute she said that, aku dah tahu nothing that can change her mind. In  a way aku kesihan kan dia kerana dia tidak nampak betapa hidup ini perlukan wang untuk menampung kita sewaktu kita susah. Jangan cerita soal kemewahan lah…kita cerita pasal, perbelanjaan yang penting-penting sudah…

Rumah, pakaian, makan, minum, tambang, kena pula sakit, terjadi pula kemalangan, kena pula pembedahan, kena pulak hamil, then lahir, then semua kelengkapan babies? Susu, pampers, lampin, pakaian baby pulak…Semua ini perlukan duit!!

What the hell she meant I dont understand? She who gone stupid dont understand that hidup ini perlukan DUIT! Dan ini bukan untuk hidup mewah langsung ni, ini hanya untuk menampung kehidupan paling normal…

  • Well…itulah dia, belajar tinggi-tinggi, jauh nun di sana, hidup pun tah kemana lagi, berlagak macam dah tahu semua!

Semuanya kerana cinta, well it’s okay nak bercinta dengan siapa pun, ustaz ke, cikgu ke, pendita ke, penceramah ke, whoever lah…tapi, jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Also, biarlah kena caranya. Ibu dan bapa kita jangan kita abaikan, ilmu yang kita ada jangan pula kita persiakan.

Anyway, lepas pada pertelingkahan itu… Doc Nor telah menghilangkan diri. Last-last sekali, cukup menyedihkan, ibunya telah datang jumpa ibu aku… menceritakan yang anak dia ni telah lari ikut Ustaz Ali. Kemudian, entah macamana belum sempat kahwin, kena serang dek kedua-dua isteri agaknya, sampai report polis, …then, tak jadi kahwin.

  • Dan tujuan mak dia datang jumpa mak aku…nak bertanya kut-kut ada ’sesiapa’ yang masih mahu memperisterikan anak dia tu. Aku rasalah kalau dah lari ikut ustaz tu, tak munkin ’sesiapa’ mahu kat anak dia lagi la kut… dengan perangai degil cam tu huh!…

So, the end of the story…I heard, Doc Nor ni telah kembali ke England. Mungkin malu dengan apa yang telah terjadi. Dan yang buat tergelak sendiri aku, di England, dia telah tinggal di Sekolah Pondok Islam England…dan tengah syok kat Ustaz Mat Saleh lah pulaknya… hahaha, Penaung sekolah pondok sana…

hmm… dengan Ustaz orang putih ni aku tak tahu lah, dia jadi kahwin atau tidak. Masa mak dia cerita kat aku tu, dia tengah adjust ustaz tu lah…dan Ustaz ni pun sudah ada isteri…adoi, Doc Nor…never learn!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

Apa Pendapat & Komen Anda? : [3] Comments


Minggu ini, Bro Razzi telah bertanya dengan you all what type of article yang you interested to read. So, thank you very much for all fans, friends, visitors yang punya idea-dea yang hebat dan in fact exciting for me to write. So awesome! ;)

And the best part, it sums up to one title, “Is it Love or Lust?”

  • Idea by Gja  : “Apabila tengah bercinta dengan orang lain, tiba-tiba rasa dia bukan jodoh kita, lepas tu ada pulak orang lain yang datang dan rasa he’s the one, macamana tu?”

Pernah tak terjadi kepada anda? I rasa, ramai juga yang pernah merasa begini kan. This is the challenge that most couple will face. Bila dah kahwin lagi banyak cabaran sebegini huhu…Now what we have to ask, “Is it what happen because of Love or Lust?”

  • Idea by Bear Moo : “Why wives suka ada skandal dengan lelaki bujang?”

What I know, and see it myself. My own friend ni, selalu dikecewakan suaminya yang terang-terangan having affair dengan beberapa model dan gro’s. Nak tinggal sayang, nak bercerai takut hilang kekayaan yang ada. Apabila kesunyian, muncul lah pulak ‘toy boys’ – lelaki muda yang mencari pendapatan dengan memikat isteri-isteri kaya nihhh… adoi!

Again, whatever happen… “is it Love of Lust?” - I think after a while, it’s love for the wife, and lust for the toy boys, tapi nafsu untuk duit dia je laa kut ;)

  • Idea by Bunga Raya : Cinta lelaki towards, “perempuan simpanan” is it love or lust?

So idea ini yang menjadi trigger for me to write the article today, and you know what…the questions is remain un answered I rasa. Because it could be anything. Perempuan simpanan sure lah lawa kan, kalau tak takkan ada orang nak simpan. So kerana nafsu is for sure lah, jadi Lust is sure, does it he also in love, …I think it maybe a little bit of both.

Sebenarnya, apabila kita bercakap tentang LUST or NAFSU yang membara ni, kita kena hela nafas panjang-panjang dan tenangkan diri sebelum kita menjawab, “Why we do that, or why we feeling like that”

Because in my opinion, the first that we feel is GOOD LUST, rasa terlalu inginkan dia kerana :

  • Dia baik sangat, caring, loving so different dari yang lain
  • Kejayaannya, kekayaannya, kecantikan/ketampanan
  • Menepati cita rasa anda, sebagaimana yang telah lama anda cari-cari

All this are good lust, its normal…Selepas itu barulah datang nya LOVE.  Tidak mungkin kita tiba-tiba jatuh cinta dengan dia kan. Mesti kita suka kan something tentang dia, sukaaa sangat! TAPI, yang menjadi persoalannya, “Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.”

I mengaku I sendiri pun feeling the same. Kerana kita semua hanya manusia biasa…Walau kita sudah memiliki yang terbaik sebenarnya, tetapi kita masih terfikir untuk memiliki yang lebih baik, now that is BAD LUST!

Kadang-kadang susah juga untuk kita terus follow love without lust :

  • Kawan Gja, mungkin dia mahu bersyukur dengan kekasihnya itu TETAPI yang sedia ada tidak memberi kebahagiaan kepadanya, sebab itu kemahuan baru mulai muncul. Sebenarnya sudah berapa ramai lelaki lain yang hadir dalam  hidupnya Im sure…tetapi kerana kekasih yang bijak menjaga hatinya, lalu nafsu nya mulai membara untuk mencari NEW HAPPINESS.
  • Kawan bear Moo, seorang isteri yang memburu cinta muda, Im sure dia juga mahu bersyukur memiliki seorang suami. Tetapi oleh kerana suaminya tidak menjaga sewajarnya. Lalu, mulai lah muncul keinginan, nafsu memborak-borak inginkan NEW HAPPINESS jika suaminya betul-betul jaga, takkan dia nak sibuk dengan lelaki lain, I rasa.
  • Kawan Bunga Raya, pasti dia sudah mencuba bercinta dengan wanita biasa, yang single tetapi kemungkinan besar, wanita ini tidak bijak mengambil hatinya, tidak pandai membahagiakannya, asyik merajuk, asyik cemburu…itu membuatkan dia bosan, lalu mulai nafsu memborak inginkan kebahagiaan…memang dia patut settle je dengan wanita yang tidak complicated, yang tidak mempunyai orang lain, yang benar-benar menghargainya, tetapi hanya Perempuan Simpanan itu yang pandai menawan hatinya, that is his NEW HAPPINESS.

Cinta adalah satu proses usaha, BUKAN hari ini berusaha untuk memiliki cinta, esok dah dapat, Done! Thats it!…Nooo…kena terus berusaha! LOVE…Cherish it…Embrace it….Lust for it forever, ALL THE TIME!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.notacinta.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : 1 Comment


Sometime when we talk about feelings, closeness and terderness, we intend to forget the person that in the front of us is the person that we reaaaally like to be with. Tetapi, because of rapat sangat dah, sudah terlalu biasa dengan dia we forgot, that kita AMAT PERLU  menjaga hatinya!

Yes, anda sayang dia…Yes anda sedar that he or she is not a friend…and Yes dia bukan lawan, sebaliknya dia adalah orang yang you betul-betul ingin bersama. Tetapi why kena cakap lepas je? Why kena cakap selamba? Kata mengata…using all the words yang obviously…seperti tidak sayang,  seperti ingin berlawan, seolah-olah hanya kawan biasa?

You see…recently I got to know one girl ni. She’s very pretty laaa bagi mereka yang kat facebook ni. FB dia pun full…full with balaks. But, I dont know what’s her reason dia boleh nak add Bro Razzi pulak. So, okay lah…

Dalam seminggu dua gitu kita kawan, (NO scandal ya…) and she says that she likes me. And I said, dalam beribu-ribu lelaki single kat fb dia tu, why me? She said that she likes my way, and my smile. Okay lah…pandai gak la dia ngayat I. BUT…why? Setelah kita kawan… and getting closer… why your words changed?

I really can’t stand her words! Macam budak tak sekolah…kampung sangat! Bukan kutuk orang kampung…in fact orang kampung pun jauh lebih berbahasa daripada dia. I tak nak mention what’s the word she used, and how she use it…because terlalu, to me la terlalu kasar…dan tidak ada kelembutan dalam ayat-ayat dia. Cara dia bercakap dalam gurauan dia macam…bukan lucah, tetapi kotor sangat.

Till I decided, “MALAS AKU NAK LAYAN LAGI!” …you see, I admit I kenal ramai kawan wanita. But a true friend la. A real friend yang dah 10-20 tahun kawan pun tak pernah bercakap macam tu dengan I. We’re still great friends dan still mesra. We can gossip about guys…girls…talk about anything! YET…masih bercakap sopan dan tidak menjengkelkan!

  • All I want to say here is…KETAMPANAN atau KECANTIKAN seseorang itu BOLEH HILANG hanya kerana bahasanya…kerana, kecantikan sebenarnya datang dari tutur katanya, tingkahnya dan choice of words that you use. This girl yang lawa ni, macam model-model korean ni…boleh make me turn off! Why? Sebab mulut dia…kalau orang sekarang kata “MULUT MACAM…p@I\It#T” haaa…

Come to think this back…kesian pulak kat dia. Bagi balak-balak yang duduk melayan dia siang malam kat Fb tu maybe can take it la the way she talk dan gurau bodoh dia because balak entah datang dari ceruk mana…but for me, hmm…I dont think I can.

To me Bahasa menunjukkan bangsa, agama dan keperibadian…Tidak salah kita nak berbahasa dengan slang apa sekali pun, atau cakap lu gua ke, rock la lu beb…chayiok ke, whatever all that is slanga satu dunia….

Tetapi, apabila seorang wanita yang cantik, punya karier, punya her own business pulak tu, tidak menjaga keperibadiannnya… dengan menggunakan bahasa yang kotor all the time, bergurau dengan menjatuhkan air muka kawan, bercakap tentang segala najis dalam dunia ni…and you laughed about it…

  • well, to me you ain’t got no class at all in fact, no class can fit you. Macam ni ke sayang?…or kawan?…cakap lebih seperti LAWAN?!

Now you asking me,

  • “Why Im not interested to be your friend anymore?…why dont you ask yourself, Why you surrounded by man, but none of them want to be your lover, jauh sekali nak jadi your life partner…why?”

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/buku

Apa Pendapat & Komen Anda? : [7] Comments


“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!”

Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa?

  • “Kesiannn…”

Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata?

“Kesiannn…”

Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata…

  • “Kesiannn…”

Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang…

  • “Kesiannn…”

Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” - anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda,

  • “Kesiannnnnn!”

KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG!

You see…oleh kerana lelaki tahu akan kelemahan wanita inilah, semua situasi di atas dan banyak lagi situasi-situasi lain digunakan oleh lelaki dengan sengaja…inilah CARA menggoda wanita dengan mendapat belas kasihan dari mereka.

This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn”

Sebenarnya, Bro Razzi sendiri sudah berkali-kali cuba selamatkan wanita dari terjerat dengan manis mulut lelaki. Tetapi, kebanyakan wanita at this level. KERANA CINTA, it clouds their judgement. So, at this time kita cakap apa pun wanita tidak akan dengar. Frust!

==================================
Let me tell you a story, Satu kisah benar :
==================================

Girl ni I gelarkan dia, Z lah. Z ni, very modern girl, outstanding, berkerjaya tinggi, higher educations, ayu dan cantik. Kalau dia nak kat I pun I nak kat dia hahaha…Lawa! Baik pulak tu…

The problem is, umur dia sudah lebih sedikit…going to be 30 tetapi masih single. Which is to me, that’s not really a problem. The real problem is….Z terlalu baik!!

Sebabkan terlalu baik itulah, dan kononnya setia kepada boyfriend dia itulah…dia masih menunggu boyfriend yang berjanji nak kahwin ni dari 8 tahun dahulu lagi! You see, how many years that she have lost? All her youth…hilang, all her beauty gone…just because??…. “Kesiannnn”

KASIHAN Z! Kerana sifat dia yang terlalu baik, kelemahan dia yang cepat kesiankan orang, Z sendiri yang merana….On top of that, why Z minta pertolongan dari saya? Kerana sudah 4 kali tangkap boyfriend dia tu curang!

Kali ke 4, baru nak cari pertolongan? Dan masih cakap,

  • “Tak apa sekali lagi dia buat baru I betul-betul tidak terima dia lagi!”

Hello?! Maknanya, balak dia tu…boleh curang untuk kali ke 5 lah kan? Adoi….nak jadi pemaaf pun, sekali sudah lah. Second time, curang jugak tu, time to get off!!

You all boleh imagine tak? Boyfriend dia curang, dia dapat tahu or dia tangkap…and then marah sekejap, and lelaki tu kata,

  • “I lonely, I frust you tak ada…sorry I tak buat lagi” ….bammm!
  • “Okay sayang, sayang jangan buat lagi ya…” Z punya jawab, adoi! :lol:

I tanya dia why you maafkan dia?

  • “Dia orang kampung Razzi, KFC pun dia tak kenal, Mac Donald pun tak pernah masuk…kesiannn kat dia. Dia sorang-sorang je kat KL ni”

Kemudian, the last time mamat ni curang, the 4th time tu kan. I’m very sure at this time…mamat ni dah terer, dah 8 tahun hidup di KL. So, bila kantoi kali ke 4… dia boleh buat-buat,

  • “I confused sebenarnya, sebab bukan I yang nak kat girl tu…girl tu yang duk pujuk-pujuk I, girl tu yang duk layan I, I tak nak kat dia…saja je gi keluar makan dan tengok wayang as friend”

Tapi why kantoi kat rumah? Sebab lu confused? Sebab kepala bawah tak ada otak? Hahaha… adoi! TAPI yang paling KASIHAN WANITA YANG BERNAMA Z ….jumpa I nak minta tolong masalah cinta…BUKAN  kerana balak dia yang sudah 4 kali kantoi, tetapi kerana nak tahu bagaimana nak handle minah yang kacau balak dia!

Mak ai…itu masalah yang dia nampak? Dia tak salahkan boyfriend dia pun! The girl yang mengayat balak dia yang dipersalahkan. Kesian Z, she’s so naive! Hidup dalam kepura-puraan, in denial. Dia tidak mahu menerima yang boyfriend dia ni JAHAT, PENYANGAK, KAKI POMPUAN!

So, wanita sebegini…sebenarnya terlalu ego dan sudah tidak dapat ditolong lagi. Berkali-kali dicurangi, dibohongi tetapi masih menerima lelaki yang tidak seberapa mana tu pun. Bukan hensem, bukan kaya, bukan baik… ALL hanya kerana boyfriend dia ni pandai berlakon innocent. Depan dia macam budak baik yang tak pernah keluar rumah!

At the end of kisah Z ni, I did give a great advise yang I rasa ramai yang telah I bantu dan berjaya. Caranya, simple je. Seperti dalam buku terbaru I 101 nota Mencari Cinta tu, yang ramai girl kat sini dah ada tu. Rujuk balik!!

I minta dia jadi WANITA MAHAL. Mahal dalam semua segi, no calls, no sms, for few days, avoid dari jumpa dia, avoid menolong dia, avoid bagi pinjam duit, avoid semua! Biar dia yang call, tu pun jangan angkat dulu. Leave him for a week at least! And he will come to you…he will menyerah kat you, kalau dia betul-betul sayangkan you dia akan sujud you I’m very sure.  Percayalah!

Jika dia tak datang, maknanya dia bukan lelaki untuk you, dan dia bukan nak kat you sangat. So, move on! Tinggalkan kehidupan you dengan dia.

Then dia tanya I, nak mahal sampai bila?… I jawab, jadi MAHAL sampai bila-bila!

  • “Eh takkan macam tu Razzi, kesian la kat dia!” - You all tengok jawapan dia…adoi, sibuk fikirkan orang, diri sendiri merana sampai dah nak masuk 30, tak fikir langsung.

At last dia buat exactly macam I suggested…and you know what, hanya dalam 1 hari… mamat tu memang datang menyerah kat dia balik, menangis-nangis. BUT my advise apa? Jangan bagi muka lagi dan MAHAL sampai bila-bila!

Tapi Z, dalam 1 hari tu lah juga dia terima boyfriend dia tu dan memaafkan segala-gala perlakuannya. Z did call me and tells me what she did…siap tolong bagi alasan kat mamat tu lagi, katanya, boyfriend dia dah berubah…dan berusaha kuat untuk memenangi hati dia, dan sudah tidak keluar dengan girl lain. Kesian kat dia merayu-rayu kat I, I tak sampai hati…

  • “Dalam 1 hari, berusaha kuat?!!… at least sebulan dia merayu, dan melakukan apa sahaja untuk dapatkan you, that barulah boleh consider!”
  • My last words to Z, “You’re making the same mistakes, over and over again!”

- and true enough, tak sampai seminggu, Z contact I, cakap balak dia buat hal balik and minta my advise again. I said,

  • “Sorry Z, unlike you, I dont do the same mistake twice!”

Minta maaf la kan, once I help… I expect you to help yourself. Tapi you sendiri, tidak mahu membantu diri you…you dont expect anyone to help you again la…pity you! And kasihan Z, KASIHAN WANITA… namun, apa lah guna kita kasihankan mereka, jika mereka sendiri tidak kasihan kan diri mereka sendiri.

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/buku

Apa Pendapat & Komen Anda? : [4] Comments


HalalGelatine.com

Assalamualaikum…warga cinta, fans Brother Love, tema-teman dan sahabat handai. Di kesempatan ini, dengan rasa terharu dan penuh gembira, Bro Razzi ingin mengucapkan pada semua,

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA dan juga SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semuga setiap amalan dan ibadah yang kita usahakan diterima dan diberkati Allah s.w.t.

As usual, I ni tak suka nak berpesan bab agama ni, jauh sekali nak menegur jangan itu dan ini kerana, kita semua dah besar panjang belaka, dan tahu baik dan buruk. Sebagai umat Islam, kita juga tahu kewajipan kita, kita juga sangat tahu apa yang halal dan apa yang haram… So, I believes all of us can handle those things.

Teringat kata-kata  Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, kata beliau… “Kita kena berjalan sama-sama… dunia dan akhirat kita kena selaras!”

So, what we can understand here is ~ Tanggungjawab Akhirat kita wajib utamakan, namun jangan pula kebahagiaan, kasih dan sayang berkeluarga serta tanggungjawab dunia kita lupakan… Till next time,

Salam Sejahtera Cinta dari saya…
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan HALAL GELATIN, sila klik di sini

Apa Pendapat & Komen Anda? : 1 Comment


Selalu kita tengok movie, especially murder movie or war movie, or even cerita cowboy… dalam movie tu selalu mempunyai 1 scene dimana di waktu genting tu, the hero hanya ada the LAST BULLET kan?

And then movie tu akan tunjuk muka masing-masing cemas, sebab, kalau peluru terakhir itu miss, habislah peluang. Matilah harapan! Hehe…Or kadang-kadang they show they have the LAST CHANCE, kalau melepas…mereka akan mati!
DAN selalunya, 1 peluru itu atau 1 peluang terakhir itu akan mengena yang jahat dan hero menang! TAPI itu happen only in the MOVIES!! ;)

In a real life, untuk dapat Peluang ‘last bullet’ itu pun belum tentu kita dapat! Untuk mendapat peluang terakhir pun, susah! Malah peluang yang hadir tu pun jauh lagi untuk kita berjaya walau jika kita dapat melepasinya!

And I call this PELUANG 1/10. Yeeaaaup!… LIFE’S SUCKS!! But like in the Karate Kid movie, Mr Han says to Dre,

“You taught me very important lesson, Life will knock us down, but we can CHOOSE whether or not to stand back up.”

Apa yang penting to me here adalah kita punya peluang untuk memilih! …

  • Kita boleh pilih untuk terus berduka kerana frust dalam cinta.
  • Kita boleh pilih untuk terus menangis dengan kehilangan something or someone
  • Kita boleh pilih frust, marah, geram dengan orang yang kecewakan kita dalam apa perkara jua…

OR…

  • Kita boleh sayangi diri kita lebih dari segala-galanya.
  • Kita boleh keep moving forward, walau berapa kali kita ‘rebah’
  • Kita boleh kenang kekalahan lalu apabila kita sudah berjaya
  • Paling best, kita terus bergembira, enjoy life, make the best and the fullest happiness of our lifes in anything that we love to do!

So, which one is your choice? CHOOSE! You see…Peluang 1/10 come and go…peluang untuk merasa gembira, come and go, merasa bahagia sekejap…and then surely rasa frust dan kecewa. Thats to balance this universe. Yang penting…WE GRAB ANY CHANCES THAT COMES ALONG… GRAB IT!

Sure you all akan cakap, takkan nak pilih gitu je, kena tengok dulu, kena rasa dulu, kena fikir dulu. Well, DO THAT! …tapi janganlah sampai lama sangat hingga terlepas peluang depan mata! I know, It’s hard… It’s tough tapi kita harus menempuhinya dengan tabah untuk merelakan diri kita MEMBUAT PILIHAN PADA PELUANG ITU…

Apabila you mendapat peluang apa saja, peluang bercinta ke, berkenalan ke, berkawan ke, FEEL it…suka atau tidak…Kalau rasa suka, then THINK all the hassles, then you still rasa suka?, well Grab the chance babe. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Kita jangan sesekali membiarkan sahaja peluang 1/10 yang hadir berlalu begitu saja. “We’ll never know which is good which is bad… who is the best? And who is worst? What we can do is, just have to give it a try! IT’S OKAY TO MAKE MISTAKES ;)

 ============================================

Di sini, I want to again congratulate to all the contestant for the Best Personality Contest yang I baru sahaja habis jalankan. 76 peserta dan 24 orang pemenang! Wow…what a big contest kan…

To me, anda semua adalah pemenang! Kerana anda tidak melepaskan peluang 1/10 itu. Apabila anda sudah mencuba…sekurang-kurangnya ANDA TAHU what it’s like… dan Pengalaman itu lah HADIAH PALING MAHAL!

So that part, I do really enjoy it. I hope you all pun sama.

  • p.s  Kepada yang terlepas peluang untuk mencuba, Bro Razzi & Team RRP sedang menjalankan satu lagi contest yang lebih besar dan mencabar, it’s for my Pagi Band. “Pencarian Bakat Baru Video Clip Kerana”

Like I said, we will never know until we try so, percubaan itu sudah satu kemenangan! How about, you all give it a try in this search pula? ;) KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : No Comments


Let me start by saying…

CONGRATULATIONS TO ALL WINNERS & CONTESTANTS!

Terimakasih kepada semua yang telah menyertai Best Personality Contest!

“Saya, Razzi Rahman @ Brother love, Pengarah Syarikat Razzi Rahman Productions sangat menghargai dan merasa bangga dengan anda semua kerana telah memberi sepenuh keyakinan dalam menyahut cabaran dari kami Team RRP…Semuga we had fun, enjoy ourselves serta bertemu lagi di dalam projek akan datang yang lebih besar! ;)”

76 Peserta yang telah menyertai pertandingan ini di facebook. Di bawah ini adalah Final Result :

Keputusan adalah muktamad!

==================
TOP 3 - FINAL RESULT
==================

01. Ken - 990
02. Aida Cutes - 920
03. Fina Sophie - 851

===================
TOP 21 - FINAL RESULT
===================

04. Azah Awin - 565
05. Aziani Salam - 540
06. Nora Miera - 412
07. Zana Kimi - 375
08. Azyan Syazwani - 371
09. Za Altera - 315
10. Lien Da - 239
11. Ida Syarina - 230
12. Masshiatanor - 183
13. Zuwaina Hamid - 177
14. Azatul Shima -148
15. Rozieta Ramly - 138
16. Nurul Hidayatul - 131
17. Isnawati Is - 125
18. Siti Zaliha - 120
19. Dylla Dyannz - 109
20. Najihah Nazima - 91
21. Morlee - 90
22. Zaleha @ Zaza - 89
23. Nurfatihah - 88
24. Nur’aainaa - 88

======================================
Nama anda tersenarai sebagai pemenang? TAHNIAH!
======================================

Persaingan sangat rapat di antara peserta-peserta semua, jadi bagi kami… menang kalah adalah adat permainan. Apabila sudah mencuba, itu sudah satu kemenangan…satu kemajuan pada diri kita sendiri. Yang penting kita mencuba dan enjoy with it. Tapi kenalah jujur dan ikhlas baru best kan.

Kami Team RRP juga turut berbangga kerana dapat bersama-sama anda semua menjayakan contest ini.

Jumpa sekarang pula di “Pencarian Bakat Baru Video Clip KERANA”
klik di sini : http://www.facebook.com/pagifb

p.s : Semua hadiah akan diberi bermula pada Friday 6th August. Email akan dihantar kepada semua pemenang untuk maklumat lanjut

Yang Bertugas,
Admin Personnel
Team Razzi Rahman productions.

Apa Pendapat & Komen Anda? : [2] Comments


~ PELUANG MEMENANGI HADIAH-HADIAH ISTIMEWA YANG BERNILAI LEBIH RM1000!! ~

YES!…tiba pula giliran Bro Razzi kembali mengadakan contest. Before this berbagai-bagai pertandingan telah dijalankan, “Mencari Cinta Contest” - “Best Comment Contest” - KINI…TERBARU…Contest yang yang paling SIMPLE, SAVE dan SENANG!

“Best Personality Contest”

Why Personality contest? Sebab di dalam buku & ebuku saya juga, saya selalu menitik beratkan soal Personaliti yang baik dan mesti suka membantu dengan hati yang ikhlas. Kerana, ia amat penting! Ianya pasti akan membuatkan anda disukai ramai, mudah memiliki cinta dan senang di sayangi…

Personaliti yang baik juga merangkumi cara berpakaian, corak penampilan dan pandai bergaul. Jadi di sini, BUKAN tua atau muda, BUKAN paras rupa, mahu pun bentuk tubuh yang menjadi ukuran, tetapi PERSONALITI anda!

  • SIMPLE - Contest ini Simple sebab anda tidak perlu kemana-mana, tidak perlu mencipta apa-apa atau melukis mahu pun menukar apa-apa…NO NEED! Just show personaliti anda yang terbaik;)
  • SAVE - Contest ini Save kerana anda cuma menggunakan DIRI ANDA, HATI ANDA & KEBAIKAN ANDA sendiri, so save money, save time!
  • SENANG - Contest ini juga sangat senang kerana anda cuma perlu tunjukkan gambar anda dengan imej penampilan anda yang terbaik. Promote yourself, ramai orang suka, friends pun semua suka, anda menang! THAT’S IT!

Hanya 3 EASY STEPS Untuk Menyertai :

Step 1. Emailkan  ke admin@razzirahman.com 3 keping GAMBAR anda yang terbaik dengan imej serta gaya penampilan anda yang terhebat. Sertakan bersama maklumat peribadi anda (Nama penuh, nombor telefon dan alamat penghantaran).

Step 2. Setelah gambar anda disahkan ASLI serta Facebook Profile anda juga REAL,  Team Razzi Rahman akan memuat naik gambar anda ke album “Best Personality Contest”, then anda boleh SHARE kan gambar terbaik anda dengan kawan-kawan anda dan facebook komuniti.

step 3. Di sini faktor dalaman anda bisa mempengaruhi keperibadian anda! Kepandaian anda bergaul dan bijak mengambil hati kawan-kawan anda serta orang ramai, menjadi ukuran untuk anda mendapatkan undian gambar ‘LIKE’ yang tertinggi. Tag all of your friends if you want to ;)Invite dan share your picture with anyone on facebook!

IMPORTANT TIPS : Tidak semesti anda kena mempunyai wajah yang lawa atau hensem, tidak perlu body yang sexy, atau tinggi macam model, TIDAK PERLU kulit muda yang putih merah, gebu, cerah, NO! BEST PERSONALITY IS ABOUT BE THE BEST OF YOU …Be Confident by showing your great image, best appearance, dan be kind to people, sehingga ramai yang suka pada anda. Pasti anda akan mendapat perhatian ramai untuk memilih anda sebagai pemenang.

Tarikh tutup: 2 Ogos 2010! (Tertakluk kepada pindaan)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peraduan ini terbuka kepada semua lelaki dan wanita, TANPA HAD UMUR ;) Peserta yang mendapat LIKE yang tertinggi akan memenangi “BEST PERSONALITY CONTEST” seterusnya layak untuk menerima hadiah yang bernilai RM1000!! WOW!!…jika tidak menang don’t worry, ada 20 hadiah saguhati menanti anda!

2. TIGA  keping gambar penyertaan hendaklah dihantarkan ke admin@razzirahman.com dengan tajuk “Best Personality Contest” …nyatakan gambar mana antara 3 yang anda mahu kami tampilkan. Serta tuliskan sepatah dua kata - Promo anda atau Mutiara kata anda atau apa sahaja yang anda mahu katakan untuk menarik perhatian ramai.

3. Bersama gambar tadi, sertakan maklumat peribadi anda (nama penuh, nombor telefon dan alamat penghantaran) sebelum 2 Ogos 2010. Semua penyertaan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan.

4. Hanya 1 penyertaan dibenarkan setiap seorang. Penyertaan yang lebih dari 1 tidak akan dikira.

5.  Contest ini diadakan khas untuk fan Brother Love di FACEBOOK PAGE. To join, to Like or to Comment anda hendaklah click LIKE di Brother Love page terlebih dahulu sekiranya belum berbuat demikian. Kemudian, barulah semua functions are available.

6.  Pemenang akan dipilih mengikut juri awam, iaitu semua fan and your friends serta facebook komuniti. Apabila tamat tarikh pertandingan, keputusan undian gambar yang mempunyai ‘LIKE’ tertinggi akan dikira menang! Begitu juga 20 pemenang saguhati. JADI, ajaklah seberapa ramai kawan-kawan anda untuk mengundi anda!

7. Team Razzi Rahman Productions berhak untuk meminda, mengubah, memanjangkan masa pertandingan atau menamatkan contest ini pada bila-bila masa sahaja yang difikirkan perlu. Tiada notis awal akan diberi.

8. Waktu penghantaran hadiah pertandingan ini akan diberitahu kelak, melalui page Brother Love, selepas pemenang diumumkan.

9. Pihak syarikat Razzi Rahman Productions berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis pemberitahuan. Semua hadiah tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai.

10. Dengan anda menyertai pertandingan ini, bermakna anda telah bersetuju, Team Razzi Rahman Productions berhak untuk memaparkan nama dan gambar-gambar anda sebagai peserta atau pun pemenang pada bila-bila masa sahaja. Anda juga bersetuju dan mematuhi semua peraturan dan keputusan yang telah ditetapkan.

HADIAH-HADIAH! :-

1x Hadiah Utama - Pemenang yang mendapat undian facebook LIKE tertinggi akan memenangi :-

  • 3 ebooks koleksi mencari cinta
  • 2 buku - Kamus Cinta & 101 Nota Mencari Cinta
  • 7 lagu dari album RR&Ik
  • 3 single terbaru (belum release) - termasuk “NOTA CINTA” - Be the first to hear!
  • 24 jam chat tentang cinta bersama your Personal Brother Love (Book your time as you pleased)
  • Cash money - RM200 - “Shops for your nice outfit ya! hehe ;)

VALUED AT RM1000!

20x Hadiah Saguhati - Pemenang yang mendapat undian facebook LIKE melebihi 50 like in total :-

  • 3 ebooks koleksi mencari cinta
  • 1 buku 101 Nota Mencari Cinta
  • 7 lagu dari album RR&IK
  • 1 single terbaru (belum release) - “NOTA CINTA” - Be the first to hear!

VALUED AT RM150

SERTAI SEKARANG!!

Yang Bertugas,
Admin Personnel
Team Razzi Rahman productions.

Untuk sebarang pertanyaan sila email :
admin@razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [22] Comments


Next Page »