Cinta 101


mm

“Adakah anda sedang menantikan your ‘Prince Charming? lelaki impian dan bakal kekasih yang akan membawa anda ke gerbang perkahwinan?”

Sudah tentu kan…bro Razzi yakin ramai yang ingin mendirikan rumahtangga secepat mungkin. BELIEVE IN YOURSELF! Yup, percaya yang anda akan menemuinya…InsyaAllah!…berjaya.

Cuma, jangan terlalu rush sangat, tergesa-gesa percaya… kerana selalunya, yang cepat dapat ni cepat juga hilang…cepat panas…cepatlah dinginnya…Slow and steady beb! Bila susah dan lambat-lambat ni…bila dapat fuhhh…terangsang! 😀

Well, terlalu cepat jatuh cinta…akhirnya, pasti terkecewa…atau mungkin tertipu…mungkin juga terjatuh cinta dengan orang yang salah…. Malah mungkin bagi wanita, terjatuh cinta pula dengan lelaki yang sudah pun berkahwin…

Nak tanya lagi, “Adakah dia kata dah divorced atau akan divorced? Atau dia masih berkahwin lagi? Adakah dia menyamar single…tak pernah kahwin? Adakah dia berkata benar? Adakah dia suami orang sebenarnya? Tak tahu?” Di sini bro Razzi bagi you all, “12 Simple tips untuk mengenal lelaki yang sudah berkahwin, menipu bujang!” (more…)



Apa komen anda? : [35] Comments


www.razzirahman,comAdakah anda masih single? Adakah anda masih kesunyian setelah segala pengorbanan anda lakukan? Adakah anda masih tak sure, anda berjaya memiliki lelaki itu atau tidak? Anda cuba pikat lelaki itu dengan berbagai-bagai cara TETAPI TIDAK BERJAYA?

Hari ini bro ingin bongkarkan “Cara Paling Berjaya, memikat lelaki!” Teruja tak? 😀 mesti punya betul tak?! Okey, before that…girls, you must remember something that really important,

Lelaki paling tidak suka dengan Stress or Preasure…maksudnya, lelaki paling bosan bila bersama wanita yang tiada pendirian, tak boleh buat keputusan dan suka memberi tekanan, lebih-lebih lagi tentang perhubungan cinta!

So, di bawah ini ada 5 NO’S,  and all this adalah langkah-langkah yang sangat silap untuk anda lakukan :-

  • Memujuk dan terus-menerus memujuk lelaki untuk menyatakan cinta dan sayang kepada anda.
  • Terus bertanya jika lelaki itu mahu couple ke, atau mahu memulakan perhubungan cinta ke, no! no!
  • Tidak perlu sibuk-sibuk mencuba berbagai-bagai cara untuk mempamerkan yang anda berminat atau jatuh cinta kepadanya…
  • Berlumba atau berebut-rebut cuba memikat lelaki yang anda minat itu.
  • Memaksa dan keep on memaksa lelaki mengikat tali pertunangan atau perkahwinan

Mungkin anda fikir, jika anda tidak bertindak nanti melepaslah kan, lebih-lebih lagi ramai pulak yang berminat dengan lelaki yang anda minat!…my advised, relax beb, jangan tersilap langkah seperti 5 no’s di atas tu, 😉

Jadi?…bagaimana kita nak buat ni?…well, HANYA ada SATU sahaja cara paling berjaya untuk memikat lelaki dengan cara TANPA STRESS, dan TANPA TEKANAN!…

 “BE A REAL GOOD FRIEND!” …maksudnya, anda mesti jadi kawan baiknya, teman rapatnya, kawan tempat dia meluahkan segala masalah, kawan yang tempat dia meminta tolong, jadi teman yang sentiasa memberi semangat dan dorongan agar dia bangkit gagah!

Seriously, it works! Bagaimana bro tahu anda tanya? To tell you the truth….it happens to me 8 years ago. I’ve met a really beautiful girl, tapi sayangnya dia sudah berpunya. Biasalah kan… “it’s like a good parking space, surely taken up” jadi…what else can I do?

Cara memikat Be a real good friend ni, actually bro belajar secara tidak sengaja. Apabila dia yang bro minat sangat di kala itu sudah dimiliki. Tapi hati bro ni masih dan asyik duk teringat kat dia je…so what I did was…bro continue berkawan dengan dia dengan berasaskan “REAL FRIENDSHIP” bukan “HUBUNGAN CINTA” ….tetapi,

…realitinya bro rahsiakan perasaan cinta padanya walau tersangat giler kat girl ni, walaupun bro tahu…i wont have a chance…so hari demi hari…bro terus berkawan dengan dia, selalu lah dengar dia bercerita tentang boyfriend dia. Dia juga selalu bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Kisah boyfriend tu kira macam dah jadi perkara MESTI untuk dibincangkan!

Lama-kelamaan bro dah jadi, a shoulder to cry on, masalah-masalah cintanya dengan boyfriend dia pun telah menjadi perbualan harian kami. Tidak kurang juga kebaikan-kebaikan kekasihnya itu. Yang bestnya…oleh sebab kami kawan rapat, best friends…she told me everything in detail…dan setiap kali itulah, slowly bro tunjukkan yang I am much better dari balak dia hehe… 😉

THE SECRET kat sini ialah, tanpa kami sedari…persahabatan yang terjalin itu sebenarnya perlahan-lahan telah bertukar kepada percintaan. Makin hari, walau baik atau buruk kisah percintaan dia dan boyfriendnya yang bro tahu…semuanya cannot compare dengan bro lah hahaha…habis camana?, setiap kali cerita yang buruk…bro tahu…I tak buatlah malah tunjukkan i lebih baik pada boyfriend dia dalam hal tu…yang baik pula…lagilah bro tunjuk bro jauh lebih baik dalam hal tu hehehe…

Jadi, last-last…I ajelah yang terbaik…sebagai kawan baik pula, bro lah yang satu-satunya orang yang paling dipercayai, disukai, disayangi…kerana I lah yang selalu mengambil berat tentang dia, i lah yang duk dengar dia punya songeh, I lah yang menunggu dia aje…

SO, dalam tak sedar…bro mendapat cara PALING BERJAYA, memikat WANITA & LELAKI!! Haaa, interesting tak?? Baik lelaki maupun wanita…kesannya sama!

Sekiranya anda mahu memikat seseorang, cara yang paling berjaya ialah jadilah teman baiknya, teman yang paling dipercayai dan paling rapat….berkawan dengan ikhlas dan jujur….pamerkan kita sangat mengambil berat dalam persahabatan…lebih dari semua orang! TAPI…pendamkan dan rahsiakan dulu perasaan cinta itu kerana lama-kelamaan, dia pasti akan sedar yang anda jauh lebih baik dari semua orang…kalau tak sedar-sedar jugak tu…belah aje lah…itu maknanya dia tak berguna punya orang 😀 …ini adalah pengorbanan kita, kesabaran kita…which, you hanya buat kepada orang yang tahu menghargai sesama manusia. ALL THE BEST, I know you can do it! 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [24] Comments


Funny jugak masa bro di KL last week, bro telah berkesempatan untuk menemui satu couple yang not bad saling sayang dan cukup cinta lagi. Tapi, asyik bertekak tentang hadiah. Yup!, Hadiah yang diberi selalunya, either, tak romantik atau tak kena! Hehehe…asyik komplen je laaa…. 😉

kekasih lelaki menyalahkan, girlfriend dia yang menghadiahkannya hadiah-hadiah yang femenin gitu, seperti bunga, buku resepi, baju yang bercorak dan berwarna terang!

What do you guys think dengan apa yang girlfriend dia hadiah kan tu? 😆

Dan kekasih wanita menyalahkan, boyfriend dia yang menghadiahkannya dengan hadiah-hadiah yang to her, tak romantik langsung, seperti, tiket tengok bola, wallet, krim jerawat

Bagaimana dengan pemberian boyfriend dia pulak ni? Romantik ke tak bawa girlfriend tengokbola?…cuba nak buat girlfriend dia hilang jerawat…hehehe 😀 not bad lah juga kan.

Well, memberi hadiah kepada yang tercinta juga kena ada seni dia ya…tak boleh nak bagi ikut sedap kita je. So, bagaimana memberi hadiah yang boleh membuatkan kekasih kita rasa kena dan tepat serta romantik?

Paling utama, MESTI tahu apakah minat dia? Apakah kesukaan dia? Benda apakah yang selalu dia mention nak dapatkan?…jika kita tahu semua tu, mudahlah kan?…Bagaimana nak tahu…kenalah betul-betul memberi perhatian dengan tabiatnya, kata-katanya, actionnya…

Disini, bro ada beberapa tip memberi hadiah yang sesuai, murah dan very intresting :-

1. Pasu bunga, dengan pokok bunga nya yang masih kecil dan baru –

Instead of bagi bunga je, haaa…bagi pokok bunga gitu ya. Hadiah ini, kita kenalah tahu pasangan kita tu suka atau tidak menjaganya. Minat atau tidak menyemai, menyiram, membaja…seumpama perhubungan cintalah juga. Jadi, dalam masa yang sama anda boleh tahu what type of person pasangan you tu kan, interesting tak?

2. Pet atau binatang peliharaan – Pernah terfikir nak beri pemberian sebegini?

Hehe..mungkin ada yang pernah hadiahkan. Alright, selalunya pet ni anak kucing la kan. Atau pun burung parrot ke. Iguana pun boleh hamster pun alright juga. STILL, kena tahu adakah dia suka pet tu…kang bagi hamster…melompat pulak pasangan kita tu. 😀 Bagi kucing…kang terbersin-bersin… BUT kucing is always the best lah! Jangan bagi ikan…cepat mati, nanti perhubungan pun seolah-olah begitu pulak ya 😉

3. Buku Resepi, yang exotic dan terasing…

Seperti kawan bro tadi beri buku resepi pada boyfriend. Well, that’s not bad! Tapi masalahnya, boyfriend dia tak suka masak. To those man yang suka masak…Im sure they would love to have. Tapi buku resepi masakan exotic lah…masakan-masakan yang dari Korea ke…Greek ke baru interesting untuk kita cuba masak. Kalau bagi buku resepi local…buat boring je. Tak menariklah menu dia nanti, betul tak? …bagi lelaki, pun kena tahu pasangan anda tu suka masak atau tidak? Kalau suka, belikan buku resepi masakan Arab! Hangat beb!

4. Lampu tidur/Lampu garam bukit

Okey, hadiah ini kalau tak romantik lagi, tak tahulah. Untuk lelaki, you tidak akan terasa seperti mat jiwang dengan memberi hadiah ini. Untuk wanita pula, dengan memberi hadiah ini, ia seperti memberi peringatan kepada boyfriend anda yang cahaya itulah yang anda inginkan teru bernyala…seperti mana anda ingin kan cinta itu terus bersemi…dan paling best, setiap kali pasangan anda masuk bilik, buka je lampu tu…pasti teringat kan anda kan? Hehe…kalau nak romantik lagi, beli kan lampu tidur yang ada mangkuk atas tu bercorak-corak warna-warni…

Cam? Very interesting isnt’t it dan tidak mahal, its affordable lah kan. You know guys/gals, memberi hadiah memang penting! Tetapi, paling penting adalah memberi hadiah ialah, hadiah yang sesuai dan kena pada masanya. Selidiki dan perhati serta amat-amati pasangan anda…apakah hadiah yang cukup sesuai dan pasti memikat hatinya? Bro dah beri 4 tip memberi hadiah yang sangat menarik…bagaimana dengan idea anda pula? :)

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [18] Comments


Saya selalu sangat menerima pertanyaan persoalan cinta dari wanita-wanita yang kebingungan dan wondering why, mereka ditinggalkan, dikecewakan, selalu dilupakan…

Ada ramai pula yang kononnya bercinta, tapi diulik untuk seks…untuk memuaskan nafsu lelaki mereka. Bila dah puas, simply diberi kebebasan kepada girlfriend kononnya understand.

Nak ajak kahwin? Jauh sekali…bertahun-tahun diganyang, dipergunakan tapi si wanita…hidup berbangga diri kononnya ‘bercinta’ …sedangkan dia bulat-bulat dimamah free, ditipu, dipergunakan tanpa sedar…

Bila dah lama sangat…baru rasa tertipu, tapi masih degil dengan pendirian sendiri hingga masih duk perjelaskan pada saya yang boyfriend dia orang ni jujur, ikhlas dan amat menyintai mereka…

“We are pretty much in love!” “He really loves me so much!” Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut mereka yang ‘bodoh sombong’ ini… Lepas tu nak salahkan siapa? Lelaki?

Semua ini berlaku adalah out of desperations…terlalu mengikut emosi, apabila wanita begitu terdesak untuk bercinta, semuanya rela diberinya, duit, body, harta, maruah tergadai…hancur!!

Elakkan diri anda dari menjadi wanita dari golongan DESPERADO ini…Ini adalah wanita yang sangat rendah martabatnya!

So, anda adalah wanita ‘desperate’/terdesak jika anda…

  • 1 ~ Bertahun-tahun menunggu kekasih yang sekejap ada, sekejap hilang. Yang tidak pernah mahu mendirikan rumahtangga dengan anda. Sebaliknya anda terus menanti dan menanti tanpa sebarang kepastian. Jauh dilubuk hati, anda tahu anda amat terdesak mengenangkan umur yang semakin meningkat…jadi, dimanakah harga diri anda?
  • 2 ~ Anda terus menerus menipu diri sendiri dengan menyakinkan diri anda yang anda akan bahagia bersamanya, dia akan membahagiakan anda. Padahal anda sedar, dia selalu meninggalkan anda, tidak mengambil berat tentang anda, selalu lupa hari-hari yang penting dalam hidup anda. Terdesaknya anda hingga terpaksa menipu diri sendiri…kesian.
  • 3 ~ Setiap kali boyfriend anda ugut untuk breakoff, cepat-cepat anda bersetuju untuk melakukan perhubungan seks walhal anda sedar yang anda sudah tidak mahu melakukan dosa lagi. Ternyata anda membiarkan maruah anda dipijak-pijak.
  • 4 ~ Anda akhirnya berputus asa untuk bercinta dengan lelaki, sebaliknya anda mulai bercinta dengan kaum sejenis. Lalu jadilah anda umat yang dilaknat Tuhan! Memang anda adalah wanita yang cukup desperate!!
  • 5 ~ Anda mendesak cepat-cepat boyfriend anda untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya, saudara maranya sebagai bakal isteri dia. Amboi, terdesaknya beb…relek arr.
  • 6 ~ Belum pun apa-apa, anda sudah mulai bertanya dengan kekasih anda tentang hari pertunangan, cincin yang patut dibeli, memilih-milih nama anak. Adoi 😀
  • 7 ~ Anda sentiasa komplen, sentiasa tidak puas hati dengan kekasih anda yang bagi anda tidak cukup memberi kasih sayang kepada anda. Anda mahu dia mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anda walaupun terpaksa meninggalkan kerjanya. Ish! Ish! Ish! Desperate lu beb! 😛
  • 8 ~ Anda masih sanggup menerima lelaki itu walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang lain. Anda masih mahukan dia walau dia kata dia lebih menyayangi gadis lain. Anda masih mahukan dia walau hidupnya untuk orang lain…Macam dah tak ada lelaki lain dah…
  • 9 ~ Anda tidak akan membiarkan diri anda keseorangan, apabila perhubungan anda gagal. Anda berpisah…cepat-cepat anda ingin mencari pengganti agar anda tidak kelihatan keseorangan. Relax arr beb!
  • 10 ~ Anda begitu benci setiap kali kekasih anda keluar bersama kawan-kawannya. Anda cukup benci apabila ada kawan-kawan lain yang mulai mempunyai kekasih baru kerana anda takut kekasih anda juga akan turut mencari yang lain. Lalu anda akan sentiasa bertengkar, bergaduh, bertikam lidah hanya kerana kekasih anda keluar bersama-sama kawan-kawannya.

Haaa…itu baru 10, ada banyak lagi situasi yang menunjukkan anda adalah wanita desperate atau terdesak ni. In fact, ada macam-macam jenis wanita lagi yang bro Razzi jumpa lately ni. Ada yang berhari-hari senyap, setiap masa nak berkepit dan yang terbaru, wanita ni lebih suka bertekak, bergaduh, daripada bercinta sayang menyayangi. Kelakar tak?

Instead of berbincang atau berbual, dia lebih suka mencari kesalahan, lebih suka bertikam lidah…Habis, macamana nak bahagia dalam percintaan? Ketidak puas hatian dan perasaan terdesak marah di dalam diri dia tu membuatkan dia tidak senang duduk. Mesti bertekak sehingga dia puas …barulah dia nak bercinta balik dengan boyfriend dia….wooo…takkan menjadi punya beb. Ingat dengan lelaki lain, anda akan berubah? No way! Jadi,

Hargailah waktu yang ada dan penuhilah ia dengan kasih dan sayang, kalau anda atau pasangan anda tidak dapat menghargai saat bersama, lebih baik jangan bercinta lah.  Buat sakit hati je…lagipun, dunia ini tersangat ramai lagi manusia yang masih tahu menghargai manusia lain beb 😉

“Sesungguhnya, selagi anda mempamerkan perangai anda yang terdesak dan mengikut emosi, bodoh sombong…maka tiada lelaki yang akan mengahwini anda sampai bila-bila…”

p/s : Sudahkah anda melihat kesemua Ebook karya Razzi Rahman?. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [12] Comments


www.razzirahman,comYikes?? 😀 …sebenarnya, bro nak sentuh soal persediaan sex sebelum kahwin. BUKAN seks sebelum kahwin ya… PERSEDIAANNYA!

Before that, nak tanya gak…apakah anda pernah melakukan perhubungan sex sebelum kahwin? Adakah sex itu keperluan utama untuk mengekalkan sesebuah perhubungan/perkahwinan? ATAU pun…perhubungan seks yang hangat, amat memuaskan sehingga teringat-ingat setiap saat itu, adalah segala-galanya?

Jom, bersama bro kita sama-sama fikir dan bincangkan perkara yang TERAMAT penting ini…

Apabila kita bercakap soal seks…pastinya kita mahu berbicara tentang perhubungan seks yang sepatutnya hadir selepas perasaan cinta yang mendalam bergelumang di jiwa. Cinta yang diidamkan pula, pastinya ingin dilihat dari sebuah cinta yang terbentuk dari …kesucian, kejujuran dan kesetiaan.

So, selalunya…apabila ketiga-tiga perkara asas menjadikan cinta itu sebuah cinta sejati telah ditemui…maka, mulailah kita mahu kahwin! Sengih kawan kita, si Azman a.k.a Krueger 😆

Haaa …itu baru mukadimmah

SEKS ~ Buat pertama kalinya bro nak sentuh soal seks! Nanti ada banyak lagi artikel tentang perhubungan seks yang ada dalam koleksi ni, tapi untuk hari ini…

Mengetahui keupayaan pasangan kita dalam perhubungan kelamin SEBELUM berkahwin, amatlah penting! Haa…jangan salah faham pulak. Ada banyak cara untuk tahu tu, bukan dengan hanya cara ‘Mencuba’ dahulu ya, besar ke senjatanya, sedap ke anunya, tahan lama ke… dan bukan dengan ‘Pegang-pegang, tengok-tengok, ramas-ramas’ dulu… ado! Hai, duk ingat yang bukan-bukan je 😀

Maksud bro, setiap pasangan …sebelum berkahwin lah kalau boleh, seharusnya bersama-sama berjumpa dengan doktor pakar dan membuat Medical Checkup. ‘Tahap fizikal’ anda berdua itu yang perlu diketahui dulu. Anda perlu tahu, adakah kesihatan anda berdua, membolehkan perhubungan seks dengan sihat dan selamat. Itu semua doktor boleh beritahu dan ada checklist yang boleh anda tunjukkan kepada pasangan anda yang anda ni FIT!

Please okay, jangan terpedaya sangat dengan filem-filem lucah yang hanya lakonan semata-mata tu! IT IS NOT ABOUT SIZE! Size does not matter!! Saiz…tak penting beb, ketahanan mental dan fizikal yang penting. Tubuh badan yang sihat…lelaki maupun wanita.

Sex is very important in a marriage life!, semua orang tahu tu!! In fact, ramai yang berlaku curang dan tidak kurangnya yang bercerai kerana tidak mendapat kepuasan batin. Another fact, ada ramai juga yang telah bro temui meminta nasihat bagaimana menangani masalah suami yang “Premature ejaculation (PE)”, also known as rapid ejaculation, rapid climax, premature climax or early ejaculation, … maksudnya 2-3 minit sudah climax…dah kecundang. Dan 25%-40% lelaki mengalami permasalahan ini!

Tidak kurang juga isteri yang hilang nafsu syahwat kerana hormon, bosan, depressed, preasured, dryness atau tubuh badan busuk, keputihan yang melampau, dan tahap fizikal yang sentiasa longlai…

Sexual problem ini PERLU diubat, ada banyak supplement yang boleh diamalkan. Ada berbagai-bagai produk herba, pemakanan tambahan untuk kesihatan. So boleh kita membuat persediaan sedari awal dan terus mengamalkan selalu agar sentiasa sihat dan bertenaga. Baik lelaki, maupun wanita, kena sama-sama jaga, sama-sama bertenaga! Sebelum kahwin lagi dah kena jaga…bukan kahwin, dan dah ‘NGAP’ baru nak jaga…especially wanita! Haa…terbalik kan, wanita pula yang lebih kena jaga…

Yes, it’s true! Adakah anda tahu yang sekiranya keputihan anda terlampau banyak keluar…ianya boleh menjadi kehijauan dan membuatkan  perhubungan seks yang amat tidak selesa? Malah hanyir!

Dalam 10 tahun bro di dalam industri herbalisme, telah ramai terbukti ada beberapa individu yang memiliki masalah ini, datang ke kedai herba bro ya…Haa…jadi, kenalah makan ubat-ubat dari pemakanan kesihatan ini untuk mengurangkan, merawat dan membersihkannya.

‘Pencuci wanita’ tu, baru berapa belas ringgit je…please lah beli dan pakai setiap hari…tak kisah lah brand apa, tapi yang produk herba atau semulajadi lah. Yang dari daun sirih ke…herba kacip fatimah ke…this is really important tau, bukan main-main!

Ada satu kisah menarik! Baru-baru ni, biasalah kenduri kahwin musim raya memang merata. So, salah satu pasangan tu baru je kahwinlah kan raya lepas. Before this memang bro tahulah, mereka ni amat sayang menyayangi…bercinta bukan main lagilah. Semua kawan-kawan pun naik jeles dengan couple yang tersangat in love ni.

Tapi…belum sebulan kahwin, both of them dah datang jumpa bro…secara berasingan!

Yang suami mencari ‘ubat kuat & pewangi wanita’ yang isteri duk mengeluh, ‘tak puas’ Apa bro nak cakap agak-agak? Apa nasihat nak bagi kat dia orang ni…apa bro nak jawab? Adoi… muda-muda dan baru seminggu kahwin…dah bermasalah!

Realitinya, tentu saja kita nak pilih yang terbaik, yang penuh dengan cinta yang mempunyai bentuk badan yang dapat memuaskan hati dan sebagainya, TETAPI yang paling penting kita kena pilih yang sihat untuk ‘perform’ yang terbaik! Barulah kekal cinta dan kasih sayang di dalam perkahwinan!  😉

That’s why…bro cakap, persediaan seks ini mestilah sebelum kahwin lagi. Biarlah at least dah 1 tahun you dalam proses pembaikan, baru kahwin…kalau tak, jadi macam couple ini lah. You see…walau cinta banyak mana, walau sayang giler sekali mana pun… Bila ada yang tidak puas di hati especially dalam perihal perhubungan kelamin ni…BOLEH membawa kepada perceraian tau…dan jika ianya terjadi, janganlah nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana tidak mahu menjaga…sebabnya persediaan seks sebelum kahwin ni sesungguhnya,

“Teramat mudah untuk diamalkan, tetapi teramat susah untuk diubatkan!”

Basically…untuk kekalkan cinta yang bersemi, untuk terus memiliki sebuah perkahwinan yang dipenuhi dengan kasih dan sayang…bukanlah atas nama cinta semata-mata, TETAPI, kita semua AMAT memerlukan, CINTA yang sejati, & SEKS yang sihat , selamat dan hebat!

So, kalau ada semua ni, takkan berlaku lagi kekecewaan kut?? …dengan izin Allah takkan lah ada berlaku perceraian lagi, sebaliknya semua semua pasangan dipenuhi pula dengan segala kebahagiaan…AMIN!

p/s : Ingin melihat karya-karya Ebook tulisan Razzi Rahman? Anda boleh melihat di sini >> klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [17] Comments


www.razzirahman,comAgak lama dah bro tak menulis TIPS CINTA 101 ni kan. Maafkan Razzi, kebelakangan ni memang agak kelam kabut sedikit. Jangan marah aaa…

So now you sedang bercinta, berapa umur you? berapa umur pasangan you? 😀 Aik, tak pernah kira…i seh man! Maybe tak pernah menjadi masalah kepada perhubungan cinta anda kut?

Or actually you tak sedar, perbezaan umur itulah punca pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku dalam perhubungan you?…tak? ye ke? 😆

Di dalam kursus kahwin yang pernah bro hadiri dulu, Ustaz tu adalah cakap,

“Kalau cari jodoh tu biarlah yang lelakinya berumur paling kurang pun, kena lebih 7 tahun dari wanita, barulah si wanita tak jadi mak!” kekekeke…

JADI MAK? Adoi…jadi mak macamana tu ya…hmm bro pun pelik tu. Kut-kut jangan jadi macam kes di Johor dulu, seorang ibu bersekedudukan dengan anak lelakinya sendiri sehingga mengandung…alaaahai, nanguzubillah! Simpang malaikat 44!!

So, what I did was…lepas je balik dari kursus kahwin tu, bro terus jumpa my mother and asked her about this matter. “Ibu, betul ke wanita kalau nak bercinta, kena cari lelaki yang berumur lebih 7 tahun dari mereka?” So my mother cukup bersetuju dengan ustaz tu dan dia punya 2 sebab utama :-

  1. Wajah wanita cepat tua ~ “cinta bisa lari dong!”
  2. Lelaki lambat matang ~ “hancur!”

Sebab no1 ~ Kata my mother, disebabkan wajah wanita cepat tua…so wanita kena cari lelaki yang jauh lebih tua darinya. Minimum 7years lebih tua. Mengapa minimum 7 tahun? Sebab apabila wanita berumur 30 dan lelaki 37…wajah mereka akan kelihatan SEBAYA! BOOM! Haaa…baru sebaya tu. bayangkan kalau terbalik…wanita 37, lelaki 30 adoi…nampak cam lelaki tu adik la pulak. Buatnya lelaki tu baru 20tahun, tak ke jadi macam mak dengan anak… itu yang ustaz duk takut tu 😀

Tapi sekarang ni, macam-macam adaaa… botox lah, colagen lah, wanita berubah nampak muda cari lelaki muda! Hehe…lepas 6 bulan, berubah jadi macam nenek kebayan balik. Lama-lama nampak macam hantu! 😳 eeeeiii…minta jauh laaaa…

Sebab no2 ~ Lelaki sememangnya agak lambat matang, dalam erti kata, “Gua mau enjoy lebih dulu sikit beb…cinta tuu…nanti wa kahwin laaa” 😆 Tengok-tengok, minah yang dia duk enjoy tu mengandung…dah terpaksa kahwin. Muda-muda dah kahwin, …orang muda, darah muda…panas baran! Cepat je tangan nak naik…nak marah je… last-last bercerai!

Setiap tahun, dari 13ribu hingga 16ribu pasangan bercerai. Semenjak dari tahun 1999 hinggalah ke akhir tahun 2005 sahaja, statistik Jakim menunjukkan hampir 100,000 pasangan berbangsa melayu sahaja telah BERCERAI!

100 ribu beb!, melayu sahaja, tok sah cakap lah bangsa lain tu. Dan semua pasangan yang bercerai tu berumur dalam linkungan 20 ke 35tahun…MUDA-MUDI gitu yaaa. So, adakah pasangan lelaki anda tu lebih muda dari anda? …apakah jarak umur anda berdua? Janganlah sesekali kita menganggap perbezaan umur itu perkara remeh. kerana pengalaman hidup bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari dimana-mana…

So, bagi bro lah…ini pendapat peribadi…

LELAKI adalah ketua keluarga. Lelakilah yang menentukan dan membimbing baik atau buruknya sesebuah keluarga itu. Jika seorang lelaki itu masih terlalu muda dan sudah berkahwin, ada lebih baik dia selalulah refer dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagi wanita untuk mencari cinta…

WANITA, kalau boleh carilah lelaki yang agak jauh jarak umurnya dengan anda agar perhubungan anda itu lebih tenang dan teratur dengan orang yang lebih berpengalaman. Juga supaya, wajah anda tidak kelihatan lebih tua dari suami.

Nanti asyik terkecewa dalam cinta je apabila bertengkar, tiada kesabaran, tidak berpengalaman dalam berbagai perkara. Tidak puas di ranjang…Pasangan lelaki anda kelihatan lebih muda, nanti rasa gusar je bila ada gadis-gadis yang duk usha-usha…so siapa yang susah? anda juga yang susah! Siapa yang kena tolong? Brother love juga yang kena jawab 😀

“Alright, all the best dalam mencari pasangan hidup yang ideal untuk masa depan anda!”

p/s : Ebook tulisan Razzi Rahman telah terbukti membantu ramai memiliki cinta sejati. klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [26] Comments


www.razzirahman,com

 “Love is about an opportunities…”

Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu mendengar atau mengalami sendiri, permasalahan cinta seperti :-

Masalah frust dengan kekasih, dikecewakan, cinta terabai, tiada kemesraan lagi, kesunyian, kerinduan, tiada pujuk rayu, cumbuan syahdu…dan berbagai-bagai lagi yang sama juga sewaktu dengannyalah, ado! 😀

Well, you know, apabila anda menghadapi masalah cinta yang sebegini, ingatlah diri anda lebih berharga. Anggap yang banyak lagi peluang untuk anda berjaya! Dunia ini begitu luas untuk anda terokai dan kenali ramai orang beb. Bro yakin you all masih ada masa dan ketikanya untuk menemui DIA YANG DIIDAMKAN.

PLEASE…LOVE YOURSELVES MORE!

So, ada beberapa nasihat yang bro ingin you all praktikkan apabila menghadapi masalah cinta yang sebegini :-

  • Mungkin kepercayaan kepada lelaki/wanita sudah lenyap…JADI, perlahan-lahan lembutkan hati untuk kembali mempercayai mereka dengan cara cuba menyukai keperibadian mereka, cuba memahami keinginan dalam hidup mereka.
  • Mungkin anda kesunyian, terabai, teraniaya, dihina, terhimpit dalam situasi keseorangan…JADI, tenangkan diri anda dengan cara meramaikan kawan-kawan yang menghargai anda, karier anda, menaikkan semangat anda. Kawan yang mahu anda berjaya! Dengan cara ini, anda akan rasa lebih bahagia dan hilang segala duka.
  • Mungkin anda tidak dapat melupakan dia, tidak sanggup melepaskan cintanya walaupun dia sudah lama pergi…JADI, slowly mencuba untuk menyayangi diri anda lebih dari biasa dengan cara memberi peluang kepada hati anda untuk mengenali orang baru. Kembali bercinta dengan membuka hati anda kepada sesiapa yang serius untuk mengambil anda sebagai pasangan hidup.

Nasihat-nasihat ini jugalah yang pernah bro berikan kepada salah seorang bloggers pioneer kita iaitu, Wan Fadini. So, di kesempatan artikel ini bro ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wan Fadini, yang baru menjejak kaki ke jinjang pelamin baru-baru ini,

“Tahniah Dini!” …bro ucapkan tahniah diatas perkahwinan beliau, tetapi mengapa bro mengucapkan syabas?

…syabas adalah kerana, Dini telah mengharungi berbagai pahit maung onak dan duri dalam bercinta. Selalulah Dini mendapat nasihat dari bro ni. Ikut emaillah, smslah, phone dan sesi perjumpaan. Entah apalah yang bro cakap kat Dini tu ya 😛 tapi, Alhamdulillah, kini Dini sudah pun mendirikan rumahtangga. Jadi, bro amat bersyukur sangat kerana sudah ramai yang telah berjaya seperti Dini.

Ikuti pengakuan ikhlas dari Wan Fadini Wan Ahmad.

Abang Razzi telah membuatkan saya sangat tabah dalam mengharungi kekecewaan dalam percintaan saya! Bro telah mengajar saya supaya tidak bersedih tetapi terus yakin ada insan yang lebih baik menanti, seperti Mutiara cinta oleh Bro sendiri, “JANGAN BERHENTI BERCINTA”

… Maksudnya yang mendalam telah menjadi penyuntik semangat dan penawar kepada saya agar menganggap selagi ada ruang dan peluang, saya akan terus dan harus menikmati cinta yang hadir. Berbagai-bagai karenah lelaki yang telah saya temui hingga saya menutup hati untuk bercinta!

Lalu saya telah mencari berbagai panduan cinta. TETAPI karya abang Razzi Rahman yang akhirnya telah menyedarkan saya untuk membuka hati kepada yang benar-benar sudi dan bersungguh mahu memiliki saya. Abang Razzi juga telah banyak memberi tip-tip dan berkongsi pengalaman cinta yang pernah dilaluinya. Sehinggalah saya begitu yakin dan telah menemui kebahagiaan itu!

“Tidak seperti penulis yang lain, tip-tip cinta oleh abang Razzi Rahman banyak membantu saya dan kini…saya telah pun berkahwin!”

I’m touched! Terimakasih yang tidak terhingga Dini…

TIP : Apabila anda menganggap diri anda lebih berharga, maka hati anda pasti mahu memberi peluang atau opportunities untuk anda berjaya dalam cinta yang baru. Tidak hanya menunggu bagai tiada kesudahan. Bukan hanya mahu kepada dia yang tidak menghargai anda TETAPI…anda mahu membuka hati anda kepada any possiblities… segala kemungkinan yang mungkin indah menanti… :)

p/s : Ebook tulisan Razzi Rahman telah terbukti membantu ramai memiliki cinta sejati. klik disni untuk mengetahui dengan lebih lanjut! 

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [22] Comments


Bagi bro, cara memikat yang terbaik adalah cara yang pernah kita lalui sendiri. Sebab itulah bro sentiasa menulis dari pengalaman sendiri, berkongsi apa yang pernah dilalui dari setiap situasi yang berbeza! Jadi, mengapakah ebuku 101 cara Mencari Cinta telah membantu ramai orang memiliki cinta?  

Kerana, di dalam ebook ini, ada 45 cara memikat dan 11 cara memikat penuh rahsia, yang bro sendiri praktikkan kesemuanya dan terbukti berjaya! Ikuti salah satu daripada caranya…

CARA 49 : Teknik Memikat ~ “Sebuah Pertanyaan”

Ebook Razzi RahmanMembuat satu-satu pertanyaan amatlah susah walaupun ianya kelihatan mudah. Anda boleh bertanyakan apa sahaja tetapi kemungkinan soalan yang ditanya itu hanya akan menjengkelkan si dia. 

Anda juga boleh bertanya tentang persoalan cinta tetapi adakah anda yakin soalan itu boleh memikat hati si dia? Teknik bertanya ini selalunya akan memakan diri sendiri sekiranya anda tersilap tanya. Malah mungkin akan membuatkan si dia benci dengan anda.
 
Dari pengalaman bro :

Apa yang saya belajar dari pengalaman saya ialah, Jangan sesekali memulakan perbualan dengan bertanya, “You dah ada yang punya ke?” WO…BORING la beb!

Sebaliknya mulakan bertanya tentang kehidupan sehariannya, keluarganya, kerjaya serta impiannya. Rutin biasanya… ia akan membuatkan situasi lebih selesa tidak terdesak dan tidak merimaskan.

Tapi, bagaimana pula untuk memikat hati mereka jika asyik bertanya tentang diri mereka betul tak? Well, itulah yang disukai ramai…tiada siapa yang suka jika anda sibuk bercerita tentang diri anda.

Anda mesti jujur dan ikhlas, jadi anda tunjukkan yang anda betul-betul berminat dengan kehidupannya, kariernya. Tanyakan pula tentang apa yang dia suka, makanan apa yang dia suka, tempat yang dia suka lawati, filem yang dia suka tonton, lagu kegemarannya. Utarakan persoalan ini secara berjenaka sedikit, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menjawabnya dan secara tidak langsung memanjangkan perbualan anda.

tip brother love :
“Pendirian anda, menentukan pasangan yang bakal anda miliki. Jika anda suka mengambil berat, suka mengenali dan memahami tentang dia dengan penuh keikhlasan, maka anda tidak akan mempunyai masalah dalam bercinta…

it’s all about you and  your way!”

*Adakah anda masih single? Anda kesunyian? Masih mencari pasangan? Hilang semangat untuk bercinta? Tidak mendapat perhatian si dia? EBUKU 101 Cara Mencari Cinta adalah untuk anda! PASTI MEMBANTU ANDA!!…Ketahui lebih lanjut Klik di sini .

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [17] Comments


Dalam mencari cinta atau jodoh, persediaan diri dari segi keterampilan, keperibadian yang baik dan persiapan mental amat penting demi untuk menonjolkan diri kita Bersedia Untuk sebuah perhubungan.

Tanpa persiapan yang baik, anda akan kelihatan memiliki peribadi yang lemah, pendirian yang berbelah bagi, tidak berada di dalam kategori pilihan suami/isteri, tidak mempunyai masa depan yang cerah…justeru, tidak layak untuk dipertimbangkan walaupun sebagai BAKAL KEKASIH.

Maka, kali ini, istimewa untuk anda semua, bro ingin berkongsi, tip dan teknik yang telah bro hasilkan dari buku bro sendiri iaitu, 101 cara brother love Mencari Cinta. 

Cara 17 ~ Teknik Mental : “Permudahkan minda anda”

Tahukah anda bahawa, semasa anda sedang asyik dan bersusah payah mencari cinta, ada satu lagi makhluk yang turut asyik bersama anda! Yep! SYAITAN!  Iblis dan syaitan ini pasti akan turut bersama dengan anda sebenarnya. Mereka akan menghasut, mengejek mengherdek, menakutkan anda dan mereka akan lakukan berbagai-bagai cara lagi…semuanya adalah untuk kegagalan anda!

Di kala itu, hati anda mulai was-was, minda anda mulai berkecamuk dengan berbagai persoalan. Syaitan pula tidak akan henti menghasut anda sehinggalah anda mengalah dan putus asa! Kerana, sekiranya anda menemui cinta itu dan anda berkahwin, maka gagallah tugas syaitan dalam merobohkan perhubungan yang sungguh suci itu.

Jadi, syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk menghalang anda dari dapat ‘mendirikan masjid’ itu. Caranya yang paling utama ialah dengan menghasut perasaan dan minda anda agar menjadi lemah dan terasa susah, gusar dan takut!

Kesan dan akibat hasutan syaitan ini selalunya akan membuat anda jadi hilang keyakinan, gusar, was-was, takut, malu, keliru dan perkara yang selalu bermain-main di minda anda nanti adalah seperti berikut :-

  • Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah!
  • Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…
  • Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…
  • Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku
  • Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi
  • Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…
  • Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..
  • Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia
  • Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…
  • ..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti.

Anda nampak? …belum apa-apa anda selalu takut itu dan inilah, tak ada keyakinanlah, lepas tu asyik kelirulah, seganlah, malulah, risau tak menentulah!! Semua ini adalah halangan yang anda reka sendiri semata-mata! Semuanya hasil dari hasutan syaitan yang cuba membuat anda hilang keyakinan, selalu was-was dan merasa terlalu rendah diri yang tidak sepatutunya.

Namun, saya tidak mempunyai hak untuk menghalang anda dari terus berpendirian begitu. Cuma kesemua perkara yang menghalang anda dari bertindak ini hanyalah akan melambatkan proses pencarian cinta anda sahaja.
 
Dari Pengalaman bro :

Sebenarnya saya juga pernah merasa benar-benar rendah diri, takut dan tiada keyakinan. Semua soalan-soalan di atas adalah soalan yang sentiasa bermain-main di minda saya setiap kali saya terfikir untuk cuba memiliki cinta itu. Untuk beberapa ketika dulu, saya menjadi kaku!

Namun setelah menemui kegagalan demi kegagalan, akhirnya saya memohon dari Allah untuk meluangkan hati dan jiwa saya agar lebih tenang. Berdoa untuk permudahkan minda dan jiwa saya yang terasa begitu berkecamuk. Alhamdulillah, walaupun agak lama barulah doa saya dimakbulkan, lantas saya menemui keberanian untuk mencari cinta!

Jadi, kembalilah kepada yang Maha Esa. Kerana hanya ALLAH yang akan membantu anda untuk menemui jodoh yang baik untuk anda. Berserahlah kepadaNya, Insya-Allah berjaya!

tip brother love :
“Apabila fikiran anda mulai memikirkan perkara yang tidak baik atau mengecewakan, cepat-cepatlah mengubah cara minda anda berfikir kepada perkara yang menggembirakan, ingatkan kenangan yang manis
dan permudahkan minda anda!”

*Adakah anda masih single? Anda kesunyian? Anda mencari pasangan? Anda hilang semangat untuk bercinta? Anda tidak mendapat perhatian si dia? EBUKU 101 Cara Brother Love Mencari Cinta adalah untuk anda! Ketahui lebih lanjut >> Klik di sini .

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [27] Comments


Langkah 1 : “Be Happy for others”

Tahu tak yang semua agama mempunyai satu suruhan yang sama di dalam satu quote ini, “Be happy for others!” …maksud sebenarnya, bergembiralah melihat kebahagiaan orang lain. Ianya adalah kerana, apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya minda, hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, “Aku pun akan bahagia seperti dia.”

Jadi, apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari dan mengumpul segala faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu. Barulah diri anda benar-benar ready for love.

Jadi, bergembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita…jika terus diamal, bro pasti jodoh akan hadir  ke dalam hidup anda! Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan geram melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita ke arah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi. Akibatnya, kita akan terus hidup di dalam duka…lama-lama, boleh jadi gila! 😛

Langkah 2: Belajar mengenali bila orang TAK MAHU

Ramai yang membuat kesilapan ini! Mereka tak ready for love tetapi, terus berkenalan dan bercinta tanpa membuat persediaan. Sehingga mereka tidak dapat mengagak atau mengetahui bilakah waktu pasangan sudah meluat atau masih sayang. Malah, ramai yang bro jumpa…masih ingat yang mereka sedang asyik…massyuuk cinta menyintai walaupun yang sebenarnya, pasangan mereka sudah jemu dengan perhubungan itu. Adoi penasaran kan… 😛

Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, anda seharusnya berpendapat yang dia bukanlah untuk anda. Janganlah tunggu berhari-hari, teruk menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. FYI, sebenarnya, hanya 1 hari langsung tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia sudah tidak berminat dengan anda. (But Be, I wait for u) 😀

Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada. Let’s get READY FOR LOVE!

Langkah 3 : Semangat untuk BERNIKAH!

Bagi bro, to be ready for love, langkah ke 3 ni adalah yang paling penting! Semangat yang ada dalam diri ramai orang adalah semangat untuk bercinta, tetapi tidak ramai orang yang mempunyai semangat untuk hidup bersama-sama FOREVER! BERNIKAH! KAHWIN!

Kesilapan yang dilakukan selalunya, niat di hati yang tidak berapa tepat. Contohnya, “kita bercinta dulu la, see how it goes, ada rezeki, ada duit banyak kita kahwin laa…” ITU YANG SILAPNYA!

Kahwinlah dulu barulah Tuhan bagi rezeki! Jodoh itu kan rezeki, menangguh rezeki pulak? Pelik ni …Memang lah kalau ada rezeki kita kahwinlah. Jadi, bila jodoh tu datang, ada rezekilah tu…kahwinlah cepat-cepat, barulah bertambah rezeki. Hehehe…. nanti Tuhan kata, “Amboi sombong! Aku bagi rezeki kau buat bodoh aje ya. NO REZEKI FOR YOU!” Haaa…itu yang tak kahwin-kahwin tu hahaha 😀

Tolonglah sedar beb…”Bila ada duit banyak tak kahwin dah…cari lain punya dah beb!” Apabila sudah suka sama suka, niat dan hajat anda itu mesti betul, barulah perhubungan anda juga akan menjadi betul. Kalau yang dah lama bercinta tu, hati masing-masing dah kenal, family dah setuju. Lamar dia segera!! nikah laaa 😛

p/s : Tapi bro punya case lain sikit…Bro selalu nasihat agar kita bersahabat terlebih dahulu, kenal betul-betul then only bercinta, kan. In my case, Bro lamar my girlfriend after a week! Tapi selepas berbulan-bulan duk survey laa 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [22] Comments


Next Page »